Teknik DR-TA

Post on 14-Jun-2015

1.172 views 3 download

description

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Transcript of Teknik DR-TA

Teknik Directed Reading- Thinking Activity (DR-TA)

(Aktiviti membaca berfikir terarah)

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BM SRPENSYARAH: PN. NORHAYATI BT MD YATIM

PGSR IPGMBM 2C

KUMPULAN 4

Diperkenalkan oleh Russel Stauffer 1969/1975.

Menurut beliau, teknik ini membolehkan murid membina satu set tujuan apabila membaca bahan bacaan(teks,imej,simbol atau grafik).

Murid memproses idea dan menguji jawapan semasa membaca.

Mereka boleh meramal dan mengesahkan isi maklumat yang dibaca.

TUJUAN DR-TAMemberi peluang kepada murid :-

MEMBACA SECARA KRITIS & REFLEKTIF

GURU&MURID- MEMBUAT RUMUSAN,

PERTIMBANGAN & KEPUTUSAN

AKTIFKAN PANDANGAN &

FIKIRAN

GURU- MENGKAJI

BAHAN BACAAN

HALA-TUJUKAN TUJUAN

KENALPASTI,ASIMILASI

DAN MEMAHAMI MAKLUMAT

GURU- MEMBUAT

PENILAIAN

Pelaksanaan teknik ini :-

LANGKAH 3

MENYEMAK KEFAHAMAN & MEMBINA KECEKAPAN

LANGKAH 1

KENALKAN TEKS YANG

DIBACA

MELENGKAPKAN AYAT

LANGKAH 2PEMBACAAN

SENYAP TERARAH

FASA 1 KITARAN PROSES

MEMBACA-BERFIKIR

MEMBACA KUAT

FASA 2 MENAMBAH,

MEMURNIKAN IDEA & PEMIKIRAN

LANGKAH 4

MENGULANGI LANGKAH

1,2,3

MELENGKAPKAN PANTUN &

MELAFAZKANNYA

KELEBIHAN TEKNIK DR-TA

BOLEH DILAKSANA DI DALAM & DI LUAR BILIK

DARJAH

KLU-KONTEKS-MEMAHAMI MAKNA DLM

FRASA @ PERKATAAN

MURID- MEMBACA

SAMBIL BERFIKIR

STRATEGI METAKOGNITIF & BERKOMUNIKASI

MAKNA

MURID- MEMBACA SAMBIL MEMBUAT

RAMALAN

GURU- SEBAGAI

PEMUDAH CARA

MURID- KONSEP

MEMBACA

Kemahiran Membaca

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu yang diberi dalam bahan ilmu.

PAK PANDIR DAN SEGUNI GARAM

PAK PANDIR DAN

SEGUNI GARAM

Pak Pandir membeli seguni garam. Sewaktu pulang ke rumah, perutnya berasa sakit. Dia hendak membuang air besar. Dia takut garamnya akan dicuri orang. Dia ………

?

Murid dibimbing oleh guru membuat ramalan secara individu dan kumpulan.

Murid diminta menyatakan pendapat kesudahan cerita.

Guru meminta mencatatkan segala ramalan murid.

Arahan : Berdasarkan aktiviti bacaan itu , kamu diminta membuat ramalan kesudahan cerita tersebut.

Catat segala ramalan dan isikan jawapan yang sesuai di dalam buku catatan.

Pak Pandir membeli seguni garam. Sewaktu pulang ke rumah, perutnya berasa sakit. Dia hendak membuang air besar. Dia takut garamnya akan dicuri orang.

?

Dia menyembunyikan guni garam itu _____ sungai. Selepas ______ air besar, dia terus pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, dia teringat akan _______nya.

?

Dia pergi semula ke tempat itu, tetapi mendapati garam yang disimpan di dalam air telah _____ dan habis.

?

Pak Pandir membeli seguni garam. Sewaktu

pulang ke rumah, perutnya berasa sakit. Dia hendak membuang air besar. Dia takut garamnya akan dicuri orang.

Dia menyembunyikan guni garam itu di dalam

sungai. Selepas membuang air besar, dia terus pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, dia teringat akan garamnya.

Dia pergi semula ke tempat itu, tetapi mendapati garam yang disimpan di dalam air telah larut dan habis.

Murid dan guru bersoaljawab secara lisan senarai ramalan yang diperolehi.

Murid dan guru membuat kesimpulan membuktikan hujah dan idea berdasarkan

pemahaman mereka.

Lengkapkan pantun di bawah.

Burung merpati burung ketitir,Hinggap sebentar mencari air;Malang sungguh nasib ___________,Garam disimpan ________________.

Baca rangkap pantun di bawah dengan intonasi yang betul.

Burung merpati burung ketitir, Hinggap sebentar mencari air;Malang sungguh nasib Pak Pandir, Garam disimpan telah cair.

Salin rangkap pantun di bawah menggunakan tulisan berangkai dengan betul.

Burung merpati burung ketitir, Hinggap sejenak mencari air;Malang sungguh nasib Pak Pandir,

Garam disimpan telah cair.

SEKIAN , TERIMA KASIH.

Semoga kaedah DR-TA dapat dilaksanakan dengan berkesan

dan mencapai objektifnya.