Post on 28-Oct-2015
Objektif
Mengetahui konsep perkembangan Mengetahui kitaran kehidupan individu
dan keluarga Membincangkan 6 tahap perkembangan
keluarga Membezakan tugas-tugas pada setiap
tahap kitaran
Konsep Perkembangan
Lily Mastura( 2006) perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dijangkakan berlaku kepada individu dalam keluarga. Ia adalah satu perjalanan kehidupan yang meliputi masa dan tahap. Terdapat tiga dimensi waktu iaitu waktu peribadi, waktu sosial dan waktu sejarah
Kitaran Kehidupan
Schwartz (1999) kitaran kehidupan individu berkembang dalam keadaan saling berkait, saling mempengaruhi dan melibatkan interaksi dengan orang lain.
Contoh dalam keluarga
Kitaran kehidupan individu
Erickson (1950, 1959, 1968) Lima peringkat pertama iaitu peringkat
perkembangan kemahiran dan identiti (perkembangan interpersonal)
Lihat m.s 32 ( Lily mastura,2006)
Erickson – Perkembangan intrapersonal
Peringkat
Percaya-tidak percaya
Umur
0-1
Tugas
Menekankan kepada kepuasan fizikal dan keperluan emosi
Kebebasan-rasa malu 2-3 Menekankan penerokaan dan mengembangkan sifat berdikari
Inisiatif-rasa bersalah 4-5 Menekankan pencapaian dan usaha
Rajin-rasa rendah diri 6-12 Menekankan kepada keperibadian yang bermatlamat
Identiti- kekeliruan peranan
12-18 Menekankan kepada had sesuatu batasan, membentuk identiti diri
Erickson –peringkat perkembangan Interpersonal
Peringkat Umur Tugas
Intim-pengasinga 19-35 Menekankan kepada pencapaian keakraban dalam perhubungan interpersonal
Generativti- pendaman
36-65 Menekankan kepada ingin membantu generasi yang lain dan menjadi produktif
Keutuhan-putus asa 66 ke atas
Menekankan kepada integrasi aktiviti kehidupan dan perasaan yang berharga
Kitaran kehidupan Keluarga (Carter and McGoldrick 1999)
Peringkat 1 – Generasi muda yang belum berkahwin dan ingin meninggalkan rumah
Peringkat 2 – Pasangan yang baru berkahwin Peringkat 3 – Keluarga dengan anak yang
masih kecil Peringkat 4 – Keluarga dengan anak remaja Peringkat 5 - Pelepasan anak-anak- sarang
kosong Peringkat 6 - Keluarga diperingkat tua
Peringkat 1- Generasi muda yang belum berkahwin dan ingin meninggalkan rumah
Tugas perkembangan- Kerjaya atau sambung
belajar- Mencari pasangan- Membeli kenderaan - Tanggungjawab kepada
ibubapa- Meningkatkan taraf - Menimba pengalaman baru-
Isu timbul - Penyesuaian diri- Pengurusan diri- Kejutan budaya- Komunikasi- Konflik - Ketahanan diri
Ibu bapa menerima perpisahan di antara generasi. Anak-anak membina perhubungan dengan rakan sebya dan membentuk corak kerjaya
Peringkat 2 – perkahwinan percantuman dua keluarga
Tugas perkembangan
1) Mengenali pasangan sebelum kahwin.
2) Perkongsian kehidupan.( status “baru berkahwin’”)
Isu timbul1) Cinta sebelum dan selepas
berkahwin.- Konflik dalam keluarga baru.- Pasangan tidak serasi.
2) Kehidupan berasingan selepas berkahwin.
Anak-anak mula melibatkan di dalam satu sistem keluarga baru melalui perkahwinan.
Peringkat 3 – Keluarga dengan anak-anak kecil
Tugas perkembangan: Ubah sistem keluarga –
ruang kepada anak-anak dan tingkat peranan
1. Penjagaan anak.
2. Menyesuaikan diri dengan kehadiran ahli
keluarga baru.
Isu timbul:
1. Suami tersisih.
2. Isteri tidak terurus.
3. Bebanan bertambah.
4. Campurtangan pihak ketiga (datuk&nenek- menyesuaikan diri dengan
status ).
Mempertingkatkan peranan tanggungjawab keibubapaannya dan penyesuaian perhubungan mereka suami isteri
Peringkat 4- Keluarga dengan anak-anak remaja
Tugas perkembangan Meningkatkan perhubungan
dan memahami perkembangan dan keperluan anak remaja
Bapa perlu berkomunikasi dengan remaja.
Tidak terlalu mengongkong/beri kebebasan
Membentuk identiti remaja.
Isu timbul Remaja suka memberontak Perbezaan antara keinginan
keluarga, ibu bapa dan keperluan sendiri.
Ibu bapa berhadapan dengan isu-isu kerjaya pertengahan umur dan menjaga ibu bapa yang berumur
Peringkat “ribut” – pertembungan nilai dan autonomi Ibu bapa dan remaja
Peringkat 5- Pelepasan anak-anak – “sarang kosong”
Tugas perkembangan Mendalami ilmu agama Melibatkan diri dalam aktiviti Melakukan aktiviti harian Menjaga kesihatan fizikal Menumpukan perhatian kepada hubungan
$
Isu timbul Ibubapa kesunyian Masalah kewangan Bebanan kepada
keluarga
Pasangan membantu anak-anak meninggalkan keluarga untuk membina keluarga baru. Kini sistem dua orang tanpa anak-anak. Penyesuaian mempunyai menantu, besan, anak cucu, pada masa yang sama mempunyai ibu bapa yang kurang upaya, dan kematian
Peringkat 6- Keluarga di peringkat tua
Tugas perkembangan
- menjadi penasihat
- bertindak dalam mengukuhkan perhubungan
- Penyempurnaan kendiri
Isu timbul
-penurunan kecergasan fizikal
-tahap pemikiran yang lemah
-kesihatan menurun
-bimbang tentang kewangan
-bimbang tentang kematian
-takut kehilangan pasangan
-sensitif
-dekatkan diri kepada Tuhan
-suka melakukan aktiviti
Pasangan berhadapan dengan realiti penuruan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. Memberi sokongan kepada pembentukan keluarga anak-anaknya tanpa terlalu mengawal. Realti kehilangan dan kematian.
Faktor-faktor mempengaruhi kitaran kehidupan keluarga
Budaya/etnik Bahasa Penyakit Kemiskinan Tahap pendidikan Emosi Tanggungjawab ibubapa
Peranan Kaunselor 1. Memahami Kesesuaian antara
kitaran kehidupan keluarga dan kaunselor
a. Kaunselor belum berpengalaman dalam peringkat kitaran hayat keluarga klien
b. Kaunselor sama-sama berada pada peringkat kitaran hayat keluarga klien
c. Kaunselor telah melalui peringkat-peringkat berbanding klien
Peranan Kaunselor
Sifat kaunselor perlu sensitif kepada klien agar tidak mempengaruhi kaunseling yang bakal dijalankan
Kenali klien dengan lebih dekat Tingkatkan kemahiran kaunseling.
Latihan 1 Asmah dan Johan, 40 tahun dan sudah 18 tahun
berkahwin. Mempunyai 3 orang anak, Mulia (16 thn), Fifi ( 14 thn), Azim ( 8 thn). Keluarga ini tidak kekal lama pada satu tempat, setiap 4 thn berpindah disebabkan tugasan kerja sebagai tentera. Mereka merasa terputus hubungan dengan orang lain. Hubungan Asmah dan Johan tidak gembira. Anak-anak tidak mengetahuinya. Sebarang pertikaian tidak diketahui oleh orang lain. Satu hari mereka bercerai. Anak-anak terkejut. Anak-anak akan bersama Asmah.
Soalan 1: Dengan perkembangan individu dan model perkembangan Erikson, apakah peringkat yang di lalui oleh individu itu? Apakah isu yang di alami?
Mulia:______________________
Fifi:________________________
Azim:_______________________
Johan:_______________________
Latihan 2
Bagaimana latarbelakang (budaya) anda mempengaruhi kitaran kehidupan? Senaraikan satu atau tiga?
RUMUSAN
Sistem keluarga berkembang dari segi pertambahan bilangan ahli dan juga peningkatan tanggungjawab sebagai ayah, ibu, datuk, nenek dan anak-anak.
Setiap peringkat mempunyai tugas perkembangan dan isu yang perlu di hadapi dengan bijaksana sehingga setiap individu merasai keharmonian kehidupan dan perlaksanaan ibadah dengan sempurna.