Post on 27-Jun-2015
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MATA PELAJARAN : ICT
Nama : Nor hazlina Binti Kassim
Tingkatan : 4 Selasih Tempat : Makmal Komputer SMK Padang Saujana
Tarikh : 8 / 11 / 2012 Masa : 12.00 hingga 12.40 P.M
Topik : 3.1.5 Rangkaian Topologi
HASIL PEMBELAJARAN :
1) Pelajar dapat menyatakan definisi topologi dengan tepat.
2) Pelajar dapat menyebutkan 3 jenis topologi rangkaian dengan betul.
3) Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 5 kelebihan dan
kekurangan rangkaian topologi dengan betul.
4) Pelajar dapat membezakan antara 3 jenis topologi rangkaian dengan betul.
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1) Bola dan laptop digunakan untuk set induksi.
2) Microsoft Office Power Point digunakan untuk sesi pengajaran.
3) Puzzle card digunakan untuk aktiviti berkumpulan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1) Mengetahui definisi rangkaian komputer dan komunikasi.
2) Mengetahui kepentingan rangkaian komputer dan komunikasi.
3) Mengetahui jenis-jenis rangkaian komputer.
4) Mengetahui perbezaan antara 3 jenis rangkaian komputer.
PELAKSANAAN PENGAJARAN
ISI KANDUNGAN PENGETAHUAN / KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI
Definisi Topologi
Merujuk kepada cara bagaimana sesebuah kabel dihubungkan kepada terminal komputer seseorang individu pada rangkaian.
Ciri-ciri Topologi
1) Topologi Fizikal
Paparan sebenar alat-alat yang disambungkan kepada rangkaian, termasuk tempat dan pemasangan kabel.
2) Topologi Logikal
Merujuk kepada cara bagaimana ia beroperasi
( memindahkan data ) sebagaimana ia bertentangan dengan paparan tersebut.
Pelajar memahami maksud rangkaian topologi.
Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai rangkaian.
Pelajar dapat mengenalpasti ciri-ciri topologi.
Pelajar dapat membezakan Topologi Fizikal dan Topologi Logikal.
Jenis-jenis Topologi
( Bas, Bintang dan Cincin )
Aktiviti
( Puzzle Card )
Pelajar dapat mengenalpasti ciri-ciri Topologi Bas.
Mengenalpasti perbezaan di antara ‘Regular Bus’ dan ‘Local Bus’.
Menyatakan kelebihan dan kekurangan Topologi Bas.
Pelajar dapat mengenalpasti ciri-ciri Topologi Bintang.
Menyatakan kelebihan dan kekurangan Topologi Bintang.
Pelajar dapat mengenalpasti ciri-ciri Topologi Cincin.
Menyatakan kelebihan dan kekurangan Topologi Cincin.
Pelajar dapat menguasai Topologi Rangkaian yang diberikan mengikut kumpulan dengan lebih baik melalui aktiviti yang dijalankan.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
PENGENALAN :
Set Induksi :
Guru memulakan sesi pembelajaran dengan mengajak pelajar bermain ‘bola beracun’. Tujuan permainan tersebut dilakukan untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa pergerakan bola tersebut menyerupai pergerakan yang terdapat dalam topologi.
PERKEMBANGAN PENGAJARAN :
Aktiviti 1 :
1. Guru memberi penerangan tentang jenis-jenis topologi serta kelebihan dan kekurangan setiap topologi tersebut.
2. Pelajar mendengar penerangan guru.3. Guru bertanyakan kepada pelajar mengenai slide
show dan video yang ditunjukkan oleh guru.4. Pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.
Aktiviti 2 :
1. Guru meminta pelajar membuat 3 kumpulan.2. Pelajar membuat kumpulan mereka sendiri.3. Guru memberi sampul surat dan kad manila untuk
setiap kumpulan.4. Pelajar diberi masa 5 minit untuk melekatkan
‘puzzle card’ tersebut pada kad manila5. Guru meminta pelajar menyenaraikan ciri-ciri,
kelebihan dan kelemahan topologi rangkaian yang pelajar dapat. Kemudian, setiap kumpulan hadir ke hadapan dan menerangkan hasil perbincangan mereka.
6. Pelajar mendengar arahan guru dan melakukan aktiviti didalam kumpulan.
Masa : 5 minit
ABM : Bola dan Laptop
Masa : 10 Minit
ABM : Slide Show Powerpoint ‘ Jenis-jenis
Topologi ’
Masa : 10 Minit
ABM : Kad Manila
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN
Penutup :
Guru membuat rumusan mengenai pembelajaran yang telah dipelajari dan ia secara tidak langsung membantu pelajar mengingat kembali pembelajaran yang telah dijalankan.
Tugasan :
Guru meminta pelajar membuat folio yang bertajuk ‘Konsep Asas Rangkaian Komputer Dan Komunikasi ‘
3 minit
2 minit
REFLEKSI KENDIRI
CATATAN / TUGAS-TUGAS LAIN