Power point sajak pesta senja copy

Post on 23-Jun-2015

1.320 views 0 download

Transcript of Power point sajak pesta senja copy

SAJAK PESTA SENJA KARYA PATANI.

SAJAK PESTA SENJA

Azan senja mengalunSeorang ayah memasang pelita di kamarnyaMenunaikan salatPasrah.

Di luarSeorang anak menyeri pestaSambil bertepuk mesraMenghadapi lilin lima belas batangTanda sudah matang.

Anak itu berdiri di pestaSambil menghembus lilin dengan nafasnyaCahayanya pun padam halaman jadi kelamOrang-orang yang datang bertepuk tanganMeraikan pesta malam

Seorang ayah yang latahDi pinggir senjaTercabar kelelakian

Patani

ASPEK-ASPEK YANG DIKAJI DALAM SAJAK

MAKSUD

BENTUK

PERSOALAN

NADA

CORAK

ALIRAN

TEMA

TEKNIK

PENGAJARAN

GAYA BAHASA

PROSA

MAKSUD

Maksud dalam kajian sajak ialah memberikan pengertian atau isi yang ingin disampaikan dalam sesebuah sajak. Dalam erti kata lain ialah jalan cerita yang ingin disampaikan dalam sajak.

BENTUK

Bentuk merangkumi jumlah rangkap, baris dan nama baris dalam setiap rangkap sajak, jumlah sukukata, rima dan bentuk sama ada bebas atau terikat.

ALIRAN

Aliran merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan dalam sesebuah sajak secara keseluruhan. Aliran dapat dikesan setelah memahami maksud sajak. Antara aliran itu ialah realisme, didaktisme, humanisme, simbolisme dan sebagainya.

CORAK

Corak sesebuah sajak dapat dikenal pasti setelah kita benar-benar membaca dan mendalaminya dengan penghayatan yang baik. biasanya corak dapat dikesan setelah seseorang dapat mengetahui maksud, persoalan dan tema. Ia juga dihubungkan dengan motif atau pengajaran sajak itu. Jenis-jenis corak ialah satira, ode, epigram, elegi dan himne.

NADA

Nada kuat hubungannya dengan dengan sesuatu mesej yang ingin disampaikan dalam sajak. Antara nada yang terdapat dalam sajak ialah protes, kecewa, rindu, sedih, simpati, marah, semangat, harapan, sinis, merayu, romantik dan sebagainya.

PENGAJARAN

Pengajaran atau perutusan merujuk kepada mesej atau nasihat yang ingin disampaikan oleh penyajak kepada pembaca. Pengajaran ini memberikan teladan yang baik kepada pembaca.

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1 Pada waktu senja, ketika azan maghrib dilaungkan seorang ayah bersiap sedia untuk menunaikan sembahyang fardhu maghrib dan menerangi biliknya dengan menyalakan pelita. Setelah itu, dia mula menunaikan sembahyang dengan menyerahkan diri pada Allah serta penuh khusyuk dan tawadhu’.

 Rangkap 2 Di luar rumah anaknya menyambut pesta ulang tahun yang kelima belas tahun dengan penuh kegembiraan atau keseronokan. Lilin lima belas batang yang diletakkan di atas kek menunjukkan anaknya sudah matang atau baligh.

Rangkap 3 Di pesta ulang tahun itu, anaknya meniup lilin di atas keknya yang menjadikan suasana malam itu penuh meriah ditambah lagi dengan kehadiran kawan-kawannya yang bertepuk tangan. Setelah itu keadaan menjadi kelam. Anaknya meraikan pesta ulang tahunnya seperti ala barat.

Rangkap 4 Sebagai seorang ayah yang telah tua merasa dirinya tercabar oleh sikap anaknya itu.

MAKSUD KESELURUHAN SAJAK

Sajak Pesta Senja ini bermaksud seorang ayah yang mengerjakan solat maghrib dalam biliknya yang diterangi oleh cahaya pelita dengan menyerahkan diri pada Allah serta penuh khusyuk. Sementara di luar rumah anaknya menyambut pesta ulang yahunnya yang kelima belas tahun dengan meriah yang dihadiri oleh kawan-kawannya. Sebagai seorang ayah dia rasa tercabar dengan sikap anaknya yang itu.

BENTUK

Bentuk sajak ini bebas dan tidak terikat dengan puisi lama atau tradisional, seperti berikut:-

1.RIMARima sajak ini tidak menentu, iaitu:-Rangkap 1 a, b, c, d.Rangkap 2 a, b, b, c, c.Rangkap 3 a, a, b, b, c, b.Rangkap 4 a, b, c.

2.BARIS

Baris sajak ini juga tidak sama atau tidak seimbang, seperti berikut:-

Rangkap 1 - 4 Baris (Quatrain) Azan senja mengalunseorang ayah memasang pelita di kamarnyamenunaikan salatpasrah.

Rangkap 2 - 5 Baris (Quint) Di luarseorang anak menyeri pestasambil bertepuk mesramenghadapi lilin lima belas batangtanda sudah matang.

Rangkap 3 - 6 Baris (Sekstet) Anak itu berdiri di pestasambil menghembus lilin dengan nafasnyacahayanya pun padamhalaman jadi kelamorang-orang yang datang bertepuk tanganmeraikan pesta malam.

Rangkap 4 - 3 Baris (Terzina) Seorang ayah yang latahdi pinggir senjatercabar kelelakian.

3.SUKUKATA

Jumlah sukukata tidak seimbang 2-15 sukukata iaitu yang paling pendek 2 sukukata (rangkap 1 baris 4) dan yang paling panjang 15 sukukata (rangkap 1 baris 2), seperti berikut:-

Rangkap 1A/zan sen/ja meng/a/lun 7 sukukatase/o/rang a/yah me/ma/sang pe/li/ta di ka/mar/nya 15 sukukata me/nu/nai/kan sa/lat 6 sukukatapas/rah. 2 sukukata

PROSA Rangkap 1 Azan senja mengalun lalu seorang ayah memasang pelita di kamarnya seterusnya menunaikan salat dengan pasrah. Rangkap 2 Di luar seorang anak menyeri pesta sambil bertepuk mesra dan menghadapi lilin lima belas batang tanda sudah matang.

Rangkap 3 Anak itu berdiri di pesta sambil menghembus lilin dengan nafasnya lalu cahayanya pun padam dan halaman jadi kelam. Sementara orang-orang yang datang bertepuk tangan untuk meraikan pesta malam. Rangkap 4 Seorang ayah yang latah, di pinggir senja rasa tercabar kelelakian.

GAYA BAHASA

1.Mudah difahami kerana tidak ada bahasa simboli dan sukar untuk difahami.2.Ada kata gandaan seperti ‘orang-orang’ dalam rangkap 3 baris 5 iaitu ‘orang-orang yang datang bertepuk tangan’.3.Asonasi iaitu pengulangan vokal a, e dan i seperti berikut:- Vokal a Azan senja mengalun (rangkap 1 baris 1) seorang ayah memasang pelita di kamarnya (rangkap 1 baris 2) Vokal e tercabar kelelakian (rangkap 4 baris 3) Vokal i menghadapi lilin lima belas batang (rangkap 2 baris 4) Anak itu berdiri di pesta (rangkap 3 baris 1)

4.Aliterasi iaitu pengulangan konsonan m, l dan n, seperti berikut:- Konsonan m seorang ayah memasang pelita di kamarnya (rangkap 1 baris 2) Konsonan l menghadapi lilin lima belas batang (rangkap 2 baris 4) Konsonan n orang-orang yang datang bertepuk tangan (rangkap 3 baris 5) 5.Anafora iaitu pengulangan kata di awal iaitu ‘di’, ‘seorang’ dan ‘sambil’, seperti berikut:- ‘di’ Di luar (rangkap 2 baris 1) di pinggir senja (rangkap 4 baris 2) ‘seorang’ seorang ayah memasang pelita di kamarnya (rangkap 1 baris 2) seorang anak menyeri pesta (rangkap 2 baris 2) Seorang ayah yang latah (rangkap 4 baris 1) ‘sambil’ sambil bertepuk mesra (rangkap 2 baris 3) sambil menghembus lilin dengan nafasnya (rangkap 3 baris 2) 6.Repetasi iaitu pengulangan kata di mana-mana seperti pesta, ayah dan anak.

ALIRAN

Aliran sajak Pesta Senja ini ialah realisme dan didaktisme kerana penyajak mengatakan sesuatu kisah yang benar-benar terjadi dalam kehidupan sehari-hari yang tidak menghormati laungan azan dan memberi pengajaran atau nasihat kepada masyarakat tentang perbuatan mereka yang bertentangan dengan agama Islam itu.

CORAK

Corak sajak ini ialah elegi dan satira kerana penyajak merasa kecewa dengan sikap setengah masyarakat yang tidak menghormati laungan dan orang tua malahan mereka lebih suka berbuat bising atau melakukan sebarang aktiviti ketika laungan azan kedengaran berbanding mengerjakan sembahyang. Di samping itu, penyajak juga ingin menyindir perbuatan mereka itu yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam.

NADANada sajak ini pula ialah kecewa, hampa dan sinis kerana sedih dengan perbuatan sesetengah masyarakat yang seperti tidak menghormati agama sendiri dan tidak belajar tentang agama.

TEMA DAN PERSOALANUntuk mengetahui tema sesuatu sajak ia berkaitan dengan persoalan kerana kita hendaklah mencari persoalan sajak dulu baru dapat mengetahui tema sajak. Persoalan sajak ini ialah tentang keruntuhan moral seperti yang ditonjolkan oleh sikap anaknya yang tidak menghormati laungan azan dan ayahnya serta tanggungjawab terhadap Tuhan iaitu seorang yang mengerjakan suruhan Allah iaitu sembahyang. Oleh itu, dari persoalan yang diungkapkan tema sajak ini ialah tentang keruntuhan akhlak baik dari segi agama mahupun perbuatan seorang anak yang tidak tahu menghormati orang tuanya.

PERUTUSAN/PENGAJARAN

Perutusan atau pengajaran sajak ini ialah:-1.Sebagai seorang Islam kita hendaklah menghormati orang tua dan agama seperti hormati laungan azan dan ibu bapa.2.Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan melakukan perintah atau suruhan Allah.3.Golongan remaja atau sesiapa saja hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membawa keruntuhan moral.4.Kita hendaklah memilih waktu yang sesuai untuk menyambut ulang tahun atau apa saja aktiviti bukan semasa azan dilaungkan. Hendaklah tunggu sehingga azan selesai dilaungkan.5.Sebagai ibu bapa hendaklah menegur sikap anak yang dirasakan salah dan bertentangan dengan agama Islam bukan menunggu sehingga perbuatan anak itu melampaui batasan.6. Sebagai anak pula hendaklah ingat dan mempraktikkan didikan ibu bapa yang telah diajarkan kepada mereka bukannya melupakan didikan orang tua itu.