Post on 18-Nov-2020
PELAJAR: NORAINI BINTI CHE DARUS
(48069)
PENYELIA: CIK WAN SOFIAH BINTI MEOR
OSMAN
PROJEK TAHUN AKHIR 2
LATARBELAKANG KAJIAN
Menurut Oblinger & Verville (1998), barisan- barisan
pengurus seperti pengurus pertengahan, eksekutif
dan profesional dalam sumber manusia
menyatakan bahawa mereka memerlukan pekerja
yang mempunyai kepakaran dalam kemahiran
insaniah dan kemahiran teknikal.
Namun begitu, kebanyakkan pekerja kurang menyediakan diri dengan kemahiran yang
kehendaki oleh majikan.
PENYATAAN MASALAH
i. Jurang sampel
Terdapat banyak kajian tentang jurang kemahiran dijalankan di luar
negara seperti USA, Wisconsin, Mauritius, Unesco dan beberapa
kawasan di Malaysia, tetapi kurang dijalankan di Sarawak. (Robles, 2012; Levine, 2013; Monica Aring, 2012; Googoolye,Vaghjee-
Rajiah,Seechurn,Neeliah & K. Ramtohul, 2013; Makhbul,Yussof, &
Awang, 2015)
ii. Jurang analisis
Terdapat banyak kajian sebelum ini mengkaji tentang kepentingan
kemahiran insaniah berbanding kemahiran teknikal. (N. Seetha, 2014;
Makhbul, Yussof, Awang, 2013; Dench, Perryman & Giles, 1988 dan
termasuklah laporan daripada Soft Skills Report, 2014).
OBJEKTIF KAJIAN
UMUM: Untuk mengkaji persepsi majikan terhadap kemahiran pekerja dalam
sektor perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak.
KHUSUS:
• untuk mengkaji profil jurang kemahiran pekerja melalui persepsi majikan
dalam sektor perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak
• untuk mengkaji ciri-ciri demogafi (jantina, tahap pendidikan, tempoh
perkhidmatan, jawatan, kategori syarikat dan saiz syarikat) yang
mempengaruhi persepsi majikan terhadap jurang kemahiran pekerja majikan dalam sektor perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak
• untuk mengkaji sumber jurang kemahiran (latihan dan pembangunan,
sistem pendidikan dan motivasi kerja) mempengaruhi jurang kemahiran
pekerja dalam sektor perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak
• untuk mengkaji faktor dominan yang mempengaruhi persepsi majikan
terhadap jurang kemahiran pekerja
HIPOTESIS KAJIAN Ha1 Terdapat perbezaan signifikan tentang persepsi
jurang kemahiran pekerja dalam kalangan majikan
berdasarkan jantina.
Ha2 Terdapat perbezaan signifikan tentang persepsi
jurang kemahiran pekerja dalam kalangan majikan
berdasarkantahap pendidikan.
Ha3 Terdapat perbezaan signifikan tentang persepsi
jurang kemahiran pekerja dalam kalangan majikan
berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Ha4 Terdapat perbezaan signifikan tentang persepsi
jurang kemahiran pekerja dalam kalangan majikan
berdasarkan jawatan.
Ha5 Terdapat perbezaan signifikan tentang persepsi
jurang kemahiran pekerja dalam kalangan majikan
berdasarkan kategori syarikat.
Ha6 Terdapat perbezaan signifikan tentang persepsi
jurang kemahiran pekerja dalam kalangan majikan
berdasarkan saiz syarikat.
Ujian-T & ANOVA
• Ha7 Terdapat hubungan signifikan antara latihan
dan pembangunan dengan jurang kemahiran
pekerja
• Ha8 Terdapat hubungan signifikan antara sistem
pendidikan dengan jurang kemahiran pekerja
• Ha9 Terdapat hubungan signifikan antara
motivasi kerja dengan jurang kemahiran pekerja
• Ha10 Ketiga-tiga sumber jurang kemahiran
secara signifikannya akan menunjukkan
peratusan varian yang tinggi dalam jurang
kemahiran pekerja.
Regresi Linear
Berganda
Korelasi Pearson
KERANGKA KONSEPTUAL
Sumber jurang kemahiran
berdasarkan persepsi majikan
(Latihan dan pembangunan, sistem
pendidikan dan motivasi kerja)
Jurang kemahiran
pekerja
berdasarkan
persepsi majikan
Ciri-ciri demografi majikan
(Jantina, tahap pendidikan, tempoh
perkhidmatan, jawatan, kategori
syarikat dan saiz syarikat)
Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar
DEFINISI ISTILAH
1. Jurang kemahiran
Konseptual: American Society for Training &Development (2012) menyatakan jurang kemahiran
merupakan jurang yang ketara antara keupayaan industri dengan kemahiran yang diperlukan
untuk mencapai matlamat organisasi.
Operasional: Merujuk kepada ketidaksepadanan keperluan majikan terhadap kemahiran yang
dimiliki oleh tenaga kerja sedia ada.
2. Barisan pengurus
Konseptual: Menurut Peter Drucker (1967) dalam bukunya menyatakan bahawa barisan
pengurus merujuk kepada seseorang yang memiliki tanggungjawab yang besar dalam
pengurusan organisasi di setiap jabatan.
Operasional: Barisan pengurus merujuk kepada pihak atasan, pengurus pertengahan dan
pengurus barisan pertama yang berperanan dalam pengurusan organisasi dalam melahirkan
pekerja berkemahiran tinggi dalam kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal.
3. Telekomunikasi
Konseptual: Barczak (1994) menyatakan bahawa sektor telekomunikasi
sebagai suatu perhubungan yang berteknologi tinggi, berdaya saing dan
dikawal oleh kerajaan yang mempunyai pelbagai ciri seperti telefon, kabel
televisyen dan komputer.
Operasional: Perkhidmatan telekomunikasi termasuklah aktiviti
telekomunikasi berwayar, aktiviti telekomunikasi tanpa wayar, aktiviti
telekomunikasi satelit dan aktiviti telekomunikasi lain.
4. Kemahiran insaniah
Konseptual: Menurut M. Robles, (2012), kemahiran insaniah (soft skills)
merangkumi sifat-sifat watak, sikap dan tingkah laku bukannya kebolehan
teknikal atau pengetahuan iaitu sebagai, kemahiran personaliti khusus
bukan teknikal yang membantu dalam menentukan kekuatan seseorang
dalam kepimpinan, pengantara dan perundingan.
Operasional: Kemahiran insaniah termasuklah kemahiran berkomunikasi,
kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran
keusahawanan, kemahiran kepimpinan, kemahiran etika moral dan
profesional serta kemahiran pembelajaran & pengurusan maklumat
sepanjang hayat.
5. Kemahiran teknikal
Konseptual: Menurut Schulz (2008) kemahiran
dalam melaksanakan tugas seperti kemahiran
dalam perisian dan kemahiran professional.
Operasional: Merujuk kepada kemahiran secara
teknikal dan profesional di kalangan pekerja
dalam sektor perindustrian.
KEPENTINGAN KAJIAN
MAJIKAN : Dapat memberi maklumat penting kepada majikan
dalam mengenalpasti jurang kemahiran yang dimiliki oleh
pekerja. Jadi, majikan dapat merangka satu bentuk latihan yang
bersesuaian kepada pekerja yang terlibat supaya kemahiran pekerja dapat ditingkatkan.
PEKERJA : Dapat mengoptimumkan kemahiran yang dikehendaki oleh majikan melalui pembangunan latihan yang disediakan
supaya jurang tersebut dapat ditingkatkan serta menjadi pekerja
yang cemerlang.
PENGKAJI AKAN DATANG : Dapat dijadikan sumber rujukan
kepada kajian pada masa hadapan dengan menganalisis
sumber-sumber dan data-data dari kajian ini.
METODOLOGI
REKA BENTUK KAJIAN:
• Kaedah kuantitatif
INSTRUMEN KAJIAN:
• Borang soal selidik dibentuk
berdasarkan kajian-kajian
lepas termasuk kajian yang
dibuat oleh Adecco (2016)
POPULASI:
• Barisan pengurus daripada
empat buah syarikat dari
sektor perkhidmatan
telekomunikasi, Sarawak
SAMPEL:
Teknik (Krejcie & Morgan, 1970 )
Kajian rintis : > 30 responden
Kajian sebenar : > 50 responden
PENGUMPULAN DATA : Prosedur pengumpulan data
a) Etika i. Surat kelulusan
ii. Borang
maklumat kajian
ANALISIS DATA :
i. Deskriptif - (SPSS)
ii. Inferensi
• T-test & ANOVA - mengkaji perbezaan faktor
demografi dengan jurang kemahiran
• Correlation - mengenalpasti hubungan antara kedua-
dua pembolehubah
• Multiple regression - mengkaji faktor dominan