Post on 11-Dec-2014
description
Lukisan Kanak-kanak
Lukisan kanak-kanak agak berbeza daripada hasil lukisan orang
dewasa. Ini kerana kanak- kanak masih dalam proses perkembangan
psikomotor dan koordinasi yang masih belum begitu matang.
Banyak hasil lukisan kanak-kanak hanya berbentuk contengan.
Namun demikian setiap contengan mempunyai makna yang
tersendiri (Norasmah, 2010). Menurut Anning dan Ring
(2004) kanak-kanak mungkin melukis contengan berbentuk “zig-
zag” untuk mewakili ingatan mereka tentang kereta mainan yang
dipandu laju semasa hari pesta suka ramai. Kanak-kanakmelukis
untuk memberitahu “makna” yang berlaku dalam diri dan kehidupan
mereka (Matthews, 1999). Malchiodi (1998) menyatakan terdapat
tiga cara kanak-kanak menghasilkan imej yang mereka lukis iaitu
melalui ingatan (Rajah 3), imaginasi dan kehidupan seharian
mereka. Antaraketiga-tiga cara ini lukisan yang menggambarkan
kehidupan mereka amat kerap dihasilkan kerana lukisan tersebut
Kajian Literatur 21
Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak
menggambarkan pengalaman seharian mereka. Namun demikian,
hasil lukisan masih berbentuk ringkas dan mungkin tidak lengkap
bentuknya.
Rajah 3 : Hasil Lukisan Kanak-kanak Selepas Menonton Televisyen Berkaitan Buah Strawberi Memakan Seorang Budak.(sumber : Anning & Ring, 2004)
Lukisan kanak-kanak merupakan satu perwakilan (Anning &
Ring, 2004) yang mempunyai makna tersendiri. Lukisan kanak-
kanak boleh menunjukkan diri mereka sendiri (Rajah 4), orang di
sekeliling mereka (Rajah 5), makanan kegemaran (Rajah 6) atau
peristiwa yang berlaku (Rajah 7). Kesemua lukisan kanak-
kanak biasanya dikaitkan dengan peristiwa yang mereka lihat atau
yang berlaku kepada diri mereka sendiri.Rajah 4 : Gambaran Kanak-kanak Tentang Diri Mereka(sumber : Jolley, 2010)
Kajian Literatur 22
Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak
Rajah 5 : Gambaran Kanak-kanak Tentang Ibunya(sumber : Anning & Ring, 2004)
Rajah 6 : Makanan Kegemaran(sumber : Anning & Ring, 2004)Rajah 7 : Peristiwa Persekolahan Hari Ahad(sumber : Anning & Ring, 2004)
Kajian Literatur 23Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak
2.6Peringkat Lukisan Kanak-kanak
Peringkat-peringkat lukisan kanak-kanak yang akan dihuraikan
adalah berdasarkan dua teori utama iaitu Teori Perkembangan
Artistik Al Hurwitz dan Day (2001), dan Teori Perkembangan
Artistik Kanak-kanak Lowenfeld dan Brittain (1987).
2.6.1Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001)
Terdapat beberapa peringkat lukisan kanak-kanak berdasarkan teori
ini. Peringkat lukisankanak-kanak berkembang daripada peringkat
contengan sehingga kepada peringkat yang paling matang dalam
lukisan kanak-kanak, iaitu melibatkan unsur-unsur penggunaan
ruang, bayangan dan kesempurnaan pembentukan objek atau figura.
(i)Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-Kanak (2-4 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan
pergerakan tangan. Hasil lukisan merupakan garis-garisan yang tidak
menentu dan lukisan dihasilkan tidak terkawal dan lebih merupakan
contengan. Pada peringkat ini kanak-kanak banyak menggunakan
pelbagai media kering yang menampakkan rupa garisan. Kanak-
kanakbanyak menggunakan unsur garisan dalam peluahan rasa
mereka. Hasilan garisan ini tidak bersifat realistik. Kanak-kanak ini
lebih suka bereksperimen dengan teknik dan media. Keupayaan
menconteng ini sangat bergantung pada keupayaan otot dan
keselarasan koordinasi antara mata dan tangan. Pada peringkat
ini kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut rupa yang
dihasilkan. Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa
kerana rupa bentuk lukisan yang dihasilkan hanya dapat dimengerti
oleh penghasil karya tersebut. Karya kanak-kanak ini boleh
dibahagikan kepada 4 peringkat secara progresif seperti dalam Rajah
8 iaitu :
(a)Garisan tidak terkawal – kanak-kanak menghasilkan contengan secara
rawak dan tidak terkawal. Contengan begini biasanya tidak
menggambarkan imej.
(b)Garisan terkawal – contengan kanak-kanak mula memperlihatkan
koordinasi mata dan tangan. Garisan dihasilkan berulang-
ulang. Mula berbentuk mudah seperti bulat, garisan menegak dan
melintang.
(c)Rupa tidak terkawal – kanak-kanak mula menyedari hubungan
contengan dengan sesuatu objek. Mereka boleh menamakan
bahagian pada lukisan walaupun imej tidak jelas.
Kajian Literatur 24Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak
(d)Rupa terkawal – lukisan sudah mula menggambarkan perasaan. Imej
yang dihasilkan menampakkan imaginasi. Objek mula berbentuk dan
menggambarkan apa yang mereka tahu.(a) garisan tidak terkawal (b) garisan terkawal(c) rupa tidak terkawal
Rajah 8 : Contoh-contoh Lukisan Kanak-kanak Pada Peringkat Garisan TidakTerkawal, Garisan Terkawal, Rupa Tidak Terkawal danRupa Terkawal(sumber : Malchiodi, 1998)
(ii)Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)
Pada peringkat umur 6-9 tahun ini kanak-kanak mula
menghasilkan simbol-simbolsebagai perlambangan. Kebanyakan
simbol ini mempunyai tema dan berkisar kepada alam persekitaran
mereka. Figura yang dihasilkan dalam karya berbeza dari segi saiz
dan kedudukan. Saiz figura ini melambangkan hiraki seperti diri
sendiri, ibu bapa, rakan sebaya, keluarga terdekat, kawasan tempat
tinggal dan sebagainya. Kekuatan dan kekuasaan misalnya
dilambangkan kepada ikon-ikon tertentu seperti action figure
(Ultraman, Cicakman, Spiderman, Superman) atau bapa mereka
yang kadangkala dilambangkan dengan perbezaan saiz figura
tersebut. Pada peringkat awal, warna tidak menjadi fokus utama
dalam karya. Persimbolan warna hanya berlaku pada
Kajian Literatur 25Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak
peringkat kedua dan peringkat persimbolan ketiga pula
menitikberatkan kepada imej konkrit dan bukan konseptual.
(iii)Pra-Remaja (10-13 tahun)
Peringkat pra-remaja merupakan peringkat transisi dari
zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Pada peringkat ini kanak-
kanak membuat percubaan untuk melukis figura dengan saiz dan
skala yang betul dengan menitikberatkan saiz dan kadar berbanding
antara objek-objek dalam karya. Hasilan karya mereka lebih nampak
rasional dan boleh diterima dari kaca mata orang dewasa.
Penggunaan warna juga lebih matang, sesuai dengan warna alam
serta terdapat unsur cahaya dan bayang dalam karya. Imej dan
komposisi nampak lebih realistik dengan memasukkan perspektif di
mana imej yang dekat lebih besar berbanding dengan imej yang jauh
akan kelihatan lebih kecil. Elemen ruang juga telah wujud di dalam
karya mereka.
2.6.2Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak Lowenfeld dan Brittain (1987)
(i)Peringkat Scribbling (2-4 tahun)
Peringkat scribbling merupakan peringkat penghasilan contengan
secara rawak dan tidak terkawal. Pada peringkat ini kanak-
kanak membangunkan koordinasi otot motor tangan mereka dengan
melatih pergerakan tangan secara bebas. Kanak-kanak melukis
garisan menegak, melintang dan bulatan (elipse) setelah dapat
menguasai koordinasi otot tangan ini.
(ii)Peringkat Preschematic (4-7 tahun)
Selepas melalui peringkat scribbling dan sudah boleh menguasai
koordinasi otot tangan, tahap lukisan kanak-kanak berlaku
peningkatan dari melukis bulatan kepada objek yang terdapat di
persekitaran mereka. Elemen penting dalam peringkat ini ialah
pelbagai jenis, arah garisan dan bulatan. Mereka akan
menghasilkan watak-watak mudah yang melambangkan diri dan
orang yang terdekat dengan mereka seperti ibu bapa, rakan sebaya
dan sebagainya. Saiz imej pula berbeza-beza dan kelihatan terapung-
apung dalam karya.
Kajian Literatur 26Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak
(iii)Peringkat Schematic (7-9 tahun)
Pada peringakat schematic kanak-kanak kurang kecenderungan
melukis imej objek. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema
tertentu. Penekanan lebih kepada penyusunanobjek-objek yang
terdapat dalam karya serta perkaitan antara objek-objek
ini. Peringkat ini kanak-kanak selalunya berfokus kepada manusia
dan objek-objek yang ada disekelilingnya. Mereka juga telah
memahami konsep ruang di mana pembahagian ruang boleh
dibezakan di antara satah udara dan satah tanah. Pemandangan satah
bawah disusun secara melintang. Lukisan dihasilkan berskala besar
bebas dan spontan. Mereka tidak peka pada karya mereka sendiri
dan tidak kisah tentang karya rakan sebaya mereka. Kanak-
kanak pada peringkat ini juga suka berkongsi
secara superficial tentang hasil karya mereka.
(iv)Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 tahun)
Peringkat Dawning Realisim merupakan peringkat yang
menampakkan kematangan. Imej yang dilukis nampak lebih teliti
dan realistik. Imej-imej yang dihasilkan mula mengecil jika
dibandingkan dengan peringkat sebelumnya. Pada peringkat ini
kanak- kanak mula menunjukkan sifat kritikal terhadap karya sendiri
dan mereka mula secara sedar membandingkan karya sendiri dengan
karya rakan sebaya. Mereka mula menunjukkan sifat individualistik
serta mentitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
(v)Peringkat Pseudonaturalistic atau The Reasoning Age (12-14)
Pada usia 12 – 14 tahun, kanak-kanak mula peka terhadap konsep
realistik dalam karya mereka. Kanak-kanak lebih menitikberatkan
konsep kedudukan dan saiz serta rasional imej. Mereka lebih suka
meniru objek dihadapan mata daripada imaginasi dan tidak suka
berkongsi karya dengan rakan. Perasaan malu (rendah diri) akan
wujud sekiranya karya mereka tidak menarik atau dikritik.
(vi)Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art (14-17 tahun)
Merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya
seni dan penciptaan objek dengan memperlihatkan kematangan
dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang bersesuaian
untuk menghasilkan sesuatu karya. Para peringkat ini menampakkan
kematangan dan keaslian seni dalam penciptaan karya mereka.