SMART-MPKLANG · Inisiatif Majlis Perbandaran Klang membangunkan SMART-MPKlang adalah untuk...

Post on 11-Oct-2020

10 views 0 download

Transcript of SMART-MPKLANG · Inisiatif Majlis Perbandaran Klang membangunkan SMART-MPKlang adalah untuk...

SMART-MPKLANG(Saluran MAklumat RakyaT Majlis Perbandaran Klang)

SMART-MPKLANG

SMART-MPKlang merupakan satu platform digital bersepadu dalam menyalurkan maklumat dan menghubungkan

Majlis Perbandaran Klang dengan penduduk dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders).

SMART-MPKlang dibangunkan bagi mengalakkan penglibatan rakyat secara langsung dalam mencapai maklumat

berkaitan MPK dan membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan daripada MPK melalui platform pesanan umum

(Messenger). Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat dalam membentuk

satu hubungan yang lebih erat di antara rakyat dan MPK seterusnya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan

menjanjikan kepuasan pelanggan kepada rakyat.

SMART-MPKlang menjadi dimensi baru dalam penyampaian maklumat yang dilengkapi fungsi perbualan secara

digital (Chatbot) dan bertindak sebagai Pembantu Peribadi Maya yang berkonsepkan Artificial Intelligence (AI).

SMART MPKlang juga merupakan Chatbot pertama di PBT Malaysia yang diprogramkan untuk memahami Bahasa

Melayu dan menjawab soalan-soalan lazim (FAQ) untuk memastikan sistem penyampaian yang lebih berkesan.

Selain itu, SMART MPKlang juga mampu mengumpul dan menganalisis data secara interaktif dan dapat digunakan

bagi tujuan perancangan dan pembangunan MPK apabila penggunaannya dikembangkan.

Selaras dengan kehendak rakyat untuk mengakses maklumat dengan mudah dan pantas, mudah alih dan

perkhidmatan 24 jam, pelaksanaan SMART-MPKlang ‘dibangunkan berasaskan ‘Public Centric’ untuk kemudahan

Rakyat dengan tujuan utama memperkasakan perkhidmatan digital MPK melalui integrasi komunikasi,

penyampaian perkhidmatan secara holistik. Pendekatan ini secara tidak langsung memantapkan penyampaian

perkhidmatan MPK untuk menjadi perbandaran pintar yang berkualiti, menyeluruh dan cekap. Ini secara langsung

dapat menyokong visi MPK untuk menjadikan “Klang sebagai sebuah Perbandaran Bertaraf Antarabangsa

Yang Lestari pada Tahun 2020”.

RINGKASAN

EKSEKUTIF

Inisiatif Majlis Perbandaran Klang membangunkan SMART-MPKlang adalah untuk kemudahan rakyat

sesuai dengan pengertian SMART-MPKlang itu sendiri iaitu singkatan ‘Saluran Maklumat Rakyat Majlis

Perbandaran Klang’. Ia merupakan satu inisiatif yang berasaskan Public Centric melalui platform digital

bersepadu dalam menyalurkan maklumat dan menjalinkan hubungan erat antara MPK dan Rakyat.

Menyedari penggunaan Smart Phone sebagai keperluan utama, MPK mengambil langkah proaktif

menyediakan SMART-MPKlang sebagai gerbang digital berorientasikan rakyat yang menawarkan capaian

maklumat dan perkhidmatan MPK secara mobile.

SMART-MPKlang ini berkonsepkan Artificial Intelligence (AI) menggunakan teknologi Chatbot dan

merupakan produk transformasi digital ke arah pemerkasaan sistem penyampaian perkhidmatan MPK

yang efisien, inovatif dan berkualiti kepada rakyat. Ianya seiring dengan hasrat MPK memodenkan

perkhidmatan ICT berasaskan penglibatan rakyat (Citizen Enggegement) dalam melaksanakan inisiatif

kerajaan digital dan mendokong inisiatif Smart State kerajaan negeri Selangor.

Saya berharap usaha murni untuk rakyat ini benar-benar dapat dimanfaatkan oleh rakyat khususnya

komuniti Klang dan mudah-mudahan akan dapat memberi impak yang baik kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung.

ASPIRASI YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Cetakan 2

(Versi 2.0 – Mac 2019)

HAK CIPTA TERPELIHARATiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa Bentuk atau dengan alat apa jua pun,

kecuali setelah mendapat kebanaran daripada

Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Klang.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan percetakan, sila kembalikan kepada

Jabatan Teknologi Maklumat untuk diganti dengan naskhah yang baru.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian

03-3375 5555 samb. 1110 atau e-mel: jtm@mpklang.gov.my

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Diterbitkan oleh:

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

www.mpklang.gov.my

ISI

KANDUNGAN

SMART-MPKlang: Platform Penglibatan Rakyat……………………… 1

Konsep Mobile ICT Yang Mesra Rakyat……………………………… 2

Smart Partnership MPK dan Facebook …………………….………… 3

Panduan Menjadi Rakan SMART-MPKlang…………………………… 4

Pengguna Akaun Facebook (FB).…………………………………………5

Pengguna Messenger………………………………………………………7

Perbualan Dengan Rakan Digital SMART-MPKlang…………………… 10

Pendaftaran Rakan SMART-MPKlang…………………………………… 17

Pilihan Maklumat SMART-MPKlang……………………………………… 18

iPelanggan

Penyiaran

MaklumatIdea/

Maklum

balas

Dwi-Bahasa

(BM/English)

Kenali

Pengurusan

PBT

Takwim

Acara

Analitis

Info

Bandar

Tempat

Menarik

iKomuniti

Berita /

Pengumuman

Platform Penglibatan Rakyat(Citizen Engagement Platform)

Platform digital bersepadu

bagi penyaluran maklumat

1

Penggunaan

Smart Phone

Capaian Secara

Mobile

Berorientasikan

Rakyat

EFISYEN INOVATIF KUALITI

TRANSFORMASI DIGITAL Konsep Mobile ICT

Mesra rakyat

Platform digital bersepadu bagi penyaluran maklumat

2

Pemodenan Perkhidmatan ICT

Penglibatan Rakyat

Impak Positif

Smart Partnership

3

4

SMART-MPKLANG

Contacts Phone Messages Apps

Instagram WhatsApp Facebook Messenger

Galery Camera

Telegram Waze

S Planner Clock

Klik butang Facebook (FB) untuk

berhubung dengan SMART-MPKlang.

LANGKAH 1

5

*Nota: Untuk mengakses aplikasi

Chatbot pengguna perlu

mempunyai akaun FB

SMART-MPKLANG

Pastikan Facebook (FB)

Messenger aktif

6

SMART-MPKLANG

Buat carian “SMART-MPKlang ” di ruang

search (Carian) Messenger.

Makluman

Pengguna akan terus dihubungkan kepada aplikasi

SMART-MPKlang

LANGKAH 2

7

SMART-MPKLANG

Klik ikon SMART-MPKlang untuk

langkah seterusnya.

Makluman

Pengguna akan terus dihubungkan kepada aplikasi

SMART-MPKlang

LANGKAH 3

8

SMART-MPKLANG

Sila klik GET STARTED untuk memulakan

perbualan dengan Rakan digital

SMART-MPKlang.

LANGKAH 4

Makluman

Pengguna akan terus dihubungkan kepada aplikasi

SMART-MPKlang

9

SMART-MPKLANG

Anda telah memulakan perbualan

dengan Rakan digital SMART-MPKlang.

Klik Ya jika pernah daftar SMART-

MPKlang.

10

SMART-MPKLANG

Masukkan Nombor Kad Pengenalan

dan meneruskan perbualan dengan

SMART-MPKlang.

11

SMART-MPKLANG

Klik Tidak jika tidak pernah daftar

SMART-MPKlang.

12

SMART-MPKLANG

Sila pilih bahasa yang ingin anda

gunakan.

13

SMART-MPKLANG

Pilih status warganegara anda.

Makluman

Sila tonton video Promosi SMART-MPKlang

14

SMART-MPKLANG

Sila masukkan nama penuh dan pilih

kategori mengikut kad pengenalan

anda.

Seterusnya, sila pilih kategori berikut:

1) Orang Awam

2) Polis

3) Tentera

15

SMART-MPKLANG

Sila masukkan maklumat yang

diperlukan.

1) Nombor Kad Pengenalan

2) Nombor Telefon

3) Alamat Emel

4) Poskod Kediaman

5) Jantina

16

SMART-MPKLANG

Sila klik Daftar.

17

SMART-MPKLANG

Tahniah, pendaftaran sebagai Rakan

SMART-MPKlang telah berjaya.

Sila pilih maklumat yang anda ingin

lihat di Menu Utama:

1)Kenali MPKlang

2)SMART-MPKlang

18

SMART-MPKLANG

Sambungan Menu Utama:

3) Produk MPKlang

4) Klang Bandar Diraja

19

SMART-MPKLANG

Sambungan Menu Utama:

5) Profil Saya

20

SMART-MPKLANG

Nota

SMART-MPKLANG

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH

JALAN PERBANDARAN, 41675 KLANG

SELANGOR DARUL EHSAN

www.mpklang.gov.my

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

SMART-MPKLANG