10 Esei Bahasa Melayu

5
I KARANGAN 1 Pemberian susu ibu sangat penting kepada tumbesaran bayi semakin tidak popular dalam kalangan kaum ibu. Hal ini berlaku demikian kerana semakin banyak kaum ibu yang bekerja di luar di samping adanya tanggapan negatif dalam kalangan mereka terhadap pemberian susu ibu. Binangkan kelebihan susu ibu dan sarankan langkah! langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan kaum ibu menyusui anak!anak mereka. Susu ibu merupakan makanan utama bagi bayi yang baru dilahirkan. Berbanding susu formula, susu ibu banyak mempunyai kelebihan dan kebaikannya, sama ada kepa mahupun kepada ibu itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan pemberian susu ibu se tidak popular dalam kalangan ibu atas beberapa alasan yang tidak dapat diterima hal yang demikian, kita perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mereka. Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi pada tahap awal tumbesaran mere ini dikatakan demikian kerana susu ibu mengandungi kolostrum, iaitu sejenis baha kaya dengan protein dan asid amino. Pemberian susu ibu yang berkolostrum ini men tumbesaran bayi sepenuhnya. patah lagi susu ibu serasi sebagai makanan mudah dihadamkan dan tidak menimbulkan kesan sampingan. Hal ini berbe!a dengan s formula yang banyak menimbulkan masalah kepada bayi, seperti meyebabkan bayi sem "irit birit, alergi, dan sebagainya. #egasnya, tiada makanan yang lebih sesuai d menggantikan susu ibu. $omposisi bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu juga dapat meningkatkan tahan penyakit dalam kalangan bayi. Hal ini berlaku demikian kerana tidak sepert formula, susu ibu kaya dengan bahan antibodi dan antijangkitan yang dapat mening daya tahan penyakit. $ewujudannyamembolehkan bayi terhindar daripada dijangkiti selsema, batuk, ruam badan, "irit-birit, dan sebagainya. Selain itu, susu ibu se bersih, dan tidak mudah dijangkiti oleh kuman. Hal ini berbe!a dengan susu form mudah dijangkiti oleh bakteria dan mesti dibuang selepas tempoh masa pendek. #eg kesihatan anak lebih terjamin dengan pemberian susu ibu. Pemberian susu ibu juga banyak mendatangkan kebaikan kepada para ibu. ntar kelebihannya ialah pemberian susu ibu dapat menjarakkan kehamilan dan dengan itu

description

contoh karangan bidang kemanusiaan

Transcript of 10 Esei Bahasa Melayu

I

KARANGAN 1Pemberian susu ibu sangat penting kepada tumbesaran bayi semakin tidak popular dalam kalangan kaum ibu. Hal ini berlaku demikian kerana semakin banyak kaum ibu yang bekerja di luar di samping adanya tanggapan negatif dalam kalangan mereka terhadap pemberian susu ibu. Bincangkan kelebihan susu ibu dan sarankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menggalakkan kaum ibu menyusui anak-anak mereka. Susu ibu merupakan makanan utama bagi bayi yang baru dilahirkan. Berbanding dengan susu formula, susu ibu banyak mempunyai kelebihan dan kebaikannya, sama ada kepada bayi mahupun kepada ibu itu sendiri. Walau bagaimanapun, amalan pemberian susu ibu semakin tidak popular dalam kalangan ibu atas beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyedarkan mereka. Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi pada tahap awal tumbesaran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana susu ibu mengandungi kolostrum, iaitu sejenis bahan yang kaya dengan protein dan asid amino. Pemberian susu ibu yang berkolostrum ini menjamin tumbesaran bayi sepenuhnya. Apatah lagi susu ibu serasi sebagai makanan bayi kerana mudah dihadamkan dan tidak menimbulkan kesan sampingan. Hal ini berbeza dengan susu formula yang banyak menimbulkan masalah kepada bayi, seperti meyebabkan bayi sembelit, cirit birit, alergi, dan sebagainya. Tegasnya, tiada makanan yang lebih sesuai dan dapat menggantikan susu ibu. Komposisi bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu juga dapat meningkatkan daya tahan penyakit dalam kalangan bayi. Hal ini berlaku demikian kerana tidak seperti susu formula, susu ibu kaya dengan bahan antibodi dan antijangkitan yang dapat meningkatkan daya tahan penyakit. Kewujudannya membolehkan bayi terhindar daripada dijangkiti selsema, batuk, ruam badan, cirit-birit, dan sebagainya. Selain itu, susu ibu sentiasa segar, bersih, dan tidak mudah dijangkiti oleh kuman. Hal ini berbeza dengan susu formula yang mudah dijangkiti oleh bakteria dan mesti dibuang selepas tempoh masa pendek. Tegasnya, kesihatan anak lebih terjamin dengan pemberian susu ibu. Pemberian susu ibu juga banyak mendatangkan kebaikan kepada para ibu. Antara kelebihannya ialah pemberian susu ibu dapat menjarakkan kehamilan dan dengan itu merupakan satu kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Hal ini bermakna bahawa para ibu tidak perlu bergantung pada ubat-ubatan atau kaedah lain yang mungkin mendatangkan kesan sampingan. Malah, pemberian susu ibu dapat mengecutkan rahim ibu dan mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin. Amalan ini juga dapat mengembalikan bentuk badan selepas kelahiran. Hal ini berlaku demikian kerana pemberian susu ibu akan menggunakan lemak yang terpendap ketika hamil. Selain itu, amalan ini juga dapat menghindarkan para ibu daripada menghidapi barah payu dara. Walau bagaimanapun, amalan pemberian susu ibu semakin tidak popular dalam kalangan ibu. Keadaan ini perlu diperbetul dengan memberikan kesedaran kepada mereka. Dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan dan semua pihak yang terlibat dalam bidang perubatan perlu memberikan kesedaran kepada para ibu dan juga bapa akan kebaikan susu ibu. Mereka perlu disedarkan tentang hal ini setiap kali menjalani pemeriksaan doktor sehinggalah selepas melahirkan bayi. Malah pihak Kementerian Kesihatan sendiri perlu menjalankan kempen kesedaran yang berterusan sama ada melalui penerangan di tempat awam, forum, ceramah, seminar, pameran, ataupun melalui siaran di media-media massa. Selain itu kerajaan perlu mengawal promosi produk susu formula. Dalam hal ini, kerajaan perlu melarang ejen-ejen penjual susu berformula daripada mempromosikan produk yang dipasarkan mereka di hospital-hospital kerajaan dan swasta. Mereka juga perlu ditegah daripada memberikan sampel susu berformula secara percuma kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Selain itu kerajaan hendaklah melarang pameran produk susu formula bayi dipersidangan atau forum. Di pihak Kementerian Kesihatan sendiri, semua kakitangan perubatan dan perkhidmatan perubatan mestilah dilarang daripada menerima sebarang bentuk derma atau tajaan daripada pengusaha dan pengedar susu formula. Melalui cara ini kaum ibu tidak mudah terpengaruh oleh susu berformula. Sesuatu yang berupa tiruan dan dicipta manusia sememangnya tidak dapat menandingi faedah dan kebaikan susu ciptaan Allah. Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu memastikan bayi yang baru dilahirkan itu perlu diberi makanan asli dan bukannya makanan tiruan. Dalam konteks susu, susu ibulah yang terbaik dan asli manakala susu formula banyak mempunyai kesan sampingan, khususnya dalam tumbesaran bayi. Para ibu bapa perlu sedar akan hal ini dan tidak membiarkan diri mereka dibelenggu oleh kekeliruan dan pelbagai tanggapan negatif tentang menyusui bayi dengan susu ibu.

KARANGAN 2Kini, bilangan ibu tunggal dalam masyarakat kita semakin meningkat. Ada yang menjadi ibu tunggal disebabkan mereka kematian suami dan tidak kurang pula yang disebabkan bercerai dengan suami mereka. Huraikan masalah hidup yang dihadapi oleh para ibu tunggal dan bantuan yang perlu diberikan kepada mereka. Dalam masyarakat kita pada hari ini, bilangan ibu tunggal, iaitu ibu-ibu yang tidak bersuami lagi tetapi terpaksa memelihara anak-anak mereka, semakin bertambah. Ada dua sebab utama yang menjadikan mereka itu ibu tunggal, iaitu disebabkan kematian suami ataupun perceraian. Sebagai ibu tunggal, golongan ini akan berdepan dengan pelbagai masalah dan oleh itu golongan ini perlu diberi bantuan. Masalah utama yang paling biasa didepani oleh ibu tunggal ialah masalah kewangan. Masalah ini paling teruk menimpa golongan ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap serta yang berpendapatan rendah. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, mereka pula terpaksa menyara anak-anak yang sesetengahnya masih bayi dan kanak-kanak malah tidak kurang pula yang telah pun berada dalam alam persekolahan yang menuntut belanja yang bukan sedikit. Desakan hidup seperti ini kadang-kadang menyebabkan mereka bertindak nekad dengan menyerahkan anak-anak mereka kepada orang lain ataupun memberhentikan persekolahan anak-anak mereka. Malah, ada yang berhutang kepada kenalan, jiran, dan saudara-mara. Sesetengahnya pula mengambil jalan singkat dengan menjadi pelacur, penjenayah, dan sebagainya semata-mata untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya serta untuk membayar balik pinjaman mereka. Selain itu, golongan ibu tunggal juga berdepan dengan masalah membesarkan anak-anak. Dalam hal ini, oleh sebab berpendapatan rendah, mereka biasanya akan melakukan pelbagai kerja sampingan bagi menambah pendapatan. Kesibukan seperti ini menyebabkan tugas mendidik anak-anak terabai. Keadaan seperti ini, jika berlaku berterusan, akan merenggangkan kemesraan yang sepatutnya hidup subur antara anak dengan ibu. Kerenggangan ini bakal mewujudkan kesepian dan kekosongan dalam hidup anak-anak. Sebagai akibatnya, anak-anak akan melahirkan protes, khususnya melalui tindakan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan negative seperti menghisap rokok, menagih dadah , melepak dan sebagainya. Masalah lain yang dihadapi oleh ibu tunggal ialah pandangan seorang masyarakat. Dalam masyarakat yang masih konservatif, isteri yang kematian suami dianggap sial. Isteri yang bercerai dengan suami pula digolongkan sebagai wanita yang rendah akhlak dan mereka sering dipersalahkan walaupun kesalahan tersebut sebenarnya berpunca daripada bekas suami mereka. Malah, ada yang menggolongkan mereka sebagai perempuan murahan. Apabila tuduhan ini diyakini masyarakat, mereka menjadi sasaran godaan orang-orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap diri mereka. Semua bentuk pandangan ini menimbulkan rasa sakit hati dan menambah tekanan jiwa mereka. Stigma ini menjejaskan martabat ibu tunggal. Keadaan yang sebegitu rupa tidak harus dibiarkan berterusan supaya negara tidak kehilangan orang-orang yang berpotensi dan produktif dalam pembangunan Negara. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini. Antara yang dilakukan termasuklah pengenalan dasar perlindungan ibu tunggal. Dasar ini sangat penting untuk mencerahkan hidup golongan ibu tunggal. Dalam merealisasikan dasar ini, kerajaan telah mengecualikan ibu tunggal yang miskin daripada dikenakan cukai pendapatan melalui bajet 2004. Seterusnya suatu undang-undang yang mewajibkan bekas suami memberikan nafkah kepada ibu tunggal juga dilaksanakan. Dengan ini, masalah kewangan ibu tunggal dapat diatasi. Selain itu, pihak majikan disarankan memberikan kelonggaran masa bekerja kepada ibu tunggal ataupun menawari mereka masa kerja anjal. Hal ini terjadi demikian kerana ibu-ibu tunggal perlu menjaga anak-anak mereka terutamanya ketika anak-anak mereka jatuh sakit. Mereka juga diberikan keutamaan untuk memiliki rumah kos rendah dengan diskaun harga 20%. Selain itu, Persatuan Ibu Tunggal telah ditubuhkan dan persatuan ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Antara yang dilakukan oleh persatuan ini termasuklah menawarkan kemudahan tempat berteduh untuk golongan ibu tunggal yang tidak mempunyai tempat tinggal. Di sini, mereka dapat berbincang dan meluahkan apa-apa masalah yang dihadapi mereka. Mereka juga diberi bimbingan dan kaunseling supaya tekanan jiwa mereka mereka dapat diringankan. Sokongan moral dan material juga diberikan agar mereka tidak menjadi insan yang mudah putus asa sebaliknya berani menjalani kehidupan baharu. Di samping itu, terdapat juga peguam yang berkhidmat secara sukarela bagi memperjuangkan hak golongan ibu tunggal. Banyak yang telah dilakukan oleh peguam-peguam sukarela ini, antaranya termasuklah memberikan khidmat percuma dalam kes-kes untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak. Malah, mereka juga turut memberikan khidmat percuma dalam kes-kes tuntutan nafkah hidup daripada bekas suami serta harta-harta yang ditinggalkan oleh suami-suami yang telah meninggal dunia. Sesetengah ibu tunggal memang bernasib malang kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah setelah bercerai atau selepas kematian suami. Sebagai manusia, mereka mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk meneruskan kehidupan barsama-sama dengan keluarga mereka. Oleh sebab setiap warganegara berpontensi untuk membangunkan negara, kita tidak harus membiarkan mereka tergolong sebagai warga yang tidak produktif. Oleh itu, golongan ini perlu kita bantu supaya beban mereka menjadi ringan.