Post on 11-Aug-2015
Nama : NUR AISHAH BINTI ABASAMatrik : A146269
Fakulti : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMATHHHC : HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
TAJUK PROJEK : STRATEGIC PLANNING & TEAM BUILDING (NUMOSS)
PERANAN ANDA DALAM PROJEK : Bendahari Program
PENGENALAN
Program ini telah dijalankan pada 21 Disember 2014 di Dewan Kuliah FTSM, UKM Bangi.
Program ini adalah anjuran Kelab Komuniti Sumber Manusia (KST) atau National University of
Malaysia Open Source Society (NUMOSS) UKM Bangi. Program ini disertai oleh 20 orang AJK
dan 30 orang peserta. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri dan
mengeratkan hubungan silaturahim antara sesame peserta dan ahli kelab NUMOSS.
Melalui program ini saya telah dilantik untuk menjadi bendahari program. Tugas saya sepanjang
program ini berlangsung adalah memastikan sumber kewangan disalurkan kepada AJK yang
memerlukan dan memastikan tiada penyalahgunaan wang tersebut dan sentiasa memastikan
wang tersebut mencukupi sepanjang program ini berjalan.
Sebanyak RM 800 telah diperuntukkan bagi menjalankan program ini dan tidak ada masalah
kewangan yang timbul. Wang tersebut telah dibelanjakan untuk sarapan pagi, makan tengahari,
sijil dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti program.
Selain itu juga, pada hari berlangsungnya program saya telah ditugaskan untuk membantu ahli-
ahli AJK yang lain yang memerlukan bantuan dan menjadi fasilitator sepanjang program
berlangsung.
PENYATAAN MASALAH
Ketua Program lambat memberi maklumat seperti waktu dari hari perjumpaan.
Ketua Program tidak banyak berkomunikasi dengan anak buah yang lain
Kekangan waktu untuk mempersiapkan jadual aktiviti program.
Maklumat program tidak disampaikan dengan baik seperti ramai ahli yang tidak tahu
akan program yang dijalankan.
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Ketua Program haruslah dilantik dikalangan yang pernah atau berpengalaman
mengendalikan program.
Ketua Program harus peka dan lebih bertanggungjawab serta memahami peranan seagai
seorang ketua.
Proses sebelum dan selepas program haruslah mempunyai masa yang mencukupi seperti
dalam jangka satu bulan.
Setiap program harus dipromosi dan diwar-warkan dengan lebih besar seperti
menggunakan medium facebook, whatsapp dan banner.
HASIL DAN IMPLIKASI
Sepanjang menjalankan tugas sebagai bendahari banyak pengalaman yang telah saya dapat
melalui program ini. Antaranya ialah saya dapat mempertingkatkan kemahiran kepimpinan dan
kerja berpasukan antara sesama ahli dan pensyarah. Sepanjang menjadi bendahari program saya
dapat melatih diri saya untuk mahir dalam menguruskan kewangan dan juga menjagar ahli AJK
yang lain supaya dapat menggunakan perbelanjaan dengan betul. Pada masa yang sama, saya
juga belajar bagaimana cara untuk bekerjasama dengan ahli-ahli yang lain supaya dapat
mencapai objektif program ini dan dekali gus dapat menerap semangat berpasukan dan saling
membantu antara satu sama lain. Disamping itu juga saya dapat belajar berkomunikasi dengan
cara yang lebih tepat melalui pelbagai media seperti menghantar mesej pesanan ringkas(sms),
email, surat dan lain-lain lagi.
Selain itu, saya dapat menerap sifat kesabaran dan memahami setiap permintaan dan keperluan
untuk menjalankan program ini. Saya juga belajar untuk berlaku jujur dan amanah dalam
menjalankan tugas sebagai seorang bendahari. Saya juga harus cekap mengendalikan sumber
kewangan yang ada bagi kelancaran program ini mengikut dana yang telah diperuntukkan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya program ini banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam mengasah
kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Hal ini dapat dilihat apabila sepanjang
berlangsungnya program ini, saya diharuskan untuk berinteraksi sesama ahli dan para peserta.
Dengan pengalaman ini ia telah sedikit sebanyak membantu saya agar lebih berkeyakinan dalam
berkomunikasi antara pelbagai individu dan peringkat umur. Disamping itu juga, ia turut
membantu saya agar lebih peka dan cekap dalam mengatur pertuturan yang menjadi salah satu
kemahiran yang terpenting apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Akhir sekali emlalui pembelajaran ini saya dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu
kemahiran kerja dan sikap. Saya juga dapat belajar teknik-teknik pembelajaran yang betul serta
diaplikasikannya dlam kehidupan seharian melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal.
Saya juga dapat belajar bagaimana cara untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang
arahan yang perlu dipatuhi ketika program berlangsung.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan
dan juga mampu memberi nilai dan sumbangan kepada para peserta. Antaranya dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara semua ahli yang terlibat bersama para peserta.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudah terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan program ini.
1) PENDAFTARAN PESERTA DAN AJK
2) SENAMROBIK
3) ICE BREAKING
4) AKTIVITI 1
5) AKTIVITI 2
6) AKTIVITI 3