Post on 29-Jul-2015
Diskusi
Wasiat dan Wasiat Wajibah anjuran
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan
Persatuan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PPSM)
Dewan Muktamar, Aras 2, JAKESS
Shah Alam, Selangor DE
21 Jun 2014 (Sabtu) @ 23 Syaaban 1435
Resolusi Diskusi
1. Menggesa JKSM membina peraturan sama
ada berbentuk Kaedah atau Arahan Amalan
bagi menyeragamkan / menyelaraskan amalan
dan pelaksanaan di Negeri-negeri bagi
perkara-perkara / isu-isu berikut:-
1.2. Prosedur permohonan wasiat wajibah
sama ada dimulakan dengan :-
a. Permohonan Faraid; atau
b Permohonan Wasiat Wajibah
(fail dan kod kes berasingan dari Faraid)
Resolusi Diskusi
1.4. Menentukan modul dan cara/kaedah
pengiraan wasiat wajibah
1.5. Menetapkan istilah/tafsiran dan status serta
umur penerima wasiat wajibah dalam
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri-Negeri
1.3. Menentukan penentuan kadar pengiraan
wasiat wajibah sama ada:
a. Mendapat 1/3 bahagian atau ;
b. Lebih 1/3 dgn persetujuan waris ; atau
c. Mengambil bahagian fardhu drp bapa/ibu
Resolusi Diskusi 1.6. Menetapkan terma-terma/syarat-syarat dan
tabaqat /lapisan-lapisan /tingkat-tingkat
penerima wasiat wajibah sama ada termasuk:-
(1) Anak lelaki daripada anak lelaki sahaja;
(2) Anak lelaki dan anak perempuan daripada
anak lelaki sahaja;
(3) Anak lelaki sahaja daripada anak lelaki dan
anak perempuan ; atau
(4) Anak lelaki dan anak perempuan daripada
anak lelaki dan anak perempuan ; atau
(5) Susur galur seterusnya ke bawah.
Resolusi Diskusi
2. Menggesa Persidangan/Mesyuarat Ketua
Hakim Syarie Seluruh Malaysia
memuktamadkan isu-isu yang
diutarakan dalam resolusi pertama; dan
3. JKSM memainkan peranan sebagai penggerak
ke arah penyeragaman/penyelarasan isu-isu
dalam resolusi pertama bagi Negeri-negeri
yang bercadang melaksanakan/menggubal atau
meminda peruntukan-peruntukan dalam
Enakmen Wasiat Orang Islam.
Resolusi Diskusi Wasiat dan Wasiat Wajibah
Disemak oleh Pengarah Program dan Urus setia