Post on 25-Dec-2019
BAB 9
FASA PENILAIAN
9.0 Pengenalan
Dalam bab ini, penulis membincangkan fasa terakhir dalam Model ADDIE bagi
pembangunan produk mulitmedia. Perbincangan adalah berkaitan dengan penyediaan soalan,
cara pengambilan data, analisis data dan perbincangan dapatan analisis. Dapatan perbincangan
akan memberikan input yang berguna untuk proses penambahbaikan perisian kursus dan
pengembangan potensinya khususnya dalam bidang bahasa Arab.
9.1 Fasa 5: Penilaian Aplikasi
Seperti lazimnya, penilaian bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada
pengguna. Berdasarkan Model ADDIE, penulis hanya menggunakan penilaian sumatif, iaitu
melalui metod tinjauan pendapat responden untuk mengumpulkan data yang diperlukan.
Tinjauan pendapat responden diambil melalui borang soal selidik yang dihasilkan dalam bentuk
penilaian dalam talian. Set soal selidik tersebut akan dikonfugirasikan dengan perisian pangkalan
data.
Penulis menyediakan dua bahagian soalan, iaitu bahagian persembahan perisian kursus
dan bahagian persembahan kandungan. Penilaian kandungan akan menilai sama ada perisian
kursus yang dibina mampu menepati matlamat dan kemahiran yang dijangkakan, manakala
penilaian perisian kursus akan menilai aspek-aspek reka bentuk perisian kursus dari pelbagai
sudut seperti reka bentuk paparan halaman, warna, interaktiviti dan sebagainya.
9.1.1 Penyediaan Soal Selidik
Penyediaan soal selidik adalah untuk membuat penilaian kepada produk yang dihasilkan.
Kajian rintis terhadap kesahan dan kebolehgunaan soalan telah dijalankan oleh penulis kepada
kelompok responden dalam fasa implementasi. Hasil maklum balas kajian menunjukkan soalan
yang disediakan adalah relevan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden sebenar
berkaitan dengan objektif kelima kajian ini.
Soal selidik ini mengandungi 20 soalan, 10 soalan untuk bahagian pertama yang
berkaitan dengan persembahan perisian kursus dan 10 soalan lagi untuk bahagian kedua yang
berkaitan dengan kandungan kursus. Berikut merupakan soalan-soalan yang disediakan untuk
bahagian pertama:
i. Reka bentuk skrin menarik
ii. Teks jelas dan boleh dibaca
iii. Grafik menarik dan berkesan
iv. Warna yang digunakan berkesan
v. Audio yang digunakan berkesan
vi. Interaktiviti (seperti roll over, klik bebutang) mudah dan memadai
vii. Pautan ke setiap topik dan laman yang dikehendaki mudah
viii. Ikon dan panduan jelas dan mudah difahami
ix. Panduan aplikasi jelas dan mudah difahami
x. Keseluruhan persembahan aplikasi memuaskan anda
Berikut pula merupakan soalan-soalan untuk bahagian kedua:
i. Rangka kandungan jelas
ii. Objektif pembelajaran jelas
iii. Kandungan yang disampaikan menepati sukatan pelajaran
iv. Kandungan disusun dengan teratur dan jelas
v. Penerangan kandungan mencukupi
vi. Contoh kandungan mencukupi
vii. Bahan tambahan/sokongan disediakan (latihan, ujian dan aktiviti)
viii. Keseluruhan kandungan membantu anda lebih memahami pelajaran dalam kelas
ix. Keseluruhan kandungan memudahkan anda mengulang kaji pelajaran
x. Keseluruhan kandungan aplikasi memuaskan anda
Penyediaan soal selidik dalam talian dijalankan semasa fasa pembangunan. Soal selidik
tersebut bukan dalam format Microsoff Word atau format PDF (Adobe Acrobat Professional),
tetapi telah dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan dalam perisian Dreamweaver. Seperti
borang penilaian biasa, soal selidik tersebut telah ditempatkan dalam Sistem My-Arab yang
menjadi satu menu khas seperti dalam Rajah 9.1 di bawah.
Rajah 9.1: Paparan atas borang soal selidik dalam talian
Rajah 9.2: Sambungan paparan borang soal selidik dalam talian
Rajah 9.1 memaparkan objektif soal selidik, biodata responden yang telah dimasukkan
ke dalam Sistem My-Arab, manakala Rajah 9.2 pula memaparkan 20 soalan yang perlu dijawab
oleh responden. Responden hanya perlu mengklik pilihan masing-masing kemudian
menghantarkannya. Pilihan yang telah dihantar akan disimpan dalam bentuk numerik. Data
numerik yang telah disetkan adalah dalam skala berikut:
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Kurang setuju
4 = Setuju
5 = Sangat Setuju
Sistem akan memberi amaran sekiranya ada soalan yang belum dijawab. Oleh itu, responden
perlu menjawab keseluruhan soalan dahulu agar proses penghantaran berjalan dengan lancar.
xi. Prosedur Pengumpulan Data
Kelebihan menjalankan soal selidik secara dalam talian ini ialah data mudah
dikumpulkan dan respon yang diberikan adalah penuh (mesti jawab penuh dahulu, kemudian
barulah boleh dihantar). Kelemahannya ialah sekiranya akses kepada sistem tersebut terputus dan
penghantaran tidak masuk terus ke pangkalan data. Oleh itu, penulis telah memastikan sistem
penghantaran data ke pangkalan data dalam perisian MySQL berjalan dengan sukses.
Bagi kajian ini, penulis telah menjalankan penilaian perisian ini terhadap 90 responden
sepertimana berikut:
i. Pemilihan responden
Responden dipilih daripada pelajar yang telah mengambil bahasa Arab dalam
peperiksaan SPM tahun 2006. Justifikasi pemilihan responden adalah berdasarkan perkara-
perkara berikut:
Kesukaran mencari responden yang menjadi calon mata pelajaran BAK tahun 2007
dalam sesebuah sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Tinjauan penulis
melalui telefon ke Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Pejabat Pendidikan Negeri Selangor gagal mendapatkan maklumat yang
dikehendaki. Maklumat yang diperolehi menunjukkan calon-calon BAK ramai yang
mengambil secara persendirian dan bertaburan di merata sekolah.
Responden yang dipilih merupakan pelajar yang datang daripada pelusuk negara adalah
sesuai yang bertindak mewakili setiap negeri di Malaysia (sila lihat demografi
responden). Mereka dipilih dan dikumpulkan dalam program persediaan untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian di Timur
Tengah sebagai pelajar di Pusat Pelajar Antarabangsa (International Student Centre),
Universiti Teknologi MARA.
Kandungan yang dinilai merupakan subjek nahu bahasa Arab yang agak sukar difahami
dalam jangka waktu yang singkat. Pemilihan responden yang berpengalaman mengambil
subjek bahasa Arab SPM pada tahun 2006 memudahkan penilaian dalam jangka waktu
singkat yang dijalankan di dalam makmal komputer.
Taburan responden mengikut negeri secara ringkasnya dapat dilihat dalam Jadual 9.1.
Jadual 9.1: Demografi responden pelajar bahasa Arab (N = 90)Demografi Bilangan (%)
Jantina LelakiPerempuan
44 (48.9)46 (51.5)
Umur 18 tahun 90 (100)
Sekolah mengikut Negeri
JohorKedahKelantanKuala LumpurMelakaNegeri SembilanPahangPerak SelangorTerengganu
6 (6.7)8 (8.9)14 (15.6)8 (8.9)4 (4.4)2 (2.2)6 (6.7)10 (11.1)18 (20)14 (15.6)
ii. Masa dan tempat pengendalian
Pengendalian penilaian dijalankan di makmal komputer, Pusat Pelajar Antarabangsa
(International Student Centre), Universiti Teknologi MARA. Penilaian mengambil masa selama
2 jam.
iii. Kaedah pengendalian
Panduan diberikan kepada respon yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut:
Konsep pembangunan aplikasi
Responden dijelaskan mengenai pembangunan sistem pengurusan pembelajaran secara
dalam talian dan kandungan subjek nahu dalam BAK.
Panduan pendaftaran
Responden ditunjukkan mengenai cara pendaftaran sebagai ahli dilakukan seperti yang
dapat dilihat dalam Rajah 6.35 dalam kajian ini.
Panduan penggunaan
Panduan untuk menggunakan aplikasi Mursyidi juga diberikan sebagai permulaan kepada
pengguna mengenali menu-menu yang terdapat dalam sistem aplikasi tersebut seperti
yang dapat dilihat dalam Rajah 6.36 dalam kajian ini.
iv. Pengurusan data
Sebelum membuat analisis, data perlu diurus terlebih dahulu agar analisis yang dibuat
lebih mudah dan teratur. Proses pengurusan data dapat dilihat melalui langkah-langkah berikut:
Mengambil data numerik yang terkumpul dalam perisian MySQL melalui perisian
phpMyAdmin.
Data tersebut perlu dieksport ke Microsoft Excel terlebih dahulu.
Daripada Microsoft Excel, pilih dan salin (select and copy) data yang dikehendaki.
Masukkan data (paste) ke dalam perisian SPSS 12.0.1. Platform dalam SPSS perlu
disiapkan dahulu mengikut soalan-soalan yang telah disiapkan.
Melalui perisian SPSS tersebut, data yang dianalisis akan menghasilkan keputusan yang
diperlukan untuk perbincangan.
9.1.2 Analisis Data
Keputusan analisis data hanya berkaitan dengan frekuensi respon terhadap soalan-soalan
yang diberikan. Penulis membincangkan semua soalan yang dianalisis berpandukan bentuk
jadual dan carta bar kerana kedua-duanya lebih mudah untuk difahami.
Bahagian A: Persembahan Perisian
1. Reka bentuk skrin menarik
Berdasarkan Jadual 9.2 dan Rajah 9.3, majoriti responden bersetuju reka bentuk skrin
adalah menarik, iaitu sebanyak 43.3%, diikuti dengan pendapat yang sangat setuju sebanyak
34.4%, dan pendapat yang kurang setuju sebanyak 17.8%. Hanya 4.4% merupakan pendapat
yang tidak setuju dengan soalan.
Jadual 9.2: Penilaian reka bentuk skrin adalah menarik
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Tidak Setuju 4 4.4 4.4 4.4 Kurang Setuju 16 17.8 17.8 22.2 Setuju 39 43.3 43.3 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0
4.4
17.8
43.3
34.4
0
10
20
30
40
50
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.3: Penilaian reka bentuk skrin adalah menarik
2. Teks jelas dan boleh dibaca
Teks yang dimaksudkan ialah teks roman dan teks Arab dalam perisian. Jadual 9.3 dan
Rajah 9.4 menunjukkan responden sangat setuju bahawa teks adalah jelas dan boleh dibaca
dengan peratusan tertinggi sebanyak 45.6%, diikuti dengan yang setuju sebanyak 42.2%. Bagi
responden yang kurang setuju mencatat sebanyak 7.8%, dan responden yang menyatakan tidak
setuju sebanyak 4.4%.
Jadual 9.3: Penilaian teks adalah jelas dan boleh dibaca
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Tidak Setuju 4 4.4 4.4 4.4 Kurang Setuju 7 7.8 7.8 12.2 Setuju 38 42.2 42.2 54.4 Sangat Setuju 41 45.6 45.6 100.0 Total 90 100.0 100.0
4.47.8
42.245.6
0
10
20
30
40
50
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.4: Penilaian teks adalah jelas dan boleh dibaca
3. Grafik menarik dan berkesan
Grafik melibatkan paparan selain teks seperti ikon, bebutang dan simbol. Berdasarkan
jadual 9.4 dan Rajah 9.5 di bawah, majoriti responden bersetuju grafik adalah menarik, iaitu
sebanyak 41.1%, diikuti dengan pendapat yang sangat setuju sebanyak 32.2%, dan pendapat
yang kurang setuju sebanyak 22.2%. Hanya 4.4% merupakan pendapat yang sangat tidak setuju
grafik dalam perisian adalah menarik dan berkesan
Jadual 9.4: Penilaian grafik adalah menarik dan berkesan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Sangat Tidak
Setuju 4 4.4 4.4 4.4
Kurang Setuju 20 22.2 22.2 26.7 Setuju 37 41.1 41.1 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0
4.4
22.2
41.1
32.2
0
10
20
30
40
50
Sangat TidakSetuju
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.5: Penilaian grafik adalah menarik dan berkesan
4. Warna yang digunakan berkesan
Warna berperanan dalam pembangunan multimedia untuk menarik minat pengguna.
Jadual 9.5 dan Rajah 9.6 menunjukkan responden bersetuju bahawa warna yang digunakan
adalah berkesan dengan peratusan tertinggi sebanyak 38.9%, diikuti dengan yang sangat setuju
sebanyak 32.2%, dan masing-masing yang kurang setuju mencatat sebanyak 20%, dan responden
yang tidak setuju sebanyak 8.9%.
Jadual 9.5: Penilaian warna yang digunakan adalah berkesan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Tidak Setuju 8 8.9 8.9 8.9 Kurang Setuju 18 20.0 20.0 28.9 Setuju 35 38.9 38.9 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0
8.9
20.0
38.9
32.2
0
10
20
30
40
50
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.6: Penilaian warna yang digunakan adalah berkesan
5. Audio yang digunakan berkesan
Audio yang digunakan merangkumi kesan bunyi, muzik dan rakaman suara. Majoriti
responden sangat bersetuju bahawa audio yang digunakan adalah berkesan, iaitu sebanyak 43.3%
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.6 dan Rajah 9.7. Peratusan pendapat yang setuju ialah
sebanyak 37.8%, dan pendapat yang kurang setuju sebanyak 14.4%. Hanya 4.4% merupakan
pendapat yang tidak setuju dengan soalan tersebut.
Jadual 9.6: Penilaian audio yang digunakan adalah berkesan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Tidak Setuju 4 4.4 4.4 4.4 Kurang Setuju 13 14.4 14.4 18.9 Setuju 34 37.8 37.8 56.7 Sangat Setuju 39 43.3 43.3 100.0 Total 90 100.0 100.0
4.4
14.4
37.8
43.3
0
10
20
30
40
50
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.7: Penilaian audio yang digunakan adalah berkesan
6. Interaktiviti (seperti roll over, klik bebutang) mudah dan memadai
Perisian menyediakan elemen interaktiviti seperti mouse roll over dan mouse release.
Majoriti responden bersetuju bahawa elemen tersebut adalah mudah dan memadai untuk
digunakan, iaitu sebanyak 50.0% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.7 dan Rajah 9.8.
Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 43.3%, dan pendapat yang kurang setuju
sebanyak 6.7%.
Jadual 9.7: Penilaian interaktiviti adalah mudah dan memadai
Frequency PercentValid
PercentCumulative
Percent
Valid Kurang Setuju 6 6.7 6.7 6.7 Setuju 45 50.0 50.0 56.7 Sangat Setuju 39 43.3 43.3 100.0 Total 90 100.0 100.0
6.7
50.0
43.3
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.8: Penilaian interaktiviti adalah mudah dan memadai
7. Pautan ke setiap topik dan laman yang dikehendaki adalah mudah
Pautan merupakan salah satu teknik dalam hiperteks dan hipermedia. Majoriti responden
bersetuju bahawa pautan ke setiap topik dan laman yang dikehendaki adalah mudah, iaitu
sebanyak 55.6% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.8 dan Rajah 9.9. Peratusan pendapat
yang sangat setuju ialah sebanyak 38.9%, dan pendapat yang kurang setuju hanya sebanyak
5.6%.
Jadual 9.8: Penilaian pautan ke setiap topik yang dikehendaki adalah mudah
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 50 55.6 55.6 61.1
Sangat Setuju 35 38.9 38.9 100.0 Total 90 100.0 100.0
5.6
55.6
38.9
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.9: Penilaian pautan ke setiap topik yang dikehendaki adalah mudah
8. Ikon dan simbol jelas dan mudah difahami
Ikon, bebutang dan simbol merupakan antara elemen yang digunakan untuk memandu
arah dalam perisian. Majoriti responden bersetuju bahawa elemen tersebut adalah jelas dan
mudah difahami, iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.9 dan Rajah 9.10.
Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 34.4%, dan pendapat yang kurang setuju
hanya sebanyak 5.6%.
Jadual 9.9: Penilaian ikon dan simbol adalah jelas dan mudah difahami
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 54 60.0 60.0 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0
Total 90 100.0 100.0
5.6
60.0
34.4
0
10
20
30
40
50
60
70
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.10: Penilaian ikon dan simbol adalah jelas dan mudah difahami
9. Panduan aplikasi jelas dan mudah difahami
Panduan aplikasi disediakan kepada pengguna dalam bentuk ringkas dan mudah.
Berdasarkan Jadual 9.10 dan Rajah 9.11, responden bersetuju bahawa warna yang digunakan
adalah berkesan dengan peratusan tertinggi sebanyak 53.3%, diikuti dengan yang sangat setuju
sebanyak 34.4%, dan responden yang kurang setuju mencatat sebanyak 12.2%.
Jadual 9.10: Penilaian panduan aplikasi jelas dan mudah difahami
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 11 12.2 12.2 12.2 Setuju 48 53.3 53.3 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0
12.2
53.3
34.4
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.11: Penilaian panduan aplikasi jelas dan mudah difahami
10. Keseluruhan persembahan aplikasi memuaskan anda
Soalan ini menyimpulkan penilaian secara keseluruhan mengenai persembahan aplikasi.
Berdasarkan Jadual 9.11 dan Rajah 9.12, responden bersetuju bahawa secara keseluruhannya
persembahan aplikasi memuaskan mereka dengan peratusan tertinggi sebanyak 50%, diikuti
dengan yang sangat setuju sebanyak 34.4%, dan responden yang kurang setuju mencatat
sebanyak 15.6%.
Jadual 9.11: Penilaian keseluruhan persembahan aplikasi adalah memuaskan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 14 15.6 15.6 15.6 Setuju 45 50.0 50.0 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0
15.6
50.0
34.4
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.12: Penilaian keseluruhan persembahan aplikasi adalah memuaskan
Bahagian B: Kandungan Perisian
1. Rangka kandungan jelas
Pembahagian kandungan perisian kursus Mursyidi kepada 10 topik dan setiap topik
kepada empat skop merupakan rangka yang jelas. Oleh itu, berdasarkan Jadual 9.12 dan Rajah
9.13, responden bersetuju bahawa rangka kandungan adalah jelas dengan peratusan tertinggi
sebanyak 48.9%, diikuti dengan yang sangat setuju sebanyak 36.7%, dan responden yang kurang
setuju mencatat sebanyak 14.4%.
Jadual 9.12: Penilaian rangka kandungan adalah jelas
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 13 14.4 14.4 14.4 Setuju 44 48.9 48.9 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0
14.4
48.9
36.7
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.13: Penilaian rangka kandungan adalah jelas
2. Objektif pembelajaran jelas
Dalam menu utama perisian terdapat objektif pembelajaran yang boleh dicapai pengguna
di akhir pembelajaran. Berdasarkan Jadual 9.13 dan Rajah 9.14, responden bersetuju bahawa
objektif pembelajaran adalah jelas dengan peratusan tertinggi sebanyak 53.3%, diikuti dengan
yang sangat setuju sebanyak 36.7%, dan responden yang kurang setuju mencatat sebanyak 10%.
Jadual 9.13: Penilaian objektif pembelajaran adalah jelas
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 9 10.0 10.0 10.0 Setuju 48 53.3 53.3 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0
10.0
53.3
36.7
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.14: Penilaian objektif pembelajaran adalah jelas
3. Kandungan nahu yang disampaikan menepati sukatan pelajaran
Kandungan subjek ialah nahu dalam BAK mengikut sukatan KBSM yang sedia maklum
telah dipelajari oleh responden. Majoriti mereka bersetuju bahawa kandungan perisian yang
disampaikan menepati sukatan pelajaran, iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 9.14 dan Rajah 9.15. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 36.7%. Hanya
3.3% merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut.
Jadual 9.14: Penilaian kandungan nahu menepati sukatan pelajaran
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 3 3.3 3.3 3.3 Setuju 54 60.0 60.0 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0
3.3
60.0
36.7
0
10
20
30
40
50
60
70
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.15: Penilaian kandungan nahu menepati sukatan pelajaran
4. Kandungan disusun dengan teratur dan jelas
Majoriti responden bersetuju bahawa kandungan subjek nahu dalam perisian disusun
dengan teratur dan jelas, iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.15 dan
Rajah 9.16. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 32.2%, dan sebanyak 7.8%
merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut.
Jadual 9.15: Penilaian kandungan disusun dengan teratur dan jelas
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 7 7.8 7.8 7.8 Setuju 54 60.0 60.0 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0
7.8
60.0
32.2
0
10
20
30
40
50
60
70
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.16: Penilaian kandungan disusun dengan teratur dan jelas
5. Penerangan kandungan mencukupi
Penerangan yang dimaksudkan ialah penerangan melalui terjemahan dan audio. Majoriti
responden bersetuju bahawa penerangan kepada kandungan subjek nahu dalam perisian
mencukupi untuk memahami subjek, iaitu sebanyak 46.7% seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 9.16 dan Rajah 9.17. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 32.2%, dan
sebanyak 18.9% merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut. Terdapat 2.2%
responden yang tidak setuju dengan soalan ini.
Jadual 9.16: Penilaian penerangan kandungan mencukupi
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Tidak Setuju 2 2.2 2.2 2.2 Kurang Setuju 17 18.9 18.9 21.1 Setuju 42 46.7 46.7 67.8 Sangat Setuju 29 32.2 32.2 100.0 Total 90 100.0 100.0
2.2
18.9
46.7
32.2
0
10
20
30
40
50
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.17: Penilaian penerangan kandungan mencukupi
6. Contoh kandungan mencukupi
Majoriti responden bersetuju bahawa contoh kepada kandungan subjek nahu dalam
perisian mencukupi untuk memahami subjek, iaitu sebanyak 44.4% seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 9.17 dan Rajah 9.18. Peratusan pendapat yang sangat setuju dan kurang setuju
adalah sama, iaitu sebanyak 27.8%.
Jadual 9.17: Penilaian contoh kandungan mencukupi
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 25 27.8 27.8 27.8 Setuju 40 44.4 44.4 72.2 Sangat Setuju 25 27.8 27.8 100.0 Total 90 100.0 100.0
27.8
44.4
27.8
0
10
20
30
40
50
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.18: Penilaian contoh kandungan mencukupi
7. Bahan tambahan/sokongan disediakan (latihan, ujian dan aktiviti)
Selain daripada subjek utama, perisian turut menyediakan latihan, ujian dan aktiviti.
Majoriti responden bersetuju bahawa terdapat bahan sokongan atau tambahan dalam perisian,
iaitu sebanyak 56.7% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.18 dan Rajah 9.19. Peratusan
pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 36.7%, dan sebanyak 6.7% merupakan pendapat
yang kurang setuju dengan soalan tersebut.
Jadual 9.18: Penilaian terhadap bahan tambahan/sokongan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 6 6.7 6.7 6.7 Setuju 51 56.7 56.7 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0
6.7
56.7
36.7
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.19: Penilaian terhadap bahan tambahan/sokongan
8. Keseluruhan kandungan membantu anda lebih memahami pelajaran dalam kelas
Soalan umum ini menilai penggunaan perisian sebagai faktor pembantu memahami
pelajaran dalam kelas, dan berdasarkan Jadual 9.19 dan Rajah 9.20, majoriti responden yang
bersetuju dengan soalan tersebut ialah sebanyak 57.8%. Peratusan pendapat yang sangat setuju
ialah sebanyak 36.7%, dan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut ialah sebanyak
5.6%.
Jadual 9.19: Keseluruhan kandungan dapat membantu pelajaran dalam kelas
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 52 57.8 57.8 63.3 Sangat Setuju 33 36.7 36.7 100.0 Total 90 100.0 100.0
5.6
57.8
36.7
0
10
20
30
40
50
60
70
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.20: Keseluruhan kandungan dapat membantu pembelajaran dalam kelas
9. Keseluruhan kandungan memudahkan anda mengulang kaji pelajaran
Begitu juga dengan soalan ini, adakah penggunaan perisian memudahkan pengguna
untuk mengulang kaji subjek tersebut? Majoriti responden bersetuju bahawa terdapat bahan
sokongan atau tambahan dalam perisian, iaitu sebanyak 51.1% seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 9.20 dan Rajah 9.21. Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 38.9%, dan
sebanyak 10% merupakan pendapat yang kurang setuju dengan soalan tersebut.
Jadual 9.20: Keseluruhan kandungan dapat memudahkan mengulang kaji pelajaran
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 9 10.0 10.0 10.0 Setuju 46 51.1 51.1 61.1 Sangat Setuju 35 38.9 38.9 100.0 Total 90 100.0 100.0
10.0
51.1
38.9
0
10
20
30
40
50
60
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.21: Keseluruhan kandungan dapat memudahkan mengulang kaji pelajaran
10. Keseluruhan kandungan aplikasi memuaskan anda
Soalan ini menilai kandungan aplikasi Mursyidi keseluruhannya dengan tahap kepuasan
pengguna. Hasilnya, majoriti responden bersetuju bahawa aplikasi tersebut adalah memuaskan,
iaitu sebanyak 60% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.21 dan Rajah 9.22 di bawah.
Peratusan pendapat yang sangat setuju ialah sebanyak 34.4%, dan sebanyak 5.6% merupakan
pendapat yang kurang setuju bahawa kandungan aplikasi tersebut memberikan kepuasan.
Jadual 9.21: Penilaian keseluruhan kandungan aplikasi adalah memuaskan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
PercentValid Kurang Setuju 5 5.6 5.6 5.6 Setuju 54 60.0 60.0 65.6 Sangat Setuju 31 34.4 34.4 100.0 Total 90 100.0 100.0
5.6
60.0
34.4
0
10
20
30
40
50
60
70
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Peratus
Rajah 9.22: Penilaian keseluruhan kandungan aplikasi adalah memuaskan
9.2 Perbincangan Dapatan Analisis
Penulis akan membincangkan dapatan analisis yang telah dihasilkan daripada
pengumpulan data soal selidik. Perbincangan dilakukan berdasarkan kepada objektif penilaian
dijalankan, iaitu mendapatkan respon pengguna mengenai perisian Mursyidi dari sudut
persembahan perisian dan kandungannya. Selepas perbincangan dapatan analisis, penulis
membuat rumusan yang menyentuh hubung kait penilaian ini dijalankan dengan objektif
keseluruhan kajian ini.
7.2.1 Penilaian Persembahan Perisian
Penilaian persembahan tersebut adalah berkaitan dengan penggunaan elemen multimedia
dan interaktiviti dalam perisian. Respon pengguna diperlukan untuk menilai sejauh mana
keberkesanan elemen-elemen tersebut kepada mereka. Adakah ia memberi kepuasan atau
sebaliknya? Perkara ini amat penting dalam pembangunan sebuah aplikasi multimedia untuk
memenuhi keperluan pengguna akhir. Dapatan analisis mendapati perkara-perkara berikut:
1. Penggunaan elemen multimedia menarik dan berkesan
Berdasarkan analisis soalan 1 hingga 5, penggunaan elemen multimedia dalam perisian
menarik dan berkesan merangkumi reka bentuk skrin, teks, grafik, warna dan audio (sila lihat
rajah berkaitan dalam analisis data). Selain daripada video, semua elemen multimedia digunakan
dalam perisian Mursyidi termasuk animasi walaupun hanya sedikit yang digunakan.
Secara purata, respon yang ditunjukkan pengguna mengenai elemen multimedia bahawa
ia adalah menarik dan berkesan dapat dilihat seperti dalam Rajah 9.23. Peratusan tertinggi
menunjukkan responden bersetuju sebanyak 40.7%, diikuti dengan mereka yang sangat bersetuju
sebanyak 37.6% dan pendapat yang kurang setuju ialah sebanyak 16.6%. Bagi pendapat yang
menyatakan tidak bersetuju pula mencatat peratusan rendah, iaitu sebanyak 4.4%, dan hanya
0.9% yang menyatakan sangat tidak setuju dengan perkara ini.
0.9% 4.4%16.4%
40.7%
37.6%
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Rajah 9.23: Purata penilaian elemen multimedia adalah menarik dan berkesan
2. Penggunaan elemen interaktiviti mudah dan memadai
Penilaian mengenai penggunaan elemen interaktiviti adalah berdasarkan analisis soalan 6
dan soalan 7. Interaktiviti melibatkan respon pengguna dengan elemen mouse roll over, mouse
release, keybord events yang menghasilkan aktiviti pautan ke halaman lain, muncul paparan
grafik, audio atau kesan bunyi bermula dan sebagainya.
Secara purata, respon yang ditunjukkan pengguna mengenai elemen interaktiviti bahawa
ia adalah mudah dan memadai dapat dilihat seperti dalam Rajah 9.24. Peratusan tertinggi
menunjukkan responden bersetuju sebanyak 52.8%, diikuti dengan mereka yang sangat bersetuju
sebanyak 41.1% dan pendapat yang kurang setuju ialah sebanyak 6.1%. Tiada responden yang
menyatakan tidak setuju atau sangat tidak setuju mengenai kedua-dua soalan ini.
0.0%
0.0%
6.1%
52.8%
41.1%
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Rajah 9.24: Purata penilaian elemen interaktiviti adalah menarik dan berkesan
Selain daripada dua skop di atas, soal selidik turut menilai penggunaan ikon dan simbol
yang dapat ditunjukkan keputusannya dalam Rajah 9.8. Begitu juga penilaian terhadap panduan
perisian yang dibina dapat dilihat dalam Rajah 9.9. Kedua-dua komponen tersebut berkaitan
dengan kemudahan perisian yang boleh digunakan pengguna dan analisis menunjukkan
persetujuan pengguna bahawa kemudahan tersebut adalah jelas dan mudah difahami.
Soalan terakhir dibina untuk melihat persepsi responden secara keseluruhan mengenai
persembahan perisian. Tinjauan mengenainya penting untuk melihat penerimaan terhadap
produk yang telah dibangunkan. Berdasarkan Rajah 9.10, dapatan soal selidik menunjukkan
majoriti responden berpuas hati dengan persembahan perisian. Oleh yang demikian, penulis
merumuskan keseluruhan persembahan perisian yang melibatkan elemen multimedia dan
interaktiviti berada dalam tahap memuaskan sesuai dengan pembangunan perisian tersebut yang
berada pada tahap sederhana.
7.2.2 Penilaian Kandungan Perisian
Terdapat dua perkara yang dapat dibincangkan dalam penilaian kandungan perisian ini.
Perkara pertama berkaitan dengan soalan 1 hingga soalan 7, iaitu menilai kandungan subjek nahu
dalam BAK yang dipersembahkan dalam perisian. Perkara kedua pula berkaitan dengan soalan 8
hingga soalan 10, iaitu menilai implikasi aplikasi multimedia terhadap proses pembelajaran
nahu.
1. Kandungan nahu dalam perisian adalah jelas dan mencukupi
Kandungan nahu yang dinilai meliputi rangka atau struktur kandungan, objektif, susun
atur, penerangan, contoh-contoh dan bahan-bahan sokongan/tambahan. Dapatan analisis
berkaitan boleh dilihat dalam Rajah 9.11 hingga Rajah 9.17. Majoriti respondan menyatakan
persetujuan bahawa kandungan nahu dalam perisian adalah jelas dan mencukupi sebagai satu
produk multimedia bagi subjek nahu.
2. Keseluruhan kandungan aplikasi membantu proses pembelajaran
Penilaian terhadap keseluruhan kandungan merangkumi implikasinya terhadap proses
pembelajaran yang bertindak sebagai faktor pembantu kepada pembelajaran dalam kelas dan
sebagai satu kemudahan untuk mengulang kaji subjek tersebut. Dapatan analisis berkaitan boleh
dilihat dalam Rajah 9.18 hingga Rajah 9.19. Majoriti respondan menyatakan persetujuan bahawa
keseluruhan kandungan aplikasi membantu proses pembelajaran.
Berdasarkan Rajah 9.20 pula, dapatan soal selidik menunjukkan majoriti responden
berpuas hati dengan keseluruhan kandungan aplikasi. Oleh itu, rumusan yang boleh dibuat oleh
penulis ialah keseluruhan kandungan nahu dalam BAK ini berada dalam tahap memuaskan dan
menepati sasaran dalam proses pembangunan produk multimedia, iaitu memenuhi keperluan
pengguna.
9.3 Penutup
Fasa kelima ini merupakan fasa penilaian produk multimedia yang dihasilkan.
Berdasarkan perbincangan dapatan analisis, produk yang dihasilkan berada pada tahap
memuaskan dan memenuhi kehendak pengguna sasaran. Namun begitu, pada pandangan penulis
dapatan analisis tersebut hanya sebagai kayu pengukur kepada hasil yang sedia ada tetapi tidak
bermakna aplikasi tersebut sebagai satu hasil yang terbaik. Sudah tentu pendapat yang
menyatakan tidak setuju dengan soal selidik yang diajukan menjadi tanda kepada
ketidakpuashatian dengan aplikasi yang dibangunkan.
Oleh itu, penambahbaikan berterusan perlu dijalankan dan diterbitkan semula agar
menjadi satu produk yang lebih berkualiti dan memenuhi keperluan semua pengguna. Dalam bab
berikutnya, penulis menyediakan kesimpulan atau rumusan secara menyeluruh bagi kajian yang
berkaitan dengan bidang bahasa Arab dan bidang teknologi maklumat.