· Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat...

11
Peperiksaan Percubaan SPM 2011 : Bahasa Melayu Kertas 2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan penganjuran rumah terbuka dan masalah-masalah yang timbul. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Konsep Rumah Terbuka Malaysia mempunyai signifikan yang begitu unik kerana tradisi seperti ini hanya wujud di negara kita. Penganjuran rumah terbuka ini berasaskan satu matlamat, iaitu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Rumah terbuka menekankan amalan kunjung-mengunjungi yang menyerlahkan kebebasan beragama di negara ini. Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan akan terus menganjurkan sambutan perayaan berbilang kaum di Malaysia supaya seluruh rakyat dapat meraikan perayaan tersebut bersama-sama. Menurut beliau lagi, perkara tersebut menjadi lambang toleransi dan mengukuhkan persefahaman dalam kalangan rakyat. Konsep “ kongsi raya ” atau apa-apa istilah yang diumumkan oleh kerajaan hanya tertumpu pada pertemuan sosial untuk mengeratkan perpaduan kaum dan bukan menjurus kepada aktiviti keagamaan. Sementara itu, kehadiran masyarakat berbilang kaum ke majlis rumah terbuka mencerminkan ukhuwah dan ikatan persahabatan yang kukuh di sesebuah negara yang sejahtera dan harmoni. Sebenarnya perbezaan kaum telah membentuk pelbagai budaya dan menjadi aset penting kepada negara ini khusunya dalam usaha menarik kedatangan pelancong asing. Amalan rumah terbuka seperti ini juga diharapkan agar dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan keharmonian dan mempertahankan sikap saling mempercayai demi kesejahteraan negara pada masa akan datang. Walaupun banyak kaum dan etnik di Malaysia, namun atas berkat kejujuran yang telah sekian lama disemaikan dalam jiwa kita, maka rakyat dapat menyesuaikan diri dengan adat resam yang berbeza-beza ini. Terdapat pihak yang beranggapan bahawa Rumah Terbuka Malaysia merupakan pembaziran. Tanggapan ini kurang berasas kerana usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini meskipun menelan belanja yang besar tetapi

Transcript of  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat...

Page 1:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 : Bahasa Melayu Kertas 2

Soalan 1 : Rumusan[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan penganjuran rumah terbuka dan masalah-masalah yang timbul. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Konsep Rumah Terbuka Malaysia mempunyai signifikan yang begitu unik kerana tradisi seperti ini hanya wujud di negara kita. Penganjuran rumah terbuka ini berasaskan satu matlamat, iaitu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Rumah terbuka menekankan amalan kunjung-mengunjungi yang menyerlahkan kebebasan beragama di negara ini.

Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan akan terus menganjurkan sambutan perayaan berbilang kaum di Malaysia supaya seluruh rakyat dapat meraikan perayaan tersebut bersama-sama. Menurut beliau lagi, perkara tersebut menjadi lambang toleransi dan mengukuhkan persefahaman dalam kalangan rakyat. Konsep “ kongsi raya ” atau apa-apa istilah yang diumumkan oleh kerajaan hanya tertumpu pada pertemuan sosial untuk mengeratkan perpaduan kaum dan bukan menjurus kepada aktiviti keagamaan.

Sementara itu, kehadiran masyarakat berbilang kaum ke majlis rumah terbuka mencerminkan ukhuwah dan ikatan persahabatan yang kukuh di sesebuah negara yang sejahtera dan harmoni. Sebenarnya perbezaan kaum telah membentuk pelbagai budaya dan menjadi aset penting kepada negara ini khusunya dalam usaha menarik kedatangan pelancong asing. Amalan rumah terbuka seperti ini juga diharapkan agar dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan keharmonian dan mempertahankan sikap saling mempercayai demi kesejahteraan negara pada masa akan datang. Walaupun banyak kaum dan etnik di Malaysia, namun atas berkat kejujuran yang telah sekian lama disemaikan dalam jiwa kita, maka rakyat dapat menyesuaikan diri dengan adat resam yang berbeza-beza ini.

Terdapat pihak yang beranggapan bahawa Rumah Terbuka Malaysia merupakan pembaziran. Tanggapan ini kurang berasas kerana usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini meskipun menelan belanja yang besar tetapi kesannya amat berbaloi. Selain memberikan sumbangan untuk mempercepat kewujudan suatu kebudayaan kebangsaan kepada negara, program ini juga menjadi modus operandi bagi mempromosikan sektor pelancongan negara kerana rumah terbuka peringkat kebangsaan telah dijadikan acara tahunan untuk menarik minat pelancong asing bertandang ke negara kita. Tambahan pula, pelaksanaan perayaan utama tersebut disiarkan oleh stesen-stesen televisyen negara asing di seluruh dunia, terutama yang melibatkan kehadiran pemimpin mereka sebagai tetamu kehormat program ini.

Secara tuntas, tradisi rumah terbuka wajar diteruskan bagi membuktikan bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang muhibah kepada dunia . Kita wajar meraikan perayaan nasional bersama-sama supaya kita akan lebih mesra antara satu sama lain, selain mendorong setiap kaum untuk bersatu mempertahankan imej negara apabila ada pihak yang ingin merosakkannya sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Rumah Terbuka Malaysia Mengeratkan Persefahaman antara Kaum’, oleh Hj. Samat Buang, Dewan Masyarakat, Disember 2009 )

Page 2:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

Soalan 2 : Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ‘ mencerminkan ukhuwah ’. [2 markah]

(ii) Bagaimanakah penganjuran rumah terbuka oleh kerajaan dapat mempromosikan sektor pelancongan? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita?

[4 markah]

Page 3:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

Soalan 2(b) - Petikan DramaBaca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dicadangkan oleh Shahrul setelah melihat emaknya yang asyik menanti kepulangan ayah ? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Shahrul mahu pulang cepat ke kota?[3 markah]

(iii) Huraikan satu konflik yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu konflik lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

SH SHAHRUL : Sani. Sani…SANI keluar dari dapur menjengah.

SH SHAHRUL : Huh, mari kejap….! ( SANI datang kepadanya ). Uhhhh…, beginilah! Abang terpaksa balik petang, err malam ini. Esok abang sudah mula kerja, Sani.

SA SANI : Abang, buat apa abang cakap dengan Sani? Abang alang beritahu emaklah.

SHAHRUL : (Resah) Itulah yang menjadi masalahnya. Usahkan aku hendak cakap fasal balik, cakap pun dia tidak mahu. Hanya berzikir, berdoa, sebut nama bapa dan sebut Tuhan. Macam mana aku hendak beritahu dia?SANI : Abang alang beritahu Sani, Sani hendak buat apa? Sama juga macam abang tak cakap dengan emak.SHAHRUL : Tetapi, sekurang-kurangnya emak masih mahu bercakap dengan engkau.SANI : Emak cuma cakap yang perlu saja, abang. Pukul berapa? Sudah masuk waktu atau belum? Hari ini hari apa? Ada bapa engkau balik? Itu saja.SHAHRUL : Yang aku pelik, ini sudah hari ketiga bapa hilang. Sudah puas penyelamat survey muka laut, cari ke pulau-pulau berdekatan tetapi masih tak jumpa mayat bapa. Kau suruh emak terima saja hakikat ini. Buat sembahyang ghaib, buat kenduri arwah. Habis cerita. Bukankah senang? SANI : (Senyum sinis) Abang alang... maafkan Sani. Abang tak patut luahkan ini pada Sani. Pertama, abang alang lebih dewasa daripada Sani. Kedua, abang alang belum ada apa-apa tanggungjawab. Apa salahnya, kalau abang tinggal lama sedikit dengan emak? Tunggu sampai kita tahu keputusannya (melafazkan dengan tenang).

(Dipetik daripada drama “Tiang Cengal Dinding Sayung” oleh Suriani Mohd. Yusof dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka )

Page 4:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

Soalan 2(c) - Petikan Prosa KlasikBaca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Siapa namanya?”“Itulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si

Helang Mawai. Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selama ini. Sekarang marilah ayahanda lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas pemberian bajak laut.”

Tuanku Nakhoda Tua merasa takjub melihatkan demikian banyaknya wang dinar emas di dalam geliung itu. “Panggilkan Awang Sulung ke mari!” perintah baginda kepada jurubatu sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan.

Awang Sulung enggan menghadap, kerana katanya beliau anak sakai yang tidak layak datang menghadap.

Mendengar jawapan itu Tuanku Nakhoda Tua bertanya kepada puterinya, “Wahai anakanda, nampaknya Awang Sulung telah berkecil hati kepada ayahanda, sedangkan dulu ayahanda tidak tahu tentang kelebihannya! Pergilah anakanda memanggilnya pula.”

“Anakanda tidak mahu, ayahanda. Adakah patut enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan? Pergilah ayahanda memanggilnya sendiri.”

Mahu tidak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan seraya bertitah, “Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana ayahanda ini sudah tua: penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupannya anakandalah yang telah memelihara geliung ini seisi-isinya!”

“Ampun Tuanku, titah Tuanku itu adalah benar, tetapi patik adalah menumpang teduh di dalam geliung ini saja, patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi.”

Tuanku Nakhoda Tua memimpin tangan Awang Sulung lalu dibawanya ke depan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, puterinya. “Anakanda Dayang, siapakah sebenarnya yang telah memeliharakan geliung ini daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan bajak-bajak laut tempoh hari?”

“Dialah ayahanda, orang yang kita cari selama ini sejak kita meninggalkan Semarang, Tanah Jawa. Dialah yang bernama Awang Sulung Merah Muda.”

Kemudian Tuanku Nakhoda Tua segera menitahkan Mualim Cik Mas membacakan khutbah nikah kerana mengahwinkan Awang Sulung Merah Muda dengan puterinya. Jurumudi yang telah melarikan diri terus memegang kemudi dengan hati yang marah bercampur malu.

(Dipetik daripada “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selama ini dalam petikan ini? [2 markah]

(ii) Nyatakan reaksi-reaksi Tuanku Nakhoda Tua apabila mengetahui identiti sebenar Awang Sulung Merah Muda. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan seseorang yang suka merendah diri? Berikan tiga pendapat anda. [3 markah]

Page 5:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.(i) kupon(ii) kudrat(iii) kunyah(iv) kuping(v) kusut(vi) kudis [6 markah]

(b) Tukarkan ayat-ayat songsang di bawah kepada ayat susunan biasa.(i) Dari jauh sudah kelihatan Bangunan Tunku Syed Putra.(ii) Apabila aku menjerit, jeritanku terpantul semula.(iii) Di kiri dan di kananku terdapat pelbagai jenis tumbuhan.(iv) Sungguh indah pemandangan di taman bunga ini.(v) Pada kali ini, pemburu-pemburu itu sampai pula di kawasan hutan.(vi) Kedengaran di sini siulan pelbagai jenis burung. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar perlu dianalisa sebelum laporan perincian dibuat.

(ii) Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberi dedahan awal tentang alam persekolahan.

(iii) Anak-anak perlulah diberi didikan agama bagi mengelakkan mereka daripada berpengaruh oleh gangsterisme. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Walaupun pelbagai cabaran terpaksa bapa saya hadapi, namun semuanya tidak memisahkan semangatnya untuk terus berjuang.

(ii) Penurunan kapal terbang-kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dipantau oleh pegawai di menara kawalan. (iii) Kerajaan akan mewajibkan mereka yang ingin memeluk agama Islam mengkhabarkannya secara terbuka bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

[6 markah]

Page 6:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara hendaklah pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang, bak kata pepatah _________________.(ii) Selepas tamat pegajian, anak-anak muda hendaklah pulang ke tanah air untuk memberikan sumbangan kepada negara agar tidak bersikap _________________.(iii) Khairul dinasihati supaya berdamai dengan kawannya kerana pertengkaran tidak menguntungkan mana-mana pihak, bak kata pepatah __________________.

[6 markah]

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir (ii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (iii) Kabus di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah(iv) Interlok karya Abdullah Hussain(v) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah(vi) PAPA…( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof

(vii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (viii) Renyah karya Gunawan Mahmood

(a) Klimaks amat penting dalam sesebuah cerita. Berikan definisi klimaks dan satu kepentingan klimaks dalam plot cerita, kemudian nyatakan bahagian klimaks bagi sebuah novel yang telah anda kaji. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar tempat bagi setiap novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 7:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 : Bahasa Melayu Kertas 1

Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat carta di bawah dengan teliti, kemudian huraikan pendapat anda tentang tujuan-tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Program Satu Murid Satu Sukan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

TUJUAN-TUJUAN MELANCARKAN PROGRAM SATU MURID SATU SUKAN

membentukjati diri dan

disiplin pelajar

meningkatkankecergasan

jasmani

memupukperpaduan

antara kaum

Page 8:  · Web viewBerdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata ...

Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah anda telah mengadakan Hari Kerjaya untuk para pelajar Tingkatan Lima. Perihalkan perasaan dan pengalaman anda pada Hari Kerjaya tersebut.

2 Faktor tekanan merupakan salah satu punca utama kepada banyak jenis penyakit yang dihidapi oleh masyarakat. Anda ingin menulis satu rencana untuk mengemukakan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita. Tulis rencana itu selengkapnya.

3 Sektor pelancongan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara kita. Jelaskan faktor-faktor penggalak yang menarik pelancong luar negara berkunjung ke negara

kita.

4 Masalah kekurangan makanan merupakan satu isu global yang semakin membimbangkan warga dunia. Huraikan usaha-usaha yang perlu digiatkan oleh negara-negara di dunia untuk menangani masalah kekurangan makanan tersebut.

5 Anda diminta untuk menulis satu ulasan drama untuk dimuatkan ke dalam buletin yang diterbitkan oleh Kelab Bahasa dan Budaya.Tulis ulasan drama tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT