Post on 11-Mar-2019
KERTAS KERJA
ESKPRESI MAHASISWA 2015
TARIKH
22 - 24 MEI 2015
TEMPAT
PERSIARAN PERDANA PRESINT 6, 18, 20,
PUTRAJAYA
ANJURAN
URUSETIA ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“ Mahasiswa Berintegrasi, Penggerak Transformasi”
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
KERTAS KERJA
EKSPRESI MAHASISWA 2015
URUSETIA ASPIRASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA)
bagi mengadakan program Ekspresi Mahasiswa 2015.
2.0 PENDAHULUAN
Ekspresi Mahasiswa 2015 merupakan projek anjuran Urusetia Aspirasi Universiti
Kebangsaan Malaysia. Penganjuran Program Ekspresi Mahasiswa 2015 yang bertemakan
“Mahasiswa Berintegrasi Penggerak Transformasi” bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada
golongan mahasiswa untuk merasai satu pengalaman,menikmati pertembungan antara
agama,bangsa dan budaya dalam aktiviti yang disertai, selaras dengan konsep 1 Malaysia yang
diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Program
ini merupakan program sekuel bagi salah satu daripada segmen yang telah dianjurkan oleh Majlis
Belia Malaysia (MBM), di bawah Festival Belia Putrajaya 2013. Dengan berbekalkan pengalaman
dan ilmu yang diperoleh daripada Ekspresi Mahasiswa pada tahun 2013, maka, pihak kami telah
melahirkan idea untuk melakukan program tersebut untuk kali kedua. Diharapkan, dengan
pengalaman yang mereka peroleh semasa melibatkan diri dalam program ini dapat memangkin
potensi integriti yang mampu merapatkan jurang antara mahasiswa dan golongan
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
profesional dalam merangka kejayaan sesuatu program. Secara keseluruhan, program Ekspresi
Mahasiswa 2015 ini berpotensi untuk menonjolkan bakat mahasiswa kepada masyarakat agar
mahasiswa menjadi lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran pada
peringkat tempatan mahupun global.
3.0 OBJEKTIF
Selari dengan 6 Nilai Citra yang digaris oleh Pusat Citra UKM, pihak jawatankuasa pelaksana
menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :
3.1 Selari dengan Citra Satu : Citra Etika, Kewarganegaraan dan Ketamadunan, pihak urusetia
berharap program ini mampu mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada
setiap individu agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,
menunjukkan tingkah laku profesional dan ketamadunan.
3.2 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan kemahiran
bukan lisan yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan
dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dan berunding ke arah
mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang selaras dengan Citra Dua :
Citra Bahasa, Komunikasi dan Literasi.
3.3 Memberi panduan kepada pelajar membuat penaakulan menggunakan bukti secara
empirik (kualitatif dan kuantitatif) dengan menggunakan prinsip penyelidikan saintifik,
matematik, statistik dan prinsip pembuatan keputusan berlandaskan kepada aspek-aspek
kontekstual dalam sesuatu masyaraka seperti yang ditekankan pada Citra Tiga : Citra
Penaakulan Kualitatif dan Kuantitatif.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
3.4 Selaras dengan Citra Empat : Citra Kepimpinan, Keusahawanan dan Inovasi,
objektif program ini ialah untuk memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan &
kerja berpasukan yang ada pada pelajar serta membina kerja berpasukan untuk
mencapai matlamat yang disepakati sertamencungkil idea kreativiti dan inovatif
pelajar melalui pencambahan idea baru.
3.5 Mensepadukan ilmu sains dan teknologi dengan sains sosial dalam
membincangkan isu berkaitan teknologi dan kesannya terhadap kelestarian
persekitaran dan masyarakat seperti yang ditekankan pada Citra Lima : Citra
Sains, Teknologi dan Kelestarian.
3.6 Menerusi Citra Enam : Citra Kekeluargaan, Kesihatan dan Gaya Hidup, objektif program ini
ialah untuk membentuk sahsiah diri, kelakuan dan gaya hidup yang sihat serta memberi
pengetahuan, pendedahan dan kemahiran praktikal secara holistik kepada pelajar tentang
kekeluargaan, kesihatan dan gaya hidup sihat.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
4.0 TEMA
“Mahasiswa Berintegrasi Penggerak Transformasi”
5.0 ANJURAN
Urusetia Aspirasi,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
6.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 22 – 24 Mei 2015 (Jumaat – Ahad)
Masa : 8 pagi – 11 malam (hari berkenaan)
7.0 TEMPAT
Tempat program ini dicadangkan untuk diadakan di :
Persiaran Perdana Presint 6, 18, 20,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
8.0 INOVASI
Program ini merupakan satu – satunya program yang dianjurkan dan diuruskan secara keseluruhan
oleh mahasiswa di Festival Belia Putrajaya 2015. Setiap subprogram yang dianjurkan merupakan idea
– idea baru daripada mahasiswa dan mempunyai nilai keistimewaan tersendiri.
9.0 PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan secara meluas melalui flyers, poster, banner dan sebagainya di
kampus-kampus berdekatan dengan kawasan Lembah Klang. Laman Sesawang akan dibina bagi
memudahkan urusan pendaftaran pertandingan dan juga soal jawab. Golongan sasaran adalah
warga mahasiswa dan orang awam yang masih bergelar belia.
10.0 CADANGAN PERASMI
10.1 Perasmi Pembukaan :
EN MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE
PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)
10.2 Perasmi Penutupan :
YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
• Jumlah VIP : 10 orang
• Jumlah urusetia : 100 orang
• Jumlah peserta : 10,000 orang
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
___________________________________________________________________________
Rujuk Lampiran B
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
14.0 PERINCIAN PROGRAM
14.1 SISWA CORNER
Siswa Corner merupakan sebuah program dalam segmen Ekspresi Mahasiswa yang
mengetengahkan persembahan bakat mahasiwa IPTA dan IPTS dari seluruh negara. Program ini
terbahagi kepada 2 kategori iaitu Pertandingan Tradisi dan Inovasi. Bagi kategori Tradisi,
pertandingan ini merangkumi tarian tradisional, teater, drama ,sajak , koir dan semua persembahan
yang ingin dipersembahkan oleh mahasiswa mengikut syarat-syarat penyertaan yang telah
ditetapkan. Bagi kategori Inovasi pula, mahasiswa perlulah membentangkan idea mereka dengan
menggunakan bahan kitar semula dalam apa jua bentuk elemen tanpa ada batasan tetapi haruslah
bertepatan dengan transformasi dan pembangunan negara . Dengan tema “Tradisi dan inovasi
pencetus transformasi”, program ini bertujuan menyediakan landasan kepada mahasiswa untuk
mengembangkan bakat, potensi serta kebolehan mereka dalam pelbagai bidang, yang seterusnya
diharapkan akan dapat memantapkan pembinaan modal insan dalam diri setiap Mahasiswa.
Syarat-syarat penyertaan bagi program ini adalah:
1. Peserta terdiri daripada mahasiswa IPT sahaja.
2. Persembahan perlu bertepatan dengan elemen tradisional atau inovasi.
3. Persembahan yang dipersembahkan mestilah berunsur kebaikan dan memberi
manfaat kepada penonton.
4. Masa persembahan adalah selama 15 minit sahaja.
5. Pertandingan dijalankan untuk kedua-dua segmen dan hadiah diberikan kepada Johan,
Naib Johan dan Tempat Ketiga sahaja .
6. Peserta pertandingan Inovasi dibenarkan untuk menyediakan paperwork, ‘slideshow’
dan model replika jika perlu untuk mengukuhkan pembentangan idea.
7. Pertandingan segmen inovasi adalah selama 12 minit dan 3 minit terakhir adalah
untuk sesi soal jawab.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
14.2 ISU KEMANUSIAAN
Isu Kemanusiaan merupakan sebuah program yang menitik-beratkan dalam memberikan kesedaran
kepada manusia mengenai masalah-masalah yang sedang berlaku. Program ini bukan sahaja
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai isu-isu yang melibatkan hak-
hak manusia di dunia dan beberapa isu , ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran serta butuh mengharapkan perubahan dalam memahami dan menghayati masalah isu-isu
kemanusiaan yang kini kurang mendapat perhatian. Dengan berbekalkan tema “Humanity Restored”
program ini mengetengahkan isu-isu seperti masalah penindasan, peperangan, kemiskinan dan
ketidak-adilan. Selain itu, isu seperti bencana alam dan musibah juga turut dieslitkan. Program ini
mensasarkan kepada mahasiswa agar mereka dapat memahami, mengahayati dan berkeputusan
untuk bertindak agar dapat membuat satu perubahan demi memperbaiki keadaan. Program ini juga
bertindak sebagai satu landasan bagi belia-belia terutamanya golongan mahasiswa untuk mengorak
langkah yang sama bagi menghasilkan perubahan yang besar dan juga sekali gus melatih mereka
untuk berorganisasi supaya kemahiran-kemahiran beroganisasi ini dapat ditonjolkan, dilatih dan
diperbaiki agar dapat menghasilkan seorang mahasiswa yang berkebolehan dan berwibawa dari
pelbagai aspek. Pengisian yang pelbagai di dalam program ini diadakan agar kesedaran itu dapat
dicungkil dengan pelbagai cara agar dapat menarik lebih perhatian golongan belia.
Antara pengisian dalam program ini ialah :
1. Busking : “A song to remember”
a. Suatu persembahan nyanyian secara santai dan terbuka.
b. Dilakukan oleh sekumpulan individu yang terdiri daripada vokalis dan juga pemain alat
muzik.
c. Lirik dan nyanyian mempunyai mesej dan informasi yang berguna berkaitan isu kemanusiaan
untuk disampaikan.
d. Setiap persembahan mengambil masa sekitar 10-20 minit sahaja bergantung kepada mesej
yang ingin diperdengarkan.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
2. Street Art/Column : “Arts of Hearts”
a. Satu sesi yang akan melibatkan penghasilan seni yang kreatif seperti lukisan ataupun rekaan
reka bentuk bagi menarik perhatian orang ramai sekali gus menyampaikan mesej yang
sebenar.
b. Melibatkan kakitangan yang mahir dan berpengetahuan dalam menghasilkan karya ini.
Satu sesi akan diadakan pada setiap hari dan hasil kerja itu akan dibiarkan bagi tayangan dan
tontonan orang ramai.
3. Pameran : “Vision for mission”
a. Pameran yang diadakan akan mempamerkan pelbagai informasi dan isu-isu yang sedang
berlaku dan diselitkan dengan cara-cara agar bagaiman isu itu dapat dielak dan juga
diselesaikan.
b. Pameran ini berbentuk tulisan, gambar, kartun, lukisan dan juga audio dan visual agar dapat
memberi kepelbagaian dalam penyampaian.
c. Suatu landasan atau peluang akan diadakan bagi memberi peluang kepada mahasiswa untuk
memberikan pendapat dan juga luahan hati agar dapat memberi lebih sentuhan dalam idea-
idea untuk memperbaiki keadaan.
4. Jualan dan tabung amal : “Little Steps, Big Heart”
a. Jualan yang berbentuk amal juga akan diadakan selain daripada pameran agar dapat
membantu sedikit sebanyak golongan yang menghadapi masalah kemiskinan ataupun
kebuluran.
b. Tabung amal juga akan disediakan tidak kira dengan pemberian dari segi wang mahupun
dalam bentuk lain.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
5. Flash Mob : “MOVE towards realisation”
a. Suatu persembahan tarian yang dipersembahkan secara terbuka pada waktu yang tertentu
oleh sekumpulan individu.
b. Dilakukan oleh sekumpulan individu yang telah dilatih untuk mengorak tarian itu oleh
koreografer yang berpengalaman.
c. Setiap persembahan mempunyai mesej yang tersendiri yang akan ditonjolkan dalam gerak
tari tersebut.
Setiap persembahan mengambil masa sekitar 10-15 minit sahaja
6. Charity Run : “Run for a change” (Prelude)
a. Sebuah acara larian akan diadakan bagi memberi satu kepelbagian cara untuk mendapatkan
derma.
b. Acara larian ini akan diadakan pada hari kedua program di kawasan sekitar program itu.
c. Acara ini bukan sahaja mensasarkan kutipan derma namun ia juga bertujuan untuk membina
mahasiswa dan mahasisiwi yang sihat dan berdaya kuat dan cergas.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
14.3 STOP AND PLAY
Stop and Play’ merupakan satu segmen yang bakal menyediakan pelbagai permainan ringan
yang boleh dilakukan oleh semua peserta tanpa mengira kelas umur. Program ini bertujuan
untuk menarik perhatian khalayak ramai dengan pelbagai permainan yang santai yang
mempunyai kreativiti dan identiti yang tersendiri. Selain itu, program ini bertujuan untuk
memastikan program Ekspresi Mahasiswa 2015 ini sentiasa dikunjungi orang ramai untuk
mencuba bermain dengan permainan secara santai.
Antara permainan yang akan disediakan:
1. Twister game
Permainan melibatkan 2 orang di mana pemain akan menggerakkan anggota badannya
mengikut arahan yang diberikan (kaki dan tangan). Peserta yang bertahan paling lama akan
memenangi pusingan tersebut. 20 pemenang bagi setiap hari dimana dianggarkan 20
pusingan setiap hari.
2. Congkak
Permainan tradisional kaum Melayu iaitu congkak akan menjadi antara tarikan utama dalam
kalangan pengunjung. Permainan ini melibatkan 2 orang akan dimainkan pada ketiga-tiga
hari. Setiap permainan akan mengambil masa sebanyak 5 minit. Dianggarkan 30 peserta bagi
setiap hari dan sebanyak 15 hadiah akan disediakan bagi pemenang.
3. Menghias cupcakes
Pertandingan menghias cupcakes akan diadakan pada hari pertama. Dianggarkan sebanyak
20 orang peserta akan mengambil bahagian. Setiap peserta akan dibekalkan 5 cupcakes yang
‘plain’. Peserta dikehendaki menghias cupcakes tersebut mengikut kreativiti masing-masing
menggunakan bahan yang dibekalkan. Pemenang akan dipilih mengikut cupcakes yang
paling kreatif.
4. Menggubah napkin/tisu
Pertandingan menggubah napkin akan diadakan pada hari ketiga. Dianggarkan sebanyak 20
peserta. Peserta akan dibekalkan sehelai napkin untuk digubah. 3 orang pemenang akan
dipilih mengikut tahap kreativiti.
5. Melukis kolam
Kolam merupakan salah satu seni tradisional kaum india. Pertandingan melukis kolam akan
diadakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang. Dianggarkan 20
kumpulan akan mengambil bahagian. Setiap kumpulan akan dibekalkan bahan untuk melukis
kolam. Tema kolam ialah ekspresi mahasiswa. 3 pemenang akan dipilih mengikut kriteria
yang ditetapkan.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
14.4 RACING ENDURANCE VARSITY OPEN CHALLENGE ( REVOC)
Program ini melibatkan beberapa sub program yang boleh menarik penyertaan ramai peserta.
Sebab utama program ini dipilih kerana mempunyai nilai penarik yang tinggi kepada
mahasiswa dan belia pada masa kini. Program-program seperti ini boleh memupuk kreativiti
dan pengurusan strategi peserta. Keunikan bagi REVOC adalah aktiviti ini antara yang menjadi
kegilaan mahasiswa pada masa lapang. Program ini merupakan landasan yang tepat bagi
peserta menyerlahkan bakat mereka. Antara sub program ini ialah :
14.4.1 REVOC Race
14.4.2 Pencarian Gadis REVOC
14.4.3 REVOC Battle Dance
14.4.4 REVOC Chess Genius
14.4.1 REVOC Race
Dengan tema “ UNLEASH YOUR TRUE POTENTIAL, IT’S TIME TO SHOW OFF“, REVOC Race
bertujuan untuk mewujudkan persaingan sihat antara mahasiswa dalam perlumbaan yang menguji
fizikal dan mental disamping menanamkan sikap kerjasama dalam diri mahasiswa. Selain itu, ia juga
sebagai sebuah usaha untuk menarik minat mahasiswa melakukan aktiviti sihat ataupun mengalami
suatu pengalaman melakukan aktiviti lasak . Aktiviti REVOC Race ini diolah daripada rancangan
televisyen amazing race dan juga viper challenge yang telah menjadi ikutan belia kini. Pada setiap
“checkpoint” , peserta diuji dengan halangan yang berlainan dan mencabar. Lokasi “checkpoint”
disekitar Festival Belia Putrajaya . Sepanjang pertandngan ini dijalankan sebanyak 8 “ checkpoint”
akan disediakan sebelum ke garisan penamat. Selain itu, setiap ‘checkpoint’ akan dipantau oleh
Jawatan Kuasa REVOC Race dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk mengelakkan
kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kami turut menyediakan tapak untuk penaja program ini.
Anggaran masa yang akan diambil bagi pertandingan ini berjalan ialah selama 5 jam. Pemenang akan
dipilih melalui catatan masa terpantas. Target peserta adalah belia dan anggaran jumlah perserta
adalah 25 kumpulan sehari.
Syarat penyertaan :
1) Warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 30 tahun
2) Penyertaan ini dibuka kepada 6 orang peserta setiap pasukan
3) Yuran penyertaan bagi pertandingan RM 200 setiap pasukan
4) Semua peserta bersedia ditempat pertandingan awal 30 minit sebelum pertandingan
bermula.
5) Berpakaian sukan (seluar sukan, kasut sukan dan baju sukan)
Keadaan peserta :
- Peserta diminta bersarapan dahulu.
- Tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti contoh asma, jantung
- Tidak menjalani apa-apa pembedahan
- Bagi peserta wanita, tidak mengandung
14.4.2 Pencarian Gadis REVOC
SISTEM, KRITERIA DAN SYARAT PERTANDINGAN
Pencarian Gadis REVOC merupakan sebuah program di mana dapat mencari belia terutamnya gadis
yang dapat memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki iaitu berpengetahuan luas, berkemahiran,
berbakat dan berkeperibadian serta berperwatakan menarik. Di samping itu, program ini ingin
memberi peluang kepada gadis kini untuk berasa lebih yakin dan tampil kehadapan dengan
kebolehan mereka dalam pelbagai aspek. Dengan cara ini, mereka dapat meningkatkan tahap
keyakinan dalam diri mereka sendiri. Program ini menekankan tentang kemahiran insaniah yang
perlu ada dalam setiap untuk menjadi seorang wanita yang berjaya.
1.2 SISTEM DAN SYARAT PERTANDINGAN
Sistem pertandingan
Program ini bermula pada hari Jumaat seawal pukul 9.00 pagi. Sesi pendaftaran terbuka sehingga
petang. Pertandingan terbuka kepada semua belia melibatkan para wanita sahaja. Pada masa yang
sama kelas tutorial “make up” akan membuka pendaftaran sehingga petang. Para peserta yang ingin
melibatkan diri untuk pertandingan Pencarian Gadis REVOC akan diberikan taklimat ringkas
mengenai syarat penyertaan termasuklah penghasilan video “Finalist Gadis Revoc”.
Program bersambung keesokkan hari iaitu pada hari sabtu yang bermula pada jam 9.00 pagi.
Pendaftaran akan dibuka dan para peserta mengambil nombor. Pada 9.30 pagi ketibaan para juri
jemputan dan perasmi program. Saringan pertama bermula pada 10.00 pagi iaitu Pertandingan “
Fashion Show”. Dimana peserta dikehendaki mengayakan diri dengan pakaian dan “ make up” yang
menarik yang sesuai dengan diri supaya mereka yakin untuk tampil di khalayak ramai. 15 peserta
akan mara ke peringkat seterusnya.
Saringan kedua ialah 3.00 petang iaitu Pertandingan “Talentime Show” dimana peserta
diberi masa selama 5 minit untuk mereka membuat persembahan yang dapat menonjolkan bakat
mereka. Peserta diberi kebebasan untuk jenis persembahan sendiri. Penilaian akan dibuat dan dinilai
oleh para juri. 5 peserta akan mara ke peringkat akhir.
Seterusnya, program bersambung malam yang bermula pada jam 8.30 malam iaitu “Grand
Finale”. Tanyangan video “Finalist Gadis revoc” akan ditayangkan. Peserta diberi masa 2 minit untuk
mengulas sedikit tentang video mereka. Para juri akan mengajukan soalan kepada para peserta dan
penilain akan dibuat berdasarkan cara pencakapan, berkeyakinan dalam menjawab soalan.
Penyampaian hadiah akan diberikan kepada juara “Pencarian Gadis REVOC (Ikon Belia)” .
Pada hari Ahad, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pameran dan jualan oleh pihak
penaja akan dibuka serta ada beberapa permainan untuk orang ramai.
14.4.3 REVOC Battle Dance 2015
Pertandingan ini merupakan satu landasan yang disediakan bagi mereka yang ingin
menonjolkan bakat dalam bidang tarian untuk mencipta pelbagai jenis koreografi. Peserta
terdiri dari pelajar IPT dimana mereka bebas mengekspresikan karakter serta personaliti
mereka dalam aspek tarian. Bertemakan “ We Want Your Talent Crew “ , pertandingan ini
terbahagi kepada 3 peringkat iaitu Central Elimination , Group Battle dan Revoc Battle Dance
‘15 Grand Finale.
Central Elimination
Sebanyak 60 kumpulan akan menjalani sesi central elimination pada 23 Mei 2015, iaitu
memperlihat 3 penyertaan kumpulan daripada 20 IPTA/IPTS di seluruh negara. Setiap
IPTA/IPTS telah menghantar 3 penyertaan daripada IPT masing-masing.Setiap kumpulan akan
diberi masa selamat 15 minit untuk menunjukkan kehebatan koreografi masing-masing dan
mampu mengagumkan pihak juri pertandingan untuk ke peringkat seterusnya iaitu peringkat
Group Battle.
Group Battle
Untuk peringkat Group Battle, hanya seramai 30 kumpulan akan berjaya dan berpeluang untuk
memenangi pertandingan REVOC Battle Dance ‘15. Untuk peringkat Group Battle, 30
kumpulan akan menjalani proses battle dance antara satu sama lain di hadapan para juri dan
hanya 15 kumpulan yang terbaik akan berjaya dalam pertarungan Group Battle tetapi
sebenarnya hanya 5 kumpulan yang akan mara ke peringkat akhir. REVOC Dance Battle ’15
yang akan berlangsung pada 24 Mei 2015.
REVOC Battle Dance ’15 Grand Finale
Untuk peringkat akhir IPT Battle Dance, hanya sebanyak 5 kumpulan yang bakal bertanding
bagi merebut gelaran juara dan juara akan ditentukan sepenuhnya oleh para juri. Untuk
pertandingan akhir, setiap kumpulan akan diberikan masa sebanyak 20 minit untuk
menunjukkan kehebatan koreografi masing-masing. Beberapa kriteria utama akan diambil bagi
menentukan gelaran juara REVOC Battle Dance ’15. Keputusan juri adalah muktamad.
14.4.4 REVOC Chess Genius
REVOC Chess Genius merupakan sebuah pertandingan chess di kalangan IPT. Tema pertandingan ini
ialah “Ketajaman Minda Tunjang Pembangunan Mahasiswa”. Tujuan pertandingan ini diadakan
adalah untuk Melahirkan modal insan yang mampu berfikir secara kritis dan kritikal dalam
menyelesaikan masalah.Menyediakan platform kepada pihak penganjur dalam mengembangkan
kemahiran insaniah. Membina keupayaan untuk berfikiran secara strategik bagi mencapai matlamat
yang diinginkan.Menerapkan nilai ‘interpersonal skill’ dalam membuat keputusan yang kritikal bagi
membangunkan sesebuah Negara.
Sistem Pertandingan
Kawalan Masa : 25 minit setiap peserta
Format : 6 atau 7 pusingan Swiss System
(Sekiranya jumlah peserta bagi mana-mana kategori individu lelaki atau wanita ialah
melebihi 68 peserta, maka 7 pusingan akan dijalankan).
Kategori : 1. Individu Lelaki 2. Individu Wanita 3. Berkumpulan
Yuran penyertaan:
Yuran Individu – RM25
Yuran Berkumpulan – RM 50
Peserta lelaki akan bermain di kategori lelaki dan peserta wanita akan bermain di kategori
wanita. Pertandingan akan diadakan secara individu di mana yuran penyertaan ialah
sebanyak RM25 bagi setiap peserta . Bagi peserta yang ingin memenangi 6 hadiah kumpulan
yang juga disediakan bagi 2 kategori ini, peserta mesti mendaftar untuk kategori kumpulan
yang terdiri daripada 4 pemain. Tambahan yuran penyertaan sebanyak RM50 dikenakan bagi
setiap kumpulan.
Cara pendaftaran : Peserta perlu membayar melalui perkhidmatan online banking kepada
akaun pihak urusetia. Mereka hendaklah melampirkan bukti pembayaran melalui emel/faks
kepada pihak urusetia.
Semasa pendaftaran bawa bersama slip pembayaran untuk pengesahan.
Bagi peserta yang lambat membuat pembayaran, mereka akan dikenakan denda sebanyak
RM 10.
Sijil penyertaan akan disediakan kepada setiap peserta.
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
15.0 LANGKAH KESELAMATAN
Bagi semua aktiviti di booth, pihak kami akan bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) UKM bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan kecil. Bagi aktiviti
REVOC Race, wakil BSMM akan ditempatkan di setiap ‘checkpoint’ yang disediakan dan akan
terdapat wakil daripada urusetia bersama wakil BSMM akan melakukan rondaan di setiap laluan
peserta.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM
Rujuk Lampiran E
18.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi:
Emel : azriazuar@yahoo.com / ekspresimahasiswa@yahoo.com
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
AZRI BIN AZUAR
Ketua Pengarah
Ekspresi Mahasiswa 2015
Urusetia Aspirasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 013-519 0444 / 016-356 6243
Tel(Pej) : 03-8921 5105
Faks : 03-8921 5199
EKSPRESI MAHASISWA
22 – 24 MEI 2015
19.0 PENUTUP
19.1 Dengan kejayaan segmen ini, diharap hubungan di antara warga Universiti Kebangsaan
Malaysia dengan warga IPT yang terdiri terlibat khususnya daripada pelbagai kaum dapat
dieratkan dan seterusnya dapat melatih mereka menjadi mahasiswa/i yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi.
19.2 Mahasiswa diberikan peluang untuk mengetengahkan bakat,idea dan kebolehan mereka
dalam program Ekspresi Mahasiswa 2015 ini lantas menangkis persepsi masyarakat luar
terjadap golongan mahasiswa yang hanya mementingkan akademik berbanding kerja
sosial.
19.3 Justeru itu, diharap agar kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran yang positif bagi
pihak tuan untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan program Ekspresi Mahasiswa
2015 ini.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI EKSPRESI MAHASISWA 2015
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengerusi
YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM
Penyelaras
Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni
Penasihat
Dr. Mohd Suzeren Bin Md Jamil
Timbalan Pengarah Pembangunan Mahasiswa
Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni
Ketua Pengarah
Azri Bin Azuar
A141182 / FKAB/3
Timbalan Ketua Pengarah 1 Timbalan Ketua Pengarah 2 Timbalan Ketua Pengarah 3
Mohamad Amiruddin Bin Muhammad Irham Syahmi Bin Jailani Bin Moh Fari
Mohamad Yusof Lazit
A142216 / FPEND/3 A141355 / FPEND/3 A146504 / FUU/2
Setiausaha
Nur Amalina Binti Khairul Anuar
A143946 / FKAB/2
Timbalan Setiausaha
Nur Effatul Jannah Binti Zahari
A141521/FKAB/3
Bendahari
Nurul Atikah Bin Ahmad
A141487/FPEND/3
Timbalan Bendahari
Nurul Affina Binti Lisa@Andi
A141034/FKAB/3
Perhubungan Awam
Pengarah: Fatin Nadhirah Binti Ajis (A146100/FST/2)
Timbalan Pengarah: Nur ‘Adilah Binti Md Adnan (A146396/FTSM/2)
AJK: Ain Nadhirah Binti Azmi (A143104/FEP/2)
Pemasaran
Pengarah: Siti Hajar Binti Yusoff (A144983/FPI/2)
Timbalan Pengarah: Mohamad Zuhairi Bin Zainol Abidin (A151012/FKAB/1)
AJK: Anis Anwar Bin Suhaimi (A140047/FSSK/3)
Publisiti
Pengarah: Muhammad Mustaqim Bin Azis (A149742/FKAB/1)
Timbalan Pengarah: Muhammad Azri Bin Muhammad Anuar (A149962/FKAB/1)
AJK: Nur Amelia Binti Adam (A151198/FKAB/1)
AJK: Amirsham Bin Samer (A149800/FKAB/1)
AJK: Mohamad Sarifuddin Bin Harun (A149356/FKAB/1)
AJK: Slamy Res (A147138/FPI/1)
AJK: Muhammad Syahabuddin Bin Basir (A151210/FKAB/1)
Cenderamata
Pengarah: Siti Nurain Binti Ibrahim (A149445/FKAB/1)
Timbalan Pengarah: Muhammad Afif Bin Razali (A150954/FPEND/1)
AJK: Muhamad Asrul Nizam Bin Ambo (A151410/FPEND/1)
AJK: Amirah Binti Adan (A150870/FST/1)
AJK: Mirda Mariq Binti Akbarudin (A150883/FPEND/1)
AJK: Norshafiqah Binti Daliyana (A147699/FEP/1)
AJK: Abdul Aziz Bin Ramlee Sau (A147671/FST/1)
AJK: Era Asmaulhusna Binti Ibrahim (A150203/FKAB/1)
AJK: Nuris A/P Esok (A148792/FKAB/1)
AJK: Muhammad Aidil Bin Ibrahim (A150949/FKAB/1)
AJK: Muhammad Amiruddin Bin Che Johari (A149216/FKAB/1)
AJK: Muhammad Azfarul Na’im Bin Idris (A149879/FKAB/1)
AJK: Syukur Aidil Bin Saat (A150042/FKAB/1)
AJK: Muhammad Khair Bin Ahmad Juani (A149839/FKAB/1)
Jamuan
Pengarah: Siti Noradiah Binti Mahadi (A142029/FPEND/3)
Timbalan Pengarah: Nur Farah Ain Binti Amran (A142731/FPEND/3)
AJK: Nur Amalina Binti Masri (A139807/FEP/3)
AJK: Fatin Nur Syahirah Binti Mahizan (A139809/FEP/3)
AJK: Nur Izzaty Syahirah Binti Adzman (A139813/FEP/3)
AJK: Zulaikha Binti Mahfal (A142614/FTSM/3)
AJK: Nurul Asyikin Binti Wahid (A142717/FTSM/3)
AJK: Nadzira Binti Hussin (A142720/FTSM/3)
AJK: Ahmad Safwan Bin Mohd Sulaiman (A141939/FTSM/3)
AJK: Wan Nur Aisyah Binti Wan Mansor (A142713/FTSM/3)
AJK: Asharuddin Bin Abd Hamid (A140318/FST/3)
AJK: Muhammad Asyraf Bin Surahman (A142041/FTSM/3)
AJK: Nur Amira Binti Alias (A142149/FTSM/3)
Logistik
Pengarah: Yusrin Zakirin Asyraff Bin Yusoff Zaki (A149214/FKAB/1)
Timbalan Pengarah: Muhammad Aizat Bin Shamsudin (A150534/FKAB/1)
AJK: Abdullah Mu’izz Bin Nasron (A151415/FPEND/1)
AJK: Muhammad Akmal Bin Mohd Hanafi (A150255/FKAB/1)
AJK: Mohd Hazrein Bin Jamaluddin (A151964/FKAB/1)
AJK: Nur Aisyah Binti Abu Bakar (A150976/FKAB/1)
AJK: Iklil Binti Kamarul Zaman (A143870/FPEND/2)
AJK: Siti Intan Zulnajwa Binti Mazlan (A149399/FKAB/1)
AJK: Meri Malindo Bin Zulpami (A147605/FKAB/1)
Tugas-tugas Khas
Pengarah: Noor Amira Binti Mohamad (A150776/FSSK/1)
Timbalan Pengarah: Syahidatul Sofea Binti Salleh (A150858/FSSK/1)
AJK: Muhammad Faizal Bin Radzi (A149052/FKAB/1)
AJK: Norlela Binti Mohamad Maskak (A151014/FSSK/1)
AJK: Hairun Nisha Binti Abd Malik (A147370/FPI/1)
AJK: Muhammad Firdaus Bin Hamdan (A149064/FSSK/1)
AJK: Nazira Asyiqin Binti Alwi (A150743/FST/1)
AJK: Puteri Nur Hidayah Binti Megat Kamarudin (A143210/FEP/1)
AJK: Nursyamin Izani Binti Sulaiman (A143206/FEP/1)
Pentas
Pengarah: Nor Amirah Binti Rosli (A145347/FSSK/2)
Timbalan Pengarah: Anisha Syuhada Binti Abd Ghani (A145316/FSSK/2)
AJK: Nur Farihan Binti Abdullah (A145585/FST/2)
AJK: Nurezzah Binti Maulud-Din (A146542/FSSK/2)
AJK: Nur Hazwani Binti Ramlee (A145314/FSSK/2)
AJK: Nor Hazila Binti Mat Lazim (A145326/FSSK/2)
AJK: Nurun Najihah Binti Abdul Malik (A145025/FSSK/2)
AJK: Yusniza Binti Yusoh (A146482/FSSK/2)
AJK: Nur Syuhada Binti Sai’an (A145341/FSSK/2)
AJK: Siti Khairunnisa Binti Saini (A145339/FSSK/2)
Protokol
Pengarah: Noraini Binti Hassan Menhaj (A143452/FEP/2)
Timbalan Pengarah: Pameza Binti Abdul Harip (A143189/FEP/2)
AJK: Nor Suaidah Binti Shahrom (A143187/FEP/2)
AJK: Afie Azri Bin Yahaya (A143257/FEP/2)
AJK: Nur Athira Binti Jalal (A145578/FEP/2)
AJK: Farah Nadia Binti Abdul Halim (A145566/FEP/2)
AJK: Nurul Nadiyah Binti Muhamat Isa (A145583/FEP/2)
Program Siswa Corner
Pengarah: Siti Aminah Binti Mohammad Johari (A148213/FST/1)
Timbalan Pengarah: Siti Najihah Binti Mohammad Sariff (A149115/FST/1)
AJK: Nur Najwa Ariffa Binti Mohammad Najib (A149044/FPI/1)
AJK: Siti Hawa Binti Alias (A147862/FST/1)
AJK: Nuratiqah Binti Zulkefli (A151317/FSSK/1)
AJK: Muhamad Jawahir Bin Muhamad Japilus (A151330/FSSK/1)
AJK: Zuraidah Binti Abd Rahman (A147449/FPI/1)
Program Isu Kemanusiaan
Pengarah: Muhammad Azrul Bin Abdul Manap (A149834/FKAB/1)
Timbalan Pengarah: Athirah Redwan (A147216/FPI/1)
AJK: Muhamad Saufi Bin Abuzaki (A143880/FPEND/2)
AJK :Mohamad Faizul Bin Mohamad Kassim (A149768/FKAB/1)
AJK: Muhammad Izzat Bin Sobiring (A149076/FKAB/1)
AJK :Amirah Aisyah Binte Ya’acob (A147140/FP1/1)
AJK : Nor Atika Binte Aswad (A147207/FPI/1)
AJK: Mohammad Hisyamuddin Bin Mohammad Azhari (A146805/FKAB/1)
AJK : Muhammad Hanafe Bin Hambali (A149889/FKAB/1)
Program Pencarian Gadis REVOC
Pengarah: Nurul Fathira Binti Misron (A143928/FKAB/2)
Timbalan Pengarah: Amira Binti Ismail (A149167/FST/1)
AJK: Nur Alia Syahida Binti Nik Hasullah (A151349/FPEND/1)
AJK: Nur Fatihah Binti Ismail (A149789/FKAB/1)
AJK: Nur Farahatun Nadia Binti Nick Hamasholdin (A150063/FKAB/1)
AJK: Nurul Hafizah Binti Basri (A1496217/FKAB/1)
AJK: Fatin Nur Afini Binti Bajuri (A150077/FKAB/1)
AJK: Norfatin Atiqah Binti Abdul Halim (A151384/FKAB/1)
AJK: Nur Shafinaz Binti Alias (A149969/FKAB/1)
AJK: A.S.Nor Farah Fadzila Binti Ibrahim (A151237/FPEND/1)
AJK: Siti Aishah Binti Ismail (A151386/FPEND/1)
AJK: Shazwani Amenina Binti Sharbani (A150054/FKAB/1)
AJK: Nur Fatinah Ainaa Binti Amran (A149031/FKAB/1)
AJK: NurAfiqah Hazeerah Binti Mohammad Kifli (A149743/FKAB/1)
AJK: Nur Anis Nazriah Binti Noor Ismadi (A150627/FKAB/1)
Program REVOC Battle Dance
Pengarah: Amirul Asyraf Bin Zukhri (A150196/FKAB/1)
Timbalan Pengarah: Nurul Syuhada Binti Hassan (A149922/FSSK/1)
AJK: Abdul Halim Bin Ahmad Zaki (A150264/FKAB/1)
AJK:Afina Hakim Binti Mohamad Ruslee (A150935/FKAB/1)
AJK : Siti Zulaikha Binti Jalil (A149781/FKAB/1)
AJK : Mohamad Ariff Bin Abdul Aziz (A150457/FKAB/1)
Program REVOC Race
Pengarah: Siti Nur Aisyah Binti Abdullah (A151446/FST/1)
Timbalan Pengarah: Nadia Nisa’ Binti Mohammad Nor (A150491/FST/1)
AJK: Nor I’zzatul Azwa Binti Badarudin (A151442/FST/1)
AJK: Anne Stephanie Kadap (A148701/FSSK/1)
AJK: Raja Nor Azira Binti Raja Anuar (A147601/FEP/1)
AJK: Nurin Athira Binti Mohammad Rashid (A147590/FEP/1)
AJK: Teffie Shallenssey Anak Tasing (A150472/FST/1)
AJK: Adilahsia Binti Majuning (A150041/FST/1)
AJK: Nurul Nadiah Hanim Binti Mohammad Ismail (A151340/FSSK/1)
AJK: Mary Angelina Jud (A150282/FST/1)
AJK: Muhammad Firdaus Bin Mohammad (A150093/FST/1)
AJK: Nur Ardilla Binti Anuar (A150901/FST/1)
AJK: Nor Ahya’Syahirah Binti Mohammad Ramly (A150993/FSSK/1)
Program REVOC Chess Genius
Pengarah: Udaimatun Nur Binti Sudin (A145833/FST/2)
Timbalan Pengarah: Nur Hidayah Binti Abdul Rahman (A145822/FST/2)
AJK: Nur Fazirah Binti Embong (A145892 /FST/2)
AJK: Fatin Nuratirah Binti Abdul Jamil (A145826 /FST/2)
AJK: Nurhana Binti Mohamad Halim (A135819/FST/2)
AJK: Nurathirah Binti Khairuddin (A145824/FST/2)
AJK: Atiqah Binti Muhadi (A145823/FST/2)
AJK: Farahain Binti Mohamad Fabli (A145835/FST/2)
AJK: Siti Noraliza Binti Md Rasul (A145842/FST/2)
AJK: Amirah Izzati Binti Shamsudin (A145842/FST/2)
Program Stop & Play
Pengarah: Suryakali A/P Kalithas (A139564/FEP/3)
Timbalan Pengarah: Ruthra Devi A/P Tharumalay (A148546/FSSK/1)
AJK: Mthivanan A/L Muthusamay (A141424/FKAB/3)
AJK: Darrshni A/P Tanabbal (A144262/FKAB/2)
AJK: Laytchimi A/P Manoor Garam (A148794/FSSK/1)
AJK : Narasimha Raj Krishnan (A145483/FSSK/2)
AJK : Arreven A/L Shanmuganathan (A144592/FSK/1)
Teknikal
Pengarah: Syed Muhammad Lutfi Bin Syed Ahmad Shukri (A150666/FKAB/1)
Timbalan Pengarah: Ashraf Bin Abdul Gani (A149288/FKAB/1)
AJK : Firdaus Bin Jamal Rashid (A151325/FPEND/1)
AJK : Siti Aishah Binti Ismail (A151386/FPEND/1)
Keselamatan dan Pengangkutan
Pengarah: Muhammad Azrin Bin Jaafar (A142176/FPEND/3)
Timbalan Pengarah: Muhamad Nasiruddin Bin Husain (A142043/FPEND/3)
AJK: Muhammad Syafiq Bin Azmi (A142212/FPEND/3)
AJK : Adil Fakhri Bin Mohamad Zaki (A142120/FPEND/3)
AJK : Muhamad Azri Bin Ramli (A141929/FPEND/3)
AJK : Muhamad Akmal Hakim (A141537/FPEND/3)
AJK : Mohamad Nazri Bin Muslim (A141715/FPEND/3)
AJK : Mohamad Asmadi Bin Abdul Rahim@Mustapha (A141969/FPEND/3)
AJK : Abdullah Bin Ab. Rahman (A141045/FPEND/3)
AJK : Ahmad Za’im Bin Hood (A141928/FPEND/3)
AJK : Muhammad Zulhanif Bin Mohamad Haron (A141920/FPEND/3)
AJK : Mohamed Erwan Bin Mohamad Tuhaimi (A141365/FPEND/3)
Gerai dan Jualan
Pengarah: Mohamad Zahin Irfan Bin Ahmad Puad (A150133/FKAB/1)
Timbalan Pengarah: Siti Maisaroh Binti Abdullah (A151264/FSSK/1)
AJK: Muhammad Nizammudin Bin Abdul Rahman (A151334/FSSK/1)
AJK: Muhammad Nur Asyraf Bin Mohammad Isa (A151440/FPEND/1)
AJK: Nurul Farahim Binti Kamar Nor (A149959/FKAB/1)
AJK: Shafie Bin Rahim (A151117/FKAB/1)
LAMPIRAN B
ATUCARA PROGRAM
(1) SISWA CORNER
Sabtu (23 Mei 2015)
8.45 pagi : Ketibaan tetamu, para jemputan dan juri
9.00 pagi : Pertandingan inovasi bermula
1.00 petang : Rehat dan makan tengahari
2.00 petang : Pertandingan inovasi diteruskan
5.00 petang : Pertandingan tamat dan penyampaian hadiah
Ahad (24 Mei 2015)
8.45 pagi : Ketibaan tetamu, para jemputan dan juri
9.00 pagi : Pertandingan tradisional kategori individu
12.00 petang : Rehat dan makan tengahari
2.00 petang : Pertandingan tradisional kategori berkumpulan
5.00 petang : Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
(2) ISU KEMANUSIAAN
Jumaat (22 Mei 2015)
9.30 pagi : Perasmian dan Pembukaan Pameran
10.00 pagi : Jualan Booth Isu Kemanusiaan
12.00 pagi : Persembahan ‘street art’
02.00 petang : Persembahan ‘busking’
04.00 petang : Persembahan ‘busking’
Sabtu (23 Mei 2015)
10.00 pagi : Pembukaan Jualan dan Pameran ‘Isu Kemanusiaan”
10.30 pagi : Pendaftaran ’Charity Run’
11.00 pagi : Permulaan ‘Charity Run’
11.30 pagi : Sesi Penyampaian hadiah ‘Charity Run’
12.00 tengahari : Persembahan “Busking”
2.00 petang : Persembahan ‘Street Art’
4.00 petang : Persembahan ‘Busking’
Ahad (24 Mei 2015)
10.00 pagi :Pembukaan Jualan dan Pameran ‘Isu Kemanusiaan’
12.00 tengahari : Persembahan ‘Busking’
2.00 petang : Persembahan ‘Street Art’
4.00 petang : Persembahan ‘Busking’
(3) STOP AND PLAY
Jumaat (22 Mei 2015)
10.00 pagi : Twister game dan Dart
12.00 tengahari : Menghias kek cawan dan Twister game
3.00 petang : Congkak,Menimbang bola dan Maze Runner
6.00 petang : Giant Snake dan Ladder,Sudoku dan Maze Runner
Sabtu ( 23 Mei 2015)
10.00 pagi : Twister game dan Dart
12.00 tengahari : Congkak dan Twister Game
3.00 petang : Melukis kolam dan Maze Runner
6.00 petang : Sudoku dan Maze Runner
Ahad ( 24 Mei 2015)
10.00 pagi : Twister game dan Dart
12.00 tengahari : Menggubah Tisu/napkin dan Twister Game
3.00 petang : Congkak,Menimbang bola dan Maze Runner
6.00 petang : Giant Snake dan Ladder,Sudoku dan Maze Runner
(4) REVOC RACE
Sabtu (23 Mei 2015)
10.00 pg : ketibaan dan pendaftaran peserta serta pembahagian baju
11.00 pg : taklimat ringkas
11.30pg : pertandingan bermula
4.30 ptg : pertandingan hari pertama tamat
5.00 ptg : penyampaian hadiah
Ahad (24 Mei 2015)
10.00pg : ketibaan dan pendaftaran peserta serta pembahagian baju
11.00 pg : taklimat ringkas
11.30 pg : pertandingan bermula
4.30 ptg : pertandingan hari kedua tamat
5.00 ptg : penyampaian hadiah
(5) PENCARIAN GADIS REVOC
Jumaat ( 21 Mei 2015)
9.00 pagi :Pendaftaran peserta (isi borang penyertaan)
:Kelas tutorial “ make up” ( pendaftaran kelas adalah terbuka sehingga
petang)
:Taklimat dan syarat Pertandingan Video “Finalist Gadis REVOC” untuk
:Penilaian peringkat terakhir.
5.00 petang :Bersurai
Sabtu ( 22 Mei 2015 )
9.00 pagi :Pendaftaran peserta ( isi borang dan ambil nombor peserta)
9.30 pagi :Ketibaan para juri jemputan
Majlis Perasmian Pencarian Gadis REVOC , Bacaan doa
10.00 pagi :Saringan pertama Petandingan “Fashion Show” (peragaan pakaian dan
Penampilan diri ) – (30 peserta )
1.00 petang :Pengumuman pemilihan peserta ke peringkat seterusnya (15 peserta)
Penyampaian hadiah kepada peserta tidak berjaya
1.15 petang :Zohor ,Makan tengahari
2.00petang :Persembahan penaja sementara menunggu saringan bermula
3.00 petang :Saringan kedua Pertandingan “Talentime Show” – 5 minit menunjukkan
bakat
Pengumuman pemilihan peserta ke peringkat akhir (5 peserta)
Penyampaian hadiah kepada peserta tidak berjaya
6.30 petang :Bersurai 8.30 malam :Saringan Akhir “Grand Finale “
-Tayangan video
-Soalan-soalan daripada juri
-Pengumuman juara “GADIS REVOC”
Ahad (24 Mei 2015)
8.30 pagi :Gerai dan jualan bermula
:Game 1 : Menghias “cupcake”
Game 2 : Sulaman bunga menggunakan reben
Game 3 : ( untuk kanak-kanak) pertandingan mewarna
(6) REVOC BATTLE DANCE ’15
Sabtu (23 Mei 2015)
8.00 pagi : Peserta REVOC Battle Dance ’15 mulai memenuhi perkarangan pentas
pertandingan.
9.00 pagi : Sesi pendaftaran peserta REVOC Dance Battle ’15 bertempat di
hadapan perkarangan pentas pertandingan.
10.00 pagi : Ketibaan para juri pertandingan REVOC Dance Battle ’15.
10.15 pagi : Para juri bersiap sedia untuk sesi central elimination
10.30 pagi : Sesi Central Elimination REVOC Dance Battle ’15 bermula.
Persembahan pembukaan/ gimik
1.00 petang : Rehat
2.00 petang : Sesi elimination bersambung kembali
5.00 petang : Saringan tamat.
Ahad (24 Mei 2015)
8.00 pagi : Ketibaan peserta yang berjaya ke peringkat Group Battle.
9.00 pagi : Sesi pendaftaran peserta REVOC Dance Battle ’15 (Group Battle round)
9.30 pagi : Ketibaan para juri REVOC Dance Battle ’15
9.45 pagi : Para juri bersiap sedia untuk sesi Group Battle.
10.00 pagi : Group Battle round bermula.
1.00 petang : Sesi Group Battle round tamat
8.00 malam : Orang ramai memenuhi perkarangan pentas utama
8.15 malam : Ketibaan para juri dan tetamu kehormat/ VVIP
8.45 malam : Para juri dan peserta akhir bersiap sedia untuk pertandingan
9.00 malam : Pertandingan REVOC Dance Battle ’15 finale bermula.
11.00 malam : Persembahan istimewa.
11.30 malam : Majlis Penutupan dan acara penyampaian hadiah kepada pemenang
REVOC Dance Battle ’15 oleh tetamu / VVIP
11.45 malam : Pertandingan tamat/ bersurai.
(7) REVOC CHESS GENIUS ‘15
Sabtu (23 Mei 2015) 8:30 pagi : Sesi Pendaftaran peserta 9:30 pagi : Taklimat peserta oleh arbiter 9:15 pagi : Pusingan Pertama 10:00 pagi : Pusingan Kedua 10:40 pagi : Pusingan Ketiga 11:20 pagi : Pusingan Keempat 12.00 tghari : Rehat dan Makan Tengahari 2.30 petang : Pusingan Kelima 2.50 petang : Rehat 3.50 petang : Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah
Ahad (24 Mei 2015) 8:30 pagi : Sesi Pendaftaran peserta 9:30 pagi : Taklimat peserta oleh arbiter 9:15 pagi : Pusingan Pertama 10:00 pagi : Pusingan Kedua 10:40 pagi : Pusingan Ketiga 11:20 pagi : Pusingan Keempat 12.00 tghari : Berhenti Rehat dan Makan Tengahari 2.30 petang : Pusingan Kelima 2.50 petang : Rehat 3.50 petang : Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah
LAMPIRAN C
BELANJAWAN PROGRAM
EKSPRESI MAHASISWA
Pendapatan
BIL PERKARA RM
1 Sumbangan Dana (1) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
(2) Syarikat Korporat
(3) Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA), UKM
RM 30,000.00
RM 21,200.00
RM 1,000.00
2 Yuran Penyertaan (1) Siswa Corner
- Pertandingan inovasi (RM 5.00 X 90)
- Pertandingan tradisi (RM 5.00 X 60)
(2) REVOC Race (RM 200.00 x 20 kumpulan)
(3) Pencarian Gadis REVOC (RM 15.00 x 50)
(4) REVOC Battle Dance ’15 (RM 30.00 x 50)
(5) REVOC Chess Genius ’15
- Individu ( RM 25 X 200)
- Kumpulan ( RM 50 x 26 )
(6) Isu Kemanusiaan (RM 25.00 x 100)
RM 450.00
RM 300.00
RM 4,000.00
RM 750.00
RM 1,500.00
RM 5,000.00
RM 1,300.00
RM 2,500.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 68,000.00
Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1. Publisiti
Banner *4’ x 10’+ (RM 50.00 x 40 unit) RM 2,000.00
Bunting *6’ x 2’+ (RM 35.00 x 260 unit) RM 9,100.00
Poster [A3] (RM 1.00 x 900 unit) RM 900.00
Flyers [A4] (RM 1.00 x 3300 unit) RM 3,300.00
Buku Perasmian Program (RM 5.00 x 30 unit) RM 150.00
JUMLAH RM 15,450.00
2. Cenderamata
Wang tunai RM 17,950.00
Hamper (77 unit) RM 4,900.00
Goodies bag (RM 5.00 x 600 unit) RM 3,000.00
Mock cheque (RM 15.00 x 38 unit) RM 570.00
Cenderamata VIP (RM 30.00 x 11 unit) RM 330.00
Crown (RM 50.00 x 1 unit) RM 50.00
Kain selimpang (RM 30.00 x 3 unit) RM 90.00
Piala Iringan (RM 100.00 x 2 unit) RM 200.00
Piala (RM 50.00 x 22 unit) RM 4,000.00
Persembahan RM 300.00
Medal (RM 10.00 x 30 unit) RM 60.00
Mug (RM 15.00 x 4 unit) RM 60.00
Bayaran Juri dan Host RM 4,000.00
JUMLAH RM 32,610.00
3. Protokol
Bayaran Pengacara Majlis (RM100.00 x 2 orang) RM 200.00
Bahan Hiasan Pentas RM 500.00
Backdrop RM 200.00
Bahan Hiasan Khemah RM 300.00
Gimik perasmian RM 500.00
JUMLAH RM 1,700.00
4. Jamuan
Pagi
VIP (RM 8 X 25)
Juri (RM 6 X 20)
Sukarelawan (RM 5 X 10 ) X 3 hari
AJK (RM 5 X 50) X 4 hari Tengahari
VIP (RM 15 X 10 )
Juri (RM 12 X 20 )
Sukarelawan ( RM 10 X 10 ) X 3 hari
AJK (RM 10 X 50 ) X 4 hari Minum petang
VIP (RM 6 X 2 )
Juri (RM 5 X 20) Makan malam
VIP (RM 15 X 20 )
Juri (RM 12X 20 )
Sukarelawan (RM 7 X 10 ) X 3 hari
AJK (RM 7 X 50 ) X 4 hari Lain-lain
Air mineral (RM 10 X 5 KOTAK ) X 4 hari
100 Plus (RM 25 X 5 KOTAK ) X 4 hari
Lain-lain
RM 200.00 RM 120.00 RM 150.00 RM 1,000.00
RM 150.00 RM 240.00 RM 300.00 RM 1,500.00
RM 12.00 RM 100.00
RM 300.00 RM 240.00 RM 210.00 RM 1,400.00
RM 200.00 RM 500.00 RM 168.00
JUMLAH
RM 6,700.00
5. Tugas-tugas Khas
Tag nama urusetia (RM 2.00 x 100 unit) RM 200.00
Sijil urus setia, juri dan peserta (RM 1.00 x 1020 unit) RM 1,020.00
Badges urus setia dan peserta (RM 1.00 x 460 unit) RM 460.00
T-shirt (RM 20.00 x 470 unit) RM 9,400.00
Rencam RM 460.00
JUMLAH RM 11,540.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 68,000.00