PSV CORAK TERANCANG

Post on 28-Nov-2015

216 views 12 download

description

corak

Transcript of PSV CORAK TERANCANG

PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENSYARAHEn. Johan Bin KadisIPTAA, Kuala Lipis

CORAKCorak Terancang

PENGENALANCuba anda perhatikan benda-benda di sekeliling

andasekarang.Bolehkah anda mengenalpasti apa-apacorak?Perhatikan dengan teliti kain baju

anda,langsirataupun tali jam anda.

ADAKAH IA SATU CORAK?

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan dan memahami apa itu

corak.2. mengenalpasti 12 jenis susunan corak.3. menjelaskan dan mengetahui teknik,alat dan bahan,proses dan hasil sesuatu penghasilan corak.4. dapat menghasilkan pelbagai corak

terancang.

APA ITU CORAK?

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas.

MOTIF DALAM CORAK

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting.

Geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat.

Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.

Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan kertas.

SUSUNAN CORAK Penuh Turun Separa Berulang Orgee Batu-bata Berpusat Sendeng Berombak Bertindih Bertimbul Berjalur Cerminan

Susunan Batu-bata

Susunan Turun Separa

Susunan berselang

Susunan Orgee

Susunan Sisik Ikan

Susunan Cerminan

Susunan Turun Sesuku

APAKAH CORAK TERANCANG

Rekabentuk corak dan susunannya diatur dan dirancang dengan teliti dan menepati apa yang dikehendaki.

TEKNIK, ALAT DAN BAHAN, PROSES MENGHASILKAN

CORAK TERANCANGTeknik

1. LUKISAN Alat dan bahan

- media kering,kertas dll yang sesuai Proses

- membuat rekabentuk corak

- mengatur mengikut susunan corak.

- melukis menggunakan teknik media kering. Hasil

- mengikut kreativiti

Contoh corak menggunakan teknik lukisan

Alat dan bahan

Pensil warna, kertas lukisan

Teknik

2. CATAN Alat dan Bahan

- media basah, kertas,kanvas dll yang sesuai Proses

- membuat reka bentuk corak

- mengatur mengikut susunan corak

- menggunakan teknik media basah Hasil

- mengikut kreativiti

Alat dan bahanposter colour,kertas lukisan

CONTOH CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK CATAN

Teknik

3. CETAKAN Alat dan Bahan

- papan lino, dakwat lino dll yang sesuai Proses

- membuat reka bentuk corak- mengatur mengikut susunan corak- lakar dan ukir di papan lino- Gelek dengan warna lino- pindahkan imej pada kertas

Hasil- mengikut kreativiti

CONTOH CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK CETAKAN

Alat dan bahan

papan lino,warna lino dan kertas

Teknik

4. CAPAN Alat dan Bahan

- media alam semulajadi(bawang,bendi,pelepah pisang dll), warna poster, kertas lukisan dll yang

sesuai Proses

- warnakan pada permukaan objek semulajadi

- atur mengikut susunan corak

- cetak pada permukaan kertas Hasil

- mengikut kreativiti

CONTOH CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK CAPAN

Teknik

5. LIPATAN DAN GUNTINGAN Alat dan Bahan

- kertas warna,kertas lukisan,gunting,gam dll yang sesuai

Proses

- mereka bentuk corak

- lipat dan gunting mengikut corak yang dikehendaki

- atur mengikut susunan corak

- tampal dgn gam Hasil

- mengikut kreativiti

CONTOH CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK LIPATAN & GUNTINGAN

Teknik

6. RESIS Alat dan Bahan

- lilin,air,warna,kertas lukisan dll yang sesuai Proses

- reka bentuk corak

- lakar imej pada kertas ikut susunan corak dengan lilin dan warnakan

Hasil

- mengikut kreativiti

CONTOH CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK RESIS

Teknik

7. KOLAJ Alat dan Bahan

- kertas warna,bahan terbuang,gunting,gam dll yang sesuai

Proses

- reka bentuk corak

- atur mengikut susunan corak

- gunting dan tampal bahan di atas kertas serta menjadikannya gubahan imej

Hasil

- mengikut kreativiti

CONTOH CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK KOLAJ

Teknik

8. KALIGRAFI Alat dan Bahan

- media basah,media kering,kertas lukisan dll yang sesuai

Proses

- rekabentukkan corak bermotifkan huruf

- atur mengikut susunan corak

- warnakan atau tampal guna gam Hasil

- mengikut kreativiti

CONTOH CORAK MENGGUNAKAN TEKNIK KALIGRAFI

CONTOH-CONTOH CETAKAN

TUGASAN

DENGAN MENGGUNAKAN KESEMUA TEKNIK YANG TELAH DITERANGKAN, ANDA DIKEHENDAKI MENGHASILKAN CORAK TERANCANG BERUKURAN 37.5CM X 27CM. SETIAP TEKNIK HENDAKLAH MENGHASILKAN DUA CORAK TERANCANG DENGAN MENGGUNAKAN DUA SUSUNAN CORAK YANG BERBEZA.

SEKIAN

TERIMA KASIH