Transcript of Kepentingan seni lukis kepada kanak
- 1. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanakKanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikutfitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja
seni lukis yang dihasilkan berfungsisebagai alat komunikasi dan
merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kepentinganpengajaran
mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek
Kognitif,Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta
Aspek Sosial dan Emosi. 6.1. Aspek Kognitif Perkembangan seni
kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada
segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang
tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai
keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan
bijak membuat keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu
berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman
mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di
atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui
contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan
terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan,
sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang
permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang,
penggunaan tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang
disediakan dan lebih bervariasi dengan menunjukkan minat. 6.2.
Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam seni memberikan satu bentuk latihan berkesan
kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata,
kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan,
contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan
perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas. 6.3. Aspek
Kreativiti
- 2. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu
murid untukmengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan
projek di dalam pendidikan senilukis mengutamakan proses,
berbanding dengan hasilan akhir.Ekspresi Kreativiti
Kanak-KanakMelalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan
menajamkan penggunaanpancaindera dan deria. Seni menambahkan
pengetahuan mengenai konsep pembuatandan kronologi sesuatu produk
iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk danobjek yang
terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan
berdasarkankepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka
lihat. Ini menyebabkanlukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang
lebih penting ialah mereka mampu melihatdunia menerusi kaca mata
sendiri.6.5. Aspek Sosial dan EmosiMurid boleh berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain dapatmeningkatkan keyakinan
diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yangdibentuk.
Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak
jugaditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni
mereka. Kanak- kanakmelukis peristiwa yang mereka lalui setiap
hari, objek yang mereka sukai atau individuyang mereka sayangi.
Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkanmelalui
penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah
emosikepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh
dibahagikan kepadabahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum
kanak-kanak juga tidak bolehdipisahkan secara entiti. Kurikulum
kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanaktidak mudah "tukar
saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada
matematikkepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran ini tidak tersusundengan rapi mengikut
matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan
sains,komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah
digambarkan dengan bulatan-bulatan yang bertindih. Pengalaman
seperti memasak dan bermain adalah sangat
- 3. dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian
dalam banyak, daripada kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak
semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis,
tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara
holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan
penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan
sains, seni, dan kajian sosialPembelajaran kanak-kanak dalam Seni
Lukis.Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan
atau kemahiran. MengikutRobert M. Gagne (1970) dalam The Condition
of Learning, pembelajaran merupakanperubahan tingkahlaku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasukperubahan
yang disebabkan proses pertumbuhan. Mengikut Woolfolk (1980)
dalamEducational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat
sebagai perubahan dalaman yangberlaku kepada seseorang dengan
membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yangsanggup
menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk kepada semua
pembelajaranyang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang
ditetapkan. Hal ini merujuk kepada,pembelajaran kanak-kanak yang
dirancang secara khusus melalui pengalaman samada secaralangsung
atau tidak langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui
konsep bermain.Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar sambil
bermain. Pembelajaran yang diperolehikanak- kanak adalah pengalaman
mereka sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Kanak-kanak
belajar mengenai haiwan peliharaan dan diberi peluang melihat
kucing, arnab danhamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak
menerima pembelajaran melalui pengalamanmereka bermain dengan
haiwanhaiwan peliharaan itu.7.1. Pendekatan bertemaTema menjelaskan
konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan
kekerapanmanusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan.
Dari idea yang berbagai, keunikanciptaan berlaku dan akhirnya
mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalamkonteks
yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam
sekitar menjadisuatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu
kekaguman. Wujudnya Non-objective Art,
- 4. Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang
berani, mencabar dan sanggupmenerima rintangan. Pendekatan bertema
bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancangmengikut sesuatu
konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi
pelajaranserta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi
peluang kepada guru untukmenghubungkait mata pelajaran yang diajar
dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinanbeberapa mata
pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada
murid-muriduntuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang telahdirancangkan. Dalam
pemilihan dan penentuan tema, guru haruslah mengambil kira
beberapaaspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan kepada
kemahiran, pengalaman, sertapengetahuan sedia ada murid, tema yang
dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Sumber-sumberpengajaran dan
bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih, guru
perlumempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih, dan guru
perlu memastikan temapengajaran tersebut mempunyai peningkatan
aktiviti dari yang mudah kepada yang lebihmencabar. Pendekatan
bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid
untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai
aktiviti yang menyeronokkan.Ini disebabkan tema yang dipilih
mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur,membaca,
menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat
(melukis).7.2. PenghubungjalinanDengan adanya penghubungjalinan
murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalamsesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat
memantapkanperkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid,
pengajaran berintegrasi seperti yangtersebut di atas dapat juga
meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan
afektifmereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran
penggabungjalinan ini lebihberkesan, guru-guru memainkan peranan
yang paling penting selain kesedian murid- muridsendiri. Untuk
aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat
modelkenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat
mengembangkan daya imaginasimurid-murid dan penajaman daya intuisi
mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi denganbebas sesama
rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi
benda-benda
- 5. menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka.
Murid-murid juga akan dapatmewujudkan suasana yang dinamik dan
interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalamaktiviti nyanyian
guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga
dapatmembantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan
pengalaman verbal danbukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej
visual, prop, bunyi dan muzik berasaskantema yang diberi. Ini
menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran
lebihmenyeronokkan. Matematik boleh di gunakan di dalam seni.
Kanak-kanak selalunyamenjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan.
Mereka akan membandingkan alatan antarasatu sama lain. Misalnya
mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus
danbanyak lagi. Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang
mereka cipta atau lukis.Misalnya mereka melukis lukisan potret
orang. Mereka akan memastikan bilangan mata, jaridan bahagian
anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenalpasti
bentuk-bentukgeometri di dalam seni. Sains boleh digunakan dalam
seni apabila kanak-kanak melakukaneksperimen dengan alatan atau
bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila di jemurdi
tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran
dua warna asaa yangmenghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu,
kanak-kanak juga belajar tentang kepekatancecair dan daya tekanan.
Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu sesuatusamada
secara nonverbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan
menceritakankepada kita apa yang telah dicipta atau reka.
Kanak-kanak membaca kerja seni mereka,sepertimana orang dewasa
membaca buku. Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmatijalan
cerita dan tajuk gambar mereka. Kanak- kanak digalakkan membacanya
bersama-samaguru. Kanak-kanak yang lebih besar akan cenderung untuk
mencetak perkataan sendiri sebagaijalan cerita. Mereka akan
mencipta dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya
terjadikerana ia adalah peringkat terpenting untuk kanak-
kanakbermula untuk menulis danmembaca. Menconteng, membuat tanda,
dan mengecat adalah peringkat terpenting dalamperkembangan mewarna
dan menulis. Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia
tidakmelibatkan bahasa dan tidak melibatkan kefahaman arahan
pertuturan. Kanak-kanak bolehmenyelesaikannya sendiri dan membuat
pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masaterbaik untuk
kanak-kanak mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga
memberi
- 6. peluang kepada kanak-kanak untuk memperbanyakkan kosa kata
mereka. Mereka dapatberbincang dan bertukar fikiran antara satu
sama lain. Guru dapat membantu kanak-kanakmenggunakan perkatan
dengan betul.