Post on 27-Sep-2015
description
Perenggan
Mustakim (1994) - suatu bentuk pengungkapan idea yang terjalin dalam rangkaian beberapa kalimat
Smalley& Rueten (1990) - gugusan ayat yang memperkembangkan satu idea utama; atau dalam kata lain, suatu perenggan memperkembangkan satu judul (topik)
secara umum- merupakan bahagian-bahagian kecil atau unit sebuah penulisan
pemerengganan- proses membentuk bahagian-bahagian kecil atau memecahkan sesebuah penulisan berdasarkan perkara-perkara yang dibincangkan
Kepentingan perenggan
Jenis- jenis perenggan
perenggan pendahuluan/pengenalan
perenggan penutup
perenggan isi
perenggan transisi
perenggan dialog
Perenggan pendahuluan
Perenggan pendahuluan berperanan untuk memperkenalkan kandungan sesuatu bahan penulisan, sama ada bahan yang berbentuk makalah, esei, bab atau lain-lain. -Dalam perenggan ini terdapat idea utama atau tesis yang bakal dibicarakan dalam sesebuah tulisan.Apa itu tesis?
Tesis / Pernyataan tesis/ayat tesisSatu sudut pandangan khusus tentang 1 tajuk tertentu yang menjadi pegangan penulis dalam penulisannyaIdea inti karangan dan menjadi asas pengembangan seluruh karanganTesis terlalu umum: pendidikan memainkan peranan yang penting
subjekfokus
Tesis terbatas: pendidikan pra sekolah/ memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak
Fungsi perenggan pendahuluan
memperkenalkan topikmenyatakan skop/batasan topikmenyatakan susunan/organisasi tulisanmenarik minat/perhatian pembacamemperkenalkan topik
Cara memperkenalkan topik boleh dilakukan dengan menyatakan tujuan penulisan.Contoh: Perbincangan ini akan memberi fokus kepada kesan globlisasi terhadap penggunaan bahasa dalam kalangan pekerja wanita kilang.menyatakan skop
perenggan pendahuluan seharusnya memberi fokus yang jelas dan seharusnya membataskan topik agar dapat diurus dengan baik.misalnya jika sesuatu penulisan menyatakan skopnya sebagai saya akan membincangkan keseluruhan sejarah manusia adakah kita akan meneruskan pembacaan. Pasti tidak. Kenapa?Menyatakan susunan/organisasi
sudah terdapat gambaran mengenai apa yang hendak disampaikan oleh penulis.Apakah aspek-aspek yang hendak dibincangkan.penyenaraian bagi beberapa kategori yang hendak dibincangkan.
Perbincangan ini dibahagikan kpd beberapa bhg. Bhg.1 ialah, bhg 2 ialah, bhg3. pula..akhir sekali bhg 5 ialah kesimpulan
Menarik minat pembaca
jika perenggan ini menarik pasti pembaca akan tertarik untuk terus membaca tulisan tersebut. Dengan demikian perenggan pendahuluan perlu menarik minat pembaca.Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menarik minat pembaca:
Beberapa cara yang boleh digunakan untuk menarik minat pembaca
1. Menggunakan pernyataan umum
Mulakan dengan penyataan umum- lebih umum daripada penyataan tesisTetapi berhati-hati jangan menggunakan klise seperti Dunia moden hari ini, teknologi menjadi semakin kompleks2. Menggunakan definisi
Terbaik elak menggunakan definisi kamus- telah menjadi sesuatu yang klise bagi karangan pelajarContoh: Jenayah juvana boleh didefinisikan sebagai jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di bawah umur iaitu remaja yang berada dalam lingkungan umur 13 tahun hingga 18 tahun.3. Mulakan dengan Pertanyaan/soalan
Mula dengan soalan khususnya melibatkan pembacaTetapi berhati-hati dengan soalan kerana mungkin terdapat pembaca yang boleh memberi jawapan yang kita tidak mahukan. misalnya Tahukah anda merokok itu berbahaya, bagi perokok pasti jawapannya peduli apaContoh
Pernahkah anda mendengar iklan yang berbunyi di mana anak-anak anda? di corong radio? Jika pernah, sebagai ibu bapa apa pandangan anda mengenainya? Sekali dengar ia mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada anda sebagai ibu bapa jika anda sendiri tidak memberi perhatian serius terhadapnya4. Menggunakan kaedah pengenalan secara mengejutkan
penulis cuba menyatakan sesuatu yang memeranjatkan pembaca-apabila pembaca terperanjat, mereka akan meneruskan pembacaan untuk mengetahui kebenarannya.5. Menggunakan pernyataan provokatif (yang bersifat menghasut)
boleh dinyatakan dalam bentuk soalan.Contoh 1: Adakah telefon bimbit penting untuk pelajar universiti?
-Contoh 2:Kebanyakan pemimpin kini amat mementingkan kuasa dan kepentingan sendiri sebagai jaminan untuk kesejahteraan hidup mereka. Mereka akan berjuang bermati-matian walau pun mereka terpaksa menggunakan cara kotor untuk mencapai kepentingan dan kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain di dalam kelompok mereka. Perkara ini amat bahaya jika dibiarkan berlarutan
6. Membuat perbandingan masa
gunakan perkataan dahulu, sekarang dsbCth: Dulu harga sebungkus garam ialah 6 sen. Sekarang sebungkus garam telah menjangkau 1 rm.
7. Melibatkan pembaca
contoh: Kita semua tahu mengenainya atau kita rasa kita tahu. Dadah! Sudah terlalu banyak pihak yang membicangkan tentang penagihan dadah. Tetapi adakah cukup bagi kita hanya setakat membincangkan tanpa mengambil tindakan yang praktikal8. menggunakan anekdot
Menggunakan cerita pendek untuk dalam perenggan pendahuluan untuk menarik minat pembaca. Adalah penting bagi kita untuk melihat sesuatu perkara dengan menggunakan perspektif yang betul berdasarkan konteksnya. Jika kita melihatnya dengan menggunakan bahagian-bahagian yang terasing, maka akan terhasillah fikiran yang tidak tepat. Kita tentu teringat kepada cerita tujuh orang buta yang menemui gajah. Yang memegang perutnya menyatakan bahawa gajah itu bentuknya seperti dinding. Seorang yang memegang kakinya beranggapan gajah itu seperti pokok. Yang memegang ekornya berasa yakin bahawa gajah itu seperti tali dan seterusnya. Bagi memuat gambaran yang tepat tentang sesautu kita boleh melihatnya berdasarkan fragmen-fragmennya.