Post on 08-Apr-2019
KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH
MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH UNTUK MEMASUKI KURSUS
PENDIDIKAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS
PENDIDIKAN YANG DIIKUTI.
SITI HAFNIA BINTI YUNUS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG TELAH
MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH UNTUK MEMASUKI KURSUS
PENDIDIKAN DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS
PENDIDIKAN YANG DIIKUTI.
SITI HAFNIA BINTI YUNUS
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
iv
DEDIKASI
“ Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Khas Untuk
Abah dan Maa Yang Tersayang,
YUNUS BIN MAT NOR
ROBEAH BINTI MUDA
Terima kasih atas segalanya..
Pengorbanan yang kau lakukan tidak dapat kubalas sepertimana kau berikan.
Istimewa Buat Adik-adik Yang Disayangi,
Hasnaidi, Haslan dan Hasrol
Teruskan perjuangan kalian..
Semoga kita dapat membalas segala pengorbanan maa abah kita.
Tidak Lupa Pada Yang Diingati,
Kak Ya, Nida, Na, Jiha, Lela dan An.
Ada kenangan diantara kita..
Juga Yang Teristimewa,
Mohd. Azhar Bin Mohd. Yusof
Terima kasih di atas keikhlasan dan bantuan yang diperolehi.
Semoga Apa Yang Dilakukan Akan DiRahmati Allah Hendaknya.Amin...
v
PENGHARGAAN
“ Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang ”
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam
kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. kaum keluarga dan para sahabatnya.
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufiq dan hidayahnya, saya dapat
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada P.M Dr Mohammad Yusof Bin
Arshad selaku pensyarah pembimbing di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar,
nasihat serta teguran di sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Penghargaan ini turut ditujukan kepada rakan seperjuangan, 5 SPM dan juga
semua pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan UTM yang terlibat dalam memberikan
kerjasama secara langsung atau tidak langsung untuk saya menyiapkan projek ini.
Mudah-mudahan segala sumbangan kalian akan diberkati Allah S.W.T.
Akhir kata, saya berharap penyelidikan yang saya jalankan ini dapat memberi
manfaat kepada semua pihak dan semoga kita sentiasa dicucuri rahmat dari Alllah
S.W.T.
Sekian, wassalam..
SITI HAFNIA YUNUS
7 April 2006
vi
ABSTRAK
Pemilihan bidang kursus di kalangan pelajar merupakan sesuatu yang amat
penting dalam menentukan arah masa depan seseorang pelajar. Tujuan utama kajian ini
adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar dalam
pemilihan terhadap kursus pendidikan sebagai pilihan utama mereka sebelum memasuki
Universiti Teknologi Malaysia. Disamping itu kajian ini juga berperanan dalam
meninjau persepsi pelajar terhadap kursus pendidikan yang mereka ikuti sekarang. Data
berbentuk diskriptif ini diperolehi melalui borang soal selidik yang diisi oleh 200 orang
responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pelbagai kursus
pendidikan di Fakulti Pendidikan UTM Skudai. Sampel kajian dipilih secara rawak
mudah dan penganalisisan data dibuat menggunakan perisian Statistical Package For
Sosial Sience (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Hasil daripada
kajian menunjukkan bahawa faktor sukakan cabaran, tarikan kursus dan faktor minat
telah banyak mempengaruhi pelajar dalam pemilihan ke kursus pendidikan. Implikasi
kajian ini adalah amat berguna kepada pihak-pihak yang terbabit dalam memberi
kesedaran mengenai kepentingan peranan yang bakal dimainkan dalam melahirkan
generasi yang berdaya saing dan berupaya menerajui pembangunan negara pada masa-
masa akan datang.
vii
ABSTRACT
The selection of students’ in tertiary education programme is an important factor
in determining their future. The main purpose of this research was to identify factors
which influenced students decision to enroll in education programme in Universiti
Teknologi Malaysia. This research also aimed to investigate the students’ perceptions
towards the education programme enrolled. The descriptive data was obtained through
questionnaires which were answered by 200 respondents. The respondents were
students who are currently enrolled in various education programme in Faculty of
Education UTM. The research samples were selected as random. The data obtained
which were analyzed using the Statistical Package of the Social Sciences (SPSS)
software, in of mean and percentage. The findings of the research shows that factors
such as the challenging nature of the fields, fields which are appealing, as well as the
students’ interest influenced the students to enroll in education programme. The
implications of the research are important to people who are involved in creating the
awareness towards the role and needs to be played in order to develop a generation who
is competitive and capable of developing the country in the future.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
TAJUK
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Batasan Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
ix
1.7.1 Kepentingan Terhadap Individu. 11
1.7.2 Kepentingan Terhadap Fakulti Pendidikan 11
UTM Skudai.
1.8 Definisi Operasi 12
1.8.1 Faktor 12
1.8.2 Pelajar 13
1.8.3 Kursus 13
1.8.4 Pendidikan 13
1.9 Kesimpulan 13
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Minat Terhadap Kerjaya Sebagai Pendidik 14
2.3 Pengaruh Keluarga Dan Rakan Dalam Kerjaya 16
Sebagai Pendidik.
2.4 Tugas Pendidik Kerjaya Mencabar 17
2.5 Kerjaya Sebagai Pendidik Pilihan Terakhir 20
2.6 Perubahan Skim Gaji Guru Menarik Minat 21
Masyarakat.
2.7 Faktor-Faktor Lain Yang Memainkan Peranan 23
2.8 Kesimpulan 25
x
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB 3 METODOLOGI 26
3.1 Pendahuluan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Persampelan 27
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Pengumpulan Data 31
3.8 Analisis Data 31
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB 4 ANALISIS DATA 33
4.1 Pengenalan 33
4.2 Penganalisaan Data 33
4.3 Analisis Bahagian A 34
4.4 Analisis Bahagian B 41
4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 65
4.6 Kesimpulan 66
11
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN 67 DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 68
5.3 Kesimpulan 72
5.4 Implikasi Kajian 73
5.5 Cadangan Kajian akan Datang 75
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN 76
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN 79
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan populasi dan sampel. 27
3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar 28
Belakang Responden.
3.3 Taburan pilihan jawapan dalam Skala Likert. 29
3.4 Taburan pernyataan soal selidik mengikut faktor-faktor 29
yang telah mempengaruhi pelajar memilih untuk memasuki
kursus pendidikan di UTM Skudai.
3.5 Taburan pernyataan soal selidik bagi persepsi pelajar 30
terhadap kursus pendidikan yang sedang diikuti di Fakulti
Pendidikan UTM Skudai.
3.6 Pertunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap 32
Responden.
4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina. 34
4.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa. 34
4.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Negeri Asal. 35
4.4 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur. 36
4.5 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Status 36
Perkahwinan.
4.6 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pengalaman 36
Mengajar.
4.7 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kelulusan 37
Akademik Tertinggi.
4.8 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus 37
Pengajian.
xiii
4.9 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Tahun 38
Pengajian.
4.10 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Pilihan 39
Bagi Kursus Pendidikan.
4.11 Taburan dan ranking bagi faktor-faktor yang telah 39
mempengaruhi pelajar memilih untuk memasuki kursus
pendidikan daripada faktor yang paling penting sekali
kepada faktor yang kurang penting.
4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 41
Bagi Faktor Minat.
4.13 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 44
Bagi Faktor Pengaruh Keluarga.
4.14 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 47
Bagi Faktor Pengaruh Rakan.
4.15 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 50
Bagi Faktor Skim Gaji Yang Lumayan.
4.16 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 52
Bagi Faktor Peluang Pekerjaan.
4.17 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 54
Bagi Faktor Sukakan Cabaran.
4.18 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 56
Bagi Faktor Tarikan Kursus.
4.19 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 58
Bagi Faktor Kemudahan Fakulti.
4.20 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan 60
Bagi Meninjau Persepsi Pelajar Terhadap Kursus
Pendidikan Yang Dijalani Di UTM, Skudai.
xiv
4.21 Analisis keseluruhan bagi min responden yang menjawab 65
persoalan kajian bagi objektif 1 iaitu mengenai faktor-faktor
yang telah mempengaruhi pelajar untuk memasuki kursus
pendidikan.
4.22 Analisis keseluruhan bagi min responden yang menjawab 66
persoalan kajian bagi objektif 2 iaitu meninjau persepsi
pelajar terhadap kursus pendidikan.
xv
SINGKATAN DAN SIMBOL
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
SPSS = Statistical Package For Sosial Sience
ICT = Information and Communication Technology
SSB = Sistem Saraan Baru
SSM = Sistem Saraan Malaysia
St.d = Standart deviation
% = Peratus
n = Bilangan
f = kekerapan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A. Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Daripada 79
Fakulti Pendidikan UTM Skudai.
B. Borang Soal Selidik 81
C. Hasil Analisis Data Kajian Rintis 89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan tonggak kemajuan sesebuah negara. Tanpa
pendidikan yang sempurna, para belia dalam sesebuah negara tidak dapat
berkembang maju dan tidak berupaya menggerakkan enjin pembangunan negara
secara efektif dan progresif. Di Malaysia, pendidikan memainkan peranan penting
dalam membentuk masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Usaha utama
pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu yang memainkan peranan
yang positif dan berkesan dalam masyarakat.
Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara, iaitu untuk
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk
keharmonian dan kemakmuran negara, reformasi dalam pendidikan amatlah penting.
Salah satu daripada reformasi ini adalah melahirkan golongan pendidik yang
berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku serta
berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan
Pendidikan dalam abad ke-21.
Menurut Pitchay Gani (2003), kerjaya sebagai pendidik merupakan salah satu
kerjaya yang menjadi tumpuan masyarakat pada hari ini. Secara umum, guru
dianggap sebagai seorang pendidik yang menyampaikan maklumat bersifat ilmu
kepada anak didiknya. Maklumat tersebut disampaikan dengan cara tertentu agar
2
difahami dan dapat dipraktikkan oleh anak didik itu. Untuk menjadi seorang
pendidik, aspek penting yang diperlukan ialah memiliki sifat dedikasi dalam
menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan, unggul dan komitmen yang
semaksimumnya terhadap anak didik, sekolah dan masyarakat. Atan Long (1984),
menyatakan tanggungjawab dalam kerjaya sebagai pendidik ialah pertamanya
memberikan didikan formal kepada anak didik dan keduanya sebagai ahli
masyarakat.
Tajul Ariffin (1990), telah menggariskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki
oleh setiap pendidik atau bakal-bakal pendidik, iaitu :
i. Memiliki keupayaan akademik yang cemerlang. Seseorang
guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai lebih mendalam
sesuatu ilmu pengetahuan sejajar dengan pertumbuhan ilmu
yang sentiasa berkembang sebelum disampaikan kepada anak
didiknya.
ii. Mempunyai minat yang penuh terhadap keseluruhan tugasnya,
baik di sekolah mahupun yang melibatkan masyarakat di luar
sekolah. Mereka perlu pantas mengikis sikap negatif yang
melihat kerjaya sebagai pendidik hanya mendapat upah atau
setelah menemui kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan lain
yang dihajati.
iii. Memahami dengan jelas segala tanggungjawabnya, baik dalam
pengurusan dalam bilik darjah atau luar sekolah.
Ciri-ciri ini adalah bertujuan untuk melahirkan golongan pendidik yang
mampu melaksanakan tugas dengan berkesan sekaligus dapat memimpin komuniti ke
arah masyarakat yang bernilai murni dan berilmu.
Secara amnya, objektif program pendidikan adalah untuk melahirkan
pendidik yang beretika dan berkeupayaan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka juga diharap mampu mempunyai pelbagai kemahiran
termasuklah keusahawanan dan berupaya bekerja dalam pelbagai sektor. Namun,
sejauhmanakah kesungguhan atau kemampuan seseorang pendidik itu untuk
3
menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada anak didik mereka? Ini amat berkait rapat
dengan faktor minat dan persepsi seseorang itu terhadap bidang perguruan. Satu
tinjauan telah dilakukan berkaitan dengan faktor-faktor yang telah mempengaruhi
pelajar untuk memasuki kursus pendidikan di UTM Skudai seterusnya menjadikan
kerjaya perguruan sebagai satu profesion.
Beberapa faktor telah dikenalpasti yang mendorong pelajar untuk menyertai
program kursus pendidikan atau latihan perguruan. Faktor-faktor yang menjadi
pendorong ini adalah berkait rapat dengan pekerjaan yang akan disandang selepas
pelajar menamatkan pengajian di dalam kursus pendidikan itu nanti. Faktor minat
(Amir Awang dalam Ahmad, 2004), pengaruh keluarga (Herma dalam Ahmad,
2004), pengaruh rakan (Atan Long, 1989), keistimewaan terhadap program yang
ditawarkan, kemudahan infrastuktur yang mencukupi, inginkan cabaran dalam
pekerjaan (Tajul Ariffin Nordin, 1990), faktor sukar mencari peluang pekerjaan (Nik
Zainun, 1988) dan skim gaji yang lumayan (Mok Soon Sang, 2003) merupakan
sebahagian daripada faktor yang mendorong pelajar memilih untuk memasuki kursus
pendidikan.
Menurut Ornstein dalam Shamsuddin (1999), terdapat faktor-faktor positif
dan negatif bagi seseorang ingin menjadi seorang pendidik. Faktor positifnya adalah
sukakan kanak-kanak, berkeinginan untuk menyebarkan pengetahuan, mempunyai
minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan dan mempunyai hasrat untuk
menyumbangkan khidmat kepada masyarakat. Manakala faktor negatifnya pula
terdapat jaminan pekerjaan dan pencen, masa kerja yang pendek dan terdapat cuti
yang panjang, kesukaran untuk memperolehi pekerjaan lain dan sesetengah individu
hanya inginkan pendapatan sementara sebagai persediaan untuk kerjaya lain.
Merujuk kepada Panduan Kriteria dan Jaminan Kualiti Bagi Program Bidang
Pendidikan (2003), program pendidikan yang baik seharusnya merangkumi beberapa
kurikulum yang telah dirancang supaya dapat memberi pengajaran yang bermakna
kepada para pelajar yang mengikuti kursus Pendidikan. Kurikulum tersebut
meliputi:-
4
a) Bidang pengetahuan yang merangkumi kandungan subjek dan
pengetahuan profesional. Pengetahuan profesional adalah seperti
pedagogi dan andragogi, pembangunan, pelaksanaan, penilaian dan
pembaikan program pengajian serta pengurusan dan pentadbiran
persekitaran pendidikan.
b) Kemahiran generik yang meliputi kemahiran interpersonal dan
berkomunikasi, kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran
pengurusan maklumat, kemahiran kepimpinan serta kamahiran
keusahawanan.
c) Kemahiran spesifik yang merangkumi kemahiran pengajaran,
kemahiran penaksiran, penilaian dan pengukuran. Kemahiran
perancangan, pengurusan dan penilaian pengajaran-pembelajaran /
program. Kemahiran memilih strategi dan gaya pembelajaran serta
teknik kaunseling dalam pengajaran.
d) Kemahiran penyelidikan yang merangkumi tinjauan kesusasteraan,
kaedah penyelidikan, penganalisisan data serta penulisan dan
pelaporan.
e) Nilai dan sikap yang termasuk pematuhan kepada kod etika
profesion pendidikan, cinta terhadap ilmu dan pembangunan
profesional yang berterusan, bersikap adil dan memberi peluang
yang saksama kepada semua pelajar, bertanggungjawab dan
berdisiplin serta mendokong falsafah pendidikan negara.
f) Pembelajaran sepanjang hayat serta pemupukan dan perkembangan
bakat.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, perkembangan dalam latihan perguruan begitu pesat
sekali. Perkembangan yang berlaku adalah semata-mata untuk mempertingkatkan
lagi kualiti pendidikan guru selaras dengan keperluan dan ideologi masa kini.
Selaras dengan perkembangan ini, pemilihan calon untuk melibatkan diri dalam
kerjaya sebagai pendidik amat dititikberatkan.
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi pelajar dalam pemilihan
kursus sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Faktor-faktor tersebut adalah seperti:-
1.2.1 Faktor Minat
Tugas sebagai pendidik bukan sahaja setakat mengajar, mendidik dan
membimbing murid-muridnya malah lebih daripada itu. Oleh itu, seseorang individu
yang ingin menceburkan diri dalam kursus pendidikan harus mempunyai minat yang
mendalam terhadap kursus tersebut. Menurut Sherzter dalam Anthony (2003), minat
ialah perasaan mendalam, kegemaran, atau keinginan hendak tahu tentang sesuatu.
Tambahnya minat penting dalam perancangan kerjaya kerana minat menyebabkan
seseorang sanggup menggunakan banyak masa untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
Maksud minat boleh dikatakan sebagai suatu daya yang memberansangkan
seseorang individu dalam menumpukan perhatian terhadap seseorang lain, sesuatu
benda ataupun sesuatu aktiviti. Minat pelajar untuk memasuki kursus pendidikan
juga bolehlah dikaitkan dengan persepsi pelajar itu sendiri terhadap program kursus
pendidikan yang ditawarkan di UTM Skudai.
Terdapat perbezaan minat diantara pelajar lelaki dan perempuan terhadap
program kursus pendidikan yang ditawarkan di UTM Skudai. Berdasarkan kajian
yang telah dibuat oleh Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan dalam Kamarudin
(2000), didapati bilangan guru pelatih perempuan adalah lebih ramai dari guru
6
pelatih lelaki dengan nisbah 74:26. Sementara itu, perangkaan tahun 1998 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Kamarudin (2000) juga menunjukkan
jumlah guru lelaki ialah 35407 orang manakala guru perempuan pula ialah 56722
orang. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap minat golongan lelaki terhadap
profesion sebagai pendidik adalah berkurangan berbanding dengan golongan
perempuan.
1.2.2 Pengaruh Keluarga Dan Pengaruh Rakan
Kemasukan pelajar ke kursus pendidikan juga dipengaruhi oleh pengaruh
keluarga dan pengaruh rakan. Sebelum membuat sesuatu keputusan yang rumit,
seseorang itu biasanya akan merujuk kepada insan yang terdekat dengan mereka.
Bagi pelajar di peringkat umur remaja, mereka lebih cenderung untuk merujuk
kepada ibubapa mereka selain daripada rakan sebaya dalam membuat sesuatu
keputusan.
Mohamed (1990) ada menjelaskan, hubungan bersifat demokratik di dalam
keluarga bererti hubungan yang bercorak saling menghormati dan menghargai
peribadi. Dalam suasana ini, anak diberi kesempatan berfikir sendiri atas keyakinan
orang tuanya terhadap kemampuan mereka. Minat dan kemampuan anak dihargai
dan ini akan menyebabkan anak akan terus berusaha sendiri. Menurut Roe dalam
Ahmad (2004), hubungan antara anak dan ibubapa merupakan faktor penggerak
utama pemilihan kerjaya seseorang.
1.2.3 Inginkan Cabaran
Terdapat segolongan masyarakat memandang kursus pendidikan sebagai
kursus yang tidak popular jika dibandingkan dengan kursus yang lain. Ini kerana
kerjaya sebagai pendidik dikatakan tidak terlalu mencabar bagi mereka yang sukakan
cabaran. Menurut Bajury Markom (2000),
7
“Kerjaya perguruan menjadi pilihan terakhir. Bagi mereka,
kerjaya seorang guru tidak terlalu mencabar dalam zaman yang
serba maju. Jadi apabila pekerjaan yang disandang bukan lahir
daripada minat yang mendalam, kualiti yang dipamerkan kurang”
Bagaimanapun masalah disiplin di kalangan pelajar pada hari ini telah
menjadikan kerjaya sebagai pendidik merupakan satu kerjaya yang semakin
mencabar. Kamarudin Hj. Kachar (1989) menyatakan, peranan sebagai pendidik
dalam masyarakat moden terlalu banyak dan rumit. Para guru sentiasa mencari
penyelesaian untuk menangani sebarang masalah yang timbul dikalangan pelajar.
Cabaran dan dugaan dalam menjadi seorang pendidik telah menjadikan ia sebagai
salah satu faktor yang telah mempengaruhi pelajar memasuki kursus pendidikan.
1.2.4 Peluang Pekerjaan
Suatu ketika dahulu profesion perguruan disifatkan antara kerjaya yang
kurang mencabar dan kursus pendidikan sering menjadi pilihan terakhir pelajar bagi
memasuki atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Bagaimanapun,
pemilihan kerjaya merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang
individu kerana kerjaya yang dipilih sedikit sebanyak akan menentukan corak yang
akan dimainkan oleh seseorang individu dalam masyarakat nanti.
Pada hari ini, tanggapan masyarakat terhadap profesion perguruan adalah
berbeza jika hendak dibandingkan dengan suatu waktu dahulu. Masyarakat sekarang
menganggap guru sebagai satu pekerjaan yang sesuai dan paling istimewa untuk
kaum wanita. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian daripada generasi
muda, khususnya lelaki memandang rendah terhadap profesion perguruan. Keadaan
ini menyebabkan kursus pendidikan pada hari ini dikuasai oleh golongan wanita
berbanding lelaki. Ee Ah Meng dalam Shamsuddin (1999) ada menyatakan terdapat
guru pelatih lelaki yang bersetuju bahawa mereka memilih kerjaya perguruan kerana
tiada pilihan lain setelah tidak berjaya menceburi kerjaya yang mereka minati.
8
Kewibawaan guru wanita tidak perlulah dipertikaikan tetapi kekurangan guru
lelaki tidak wajar dipandang remeh kerana pelbagai masalah lain mungkin timbul
kesan daripada permasalahan ini. Memandangkan betapa pentingnya peranan guru
dalam masyarakat dan isu kekurangan guru lelaki di negara kita, pengkaji ingin
mengenalpasti faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar untuk memasuki
kursus pendidikan dan seterusnya menjadikan kerjaya pendidik sebagai satu
profesion.
1.2.5 Skim Gaji Yang Lumayan
Kebanyakan masyarakat sekarang melihat tinggi rendah seseorang itu
berdasarkan apa yang mereka miliki dan apa yang mereka lakukan. Oleh kerana
ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang lain, profesion perguruan
dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja. Apabila mereka tidak
mendapat pekerjaan yang mereka idam-idamkan, mereka akan beralih kepada
profesion perguruan. Namun perubahan di dalam skim gaji guru pada hari ini telah
dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap apa yang telah mereka fikirkan dan
sekaligus telah menjadikan faktor gaji sebagai salah satu faktor tarikan untuk
masyarakat menceburkan diri dalam kerjaya sebagai pendidik.
1.2.7 Tarikan Terhadap Program Yang Ditawarkan Dan Kemudahan Fakulti.
Sebelum memilih untuk memasuki kursus pendidikan, pelajar terlebih dahulu
akan membuat penilaian ke atas beberapa aspek yang berkaitan dengan kursus ini.
Pelajar akan memastikan sama ada matapelajaran yang ditawarkan melalui kursus ini
menarik dan bersesuaian dengan minat mereka. Seterusnya pelajar juga akan
mengambil kira aspek-aspek kemudahan yang disediakan oleh pihak fakulti melalui
program yang disertai. Sidek Mohd Noah dalam Ahmad (2004) ada menyatakan,
pemilihan kerjaya secara terpaksa seringkali menimbulkan masalah kepada individu
yang terlibat. Masalah akan timbul apabila individu merasakan program pengajian
yang diikutinya atau pekerjaan yang dilakukannya tidak selaras dengan ciri-ciri
minat dan personaliti yang dimilikinya.
9
Apakah fenomena yang berlaku di atas menunjukkan mereka yang memilih
profesion perguruan sebahagiannya bukanlah mereka yang berminat atau bercita-cita
menjadi seorang pendidik? Dari persoalan ini, pengkaji membuat keputusan untuk
membuat kajian terhadap faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih
untuk memasuki kursus pendidikan di UTM Skudai. Dari perbincangan di atas,
pengkaji menetapkan faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah minat
seseorang terhadap profesion perguruan, pengaruh keluarga, pengaruh rakan,
keistimewaan terhadap program yang ditawarkan, kemudahan infrastuktur fakulti
yang mencukupi, inginkan cabaran dalam pekerjaan, faktor sukar mencari peluang
pekerjaan dan skim gaji yang lumayan.
1.3 Pernyataan Masalah
Setiap pelajar perlu membuat pemilihan yang tepat terhadap kursus yang
akan mereka sertai sebelum mereka meneruskan pengajian ke kursus sesuatu bidang.
Ini kerana sebarang kursus yang mereka ikuti akan menjuruskan kerjaya yang akan
mereka sertai selepas berjaya menamatkan sesustu kursus. Kenyataan ini adalah
bersesuaian dengan pemilihan pelajar ke kursus pendidikan di Fakulti Pendidikan,
UTM. Pemilihan pelajar ke kursus pendidikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor
yang mendorong seseorang pelajar memilih untuk memasuki kursus pendidikan
seterusnya menjadikan kerjaya sebagai pendidik sebagai satu profesion.
Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah adakah kursus pendidikan ini sesuai
pada mereka? Apakah faktor-faktor yang telah mendorong mereka untuk memasuki
kursus pendidikan ini? Adakah kursus pendidikan adalah hanya sesuai untuk
golongan wanita? Adakah pelajar-pelajar ini yang tidak pernah ada pengalaman
mengajar dapat menguasai semua kemahiran di dalam kursus pendidikan ini?
Seterusnya, adakah mereka memohon memasuki kursus ini atas kerelaan
mereka ataupun terdapat sebab-sebab lain? Adakah ini merupakan pilihan pertama
mereka iaitu menjadi seorang pendidik? Jika tidak, bolehkah kursus pendidikan ini
dapat menimbulkan minat mereka supaya dapat menjadi seorang pendidik yang
10
berwibawa pada suatu hari kelak? Berdasarkan kepada pernyataan masalah
ini, objektif kajian ada dinyatakan dalam 1.4.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini ialah:-
1.4.1 menentukan faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih
untuk memasuki kursus pendidikan di UTM Skudai.
1.4.2 meninjau persepsi pelajar terhadap kursus pendidikan yang diikuti di
UTM Skudai.
1.5 Persoalan Kajian
Seterusnya, persoalan kajian ialah :-
i. Apakah faktor-faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih untuk
memasuki kursus pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai?
ii. Adakah mereka benar-benar berminat untuk menjadikan bidang
perguruan sebagai profesion mereka?
iii. Apakah tanggapan atau persepsi mereka terhadap kursus pendidikan yang
sedang diikuti di Universiti Teknologi Malaysia Skudai?