Post on 24-May-2015
PELAKSANAAN PENGAJARAN LITERASI
BAHASA MELAYU: PENDEKATAN
ALTERNATIF
Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan apabila sistem pendidikan vernakular diperkenalkan.
Bahasa Melayu menjadi bertambah penting apabila program Perubahan Bahasa dilaksanakan pada tahun 1970.
PENGENALAN
Samb… Melalui program ini, sekolah kebangsaan Inggeris telah
dihapuskan dan bahasa Melayu menjadi subjek wajib.
Mata pelajaran diwajibkan lulus atau dapat gred C sekurang-kurangnya dalam setiap peperiksaan awam.
Menjadikan kedudukan bahasa Melayu amat penting dalam sistem peperiksaan awam di negara kita.
Peratusan keputusan peperiksaan awam adalah amat
bergantung kepada mata pelajaran bahasa Melayu.
APA ITU PENDEKATAN ALTERNATIF ?
Menggunakan dan sedar akan keupayaan mereka sendiri untuk menguasai kemahiran literasi bahasa Melayu.
Mengawal pemikiran mereka dalam proses pemahaman bahan bacaan dan grafik dalam bahasa Melayu.
Mengawal pemikiran mereka agar dapat mencadangkan idea dan hujahan dalam bentuk lisan, bertulis dan grafik.
Tujuan Pendekatan Alternatif :
PENDEKATAN ALTERNATIF
Samb…
Mengawal keupayaan mereka supaya dapat menguasai perbendaharaan kata yang lebih luas dalam bahasa Melayu.
Mengawal keupayaan mereka dalam menguasai kemahiran menulis.
Memperbaiki keupayaan mendengar dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
PENDEKATAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU
1.DEFINISI
Teknologi maklumat : smua bentuk teknologi yg digunakan untuk mencipta,memperoleh, menyimpan,menggunakan, menggabungkan,menyampaikan, berkomunikasi dan memaparkan maklumat digital dalam pelbagai bentuk.
Contoh : grafik,teks,animasi,audio,
video dan gambar.
2. OBJEKTIF DAN PENERAPAN TEKNOLOGI
Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknologi.
TEKNOLOGI (MULTIMEDIA)
MULTIMEDIA
Multi bermakna
banyak atau
pelbagai
Media bermakna
perantaraan untuk
berkomunikasi
Media berperanan sbg alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkaya kurikulum,meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang teknologi.
Mampu mengubah corak pengajaran guru.
Menukar gaya pembacaan masa kini.-teks kelihatan lebih bermaya.
PERANAN MULTIMEDIA
• Perkhidmatan internet digunakan secara meluas.
• Guru membina laman web sendiri.
• Bersoal jawab, kuiz, mengadakan perbincangan kumpulan.
• Menimbulkan ransangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang pengajaran.
• Menjadikan proses pembelajaran lebih menarik & berkesan.
MEMUDAHKAN PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT
PENDEKATAN TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pendekatan tradisional
Pelaksanaannya: Proses pendekatan tradisional bermula dengan guru iaitu guru menjelaskan suatu teori atau peristiwa secara lengkap sehingga pelajar dapat memahami teori tersebut.
Setelah teori dapat dikuasai, pelajar akan mempraktikkan teori tersebut
TEKNIK PENGAJARAN YANG BERKESAN
Memikat dan merangsang pelajar untuk terus belajar
Memberikan peluang kepada pelajar secara mental dan fizikal untuk mengaktikan mereka dalam proses pembelajaran
Penggunaan peralatan yang rumit, mahal dan sukar pengoperasiannya harus dikurangkan penggunaan
Kaedah Pendekatan1. Sesi Soal Jawab- Media yang paling penting bagi guru
berinteraksi dengan pelajar- Tujuan:- memberi fokus kepada pemikiran murid,
mengembangkan atau meluaskan pemikiran murid serta meningkatkan pengetahuan asas murid dalam sesuatu mata pelajaran tertentu
Kaedah Buku Teks
Merupakan bahan asas yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas dimana ia merupakan buku
yang memperincikan kehendak sukatan pelajaran dan kurikulum.
Merupakan salah satu bahan utama bagi mentafsirkan falsafah, objektif, maklumat dan prinsip kurikulum
pendidikan. Hal ini selari dengan apa yang dimahukan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan iaitu untuk membentuk diri
dalam aspek intelektual dan kerohanian.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005).
BUKU TEKS
Isi kandungan mengandungi
rencana-rencana untuk melatih dan membantu pelajar
untuk mudah menghasilkan
karangan.
Memudahkan pelajar untuk belajar
mengenai puisi seperti sajak dan pantun tradisional serta karya novel pendek. (Komsas)
Akhbar dan Majalah
Dapat mendedahkan para pelajar memilih dan membaca bahan bacaan yang berinformasi dan berfaedah, bukan membaca bahan-bahan yang
berbentuk hiburan semata-mata.
Menurut Bryan Coombs (2010), pelajar yang memulakan tabiat membaca akhbar pada setiap hari dapat
memperolehi banyak faedah.
Akhbar dan Majalah
Membantu pelajar mendapatkan rencana-rencana mengenai isu-
isu semasa untuk dijadikan bahan dalam merangka isi untuk
forum mahupun aktiviti perdebatan.
Contoh: rencana mengenai sains, sejarah dan kejuruteraan.
Mengajar pelajar mencari kesilapan ejaan, makna,
dan struktur ayat.
Mengandungi info-info serta latihan yang berkaitan dengan
tatabahasa dan perkataan-perkataan baharu yang
ditulis sendiri oleh penulis Kamus Dewan.
PENDEKATAN AUDIO DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
TEKNOLOGI
Mudah dikendalikan dan memberi rangsangan dalam sesi pembelajaran.
Bahan-bahan audio secara relatifn harganya amat rendah dibandingkan dengan media jenis lain.
Peralatan teknikal yang diperlukan untuk merakam, menyunting dan memainkan semula rakaman mudah dilakukan.
Membuatkan murid terutama kanak-kanak mudah mengingati dan menumpukan perhatian dalam kelas.
Mengikut Sanford E. Taylor (1946), pada peringkat sekolah rendah sebanyak 60% masa dihabiskan dengan mendengar manakala pada peringkat menengah dan kolej adalah sebanyak 90%
Guru perlu mengetahui sama ada pelajar dapat mendengar dengan berkesan atau tidak.
Persekitaran bilik darjah turut memainkan peranan penting dalam memastikan tumpuan pelajar tidak terganggu
Penggunaan elemen audio boleh memberi pengalaman berbahasa dan bertutur kepada murid tahap rendah atau murid yang buta huruf.
Murid-murid kebiasaannya akan mengikut dan menghafal maklumat berbentuk audio.
Sebagai contoh, abjad A-Z yang dibuat dalam bentuk lagu lebih mudah diingati oleh mereka yang baru mengenali abjad-abjad ini.
Meyelitkan unsur audio dalam sesi pengajaran dan sewaktu membentangkan ‘slideshow’ dapat menarik perhatian pelajar.
Bagi murid jenis auditori, penggunaan teknik ini akan merangsang dan menarik minat mereka.
Ringkasnya sesi pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih menarik jika disertakan dengan elemen audio.
KESIMPULAN Mengikut Wan Zahid (1993), pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ini membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran di sekolah, dimana beliau menegaskan bahawa pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar (child centered) mesti diamalkan dan sebaliknya mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru (teacher centered).
Para guru seharusnya mengaplikasikan pelbagai bentuk pendekatan alternatif bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.