Post on 04-Apr-2018
PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN WEB BAGI
PEMBELAJARAN STRUKTUR ELEKTRON BAGI ATOM
PUA YOKE CHING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN WEB BAGI PEMBELAJARAN STRUKTUR ELEKTRON BAGI ATOM.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006_____
Saya PUA YOKE CHING ___________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: No. 102, JALAN 8/2, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bt. Shariffudin TAMAN SRI PULAI PERDANA, NAMA PENYELIA 81110 MUKIM PULAI, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh: 10 April 2006 Tarikh: 10 April 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
ijazah Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan : .
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin
Tarikh : 10 April 2006
PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN WEB BAGI
PEMBELAJARAN STRUKTUR ELEKTRON BAGI ATOM
PUA YOKE CHING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .
Nama Penulis : Pua Yoke Ching
Tarikh : 10 April 2006
iii
Khas buat untuk ayah, Pua Kim Seng,
yang hidup dalam hatiku buat selama-lamanya
iv
PENGHARGAAN
Penghargaan yang setinggi-tingginya dirakamkan kepada penyelia saya, Prof.
Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Ribuan terima kasih atas
penyeliaan beliau yang profesional dan sistematik, motivasi dan galakan yang
berterusan, pandangan yang bernas, ketabahan serta kesabaran sehingga kajian ini
berjaya disempurnakan.
Tunjuk ajar, bantuan teknikal, kerjasama, pentadbiran atau akademik
daripada pihak pensyarah-pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia, guru -guru
Kimia dari Maktab Sultan Abu Bakar serta semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan penyempurnaan kajian
ini amat dihargai dan disanjung tinggi.
Akhir sekali, ribuan terima kasih dan penghargaan juga ingin ditujukan
kepada semua saudara-saudari yang tersayang, atas sokongan, doa dan bantuan
mereka yang setia dan berterusan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
berasaskan aplikasi multimedia bagi membantu mengatasi kesukaran pembelajaran
dalam topik Struktur Elektron Bagi Atom. Objektif kajian ini adalah: a)
membangunkan perisian berasaskan web dalam topik Struktur Elektron Bagi Atom
mengikut sukatan mata pelajaran kimia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
tingkatan 6 sekolah menengah, b) mengkaji persepsi pengguna terhadap perisian ini.
Model rekabentuk pengajaran Rapid Prototyping digunakan sebagai panduan
rekabentuk pengajaran. Metodologi kajian terdiri daripada tiga fasa yang utama.
Fasa Pertama adalah untuk mengumpul maklumat tentang kesukaran pembelajaran
Struktur Elektron Bagi Atom, teori pembelajaran dan model rekabentuk
pembelajaran melalui temubual secara tidak formal dengan pakar dalam bidang
pendidikan dan multimedia. Fasa Kedua adalah untuk membangunkan perisian
berasaskan web yang dicadangkan. Susunan konsep dan kemahiran dalam perisian
adalah berdasarkan kepada teori fahaman binaan berasaskan model Needham.
Program yang digunakan dalam membangunkan perisian ialah Macromedia
Dreamweaver MX 2004 dan Microsoft Office FrontPage 2003 sahaja. Fasa Ketiga
ialah untuk mengkaji persepsi pengguna terhadap perisian ini dalam aspek
rekabentuk informasi, persembahan dan interaksi. Sebanyak 3 orang pakar dan 4
orang pelajar terlibat dalam Fasa Penilaian. Pengumpulan data dilakukan melalui
soal selidik dan temubual. Hasil kajian mendapati responden memberikan komen
yang positif terhadap perisian ini.
vi
ABSTRACT
This research is done to investigate the usage of multimedia applications in
overcoming the learning difficulties in the topic Electronic Structure of Atoms. The
objectives of this research are: a) to develop a web based courseware in the topic of
Electronic Structure of Atoms based on the syllabus of secondary school Form Six,
Malaysia Higher School Certificate (STPM) chemistry, b) to study the perceptions of
users. The Rapid Prototyping Instructional design model consists of seven levels was
adopted as the model of instructional design of this courseware. This research was
carried out in three phases. Phase one involved the collection of information
concerning the students’ learning difficulties in Electronic Structure of Atoms, the
learning theory and the instructional design model through the unformed interview
with experts in education and multimedia. Phase two is the development of the
courseware based on the Needham Constructivist Model. The program used in the
courseware development was Macromedia Dreamweaver MX 2004 and Microsoft
Office FrontPage 2003. Phase three is the study of the user’s perception of the
courseware in the aspect of instructional, presentation and interaction design. 3
experts and 4 students were involved in the evaluation of this courseware. Data was
collected using the questionnaire and interview. The research result showed that the
respondents are having the positive comments to the software.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Definasi Operasi
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiii
xiv
xvi
xviii
1
1
2
5
6
6
6
7
8
viii
BAB II
1.8.1 Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK)
1.8.2 Rangkaian Internet
1.8.3 Hipermedia
1.8.4 World Wide Web (WWW)
1.8.5 Web Kurikulum
1.8.6 Pembelajaran Atas Talian
(online learning)
1.8.7 E-learning
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
2.2 Fenomena dan Kajian Berkaitan
dengan Pembelajaran Kimia STPM
2.2.1 Perkembangan Awal STPM
2.2.2 Topik Struktur Elektron
Bagi Atom Dalam
Kurikulum Kimia Malaysia
2.2.3 Kesukaran Pembelajaran
dan Pengajaran Topik
struktur Elektron Bagi Atom
2.3 Perkembangan Penggunaan
Komputer Dalam Pendidikan
2.4 Penggunaan Utama Komputer
Dalam Bidang Pendidikan
2.4.1 Sebagai Media Atau Sumber
Pengajaran Dan
Pembelajaran (P&P)
2.4.2 Sebagai Alat Pentadbiran
Dan Pengurusan
8
8
9
9
9
10
10
11
11
11
12
13
14
16
18
19
19
ix
2.4.3 Alat Kajian Dan
Penyelidikan
2.4.4 Komputer dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran (P&P)
2.5 Peranan Komputer dalam Bidang
Komputer
2.5.1 Tutor
2.5.2 Tool
2.5.3 Tutee
2.6 Pembelajaran Atas Talian Atau E-
learning
2.6.1 Sebab Pengintegrasian
Internet Dalam Pendidikan
2.6.2 Kebaikan Pengintegrasian
Internet Dalam Pendidikan
2.6.2.1 Komputer Sebagai
Media Utama
2.6.2.2 Kebebasan Lokasi
2.6.2.3 Kebebasan Masa
2.6.2.4 Kebebasan Platform
2.6.2.5 Meningkatkan
Interaksi dan
Tanggungjawab
pelajar
2.7 Teori Pembelajaran Yang
Digunakan Dalam Kajian
2.7.1 Teori Pembelajaran
Fahaman Binaan
2.7.2 Model Fahaman Binaan
Lima Fasa Needham
2.8 Model Rekabentuk Pengajaran
Yang Digunakan Dalam Kajian
2.8.1 Model Rapid Prototyping
20
21
22
22
23
24
24
25
26
26
27
28
28
29
29
29
30
32
32
x
BAB 3
BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.2.1 Fasa Pertama –
Pengumpulan Maklumat
3.2.2 Fasa Kedua – Pembangunan
Perisian
3.2.2.1 Analisis Fisibiliti
3.2.2.2 Analisis Keperluan
3.2.2.3 Merekabentuk
Perisian
3.2.2.4 Penghasilan Perisian
3.2.2.5 Kitaran Prototaip
3.2.3 Fasa Ketiga – Penilaian Dan
Pengujian Kebolehgunaan
Perisian
3.2.3.1 Rekabentuk Fasa
Ketiga
3.2.3.2 Sampel Kajian
3.2.3.3 Instrumen Kajian
3.2.3.4 Implementasi
Perisian
PERISIAN BERASASKAN WEB DAN
PENGANALISISAN DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Peredaran Perisian
4.3 Panduan Penggunaan Perisian
4.3.1 Ikon Permulaan
36
36
37
37
38
39
39
39
40
40
40
41
41
42
43
44
44
44
46
46
xi
BAB 5
4.3.2 Montaj
4.3.3 Menu Utama
4.3.4 Bantuan
4.4 Aplikasi Teori Fahaman Binaan
Dalam Rekabentuk Perisian
Multimedia
4.4.1 Orientasi
4.4.2 Pencetusan Idea
4.4.3 Penstrukturan Semula Idea
4.4.4 Aplikasi Idea
4.4.5 Refleksi
4.5 Data
4.6 Analisis Data
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Ringkasan Kajian
5.3 Perbincangan Kajian
5.3.1 Rekabentuk Informasi:
Strategi Pengajaran
5.3.2 Rekabentuk Persembahan
5.3.3 Rekabentuk Interaksi
5.4 Rumusan Kajian
5.5 Implikasi Kajian
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
RUJUKAN
47
48
50
50
51
54
56
57
58
62
67
69
69
70
71
71
72
72
73
74
75
77
xii
LAMPIRAN
Lampiran A - D
83-92
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1
2.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
Perancangan Pelaksanaan sekolah Bestari
Model Fahaman Binaan Lima Fasa Needham
Taburan kekerapan responden dalam pengujian
perisian dari segi rekabentuk informasi: strategi
pengajaran
Taburan kekerapan responden dalam pengujian
perisian dari segi rekabentuk persembahan
Taburan kekerapan responden dalam pengujian
perisian dari segi rekabentuk interaksi
Taburan peratus pakar terhadap pengujian perisian
Taburan peratus pelajar terhadap pengujian perisian
18
31
63
65
66
67
68
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
2.2
2.3
3.1
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
Model Rapid Prototyping (Tripp dan Bichemeyer,
1990)
Rapid Prototyping untuk rekabentuk perisian(Tripp
dan Bichemeyer, 1990)
Model Rapid Prototyping (Bostock dan Drammond,
1995; Bostock, 1998)
Rekabentuk Fasa Ketiga Kajian
Ikon permulaan
Skrin montaj
Skrin menu utama
Skrin bantuan
Skrin Orientasi (Pengenalan)
Skrin Orientasi (Subtopik-spektra atom)
34
34
35
41
46
47
49
50
52
53
xv
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
Skrin Orientasi (Subtopik-spektrum Hidrogen)
Skrin Pencetusan Idea (Pengenalan)
Skrin Pencetusan Idea
Skrin Penstrukturan Semula Idea
Skrin Aplikasi Idea
Skrin Refleksi (Kuiz 1)
Skrin Refleksi (Kuiz 2)
Skrin Refleksi (teka silag kata)
Skrin Refleksi (hangman)
Skrin Refleksi (memilih garis)
54
55
56
57
58
59
60
61
61
62
xvi
SENARAI SINGKATAN
2D
3D
ABM
AS
ATS
BIL
CD
CD-ROM
FAQs
http
HSC
ICT
ID
IPT
IT
KPM
LCI
MPM
MSC
P&P
PBK
PMR
PPK
PSM
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dua dimensi
Tiga dimensi
Alat bantu mengajar
Amat setuju
Amat tidak setuju
Bilangan
Cakera padat (compact dics)
Compact Dics - Read Only Memory
Mel elektronik
Frequently asked Questions
Protokol Pemindahan Hiperteks
Higher School Certificate
Teknologi maklumat dan komunikasi
Instructional Design
Institusi Pengajian Tinggi
Teknologi Maklumat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Learners Controlled Instruction
Majlis Peperiksaan Malaysia
Koridor Raya Multimedia
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran berbantukan komputer
Penilaian Menengah Rendah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Projek Sarjana Muda
xvii
PUK
S
SMK
SPM
STP
STPM
TICCIT
TP
TS
UTM
WWW
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pembelajaran urusan komputer
Setuju
Sekolah menengah kebangsaan
Sijil Pelajaran Malaysia
Sijil Tinggi Persekolahan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
Time-shared interactive computer controlled instructional
television
Tidak pasti
Tidak setuju
Universiti Teknologi Malaysia
World Wide web
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
D
Soalan Soal Selidik
Papan Cerita (Storyboard)
Persekitaran Macromedia Dreamweaver MX 2004
Persekitaran Microsoft FrontPage 2003
83
88
91
92
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam alaf baru ini, komputer dalam pendidikan bukan lagi tajuk yang asing
bagi guru-guru ataupun pelajar-pelajar di sekolah. Penggunaan komputer dalam
pendidikan menjadi semakin luas dan penting apabila projek sekolah bestari
dicadangkan. Projek sekolah bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi
perdana dalam menjayakan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai
Multimedia Super Corridor (MSC). MSC telah diumumkan secara rasminya oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapan
beliau semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995. Projek sekolah
bestari adalah bertanggungjawab dalam melahirkan generasi baru yang mampu
mengharungi cabaran dunia baru teknologi maklumat.
Perkembangan ilmu dan budaya pemikiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang cekap dan berkesan dapat dilaksanakan melalui rangkaian
internet dan teknologi maklumat. Berdasarkan kajian daripada Jocelyn Wishart et al
(1999), pemasangan rangkaian komputer dalam sekolah menengah telah
memperbaiki proses P&P serta meningkatkan keseronokan di mana pelajar dan guru
sama-sama menganggapkan bahawa penerapan teknologi maklumat (Information
Technology, IT) merupakan suatu perkara yang memanfaatkan.
2
Ramai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk menguasai konsep dan
kemahiran asas sains yang dipelajari secara formal di sekolah. Kesukaran
pembelajaran ini kebanyakannya disebabkan oleh keabstrakkan konsep sains yang
dipelajari (Johnstone, 1974), kaedah penyampaian yang kurang berkesan atau
masalah dalam kerangka alternatif pelajar itu sendiri (Driver dan Erickson, 1983).
Menurut Sanger dan Green Bowe (1997), penggunaan komputer dapat membantu
pelajar meningkatkan pemahaman terhadap konsep sains khususnya konsep-konsep
yang abstrak. Untuk mengatasi masalah ini, pendekatan pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) telah diaplikasikan. PBK boleh berbentuk menggunakan komputer
untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah iaitu program terancang
atau menggunakan komputer untuk pembelajaran dan pengajaran secara penemuan
yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui
komputer (Baharuddin, et al. 2001).
Walau bagaimanapun, penggunaan pendekatan PBK ini mestilah
berlandaskan kepada kesesuaian tajuk, teknologi, prinsip rekabentuk pengajaran dan
kemahiran sains yang dapat dipelajari oleh para pelajar selepas penggunaannya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matapelajaran kimia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah
bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam ilmu
kimia untuk membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian
tinggi atau untuk membantu pelajar menceburkan diri dalam kerjaya yang berkaitan,
di samping menimbulkan kesedaran pelajar tentang peranan ilmu dalam alam sejagat.
Kimia merupakan salah satu cabang sains yang dianggap sukar difahami kerana
keabstrakkan konsepnya. Menurut kajian Hsin-Kai Wu (2001), ramai pelajar
mempunyai masalah untuk mempelajari perwakilan simbolik dan molekul dalam
matapelajaran kimia.
3
Sejak 10 tahun yang lalu, pendidik dan penyelidik kimia telah merintis untuk
membantu pelajar membangunkan pemahaman konseptual tentang perwakilan kimia
(Kozma & Russell, 1997). Tiga peringkat perwakilan kimia telah dibincangkan
dalam bidang penyelidikan ini:
a. Peringkat makroskopik yang memperlihatkan proses kimia
b. Peringkat mikroskopik yang memperlihatkan susunan dan pergerakan
molekul, atom atau zarah sub atom.
c. Peringkat simbolik pula memperlihatkan simbol, nombor, formula,
persamaan serta struktur.
Topik Struktur Elektron Bagi Atom (Electronic Structure Of Atoms) dalam
sukatan pelajaran Kimia STPM adalah melibatkan perwakilan peringkat mikroskopik
serta simbolik. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa pemahaman
perwakilan peringkat mikroskopik dan simbolik adalah sangat sukar bagi pelajar
kerana perwakilan ini adalah tidak dapat dilihat dan abstrak sedangkan pelajar sangat
bergantung kepada maklumat daripada rangsangan deria.
Untuk membantu pelajar memahami peringkat-peringkat perwakilan kimia
ini, penyelidik-penyelidik kimia telah mencadangkan berbagai-bagai pendekatan
pengajaran, antaranya ialah penggunaan model yang konkrit, menyepadukan aktiviti
eksperimen dalam pengajaran serta penggunaan teknologi sebagai alat pembelajaran.
Pandangan animasi secara dinamik dan tiga dimensi (3D) yang direkacipta oleh alat
teknologi dapat membantu pelajar mempelajari penggunaan perwakilan mikroskopik
dan simbolik dalam menjelaskan proses kimia (Williamson & Abraham, 1995). Di
samping itu, persembahan pelbagai rantaian (multiple link) atau hypermedia yang
disediakan oleh alat multimedia membenarkan pelajar untuk mengambarkan
interaksi antara molekul dan memahami konsep kimia yang berkaitan (Kozma et al,
1997).
Beberapa ahli kimia mempersoalkan kebijaksanaan dalam memperkenalkan
model kuantum ikatan kimia kepada pelajar. Mereka berpendapat bahawa konsep
untuk kuantum model adalah sangat sukar dan abstrak. Pelajar harus menggunakan
penaakulan formal supaya mereka dapat memahami konsep ini dengan betul. Akan
4
tetapi, penaakulan formal ini adalah jarang dikuasai oleh pelajar. Oleh kerana
pemahaman konsep ini secara terperinci adalah sukar, maka pelajar-pelajar telah
menerima konsep ini tanpa perbincangan dan pemahaman yang mendalam. Pelajar
yang cemerlang itu dikatakan merupakan pelajar yang berjaya menghafal penjelasan
teori yang mereka sendiri tidak memahaminya (Dumon & Merlin, 1988).
Penaakulan pelajar dapat dipertingkatkan sekiranya konsep dipersembahkan secara
visual. Pengajaran berdasarkan kepada kaedah multimedia secara visual seperti
penggunaan slaid atau pembelajaran berasaskan komputer (Computer Assisted
Learning, CAL) dapat mempertingkatkan pemahaman konsep orbital atom iaitu
subtopik kepada topik Struktur Elektron Bagi Atom (Electronic Structure Of Atoms)
dalam sukatan pelajaran Kimia STPM. Kaedah ini sepatutnya mengambil kira isi
kandungan bahan, gaya pembelajaran pelajar dan motivasi.
Untuk mengatasi kesukaran yang timbul daripada topik Struktur Elektron
Bagi Atom, pengajaran yang berasaskan komputer sepatutnya digunakan.
Pengajaran berasaskan komputer dapat dilaksanakan melalui pembangunan perisian
pembelajaran sama ada dalam bentuk CD–ROM (cakera padat) ataupun web.
Perisian berbentuk web juga dikenali sebagai pembelajaran secara talian (online
learning) ataupun e-pembelajaran (e-learning). Internet merupakan suatu alat
sumber dan komunikasi yang membolehkan pelajar dapat menjumpai maklumat dan
berinteraksi pada bila-bila masa. Internet juga merupakan pemangkin kepada
pembaharuan sistem yang mempengaruhi cara mengajar serta struktur organisasi
sekolah.
Ramai yang enggan menggunakan komputer kerana mereka beranggapan
bahawa belajar menggunakan komputer merupakan suatu perkara yang sukar.
Sebarang penggunaan kompter dalam pendidikan sepatutnya mengurangkan
keperluan untuk mempelajari suatu kemahiran yang baru. Sekiranya kemahiran baru
dikehendaki, pendidik harus memastikan bahawa kemahiran ini akan berguna dalam
bidang yang lain. Perisian berasaskan web popular digunakan disebabkan kemahiran
melayari web merupakan suatu kemahiran yang dapat digunapakai dalam aspek lain
sepanjang hidup.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Topik Struktur Elektron Bagi Atom dalam sukatan pelajaran Kimia STPM
merupakan salah satu topik yang abstrak dan sukar dibayangkan oleh pelajar.
Konsep-konsep yang terlibat dalam topik ini adalah penting dan harus dikuasai oleh
pelajar di mana konsep-konsep ini akan diaplikasikan dalam bab-bab yang
seterusnya dalam matapelajaran Kimia STPM. Topik ini juga merupakan asas
kepada pelajar apabila mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi
(IPT).
Topik Struktur Elektron Bagi Atom dibahagikan kepada 3 subtopik yang
utama iaitu konsep paras tenaga elektron, orbital atom dan pengisian orbital
mengikut tenaganya serta perpasangan elektron. Ketiga-tiga subtopik ini berkisar
tentang struktur elektron dalam atom dimana ia adalah sangat diskrit dan tidak dapat
dilihat oleh pelajar walaupun dengan menggunakan mikroskop. Secara traditional,
pengajaran topik ini hanya melibatkan persembahan gambar rajah yang statik dan
kurang menarik. Walaupun perisian berasaskan cakera padat untuk sukatan pelajaran
STPM telah dibangun dan digunakan, namun perisian berasaskan cakera padat ini
tidak menyokong pembelajaran secara talian yang menggalakan pembelajaran
fleksibel.
Bagi kajian ini, penyelidik mengaplikasikan pendekatan penggunaan
teknologi sebagai alat pembelajaran dengan membangunkan satu perisian berasaskan
web untuk membantu pelajar dalam mempelajari topik Struktur Elektron Bagi Atom.
Perisian ini akan dibangunkan berasaskan tiga aspek yang penting iaitu pedagogi,
prinsip rekabentuk pengajaran dan teknologi.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini terbahagi kepada dua objektif yang utama, iaitu:
a. Membangunkan perisian berasaskan web bagi topik Struktur Elektron
Bagi Atom mengikut sukatan mata pelajaran Kimia Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) Tingkatan 6 sekolah menengah.
b. Mengkaji persepsi pengguna terhadap perisian berasaskan web yang
telah dibangunkan.
1.5 Persoalan Kajian
a. Apakah persepsi pengguna (guru dan pelajar) terhadap perisian
berasaskan web yang dibangunkan dari segi aspek antara muka, stail
pembelajaran, pengetahuan sedia ada dan kesesuaian media pengajaran?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan membangunkan satu perisian aplikasi multimedia PBK
dalam sistem laman web supaya kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar
dalam topik Struktur Elektron Bagi Atom dapat diatasi. Melalui perisian yang
dibangunkan, proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya dengan konsep-
konsep abstrak dalam topik dapat digambarkan dengan lebih konkrit dan jelas.
Peranan seorang guru berubah daripada seorang pengajar tradisional kepada
pengurus sistem pengajaran. Ini tidaklah bermakna tugas guru digantikan
sepenuhnya tetapi sebaliknya peranan guru akan lebih berkembang melalui teknologi
ini. Perisian yang dibina berasaskan pedagogi, prinsip rekabentuk dan teknologi
7
yang bersesuaian dengan budaya negara kita, Malaysia. Maka, ia sesuai dijadikan
sebagai rujukan kepada para guru yang ingin menerapkan sistem pembelajaran
secara talian dalam proses P&P.
Kajian ini memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat dan
wawasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan sistem
sekolah bestari. Kajian turut dapat dijadikan satu sumber rujukan kepada KPM dan
Pusat Perkembangan Kurikulum dalam mengubal kurikulum supaya selaras dengan
keperluan dan perkembangan teknologi maklumat masa kini.
Diharapkan juga supaya kajian ini dapat menjadi panduan kepada para
penyelidik lain yang ingin menjalankan kajian lanjutan atau kajian yang berkaitan
dalam penyelidikan seperti ini.