Post on 05-Jul-2015
Laporan Bina Insan Guru Semester 2 PISMP Ambilan Januari 2010 di Sekolah
Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar, Perak
Pada 7 Ogos 2010, guru pelatih dari unit H2 dan H3 telah menjalani satu aktivti
khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Sayong yang terletak di daerah Kuala
Kangsar, Perak. Aktiviti khidmat mayarakat ini merupakan salah satu tema bagi
Bina Insan Guru bagi Semester Kedua Ijazah Pendidikan Guru Malaysia. Aktiviti
khidmat masyarakat ini diiringi oleh tutor unit H2, En Khairul Anuar dan En Yusri Bin
Mat Johor yang menggantikan tutor kelas H3 Tuan Haji Mokhar Bin Rais .
Pada pukul 6.30 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul dan melapor diri di
perkarangan garaj bas. Kami menuju ke Sekolah Kebangsaan Sayong sebaik sahaja
semua guru pelatih berada di perkarangan garaj bas, kemudian kami bertolak
menuju ke sekolah tersebut. Perjalanan menuju ke destinasi tersebut mengambil
masa selama satu setengah jam. Semua barang yang melibatkan dengan program
motivasi dibawa seperti hamper dan bahan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah
dibawa bersama-sama.
Setelah sampai di sekolah tersebut kami diperkenalkan dengan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sayong iaitu Tuan Hj. Abdul Rahaman Bin Mohamed Shah A.M.N dan
mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Kemudian kami
meneruskan program motivasi tersebut mengikuti jadual yang telah ditetapkan
dengan bersarapan terlebih dahulu di kantin sekolah. Kemudian kami memulakan
program motivasi pada pukul 8.30 pagi dengan ‘ice breaking’ terlebih dahulu. Aktiviti
‘ice breaking’ ini berlangsung hanya satu jam. Aktiviti ice breaking ini dikendalikan
oleh Mohd,. Syamil Bin Asanai dan Rabbiyatul Adawiyan Binti Pairon.
Pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi satu ceramah yang bertajuk ‘Revolusi
Potensi Diri Meningkat Kejayaan’ telah diberikan kepada murid-murid tahun enam.
Motivasi ini telah dikendalikan oleh Mohd. Khairulddin Bin Mohd. Khalid dan Mohd.
Taufik Bin Ramli. Teknik-teknik bagi menjawab peperiksaan telah diberikan kepada
murid-murid tersebut bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin
mendatang.
Selepas selesai aktiviti ceramah tersebut berlangsung, satu aktiviti yang melibatkan
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dikendalikan oleh Faridah Zainun dan Syed
1
Anwar Bin Syed Mahamud. Aktiviti ini melibatkan satu permainan yang menguji sifat
kerjasama dalam kumpulan dan tahap pemikiran murid-murid. Aktiviti LDK ini
memakan masa selama dua jam.
Kemudian, fasilitator dan murid-murid berehat seketika bagi melaksanakan solat
zohor serta mengambil makanan tengah hari. Selepas selesai berehat, kami
meneruskan aktiviti dengan LDK 2 yang diuruskan oleh Azwan Hakim Bin Abdul
Halim serta rakannya Lela Binti Nuradin. Aktiviti ini melibatkan hanya satu jam yang
bermula pada pukul 2.00 tengah hari hingga 3.00 petang.
Berikutnya, satu sesi Muhasabah Diri yang dikendalikan oleh Mohd. Bukhari Bin
Abdul Rashid serta Mohd Hisyamuddin Bin Tolohah dari pukul 3.00 petang hingga
4.00 petang. Slot Muhasabah Diri dilaksanakan bagi meginsafkan murid-murid tahun
enam supaya berusaha bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR
serta dalam kehidupan seharian juga.
Akhirnya, Majlis penutupan berlangsung pada pukul 4.00 petang hingga 4.30 petang
yang memakan masa 30 minit. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sayong telah
mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat masyarakat yang telah
dilaksanakan kami dalam Progaram Motivasi tersebut. Pihak sekolah juga turut
memberi cendera hati sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan
sewaktu berlangsungnya program BIG di sekolah tersebut. Tutor H2 telah bersama-
sama melakukan refleksi dan rumusan terhadap khidmat masyarakat yang telah
dilaksanakan oleh kami. Pada pukul 5.00 petang setelah selesai mengemas dan
menyimpan barang, kami bertolak pulang ke IPG Kampus Ipoh dengan 1001
kenangan.
Disediakan oleh,
…………………….
(FARIDAH ZAINUN)
Guru Pelatih Unit H3
2
REFLEKSI
Sebelum melaksanakan Bina Insan Guru pada kali ini, satu taklimat tentang BIG
Semester 2 ini telah diberikan pada hari sebelumnya oleh Penyelaras BIG, En. Yusri
Bin Mat Johor. Kami telah diberitahu tentang peraturan, disiplin, lokasi dan aktiviti
yang akan dijalankan oleh kami bagi semester ini yang melibatkan khidmat
masyarakat. Setelah mendapat taklimat yang diberikan serta perkara dan aktiviti
yang akan dijalankan, satu perlantikan jawatankuasa bagi Program Motivasi
diadakan di dalam kelas H3.
Bagi perlantikan Jawatankuasa kali ini, saya telah diberikan amanah oleh rakan-
rakan sekelas bagi memegang jawatan sebagai Bendahari. Bendahari memainkan
jawatan yang penting bagi sesetiap penubuhan, program, persatuan mahupun kelab.
Daripada perlantikan jawatan sebagai bendahari tersebut, saya dapat menguruskan
wang secara berhemah. Setiap guru pelatih diberikan RM 5 bagi menampung
makan tengah hari manakala pegangkutan diberikan secara percuma. Peruntukkan
yang diberikan sedikit sebanyak membantu guru pelatih dalam menjalani program
BIG ini. Selain daripada itu, daripada hasil perbincangan dan persetujuan rakan-
rakan sekelas, saya telah mengutip RM10 setiap orang bagi menampung
perbelanjaan bahan-bahan LDK , hamper kepada para pelajar, tag nama dan
cendera hati. Saya telah membahagikan wang tersebut kepada beberapa bahagian,
supaya bajet yang dilakukan mencukupi dengan kutipan wang tersebut.
Alhamdulillah, wang tersebut cukup bagi melaksanakan program motivasi tersebut.
Selain daripada itu, kelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan satu dan kumpulan dua. Saya terdiri daripada kumpulan satu yang
mengendalikan program motivasi bagi tahun enam. Manakala, kumpulan dua pula
akan mengendalikan murid-murid tahun tiga, tahun empat dan tahun lima. Setelah
berbincang saya dan Syed Anwar Bin Syed Mahamud ditugaskan untuk
mengendalikan LDK . Bagi melaksanakan LDK satu ini saya dan rakan saya telah
berkongsi pendapat dan idea bagi melaksanakan aktiviti yang dapat menarik minat
murid sewaktu aktiviti berlangsung. Setelah mencapai kata sepakat, kami
melaksanakan tugasan masing-masing. Saya telah menyediakan soalan yang
3
berkaitan dengan bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah. Bagi melaksanakan LDK ini
saya dapati semangat kerjasama, persefahaman pendapat, pemikiran kreatif dan
pembahagian tugas penting supaya sesuatu pekerjaan itu dapat berjalan dengan
lancar.
Program BIG untuk PISMP Unit H3 bagi Semester 2 2010 yang dijalankan
dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sayong,
Kuala Kangsar, Perak telah memberikan saya 1001 kenangan sebagai seorang
bakal guru. Pengalaman ini mengingatkan saya betapa besarnya halangan dan
dugaan untuk menjadi seorang guru pada zaman moden ini. Semua aktiviti yang
dirancang berjalan dengan lancar dan penuh suka duka. Aktiviti-aktiviti bersifat
ilmiah yang dirancang mengikut modul telah berjaya membentuk satu personaliti dan
penampilan guru-guru pelatih di IPG Kampus Ipoh, Perak.
Pada pukul 8.30 pagi, satu program ‘ice breaking’ dijalankan di dalam sebuah
dewan terbuka yang melibatkan pelajar tahun enam. Aktiviti ini telah dikendalikan
oleh Mohd. Syamil Bin Asanai dan Rabbiyatul Adawiyah Binti Pairon yang
mengambil masa selama satu jam. Kemudian murid-murid tersebut dibahagikan
kepada kumpulan yang dikelaskan melalui undi yang telah dicabut. Saya telah
menjadi salah seorang fasilitator bagi salah satu kumpulan yang diberikan nama
‘SHOWDOWN’. Dalam sesi ini mereka perlu memberikan nama bagi kumpulan,
melukis logo kumpulan, mereka ‘cheers’ dan melakukan pembentangan di hadapan
dewan. Pada mulanya ahli kumpulan saya ini agak pemalu untuk bercakap dan
menyampaikan idea, tetapi saya atasi masalah ini dengan berkawan dengan mereka
serta sering bertanya dan berkongsi idea bagi membantu mereka menyelesaikan
tugasan yang diberikan. Malah mereka juga menunjukkan sifat kerjasama dalam
kumpulan apabila membahagikan tugasan mengikut kemahiran masing-masing.
Sememangnya aktiviti yang dijalankan ini memberikan pengalaman baru kepada
saya bagi bergaul rapat dengan murid-murid.
Pada pukul 9.30 pagi, satu ceramah telah diberikan kepada murid tahun enam
yang bakal menghadapi UPSR. Tips dan teknik menjawab soalan peperiksaan
dikemukakan kepada mereka. Satu sesi perbincangan di antara murid-murid dengan
penceramah iaitu Mohd. Taufiq Bin Ramli dan Mohd. Khairulddin Bin Mohd Khalid
4
berlangsung selama 1jam 30minit. Daripada pengamatan saya, tips yang diberikan
oleh rakan saya tersebut boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kami
sebagai guru pelatih bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang. Daripada
ceramah tersebut, saya dapati bahan bantu mengajar (BBM) seperti LCD, ‘speaker’
dan komputer riba dapat menarik minat murid bagi menumpukan perhatian
sepenuhnya semasa ceramah diberikan. Tambahan lagi, saya mendapati
pengawalan kelas yang telah dilaksanakan oleh rakan saya adalah berkesan kerana
apabila ceramah berlangsung murid menumpukan perhatian dengan mencatat idea
penting, berada dalam keadaan senyap dan bertanyakan soalan pada akhir sesi
ceramah.
Manakala aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK) pula dilaksanakan pada
pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari. Aktiviti LDK ini dijalankan dan dikendalikan oleh
Syed Anwar Bin Syed Mahamud dan dibantu oleh saya. Aktiviti yang dijalankan
dalam LDK ini ialah permainan ‘bola beracun’, membina piramid menggunakan
straw dan telaga buruk. Aktiviti ini merupakan gabungan idea kami sebelum
bertapak di Sekolah Kebangsaan Sayong. Aktiviti yang dijalankan ini dibantu oleh
fasilitator yang lain dengan memantau dan mengawal pergerakkan murid-murid.
Murid-murid ini bersifat aktif apabila mereka menglibatkan diri di dalam aktiviti
tersebut. Semangat kerjasama, kemahiran dan kecekapan berfikir dapat dilihat
apabila mereka menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. LDK ini telah membantu
saya bagi mengawal kelas dan pergerakkan murid sewaktu aktiviti berlangsung.
Aktiviti ini juga telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih kreatif supaya
dapat menglibatkan murid dalam aktiviti tersebut. Semua ini penting bagi saya
kerana aktiviti seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang guru.
Sebagai contoh, pengajaran bahasa adalah agak membosankan pada waktu tengah
hari, jadi teknik bermain adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang
boleh digunakan dalam kelas bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dan
mengantuk. .
5
Aktiviti muhasabah diri dijalankan bagi memberi kesedaran kepada murid-
murid tahun enam supaya menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR
yang bakal menjelang serta mengenang jasa serta pengorbanan orang-orang
disekeliling iaitu keluarga dan guru-guru. Pembinaan moral dan sahsiah yang tinggi
ditekankan dalam slot tersebut bagi membantuk insan yang cemerlang dalam
pelbagai aspek. Murid-murid tersebut didedahkan dengan video gejala-gejala sosial
dan pengorbanan jasa ibu dan bapa. Daripada tayangan video tersebut, lahirnya
satu perasaan yang sebak dan sayu melihatkan gejala kuning tersebut telah
memudaratkan diri dan turut menyebabkan orang yang tersayang merana. Kesan-
kesan yang ditayangkan tersebut dijadikan ikhtibar kepada murid-murid supaya
mengelakkan diri daripada kancah bahana tersebut. Slaid pengorbanan jasa ibu dan
bapa adalah amat berkesan kepada murid-murid apabila mereka menitiskan air
mata bagi mengenangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya
dapati, kita boleh mempengaruhi murid dengan menggunakan kaedah psikologi
pendidikan bagi membantu pembelajaran murid di dalam kelas. Saya juga turut
mengambil ikhtibar daripada slaid dan tayangan yang telah dipaparkan sebagai
sempadan dan pedoman. Kata-kata semangat dilemparkan kepada murid-murid
supaya yakin dan berusaha sehabis baik bagi menghadapi peperiksaan yang
penting dalam kehidupan mereka.
Sebelum majlis penutupan dirasmikan oleh Guru Besar, kami bekerjasama
menyusun atur kedudukkan kerusi, meja dan hamper. Guru Besar serta pensyarah
pengiring memberikan kata-kata semangat serta nasihat kepada guru pelatih supaya
berani menghadapi profession perguruan pada masa akan datang. Setiap teguran
dan nasihat yang diberikan oleh mereka, saya jadikan ia sebagai kata-kata
semangat bagi memotivasikan diri supaya menjadi guru yang mencakupi aspek
JERIS sejajar kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
6
Selama setengah hari saya mengikuti program BIG bagi melaksanakan
khidmat masyarakat, saya dapat merasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah
diuji. Murid yang pelbagai ragam, pihak pengurusan sekolah dan keadaan sekolah
merupakan satu cabaran kepada kami bagi mewujudkan hubungan sosial yang baik
dengan masayarakat sekolah. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan
yang amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan dapat
mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari segi mental dan
fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal pendidik belum pasti lagi
kemana arah kami seterusnya apabila tamat belajar di institut perguruan ini.
Mungkin kami dihantar ke kawasan bandar, tetapi mungkin juga kami akan
diarahkan untuk mengajar di kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini
membolehkan kami semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami
sama ada kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin jauh
ke pelusuk rimba atau belum.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah
banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang
paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik
yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih
banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi
seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
7
8
GAMBAR
Taklimat BIG Sem 2 diberikan oleh En Mohd Yusri Bin Mat Johor.
Perjalanan menuju ke Sekolah Sayong
9
Slot Ceramah
Aktiviti Ice Breaking
10
LDK
LDK
11
Slot Muhasabah Diri
Majlis Penutupan
12