PERBEZAAN MOTOR ARUS TERUS & ARUS ULANG ALIK

Post on 30-Jun-2015

6.407 views 29 download

Transcript of PERBEZAAN MOTOR ARUS TERUS & ARUS ULANG ALIK

PERBEZAAN MOTOR ARUS TERUS &

MOTOR ARUS ULANG ALIK

MOTOR ELEKTRIK

• Motor elektrik berfungsi menukarkantenaga elektrik kepada tenagamekanikal.Motor elektrik bekerja berdasarkanprinsip medan lastik danmenggunakan Hukum Tangan KiriFleming.

STRUKTUR MOTOR

Motor A.T• Komutator :

Menukar arah arus dalam angker supaya putaran angker dalam satu arah sahaja.

• Berus karbon :Untuk membuat sentuhan dengan komutator semasa komutator dan angker berputar bersama-sama.

• Spring :Untuk menolak berus supaya sentiasa menyentuh komutator

Motor A.U• Gelang gelincir:

Menukarkan kedudukan sentuhan antara berus dan hujung angker serentak dengan perubahan arah pengaliran a.u. Dengan itu angker berputar dalam satu arah sahaja

• Berus karbon:Untuk membuat sentuhan dengan komutator semasa komutator dan angker berputar bersama-sama.

• Spring:Untuk menolak berus supaya sentiasa menyentuh komutator

PRINSIP OPERASI MOTOR

Motor Arus Terus• Apabila a.t. mengalir melalui angker yang berada

dalam keadaan mengufuk, medan magnet terhasil di sekelilingnya.

• Medan magnet ini bersaling tindak dengan medan magnet kekal menghasilkan medanlastik dan sepasang daya bertentangan arah.

• Arah daya ditentukan oleh Hukum Tangan Kiri Fleming. Akibatnya angker berputar.

• Apabila angker dalam keadaan menegak,tiada arus mengalir melalui angker, walau bagaimanapun kerana momentum atau inersia angker membolehkannya berputar terus.

• Apabila angker dalam keadaan mengufuk semula,sisi angker bertukar tempat.

• Walau bagaimana pun dengan bantuan komutator arah arus dalam angker disongsangkan menyebabkan angker masih berputardalam arah yang sama.

MOTOR Arus Ulang Alik

• Apabila a.u. mengalir melalui angker yang berada dalam keadaan mengufuk,medan magnet terhasil di sekelilingnya.

• Medan magnet ini bersaling tindak dengan medan magnet kekal menghasilkan medan lastik dan sepasang daya bertentangan arah.Arah daya ditentukan oleh Hukum Tangan Kiri Fleming.

• Akibatnya angker berputar. Apabila angker dalam keadaan menegak, tiada arus mengalir melalui angker, walau bagaimanapun kerana momentum atau inersia angker membolehkannya berputar terus.

• Apabila angker dalam keadaan mengufuk semula, arah pengaliran a.u.berubah,tetapi sentuhan antara hujung angker dan berus bertukar tempat. Oleh itu arah putaran angker masih pada arah yang sama.

FAKTOR–FAKTOR MEMPENGARUHI

KELAJUAN MOTOR

• Magnitud arus : Jika magnitud arus bertambah, kelajuan juga akan bertambah

• Bilangan lilitan gegelung:Jika bilangan lilitan gegelung bertambah, kelajuan juga bertambah

• Kekuatan magnet kekal:Jika kekuatan magnet kekal bertambah, kelajuan juga akan bertambah

• Jenis teras gegelung:Teras besi lembut akan menghasilkan kelajuan yang tinggi

PERBEZAAN PRINSIP OPERASI MOTOR

A.T & A.U

MOTOR A.T MOTOR A.U

Menggunakan bekalan AT Menggunakan bekalan AU

Menggunakan komutator gelang terbelah

Menggunakan dua gelang gelincir

Komutator menukarkan arah pengaliran arus dalam angker

AU sendiri yang bertukar arah di dalam angker

Kelajuan bergantung kepada bilangan lilitan, kekuatan magnet, luas angker dan magnitud arus

Frekuensi putarannya sama dengan frekuensi bekalan AU

Kurang cekap kerana geseran antara komutator dan berus

Lebih cekap kerana tiada geseran antara gelang gelincir dan berus

KESIMPULAN

Motor A.T & Motor A.U mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri dari segi kegunaan dan keselamatan atau risiko yang boleh mengundangkan bahaya.

Namun diantara keduanya mempunyai persamaan dan perbezaannya dari segi struktur dan prinsip operasi motor tersebut.

SETERUSNYA…..

PERBEZAAN DIANTARA PENJANA ARUS TERUS &

PENJANA ARUS ULANG ALIK

PENJANA ELEKTRIK

• Penjana elektrik berfungsimenukarkan tenaga mekanikalkepada tenaga elektrik.Penjana elektrik bekerja berdasarkanprinsip aruhan elektromagnetdanmenggunakan Hukum Tangan KananFleming.Penjana elektrik terbahagi kepadadua jenis iaitu Penjana a.t danPenjana a.u.

STRUKTUR PENJANA AT

PRINSIP OPERASI PENJANA A.T

• Apabila angker berputar pada keadaan mengufuk(0o) , sisi-sisiangker memotong garis-garis magnet.Perubahan fluks menjadi maksimum dan d.g.e aruhanterhasil.Arah arus terhasil dalam angker dientukan oleh Hukum Tangan Kanan Fleming.

• Semasa angker dalam keadaan menegak(90o),sisi angker selari dengan urat daya magnet.Perubahan fluks magnet tidak berlaku dan arus aruhan sifar. Semasa angker dalam keadaan menegak semula(180o) Perubahan fluks magnet maksimum semula dan arus aruhan adalah maksimum.Dengan bantuan komutator arah arus yang mengalir dalam galvanometer masih sama.

• Semasa angker dalam keadaan menegak semula(270o),perubahan fluks magnet tidak berlaku dan arus aruhan adalah sifar.

STRUKTUR PENJANA AU

PRINSIP OPERASI PENJANA AU

• Apabila angker berputar pada keadaan mengufuk(0o) , sisi-sisi angker memotong garis-garismagnet . Perubahan fluks menjadi maksimum dan d.g.e aruhan terhasil.Arah arus terhasil dalamangker dientukan oleh Hukum Tangan Kanan Fleming.

• Semasa angker dalam keadaan menegak(90o),sisi angker selari dengan urat daya magnet.

• Perubahan fluks magnet tidak berlaku dan arus aruhan sifar. Semasa angker dalam keadaan menegak semula(180o) Perubahan fluks magnet maksimum semula dan arus aruhan adalahmaksimum.

• Disebabkan sentuhan antara berus dan hujung angker bertukar kedudukan arah arus yang mengalir dalam galvanometer pada arah yang bertentangan. Semasa angker dalam keadaan menegak semula(270o),perubahan fluks magnet tidak berlaku dan arus aruhan adalah sifar.

TAMAT