Post on 24-Jul-2015
PRA3109 KANAK-KANAK PRASEKOLAH BERKEPERLUAN KHAS(Preschool Children With Special Needs)
Disediakan oleh
Mohd Padil Bin PiutPGSR-Prasekolah
Ambilan November 2008Semester 6
Pendidikan Khas
Pengenalan
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dalam kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran.
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
Perakuan ini menyebut:
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan."
Definisi Pendidikan Khas
Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003): Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Frieng (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain. Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia memerlukan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
kanak-kanak ini dikatakan ‘bermasalah’ ini memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki.
Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang menggunakan bahan bantu p&p yang direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Pengenalan
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal.
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati.
Manakala Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs."
Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti berikut:
1. Terencat akal.2. Kurang upaya dalam pembelajaran.3. Kecelaruan emosi atau tingkah laku4. Pintar cerdas dan berbakat5. Masalah bahasa dan pertuturan6. Masalah pendengaran7. Masalah penglihatan8. Kecelaruan spektrum autism 9. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kesimpulan
Menurut Abd. Rahim (2006), yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangan kognitif mereka.
•Ciri-cirinya mungkin termasuk:•kegagalan untuk tetap pada tugas•mudah terganggu•kemahiran pengurusan masa yang tidak baik
Attention Deficit Disorder (ADD)
/Attention Deficit Hyperactivity
Disorder(ADHD)
•Keupayaan penglihatan bergantung pada penurunan sensorik fizikal mata murid, usia murid pada awal gangguan penglihatan, dan cara di mana penurunan yang berlaku. •Rabun merujuk pada kehilangan penglihatan berat pada visi jarak dan dekat. murid menggunakan kombinasi visual dan sensori yang lain untuk belajar, dan mereka mungkin memerlukan adaptasi dalam pencahayaan atau saiz cetak, dan, dalam beberapa kes seperti Braille.
Masalah Penglihatan
• Ciri-ciri:• tidak dapat membezakan bacaan bibir (lip reading) dengan ungkapan
yang dituturkan• kesukaran dalam pertuturan, membaca dan menulis, dan mengingat
sebab ada kaitan erat antara perkembangan bahasa dengan pendengaran
• menggunakan alat bantu dengar untuk meningkatkan komunikasi lisan
• menggunakan bahasa isyarat sebagai bahasa pertama mereka
Masalah Pendengaran
Ciri-ciri:
Di antara kemungkinan beberapa ciri-ciri yang boleh dikenal pasti dari masalah pembelajaran pada anak-anak yang belajar di prasekolah adalah:
1. Bertutur lebih lambat daripada kebanyakan anak-anak normal
2. Masalah sebutan
3. Lambat perkembangan kosa kata, seringkali tidak dapat mencari kata yang tepat
4. Kesukaran menggunakan kata berima
5. Kesukaran belajar nombor, abjad, hari dalam seminggu, warna dan bentuk
6. Sangat gelisah dan mudah terganggu7. Masalah berinteraksi dengan rakan-rakan8. Kesukaran mengikuti arahan atau rutin9. Kemahiran motor halus yang lambat untuk berkembang
10. Masalah tulisan
11. Masalah pengamatan
Ciri-ciri:
Beberapa pelajar tidak mempunyai batasan apa yang boleh mereka lakukan dan belajar, sementara yang lain sangat terbatas dalam kegiatan mereka dan memerlukan bantuan perubatan dan pendidikan intensif. Masalah fizikal boleh menghalang mobiliti pelajar, penyelarasan, stamina, komunikasi.
Misalnya, anak dengan cerebral palsy biasanya mempunyai defisit dalam perkembangan kemahiran motor kasar dan halus serta masalah bertutur dan komunikasi. Beberapa individu yang mengalami keadaan fizikal yang sangat lemah boleh mengakibatkan fungsi intelektual yang rendah, keterbatasan yang serius dalam kegiatan, dan beberapa kecacatan utama.
Autisme
Jenis-jenis autisme
1. Autistic disorder
2. pervasive developmental disorder (PDD)
3. Retts Disorder
4. Asperger Disorder
Ciri-ciriSebahagian tanda-tanda atau ciri-ciri autisme yang jelas dalam bidang pertuturan atau komunikasi (verbal dan non-verbal). Banyak tanda-tanda atau gejala autism mula menampilkan diri antara 2 dan 6 tahun.
1. Tidak takut bahaya.2. Tiada kepekaan terhadap rasa sakit.3. Mungkin menghindari kontak mata dengan anda.4. Mungkin lebih suk a dengan dirinya sendiri.5. Mempunyai kesukaran mengekspresikan apa yang mereka inginkan
atau perlukan - maka mungkin cuba menggunakan gerak tubuh.6. Mungkin mengulang kata atau frasa (echolalia).7. Mungkin mempunyai pertautan yang tidak sesuai dengan objek.8. Mungkin memusing dirinya sendiri atau benda.9. Berpanjangan bermain berulang-ulang.
Sindrom Down
Ciri-ciri
muncul wajah datar
kecil kepala
datar jambatan dari hidung
lebih kecil dari biasanya, hidung rendah-set
kecil mulut, yang menyebabkan lidah untuk tetap keluar dan tampak terlalu besar
condong ke atas mata
tambahan lipatan kulit yang terletak di sudut bahagian dalam setiap mata, dekat hidung (lipatan epicanthal disebut)
bulat pipi
kecil, cacat telinga
kecil, lebar tangan
seorang, yang tidak biasa dalam lipatan di tengah telapak tangan (disebut lipatan monyet)
jari kelima cacat
ruangan lebar antara besar dan jari-jari kaki kedua-dua
biasa kusut pada tapak kaki
sendi terlalu-fleksibel (kadang-kadang disebut sebagai double-jointed)
Masalah Penglihatan
Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:
Tidak dapat melihat langsung.
Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.
Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.
Masalah Pendengaran
Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga.
ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)
Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga.
Masalah Emosi-Hiperaktif
Menurut Jamila (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat.
Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi.
Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.
Masalah Fizikal
Dan Kesihat
an - Palsi
Selebral
Palsi Selebral spastik
palsi selebral athetiod
palsi selebral ataxia
palsi serebral
gabungan
Sindrom Down
Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila, 2005).
Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala rata, telinganya kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir nipis, bentuk leher lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek, mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.
Autism
Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung, berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah.
Emosi kanak-kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) :
i. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.
ii. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.
iii. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
iv. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan
v. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
Masalah Pembelajaran
Menurut Mohd. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.
Lembam (Slow Learner)
Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).
Disleksia
Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.
Pintar Cerdas dan Berbakat
Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:
• Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak,
kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik.
• Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama.
Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyai kepimpinan yang luar biasa
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
Definisi Bermasalah Pembelajaran
Istilah ‘bermasalah pembelajaran’ (learning disabilities) mula-mula sekali digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengalami masalah membaca, hiperaktif dan tidak boleh selesai masalah matematik. Sebenarnya, Kirk telah menemui konsep tersebut setahun lebih awal.
Samuel Kirk (1963): mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ia bukanlah kesan daripada kerencatan mental. Halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap di bawah purata kebangsaan.
Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan mental, bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.
Kesimpulan
Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang dikemukakan. Secara umum, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah Matematik. Ini tidak termasuk bermasalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran.
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran
Masalah Menulis
Masalah Membaca
Masalah Interaksi Sosial
Masalah Tingkah
laku
Masalah Matematik
Perbezaan Individu
Plato menyatakan lebih dari 2000 tahun yang lalu: Tidak ada dua manusia yang lahir hampir sama, tetapi masing-masing berbeza dari yang lain dalam anugerah alam dan salah seorang adalah sesuai untuk sesuatu pekerjaan dan yang lain untuk yang lain. Perbezaan psikologi individu meneliti bagaimana manusia mempunyai persamaan dan berbeza dari aspek pemikiran dan tingkah laku. Tidak ada dua orang yang sama, tetapi tidak ada dua orang yang berbeza. Jadi dalam kajian perbezaan individu kita berusaha untuk memahami persamaan manusia secara psikologi dan khususnya apakah ciri-ciri psikologi yang berbeza antara manusia.
Perbezaan antara individu yang memisahkan manusia daripada satu sama lain dan menjadikannya sebagai individu yang unik dalam diri seseorang yang disebut sebagai perbezaan individu Dari aspek pendidikan, perbezaan individu merupakan ciri-ciri personal murid yang mempengaruhi cara dia belajar.
Cadangan Bentuk Layanan Yang Sesuai Berpandukan Perbezaan Individu Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Terapi dalam pendidikan khas adalah merupakan salah satu bentuk layanan yang sesuai dijalankan bagi melayani perbezaan individu kanak-kanak berkeperluan khas. Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) ‘therapeuo” yang bermaksud “I wait upon”. Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.
Apa itu terapi?
Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Konsep Terapi Dalam Pendidikan Khas
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan, atau rintangan untuk mrncapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, social atau psikomotor. Sehubungan dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.
Terapi dalam pendidikan khas adalah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Keperluan Terapi Dalam Pendidikan Khas
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan terapi adalah untuk:
1. merangsang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
2. sebagai persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan social
3. meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran
4. sebagai motivasi kepada kanak-kanak
5. membina konsep kendiri
6. merangsang pengaliran darah dan oksigen
Kepentingan Terapi
Terapi berkepentingan untuk:
1. Meningkatkan kemahiran pengamatan2. Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid3. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri4. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi5. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi6. Merangsang pemikiran dan kreativiti murid7. Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan8. Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi
dan kesihatan
Jenis-Jenis Terapi
Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasikan di sekolah, antaranya:
i. terapi fisio
ii. terapi cara kerja
iii. terapi pertuturan
iv. terapi muzik dan nyanyian
v. terapi seni visual
vi. terapi hidro atau terapi air
vii. terapi pergerakan kreatif
viii.terapi main
x. terapi alternatif
Kaedah Pengajaran Berkeperluan Khas
Kajian menunjukkan bahawa pelajar bermasalah pembelajaran mendapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan, Gersein (1998) mencadangkan tiga pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran:
Pengajaran secara langsung
Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Nyatakan kepada pelajar secara terus apa yang patut dilakukan, apa yang patut disebut dan apa yang patut ditulis. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan illustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar Berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
Memperkukuhkan Penguasaan Isi kandungan
Selain menguasai 3M (membaca, menulis, dan mengira), pelajar bermasalah pembelajaran juga perlu menguasai konsep dan prinsip mata pelajaran seperti sejarah, sains, geografi dan sebagainya.
Sudah tentu ini adalah sukar bagi ramai pelajar bermasalah pembelajaran kerana tahap kemahiran membaca mereka belum kukuh.
Strategi Pengajaran
Pelajar normal menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan apabila berhadapan dengan sesuatu tugas pembelajaran. Didapati bahawa pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan, dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan.
Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah:
membuat nota,
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman,
strategi mendengar,
penyelesaian masalah dan sebagainya.
Biodata Murid
Nama : Muhammad Hafiz Sawari
Tarikh Lahir :12.11.2005
Umur : 6 tahun
Tempat Tinggal: Rancangan Silabukan, Peti Surat 61279, 91109 Lahad Datu
Masalah yang dihadapi: Lembam (slow learner) Membaca Menulis, Matematik, Interaksi sosial Tingkah laku
Biodata Murid
Nama : Wann Shahzarul Edham Jinlee
Tarikh Lahir : 22.02.2006
Umur : 5 tahun
Tempat Tinggal:GSSB Lung Manis Palm Oil Mill, 91108, Lahad Datu
Masalah yang dihadapi: Lembam (slow learner) Membaca Menulis, Matematik, Interaksi sosial Tingkah laku
1) Kelas: Perdana 4) Tarikh: 08 November 2011
2) Masa: 8.40 pagi – 9.20 pagi 5) Hari: Selasa
3) Mata pelajaran: Bahasa Malaysia 6) Jumlah murid: 2 orang (slow learner)
Kemahiran
BM2.0 Kemahiran Bertutur
BM2.2.3 Bersoal jawab berdasarkan tema, minat dan situasi semasa
BM3.0 Kemahiran Membaca
BM3.4.5 Membina dan membunyikan dua suku kata terbuka secara rawak.
BM4.0 Kemahiran Menulis
BM4.2.4 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul.
BM4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul.
Tajuk : Tubuh badan manusia
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Tujuan am : Pelajar dapat mengenali dan membina suku kata kv+kv berdasarkan tema tubuh badan manusia. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah membaca suku kata KV seperti da, de, di, do, dan du
Kaedah pengajaran:•Soal jawab•Penerangan•Latih tubi sebutan•Aktiviti kelas
Objektif: Pada akhir pengajaran ini, pelajar diharap dapat :
•Mengajuk semula bunyi perkataan mata, jari, kaki, gigi dan siku yang disebut oleh guru dengan betul.•Membina dan membaca suku kata KV+KV berdasarkan kepada beberapa jenis gambar anggota badan yang dipamerkan di papan putih.•Menulis perkataan mata, jari, kaki, gigi dan siku (suku kata KV+KV) pada lembaran kerja yang disediakan di papan putih.
Nilai Murni1) Mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita2) Sayangi tubuh badan dengan mengamalkan kesihatan dan mementingkan keselamatan diri.
KBKK : Mengenal pasti, menyenaraikan, menerangkan, menjana idea.
Bahan Bantu Mengajar:•Slide power point bergambar•Lembaran kerja (papan putih)•Kad bergambar (anggota badan)Alat Bantu Mengajar:•White board marker pen•Komputer•LCD
Bahan Rujukan:•Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : JPKKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)