1. 3108

3
1.0 Permainan Kemahiran Menulis 1.1 Nama Permainan : AYUH TERBANG BERSAMA SAYA! 1.2 Rasional: 1.2.1 Murid tidak dapat membuat perkaitan dengan baik di antara koordinasi mata dan tangan 1.2.2 Murid mempunyai kesukaran dalam menulis perkataan mengikut turuan langkah yang betul serta sukar menulis bentuk tulisan yang betul 1.3 Objektif Di akhir aktiviti ini, kanak-kanak dapat : 1.3.1 Melakukan koordinasi mata dan tangan dengan baik. 1.3.2 Menulis perkataan dengan langkah yang betul berdasarkan rangsangan yang diberikan. 1.4 Langkah-langkah Penggunaan 1.4.1 Pengenalan Aktiviti permainan ‘Ayuh Terbang Bersama Saya’ ini direka bagi membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran khususnya murid pemulihan yang bermasalah dari segi koordinasi mata dan tangan serta kesukaran dalam menulis dengan langkah yang betul. Aktiviti permainan ini juga sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam melakukan pergerakan motor halus dan kasar serta melakukan koordinasi yang betul.Ianya juga menjadi satu persediaan

description

fsgsd

Transcript of 1. 3108

1.0Permainan Kemahiran Menulis

1.1 Nama Permainan : AYUH TERBANG BERSAMA SAYA!

1.2Rasional:1.2.1 Murid tidak dapat membuat perkaitan dengan baik di antara koordinasi mata dan tangan1.2.2 Murid mempunyai kesukaran dalam menulis perkataan mengikut turuan langkah yang betul serta sukar menulis bentuk tulisan yang betul

1.3ObjektifDi akhir aktiviti ini, kanak-kanak dapat :1.3.1 Melakukan koordinasi mata dan tangan dengan baik.1.3.2 Menulis perkataan dengan langkah yang betul berdasarkan rangsangan yang diberikan.

1.4Langkah-langkah Penggunaan

1.4.1 Pengenalan Aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya ini direka bagi membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran khususnya murid pemulihan yang bermasalah dari segi koordinasi mata dan tangan serta kesukaran dalam menulis dengan langkah yang betul. Aktiviti permainan ini juga sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam melakukan pergerakan motor halus dan kasar serta melakukan koordinasi yang betul.Ianya juga menjadi satu persediaan bagi murid sebelum mereka belajar menulis perkataan dengan betul. Penggunaan set bahan bantu belajar yang berkonsepkan papan kawalan kapal terbang ini juga sebenarnya meningkatkan daya pengamatan penglihatan murid itu sendiri kerana mereka perlu fokus dengan turutan arahan yang diberikan. Selepas murid berjaya melaksanakan arahan yang dinyatakan tersebut, murid akan beranjak kepada aktiviti tambahan iaitu menulis perkataan mengikut contoh yang diberikan.

1.4.2 Langkah pelaksanaan

1. Guru akan menyediakan satu kotak berbentuk papan kawalan kapal terbang dan papan manila kad yang akan digunakan oleh murid.2. Murid dikehendaki untuk mendengar terlebih dahulu arahan permainan yang diberi oleh guru.3. Berpandukan arahan yang dilekatkan pada papan kawalan papan terbang tersebut, murid akan melaksanakan misi pertama iaitu bermain-main dengan tombol yang terdapat pada papan kawalan kapal terbang tersebut.4. Murid perlu melaksanakan kesemua arahan yang dilekatkan itu mengikut turutannya.5. Selepas berjaya melaksanakan misi pertama, murid dikehendaki untuk melaksanakan misi kedua iaitu menulis contoh perkataan yang telah diberikan.6. Murid dikehendaki menggerak-gerakkan terlebih dahulu tombol yang disediakan bagi mendapatkan langkah yang betul dalam menulis perkataan.7. Kemudian, murid dikehendaki untuk menulis perkataan tersebut di atas papan manila kad yang disediakan oleh guru.8. Setelah selesai menulis perkataan tersebut, murid dikehendaki untuk mengeja dan menyebut perkataan tersebut dengan kuat dan lancar.9. Sekiranya murid melakukan kesilapan, guru akan membetulkan kesilapan tersebut.