Post on 03-Feb-2018
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
1
TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN
Garis panduan ini terpakai bagi pembangunan di kawasan yang
mempunyai kecerunan yang melebihi 15 darjah kecuali aktiviti
pertanian.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
2
1.0 PENDAHULUAN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bil. 6 /2008 bertarikh 2
April 2008 telah memutuskan kawasan bercerun kelas III dan IV
tidak boleh dibangunkan di Negeri Selangor. Tindakan tersebut
diambil berdasarkan kejadian-kejadian tanah runtuh yang
menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda telah berlaku di
Negeri Selangor seperti di Rawang Perdana, Taman Hillview,
Taman Harmonis Kg. Pasir dan Bukit Antarabangsa dari tahun
2001 hingga 2008.
Keputusan tersebut telah menyebabkan kesulitan dan kekangan
pembangunan di Negeri Selangor serta rayuan dari pihak REDHA,
pemaju dan pelabur.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Tanah bertarikh 26 Mac 2009 telah memutuskan
untuk menimbang pelaksanaan pembangunan di kawasan
berkecerunan kelas III (melebihi 25°) dan garis panduan
pelaksanaannya perlu disediakan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
3
Garis Panduan ini telah diselaraskan dengan Garis Panduan
Perancangan Pembangunan di Tanah Tinggi seperti berikut:
i. Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan
Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil. 27/2007
bertarikh 26hb. September 2007;
ii. Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Bukit yang
disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT),1997;
iii. Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi
oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE),
2005; dan
iv. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan
Bukit dan Tanah Tinggi yang disediakan oleh Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT),2009.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
4
Ia juga telah mengambilkira 3 prinsip utama pembangunan iaitu:
i. Keselamatan risiko bencana geologi,
ii. Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(KSAS)
iii. Kebolehlaksanaan Pembangunan,
Garis panduan yang telah dikemaskini ini memberi penekanan
kepada aspek keselamatan dan kesensitifan alam sekitar, dan
kebolehlaksanaan pembangunan. Aspek kebolehlaksanaan
pembangunan mengambilkira faktor-faktor ekonomi, sosial dan
fizikal. Berdasarkan prinsip tersebut, garis panduan ini
mengambilkira aspek-aspek jenis pembangunan, kepadatan
(densiti) dan keluasan pembangunan, anjakan bangunan, zon
penampan, nisbah plot, kawasan plinth (tapak kawasan yang
dibangunkan) dan kesesuaian guna tanah.
Pelaksanaan Garis panduan ini hendaklah dirujuk kepada
Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri Selangor,
Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas Pihak
Berkuasa Tempatan yang berkaitan dan dasar-dasar serta polisi
semasa yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Selangor.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
5
2.0 TAFSIRAN
Tafsiran tanah tinggi yang yang ditakrifkan di dalam garispanduan
ini merujuk kepada 2 komponen.
2.1 Bentuk muka bumi Negeri Selangor dibahagikan kepada 4
kategori berpandukan ketinggian dari paras laut seperti
berikut:
i. Tanah Rendah (Pamah)
Kawasan yang berada di bawah 150 meter dari aras laut
(EPU, 2002).
ii. Tanah Bukit
Kawasan yang berada pada ketinggian diantara 150
meter hingga kurang daripada 300 meter dari aras laut
(EPU, 2002).
iii. Tanah Tinggi
Kawasan Tanah Tinggi ditafsirkan sebagai tanah-tanah
yang mempunyai kedudukan lebih dari 300 meter dari
aras laut hingga kurang daripada 1000 meter (EPU,
2002).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
6
iv. Gunung
Kawasan Gunung ditafsirkan sebagai tanah-tanah yang
mempunyai kedudukan lebih dari 1000 meter dari aras
laut (EPU, 2002).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
7
2.2 Bagi tujuan pemakaian garispanduan ini definasi berikut
digunapakai :
i. Lereng Bukit
Kawasan yang melibatkan lereng bukit berkecerunan
lebih atau sama dengan 15 darjah (KSAAS, 2005).
ii. Kawasan Sekitar
Kawasan bersebelahan dan sekitarnya yang dijangka
menerima dan memberi kesan secara langsung oleh
pembangunan berkenaan.
iii. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (Tanah Tinggi)
Dasar 18 Rancangan Fizikal Negara telah menetapkan
mengenai pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(KSAS) melalui pengurusan KSAS berpandukan kepada
kriteria berikut :
a. KSAS tahap 1 : kawasan berkontur melebihi 1000
meter
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan
akan dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan
alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan
pendidikan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
8
b. KSAS tahap 2: kawasan berkontur 300 meter -
1000 meter
Tiada pembangunan atau pertanian. Pembalakan
mampan dan pelancongan alam semula jadi
berimpak rendah akan dibenarkan bergantung
kepada halangan setempat.
c. KSAS tahap 3: kawasan berkontur melebihi 150
meter - 300 meter
Pembangunan terkawal dimana jenis dan intensiti
pembangunan akan dikawal bergantung kepada ciri-
ciri halangan.
Kesan tanah runtuh di Kampung Pasir pada 31 Mei 2006
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
9
3.0 KELAS KESESUAIAN PEMBANGUNAN
Kategori
Kelas Ciri-Ciri Geologi
Kelas I Kawasan Kelas I adalah kawasan yang mempunyai
pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:
i. Terain in-situ dengan kecerunan < 150; dan
ii. Cerun yang dipotong dengan kecerunan < 150
Kelas II Kawasan Kelas II adalah kawasan yang mempunyai
pembatasan geoteknikal yang sederhana seperti berikut:
i. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250
dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan
ketidakstabilan cerun;
ii. Terain in-situ dengan kecerunan < 150 dengan tanda-
tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun;
iii. Terain in-situ dengan kecerunan < 150 yang terdiri dari
koluvium atau bahan geologi yang sensitif; dan
iv. Kawasan ancaman banjir.
Kelas III
Kelas III
Kawasan Kelas III adalah kawasan yang mempunyai
pembatasan geoteknikal yang tinggi seperti berikut:
i. Terain in-situ dengan kecerunan dari > 250 hingga <
350 dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan
ketidakstabilan cerun;
ii. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250
dengan tanda-tanda wujudnya hakisan sederhana
hingga teruk dan ketidakstabilan cerun;
iii. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
10
Kategori
Kelas Ciri-Ciri Geologi
(samb.) yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang
sensitif;
iv Terain in-situ dengan kecerunan < 150 yang terdiri dari
koluvium atau bahan geologi yang sensitif dengan
mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun;
v. Kawasan ancaman banjir lumpur.
Kelas IV Kawasan Kelas IV adalah kawasan yang mempunyai
pembatasan geoteknikal yang ekstrem seperti berikut :
i. Terain in-situ dengan kecerunan > 350 dengan ketiadaan
tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;
ii. Terain in-situ dengan kecerunan > 250 hingga < 350
dengan tanda-tanda wujudnya hakisan dan
ketidakstabilan cerun;
iii. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250 yang
terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif
dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun;
dan
iv. Kawasan ancaman banjir puing (debris flow).
v. Puncak bukit atau rabung (ridges);
Sumber : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2005
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
11
Kelas Bercampur
Bagi projek pembangunan yang terletak dalam kawasan yang
mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan
EIA perlu disediakan. Pembangunan yang dicadangkan hendaklah
ditimbang dan diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal KSAS.
Sumber : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2005
Kesan tanah runtuh di Mudi Angkasa, Batu Cheras Baru
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
12
4.0 GARIS PANDUAN UMUM
Secara umum, pembangunan di kawasan tanah berbukit, tanah
tinggi, lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya
perlu mematuhi garis panduan umum.
4.1 Kriteria Kawasan Bercerun Yang Boleh Dibangunkan
Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian
kurang 300 meter dari aras laut dibenarkan untuk
pembangunan.
Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian
melebihi 300 meter hingga 1000 meter dari aras laut
dibenarkan untuk pembangunan eko-pelancongan dan
rekreasi berimpak rendah.
Kawasan pembangunan berkecerunan kelas III dengan
ketinggian kurang 300 meter dari aras laut boleh
dipertimbangkan dengan mengambilkira aspek
keselamatan, pemeliharaan cerun dan kebolehlaksanaan
pembangunan. Permohonan tertakluk kepada garis
panduan khusus para 5.0 dan perakuan Jawatankuasa
Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam
Sekitar.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
13
Kawasan berkecerunan kelas III dengan ketinggian
melebihi 300 meter hingga 1000 meter dari aras laut
dibenarkan untuk pembangunan rekreasi berimpak
rendah yang tidak melibatkan pembinaan struktur
bangunan.
Kawasan berkecerunan kelas IV tidak dibenarkan untuk
pembangunan kecuali pembangunan infrastruktur dan
projek berkepentingan nasional.
Kawasan melebihi 1000 meter dari aras laut tidak
dibenarkan untuk pembangunan perbandaran tetapi
dibenarkan pembangunan infrastruktur dan projek
berkepentingan nasional.
Cadangan pembangunan di lereng bukit yang telah di
kacau ganggu perlu mendapat perakuan Jawatankuasa
Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam
Sekitar.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
14
4.2 Kawasan Berkecerunan Yang Perlu Dipelihara
Kawasan berbukit yang telah diisytiharkan sebagai tanah
bukit di bawah Bahagian II, (Seksyen 3, Akta
Pemuliharaan Tanah 1960) (Akta 385) (Disemak 1989);
Kawasan yang mempunyai nilai sejarah, daya tarikan
pelancongan dan kepelbagaian biologi yang tinggi;
Kawasan yang mempunyai kepentingan geologi yang telah
dikenal pasti atau diwartakan sebagai kawasan kajian atau
penyelidikan;
Kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan yang
mengandungi sumber-sumber mineral;
Kawasan tadahan air yang tertakluk kepada mana-mana
Akta sediada;
Kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal
termasuk kawasan hutan pengeluaran atau hutan produktif
dan lindungan;
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
15
4.3 Kawasan Warisan Kebangsaan
Mana-mana kawasan yang terletak di dalam kawasan
tanah berbukit, tanah tinggi, lereng bukit dan puncak
bukit serta kawasan sekitarnya yang diwartakan sebagai
Tapak Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan
Kebangsaan, 2006 atau mana-mana akta yang berkaitan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
16
4.4 Pemeliharaan Topografi
Subsekyen 21 A(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa,
1976 (Akta 172) memperuntukkan supaya Laporan
Cadangan Pemajuan (LCP) yang dikemukakan perlu
mengandungi perihal tanah termasuk alam sekitar fizikal,
topografi, landskap, geologi, kontur, saliran air dan
tadahan air dan bentuk semulajadi diatasnya.
Subsekyen 21 B(1), Akta 172 (Pelan susun atur)
memperuntukkan langkah-langkah bagi melindungi dan
memperelok alam sekitar dari segi fizikal, memelihara
topografi semulajadi, memperelok lanskap serta
memelihara dan menanam pokok di kawasan pemajuan
dilaksanakan.
Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal
tanah mengikut kesesuaian tapak. Sebarang pemotongan
bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum
dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan
infrastruktur seperti jalan dan pembinaan infrastruktur yang
terbabit sahaja. Tindakan pemotongan bukit bagi tujuan
meratakan permukaan keseluruhan tapak pembangunan
adalah tidak dibenarkan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
17
Penyusunan bagi sesuatu pemajuan hendaklah mengikut
kontor asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan
sebagainya;
Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan
mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan
jalan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh agensi-
agensi teknikal berkenaan; dan
Mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk
penyusunan secara tidak berderet seperti berek.
4.5 Kawasan Berkecerunan Yang Perlu Dipulihara
Kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan berisiko
bencana.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
18
5.0 GARIS PANDUAN KHUSUS
5.1 Kawalan Perancangan dan Kebolehlaksanaan
Pembangunan
Perkaitan kesensitifan alam sekitar dengan aspek ketinggian
merupakan asas penting dalam pertimbangan
pembangunan. Ini adalah berdasarkan faktor semakin
tinggi kawasan bukit semakin sensitif dari segi flora dan
faunanya serta kemusnahannya. Dengan itu, semakin
tinggi kelas kesesuaian pembangunan atau ketinggian,
maka semakin terhad pembangunan yang boleh
dipertimbangkan.
5.1.1 Pemajuan yang boleh dipertimbangkan untuk
pembangunan di kawasan tanah berbukit, tanah tinggi,
lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan
sekitarnya adalah tertakluk kepada perkara-perkara
berikut :
i. Zon perancangan yang telah ditentukan oleh
Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan
Khas berkaitan;
ii. Kelas kegunaan tanah mengikut Rancangan
Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas
berkaitan;
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
19
i. Intensiti pembangunan yang meliputi densiti,
ketinggian, bilangan tingkat, kawasan plinth dan
Nisbah Plot;
ii. Semua syarat-syarat berkaitan yang dikeluarkan
oleh agensi teknikal berkaitan hendaklah
dipatuhi.
5.1.2 Panduan kawalan perancangan dan pembangunan
serta syarat-syarat terperinci berdasarkan kelas
kesesuaian pembangunan I, II, III dan IV adalah seperti
di Jadual 1 – 4 dan Manual Garis Panduan dan
Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang telah
diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Selangor Bil. 27/2007 bertarikh 26hb. September 2007.
Sebarang percanggahan kawalan perancangan,
Jadual 1-4 diterima pakai.
Membahayakan penduduk, jarak yang tidak selamat
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
20
Rujuk lampiran Jadual 1- 4 : Kawalan Perancangan Pembangunan
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
21
Zon Penampan
5.2.1 Penentuan Zon Penampan
Pembangunan yang boleh dipertimbagkan dalam zon
penampan fizikal termasuklah jalan raya,longkang dan parit,
sungai, tasik, tempat letak kereta dan kawasan lapang.
Zon penampan ditentukan berdasarkan ciri-ciri cerun , struktur
tanah dan tertakluk kepada penilaian geoteknikal serta
kriteria-kriteria berikut:
i. Jarak zon penampan dikira dari garisan bangunan dengan
kawasan bercerun bagi pembangunan diatas plato (rajah
1).
ii. Jarak zon penampan dikira dari ketinggian cerun / tanah
tinggi bagi pembangunan bersempadan dengan cerun /
tanah tinggi (rajah 2).
jarak yang terlalu dekat dan tidak
selamat
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
22
Rajah 1: Zon Penampan dikira dari garisan bangunan
Tinggi Cerun(H) 36 m
Jarak Zon Penampan = 2H (72 m)
Kerja-kerja Pemeliharaan Cerun
Tidak Dijalankan (Cerun Semulajadi)
B
A
Kawasan
Cerun Semulajadi
Kawasan Pemeliharaan
Cerun Dijalankan
Rajah 2 : Zon Penampan Dikira Dari Ketinggian Cerun / Tanah Tinggi PENAMPAN DIKIRA DARI KETINGGIAN CERUN / TANAH TINGGI
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
23
5.2.2 Kriteria Penentuan Jarak Zon Penampan adalah seperti
berikut:
i. Struktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang
dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau
hampir menegak (melebihi 70o) di mana tidak ada
sebarang langkah kejuruteraan untuk menstabilkan
cerun itu atau langkah-langkah tebatan kesan-kesan
gelongsoran tanah, hendaklah tidak terletak di dalam
zon sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda (2 H)
ketinggian cerun.
ii. Cerun tanah semulajadi yang mempunyai kecerunan
melebihi 25 darjah atau ketinggian melebihi 30 meter
zon penampan minima 1 H.
iii. Cerun batuan semulajadi zon penampan minima 1 H
dengan langkah-langkah mitigasi tertakluk kepada
pemetaan risiko geologi.
iv. Engineered slope tanah maksima 6 berm (1berm = 6
meter)
a. anjakan bangunan minima 20 meter.
v. Engineered slope batuan zon penampan minima 20
meter atau 1 H tertakluk kepada pemetaan risiko
geologi.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
24
vi. Tembok penahan melebihi 6 meter zon penampan
minima 10 meter atau 1 H (yang mana lebih tinggi)
vii. Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang
dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau
hampir menegak (melebihi 70o) di mana terdapat
langkah kejuruteraan dijalankan hendaklah tidak terletak
di dalam zon sekurang-kurangnya 15.24 meter atau
sekali (1) ganda ketinggian cerun itu (rajah 3).
Rajah 3: Zon Penampan dikira dari sempadan engineered slope dan cerun potongan / plato
Kerja-Kerja Pemeliharaan Cerun Dijalankan Melalui
Penyediaan Teres
Tinggi Cerun (H)
36m
50 kaki (15.24m)
Jarak Zon Penampan = 1H (36m)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
25
6.0 MEKANISMA PELAKSANAAN
6.1 Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif
Alam Sekitar
Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif
Alam Sekitar dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Urusetia
Jawatankuasa ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Selangor.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
26
6.1.1 Keahlian Jawatankuasa Teknikal Pembangunan
Kawasan Sensitif Alam Sekitar
**Nota : Jabatan-Jabatan lain yang berkaitan dengan permohonan akan
dijemput untuk turut hadir
BIL. JABATAN JAWATAN
1. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Selangor
Pengerusi
2. Jabatan Mineral dan Geosains
Selangor/Wilayah Persekutuan
Ahli
3. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Ahli
4. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Ahli
5. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Ahli
6. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Ahli
7. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Selangor
Ahli
8. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Ahli
9. Pihak Berkuasa Tempatan Yang Berkaitan Ahli
10. Pejabat Tanah dan Daerah Yang Berkaitan Ahli
11. Kumpulan IKRAM Sdn.Bhd Ahli
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Selangor
Urusetia
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
27
6.1.2 Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal
Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
i. Membuat keputusan / nasihat mengenai had
pembangunan yang boleh dilaksanakan.
ii. Menilai pelan susunatur, Laporan Cadangan Pemajuan
(LCP),pelan kerja tanah, Laporan Penyiasatan
Geoteknikal dan Analisis kestabilan cerun, Laporan
Saliran dan Pengairan, Laporan Penilaian kesan kepada
Alam Sekeliling (EIA) dan lain-lain laporan yang berkaitan
permohonan yang melibatkan kawasan berkecerunan
kelas III dan IV.
iii. Mengadakan lawatan tapak bagi menilai permohonan.
iv. Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah
tinggi kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau
Pihak Berkuasa Negeri.
v. Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak
Berkuasa Tempatan yang berkenaan
vi. Pelaporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa
Perancangan Negeri dan Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Tanah setiap bulan atau berdasarkan
semasa arahan Jawatankuasa.
vii. Mengadakan mesyuarat 2 kali sebulan. Proses
pertimbangan Jawatankuasa adalah seperti Rajah 4.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
28
*Nota :
i. Mesyuarat JTPKSAS akan diadakan 2 minggu sekali. ii. Peta Kesesuaian Pembangunan Perlu disahkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor
Tidak Lengkap
Semakan Permohonan
Lengkap
Perakuan dan syor
Keputusan
Pusat Setempat
(OSC)
Senarai semak Laporan-Laporan yang diperlukan untuk pertimbangan jawatankuasa:
i. Laporan-laporan yang perlu dikemukakan: a. Laporan cadangan Pemajuan (LCP) perlu
mengandungi analisa kecerunan dan peta kesesuaian pembangunan.
b. Pemetaan Geologi Terrain c. Laporan Kajian Geoteknikal d. Pemetaan Geobencana (Hazard map) e. Pelan kerja tanah f. Laporan pelan Kawalan Mendapan dan Hakisan
(ESCP)
i. Laporan-laporan lain yang berkaitan dikemukakan sekiranya perlu: 1. Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling
(EIA) 2. Laporan Penilaian Kesan Sosial (SIA) 3. Laporan rekabentuk sisten saliran berdasarkan
manual saliran mesra alam (MASMA) 4. Traffic Impact Assesment 5. EMP bagi pembangunan yang kurang dari 20
hektar
Pemohon
Pihak Berkuasa Negeri
JTPKSAS
Pusat Setempat (OSC)
JTPKSAS
Rajah 4: Carta Alir Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Negeri Selangor.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
29
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
30
6.1.3 Asas Pertimbangan Kelulusan
i. Pematuhan Penilaian laporan-laporan berikut :-
a. Pelan susunatur, Laporan cadangan Pemajuan
(LCP) perlu mengandungi analisa kecerunan dan
peta kesesuaian pembangunan.
b. Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling
(EIA)
c. Laporan Kajian Geoteknikal
d. Pemetaan Geologi Terrain
e. Pemetaan Geobencana (Hazard map)
f. Laporan pelan Kawalan Mendapan dan Hakisan
(ESCP)
g. Laporan rekabentuk sisten saliran berdasarkan
manual saliran mesra alam (MASMA)
h. Pelan kerja tanah
i. Traffic Impact Assesment
j. EMP bagi pembangunan yang kurang dari 20 hektar
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
31
ii. Kawasan cerun buatan manusia (man-made slope) dan
kawasan kacau ganggu (disturbed area) perlu
menjalankan kerja-kerja pemuliharaan dan penstabilan
ke atas cerun-cerun dan merujuk kepada pertimbangan
Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif
Alam Sekitar.
iii. Pembangunan yang boleh dilaksanakan di kawasan
tanah tinggi dan berbukit adalah tertakluk kepada empat
(4) komponen utama iaitu:-
a. Zon perancangan yang telah ditentukan oleh
Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan
Khas berkaitan;
b. Kelas kegunaan tanah mengikut Rancangan
Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas
berkaitan;
c. Intensiti pembangunan yang meliputi densiti,
ketinggian, bilangan tingkat, kawasan plinth dan
Nisbah Plot;
d. Semua syarat-syarat berkaitan yang dikeluarkan
oleh agensi teknikal berkaitan hendaklah
dipatuhi.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
32
iv. Perundangan
Perakuan dan syor jawatankuasa adalah merujuk
kepada keperluan perundangan seperti berikut:
a. Kanun Tanah Negara, 1965
b. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976
c. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960
d. Akta Kualiti Kesan Alam Sekeliling,1974
e. Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1974
f. Akta Perhutanan Negara, 1984
g. Akta Orang Asli, 1954
h. Akta Taman Negara, 1980
i. Akta Penyiasatan Kajibumi, 1974
j. Akta Pembangunan Mineral, 1994
k. Akta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam,
1984
l. Drainage Works Act, 1954 (1988)
m. Enakmen Lembaga Urus Air Selangor
n. Akta Hakmilik Strata,1985
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
33
7.0 PELAN TINDAKAN GARISPANDUAN PERANCANGAN
PERMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI
NEGERI SELANGOR
Perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:
7.1 Penubuhan Unit Penyelenggaraan Cerun di peringkat
Pihak Berkuasa Tempatan
7.2 Penyediaan Rancangan Kawasan Khas
Rancangan Kawasan Khas perlu disediakan menurut
Seksyen 16 (B) Akta Perancangan Bandar dan Desa,1976
bagi kawasan bukit dan tanah tinggi yang berpotensi risiko
geobencana.
7.3 Pembangunan Sistem Pengkalan Data Geologi dan
Geobencana
Jabatan yang bertanggungjawab bagi menjalankan dan
menyediakan Sistem Pengkalan Data Geologi dan
Geobencana adalah Jabatan Mineral dan Geosains
Selangor dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
34
7.4 Pangkalan data cerun
Pembangunan Sistem Pengkalan Data Geologi Dan
Geobencana seluruhan negeri Selangor akan dipusatkan di
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan
diintergrasikan dengan Jabatan Mineral dan Geosains
Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
7.5 Penentuan Kadar Cukai Bagi Pembangunan di Kawasan
Tanah Tinggi
Dicadangkan semakan semula kadar cukai taksiran dan
cukai tanah bagi pembangunan di kawasan tanah tinggi.
7.5.1 Penentuan Kadar Cukai Taksiran Bagi
Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi
Semakan semula cukai taksiran oleh Seksyen Pihak
Berkuasa Tempatan, UPEN.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
35
7.5.2 Penentuan kadar cukai Tanah
Semakan semula cukai tanah oleh Pejabat Tanah dan
Galian Negeri Selangor.
7.6 Cadangan pindaan Akta-Akta Berkaitan
7.6.1 Kanun Tanah Negara, 1965
i. Pindaan seksyen. 51 hingga seksyen 61A (KTN)
Hak-Hak akses dan penggunaan tanah beri milik.
ii. Pindaan seksyen 93 hingga seksyen 102 (KTN)
dan Selangor Land Rules
7.6.2 Akta Pemeliharaan Tanah, 1960 (Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar)
7.6.3 Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta
172)
i. Pindaan seksyen 21A (Laporan Cadangan
Pemajuan,
ii. Pindaan seksyen 21B (Pelan susun atur).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT
DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010
36
7.6.4 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)
i. Pindaan seksyen 83 dan seksyen 84 : (tindakan
ke atas tanah hakmilik persendirian yang
membahaya)
ii. Seksyen 94 : (Menperjelaskan definasi “perkara”
iaitu merujuk kepada bangunan dan tanah yang
dalam keadaa bahaya)
7.7 Pengecualian penyediaan Rumah Mampu Milik bagi
pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi.
Semakan semula Dasar Perumahan Negeri Selangor
(Pekeliling PTG Selangor Bil. 3/2006)
8.0 KESIMPULAN
Garispanduan ini akan dapat memandu perancangan dan
pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi Negeri Selangor ke
arah pembangunan mampan. Pertimbangan dari aspek keselamatan
risiko bencana geologi, Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(KSAS) dan Kebolehlaksanaan Pembangunan yang telah diambil kira
secara tegas akan dapat memastikan pelaksanaan pembangunan
secara mampan serta mengimbangi pembangunan fizikal dan
pembangunan insan.