Post on 07-Aug-2015
SK TANJONG SEPAT,
KG. TG. SEPAT 42800 KUALA LANGAT,
SELANGOR
KERTAS KERJA
MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN
ANJURAN:
PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP) SEMESTER LAPAN
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
1.0 PENDAHULUANBilik sukan di sekolah merupakan satu bilik yang perlu diambil perhatian oleh
pihak sekolah. Ia tidak boleh dipandang remeh oleh pihak sekolah kerana bilik
ini akan memberikan manfaat yang tersendiri kepada murid-murid. Oleh itu,
stor sukan ini perlu dibuat susun atur yang sebaiknya mengikut keperluan dan
kuantiti alat sukan. Rasional projek ini dibuat adalah untuk menyusun atur
peralatan yang ada di dalam bilik sukan. Murid-murid yang akan memasuki
bilik sukan ini akan mendapat manfaat daripada cara penjagaan dan
penggunaan alatan yang betul.
2.0 NAMA PROJEK
‘MENYUSUN ATUR BILIK SUKAN’
3.0 TARIKH
3 hingga 12 Julai 2013
4.0 MASA
8.30 pagi hingga 10.00 pg
5.0 ANJURAN
Pelajar program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Semester Lapan IPG KPI
6.0 OBJEKTIF PROJEK
6.1 Memenuhi sukatan praktikum bagi pelajar PISMP semester lapan
2013.
6.2 Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan.
6.3 Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.
6.4 Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peraturan ketika di bilik
sukan.
6.5 Melatih bakal guru supaya lebih berkemahiran dalam pelbagai bidang
dan sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada semua khususnya
warga sekolah.
6.6 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim antara guru
pelatih dengan warga sekolah.
7.0 LOKASI PROJEK
Bilik Sukan SK Tanjong Sepat
8.0 JAWATANKUASA INDUK
Semua guru praktikum Sk.Tg Sepat.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Kad manila 5 keping 5 x RM 0.502. Kertas warna 5 keping 5 x RM 1.003. Kertas A4 1 rim RM 10.004. Kertas A4 berwarna 1 rim RM 10.005. Gam 1 botol RM 5.006. Double tape 1 set RM 3.007. Polistren 1 keping RM 3.008. Plastik laminate 20 keping RM 5.00
JUMLAH RM 43.50
10.0 SUMBER KEWANGAN
1) Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat
11.0 PENUTUP
Projek ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada murid-
murid. Ia sekaligus dapat meningkatkan lai keselesaan pengguna dan sedikit
sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang
kepentingan penjagaan stor sukan. Oleh itu, adalah menjadi hasrat dan
harapan jawatankuasa pelaksana supaya projek ini mendapat perhatian,
pertimbangan dan seterusnya sokongan daripada semua pihak. Segala
kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
…………………………….
(NORATIKA BINTI SAMIAN)
Setiausaha Pelaksana,
Projek Menyusun Atur Bilik Sukan,
Sk Tanjung Sepat 2013,
IPGM Kampus Pendidikan Islam
Disemak oleh,
…………………………………
(EN MUHAMMAD ZAIMIE B. ZAHARI)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Tanjung Sepat
42800 Tanjung Sepat,
Kuala Langat,
Selangor
Disokong oleh,
………………………………..
(EN JOHARI BIN ISMAIL)
Guru Besar,
SK Tanjung Sepat
42800 Tanjung Sepat,
Kuala Langat,
Selangor