101535018-Tajuk-9-Motivasi.pdf
-
Upload
muhammad-arif -
Category
Documents
-
view
10 -
download
0
Transcript of 101535018-Tajuk-9-Motivasi.pdf
MOTIVASI
Oleh
AZMI BIN ABDUL HAMID JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
MOTIVASI
Merupakan rangsangan yang membangkit dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya.
Mengikut Woolfolk(1990), motivasi merujuk kepada satu kuasa dalaman yang membangkit, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia.
CIRI-CIRI MOTIVASI
Diwujudkan akibat keperluan fisiologi atau psikologi.
Bukan diwarisi dan tidak wujud secara semula jadi.
Merupakan sesuatu insentif untuk mencapai sesuatu matlamat yang ditentukan.
Aras motivasi adalah berkadar terus mengikut kadar keinginan. Semakin kuat keinginan mencapai sesuatu matlamat akan menjadikan semakin tinggi motivasinya.
JENIS-JENIS MOTIVASI
Intrinsik
Diwujudkan secara semula jadi daripada ransangan dalaman.
Bruner (1966) mengaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan dalam murid yang baru masuk ke sekolah.
Dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan.
JENIS-JENIS MOTIVASI
Ekstrinsik
Diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
Perlu digunakan oleh guru untuk meningkatkan kualiti hasil kerja murid dan bukan sebagai satu insentif untuk murid menghabiskan kerja mereka.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
MOTIVASI
a) Motivasi dengan minat
Berpusat kepada sesuatu perkara, menghasilkan
kepuasan banyak kali, seseorang akan
meneruskan aktiviti tersebut secara berulang-
ulang.
Minat menggerakkan arah aktiviti lebih tertumpu
dan objek ditumpukan adalah lebih nyata
Contoh : pelajar suka melukis kerana mendapat
kepuasan dan terus menerus melukis hingga
mengabaikan mata pelajaran lain.
b) Motivasi dengan naluri dan inkuiri
Naluri ingin tahu yang diwarisi secara semula jadi (exploration).
Ditimbulkan daripada rangsangan di dalam persekitaran. Contoh, kanak-kanak berusaha mendekati perkara baru untuk memperoleh maklumat tentang perkara itu.Tingkah laku seperti mencuba, menjelajah, mencipta, dan mereka bentuk.
…Sambungan
…Sambungan
c) Motivasi dengan desakan dan keperluan
Desakan ialah tindakan akibat satu-satu
keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi.
Keperluan ialah keinginan memenuhi
kekurangan seseorang individu dari aspek
fisiologi dan psikologi.
Keperluan
Rangsangan
Motivasi Tingkah laku
Rajah1: Perkaitan motivasi dengan keperluan, rangsangan dan tingkah laku manusia
…Sambungan
d) Motivasi dengan sikap, harapan dan aspirasi
Sikap dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan
tindakan.
Harapan merujuk kepada ramalannya yang
subjektif, iaitu sama ada berlaku atau tidak.
Tahap aspirasi merujuk kepada penilaian yang
subjektif, iaitu setakat mana objektif pencapaiannya
ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang dilakukan.
TEORI PEMBELAJARAN BERKAITAN
MOTIVASI DAN IMPLIKASINYA
a. Pendekatan Behavioris dengan motivasi
Pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku.
Hukum-Hukum Thorndike
Thorndike(1911) membentuk hukumnya iaitu
hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum
kesan.
Ganjaran menggalakkan manusia dan haiwan
melakukan sesuatu gerak balas, manakala denda
akan menghalang manusia dari melakukannya.
Teori Pelaziman Operan Skinner
Hasil kajian skinner ke atas tikus, burung merpati dan manusia pada tahun 1953. Rumusannya ialah:
1. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman
2. Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar.
3. Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini
4. Dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.
…Sambungan
…Sambungan
2) Pendekatan Humanis dengan motivasi
Motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi
manusia mencapai kejayaan yang cemerlang
Abraham Maslow merupakan tokoh mazhab
Humanis yang mengaitkan motivasi dalam Teori
Keperluan beliau iaitu Teori Keperluan Maslow.
…Sambungan
Teori beliau merangkumi 3 konsep asas iaitu:
1. Motivasi sebenarnya ialah motivasi intrinsik iaitu
satu kuasa dalaman yang berada dalam
perkembangan fisiologikal dan psikologikal
manusia.
2. Teori Keperluan pula mengaitkan motivasi dengan
hierarki keperluan.
3. Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin
rendah, ciri persamaannya semakin besar,
fleksibilitinya semakin kecil, dan perbezaan antara
individu pula semakin kecil.
KESAN MOTIVASI KEPADA MURID
Kebimbangan – rasa bimbang ketika menghadapi cabaran sekolah. Peningkatan kebimbangan akan mengurangkan pencapaian.
Perubahan sikap – negatif kepada positif.
Rasa ingin tahu – guru perlu masukkan elemen rasa ingin tahu dalam pelajaran.
Tumpuan kawalan – pengaruhi tingkah laku seseorang
Ketidakberdayaan yang dipelajari – guru perlu bantu murid menilai kegagalan.
IMPLIKASI KONSEP KEPERLUAN
DALAM AMALAN BILIK DARJAH
Untuk mencapai objektif pelajaran, guru harus mempertimbangkan langkah-langkah yang disarankan seperti berikut:
1. Pastikan keperluan asas pelajar dipenuhi.
2. Jadikan suasana bilik darjah kondusif dengan menjalankan aktiviti pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.
3. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.
4. Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti P&P.
5. Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam aktiviti P&P.
6. Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar.
7. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan.
…Sambungan
STRATEGI P&P UNTUK
MEWUJUDKAN MOTIVASI
1. Menggunakan set induksi yang menarik
2. Menggunakan pengalaman murid untuk
mengaitkannya dengan pelajaran baru.
3. Membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan
soalan yang mencabar.
4. Mewujudkan semangat bersaing dalam aktiviti
permainan dan pertandingan.
5. Gunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan
mengekalkan motivasi murid dalam pembelajaran
yang selanjutnya.
abih la tajuk motivasi ni…
PERBEZAAN INDIVIDU
Perbezaan Individu
Mengikut Kamus Psikologi (Dictionary of Psychology
1973), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi
atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulan
Perbezaan Individu
1. Variasi atau ketidaksamaan kognitif emosi fizikal moral tingkah laku sosial bakat
2. Setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri
Aspek-aspek Perbezaan Individu
1. Aspek Fizikal : Setiap individu berbeza dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta
kemahiran jasmaninya 2. Aspek Kognitif : Setiap individu berbeza dari segi
keupayaan berfikir 3. Aspek Emosi : Setiap individu menunjukkan emosi yang
berbeza dalam situasi yang sama. 4. Aspek Tingkah laku : Perbezaan tingkah laku individu
dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.
5. Aspek Sosial : Setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza
di antara satu sama lain, termasuk
individu-individu dari satu keluarga.
6. Aspek Rohani : Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza
dengan individu yang lain.
Perbezaan Individu
Perbezaan antara murid dalam sesebuah kelas
Berisiko atau bermasalah dari aspek intelek atau emosi dan
sosial.
Mempunyai pelbagai kebolehan khasnya darjah kecerdasan (IQ)
ataupun potensi yang berbeza.
Dari pelbagai budaya dan pelbagai kaum dan agama.
Datang dari pelbagai kelas sosial, sama ada kelas sosial atas,
tengah ataupun kelas bawah.
Mengalami proses sosialisasi yang berbeza , khasnya interaksi di
rumah dan dengan rakan sebaya.
Berbeza dari lokasi bandar dan luar bandar.
Perbezaan Individu
Implikasi Perbezaan Individu
1. Guru
• Harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran
mengikut kebolehan murid.
• Perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai
seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan
sebagainya.
• terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti
pengajaran.
• menyediakan program pemulihan dengan segera supaya
masalah pembelajaran tidak akan membebankan guru.
• memberi perhatian dan bimbingan yang lebih kepada murid-
murid
Perbezaan Individu
2. Murid
• Kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang
memahami tentang pelajaran yang abstrak • Mereka tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru
kerana kebolehan belajar mereka yang rendah
• Tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang
ditentukan • Tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan
cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin • Mudah terganggu dan mudah putus asa