Pengajaran mikro

Post on 18-Jul-2015

60 views 0 download

Transcript of Pengajaran mikro

PENGAJARANMIKRO

NURUL NADWAH BINTI KHALIDIPIK

Pengajaran mikro

Aktiviti dalam makmal pengajaran yang melibatkan kumpulan kecil guru atau guru pelatih yang mencerap pengajaran rakan danberbincang tentang pengajaran masing-masing.

Setiap ahli belajar daripada maklumat yang diberikan tentang pengajarannya,pencerapan pengajaran ahli lain, dan daripada perbincangan susulan.

Tujuan

Membina kecekapan dalam kemahiran

mengajar

Mempelajarikemahiran baru

Menumpukan praktis sesuatu kemahiran

khusus secara terancang

Metodologi

Pilih satu topik yang akan diajarkan

Pilih topik daripada mata pelajaran pengkhususan anda yang difikirkan menarik atau mudah disampaikan.

… metodologi

Bina objektif pengajaran untuk memandupengajaran

Objektif pelajaran / hasil pembelajaran dinyatakan sebelum memulakan pengajaran (dalam bentuk tingkah laku pelajar yang dihasratkan)

… metodologi

Buat persediaan untuk pengajaran antara 5-10 minit*

Pengajaran anda perlu berstruktur (pendahuluan, susunan isi, dan kesimpulan) dan diikuti raptai

… metodologi

Laksanakan pengajaran (rakaman)

Timbulkan rangsangan dan gunakan pelbagai cara / sumber untuk menyampaikan pelajaran yang melibatkan penyertaan aktif pelajar (rakan)

… metodologi

Pencerapan oleh rakan

Perhatikan tingkah laku pengajaran dan maklumkan kepada rakan yang mengajar tentang ketepatannya

… metodologi

Rancang semula pengajaran

Berdasarkan maklum balas rakan, rancang semula pengajaran

… metodologi

Ajar semula

Laksanakan semula pengajaranberdasarkan maklum balas rakan / tutor

… metodologi

Pandangan pemerhati

Rakan / tutor menyatakan pandangan tentang pengajaran semula pelajar

Pelaksanaan sesi pengajaran mikro

Rancang

Pandangan pemerhati Nyatakan objektif & ajar

Ajar semula Ulasan pemerhati

Rancang semula

Senarai semak pengajaran mikro

Kemahiran mengajar

Induksi set

Menerang

Mempelbagaikan kaedah/pendekatan

Menggunakan contoh

Mengemukakan soalan

Menggunakan bahan bantu

Menggunakan papan tulis

Mempelbagaikan rangsangan

Membuat peneguhan

Menutup pelajaran

Induksi set

Tujuan

- Menimbulkan minat pelajar untukmemberikan tumpuan pada pelajaran yang akan disampaikan

Cara

- Menggunakan alat bantu, motivasi, penyoalan, ulang kaji topik, bimbingan mengingatpelajaran lepas.

Komponen induksi set

Menarik perhatian – menggunakan nada suara/alat bantu/aktiviti khusus

Mewujudkan motivasi – menimbulkan rasa ingin tahu, menunjukkan aktiviti yang berguna, mencabar minda

Membuat perkaitan – skop tugas, siri soalan, cara melaksanakan tugas

Menstruktur – kaitan dengan pengetahuan lepas, pelajaran baru, hal semasa, minat/bakat pelajar

Menerang

Tujuan

- Menyampaikan maklumat, membina konsepatau me njelaskan isi kandungan

Cara

- Menggunakan ilustrasi, contoh atau sumberpelajaran

Komponen menerang

Arah permulaan - penerangan guru

Kemahiran ilustrasi – penggunaan sumber/contoh

Penyusunan idea – pengurusan kemahiran menerang

Pengukuhan – rumusan/kesimpulan

Mempelbagaikan kaedah

Tujuan

- Mempersembahkan isi pelajaran melaluipelbagai cara untuk meningkatkan kesanpembelajaran

Cara

- Mempelbagaikan pendekatan, teknik, alatbantu atau sumber pelajaran

Komponen mempelbagaikan kaedah

Strategi – berpusatkan guru, pelajar, bahan

Pendekatan – induktif/binaan, deduktif/cerakinan

Teknik – latih tubi, tunjuk cara, lakonan, simulasi, main peranan, perbincangan, inkuiri, sumbang saran

Menggunakan contoh

Tujuan

- Membantu pelajar memahami konsep atau isipelajaran dengan jelas

Cara

- Menggunakan contoh yang sesuai/menarik/pelbagai

Komponen menggunakan contoh

Contoh – sesuai, menarik, berkaitan, pelbagai

Penyertaan pelajar – pengalaman pembelajaran

Penggunaan jawapan pelajar –pengukuhan contoh

Mengemukakan soalan

Tujuan

- Mentaksir kemajuan pembelajaran

Cara

- Membentuk, mengemukakan, menerimajawapan

Komponen mengemukakan soalan

Pembentukan soalan – jelas, tepat, ringkas

Fokus – satu idea/pelbagai idea, konvergen/divergen

Sebaran – setiap pelajar berpeluang menjawab

Hentian – pelajar diberi masa berfikir

Layanan jawapan – pujian, pembaikan

MAKLUMBALAS/ PENILAIAN

Selepas selesai rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula kepada kelas / kumpulan.

Pasa masa ini guru pelatih akan membuat penilaian kendiri, manakala pensyarah dan rakan-rakan yang lain akan membuat penilaian ke atas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian yang diedarkan sebelum rakaman video ditayangkan.

PROSES MAKLUMBALAS

Mengikut Model Pengajaran Mikro Allen, semasa sesi perbincangan kemudiannya, pensyarah akan meminta guru pelatih berkenaan membuat komen atau kritikan ke atas pengajarannya.

Manakala rakan-rakan kumpulan yang lain akan memberi maklum balas menggunakan formula 2+2, iaitu mengemukakan 2 komen positif dan 2 cadangan penambahbaikan.

Melalui cara ini jika satu kumpulan terdiri daripada 10 orang guru pelatih, secara logiknya terdapat 20 komen positif dan 20 cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh guru pelatih berkenaan.

Pensyarah boleh membuat rumusan berkenaan komen-komen tersebut di samping member komennya yang tersendiri.

PERANCANGAN SEMULA

Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, guru pelatih membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang akan dirakamkan.

Perancangan semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan mengajar yang disediakan.

PENGAJARAN SEMULA

Selepas selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat oleh guru pelatih berkenaan dan dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama kerana guru pelatih berkenaan mengambil kira komen dan teguran.

PENILAIAN SEMULA

Selepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di bawah penyeliaan pensyarah bagi mengukuhkan dan meneguhkan kemahiran mengajar kepada guru pelatih dan rakan-rakan.

Kesimpulannya, pengajaran mikro merupakan satu-satunya latihan yang paling baik untuk membantu para pelatih menguasai kemahiran-kemahiran tersentu sebelum melangkah sebagai seorang guru di sekolah.

Ia juga membantu bakal guru dalam menangani setiap masalah yang mungkin timbul dalam pengajaran yang sebenarnya apabila mengikuti latihan mengajar di sekolah-sekolah atau menghadapi situasi pengajaran selepasnya.