Post on 19-Jan-2016
description
LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN
PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 2/2012
LAPORAN SEBELUM
Dalam sesebuah organisasi, jawatankuasa peralatan merupakan antara
jawatankuasa yang berperanan penting dalam memastikan kelancaran perjalanan sesuatu
program yang telah direncanakan. Segala urusan berkaitan peralatan yang akan digunakan
sepanjang pertandingan bola baling tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada
jawatankuasa peralatan. Oleh itu, Jawatankuasa Peralatan telah ditubuhkan. Antara ahli-
ahlinya ialah :
Ketua Biro : Muhammad Akid Bin Suhaimi
AJK: Ainaa Najiha Bt Kamarudin
Nur Afiqah Bt Mat Noor
Shyamala A/P Muruthamuthu
Muhammad Naqiuddin Bin Yunos
Mohd Kamil Bin Deroni
Loh Li Yi
Shangkari A/P Sivabalan
Justeru, selaku jawatankuasa peralatan, perancangan telah dirangka dengan
teliti bagi memastikan tiada sebarang kekangan bakal timbul sewaktu
berlangsungnya Program Bina Insan Guru siri 2/2012 pada 24/2 -27/2 2012.
Sebelum Program BIG itu berlangsung, kami selaku ahli jawatankuasa
peralatan perlu membuat senarai barang yang perlu dibawa ke Pulau Tuba. Senarai-
senarai peralatan ini kami boleh dapati dan rujuki En. Bakhtiar. Senarai-senarai
peralatan ini amat penting bagi melancarkan lagi proses perjalanan Program Bina
Insan Guru Siri 2. Kami juga mengadakan perbincangan sesama ahli bagi
mendapatkan senarai peralatan tambahan yang diperlukan. Senarai-senarai
peralatan yang diminta oleh setiap biro boleh dilihat di Lampiran 1. Permohonan
peminjaman peralatan ini telah dibuat dua minggu sebelum tarikh Program BIG ini
berlangsung.
Dua hari sebelum program BIG berlangsung, kami selaku ahli jawatankuasa
biro peralatan telah bekerjasama antara sesama ahli untuk membungkus dinghi,
enjin bot, dan buoyancy aids (BA). Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti
membungkus barang – barang yang perlu dibawa.
Sehari sebelum program BIG berlangsung pula, kami perlu membungkus
barang-barang yang telah dibeli seperti makanan, minuman, perubatan dan PA
sistem untuk dimasukkan ke dalam stor unit Kokurikulum bagi memudahkan lagi
proses pengumpulan barang dan penyemakan barang sebelum bertolak pada
keesokan harinya. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti membungkus
barang – barang yang perlu disimpan ke dalam stor.
LAPORAN SEMASA
Sebagaimana yang telah sedia maklum, segala urusan peralatan adalah
sepenuhnya di bawah tanggungjawab jawatankuasa peralatan. Pada 24 Februari
2012, kami membuat pemeriksaan semula bagi memastikan segala peralatan yang
hendak dibawa mencukupi seperti yang terdapat dalam senarai yang disediakan.
Kemudian, peralatan-peralatan tersebut dipindahkah ke dalam kenderaan untuk di
bawa ke Pulau Tuba. Setibanya di Pulau Tuba, kami mengumpul semua peralatan
yang dibawa dan memasukkannya di dalam stor yang disediakan.
Selepas itu, kami mengagihkan barang dan alatan tersebut kepada dua
bahagian iaitu untuk aktiviti air dan aktiviti darat bagi memudahkan peserta
mengambil ketika hendak menggunakan peralatan tersebut. Kami kemudiannya
membuat pemeriksaan peralatan kali kedua berdasarkan senarai semak untuk
mengemaskini jumlah peralatan yang telah ditinggalkan di stor dan peralatan yang
baru dibawa.
LAPORAN SELEPAS
Seusai majlis penutupan Program Bina Insan Guru tersebut, kami selaku
jawatankuasa peralatan perlu memastikan kesemua peralatan yang dibawa dan
dipinjam cukup bilangannya dan masih dalam keadaan baik. Kami juga perlu
memulangkan semula peralatan tersebut kepada pihak yang terbabit. Sebelum
memulangkan barang-barang tersebut, kami perlu pastikan bilangan barang tersebut
sama mengikut jumlah yang dipinjam. Selepas itu, kami perlu menyusun barang dan
alatan yang dibawa pulang dan memasukkannya ke dalam stor. Kami juga perlu
membuat senarai barangan yang ditinggalkan, dibawa pulang dan dilupuskan.
Senarai peralatan ini boleh dilihat di dalam Senarai Peralatan Biro Peralatan BIG Siri
2/2012
Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru Siri 2/2012 ini dapat berjalan
dengan lancar kerana semua peralatan yang diperlukan dapat kami sediakan.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh :
(AINAA NAJIHA BT KAMARUDIN)
Biro Peralatan
Program Bina Insan Guru Siri 2/2012
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis