Post on 04-Jan-2016
POLA PERGERAKAN
Putaran - Guling Hadapan
1. BUTIRAN MENGAJAR
1.1 Duduk dalam keadaan mencangkung atau dekam. Pastikan kedudukan
badan betul.Dari kedudukan dekam, letak kedua belah tangan di atas
tilam. Tangan lurus seluas bahu, jari ke hadapan.
1.2 Punggung dinaikkan, dagu dirapatkan ke dada. Pastikan punggung lebih
tinggi daripada bahagian kepala.
1.3 Bengkokkan siku dan guling ke hadapan. Dagu dan lutut dirapatkan.
Lonjak badan dan pastikan jatuh mengenai bahagian scapula.
1.4 Mendarat atas bebola kaki dan pastikan kedudukan badan betul.
5 POLA PERGERAKAN GIMNASTIK ARTISTIK
1 2 3 4
5 6
2. LATIHAN ANSUR MAJU
1. Berguling atas belakang dengan tangan memegang kaki.
Baring dan bulatkan badan.
Dagu dan lutut ke dada, tangan memegang kaki
Berguling ke belakang dan ke hadapan.
2. Berguling dari tempat tinggi (1)
Duduk berlutut di atas selapis peti lombol atau bangku.
Lurus dan letakkan tangan di atas tilam dan dagu ke dada.
Berguling ke hadapan
Pastikan bahagian belakang kepala atau bahu menyentuh tilam
1 2 3
1 2 3 4
3. LAKUAN DENGAN SOKONGAN.
1. Perlaku melakukan guling hadapan di sokong oleh penyokong. Penyokong
menolak punggung dengan membantu perlaku merapatkan kepala ke dada.
2. Penyokong membantu menolak punggung perlaku sehingga perlaku dapat
melakukan gulingan hadapan.
3. Perlaku mendarat atas bebola kaki dan pastikan kedudukan badan betul.
4. ASPEK KESELAMATAN
1. Pastikan tilam tidak terlalu nipis dan bersih.
2. Pastikan perlaku merapatkan dagu ke dada semasa membuat gulingan
hadapan.
3. Semasa melakukan gulingan hadapan, semasa jatuh pastikan bahagian
scapula yang jatuh dulu.
1 32
POLA PERGERAKAN
Putaran - Roda Kereta (Cartwheel )
1. BUTIRAN MENGAJAR
1.1Berdiri tegak, tangan lurus ke atas dan terbuka.
1.2Kaki dan tangan di angkat serentak, condongkan bahu ke sisi pergerakan.
Luruskan kaki dan tangan semasa bergerak.
1.3Tangan kanan menapak di lantai mencecah garisan lurus dan hayunkan
kaki kiri lurus ke atas hingga berada pada posisi dirian tangan.
Kangkangkan kaki sebelum mendarat semula di atas kedua belah kaki.
Kedudukan tangan dan kaki sentiasa terbuka.
Hujung jari kaki dilunjurkan (pointed toes)
Garisan lurus sebagai panduan pergerakan.
Mendarat sebelah kaki satu persatu.
5 POLA PERGERAKAN GIMNASTIK ARTISTIK
2. LATIHAN ANSUR MAJU
1. Orientasi Pergerakan
Letakkan tangan satu persatu di atas tilam.
Hayunkan sebelah kaki ke sisi untuk melepasi tilam. Tegakkan
badan ke atas.
Mendarat dengan sebelah kaki dahulu.
2. Dirian Tangan Gunting
Lakuan dirian tangan.
Hayunan kaki satu persatu dalam bentuk gunting.
Mendarat dengan kaki yang dihayunkan dulu ke kedudukan mula.
3. LAKUAN SOKONGAN.
1 2 3 4
1 2 3 4
3a) Dalam keadaan tangan lurus ke atas dan terbuka.Kaki dan tangan di angkat
serentak, condongkan bahu ke sisi pergerakan.
3b) Luruskan kaki dan tangan semasa bergerak. Penyokong memegang pinggang
perlaku.Tangan kanan menapak di lantai mencecah garisan lurus dan hayunkan
kaki kiri lurus ke atas hingga berada pada posisi dirian tangan
3c) Penyokong melepaskan sokongan, perlaku mendarat sebelah kaki satu-satu.
5 POLA PERGERAKAN GIMNASTIK ARTISTIK
POLA PERGERAKAN
Statik - Dirian Tangan
1. BUTIRAN MENGAJAR
1.1 Berdiri tegak dengan kedudukan badan yang betul.
1.2 Angkat kedua tangan ke atas dan sebelah kaki melangkah ke depan.
Tangan diluruskan di sisi telinga.
1.3 Letak tapak tangan ke lantai dan tendang satu kaki ke atas satu persatu.
1.4 Rapatkan kedua-dua belah kaki (pointed toes)
1.5 Imbangi badan seketika.
1.6 Tamatkan dengan guling hadapan satu persatu
2. LATIHAN ANSUR MAJU
1. Dirian Tangan Bersokong
Imbangi badan di atas peti lombol atau kuda pelana.
Turunkan badan ke bawah dan sokong berat badan dengan
tangan.
Hayunkan kaki ke atas dengan bantuan penyokong.
3. LAKUAN DENGAN SOKONGAN.
A) Dirian Tangan Bertiga
Seorang pelaku dengan 2 penyokong.
Hayunkan tangan dan kaki ke dirian tangan.
Penyokong membantu dan membetulkan kedudukan dirian tangan
1 2 3 4
B) Dirian Tangan Berpenyokong
Berdiri dan selangkah ke hadapan.
Hayunkan tangan dan kaki ke dirian tangan.
Penyokong membantu dan membetulkan kedudukan dirian tangan.
Imbangi kedudukan
Langkah-langkah keselamatan
Aspek Keselamatan
Aspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktiviti gimnastik. Kita
mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting pergerakan dan aspek
biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat seperti
aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat graviti. Para gimnas juga
mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan risiko
kecederaan.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam langkah-langkah
keselamatan para gimnas :
1. Para gimnas perlu sedar bahawa setiap perlakuan yang hendak dilakukan
perlulah mengikut kemampuan dan kematangan. Jika para gimnas melakukan
aktiviti sukar yang tidak bersesuaian dengan kemampuannya boleh mengakibatkan
kecederaan.
2. Jurulatih perlu menggunakan ruang yang maksimum dengan selamat tanpa
sebarang objek yang boleh mendatangkan kecerderaan kepada para gimnas.
Justeru itu, sebelum latihan dijalankan, jurulatih perlu memastikan tiada sebarang
objek yang berbahaya di kawasan latihan.
3. Jurulatih juga perlu memastikan alatan yang digunakan semasa latihan Alatan
yang digunakan dalam latihan perlu berada dalam keadaan selamat, alatan yang
sempurna, sesuai dan selamat. Peralatan di gimnasium tersebut mestilah diperiksa
pada setiap kali hendak digunakan. Di samping itu , peralatan itu juga hendaklah
diperiksa secara berkala untuk memastikan keselamatan pada alatan tersebut.
1. Aktiviti memanaskan badan, kelonggaran dan regangan yang secukupnya pada
bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi mengelakkan risiko kecederaan. Oleh
itu, sebelum melakukan sebarang aktiviti, jurulatih perlu memastikan para gimnas
melakukan aktiviti memanaskan badan .
2. Jurulatih juga perlu memastikan setiap alatan disusun dengan betul dan
kedudukan alatan tersebut hendaklah memikirkan keselamata para gimnas semasa
melakukan latihan.
3. Ketebalan tilam untuk senaman lantai mestilah bersesuaian dengan latihan yang
hendak dijalankan. Jurulatih juga perlu menyediakan tilam-tilam keselamatan di
kawasan yang berisiko. Para gimnas juga harus melakukan latihan di kawasan yang
bertilam. Ini disebabkan oleh aktiviti dalam gimnastik terdedah kepada kecederaan.
4. Setiap akiviti yang hendak dilakukan oleh gimans perlu dibuat setelah menerima
arahan guru dengan jelas Selain itu , para gimnas perlu mendapatkan bantuan
penyokong semasa melakukan aktiviti yang sukar.
Rumusan
Gimnastik Artistik merupakan salah satu komponen dalam Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan ( PJK ). Gimnastik Artistik adalah kemahiran dan aktiviti yang
mengandungi unsur-unsur dan disiplin ilmu yang disampaikan melalui aktiviti-aktiviti
yang berunsur pendidikan yang akan mempengaruhi dan membina sifat-sifat fizikal,
sosial dan emosi yang sihat.
Gimnastik Artistik bertujuan memberi peluang kepada para pelajar mengambil
bahagian dalam aktiviti yang menyegarkan dan membantu perkembangan
pertumbuhan serta kecergasan fizikal mereka. Dengan erti kata lain, ianya
membawa maksud tujuan untuk memupuk perkembangan yang optima kepada para
pelajar dari aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui aktiviti
fizikal, ianya dapat membentuk nilai-nilai personaliti yang sihat yang akan
mencorakkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. .Misalnya terdapat
sikap mematuhi undang-undang, berdisiplin, berkerjasama, bertanggungjawab,
bertolak ansur, bersatu padu dan sebagainya. Sifat-sifat yang berkualiti ini memang
dikehendaki oleh semua negara khususnya di negara kita ini.
Pembelajaran yang berkualiti sebenarnya bergantung kepada kebolehan pendidik
menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat memenuhi kehendak, minat serta
kebolehan pelajar agar proses pengajaran ini dapat menepati objektifnya. Guru yang
terlibat dalam pengajaran pendidikan jasmani hendaklah dapat menggalakkan
pelajar menguasai kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran dapat
difahami dan dinilai untuk dilaksanakan.
Penglibatan dalam aktiviti dan tugasan yang terancang ini memberi peluang
kepada pelajar mencuba dan merasai keadaan yang sebenar. Percubaan ini secara
tidak langsung memberikan satu bentuk pengalaman baru selaras dengan konsep
belajar melalui aktiviti fizikal dalam pembelajaran pendidikan jasmani di sekolah
yang meliputi aspek kecergasan fizikal, psikomotor, kognitif, afektif dan sosial.
Idahyunizah binti Khamis
810814-13-5006
Unit PJPK 2
Bismillahirrahmannirrahim, Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan
tugasan gimnastik artistik ini dengan sebaik mungkin. Gimnastik artistik adalah satu
aktiviti yang saling berkait rapat dengan kecergasan fizikal yang lebih berfokus
kepada komponen kecergasan serta berkait rapat dengan kemahiran motor.
Penekanan lebih kepada kekuatan, daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti dan
ketangkasan. Tumpuan pemikiran yang tinggi diperlukan selain penumpuan kepada
tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Setiap pergerakan
harus dikuasai oleh pelajar khususnya pelajar Program Pengsiswazahan Guru
(PPG). Latihan yang berterusan adalah perlu memandangkan usia membataskan
segala pergerakan.
Terdapat beberapa pola pergerakan penting iaitu pendaratan, statik, gerak
edar, putaran, hamburan dan ayunan. Terdapat beberapa perkara penting yang
perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik ialah keupayaan
untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti,
daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan, imbangan, kemahiran serta melombol.
Ini adalah penting memastikan pelajar dapat menguasai pembelajaran secara
berkesan.
Selain daripada itu, ia juga membolehkan peserta merangkaikan imbangan,
ketangkasan dan melombol dalam satu pergerakan. Ini dapat meningkatkan
keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar.
Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan
adalah penting bagi meningkatkan keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya
keindahan pergerakan dapat dihasilkan Keupayaan untuk menghayati pergerakan
kinestetik dan estatik.
Refleksi
Tugasan ini diberi secara berkumpulan, kami telah mengagihkan tugasan
mengikut pembahagian yang telah ditetapkan. Saya telah di tugaskan untuk
menyiapkan butiran mengajar untuk 3 pola pergerakan iaitu guling hadapan, dirian
tangan dan putaran roda. Manakala 2 lagi pola pergerakan disambung oleh rakan
sekumpulan. Semasa melakukan pergerakan ini, untuk mendapat gulingan hadapan
yang baik, peserta haruslah mengikut arahan yang telah diberikan. Kekuatan tangan
adalah perlu untuk melakukan gulingan hadapan. Pastikan dagu dirapatkan ke dada.
Ini kerana untuk mengelakkan berlaku kecederaan. Selepas itu, lonjak sedikit dan
bawa badan ke depan serta pastikan bahagian scapula dahulu yang mengenai
lantai. Bagi gulingan hadapan kekuatan biseps dan triseps adalah penting. Tanpa
kekuatan otot ini, tapak tangan tidak dapat menolak atau membawa badan dengan
menolak ke depan.
Pergerakan yang seterusnya ialah dirian tangan. Dirian tangan memerlukan
kekuatan tangan untuk mengimbangi badan.