Present Nilai Dan Etika Dalam Sukan

Post on 02-Aug-2015

174 views 8 download

Transcript of Present Nilai Dan Etika Dalam Sukan

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PJ

DAN SUKAN

~NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN~

Oleh: Aimi Nazihah, Siti Khadijah, Nurul ArtikaKumpulan : PISMP Matematik Semester 5

Permainan Bersih (Fair Play)

Penyalahgunaan Bahan dalam Sukan

Keganasan dalam Sukan

Gangguan dalam Sukan

NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN

PENGENALAN

Nilai dan Etika

• Suatu panduan tingkah laku yang harus diamalkan ketika bersukan. Ahli sukan yang beretika dapat mewujudkan suasana sukan dan permainan yangharmoni. Etika seharusnya menjadi pegangan setiap atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kejohanan, pihak penganjur dan peminat sukan.

PERMAINAN BERSIH(FAIR PLAY)

• Tujuan sukan :~ menjadikan tubuh sihat dan cergas~ beriadah~ menjalin persahabatan~ menyertai pertandingan~ mendapat pendapatan

• Namun, kalangan atlet, jurulatih, pegawai, penganjur dan orang ramai menyalahgunakan sukan untuk kepentingan peribadi seperti perjudian, rasuah, penggunaan bahan terlarang dan amalan yang tidak jujur.

1) Rasuah dan Perjudian

• Keputusan perlawanan diuruskan oleh bookie atau orang tengah.

• Bookie bertindak untuk menyogok pemain dan pegawai dengan wang atau barang yang bernilai.

• Pemain yang menerima sogokan akan mempengaruhi rakan-rakan lain.

• Akibatnya, pasukan yang kuat sekalipun akan tewas dengan taktik kotor penerima rasuah ini.

• Kemudian, bookie yang telah menyogok pemain dan pegawai akan mengaturkan pertaruhan tentang perlawanan tersebut kepada orang ramai.

• Para penyokong yang selama ini yakin dengan prestasi pasukan pilihan mereka, akan berasa kecewa jika pasukan mereka kalah dengan cara demikian.

• Malah lagi, ada juga yang kalah beribu-ribu dalam pertaruhan.

Kesan Rasuah

• Moral pasukan akan jatuh.• Pemain yang baik budi pekerti akan kecewa.• Orang ramai tidak lagi mempercayai

kewibawaan pemain atau pasukan mereka.• Masyarakat tidak akan menghormati orang

yang terlibat dengan rasuah.• Maruah negara boleh tergadai.

2) Penggunaan Bahan Terlarang

• Nilai hadiah kepada para pemenang acara sukan semakin meningkat. Namun persaingan untuk menjuarai suatu pertandingan kini menjadi semakin sengit.

• Jadi, ahli sukan menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan prestasinya. Antaranya penggunaan bahan terlarang seperti steroid.

Kesan steroid terhadap individu

Lelaki Perempuan

• Sperma berkurang.• Menjadi lebih agresif.• Keinginan seksual meningkat.• Buah dada membesar.

• Bulu roma menjadi lebat.• suara berubah.• bersifat kelelakian.

Hukuman yang dikenakan:• Kemenangan dibatalkan.• Pingat serta hadiah yang dimenangi akan

ditarik semula.• Rekod yang dicatatkab tidak diiktiraf.• Dikenakan hukuman yang berat oleh badan

sukan dunia.• Dilarang bergiat dan menyertai sebarang

kejohanan sukan untuk tempoh masa yang panjang.

3) Amalan Tidak Jujur1. Menipu had umur

- sering berlaku dalam pertandingan peringkat umur seperti kejohanan bawah 12,15,18 dan lain-lain lagi.- contohnya, terdapat pasukan yang menurunkan pemain yang hebat tetapi melebihi had umur yang dibenarkan.- jika perbuatan ini dikesan, akibat imej individu atau pasukan berkenaan akan tercemar.

Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding

• Pemain atau pasukan yang terlalu mementingkan kemengan lazimnya tidak akan mengamalkan semangat kesukanan yang tulen.

• Mereka akan memasukkan pemain yang sedang menjalani hukuman penggantungan atau tidak didaftar.

• Sekiranya tindakan ini dikesan, penyertaan mereka akan dibatalkan dan dikenakan hukuman penggantungan. Mereka dilarang menyertai sebarang pertandingan bagi satu tempoh tertentu.

Tidak mengamal semangat kesukanan

• Seseorang atau pasukan yang terlalu mementingkan kemenangan tidak akan mengamalkan semangat kesukanan.

• Antaranya bermain secara kasar untuk menakutkan pemain. Ini akan mendatangkan kesan buruk seperti pergaduhan dan kecederaan kepada pemain.

GANGGUAN DALAM SUKAN

1) Melanggar Undang-undang Dan Peraturan Sukan

• Dalam sesuatu pertandingan sukan, ada pihak pengelola yang mengambil kesempatan dengan berlaku tidak adil kepada pasukan lain.

2) Mengubah Peraturan Had Umur

• Terdapat pihak pengelola sukan selaku tuah rumah yang mengambil kesempatan mengubah peraturan had umur pada saat akhir kejohanan yang akan bermula.

• Tindakan ini akan menyukarkan pasukan lain untuk mencari dan menyediakan pemain seperti yang diperlukan.

3) Menimbulkan Masalah Komunikasi

• Komunikasi yang cekap adalah perlu bagi melancarkan perjalanan sesuatu aktiviti.

• Maklumat penting seperti jadual perlawanan dan tempat perlawanan yang akan diadakan perlu dimaklumkan lebih awal kepada setiap pasukan.

• Malangnya terdapat pihak pengelola yang sengaja lewat menyampaikan maklumat atau memberi maklumat yang salah kepada pasukan lain.

• Tindakan ini memberi kelebihan kepada tuan rumah sebaliknya menyukarkan pihak lawan.

SAMBUNGAN

4) Ganguan Seksual

• Sebarang perkataan, isyarat badan, kelakuan dan perbuatan yang berunsur seksual atau lucah yang mengganggu peribadi individu lain yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.

DEFINISI:

• Gangguan seksual kerap kali berlaku di sekolah atau di padang permainan.

• Biasanya gangguan seksual dilakukan oleh pihak lelaki terhadap wanita. Juga mungkin berlaku terhadap kaum lelaki.

• Ia menjadi penghalang kepada penyertaan individu dalam sukan dan permainan.

SAMBUNGAN

BENTUK GANGGUAN SEKSUAL

LISAN

ISYARAT BADAN

VISUAL

PSIKOLOGI

FIZIKAL

• Berlaku semasa perbualan bersama rakan-rakan, pengawai sukan atau jurulatih.

• Menggunakan perkataan lucah atau bahasa yang menggoda seperti komen mengusik dan menyoal perkara berkaitan dengan seks atau hubungan seks.

LISAN

• Pelaku menggunakan isyarat badan bagi menggambarkan kehendak seks mereka.

• Isyarat badan seperti mengenyit mata, menjelir lidah, menjilat bibir, kucupan bibir dan isyarat jari tangan.

ISYARAT BADAN

• Pelaku menggayakan kelakuan seksual yang melampau seperti menunjukkan bahan-bahan pornografi, melukis, melakar dan menulis sesuatu yang berbau seks, melakukan aksi mengghairahkan dan mendedahkan sebahagian anggota daripada anggota tubuh badan untuk merangsang mangsa.

VISUAL

• Pelaku akan kerap mengundang mangsa untuk bersosial atau mengatur temu janji tanpa persetujuan mangsa dan melakukan kemesraan fizikal yang keterlaluan.

• Perbuatan seperti ini mendera mangsa secara psikologi yang mengakibatkan mangsa berasa tertekan dan akhirnya terpaksa menurut kehendak pelaku.

PSIKOLOGI

• Pelaku melakukan pencabulan fizikal terhadap mangsa dengan cara menyentuh, menepuk, mencubit, mengurut, meraba, mencium, meramas dan memeluk mangsa.

FIZIKAL

1) RAKAN• Rakan sepasukan melakukan bentuk

gangguan tanpa disedari oleh mangsa.• Hal ini kerana hubungan intim antara

kedua-duanya memudahkan gangguan seksual dilakukan tanpa menimbulkan rasa curiga drpd mangsa.

PIHAK YANG MELAKUKAN:

2) JURULATIH

• Terdapat segelintir jurulatih mengambil kesempatan daripada keakraban hubungannya dengan atlet.

• Jurulatih mungkin melakukan gangguan seksual terhadap atlet dengan alasan perlakuan itu adalah sebahagian daripada aktiviti latihan.

3) PENGURUS PASUKAN

• Pengurus pasukan menggunakan kuasa untuk memaksa atlet mengikut kehendaknya.

• Sekiranya atlet tersebut enggan menurut kemahuannya pengurus tersebut akan mengugut untuk menyingkirkan atlet itu daripada pasukan.

4) PENONTON

• Kadangkala penonton yang tidak berpuas hati dengan prestasi atlet akan melakukan gangguan seksual sama ada secara lisan atau isyarat badan.

• Mereka menggunakan perkataan atau menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.