Post on 27-Jan-2016
description
TUGASAN
MEI 2014 SEMESTER
KOD KURSUS ESS 222
NAMA KURSUS AKTIVITI KOKURIKULUM
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
NO. MATRIX
NAMA FASILATATORAKADEMIK
PUSAT PEMBELAJARAN
Sekapur sirih
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jaya nya. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang sabar memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. Dengan ilmu yang diberikan membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan lebih lancar dan siap tepat pada masa nya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan tanpa jemu. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses menyiapkan tugasan ini sama ada langsung atau tidak langsung.
Terima kasih,
Sarina Majid
2
Isi Kandungan
No. Isi Kandungan Muka surat1. Bahagian A
Soalan berdasarkan artikel “Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah: Isu dan cadangan Penyelesaian” oleh Mahamad Amran Kamsi.
1. Dengan merujuk kepada sekolah anda, bincangkan sejauh manakah anda bersetuju dengan dapatan kajian oleh Bahagian Naziran Kementerian Pendidikan Malaysia (2010) tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah.
2. Bincangkan secara kritis cadangan penulis tentang peranan guru besar dan pihak sekolah dalam penyelesaian isu melindungi masa instruksional kokurikulum. Beri pendapat anda dengan merujuk kepada keadaan di sekolah anda.
4-5
6-8
2. Bahagian B
Buat satu kajian ringkas di sekolah anda tentang faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sukan.
Tajuk Kajian: Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan Murid dalam Aktiviti Sukan
9-29
3. Rujukan 304. Lampiran 31-34
3
Bahagian A (15%)
Soalan berdasarkan artikel “ Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah: Isu dan cadangan Penyelesaian” oleh Mahamad Amran Kamsi.
1. Kokurikulum telah menjadi salah satu cabang dalam pendidikan dari dahulu lagi. Tanpa
kokurikulum tidak lengkap kitaran pendidikan di Malaysia ini. Namun sejauh manakah
perlaksaan nya di sekolah-sekolah di Malaysia. Adakah ia dilaksanakan dengan sebaik nya atau
pun hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Guru-guru serta para pentadbir yang seharusnya
memainkan peranan dalam memastikan kokurikulum dilaksanakan, adakah mereka menjalankan
tugas mereka sebaiknya atau sekadar melaksanakan hanya sebagai syarat yang telah tertakluk
dalam skop pendidikan di Malaysia. Bahagian Naziran Pendidikan Malaysia telah melakukan
tinjauan di sekolah-sekolah di Malaysia tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum. Hasilnya
tidak begitu memberangsangkan.
Kebanyakkan sekolah tidak melaksanakan kokurikulum dengan begitu serius seperti yang
diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Buktinya murid-murid sama ada di
peringkat sekolah rendah atau menengah, kebanyakkan memberi respon yang negatif berkenaan
kokurikulum yang telah dilaksanakan di sekolah mereka. Kebanyakkan mereka tidak begitu
meminati untuk turut serta dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini berikutan guru-guru yang terlibat
dalam aktiviti kokurikulum tidak bersemangat dalam melaksanakannya menyebabkan murid-
murid juga turut tidak bersemangat. Aktiviti yang dirangcang tidak menarik dan tidak pelbagai.
Guru-guru seharusnya merangcang aktiviti yang dapat menarik minat murid supaya
mereka bersemangat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Berdasarkan pemerhatian saya
di sekolah, hanya segelintir guru-guru yang bersemangat dan serius dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum di sekolah. Pihak pentadbir turut tidak begitu bersemagat dalam melaksanakan
aktiviti kokurikulum. Seharusnya pihak pentadbir yang memberi galakkan dan semangat kepada
4
guru-guru supaya melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan berkesan. Jika pihak pentadbir
tidak mendorong guru-guru untuk mengambil berat perihal ini maka tiada pihak lagi yang dapat
mendorong mereka. Berdasarkan hasil kajian Bahagian Naziran Pendidikan Malaysia terdapat
pelbagai faktor yang menyebabkan guru-guru serta murid-murid tidak begitu meminati aktiviti
kokurikulum. Jika diteliti dan diamati hasil kajian, sememangnya tidak dapat disangkal bahawa
kebanyakkan nya adalah benar. Guru-guru yang kurang pendedahan tentang intipati kokurikulum
adalah faktor yang menyebabkan pelaksanaan kokurikulum kurang berkesan di sekolah.
Pemantauan yang kurang dan tidak berkala dari pihak pentadbir mendorong pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di sekolah tidak begitu serius. Pihak pentadbir serta guru-guru seharusnya
berpadu tenaga dalam merangcang serta menyumbang idea bagi memastikan aktiviti
kokurikulum berjalan dengan lancar serta menarik minat murid untuk turut serta. Namun yang
terjadi sebaliknya menyebabkan pelaksanaan kokurikulum tidak begitu bejaya. Hasil kajian telah
membuktikan apa yang sebenarnya terjadi di sekolah-sekolah di Malaysia.
5
2. Guru besar merupakan nadi kepada sesebuah sekolah. Gaya kepimpinan seseorang guru
besar merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan gaya kerja guru-guru di sekolah.
Pengalaman serta ketegasan sangat diperlukan dalam meminpim guru-guru melaksanakan tugas-
tugas dengan lancar dan berkesan. Seoarang guru besar seharusnya disegani dan dihormati oleh
guru-guru serta murid-murid. Pihak sekolah yang terdiri daripada guru serta kakitangan yang lain
merupakan kaki dan tangan kepada seorang guru besar. Hal ini kerana merakalah yang
melaksanakan segala tugas yang telah dirancang. Kerjasama yang padu sangat diperlukan bagi
meghasilkan sekolah yang cemerlang dan terbilang. Kementerian pendidikan telah menetapkan
masa yang perlu dipenuhi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di
sekolah. Setiap sekolah perlu mematuhi segala apa yang telah ditetapkan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Perbicangan yang mendalam diantara guru besar serta guru-guru dalam merancang
aktiviti yang perlu dilakukan pada setiap waktu kokurikulum dijalankan. Hal ini bagi
memastikan pihak sekolah melindungi masa instruksional kokurikulum. Sememangnya tidak
dapat disangkal bahawa kurikulum atau proses pembelajaran di dalam kelas merupakan fokus
utama pihak sekolah dalam menghasilkan murid yang cemerlang. Namun begitu aktiviti
kokurikulum tidak seharusnya dipandang remeh tentang kelebihan nya. Pelbagai faedah yang
dapat di peroleh oleh murid-murid sekiranya mereka turut serta. Terdapat ilmu yang hanya boleh
didapati dalam aktiviti kokurikulum. Hanya dengan turut serta aktiviti kokurikulm murid-murid
dapat didedahkan dengan pengetahuan yang lebih meluas dan bermanfaat. Pihak sekolah
seharusnya menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih serius bagi menunjukkan
kepentingan kokurikulm kepada murid-murid.
Guru besar perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap guru-guru serta turun padang
dalam menyaksikan apa yang telah dirancang oleh guru-guru dalam menjayakan aktiviti
kokurikulum.Perancangan yang teliti harus dilakukan bagi memastikan aktiviti kokurikulum
tidak tergendala. Seharusnya pada awal pembukaan sekolah satu mesyuarat perlu diadakan bagi
menubuhkan jawatan kuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aktiviti kokurikulum
6
yang terdiri daripada gabungan guru-guru yang berpengalaman dan dicampur dengan muka-
muka baru bagi menghasilkan kombinasi yang lebih krreatif dan inovatif. Seterusnya
jawatankuasa ini akan duduk semeja dan menjalankan proses sumbang saran dimana semua
pihak perlu menyuarakan idea masing-masing. Perancangan dan pembahagian skop tugas perlu
bagi peringkat seterusnya. Ketelitian bagi menyusun atur aktiviti kokurikulum akan memberi
hasil yang lebih memberangsangkan berbanding tiada perancangan.
Pihak sekolah perlu bergabung tenaga dan meletakkan kepentingan diri di tepi bagi
menyubangkan tenaga supaya apa yang dirancang berjaya dan mebuahkan hasil yang positif.
Sememangnya tidak dapat dielakkan bahawa sesetengah pihak akan merasakan bebanan dalam
menjayakan aktiviti kokurikulum ini namun pembahagian tugas melalui jadual yang adil akan
mengurangkan bebanan yang dirasakan mereka. Semua pihak perlu terlibat dan perlu mengikut
jadual yang telah dirangka bagi memastikan keadilan dapat dirasakan kepada pihak yang telah
menjalankan tugas mereka. Sekiranya terdapat pihak yang mementingkan kepentingan sendiri
dan tidak peduli tanggungjawabnya terhadap sekolah maka tindakan yang tegas perlu diambil
dengan segera bagi mengelakkan wabak ini merebak kepada individu yang lain seterusnya akan
mengangu perancangan yang telah dibuat. Peranan seorang guru besar sangat diperlukan dalam
memastikan semua pihak yang terlibat menajalankan tugas mereka dengan bersungguh dan
bukan ala kadar. Ketegasan dan keadilan dalam memimpin guru-guru bagi menjayakan aktiviti
kokurikulum dan memenuhi masa instruksional kokurikulum sangat diperlukan oleh seoarang
guru besar. Pemantauan yang berkala dapat membentuk displin guru-guru serta murid-murid
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum ini.
Pembahagian masa dalam melaksanakan aktiviti kelab, persatuan dan unit beruniform
perlu dirangka dengan teliti bagi memastikan masa instruksional yang telah diperuntukkan untuk
menjalankan aktiviti kokurikulum dapat dipenuhi. Sekiranya pembahagian masa tidak dilakukan
maka aktiviti kokurikulum akan menghadapi kenkangan dari segi masa. Hal ini kerana masa
yang diperuntukkan tidak begitu lama berbanding masa kurikulum. Pelbagai aktiviti perlu
dilaksanakan dalam masa yang terhad. Guru-guru yang terlibat perlu merancang aktiviti yang
7
dapat dilakukan dalam masa yang terhad tetapi dapat menarik minat murid untuk turut serta
menjayakannya. Pendedahan serta latihan perlu diberikan kepada guru-guru bagi memastikan
mereka faham konsep aktiviti kokurikulum yang perlu mereka laksanakan di sekolah.
Kekurangan pengetahuan mengenai aktiviti kokurikulum sama ada persatuan, kelab dan unit
beruniform akan menyebabkan guru-guru mengalami kebuntuan idea dalam merancang aktiviti
yang perlu dilakukan bersama murid. Hal ini dapat dilihat terdapat sesetengah guru melakukan
aktiviti yang sama serta tidak berkaitan dengan aktiviti kokurikulum. Impaknya akan dapat
dilihat ke atas murid-murid. Mereka akan berasa jemu dan bosan dalam melakukan aktiviti
kokurikulum ini. Pekara ini akan mendorong mereka untuk tidak hadir ke aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan di sekolah mereka.
Guru-guru perlu memastikan jadual dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan
berkaitan dengan kokurikulum bagi memastikan murid-murid tidak merasakan kebosanan dan
sebaliknya akan merasakan seronok dalam melakukan aktiviti yang telah dirancang bersama
rakan-rakan serta guru pembimbing. Sekiranya sesebuah sekolah dapat menghasilkan murid
yang cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum sudah pasti ia nya terjadi dengan
gabungan guru besar bersama pihak sekolah yang berkerjasama dalam memastikan masa
instruksional kokurikulum digunakan dengan sebaiknya. Kerjasama yang padu akan
membuahkan hasil yang positif dan dinamik.
8
Bahagian B (25%)
Tajuk: Faktor-faktor yang Menghalang Penglibatan Murid dalam Aktiviti Sukan
1.0 Pengenalan
Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di
Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di
semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai
alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan
pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah
menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih
aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu
sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. (Mohd Jaflus Bahari Jabatan
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Maktab Perguruan Islam)
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi
penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi
perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam
aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan
melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). (Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu
Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia)
9
Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman
kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna.
Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajarpelajar yang seimbang
dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan
pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan
(2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di
mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan
mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran
di bilik darjah.
1.1 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid-
murid Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Panching Utara. Kajian ini ingin melihat faktor
menghalang penglibatan murid dalam aktiviti sukan. Data kajian yang dikumpul diproses bagi
mendapatkan keputusan. Seramai 30 responden yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 dari
Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Panching Utara telah dipilih secara rawak.
Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor
utama sebab-sebab yang diberikan oleh murid untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum di Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Panching Utara. Kajian ini akan menyentuh
tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum
khususnya sukan. Ramai murid beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak
membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik.
Halangan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian
program- program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum
hanya dikendalikan oleh kumpulan murid yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa
pemantauan dari guru terlibat. Kesannya murid sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri.
Menurut Adnan (1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi
10
konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa
kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan
secara sambil lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan
seperti matapelajaran akademik.
Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau
menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru
merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu
banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh
sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang
berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang
telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan
guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis
aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.
Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan
mempengaruhi penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Kajian ini akan mengkaji kegiatan
kokurikulum dan faktor yang menghalang penglibatan murid untuk menyertainya. Menurut
Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu :
1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan
maklumat.
2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara
individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam sukan badminton.
11
3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang bertindak
menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap,
keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.
1.2 Responden
Murid yang dipilih adalah di kalangan murid tahun 5 dan 6. Jumlah murid yang terlibat ialah
seramai 30 orang yang terbahagi kepada 15 murid perempuan dan 15 murid lelaki. Murid-murid
ini dipilih secara rawak.
1.3 Kaedah kajian
Kajian ini dilakukan dengan melakukan soalselidik ke atas murid-murid yang dipilh secara
rawak. Murid yang dipilih diminta untuk menjawab kertas soal selidik yang diedarkan. Murid
diminta untuk menjawab berdasarkan penilaian masing-masing tanpa bantuan rakan-rakan.
Sebanyak 15 soalan yang perlu dijawab oleh murid-murid dalam masa 20 minit yang
diperuntukkan. Soalan yang diberikan adalah dalam bentuk ayat pernyataan dan murid hanya
perlu memilih sama ada setuju atau tidak setuju. Murid-murid juga diminta untuk menjawab
soalan yang diberikan berdasarkan persekitaran sekolah mereka.
12
2.0 Analisis dan Penyampaian Data
Setelah 30 murid menjawab soalselidik yang diberikan, kertas berkenaan dikumpul dan di
analisis bagi memperolehi data. Bilangan murid yang setuju atau tidak setuju dikira bagi setiap
soalan. Hal ini adalah bagi mendapatkan data yang lebih tepat seterusnya dapat membuat
kesimpulan mengenai faktor yang menghalang penglibatan murid dalam aktiviti sukan.
Berikut merupakan hasil analisis beradasarkan soalselidik yang di jawab oleh murid-murid:-
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
1. Kemudahan peralatan sukan di sekolah
tidak mencukupi 30% 70%
Secara keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa kemudahan
peralatan sukan di sekolah tidak mencukupi adalah tidak sama. Lebih ramai murid mengatakan
bahawa peralatan sukan di sekolah tidak mencukupi iaitu 70% bersetuju dan 30% tidak
bersetuju.
13
70% SETUJU
30% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
2. Takut gagal dalam peperiksaan apabila
melibatkan diri dalam sukan 70% 30%
Secara keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa mereka takut
gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam sukan adalah tidak sama. Hanya sedikit
murid mengatakan bahawa mereka takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam
sukan iaitu 70% tidak bersetuju dan 30% bersetuju.
14
70%TIDAK SE-
TUJU
30% SE-
TUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
3. Kemudahan sukan di sekolah tidak
selamat 70% 30%
Secara keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa kemudahan
sukan di sekolah tidak selamat adalah tidak sama. 30% murid mengatakan bahawa kemudahan
sukan di sekolah tidak selamat dan selebihnya tidak bersetuju (70%).
15
70% TIDAK SETUJU
30% SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
4. Pihak sekolah memberi perhatian
kepada murid yang berbakat dalam
sukan
30% 70%
Secara keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” lebih ramai daripada “tidak setuju” bahawa
pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang berbakat dalam sukan. 70% murid
bersetuju mengatakan bahawa pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang berbakat
dalam sukan selebihnya mengatakan tidak bersetuju iaitu 30%.
16
70% SETUJU
30% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
5. Masalah kewangan dalam mengikuti
aktiviti sukan 37% 43%
Secara keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa masalah
kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan adalah tidak sama. Lebih ramai murid tidak bersetuju
dengan pernyataan ini iaitu seramai 43%. Namun begitu jumlah murid yang bersetuju juga
mempunyai nilai peratusan yang hampir iaitu 37%. Terdapat juga murid yang tidak menjawab
soalan ini iaitu seramai 20% daripada jumlah keseluruhan murid.
17
37% SETUJU
43% TIDAK SETUJU
20% TIADA JAWAPAN
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
6. Tidak mempunyai bakat untuk
melibatkan diri dalam sukan 33% 67%
Secara keseluruhan, peratusan murid yang “setuju” lebih ramai daripada “tidak setuju” bahawa
mereka tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam sukan. 67% murid bersetuju
mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam sukan
selebihnya mengatakan tidak bersetuju iaitu 33%.
18
33% TIDAK SETUJU
67% SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
7. Aktiviti sukan membosankan
23 7
Secara
keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa aktiviti sukan adalah
membosankan adalah tidak sama. Lebih ramai murid tidak bersetuju dengan pernyataan ini iaitu
seramai 67%. Namun begitu jumlah murid yang bersetuju ialah 33%.
19
33% SETUJU
67% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
8. Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan
usang 60% 23%
Secara keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa peralatan yang
terdapat di sekolah rosak dan usang adalah tidak sama. Lebih ramai murid tidak bersetuju dengan
pernyataan ini iaitu seramai 60%. Namun begitu jumlah murid yang bersetuju juga mempunyai
nilai iaitu 23%. Terdapat juga murid yang tidak menjawab soalan ini iaitu seramai 17% daripada
jumlah keseluruhan murid.
20
23% SETUJU
60% TIDAK SETUJU
17% TIADA JAWAPAN
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
9. Tidak selesa untuk melibatkan diri
dalam sukan 12 18
Secara
keseluruhan,
peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa mereka tidak selesa untuk melibatkan
diri dalam sukan adalah tidak sama. Lebih ramai murid bersetuju dengan pernyataan ini iaitu
seramai 43%. Namun begitu jumlah murid yang tidak bersetuju juga mempunyai nilai yang
hampir iaitu 40%.
21
43% SETUJU
40% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
10. Alatan sukan boleh digunakan pada
waktu tertentu sahaja 13 17
Secara
keseluruhan, peratusan murid yang “tidak setuju” lebih sedikit daripada “setuju” bahawa alatan
sukan boleh digunakan pada waktu tertentu sahaja. Seramai 57% bersetuju dan selebihnya
mengatakan tidak bersetuju iaitu 43%. Perbezaan nya tidak begitu ketara.
22
57% SETUJU43% TIDAK
SETUJU
23
23% SETUJU
60% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
11. Tidak mempunyai kawan untuk sama-
sama bersukan 22 8
Secara keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa peralatan yang
terdapat di sekolah rosak dan usang adalah tidak sama. Lebih ramai murid tidak bersetuju dengan
pernyataan ini iaitu seramai 60%. Namun begitu jumlah murid yang bersetuju juga mempunyai
nilai iaitu 23%.
24
Secara keseluruhan, peratusan murid yang “tidak setuju” lebih ramai daripada “setuju” bahawa
sekolah tidak memberi pengiktirafan jika berjaya dalam sukan. Seramai 60% bersetuju dan
selebihnya mengatakan tidak bersetuju iaitu 40%. Perbezaan nya tidak begitu ketara.
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
25
40% SETUJU
60% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
12. Sekolah tidak memberi pengiktirafan
jika berjaya dalam sukan 60% 40%
13. Sekolah tidak menggalakkan untuk
terlibat dengan sukan 53% 43%
Secara
keseluruhan,
peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa sekolah tidak menggalakkan untuk
terlibat dengan sukan adalah tidak sama. Lebih ramai murid tidak bersetuju dengan pernyataan
ini iaitu seramai 53%. Namun begitu jumlah murid yang tidak bersetuju juga mempunyai nilai
yang hampir iaitu 47%.
26
47% SETUJU
53% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
14. Jurulatih yang berminat dalam sukan
tidak mencukupi 53% 47%
Secara
keseluruhan, peratusann murid yang “setuju” dan “tidak setuju” bahawa jurulatih yang berminat
dalam sukan tidak mencukupi adalah tidak sama. Lebih ramai murid tidak bersetuju dengan
pernyataan ini iaitu seramai 53%. Namun begitu jumlah murid yang tidak bersetuju juga
mempunyai nilai yang hampir iaitu 47%.
27
47% SETUJU
53% TIDAK SETUJU
No. Pernyataan Tidak Setuju Setuju
15. Ibu bapa tidak menggalakkan
melibatkan diri dalam sukan 43% 57%
Secara keseluruhan, peratusan murid yang “setuju” lebih ramai daripada “tidak setuju” bahawa
ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri dalam sukan. Seramai 57%% bersetuju dan
selebihnya mengatakan tidak bersetuju iaitu 43%. Perbezaan nya tidak begitu ketara
3.0 Kesimpulan
28
57% SETUJU
43% TIDAK SETUJU
Secara keseluruhan kajian telah menghasilkan maklumat-maklumat penting mengenai
faktor menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Oleh kerana faktor
persekitaran sekolah adalah faktor utama menghalang penglibatan murid. Pengunaan alatan pada
waktu tertentu merupakan satu faktor yang menyumbang peratusan tertinggi. Bagi mengatasi
halangan ini dicadangkan pihak sekolah menyediakan satu jadual yang lebih sistematik di mana
murid boleh menggunakan pada masa lapang. Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan
alatan mengikut waktu kesenggangan murid pada waktu agar mereka dapat menggunakan
kemudahan alatan bagi mereka bersukan. Kebiasaannya pihak sekolah hanya menyediakan
alatan pada waktu kokurikulum sukan sahaja dan pada hari-hari lain kemudahan alatan tiada.
Selain daripada menggalakan murid bersukan ia juga dapat menghindar murid-murid melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, berbual kosong serta mengacau murid lain.
Dapatan kajian menunjukkan faktor penghalang utama penglibatan murid dalam
kegiatan kokurikulum ialah faktor yang berpunca daripada pihak sekolah serta persekitarannya.
Dalam analisis ini ternyata masalah berkaitan kemudahan merupakan faktor utama dalam
menghalang penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sukan. Pihak Kementerian Pelajaran
hendaklah memberi peruntukan yang lebih besar kepada sekolah agar pihak sekolah merancang
dan seterusnya memperlengkapkan kemudahan dan peralatan di sekolah-sekolah dalam strategi
menarik minat murid menyertai aktiviti sukan.
Selain daripada itu faktor-faktor intrapersonal dan faktor interpersonal juga harus diambil
kira kerana ia juga merupakan faktor yang menghalang penglibatan murid dalam kegiatan
kokurikulum sukan. Pihak-pihak Jabatan Pendidikan, sekolah, ibubapa, guru dan individu yang
terlibat seharusnya juga harus melibatkan diri dalam mengatasi masalah ini. Dengan adamya
penglibatan yang sepenuhnya daripada pihak terbabit sudah tentu akan dapat menggalakan
penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum sukan khususnya sukan. Akhir kata, semoga
29
dapatan kajian ini akan mengalakkan murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan
juga boleh dijadikan sebagai garis panduan bagi penyelidik-penyelidik lain yang ingin
melakukan kajian lanjutan ke atas faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid dalam
kegiatan kokurikulum sukan di sekolah-sekolah.
4.0 Rujukan
30
Ghazali Darusalam. 2003 . Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia [Pengkhususan
Pengajian Islam] Di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Tesis Ph.D. Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Hamidah Bt Abdul Karim. (1999). Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum
dan sumbangannya ke arah pencapaian akademik : Satu tinjauan di Sekolah Menengah Subang
Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tesis yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia.
Isaac, S., & Micheal, W. B., (1984). Handbook in research and evaluation. San Deigo :
Edits Publishers.
Kamariah bt Mohd Sidik, (1986). Organisasi dan perlaksanaan program kokurikulum di
sebuah sekolah menengah: Beberapa masalah dan rangka penyelesaian. Tesis yang tidak
diterbitkan : Universiti Malaya
Lim Yen Yen. Remaja Mengabaikan Sukan dlm Dewan Siswa, hlm 19, Jun 1991. Mashitah
Ghazali ( 1995)., Kegiatan kokurikulum di sekolah membantu membina daya kepimpinan di
kalangan pelajar menengah atas Kolej Sultan Abdul Hamid. Tesis tidak diterbitkan : Universiti
Utara Malaysia.
5.0 Lampiran
31
Tugasan ECT 312 Aktiviti Penilaian & Pengujian dalam
Bilik Darjah
Tujuan: Mengkaji kebolehan menganalisis Ujian Aneka Pilihan tentang Geografi Eropah
Maklumat penyelidik:
Nama : Sarina Binti MajidNo. Pelajar : Semester :
32
Berikut merupakan soalan berdasarkan Geografi Eropah. Bulatkan jawapan yang dipilih.
1. Nyatakan ibu negara bagi England?
A New York B London
C Afrika D New Zealand
2. Berikut adalah ibu negara bagi negara-negara di Eropah, kecuali?
A Paris B Rom
C Itali D Georgetown
3. Betul atau salah benua Eropah merupakan benua terkecil di dunia?
A Betul B Salah
4. Berikut merupakan ciri-ciri benua Eropah, kecuali?
A Benua terkecil di dunia B Jumlah penduduk ketiga teramai
C Terdapat 50 buah negara c Benua terbesar di dunia
5. Berapakah bilangan populasi penduduk di Eropah?
A Satu perdua populasi dunia B Satu pertiga populasi dunia
C Satu perempat populasi dunia C Satu pertujuh populasi dunia
6. Dari segi keluasan benua Eropah merupakan benua yang mempunyai keluasan yang lebih sedikit berbanding negara berikut:
A Australia B Brazil
C Sepanyol D Belanda
33
7. Benua Eropah terbahagi kepada beberapa bahagian berikut, kecuali?
A Eropah barat B Eropah Timur Laut
C Eropah Tengah D Eropah Utara
8. Bahagian Eropah ini merupakan bahagian yang lebih dikenali kerana aktiviti ekonominya, bahagian yang manakah terlibat?
A Bahagian Utara B Bahagian Barat
C Bahagian Selatan D Bahagian Tengah
9. Terdapat negara dalam benua Eropah yang dikenali sebagai Pusat moden dunia kerana perkembangan fesyen di negara tersebut menjadi contoh kepada negara lain, negara yang manakah yang disebut itu?
A London B Perancis
C Jerman D Australia
10. Di benua Eropah tedapat air terjun yang terbesar, yang manakah berikut?
A The Big B The Amazing
C The Rhinefalls D The Low
11. Perancis merupakan negara Eropah yang terkenal, apakah faktor yang menyebabkan ia nya terkenal?
A Jumlah penduduk yang ramai B Tempat kelahiran ramai artis
C Bidang fesyen yang menyerlah D Cuaca yang sentiasa sejuk
12. Berikut merupakan negara-negara Eropah, kecuali ?
34
A Austalia B Jerman
C Ittali D Arab Saudi
Rujukan sikit
Terima kasih kerana meluangkan masa anda.
35