-RPH-Drama
-
Upload
safina-hashim -
Category
Documents
-
view
126 -
download
5
description
Transcript of -RPH-Drama
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran:Bahasa MelayuKelas:Tahun 2 MarsBilangan Murid : 29Masa : 10.15 11.15 pagi (1 jam)Tema:PertanianTajuk: Buah-buahan TempatanStandard Kandungan:4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian .
Standard Pembelajaran :4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian
Objektif :Pada akhir pengajaran, murid dapat:i. Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian.ii. Menamakan buah-buahan tempatan.
EMK: Keusahawanan, TMKENT : Kemahiran Berfikir Menjanakan idea Kecerdasan pelbagai interpersonal, verbal linguistik
Sistem Bahasa: Kosa kata - enak, tempatan, musim Ilmu: Kemahiran MatematikNilai : Bersyukur, kejujuranBBM/ABM: Petikan lagu, lembaran kerja, kad bergambar, LCD, alat PenimbangPengetahuan sedia ada:Murid pernah lihat buah-buahan tempatan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Langkah/masaISI PELAJARANAKTIVITICATATAN
Set Induksi (5 minit)
Buah-buahan - rambutan -cempedak - ciku - manggis - langsat - pulasan
1. Guru berlakon sebagai penjual buah-buahan.
2. Murid tampil untuk membeli buah-buahan yang dibawa oleh guru.
3. Murid diminta menamakan buah-buahan yang ingin dibeli oleh mereka.
Buah-buahan tempatansebenar/tiruan
Nilai : KesyukuranEMK : keusahawananENT: interpersonal
Langkah 1 (10 minit)
Tajuk lagu:
Buah-buahan tempatan
Lirik lagu
Ciku , manggis dan durian,kelapa dan juga rambutan,cempedak dan jambu batu,belimbing, langsat, pulasan.
Mari kawan mari semua,makan buahan tempatan.
Ciku, nangka, pisang,mangga,semua enak dimakan,
mari kawan mari semua,makan buahan tempatan,
1. Murid menonton video lagu tentang buah-buahan tempatan.
2. Murid melihat seni kata lagu yang dipaparkan pada skrin.
3. Murid menyebut seni kata lagu dengan jelas secara kelas
Video lagu buah-buahan tempatan
Petikan lagu
Skrin
LCD
Langkah 2 (15 minit)
Seni kata lagu dan muzik
1. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
2. Murid diminta menyanyi berdasarkan seni kata lagu dengan jelas secara kelas, kumpulan dan individu.
Petikan lagu
Skrin
LCD Ilmu : Muzik Nilai : KesyukuranENT: verbal linguistik
Langkah 3 (15 minit)
Aktiviti jual beli
Aktiviti jual beli melalui persembahan yang berbeza
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menjalankan aktiviti jual beli di samping menyanyikan lirik lagu melalui persembahan yang Berbeza
Nilai : kerjasama, kejujuran, kebersihan.
EMK : kreativiti dan inovasi
Kad gambar
Langkah 4 (10 minit)
Nama buah-buahan
Pentaksiran :Latihan Pengayaan1. Murid diminta klik pada gambar /perkataan yang betul dalam latihan yang dipaparkan pada slaid.
Latihan Pemulihan2. Murid diminta menyatakan jenis buah-buahan yang terdapat dalam seni kata lagu berdasarkan jawapan yang diberi.
3. Murid diminta melengkapkan seni kata lagu Buah-buahan TempatanENTkemahiran berfikir menjana idea
EMK: TMK
Slaid
Latihan
Penutup (5 minit)
1. Murid menyanyikan lagu semula dengan gerakan bebas.
Ilmu: MuzikNilai : kesyukuran
Refleksi: Semua murid-murid dapat menyebut nama buah-buahan tempatan dengan tepat dan jelas.