134127274 Teknik Terjemahan Global

download 134127274 Teknik Terjemahan Global

of 5

description

Teknik Terjemahan Global

Transcript of 134127274 Teknik Terjemahan Global

Teknik Terjemahan GlobalTeknik terjemahan global digunakan dalam tugasan ini. Teknik terjemahan global juga dikenali sebagai teknik terjemahan tiruan atau saduran (Dry den, 1680). Terjemahan dilakukan secara menyeluruh dengan menggantikan unsur-unsur bahasa sasaran yang sepadan. Melalui teknik ini, kata-kata diterjemahkan dengan menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran demi kepentingan semangat teks asal. Penterjemah perlu menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsur-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran.Kekuatan dan Kelemahan Teknik Terjemahan GlobalTeknik terjemahan global mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Lima kekuatan dan empat kelemahan dapat dikenal pasti apabila menterjemahkan teks dengan menggunakan teknik terjemahan global.Kekuatan Teknik Terjemahan Global:Kekuatan pertama Teknik Terjemahan Global ialah pemeliharaan makna yang disampaikan oleh pengarang. Hal ini disokong oleh Tyler (1790) yang mengatakan bahawa fungsi perkataan yang tidak penting perlu dikurangkan dan penambahan perkataan perlu dilakukan demi menjelaskan kekaburan makna sebagai prinsip penterjemahan. Justeru, Terjemahan Global membuatkan terjemahan menjadi seolah-olah asli dan tidak terikut-ikut dengan nahu bahasa Inggeris. Pembaca dapat merasakan bahawa teks tersebut adalah asli kerana tulisan terjemahannya yang bersahaja.Kekuatan kedua Teknik Terjemahan Global adalah dapat melambangkan keindahan bahasa penterjemah melalui gaya bahasa yang digunakan dalam menterjemah. Hal ini demikian kerana Terjemahan Global merupakan jenis terjemahan tiruan ataupun saduran yang mengubah perkataan dan bentuk karya demi memelihara makna asal. (Cowley:1656). Hal ini bermaksud bahawa Terjemahan Global berpegang pada konsep persamaan, bukannya keserupaan. Konsep kesamaan mementingkan kesan terhadap pembaca dan mengandungi nilai kebudayaan. Justeru, Terjemahan Global dapat mencipta kesan teks dan menimbulkan semangat terhadap pembaca. Hal ini sejajar dengan pandangan Etienne Dolet (1540) yang menyatakan bahawa penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan sebaliknya penterjemah perlu mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang betul melalui pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya.Kekuatan ketiga ialah peluasan perbendaharaan kata. Penterjemah perlu mengenal pasti maksud perkataan atau kata padanan yang sesuai dengan bahasa sasaran. Dalam proses pemadanan ini, makna yang dibawa oleh padanan bahasa sasaran harus sama dengan makna dalam bahasa sumber. Banyak perkataan yang disangka serupa sebenarnya mempunyai makna yang berbeza antara bahasa asal dengan bahasa penerima. Contohnya perkataan over dalam petikan yang dikaji boleh membawa banyak makna dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah atas, seluruh, ke arah dan baki. Justeru penterjemah perlu memilih perkataan yang sesuai dengan petikan mengikut situasi yang betul kerana perkataan bahasa Inggeris mempunyai makna yang banyak dalam bahasa Melayu.Kekuatan keempat ialah keluwesan Teknik Terjemahan Global bersesuaian dengan pemikiran mahasiswa. Teknik Terjemahan Global digunakan untuk golongan penterjemah di peringkat atasan terutamanya pelajar institusi pengajian tinggi. Hal ini demikian kerana penterjemahan jenis ini dianggap yang paling tinggi tahap pemikirannya. Oleh yang demikian teknik ini dapat membantu para penterjemah supaya arif dengan bahasa sasaran atau bahasa sumber yang terdapat pada teks tersebut. Malahan terjemahan saduran atau menyeluruh ini dapat mencapah pemikiran dan menambahkan daya kreativiti penterjemah.Seterusnya kekuatan Teknik Terjemahan Global ialah pewujudan budaya membaca. Budaya membaca jelasnya dapat menggalakkan penterjemah memahami maksud bagi setiap perkataan sukar yang terdapat dalam teks apabila sesuatu perkataan itu digunakan pada konteks yang berbeza. Oleh yang demikian penterjemah perlu rajin membaca serta merujuk pakar-pakar bahasa dan kamus semantik yang berbeza demi memelihara makna dan semangat teks yang diterjemahkan. Proses penganalisisan makna perkataan-perkataan yang sukar secara tidak langsung dapat memberikan penterjemah kesempatan untuk memahami maksud perkataan lain yang berkaitan dengan perkataan tersebut.Kelemahan Teknik Terjemahan Global:Teknik Terjemahan Global juga mempunyai beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti. Pertama ialah penterjemah perlu pakar dalam menggunakan istilah teknikal dan kompleks bahasa asing. Hal ini bermakna bahawa penterjemah perlu menguasai bahasa penulis dan bahasa penterjemah. Contohnya terjemahan singkatan istilah asing Short Message System (SMS) perlu diterjemahkan sebagai Sistem Mesej Singkat (SMS) dalam bahasa Melayu, bukannya Sistem Pesanan Pendek (SPP). Begitu juga dengan istilah quality of life(QoL) yang terdapat dalam rencana yang diterjemahkan tidak diubah singkatannya melainkan hanya menterjemahkan frasa yang sesuai iaitu kualiti kehidupan individu.Kelemahan kedua ialah teknik terjemahan global ini tidak sesuai digunakan untuk golongan penterjemah di peringkat awal terutamanya pelajar sekolah rendah. Hal ini demikian kerana penterjemahan jenis ini dianggap yang paling tinggi tahap pemikirannya dengan bahasa sumber. Oleh yang demikian pelajar sekolah rendah tidak mampu untuk mencapai tahap terjemahan ini kerana mereka masih belum fasih dan kurang arif dengan bahasa sasaran atau bahasa sumber yang terdapat pada teks tersebut. Justeru penterjemah memerlukan taraf pendidikan yang tinggi untuk menggunakan teknik terjemahan ini.Kelemahan ketiga ialah teknik terjemahan global dapat mengelirukan penterjemah atau pembaca itu sendiri. Hal ini demikian kerana beberapa perkataan yang ditafsirkan mempunyai maksud yang berbeza-beza bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Apabila ayat diterjemahkan secara global, penterjemah berkemungkinan akan memilih maksud perkataan dalam bahasa sasaran yang kurang tepat dan hal ini menyebabkan pembaca akan tersalah tafsir terhadap makna teks tersebut. Contohnya perkataanlifedalam petikan terjemahan membawa maksud hidupan, hayat atau nyawa. Justeru penterjemah perlu memikirkan semantik yang bersesuaian dengan perkataan lifedalam konteks ayat tersebut.Kelemahan lain yang dapat dilihat melalui teknik terjemahan global ialah keperluan masa terjemahan yang lama. Hal ini demikian kerana penterjemah perlu memahami konteks ayat sebelum mengalih bahasa konteks tersebut kepada makna terjemahan. Oleh yang demikian pembaziran masa berlaku secara tidak langsung lebih-lebih lagi apabila penterjemah bukannya daripada kalangan pakar bahasa. Dalam Teknik Terjemahan Global, penterjemah perlu mahir dalam loghat bahasa dan menguasai minda jantina yang berbeza kerana penulis yang berbeza jantina akan menulis pendapat dengan perkataan yang berbeza. Justeru Terjemahan Global memerlukan pelbagai ilmu lain seperti psikologi dan linguistik.RumusanSecara keseluruhannya, Teknik Terjemahan Global sesuai digunakan untuk menterjemah teks. Namun demikian peringkat pendidikan yang tinggi sahaja mampu menggunakan teknik ini kerana perkataan-perkataan diterjemahkan dalam konteksnya. Penterjemah perlu menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan dalam bahasa penerima agar teks tersebut kelihatan lebih tulen dan lebih asli. Hal ini bertepatan dengan pendapat salah seorang tokoh terjemahan iaitu Alexander Fraser Tytler. Menurut beliau, tambahan kata boleh dibuat dalam teks untuk menjelaskan hal tersebut. Pengurangan perkataan juga perlu dilakukan jika perkataan-perkataan tersebut tidak mencacatkan makna asal. Penterjemah perlu membuat keputusan sendiri dalam memilih makna yang paling sesuai dengan konteks pemikiran penulisnya.