Post on 14-May-2015
ISI KANDUNGAN
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
2.0 ANALISA SITUASI
2.1 RINGKASAN SITUASI
a. PASARAN SASARAN
b. ANALISA PENGGUNA BERPOTENSI
2.1.1 PROFIL PASARAN
a. GEOGRAFI
b. DEMOGRAFI
c. FAKTOR TINGKAHLAKU
2.1.2 KEPERLUAN PASARAN
2.1.3 TREND PASARAN
2.1.4 PERTUMBUHAN PASARAN
2.2 SWOT
2.3 PERSAINGAN
2.4 TAWARAN PRODUK
2.5 KUNCI KEJAYAAN
2.6 ISU KRITIKAL
3.0 STRATEGI PEMASARAN
3.1 MISI PEMASARAN
3.2 OBJEKTIF PEMASARAN
3.3 OBJEKTIF KEWANGAN
3.4 PASARAN SASARAN
3.5 PELETAKAN SASARAN
3.6 STRATEGI
3.7 CAMPURAN PEMASARAN
3.8 PENYELIDIKAN PEMASARAN
4.0 KEWANGAN
4.1 ANALISA TITIK PULANG MODAL
4.2 RAMALAN JUALAN
4.3 RAMALAN PEMBELAJARAN
5.0 KAWALAN
5.1 PERLAKSANAAN ‘MILESTONE’
5.2 RANCANGAN ‘CONTEGENCY RISIKO & MASALAH SEBENAR RISIKO
Refleksi
bibliografi
lampiran
1.0RINGKASAN EKSEKUTIF
Syarikat Global Frozen Food ini telah ditubuhkan pada 1 Januari
2012.Syarikat ini ditubuhkan dan menceburi industri makanan sejuk beku di
Malaysia serta memperkenalkan makanan tradisi rakyat Malaysia iaitu kuih –
muih tradisional masyarakat di Malaysia.Tidak lupa juga, Syarikat Global Frozen
Food ini juga menjual makanan sejuk beku yang terdiri daripada makanan yang
mudah disediakan iaitu pizza.
Syarikat Global Frozen Food didirikan di tengah – tengah di Gombak. Hal
ini bertujuan memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan perkhidmatan
kami di samping menyenangkan kami mendapatkan bekalan bahan mentah
daripada pembekal – pembekal. Syarikat Global Frozen Food ini juga ditubuhkan
berdasarkan kehendak pelanggan – pelanggan kami marcapada ini yang
memerlukan penyediaan makanan yang ringkas tetapi enak.
Pasaran sasaran kami lebih tertumpu kepada organisasi dan penduduk
sekitar Gombak yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan
tinggi,ibu yang bekerja, pelajar – pelajar IPTA dan IPTS dan golongan yang
mementingkan makanan yang cepat disediakan tetapi berkhasiat dan halal.
Bagi memasarkan produk – produk kami, kami telah menggunakan
beberapa strategi pemasaran. Antaranya ialah proses penghantaran produk,
tempahan melalui online, dan pembungkusan yang menarik.
Analisis ini menunjukkan bahawa syarikat ini boleh berjaya.Syarikat kami
menyasarkan keuntungan meningkat kepada 8 peratus untuk tiga tahun. Ini
adalah berdasarkan analisis perancangan dan saiz pelanggan serta syer pasaran
kami.Ini adalah berdasarkan kekuatan syarikat kami dari segi pembungkusan
yang baru dan menarik perhatian pengguna serta ketersampaian produk kami
kepada pelanggan kami.
2.0ANALISA SITUASI
2.1RINGKASAN SITUASI
a. PASARAN SASARAN
Syarikat Global Frozen Food mengeluarkan produk yang boleh
memenuhi keperluan dan kehendak penduduk sekitar Gombak. Mereka
beranggapan bahawa makanan khasiat dan halal adalah penting serta
penyediaan makanan yang mudah amat membantu mereka yang berkerjaya
dan tidak mempunyai banyak masa untuk dihabiskan di dapur dalam
menyediakan makanan.
Oleh sebab itu, kami banyak memfokuskan perkhidmatan yang
ditawarkan ini kepada pelanggan sasaran iaitu pihak organisasi dan pelajar
yang berada di sekitar Gombak, golongan ibu yang sibuk berkerja,dan
golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Hal ini kerana, mereka
menepati ciri – ciri pelanggan yang kami sasarkan untuk menggunakan
produk kami. Antara ciri – ciri tersebut ialah mereka ialah golongan yang tiada
masa untuk menyediakan makanan, memerlukan makanan yang senang
dihasilkan, berpendapatan sederhana dan tinggi serta mementingkan gaya
hidup yang sihat dan halal.
Bagi meluaskan saiz pasaran syarikat kami,kami juga turut menerima
perkhidmatan tempahan daripada mana – mana organisasi di sekitar Gombak
untuk menyediakan produk – produk kami. Biasanya tempahan ini dibuat
untuk acara – acara yang diadakan oleh organisasi tersebut seperti majlis
minum petang, mesyuarat, dan sebagainya. Antara organisasi yang biasa
terlibat ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Islamic College (ICC)
manakala bagi Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) pula ialah Universiti
Kuala Lumpur – British Malaysia Institut (UniKL – BMI) dan British Malaysia
Institut.
Selain itu, produk kami juga turut tertumpu kepada golongan ibu yang
bekerjaya. Hal ini kerana, mereka tiada masa untuk menyediakan makanan
untuk keluarga walaupun menyedari bahawa menyediakan makanan kepada
mereka merupakan tugas yang seharusnya dilakukan sebagai seorang ibu.
Oleh itu, mereka memerlukan produk yang senang disediakan tetapi
berkhasiat, halal dan terjamin kebersihannya.Maka dengan adanya produk
kami ini, mereka dapat menyediakan makan yang berkhasiat dan terjamin
kebersihannya kepada keluarga mereka walaupun sibuk dengan kerjaya
masing – masing.
Kita sedia maklum bahawa kebanyakan penduduk yang berada di
kawasan metropolitan tersebut merupakan golongan yang pendapatan
sederhana dan tinggi. Walaupun begitu, kos sara hidup di sana adalah sangat
tinggi disebabkan oleh gaya hidup dan keperluan mereka seperti tempat
tinggal dan kenderaan memerlukan wang yang banyak. Dengan adanya
produk kami ini, mereka boleh menyediakan makanan yang sedap dan
berkualiti dengan kuantiti yang banyak hanya dengan harga yang murah. Hal
ini sedikit sebanyak menggurangkan kos mereka.
Di samping itu juga, sasaran pasaran kami kebanyakkannya terdiri
daripada golongan yang berpendidikan tinggi iaitu organisasi dan pelajar
daripada IPTA dan IPTS yang berdekatan serta golongan berpendapatan
sederhana dan tinggi. Bagi golongan ini, mereka sering kali menekankan
aspek kebersihan, makanan halal bagi orang Islam dan berkhasiat dalam
memilih produk terutama dalam produk berasaskan makanan. Ciri – ciri
tersebut boleh didapati dalam produk kami di mana kami telah mempunyai
pengesahan tentang kualiti produk kami melalui sijil Amalan Pengilangan
Yang Baik Standard Good Manufacturing Practise (GMP)danAnalisa Bahaya
Titik Kawalan Kritikal-Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP).
b. ANALISA PENGGUNA BERPOTENSI
2.1.1 PROFIL PASARAN
a. GEOGRAFI
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, tapak
perusahaan kami terletak di Gombak. Kami menyasarkan saiz
pasaran kami meliputi sekitar 5 km radius daripada tapak kami
iaitu di kawasan Gombak meliputi Sungai Buloh, Selayang, dan
Batu Cave.
Di kawasan – kawasan tersebut, terdapat banyak kawasan perumahan
sama ada berkos tinggi dan sederhana. Produk – produk kami ini akan
dibekalkan ke kedai – kedai runcit dan pasaraya yang berhampiran bagi
ketersampaian produk kami ke seluruh kawasan Gombak.
Bagi golongan pelajar pula, biasanya mereka tinggal di sekitar
kawasan kampus mereka. Antara IPTA dan IPTS yang terdapat di sana ialah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),International Islamic College
(IIC),Universiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institut (UniKL – BMI) dan
Institut British Malaysia.
b. DEMOGRAFI
Pasaran sasaran kami lebih tertumpu kepada organisasi
dan penduduk sekitar Gombak yang terdiri daripada golongan
berpendapatan sederhana dan tinggi,ibu yang bekerja, pelajar –
pelajar IPTA dan IPTS dan yang mementingkan makanan yang
cepat disediakan tetapi berkhasiat dan halal.
Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang
berpendidikan tinggi. jadi, mereka sangat mementingkan dari
aspek kebersihan dan faedah bagi sesuatu produk sebelum
menggunakannya. Aplikasi yang sama turut dilakukan kepada
produk makanan. Dewasa ini, mereka juga turut mengambil
berat mengenai bahan – bahan yang terdapat dalam kandungan
makanan yang dibeli oleh mereka seperti kandungan gula dan
lemak serta bahan pengawet. Bagi orang Islam pula, makanan
halal amat dititik beratkan.
Selain itu, bagi golongan yang bekerja, terutamanya
golongan ibu, mereka mahukan sesuatu produk yang senang
disediakan dan sihat untuk keluarga mereka. Hal ini disebabkan
oleh kesibukan masa dan keluasan dapur yang tidak
mengizinkan untuk menyediakan masakan yang rumit.
Di samping, gaya hidup juga mempengaruhi kehidupan
penduduk di Gombak dalam pemilihan makanan. Biasanya
pada akhir bulan, penduduk setempat akan memilih makanan
yang murah atau memasak sendiri. Hal ini kerana, gaji atau
pendapatan yang diperolehi sudah sedikit. Bagi menjimatkan
kos, mereka akan memilih produk kami.
2.1.2 KEPERLUAN PASARAN
Makanan sedia-disaji (MSS) dan Makanan Sedia-Dimakan
(MSM)merupakan antara produk yang semakin mendapat sambutan
terutama di Malaysia.Permintaan terhadap MSS & MSM di pasaran
tempatan telah meningkat sebanyak 13% daripada tahun 1996 ke
1999 dan kini permintaan tersebut semakin bertambah saban tahun.
Makanan Sedia-Disaji (MSS) adalah makanan yang sudah
sedia dimasak dan dijual, tetapi perlu dipanaskan sebelum dimakan
manakala Makanan Sedia-Dimakan (MSM) adalah makanan yang
boleh dimakan terus dalam bentuk yang sama seperti ia dijual atau
diedarkan. Produk tersebut tidak termasuk kekacang, buah-buahan
dan sayur-sayuran yang perlu dikupas atau dicuci oleh pengguna.
MSS dan MSM boleh dikategorikan kepada dua kumpulan.
Pertama, ialah MSS dan MSM tempatan seperti karipap, popiah, roti
canai, pau dan sebagainya, yang banyak terdapat di pasaran.Biasanya
makanan jenis ini dijual pada harga rendah, iaitu sekitar RM2.50.
Kedua, ialah MSS & MSM berasaskan resipi barat. Jenis ini
masih kurang dalam pasaran, dan dijual dengan harga yang lebih
mahal, iaitu sekitar RM20. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap
MSS &MSM resipi barat semakin naik kerana harga produk alternatif,
iaitu makanan barat yang disediakan di restoran, adalah jauh lebih
mahal daripadanya.
Kedua-dua jenis produk dipasarkan di dalam pelbagai jenis
pembungkusan seperti pek plastik, kotak, bekas kedap udara, “tin foil”
dan sebagainya. Sesetengah produk disterilkan untuk mengelakkan
jangkitan kuman dan bakteria.Ini dapat memanjangkan lagi jangka
hayatnya.
Seperti yang telah diterangkan,ia merupakan trend masa kini
kerana ia dapat menjimatkan masa dan tenaga di samping mempunyai
khasiatnya yang tersendiri.Selain itu, produk ini memudahkan
penghasilan makanan tertentu di samping terjamin kebersihannya.
Isu halal dan makanan berkhasiat juga menjadi keperluan
pasaran pada masa kini. Bagi makanan halal, ia meliputi produk yang
tidak mengandungi bahan – bahan yang tidak meragukan seperti cara
penyembelihan ayam dan lembu, tiada unsur alhohol dan khinzir serta
anjing. Malah, produk tersebut hendaklah selamat dan tidak
memudaratkan. Makanan berkhasiat pula ialah makanan yang mampu
memberi faedah kepada badan manusia seperti zat besi, vitamin dan
bahan – bahan yang meningkatkan kesihatan badan.
2.1.3 TREND PASARAN
Pada masa kini, kebanyakan pasangan yang berkahwin kedua –
duanya akan bekerjaya. Hal ini berikutan bagi menampung kos sara
hidup yang tinggi di samping bagi keperluan keluarga dan anak – anak.
Maka, tidak hairanlah mereka tiada masa dalam penyediaan makan
kelurga mereka.Oleh itu, sesuatu produk yang cepat disediakan amat
diperlukan untuk mengatasi masalah ini.
Di samping itu, perkembangan kolej – kolej di sekitar Gombak
semakin pesat membangun. Hal ini kerana, banyak kemudahan dan
infratruktur yang terdapat di sana. Malah, terdapat beberapa kolej
membuat kerjasama dengan UIAM dan ICC serta universiti – universiti
yang berhampiran.Contohnya Universiti Kuala Lumpur – British
Malaysia Institut (UniKL – BMI).
Selain itu, adalah menjadi satu trend kepada pembinaan rumah
di sini terutamanya di sekitar kawasan bandar apabila ruang dapurnya
akan menjadi kecil. Hal ini disebabkan oleh kepadatan penduduk di
samping harga tanah yang sangat tinggi. Dalam penyediaan makanan
pula, ia hendaklah ringkas namun bersih dan berkualiti. Hal ini kerana,
peralatan – peralatan memasak yang rumit tidak dapat disediakan
berikutan ruang yang sempit.
2.1.4 PERTUMBUHAN PASARAN
Permintaan kepada makanan halal dunia pada masa ini
dianggarkan AS$80 bilion (RM304 bilion) setahun dan bagi segmen
makanan halal beku sahaja dianggarkan AS$27 bilion (RM102.6
bilion).Penambahan permintaan ini sangat memberangsangkan dan
boleh membawa kepada keuntungan.Di Malaysia, makanan halal sejuk
dan beku mewakili 85 peratus keseluruhan pasaran dengan anggaran
nilai pasaran sebanyak RM1.7 bilion.
Pertumbuhan ini memberi galakkan kepada kami untuk
meneruskan perniagaan ini dan seterusnya mengembangkannya ke tahap
yang lebih tinggi.
2.2SWOT
KEKUATAN
i. Resepi makanan tradisional
Kekuatan perusahaan kami adalah dari segi resepi kami yang
unik dan sedap.Resepi yang dihasilkan adalah resepi turun
temurun dari salah seorang pemilik perusahaan ini iaitu En
Rezaq Fariz. Di dalam resepi ini, kami hanya menginovasikan
bahan – bahan mentah dalam bentuk serbuk tanpa mengubah
resepi asal.Ini menjadi tarikan kepada pelanggan kerana masa
kini kerana ramai di kalangan pelanggan sudah tidak tahu untuk
membuat kuih muih tadisional. Produk kami bukan sahaja
memudahkan ibu yang bekerjaya untuk memasak dan
menyediakan juadah untuk keluarga setelah seharian penat
bekerja, bahkan kami juga memudahkan ibu mendapatkan
makanan yang bukan sahaja panas bahkan berkualiti dan baik
untuk anak – anak mereka dan diri mereka sendiri.
ii. Pembungkusan menarik dan tahan lama
Kekuatan kami yang lain adalah dari segi pembungkusan
produk kami yang unik dapat menarik minat pengguna untuk
membeli produk kami.Pembungkusan kami bukan sahaja
menarik perhatian malah ia menyebabkan produk kami lebih
tahan lama. Kami telah menggunakan pembungkus yang kedap
udara untuk produk kami.
iii. Mudah didapati menggunakan laman interaktif
Syarikat Global Frozen Food juga menawarkan perkhidmatan
pesanan atau tempahan yang memudahkan pelanggan –
pelanggan kami.Syarikat Global Frozen Food ini mengambil
tempahan pelanggan kami dengan menggunakan talian
telefon.Pelanggan kami boleh menghubungi pihak kami untuk
membuat tempahan mereka. Syarikat kami juga mengambil
tempahan melalui internet iaitu menggunakan blog dan
facebook.Kemudahan – kemudahan seperti ini amat
memudahkan pelanggan kami dalam membuat tempahan di
samping menjimatkan masa dan tenaga.Pelanggan kami juga
boleh mendapatkan produk kami di pasaraya – pasaraya yang
terpilih dan boleh berkunjung ke syarikat kami sendiri untuk
membuat tempahan dan membeli secara borong.Kemudahan –
kemudahan seperti ini menjadi kekuatan bagi syarikat kami.
KELEMAHAN
i. Syarikat baru
Kelemahan yang dapat dilihat melalui Syarikat Global Frozen
Food ialah kami merupakan syarikat yang baru beroperasi iaitu
sejak tahun lepas. Dalam hal ini, kami masih berada di dalam
lingkungan ‘Fasa Learning Curve’. Masih banyak perkara yang
perlu kami pelajari seperti penggurusan pentadbiran,
pengurusan kewangan, pemasaran dan lain – lain.
Walaubagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, kami
telah mengambil inisiatif dengan menghadiri pelbagai seminar
dan bengkel mengenai perniagaan dan perusahaan. Kami turut
meminta khidmat nasihat daripada pihak – pihak yang terlibat
dalam perusahaan.
ii. Tawaran hampir sama
Kelemahan syarikat kami adalah kami menawarkan tawaran
yang hampir sama dengan syarikat – syarikat makanan sejuk
beku yang lain. Kelemahan yang lain ialah syarikat kami tidak
membuka cawangan – cawangan kami di kawasan luar bandar.
Ini mungkin menyebabkan penduduk di kawasan luar bandar
tidak dapat menikmati keenakkan makanan sejuk beku yang
kami tawarkan.
PELUANG
i. Isu halal
Peluang yang dapat Syarikat Global Frozen Food lihat ialah
syarikat kami sememangnya mengeluarkan makanan halal dan
suci bersih. Hal ini kerana, sejak akhir – akhir ini isu ini sering
dititik beratkan oleh masyarat. Hal ini berikutan, terdapat
syarikat - syarikat atau pengusaha makanan yang tidak
menjaga kualiti makanan mereka. Malah, terdapat sesetengah
pengusaha mencampurkan unsur – unsur yang meragukan di
dalam produk mereka.
ii. Tapak perniagaan yang strategik
Peluang lain yang Syarikat Global Frozen Food ini dapat lihat
ialah terletak di kawasan tengah – tengah bandar metropolitan.
Kawasan tersebut sangat strategik kerana ramai penduduk di
sini. Kebanyakan penduduk menepati ciri – ciri pelanggan yang
disasarkan dan ia mampu memberi pulangan modal kepada
kami.
iii. Celik it
Di samping itu, mereka merupakan golongan terpelajar dan celik
it. Seperti yang telah diterangkan pada kekuatan kami, kami
telah menggunakan laman interaktif bagi menyenangkan
sebarang urusan dengan para pelanggan.
ANCAMAN
i. Persaingan
Syarikat Global Frozen Food ini mempunyai sedikit sahaja
ancaman iaitu dari segi pesaing – pesaing syarikat kami yang
menawarkan perkhidmatan yang hampir sama dengan syarikat
kami. Ancaman yang lain ialah syarikat kami tidak membuka
cawangan – cawangan kami di kawasan luar bandar. Ini
mungkin menyebabkan penduduk di kawasan luar Bandar tidak
dapat menikmati keenakan makanan sejuk beku yang kami
tawarkan, dan syarikat lain mungkin akan mengambil peluang
membuka perniagaan mereka di kawasan luar bandar.
2.3PESAING
Di kawasan tapak perniagaan kami iaitu Gombak telah terdapat
syarikat dan beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan
produk yang sama, dan difahamkan mereka iaitu pengusaha – pengusaha
tersebut baru memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian.
Namun begitu, ianya adalah merupakan pesaing kepada Global Frozen Food
dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah:
Nama Syarikat Kekuatan Kelemahan
Pizzahut -mempunyai pelbagai jenis
pizza yang lazat.
-perkhidmatan pelanggan
yang baik
-Harga yang mahal
Domino’s -mempunyai pelbagai jenis
pizza yang lazat.
-perkhidmatan pelanggan
yang baik
-tempat strategik
-Harga yang mahal
City boy western frozen
food
-hiasan kedai yang
menarik
-menu yang lazat.
-Baru beroperasi
-pilihan produk yang
terhad
-banyak alatan yang tidak
mencukupi
-Tiada perkhidmatan
penghantaran
-Tempat yang tidak
strategik.
Hadi’s frozen food - Terletak berhadapan
dengan jalan utama
-Terletak sebaris
- Nama perniagaan
yang tidak jelas
- Tiada promosi
dengan kedai-kedai
makan
- Merupakan tempat
kunjungan pelajar
universiti
- Baru beroperasi
- Kedai yang tidak
Menarik
Perniagaan Frozen Food
Lot Penjaja
- Premis perniagaan
yang strategik.
- Baru beroperasi
- Pilihan jenis roti
masih terhad
2.4TAWARAN PRODUK
Global Frozen Food ini menawarkan produk seperti berikut:
a) Pembuatan karipap.
b) Pembuatan samosa.
c) Pembuatan pizza (pelbagai perasa).
d) Pembuatan popia
e) kuih tradisional
Manakala perkhidmatan adalah seperti:
a) Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis hari
jadi dan tempahan kuih hari raya.
b)Menyediakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran
produk kepada pelanggan.
c) Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau
syarikat untuk jenis produk pastri ringan (bagi
jamuanmesyuarat, forum kecil, perjumpaan minum petang
dansebagai).
Berikut merupakan produk yang dihasilkan oleh kami:-
Jenis Produk Harga
1.0 KARIPAP
1.1 Karipap Daging Rm 3
1.2 Karipap Sardin Rm 3
1.3 Karipap Sayur Rm 3
1.4 Karipap Ayam Rm 3
1.5 Karipap Kentang Rm 3
2.0 SAMOSA
2.1 Samosa Sayur Rm 3
2.2 Samosa Daging Rm 3
2.3 Samosa Ayam Rm 3
2.4 Samosa Mini Rm 3
2.5 Samosa Sambal Bilis Rm 3
2.6 Samosa Sambal Udang Rm 3
3.0 PIZZA DOUGH
3.1 Pizza Daging BBQ Rm 4
3.2 Pizza Seafood Hawaian Rm 4
3.3 Pizza Sayuran mix Rm 4
3.4 Mini Pizza Rm 2
4.0 POPIA
4.1 Popia Ayam Rm 3
4.2 Popia Daging Rm 3
4.3 Popia Sayuran Rm 3
4.4 Popia Kentang Rm 3
4.5 Popia Sardin Rm 3
4.6 Popia Sambal Rm 3
5.0 Lain – lain
Kociku Rm 4
Chara Rm 4
Pulut Panggang Rm 4
Lepat Pisang Rm 4
Walaupun pelbagai produk – produk sejuk beku yang terdapat di
pasaran, Namun kebanyakan produk tersebut berubah rasa dan
kelazatannya.Hal ini berikutan disebabkan terdapat pengusaha yang
meletakkan terlalu banyak bahan pengawet di dalam produk mereka.Dengan
bahan asli dan tanpa penggunaan bahan pengawet, pelanggan kami boleh
merasainya berulang - ulang kali tanpa rasa risau.
Di samping itu, resepi yang dihasilkan adalah resepi turun temurun dari
salah seorang pemilik perusahaan ini iaitu En Rezaq Fariz.Keluarganya telah
lama berkecimpung dalam makanan tradisional ini. Selain itu, bahan yang
diperolehi untuk penghasilan produk kami kebanyakkannya diambil terus dari
kebun dan ladang di sekitar Selangor dan Johor seperti pisang, telur, daging,
ayam dan pulut. Bahan – bahan seperti gandum dan tepung pula diambil
pihak pembekal yang berpengalaman dan mempunyai sijil sah daripada
kementerian kesihatan. Hal ini bagi menjamin kebersihan, dan kesegaran
produk kami.
2.5KUNCI KEJAYAAN
Faktor kejayaan kami ialah walaupun banyak produk – produk seumpama
ini wujud namun masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan tentang
produk ini.Oleh itu, kami mengambil peluang ini dengan membuat promosi.Di
samping itu, kami juga mengkormesialkan produk kami melalui
pembungkusan yang menarik di samping meningkatkan tempoh ketahanan
produk kami. Selain itu, resepi yang diambil ialah resepi asli turun temurun
milik salah seorang daripada rakan kongsi kami. Keistimewaannya ialah kami
tetap mengekalkan rasa dan keasliannya dengan tidak menambah apa – apa
bahan pengawet dan perasa tambah. Bagi memastikan kualiti makanan kami
terjamin, kami mengambil bekalan bahan mentah segar dari ladang iaitu di
sekitar Johor dan Selangor.
2.6ISU KRITIKAL
Isu kritikal yang selalu dihadapi oleh kami dalam indusri pemakanan
ialah isu kebersihan dan keselamatan makanan. Kita sedia maklum bahawa
kebersihan makanan merupakan satu isu yang sangat penting bagi pengguna
di serata dunia. Hal ini kerana, penyediaan makanan dengan cara yang tidak
selamat dan tidak berkualiti di premis-premis makanan dan kilang-kilang akan
menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak selamat.Oleh itu, setiap
pengusaha makanan perlu menepati standard iaitu satu panduan yang
mengariskan ciri-ciri keselamatan bagi sesuatu produk dan
perkhidmatan.Pengeluar, pengilang dan penyedia makanan harus mengikut
standard keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan makanan yang
dihasilkan adalah selamat.
Bagi memberi keyakinan kepada para pelanggan tentang produk kami,
kami telah mempunyai pengesahan tentang kualiti produk kami melalui sijil
Amalan Pengilangan Yang Baik Standard Good Manufacturing Practise
(GMP) dan Analisa Bahaya Titik Kawalan Kritikal-Hazard Analysis Critical
Control Point (HACCP).Sijil GMP merupakan panduan yang mengandungi
langkah- langkah universal yang mengawal operasi sesebuah premis
makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat dan ia turut
mnjadi panduan kepada kilang-kilang dan premis makanan dalam
menyediakan tempat yang bersih, selamat dan berkualiti dalam pembuatan
makanan. GMP ini telah juga telah diubahsuai mengikut konteks Malaysia
supaya pengunaannya lebih sesuai.
HACCP pula ialah satu konsep sistematik dan saintifik dalam
mengenalpasti, menilai dan mengawal ancaman yang menyebabkan bahaya
kepada keselamatan makanan. Ia menggariskan dengan lebih terperinci
mengenai keselamatan makanan yang menyentuh aspek Critical Control
Point iaitu Takat Kawalan Kritikal iaitu satu sistem mengenal pasti, menilai,
dan mengawal bahaya daripada makanan.
Selain itu, isu lain yang diketengahkan ialah isu halal. Sijil halal telah
diperolehi setelah pihak JAKIM membuat pemantauan dan pemeriksaan
selama beberapa hari di kilang kami iaitu dari proses pembuatan produk di
dapur hinggalah ke proses penghantaran. Turutan proses pengesahan ini ada
kaitan dengan konsep mirip HACCP namun ia lebih mengfokuskan konsep
halal.
3.0STRATEGI PEMASARAN
3.1MISI PEMASARAN
Misi syarikat adalah pelangan dapat menikmati makan yang mudah
dimasak, menyelerakan, dan menjimatkan masa. Selain itu misi syarikat
adala untuk membekalkan makanan yang halal kepada penguna.
3.2OBJEKTIF PEMASARAN
Objektif pemasaran syarikat ini adalah ingin meningkatkan pendapatan
syarikat sebanyak 8 peratus pada setiap tahun untuk 3 tahun akan datang.
Analisis ini menunjukkan bahawa syarikat ini boleh berjaya.Ini adalah
berdasarkan analisis perancangan dan saiz pelanggan serta syer pasaran
kami.Ini adalah berdasarkan kekuatan syarikat kami dari segi
pembungkusan yang baru dan menarik perhatian pengguna dan
ketersampaian produk kami kepada pelanggan kami.
Tahun pertama Tahun kedua Tahun Ketiga0
50000
100000
150000
200000
250000
Data Peningkatan Penguna Setia Dan Pelanggan Baru
Pembeli baruPenguna setia
3.3OBJEKTIF KEWANGAN
Syarikat kami ingin mengurangkan kos overhead sebanyak 30 peratus
pada setiap tahun. Kecekapan pekerja akan bertambah dari tahun ke
tahun. Ini dapat mengurangkan kos pekerja. Dengan ini kami dapat
mengoptimumkan pengunaan perkerja. Dengan ada kecekapan pekerja bil
air dan elektrik dapat dijimatkan. Ini kerana tiada pembaziran tenaga-
tenaga ini.
Tahun 2012
Bil Sewa Gaji
pekerja
Bil elektrik,
telefon
Kos bahan
mentah
Pengeluaran
bungkusan
1 Rm1000 Rm1500 Rm1000 Rm8851 9000
bungkusan
Tahun 2013
Bil Sewa Gaji
pekerja
Bil elektrik,
telefon
Kos bahan
mentah
Pengeluaran
bungkusan
1 Rm1000 Rm1500 Rm1000 Rm8851 11, 700
bungkusan
3.4PASARAN SASARAN
Syarikat Global Frozen Food mengeluarkan produk yang boleh
memenuhi keperluan dan kehendak penduduk sekitar Gombak yang
menganggap makanan khasiat dan halal adalah penting serta penyediaan
makanan yang mudah amat membantu mereka yang berkerjaya dan tidak
mempunyai banyak masa untuk dihabiskan di dapur dalam menyediakan
makanan.
Oleh sebab itu, kami banyak memfokuskan perkhidmatan yang
ditawarkan ini kepada pelanggan sasaran iaitu pihak organisasi dan
pelajar yang berada di sekitar Gombak, golongan ibu yang sibuk
berkerja,dan golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Hal ini
kerana, mereka menepati ciri – ciri pelanggan yang kami sasarkan untuk
menggunakan produk kami. Antara ciri – ciri tersebut ialah mereka ialah
golongan yang tiada masa untuk menyediakan makanan, memerlukan
makanan yang senang dihasilkan, berpendapatan sederhana dan tinggi
serta mementingkan gaya hidup yang sihat dan halal.
Bagi meluaskan saiz pasaran syarikat kami, kami juga turut menerima
perkhidmatan tempahan daripada mana – mana organisasi di sekitar
Gombak untuk menyediakan produk – produk kami. Biasanya tempahan
ini dibuat untuk acara – acara yang diadakan oleh organisasi tersebut
seperti majlis minum petang, mesyuarat, dan sebagainya. Antara
organisasi yang biasa terlibat ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International
Islamic College (ICC) manakala bagi Institut Pendidikan Tinggi Swasta
(IPTS) pula ialah Universiti Kuala Lumpur – British Malaysia Institut (UniKL
– BMI) dan British Malaysia Institut.
Selain itu, produk kami juga turut tertumpu kepada golongan ibu yang
bekerja. Hal ini kerana, mereka tiada masa untuk menyediakan makanan
untuk keluarga walaupun menyedari bahawa menyediakan makanan
kepada mereka merupakan tugas yang seharusnya dilakukan sebagai
seorang ibu. Oleh itu, mereka memerlukan produk yang senang
disediakan tetapi berkhasiat, halal dan terjamin kebersihannya.Maka
dengan adanya produk kami ini, mereka dapat menyediakan makan yang
berkhasiat dan terjamin kebersihannya kepada keluarga mereka walaupun
sibuk dengan kerjaya masing – masing.
Kita sedia maklum bahawa kebanyakan penduduk yang berada di
kawasan metropolitan tersebut merupakan golongan yang pendapatan
sederhana dan tinggi. Walaupun begitu, kos sara hidup di sana adalah
sangat tinggi disebabkan oleh gaya hidup dan keperluan mereka seperti
tempat tinggal dan kenderaan memerlukan wang yang banyak. Dengan
adanya produk kami ini, mereka boleh menyediakan makanan yang sedap
dan berkualiti dengan kuantiti yang banyak hanya dengan harga yang
murah. Hal ini sedikit sebanyak menggurangkan kos mereka.
Di samping itu juga, sasaran pasaran kami kebanyakkannya terdiri
daripada golongan yang berpendidikan tinggi iaitu organisasi dan pelajar
daripada IPTA dan IPTS yang berdekatan serta golongan berpendapatan
sederhana dan tinggi. Bagi golongan ini, mereka sering kali menekankan
aspek kebersihan, makanan halal bagi orang Islam dan berkhasiat dalam
memilih produk terutama dalam produk berasaskan makanan. Ciri – ciri
tersebut boleh didapati dalam produk kami di mana kami telah mempunyai
pengesahan tentang kualiti produk kami melalui sijil Amalan Pengilangan
Yang Baik Standard Good Manufacturing Practise (GMP)dan Analisa
Bahaya Titik Kawalan Kritikal-Hazard Analysis Critical Control Point
(HACCP).
3.5 PERLETAKAN PASARAN
Kami menyasarkan sebanyak pertambahan 10 kedai untuk menjadi
pengedar kami di sekitar Bandar baru selayang dan beberapa pasaraya.
Ini adalah untuk memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan
produk kami. Kami juga menanamkan persepsi yang positif terhadap
produk kami. Sebagai contoh apabila pelanggan kami mendengar moto
kami ‘ Anda Cuba, Anda Pasti Teruja’ pelanggan kami akan serta merta
mengingati akan produk kami yang menyediakan makanan sejuk beku
yang bukan sahaja lazat bahkan juga halal dan suci. Apabila pelanggan
melihat logo kami mereka akan teringat akan makanan sejuk beku yang
terunggul di Malaysia.
3.6 STRATEGI
3.6.1 Pengiklanan
Kami mengunakan pengiklanan untuk produk ini
memandangkan pengiklanan merupakan satu cara promosi
yang dapat melahirkan rasa serta mempunyai keunikan
tersendiri dalam menarik minat pelanggan. wujudnya sesuatu
pengiklanan itu adalah berunsur objektif tertentu berdasarkan
perniagaan yang dijalankan
Antara objektif pengiklanan bagi produk ini
i) Dapat memberitahu pelanggan mengenao produk ,
perkhidmatan serta promosi baru yang dilakukan
ii) Dapat mencadangkan penggunaan sesuatu
produk dan perkhidmatan
iii) Dapat mengingatka pelanggan serta pengguna
dimana untuk mendapatkan produk dan
perkhidmatan yang disediakan
Kami menghantar produk , mengunakan online , pembungkusan yang
menarik
3.7CAMPURAN PEMASARAN
3.7.1 Produk
3.7.1.1 Ketara
Syarikat kami mengunakan teknologi yang terkini dalam
pembungkusan syarikat kami. Dengan menguna
pembungkusan yang lebih baik, pelanggan akan lebih
yakin dengan produk yang telah dikeluarkan oleh
syarikat kami. Malah pembungkusan kami lebih cantik
dan eksklusif berbanding produk lain. Ini mampu
memberikan persepsi yang baik kepada penguna untuk
produk yang telah dikeluarkan oleh syarikat kami.
Dengan menguna teknologi ini juga, produk kami akan
lebih tahan lama berbanding dengan produk-produk yang
telah di keluarkan oleh pengeluar yang lain.
3.7.1.2 Teras
Produk kami mementingkan makanan yang mudah
dimasak, halal dan berkhasiat. Melalui soal selidik yang
dibuat, ramai pengguna telah sedar bahawa permakanan
yang sihat dan halal itu sangat penting. Selaras dengan
kehendak pengguna kami, menggunakan peluang yang
ada untuk memasarkan produk kami ini.
3.7.1.3 Sampingan
Untuk menarik pelanggan dan menjaga hati pembeli setia
produk kamu, kami memberikan warranti kepada
pembeli. Dengan mengunakan warranti ini , produk yang
sudah rosak boleh dipulangkan kembali kepada syarikat
dan boleh meminta produk yang baharu dan wang
pelanggan dipulangkan. Di kedai, kami telah
menyediakan satu ruang khidmat pelanggan. Di sini
pelanggan yang mempunyai masalah, boleh berjumpa
dengan pekerja khidmat pelanggan kami. Di syarikat ini
kami menyediakan layanan yang istemewa. Dengan ini
kami mampu menarik lebih pelanggan yang baharu dan
pengguna setia akan terus membeli produk kami.
3.7.2 Harga
3.7.2.1 Penembusan
Harga produk kami lebih rendah berbanding dengan
pengeluar yang lain. Walaupun produk kami lebih murah,
tetapi produk kami tetap berkualiti. Syarikat kami telah
mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa
pembekal kam iaitu berada di sekitar Johor dan Selangor.
Dengan ada pembekal, kualiti produk dapat dikekalkan
dan harga dapat murah. Pembekal akan menyediakan
barang mentah dan segar kepada kami.Pembekal kami
juga bersedia untuk menerima tempahan yang berlebihan
dan pada waktu yang kritikal untuk menyiapkan produk
kami.
3.7.2.2 Bundle
Kami juga memberikan tawaran bundle iaitu pelanggan
kami dapat membeli pelbagai jenis produk kami pada
harga yang sama. Sebagai contoh, pelanggan kami
membeli produk frozen food karipap, samosa, dan pizza
dengan harga yang sama tetapi kuantiti yang telah
ditetapkan oleh syarikat kami.
3.7.2.3 Kuantiti
Bagi pelanggan kami yang membeli produk kami secara
borong, mereka akan menerima potongan harga yang
berpatutan.
3.7.3 Promosi
3.7.3.1 Kupon
Pemberian kupon akan di selitkan pada surat khabar di
kawasan Bandar Baru Selayang supaya dapat menarik
pengguna serta merangsang jualan jenama matang dan
mengalakkan percubaan jenama baru. Pemberian kupon
ini akan memberikan peluang kepada untuk pelanggan
lebih mengenali produk kami. Maklumat yang terdapat
pada kupon adalah seperti tarikh aktif kupon , nilai
potongan harga dan jenis barangan ( seperti di bawah )
Dari 30 Januari – 15 Februari 2012
diskaun
5% dengan pembelian melebihi RM20
Global Frozen Food
3.7.3.2 Cabutan bertuah
Setiap pembelian yang melebihi RM100 akan diberikan
nombor cabutan bertuah. Cabutan akan dilakukan pada
setiap hujung bulan. Dengan pembelian yang lebih
banyak akan memberi peluang untuk menang. Hadiah
yang diberikan merupakan baucer RM300 yang boleh
ditukar dengan apa jua produk di syarikat kami.
3.7.3.3 Brosur
Brosur ini diedarkan kepada pelanggan yang berurus
niaga di kedai kami. Selain itu kami akan mengedarkan
brosur ini kepada pelajar seperti pelajar Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, kolej BMI dan lain-lain lagi.
Malah kami akan meletakkan brosur kami di surat-surat
khabar di sekitar kawasan. Kumpulan sasaran adalah
wanita yang sudah berkerja yang mempunyai anak,
pelajar dan juga pengedar. Maklumat yang terdapat pada
brosue adalah jenis produk yang dijual, promosi yang
sedang dilakukan, harga produk, lokasi syarikat, motto
syarikat, komen pelanggan dan perkhidmatan yang
disediakan.
Selamar datang Global Frozen
Food
RM300
3.7.3.4 Blog
Kami telah mengunakan blog sebagai medan untuk
menarik lebih ramai pembeli yang baharu. Dengan
mengunakan kemudahan ICT yang lebih interaktif, kami
telah memilih blog dan E-direktori untuk mempromosikan
syarikat kami.Kumpulan sasaran adalah wanita yang
sudah berkerja yang mempunyai anak, pelajar dan juga
pengedar. Maklumat yang terdapat pada brosue adalah
jenis produk yang dijual, promosi yang sedang dilakukan,
harga produk, lokasi syarikat, motto syarikat, komen
pelanggan dan perkhidmatan yang disediakan. Di sini
pembeli boleh membeli secara “ online” ditempat yang
telah disediakan. Laman blog adalah http:
GlobalFrozenFood.blogspot.com/
3.7.3.5 Penghantaran
Kami juga telah menawarkan penghantaran di kawasan
sekitar kawasan Bandar Baru Selayang. Dengan
pembelian borong, kami akan menyediakan
penghantaran kepada pengedar kami. Dengan menguna
kaedah ini , kami dapat memudahkan pembelian.
3.7.3.6 Poster
Bagi pengiklanan produk kami, syarikat kami memilih
untuk mempromosikan produk kami melalui poster.
Poster – poster tersebut ditampal di sekitar Bandar Baru
Selayang, hadapan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Kolej British Malaysian Institue (BMI),
dan International Islamic College (IIC), dan pusat – pusat
pasaraya.
3.7.3.7 Bisnes kad
.
3.7.4 Tempat
Kami telah memilih kawasan Bandar Baru selayang di Gombak
untuk memulakan syarikat kami. Kami memilih kawasan ini
kerana syarikat kami mampu berhubung terus dengan
pengguna. Di kawasan ini, tertumpunya perniagaan dan bandar
yang kian pesat membangun. Malah syarikat kami berdekatan
Tempahan
Sila hubungi : _______
Global Frozen Food
dengan universiti dan kolej. Di sini, syarikat kami mempunyai
kelebihan kerana dapat menarik lebih ramai pelajar kolej dan
universiti membeli produk yang kami sediakan.
Kawasan pejabat
Penghasilan produk
Kawasan kedai
3.8PENYELIDIKAN PEMASARAN
Kami telah melantik beberapa orang ahli syarikat iaitu Hanun Bt
Ahmad, Muhammad Syafiq B Norazami, Nur Fatin Zafierah bt Zafri dan
Mohd Rezaq Fariz bin Khairuanur untuk melaksanakan soal selidik di
kawasan Bandar Baru Selayang, Gombak. Kami memilih kawasan ini
kerana syarikat kami terletak di kawasan ini. Selain itu, di Bandar Baru
Selayang terdapat semua respoden yang ingin kami dapati. Ini kerana
Bandar Baru Selayang adalah tempat yang sibuk dan tempat tumpuan
penduduk di kawasan sekitar Gombak. Di sini kami telah mengumpul data
untuk dianalisis. Melalui soal selidik ini, kami telah menemui kekuatan dan
kelemahan yang ada pada syarikat kami di samping mendapat ciri – ciri
produk yang diperlukan oleh mereka. Kami telah mengambil sebanyak
100 responden untuk disoal selidik. Responden kami terdiri daripada ibu
yang berkerja, pelajar universiti dan kolej, pasaraya dan organisasi.
Pelbagai responden perlu diambil untuk mengetahui kehendak penguna.
Dengan mengetahui kehendak penguna syarikat boleh mengunakan
strategi yang baharu untuk menarik lebih ramai penguna yang baharu. Di
bawah menunjukkan carta soal selidik mengenai prodek Golden Frozen
Food di Bandar Baru Selayang.
Ibu memerlukan makanan mudah di
masak
Pembungkusan yang menarik
Makanan halal dan berkhasiat
Produk lebih tahan lama
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Soal selidik mengenai produk Gloden Frozen Food di kawasan Bandar Baru Selayang
YaTidak
4 KEWANGAN
4.6Titik pulang modal
4.7Belanjawan pasaran
Jan Feb Mac April Mei
Anggaran Belanjawan RM RM RM RM RM
Kos Pengeluaran
a)Kos
-Gaji Pekerja
-overhead
1800
2100
1800
2100
1800
2100
1800
2100
1800
2100
Jumlah Kos Pengeluaran 3900 3900 3900 3900 3900
Kos Pemasaran
a) Operasi Promosi
- Iklan pada laman web
- Kad peniagaan
- Brosur
- poster
- cabutan bertuah
300
100
100
200
100
300
300
100
100
200
100
300
Jumlah promosi 1000 1000
b) Pengeluaran
- karipap
- samosa
- pizza dough
- popia
- lain-lain
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
Jumlah 8851 8851 8851 8851 8851
c) penyelengaraan 100 100 100 100 100
Jumlah penyelengaraan 100 100 100 100 100
Jumlah pemasaran 8951.2 8951.2 8951.2 8951.2 8951.2
Jumlah keseluruhan 12,851.2 12,851.2 12,851.2 12,851.2 12,851.2
Ramalan jualan
Ramalan jualan
Perkara Jan Feb Mac April Mei
Dapatan hasil
- karipap
- samosa
- pizza dough
- popia
- lain-lain
3976
3976
3976
3976
4976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
3976
4297.4
4297.4
4297.4
4297.4
4297.4
Jumlah dapatan hasil 20880 20880 20880 20880 21487
Tunai terima
- tempahan untuk majlis
makan di Universiti dan
kolej
4000 4000 4000 4000 10000
Jumlah tunai terima 4000 4000 4000 4000 10000
Jumlah jualan bulanan 24880 24880 24880 24880 31487
JAN FEB MAC APRIL MEI
0
5000
10000
15000
20000
25000
Dapatan Hasil
Tunai terima
Dapatan HasilTunai terima
Rajah menunjukkan graf ramalan jualan syarikat Globa frozen food
Rajah diatas menununjukkan graf bagi jualan syarikat. Mengikut ramalam
jualan syarikat ini mendapati bahawa jualan tunai terima pada bulan mei
tinggi kerana atas faktor sukan yang dijalankan di Universiti dan kolej-kolej
berhampiran.
Belanjawan untung rugi
Belanjawan untung rugi
Perkara Jan Feb Mac April Mei
dapatan hasil
- jumlah dapatan hasil
- jumlah tunai diterima
208804000
208804000
208804000
208804000
2148710000
Jumlah jualan bulanan 24880 24880 24880 24880 31487
Anggaran belanjawaan
- karipap
- samosa
- pizza dough
- popia
- lain-lain
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
1710.2
Jumlah anggaran belanjawan 8851 8851 8851 8851 8851
Anggaran untung rugi 16,029 16,029 16,029 16,029 22,636
5 KAWALAN
5.6PERLAKSANAAN ‘MILESTONE’
Perkara Tarikh Mula Tarikh Akhir Pelaksanaan Kos (RM)
1. Ubah suai bagi
mencantikan kedai
/ pendawaian
1 /1/2012 10/1/2012 Pengurus 18000
2. Beli mesin dan
peralatan bakeri
12 /1/2012 - Pengurus 29000
3. Beli kelengkapan
dan perabot kedai
12 /1/2012 - Pengurus 4000
4. Membeli
kelengkapan
pejabat
12 /1/2012 - Pengurus 500
5. Pembungkusan 19/1/2012 - Pekerja 3000
Promosi Dan Iklan
6. Brosur 19/1/2012 - Pekerja 100
7. Poster 30/1/2012 - Pekerja 200
8. Kad Bisnes 11/2/2012 - Pekerja 100
9. Cabutan bertuah 19/3/2012 13/3/2012 Pekerja 300
10.Tempahan online 19/3/2012 - Pekerja 300
Global Frozen Food mampu dimajukan dengan membuat beberapa
penambahbaikan dalam masa sepuluh hari iaitu daripada 1 Januari hingga 10
Januari 2012. Dalam tempoh itu, syarikat ini melakukan perubahan dengan
membuat perubahan pada kedai kami iaitu melakukan ubah suai dengan
mengecat kedai dan membuat pendawaian. Warna terang seperti warna
merah dan kuning susu digunakan untuk mencantikkan kedai kami supaya
menarik pelanggan kami masuk.
Cadangan kedua ialah syarikat membeli mesin dan peralatan bakery
baru. Hal ini kerana barangan yang baru mempunyai warranty untuk
beberapa tahundan boleh mengelakkan daripada kos penyelenggaraan mesin
dan peralatan sekiranya membeli peralatan ‘second hand’. Selain itu, mesin
dan peralatan ini juga merupakan aset kekal yang penting untuk syarikat
kami.
Cadangan seterusnya ialah membuat pembungkusan yang menarik
dan menyebabkan produk kami tahan lebih lama. Bagi pembungkusan, kami
telah menggunakan khidmat daripada pakar pereka iaitu En Azreen Adenan
untuk menghasilkan reka bentuk pembungkusan kami. Bagi memastikan ia
tahan lama, kami telah menggunakan pembungkus yang kedap udara untuk
produk kami.
Selain itu, syarikat kami mengadakan promosi melalui brosur,poster,
cabutan bertuah dan tempahan melalui internet. Kami telah memperuntukan
sebanyak RM 1000 . Untuk broser dan poster, kami telah mengedarkannya di
tempat – tempat tumpuan seperti pasaraya, kedai – kedai runcit dan juga di
tempat – tempat pengajian tinggi di sekitar Gombak. Kami juga telah
berkerjasama dengan kelab perusahaan dan perniagaan di universiti –
universiti bagi menjual produk kami. Cabutan bertuah pula disebarkan melalui
internet iaitu facebook dan blog dan berlangsung selama sebulan. Pemenang
yang bertuah akan memenangi barangan – barangan yang menarik.
5.7RANCANGAN ‘CONTEGENCY RISIKO & MASALAH SEBENAR RISIKO
Dari aspek kawalan strategiK pula, pemilik syarikat sentiasa akan
memantau situasi pasaran dari semasa ke semasa kerana nilai pasaran
sentiasa berubah – ubah mengikut keperluan pelanggan. Di samping itu,
pemilik akan menilai kesan perubahan peniagaan contohnya melihat nilai
keuntungan syarikat selepas membuat penambahbaikan dan sentiasa
memperbaiki mutu dan prestasi pekerja serta tahap perkhidmatan yang
disediakan. Selain itu,pemilik juga akan membuat penilaian tahunan dan
melihat persekitaran pasaran agar perniagaan dapat disesuaikan dengan
peredaran masa dan permintaan pelanggan. Ia seharusnya bergantung
kepada sejauh mana rancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan.
Seterusnya bagi kawalan taktikal, pengurus akan memantau untung
rugi yang diperolehi oleh syarikat dari semasa ke semasa. Melalui analisa
daripada untung rugi tersebut, pengurus dapat mengenalpasti kekurangan
dan kelebihan yang boleh memberi impak kepada prestasi perniagaan di
samping membuat penambahbaikan terhadap perniagaan sama ada dari segi
pengurusan pentadbiran, pengurusan kewangan dan juga pemasaran.
Pengurus juga akan mengawasi pelaksanaan rancangan tersebut dan
sebarang isu – isu yang timbul seperti isu halal, keselamatan dan kebersihan
makanan, dan sebagainya.
Kawalan operasi pula akan dijalankan sepanjang setiap hari kecuali
hari Ahad. Pengurus akan memantau pergerakan operasi perniagaan
daripada penghasilan produk makanan sehingga pembungkusan. Hal ini bagi
memastikan kualiti dan tahap kebersihan dapat dicapai mengikut standard
yang telah ditetapkan.
Penambahbaikan dan program kawalan yang dilakukan adalah
bertujuan untuk memastikan kemajuan syarikat dapat dicapai mengikut
matlamat syarikat yang telah ditetapkan. Selain itu, ia penting bagi melihat
kelancaran proses pengurusan dan perjalanan syarikat dapat dijalankan
dengan lancar.