14006405 Komunikasi Berkesan Edit

118
1.0 Pengenalan Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang mana diperhatikan semakin moju dan serba moden, komunikasi adalah satu alat yang penting terutama di dalam sesebuah organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak dalamandan juga luaran. Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah orgamisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu, kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah orhganisasi itu tidak mempunyaiu komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu, setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting terutamannya dalam aspek komunikasi .

description

komunikasi

Transcript of 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Page 1: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

1.0 Pengenalan

Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang mana diperhatikan semakin moju dan

serba moden, komunikasi adalah satu alat yang penting terutama di dalam sesebuah

organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak dalamandan juga luaran.

Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah

organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah

orgamisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya.

Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu,

kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada

kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut

gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah

orhganisasi itu tidak mempunyaiu komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh

itu, setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting

terutamannya dalam aspek komunikasi .

1.1 Definisi komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication.’ yang

bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh Jaafar

Mohammad (1996), di dalam bukunya “Kelakuan Organisasi”. Komunikasi juga satu

proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Maksud ini adalah

perpindahan menerusi medium misalnya pennggilan telefon, memorandum, atau

perbincangan.

Page 2: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Komunikasi adalah satu proses yang tiada permulaan dan pengakhiran. Ianya berjalan

terus-menerus tanpa berhenti. Sesuatu komunikasi itu memberikan makna. Oleh itu,

komunikasi ialah satu proses di mana sesuatu idea, nilai, dan sikap dipindahkan serta

dikongsi oleh individu dengan individu yang lain.

Apabila kita berkomunikasi kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita

cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang

yang terlibat dalam proses komunikasi itu. Pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dan

lafazkan kepada orang lain dengan mencari kesamaan ini.

Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat

dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang

diharapkan” atau “penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada

seseorang yang lain melalui cara yang berkesan”

1.2 Bagaimana Manusia Berkomunikasi

Kesemua usaha dalam mewujudkan komunikasi adalah bergantung kepada penggunaan

simbol-simbol.Seseorang yang ingin berkomunikasi dengan orang lain perlulah

menghasilkan simbol-simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak.Simbol-simbol boleh

didefinasikan sebagai satu lambang yang mengandungi maklumat yang digunakan

sebagai gantian kepada benda,idea atau proses(Ramli Mohamed,1984).Terdapat tiga

jenis simbol asas yang digunakan,gerakgeri(komunikasi bukan lisan), suara atau tulisan

dan tulisan atau lukisan.

Page 3: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

2.0 Komunikasi Dalam Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan komunikasi yang

bermakna.Tujuan komunikasi dalam pendidikan adalah untuk mewujudkan suatu

hubungan(interaksi) yang sempurna supaya terdapat perkongsian idea,nilai,sikap antara

individu.Setiap individu dapat saling memahami idea yang disampaikan.Bagi

mewujudkan perkongsian yang berkesan ini murid perlu diberi ruang yang secukup untuk

berkomunikasi. Murid boleh berkomunikasi melalui percakapan,mendengar,melihat

menulis,membaca,melukis dan gerak badan(body contex).Untuk itu dalam pendidikan

punca-punca yang menjadi saluran komunikasi kepada murid diberi perhatian.Guru perlu

memberi perhatian yang serius kepada saluran komunikasi murid ini.

Sutton,C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan

pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid.Beliau

menyatakan ianya berlaku melalui percakapan(Talking for meaning),menulis(Writing for

meaning),mendengar(Active listening) dan pembacaan(reading for meaning).Hubungan

ini ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

Page 4: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Petikan Sutton,C

(a). Percakapan

Bagi menghasilkan perbicaraan yang bermakna kaedah perbincangan yang

bersistematik perlu dilaksanakan.Soalan-soalan daripada guru kepada murid perlu

a.Bercakap/Talking

d.Menulis/Writting

Pemahaman/

Comprehension

b.Pembacaan/Reading

c.Mendengar/Listening

Page 5: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

diperbanyakkan.Murid juga diberi ruang yang secukupnya untuk mengutarakan

pandangan dan pendapat supaya konsep,idea tentang sesuatu subjek dapat difahami oleh

murid. Ini bermakna komunikasi berlaku dengan maksima.

(b). Pembacaan

Setiap murid akan mendapat makna hasil komunikasi mereka melalui

pembacaan.Pembacaan yang baik adalah apabila murid melakukan siasatan dengan aktif

tentang apa yang dibaca.Mereka akan mendapat maklumat,idea dan konsep hasil dari

proses pembacaan.Melalui pembacaan murid melihat gambar,ayat dan simbol.Ini

digunakan untuk memahami apa yang dipelajari.

(c). Mendengar

Untuk menghasilkan maklumat,murid perlu mendengar dengan baik.Mendengar

adalah proses ‘persoalan mental(mental questioning) di mana apa yang didengar hasil

dari komunikasi ini menyebabkan mereka akan cuba menghubungkan dengan

pengalaman mereka seharian

(d). Penulisan

Penulisan merupakan satu alat bagi murid untuk berkomunikasi.Apa yang

dilahirkan dari pemikiran mereka akan dapat dilihat oleh guru.Guru perlu menyediakan

Page 6: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

tugasan yang boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid supaya murid dapat

menzahirkan pandangan mereka melalui penulisan.

2.11 Apakah alat yang digunakan untuk komunikasi dalam bilik darjah?

Fokus utama alat komunikasi yang digunakan dalam bilik darjah dibahagikan kepada

empat .

(a). Bahasa

Bahasa merupakan alat yang sangat penting untuk berkomunikasi.Melalui bahasa

murid akan mudah untuk berkomunikasi melalui penyampaian idea secara

berperingkat.Bahasa dibahagikan kepada bahasa formal(rasmi) dan bahasa tak

formal.Komunikasi yang berkesan sepatutnya mengambil kira kedua-dua bentuk bahasa

ini.Guru perlu mengaitkan bahasa tak formal murid dengan bahasa formal(yang

digunakan di sekolah) di samping membetulkan salah guna bahasa yang kadang-kadang

memberikan konotasi yang berlainan bagi sesetengah istilah yang digunakan

(Hanselman,C.A.1997)

(b). Bahan manipulatif

Bahan manipulatif boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu idea yang

abstrak.Hasil komunikasi murid dengan bahan ,mereka akan ada idea tentang sesuatu

Page 7: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

konsep.Bila murid menggunakan kotak mereka akan memahami bentuk,ciri dan

seterusnya akan memudahkan guru mengaitkan dengan sesuatu konsep yang akan diajar

didalam kelas seperti sifat kubus.

(c). Gambar

Gambar adalah bentuk separuh konkrit di mana murid hanya melihat apa yang

digambarkan dan mengaitkan dengan sesuatu perkara.Penggunaan gambar amat berkesan

dalam pendidikan.Alat audio-visual boleh digunakan untuk membantu murid dalam

proses pembelajaran.Hasil komunikasi murid dengar gambar ini memudahkan sesuatu

idea disampaikan.

(d). Simbol

Simbol adalah alat komunikasi yang abstrak.Murid akan dapat memahami sesuatu

simbol sekiranya mereka pernah melalui atau pernah diperkenalkan dengan sesuatu

idea.Dalam pembelajaran, simbol merupakan peringkat yang terakhir diperkenalkan

kepada murid.Kebolehan menghasil dan mentafsirkan simbol-simbol adalah penting

dalam mewujudkan komunikasi tetapi perlulah diingat bahawa simbol-simbol yang

digunakan hendaklah menimbulkan makna yang hampir sama di kalangan murid yang

berkomunikasi.Kedua-dua pihak yang berhubungan(guru-murid dan murid-murid)

hendaklah mempunyai tafsiran yang sama ke atas simbol-simbol yang digunakan dalam

proses komunikasi di bilik darjah.

Page 8: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

2.2 Peringkat-Peringkat Proses Pemahaman Simbol

Pada dasarnya terdapat lima peringkat dalam proses pemahaman simbol.

2.21 Penerimaan

Simbol-simbol yang dihantar dalam sesuatu komunikasi akan diterima dengan

cara mendengar,melihat dan sebagainya atau penanggapan simbol dengan menggunakan

pancaindera..Sekiranya pancaindera tidak berupaya ,maka komunikasi tidak dapat

bermula.

2.22 Perbandingan

Apabila sesuatu simbol diterima, perbandingan akan dibuat terhadap simbol-

simbol yang diketahui,yang pernah dipelajari atau dialami sebelumnya.Apabila sesuatu

simbol itu asing maka kemungkinan untuk menolaknya akan berlaku kerana ianya tidak

dapat ‘dipecahkan’. Sekiranya simbol yang diterima yang tidak pernah dialami itu dalam

konteks dan struktur yang diketahui,kemungkinan untuk membandingkannya dalam

konteks yang diketahui itu ada dan penganalisaan akan dibuat pada peringkat berikutnya.

Page 9: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

2.23 Pengakuan

Apabila ternyata ada kesamaan antara simbol yang baru diterima dengan simbol-

simbol yang pernah dialami,maka proses membuat pengakuan ke atas

penerimaannya.Iaitu proses menerima simbol dan penafsiran simbol ini boleh dilakukan.

2.24 Pentafsiran

Apa yang diterima ,dibandingkan dan diperakui ,seterusnya akan

ditafsirkan.Tafsiran dibuat berdasarkan kaitan simbol dengan pengalaman.Sekiranya

simbol-simbol itu pernah dialami sepertimana yang dilambangkan oleh simbol itu,maka

pentafsiran akan dilakukan dengan mudah dan pantas.Sekiranya simbol itu datang dalam

konteks dan struktur yang boleh ditafsirkan maka proses penafsiran akan berlaku.

2.25 Pemahaman.

Jika sekiranya ada kaitan yang baik antara simbol-simbol dan pengalaman maka

akan timbullah makna dan pemahaman.Apabila timbul makna dalam diri penerima maka

berjayalah proses komunikasi yang dijalankan.Terdapat dua makna,denotatif dan

konotatif(Mansor 1984).Denotatif ialah” makna am” atau” makna kamus” manakala

konotatif merupakan “makna dalaman” atau “makna peribadi”.Boleh dikatakan semua

perkataan mempunyai makna denotatif dan konotatif.Sesetengah perkataan oleh kerana

penggunaannya telah membawa makna konotatif yang jauh bezanya dari makna

konotatifnya.Contohnya, perkataan’ barang’ telah digunakan untuk maksud ‘dadah’.Oleh

Page 10: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

itu keperluan memilih simbol dan perkataan dalam sesuatu komunikasi untuk

menimbulkan makna adalah penting.

2.3 Komunikasi Dalam organisai sekolah

Hoy dan Miskel (1978) telah membuat satu analisis komunikasi dalam organisasi

dan telah mengemukakan beberapa kesimpulan tentang teori komunikasi:

1. Komunikasi mempunyai tujuan.

2. Makna komunikasi adalah di dalam diri individu dan tidak semestinya di

dalam mesej yang ditujukan.

3. Maklum balas adalah penting untuk kefahaman.

4. Saluran komunikasi formal dan tidak formal adalah saling melengkapi.

5. Maklumat yang disalurkan secara lisan dan bukan lisan hendaklah selaras

supaya kefahaman yang berkesan mungkin diperolehi.

3.0 KONSEP

3.1 Menurut Schran & Robert (1971), komunikasi boleh disifatkan sebagai sesuatu

yang dilakukan. Apabila seseorang individu itu mempelajari komunikasi, ini

menunjukkan bahawa seseorang itu mempelajari tentang manusia dan bagaimana

mereka berhubung di antara satu sama lain.

Page 11: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

3.2 Emry(1973), pula mendefinisikan komunikasi sebagai satu seni menyalurkan

maklumat, idea-idea dan sikap-sikap seseorang kepada orang lain.

3.3 Menurut Lamberton and Minor(1995), di dalam bukunya “Human Relations

Strategies Sucess”, mentakan komunikasi sebagai satu proses perpindahan

maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada

individu/sekumpulan individu yang lain.

3.4 Mengikut Johnson(1977), komunikasi adalah satu proses untuk menyatupadukan

individu yang berada di dalam kelompok atau kumpulan.

3.5 Menurut Jane Whitney Gibson(1986), mendefisikan komunikasi di dalam

organisasi ialag pemindahan maklumat dan pengetahuan di antara organisasi ahli

bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan organisasi.

2.6 Menurut Mohd. Mansur Abdullah, (1998), mengatakan komunikasi organisaai

ialah satu proses mengumpul maklumat tepat oleh ahli –ahli tentang organisasi

dan perubahan yang terjadsi dalam organisasi itu sendiri.

2.7 Menurut Hoy dan Miskel (1991) dalam National Policy Board for Educatinal

Administration’s (NPBEA) Principles for our Changing schools(1993, 16-4):

Kesimpulannya, komunikasi mendasari semua keadaan dalam orhganisasi dan

pentadbiran dan ia penting bagi membuat keputusan dan kepimpinan yang

efektif… Komunikasi menjadi kunci utama bagi peluang menyelesaikan

percanggahan, ,mematahkan khabar angina, memberi penenteraman dan yang

Page 12: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

penting adalah memberi makna pada tugas dalam pendidikan uyang kompleks

tetapi menarik (Natinal Leadership Network, 1991).

4.0 Tujuan komunikasi

Setiap hari kita berkomunikasi adalah untuk tujuan tertentu. Antaranya adalah:

Untuk Memberitahu

- Maklumat yang hendak disampaikan mestilah tumpukan kandungan yang bernas

dan logik, soal dasar disiplin.

Contohnya,

“Sila hantar Laporan Prestasi kepada Pejabat Pentadbiran sebelum 20 Januari, 2009”

Untuk Menghibur/Mententeramkan Khalayak/Organisasi

- Biasanya, komunikasi dengan tujuan ini dijalankan sebelum jamuan, keramaian,

ada unsur light & easy

Contohnya,

- “Hadirin dijemput menikmati hidangan yang disediakan”

- “Keadaan banjir masih terkawal, proses pemindahan barangan di sekolah akan

dilaksanakan sekiranya perlu”.

Untuk Mencapai Hasrat (Perundingan)

- Salah satu sebab berkonukasi ialah mendapat persetujuan terhadap sesuatu sama

ada bersetuju/tidak bersetuju/puas hati dan sebagainya.

Page 13: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

- Semasa akhir mesyaurat, pengetua berkata kepada semua yang haadir “Kita

memang berpuas hati dengan kata sepakat yang dipersetujui oleh semua

kakitangan sekolah.”

Untuk Mempengaruhi

- Mempengaruhi juga merupakan salah satu tujuan berkomunikasi iaitu dengan

tujuan untuk mengubah sikap, ambil tindakan seperti menyakinkan kelebihan,

akibat, untuk merangsang, kempen, dan lain-lain.

- Contoh,

“Menurut kajian, secara puratanya rakyat Malaysia membaca tidak sampai satu

muka surat setiap tahun”. ”Mulakan tabiat membaca”

5.0 Kepentingan Komunikasi

Sekiranya komunikasi anda berkesan, maka kita dapatlah memperoleh status dalam

kerjaya, diberi pengiktirafan/respect, senang mengurus orang lain, menyebar

ilmu.

5.1 Memperoleh status dalam kerjaya,

Contohnya, jikalau seseorang itu boleh berkomunikasi dengan berkesan

maka adalah sangat membantu dalam pengurusannya dengan guru lain.

Secara tidak langsung , dia akan mendapat status dalam kerjayanya. Ini

Adalah penting bagi seseorang pengetua.

Page 14: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

5.2 Diberi pengiktirafan/respect

Contohnya, seseorang kaunselor mestilah mempunyai teknik

berkomunikasi yang baik agar boleh dihormati oleh yang lain terutamanya

murid-murid yang bermasalah agar mereka berani untuk berjumpa dengan

guru tersebut dan bersama-sama menyelasaikan masalah.

Contohnya,

Guru disiplin yang berkomunikasi dengan berkesan adalah mereka yang

memberikan arahan dengan tepat dengan bahasa yangg tepat dan betul.

Guru displin jenis inilah akan dihormati dan disanjungi.

Contoh,

Pengetua sekolah yang berkomunikasi berkesan dapat dihormat oleh

semua warga sekolah mahupun komuniti. Dia mesti seorang yan peramah,

pendengar yang baik dan menyampaikan maklumat dengan baik serta

cuba membantu menyelesaikan masalah.

5.3 Senang mengurus orang lain,

Jika seseorang pengetua dapat berkomunikasi dengan baik maka dia akan

senang berurusan dengan warga sekolah yang lain terutamanya kerani –

kerani dan giru-guru serta ibubapa. Ini amat penting untuk kelancaran

program atau aktiviti sekolah.

Page 15: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

5.4 Menyebar ilmu.

Seseoarng yang ingin menyebar maklumat mestilah mempunyai teknik

komunikasi yang berkesan suapaya mesej yang disampaikan mesti diterima oleh

penerima dengan tepat. Kementerian ingin menyebar maklumat berkaitan sukatan

baru matapelajaran Sivik maka kursus-kursus diadakan supaya ilmu baru itu dapat

disampaikan kepada guru-guru yang akan mengajar subjek tersebut.

6.0 Actor dan perlakuan komunikasi

Dlam proses komunikasi ini, terdapat lima elemen yang penting iatu, pengirim, mesej

yang dipindah, penngunaan mesium yang menghantar mesej, penerima mesej dan

pentafsiran yang dibuat ke ats mesej yang diberikan oleh pengirim.

Dalam permindahan maksud daripada pengirim kepada penerima, terdapat terdapat tiga

fungsi yang perlu ada iaitu pertama sekalii mesej yang ada mestilah dienkod dan

diubahkan ke satu bentuk yang l;ebih mudahdifahami oleh penerima. Kedua ianya

mestilah dipindahkan melalui medium dan saluran yang sesuai. Ketiga pula adalah ianya

mestilah didekohkan atau ditafsirkan dengan baik dan betul secara terus kepada individu.

PENGIRIM

Seseorang yang mempunyai maklumat, keinginan dan tujuan bagi

menyampaikannya kepada orang lain

PENGKODAN (ENCODES)

Page 16: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Pengirim menukar maklumat menjadi satu siri simbol (perkataan, tulisan,

isyarat, gerak badan)

MESEJ

Kandungan maklumat (tersurat/tersirat) yang ingin disampaikan dan yang

diterima

SALURAN

Kaedah penghantaran yang digunakan seperti memo, surat, telefon,

bersemuka, mesyuarat

PENERIMA

Orang yang ditujukan simbol oleh pengirim dan menerima simbol

berkenaan

PENTERJEMAH KOD (DECODES)

Mentafsir simbol, menterjemahkannya menjadi maklumat dan kemudian

memahami mesej

MAKLUMBALAS

Reaksi penerima terhadap mesej yang diperolehi

GANGGUAN

Penerima tidak dapat menerima maklumat dengan jelas atau tepat

sebagaimana yang disampaikan oleh penyampai.

Page 17: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

7.0 Proses komunikasi

PENGIRIM

MESEJ

DIHASRAT

MESEJ

DI

ENCODES

SIMBOL

DIHANTAR

MAKLUMBALAS

DIPERIKSA

PENERIMA

MESEJ

DITAFSIR

SIMBOL

DI

DECODES

SIMBOL

DITERIMA

MAKLUMBALAS

DIHANTAR

GANGGUAN

SALURAN

KOMUNIKASI

Page 18: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

a. Sumber komunikasi

idea, keperluan, niat, maklumat,tujuan, nota

b. Pengekodan sumber

Mesej yang nyata dan jelas(bahasa /kod yang diprogramkan)

Contoh: power point

c. Mesej

Simbol yang boleh diubah kepada bentuk makna atau maksud

d. Saluran

Alat menghantar mesej.lisan atau tanpa lisan(memo, surat, telegram)

Sumber komunikasi

Pengekodan sumber

mesej

Saluran komunikasi

Penghuraian kod

Peneriamaan komunikasi

Page 19: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

e. Penghuraian kod

Tranformasi isyarat yang diterima kepada bentuk mesej yang menjadi

output.

8.0 Bentuk KOMUNIKASI

Komunikasi mengambil bahagian dalam pelbagai cara. Cara-cara ini menyediakan

potensi yang takterhingga untuk sesebuah organisasi.

Komunikasi juga berbentuk sehala atau dua hala, dan adalah penting kita memahami

kedua dua bentuk ini.

SEHALA

Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima

Memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima

Merupakan arahan atau maklumat yang berhubung dengan dasar dan

peraturan organisasi yang telah ditetapkan.

contoh: pengucapan awam, menonton dan ceramah

DUA HALA

Penerima memberikan maklumbalas pada pengirim

Page 20: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang

diterima kurang tepat

Membolehkan penerima lebih yakin untuk mengambil tindakan yang betul

Dikatakan aktif, kerana kedua-dua pihak , pengirim dan penerima saling

bertindak antara satu sama lain.

contoh : majlis dialog, pidato dan debat

Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan berhubung dengan komunikasi

sehala dan dua hala, beberapa penemuan telah diperolehi. Antaranya adalah

seperti:

i. Komunikasi sehala mengambil massa yang lebih singkat atau masa yang

sedikit diambil daripada komunikasi dua hala yang memerlukan masa

yang agak lama.

ii. Namun terdapat kelemahan pada komunikasi sehala iaitu kurang tepat

walaupun kurang tepat komunikasi sehala kelihatan lebih teratur daripada

dua hala kerana diganggu oleh berbagai masalah danpendapat.

Hakikatnya pemilihan penggunaan terhadap bentuk komunikasi yang hendak

digunakan bergantung kepeda sesuatu situasi atau keadaan. Tiap-tiap bentuk

tersebut mempunyai kelebihan tertentu:

Page 21: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

i. Komunikasi dua hala lebih tepat daripada komunikasi sehala sebabnya

bagi kedua-dua pihak cuba memperjelaskan seberapa tepat yang boleh

mengenai arahan dan gerak laku masing-masing.

ii. Para penerima adlah lebih yakin terhadap diri sendiri kerana mereka

dibenarkan mengemukakan soalan yang membantu bagi meningkatkan

keyakinan diri dan juga menjelaskan sebarang bentuk keraguan yang

mengkinakan dihadapi.

iii. Para pengirim atau pengurus akan mudah menglami tekanan apabila

menggunakan komunikasi dua hala, sebabnya penerima atau subordsinat

akanmmembangkitkan kakaburan dan kesilapan yang mungkin terdapat

pada maklumat yang diberikan atau disampaikan.

Pemilihan dalam bentuk komunikasi adalah bergantung kepada sesuatu tempat

atau keadaan. Komunikasi sehala misalnya mempunyai kelebihan pada sudut

politik seperti dapat mengurangkan kemungkinan kesilapan pengirim akan

didedahkan secara terbuka.

Sesuatu arahan yang rumit diterima adalah sesuai bentuk komunikasi dua hala

bagi mendapat kepuasasn kedua-dua pihak. Ketidakadaan maklum balas daripada

penerima juga akan menjejaskan kelancaran pergerakan organisasi. Oleh yang

demikian, pihak pengurus perlulah mewujudkan gabungan bagi kedua-dua bentuk

komunikasi ini kerana mereka dapat mengatasi kelemahan antara satu dengan

yang lain.

9.0 Jenis-jenis komunikasi

Page 22: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Terdapat dua jenis komunikasi iatu secara lisan (verbal) dan bukan lisan)non-verbal).

Komunikasi secara lisan dan bukan lisan memerlukan sentuhan sama ada formal ataupun

tidak formal. Pengurusa perlu menerima dan menghantar maklumat. Akibatnya, peranan

dan status pengurus di sekolah memerlukan kiu secara lisan bagi pasukan dan rakan

sekerja.

i. Komunikasi lisan ialah satu proses Komunikasi yang melibatkan Suara.

Contoh:

Mesyuarat, perhimpunan, syarahan.

Kominikasi jenis ini menitikberatkan kepada nada Suara, bahasa yang digunakan,

kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan. Setiap perkataan yang

diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pererakan anggota badan, memek muka

dan gerak mata.

Contoh,

Pengetua dengan ikhlasnya meminta guru-guru menghadiri kursus yang dianjurkan

oleh sekolah pada hari Sabtu. Walaupun, terdapat ketidakinginan dalam hati setaip

guru untuk menghadiri tetapi apabila melihat keikhlasan pengetua maka semua guru

menghadiri kursus terseut kerana mereka percaya bahawa pengetua sendiri un mesti

hadir.

Page 23: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

ii. Kiu jenis bukan lisan termasuk:

• BERTULIS

Contoh 1,

Pengetua menulis pesanan bahawa petang hari Selasa ada mesyuarat. kepada

semua guru di papan kenyataan yang terletak di bilik guru.

Contoh 2:

Pengetua menulis satu memo dan meletakkannya di atas meja kerani. Pergetua

terpaksa buat begitu tanpa bersemuka dengan kerani kerana dia hendak ke

jabatan dan tiaa masa menungu kerani.

• BERCETAK

Contohnya,

Peraturan sekolah disediakan dalam satu buku kecil yang dimiliki oleh setiap guru

dan pelajar. Maka setiap warga sekolah sepatutnya, memahami peruturan –

peraturan sekolah selepas memiliki buku peraturan tersebut.

• PENGGUNAAN ISYARAT/SYMBOL

Contoh,

Page 24: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Sekolah X mengadakan satu kursus kepmpinan yang melibatkan semua pengetua

seluruh daerah. Ahli kadet polis diaturkan berdiri di pintu sekolah sehinnga ke tempat

parking kereta untuk memberi isyarat kepada pengetua lain ke arah tempat letak kereta.

Simbol-simbol anak panah ke tempat kursus juga disediakan agar pengetua-pengetua

dapat ke tempat kursus dengan tepat dan tidak membazirkan masa. Isyarat –isyarat tanpa

lisan ini juga merupakan salah satu komunikasi berkesan yang menyampaikan maklumat.

• PERGERAKAN ANGGOTA BADAN

Contoh,

Dalam masyaurat agung PIBG, disebabkan terlalu ramai ibu bapa datang. Keadaan

menjadi bising. Untuk mengawal keadaan begini, biasanya guru disiplin dan pengetua

akan mengangkap jari petunjuk di atas mulut. Wlaupun tiada mengunakan komunikasi

lisan tatapi maksud yang hendak disampaikan dapat disampaikan kepada penerima

(ibubapa).

Terdapat beberapa cara kominikasi bukan lisan yang perlu dititiberatkan iaitu:

• POSTURE – cara duduk, berdiri, lentok badan

• GESTURE – isyarat tangan, mata, angkat bahu, memek muka

• PROXIMITY – jarak, kedekatan

• SUARA – tinggi, rendah

Page 25: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

• APPEARANCE – kekemasan, cara berpakaian, jenis pakaian

• MASA – cepat, lambat

Perkara di atas adalah penting bagi penerima mesej. Apabila memberi dan menerima

mesej, pengurus harus menjadi pendengar yang aktif. Kebolehan mendengar secara

efektif memerlukan kemahiran yang dapat dibentuk dan diamalkan dalam setiap

situasi yang baru, sama ada dalam mesyuarat , rundingan , perbualan melalui telefon

ataupun secara kebetulan berjumpa di koridor. Mendengar sahaja tidak bermakna; apa

yang penting adalah mengerti apa yang didengar. Pengetahuan boleh didapati melelui

mendengar secara aktif. Ini membawa kepada maklum balas yang sesuai.

Kemahiran mendengar secara efektif melibatkan : mendengar isi kandungan mesej,

mengenal halangan, mendengar dan mendapatkan perasaan, bertindak balas(kiu secar

tidak berlisan), menyemak bagi mengelakkan percanggahan, memujuk dan membuat

refleksi. Selain daripada fakta, adalah penting bagi menumpukan perhatian pada tema

am dan kelincinan mesej. Cuba bersikap positif sambil mencari sisi yang dapat

dipersetujui dan memahami perasaan orang lain. Akhir sekali, pengurus harus

menyemak kefahamanya dengan membuat rumusan ringkas pada akhir perbualan.

Page 26: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

9.0 Pola-pola komunikasi

9.11 Komunikasi Dari Atas Ke bawah(Downward Communication)

Autoritatif (kuasa dan autoriti)

Contoh,

Pejabat Pendidikan dengan sekolah, Kementerian dengan sekolah

Menurut Kartz dan Kahn, (1996), terdapat lima tujuan umun

komunikasi antara ketua dan kakitangan dalam organisasi:

1. Untuk memberi arahan kerja yang spesifik berkenaan tugas.

2. Untuk menberi maklumat berkenaan prosedur dan amalan

organisasi.

3. Untuk mengadakan/memperuntukkan maklumat yang rasional

sesuatu tugasan.

4. Untuk menjelaskan kepada kakitangan tentang prestasinya.

5. Untuk menyediakan maklumat cara-cara mencapai matlamat.

Sesuatu sistem komunikasi yang menupukan kepada memberi

arahan dan kerja dan prosedur kerja sahajatidak akan berjaya

melainkan tujuan-tujuan lain juga memberi perhatian sewajarnya.

Begitu juga dengan pengaliran autoriti dari ketua kepada

kakitangan. Menurut Chester Bernard, makna dan kefahaman

Page 27: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

hendaklah difahami terlebih dahulu sebelum autoriti boleh

dikomunikasikan dari atas ke bawah. Bernard menjelaskan tujuh

faktor penting yang boleh mengekalkan autoriti objektif dalam

organisasi.

1. Saluran komunikasi hendaklah diketahui.

2. Sepatutnya mendapat satu saluran komunikasi yang tetap untuk

setiap organisasi.

3. Pengaliran komunikasi hendaklah secara langsung dan seringkas

mungkin.

4. Pengaliran komunikasi secara formal hendaklah digunakan.

5. Orang yang dipertanggungjawabkan sebagai pusat komunikasi

hendaklah mempunyai kebolehan.

6. Pengaliran komunikasi seboleh-bolehnya jangan diganggu semasa

organisasi sedang berfungsi.

7. Setiap komunikasi hendaklah merupakan sesuatu yang asli atau

tulen.

Komunikasi yang lemah mungkin membawa kegagalan organisasi. Tanpa

komunikasi, autoriti tidak dapat disalurkan dengan berkesan. Autoriti yang

Page 28: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

dikomunikasikan dengan berkesan merupakan unsur asas sesuatu

organisasi.

Untuk memperbaiki hubungan komunikasi ketua dan kakitangan,

perhatian hendaklah diberi kepada ‘penerimaan’ dendan menggunakan

pelbagai teknik komunikasi, seperti menggunakan komunikasi lisan dan

tulisan dan mendapatkan maklum balas dari atas ke bawah adalah seperti

berikut:

1. Menghasilkan interprestasi komunikasi yang lebih mudah untuk

ditendang.

2. Kakitangan lebih menerima maklumat yang sesuai dengan

keperluan, kepercayaan dan nilai mereka sahaja.

3. mesey yang selaras dengan nilai akan diterima.

4. Hanya maklumat yang membantu kepada pencapaian kepuasan

kendiri akan diterima.

5. Kakitangan lebih terbuka kepada penerimaan mesej-mesej yang

baru muncul.

6. Keseluruhan situasi mempengaruhi komunikasi, sesuatu imej yang

mungkin sesuai dengan situasi tertentu, mungkin tidak sesuai

dengan situasi yang lain.

Page 29: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Contoh,

Di sekolah sekiranya pengetua memahami kesan komunikasi ke atas

kakitangan dan mengambil langkah-langkah tertentu, komunikasi boleh

menjadi lebih berkesan. Komunikasi yang mengalir ke bawah sahaja tidak

boleh menjamin keberkesanan dalam organisasi. Komunikasi dari bawah

ke atas juga memainkan peranan penting.

9.12 KOMUNIKASI DARI BAWAH KE ATAS(Upward

Communication)

contoh :

komunikasi dalam keluarga, anak buah dengan boss, guru-guru

dengan pengetua

Dalam komunikasi dari atas ke bawah sifatnya lebih memberi

arahan, menjejaskan prosedur, menerangkan maklumat kerja dan

memberi tunjuk ajar, tetapi komunikasi dari bawah ke atas pula

merangkumi maklumat yang lain dari yang berbentuk arahan.

Keadaan pengurusan yang bercorak patisipatif adalah penting

untuk mengalakkan komunikasi dari kakitangan kepada ketua.

Contoh,

Page 30: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Di sekolah, pengetua bukan sahaja memberi arahan,tetapi juga

sepatutnya mendengar pandangan dan sungutan dari guru-guru ,

kakitangan am atanpun pelajar-pelajar. Melalui komunikasi dari

bawah ke atas , pengetua-pengetua aka dapat memahami masalah-

masalah yangdihadapi semasa tugas dilaksanakan. Ini akan dapat

membantu pengetua memperbaiki keadaan, membuat penilaina

yang tepat dan mengatasi kelemahan-kelemahan dasar yang telah

dirancang. Keputusan hendaklah diambil berdasarkan maklum

balas dari orang-orang yang melaksanakan tugas-tugas yang

ditentukan. Tetapi para kekitangan hendaklah membuat laporan

sebenar dan lengkap kepada pengetua supaya keadaan sebener

difahami, mereka tidak sepetutnya menyampaikan maklumat yang

ditapis sahaja semata-mata takut pengetua tidak mahu mendengar

dan mempercayainya.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilaksanakan untuk

menggalakkan komunikasi dari bawah ke atas:

1. Prosedur ketidakpuasan. Untuk membenarkan kakitangan

membuat rayuan atau permohonan. Ia melindungi individu dari

tindakan melulu ketuanya dan akan mengelakkan sungutan.

2. Dasar ‘buka pintu’. Ini bermakna ketua sentiasa menerima

pandangan kakitangan. Kakitangan digalakkan untuk berjumpa

pengetua di biliknya untuk membincang sesuatu masalah yang

Page 31: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

mereka hadapi. Tetapi kadangkala pengetua yang sengaja menutup

pintu supaya tidak diganggu oleh kakitangan. Dia tidak suka

didatangi oleh mereka dan membuatkan hubungan menjadi tegang

dan kakitangan susah untuk memberi pandangan dan meruahkan

rasa tidak puas hati.

3. Teknik patispatif.Teknik ini memberi perhatian kepada membuat

keputusan secara patisipatif, dan kakitangan diberi peluang

pendapat dan pandangan terutama tentang diri sendiri dan tugas

masing-masing.

Keseluruhannya kakitangan boleh menyalurkan dua jenis

maklumat. Pertama, maklumat diri sendiri seperti idea, sikap dan

prestasi. Keduanya, merupakan maklum balas berkenaan tugas-

tugas dari aspek teknikalnya.

Contoh-contoh maklumat yang boleh disalurkan oleh kakitangan kepada

pengetua adalah seperti berikut:

1. Apa yang dia telah lakukan.

2. Apa yang pihak di bawahnya telah lakukan.

3. Apa yang kawan-kawanya telah lakukan.

4. Apa yang mereka fakir patut dilakukan.

5. Apa masalah yang mereka hadapai.

Page 32: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

6. Apa masalah yang timbul di peringkat unit.

7. Apkah dasar dan amalan organisasi yang patut diteliti

semula.

9.13 KOMUNIKASI MENDATAR

(Lateral Communication) sesama rakan sejawat

Contoh,

Pengetua sama pengetua, guru dengan guru, rakan sekerja

Komunikasi interaktif atau komunikasi mendatar perlu untuk

mendapatkan kordinasi usaha bagi mencapai metlamatkeseluruhan

organisasi. Komunikasi interaksi lebih sesuai untik memindahlkan

maklumat-maklumat yang kurang berbentuk arahan atau tunjuk

ajar tetapi perlu untuk dikomunukasikan antara kakitangan dan

rakannya atau dengan mereka yang mempunuyai status yang sama

atau yang memegang jawatan di aras yang sama dalam struktur

organisasi. Seseorang akan berasa lebih selesa kalau mendapat

sokongan social dari teman sejawat daripada ketua atau pengetua.

Selalunya mereka yang berkomunikasi di peingkat yang sama akan

bercakap secara bebas tetapi gagal untuk menyalurkan komunikasi

mreka kepada pihak atas atau bawah.

Page 33: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Terdapat empat sebab utama mengapa komunikasi interaksi diperlukan.

1. Kordinasi kerja. Ketua-ketua jabatan/ unit boleh berjumpa sebulan

sekali atau seminggu sekali untuk membincangkan bagaimana

jabatab atau unit masing masing dengan memberi sumbangan

kepada matlamat sistem.

2. Penyelesaian masalah. Ahli-ahli daripada setipa jabatan atau unit

berrsedia untuk berbinvcangakan masalah masing-masing dan

mencari penyelesaian yang timbul dengan beberapa peraturan

perlu diikuti:

(a) jelaskan masalah kepada semua pihak agar difahami.

(b) Bentangkan data yang diperlukan.

(c) Timbulkan suasana perbincangan yang riang dan mesra.

(d) Semua ahli dalam kumpulan diberi peluang untuk mengambil

bahagian secara bergilir-gilir.

(e) Setiap ahli mempunyai sekali peluang dalam satu pusingan .

(f) Semua pendapat perlu diambil kira dan dicatat.

(g) Dilarang daripada mengkritik pendapat ahli –ahli yang lain.

Page 34: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

3. Perkongsian maklumat. Ahli-ahli sesuatu jabatan atau unit

mungkin berjumpa ahli-ahli dari jabatan atau unit lain untuk

mendapatkan data atau maklumat baru.

4. Penyelesaian konflik. Ahli-ahli dari jabatan atau unit lain mungkin

boleh berjumpa untuk membincangkan sesuatu konflik yabg wujud

dalam unit tersebut.

Contoh komunikasi interaksi ini ialah perbincangan atau mesyuarat

yang diadakan di peringkat jabatan atau unit . Kegagalan untuk

menyempurnakan keperluan komunikasi kumpulan secara

informal.

9.2 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH

9.21 Kepentingannya

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam

bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi

dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang

guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi

pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat

kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang

kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi

dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi

Page 35: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu

sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran

menjadi hambar dan membosankan.

Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di

antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu

membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara

bermakna dan berkesan.

Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-

murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara

kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera,

malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk

merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan

murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti

sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi

serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes",

1994).

9.22 Corak Komunikasi dalam bilik darjah

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau

bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami

maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku.

Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang

Page 36: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas

amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk

kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan.

Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat

penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara

lisan dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan

murid dengan bercakap, memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan,

berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi isyarat,

menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan

sebagainya.

Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya

terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi

Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran

yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga

daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara

langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi

arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama

mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Anderson dan Brewer's, 1946 (Dalam Amir Sharifudin, 1986) dalam

kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru

Page 37: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik

darjah, iaitu jenis dominatif dan intergratif. Guru-guru yang bersifat

dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan murid-murid

seperti berikut :

Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid

Enggan menerima langsung cadangan dari murid

Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka

atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah

Suka menengking dan memarahi murid

Selalu memberi amaran

Gagal menyediakan kemudahan kepada murid

Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti

berikut :

Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid

Menerima perbezaan pendapat dari murid

Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik

darjah

Page 38: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Bersimpati dengan masalah murid

Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba

Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat

dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan

dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula

didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran

murid-murid.

Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang

dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor,

1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan

Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku

guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah

ialah :

Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi

pembelajaran

Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam

masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Page 39: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai

guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai

kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga

menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang

peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada

pelajar-pelajar mereka.

4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan

Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan

kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi

di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994).

Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar

untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah

yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk

menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :

Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu

interaksi yang bermakna.

Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan

jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat

pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.

Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan

penglibatan pelajar

Page 40: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka,

terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara

mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok

Soon Sang, 1996).

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang

berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil

dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah

disarankan, antaranya :

Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid

dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan

Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk

mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri

Memberi arahan secara lebih positif

Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri

komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan,

antaranya ialah :

Page 41: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini

dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang

diberikan hendaklah ikhlas dan jujur

Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar.

Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak

beralasan

Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan

kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid

Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau

berkomunikasi dengan murid

Sentiasa mengulang isi-isi penting

Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau

pengajaran

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau

maklum balas

Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan

pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau

Page 42: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh

berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama

murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat

menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad

s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah :

"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang

lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi

salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu

majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"

(Riwayat Al-Tabrani)

10.0 Halangan terhadap komunikasi yang Efektif:

Halangan permindahan maklumat di antara pengirim dan penerima dianggap

sbagai satu rintangan terhadapn komunikasi yang berlaku. Halangan yang wujud

Page 43: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

di dalam organisasi adalah biasa ndan bergai bentuk yang mana melibatkan

perkara yang mudah kepada perkara yang peling rumit atau sukar.

Komnkasi penting jadi halangan patut dikenalpasti . Pemahaman yang jelas dan

baik oleh pihak pengurus dalam memahami jenis rintangan dapat membantu

dalam menyelesaikan masalah.

Wujud beberapa bentuk rintangan atau halangan paling umum terhadap

komunikasi efektif adlah seperti yang berikut:

a). Tanggapan yang berbeza

Perbezaan individu merupakan salah satu punca rintangan

komunikasi.Individu-individu yang memiliki tahap pengetahuan dan

pengalaman yang berbezamengangap keadaan yang sama dari sudut

pandangan yang berbeza.

Misalnya, seorang pengurus memuji kecekapan, ketelitian dan ketekunan

En. Lim dalam menjalankan tugasnya. Bagi pihak pengurus, pujian itu

adalah ikhlas terhadap En. Lim dan seterusnya menggalakkan pekerja lain

mencontohi sikap En. Lim.

Namun, pekerja lain beanggapan En.Lim cuba hanya untuk mendapat

perhatian pengurus yang baru untuk mendapat sesuatu tujuan yang lain

misalnya naik pangkat.

b) Bahasa yang berbeza

Page 44: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Bagi penyampaian sesuatu mesej atau maklumat dengan wajarnya,

perkataan-perkatan yang digunakan mestilah sama maknanya bagi

pengrim dan mana bagi penerima.

Misalnya, pereka perisian yang hendak menunjukkan kebijakkan mereka

tidak sedar bahawa ramai orang tidak memahami istilah-istilah khusus dan

rumit yang mereka gunakan.

c) Kebisingan

Kebisingan merupakan satu factor yang boleh mengganggu,

mengelirukan, atau menghalang komunikasi .

Misalnya, apabila berlaku hujan lebat dan petir yang kuat maka apabila

situasi seseoran sedang berbual di dalam telefon maka akan menjejaskan

penerimaan maklumat dengan jelas.

d) Emosi

Tindak balas emosi dapat dilihat seperti perasaan marah, sayang, benci ,

cemburu, malu dan sebagainya yang mana bolh mempenrgaruhi

keberkesan mesej yan diterima.

Misalnya, guru yang mengalami ganguan emosi (tekanan) maka dia akan

menerima mesej dengan kurang tepat. Bagi mengatasi keadaaan ini, maka

guru perlu belajar menerima emosi sebagai ebahagian daripada proses

komunikasi dan cuba memahami masalah dan mengatasinya apabila

mengalami masalah.

Page 45: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

e) Kecurigaan

Sesuatu mesej itu boleh dipercayai oleh penerime sekiranya pengirim yang

mengahantar mesej tersebut dipercayai.

Dalam sesetangah situasi, penerima juga boleh diragukan, misalnya dalam

perjanjian yang dibuat antara pengetua dengan guru , sering didapati guru

bersifat curiga terhadap pengetuanya.

f) Mendengar

Kadang -kala mesej yang disampaikan tidak dapat diterima dengan tepat

kerana pendengar tidak memberikan tumpuan yang epenuhnya.

Misalnya, pengetua memberi taklimat kepada para guru tetapiterdapat

guru yang sibuk nerborak masa taklimat dan mendapat mesej yang

dihantarkan oleh pengetua secara tidak tepat.

g) Komunikasi lisan dan bukan lisan

Walaupun bahasa merupakan satu medium untuk berkomunikasi , tetapi

mesej yang dihantar dan diterima kuat dipengaruhi oleh factor-faktor

bukan lisan misalnya, pergerakan badan, pakaian, gerakan tangan ,

perawakan muka, gerakan mata, sentuhan badan dan sebagainya.

Misalnya, seorang guru lelaki mengajar dengan gerakan mata yang tidak

membawa apa maksud telah didakwa oleh murid perempuan bahawsa

guru itu melakukan perkara yang tidak sopan terhadapnya.

Page 46: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

h. Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan

Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas , tepat , padat dan

betul. Jangan wujud mesej yang terlalu rumit, panjang dan tidak senang

difahami.

Misalnya, seorang pengetua memberi maklumat yang tidak mencukupi

mengenai sesuatu program baru akibatnya guru-guru tidak dapat

melakukan tugas dengan sempurna. Punca utama adalah disebabkan oleh

maklumat yan diberikan oleh pengetua tidak mencukupi maka maklumat

sampaian mestilah mencukupi.

i. Perkataan yang mempunyai banyak makna

Sesetengah perkataan membawa maksud yangg berbeza-beza. Ini akan

juga membawa kesan berbeza-eza jika disampaikan.

Misalnya,

Selain itu terdapat banyak juga halangan yang merupakan halangan minor

seperti: Kurang minat, Prasangka, Sekatan emosi, Penyampaian

kurang menarik, Memikirkan sesuatu yang lain, Persekitaran yang

tidak sesuai, Tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan,

Wujudnya pelbagai gangguan, Bimbang – bos marah, Takut- bos

black-list jika banyak cakap, Anggapan- bos yang dapat kredit,

Percaya- bos sibuk dan tiada masa, Prejudis- bos ada ‘anak emas’

Page 47: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

11.1 Kaedah berkomunikasi:

Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan bagi mewujudkan kemahiran

komunikasi yang berkesan dalam organisasi. Ianya adalah seperti berikut:

1. Kemahiran mendengar yang aktif

Mengahayati sesuatu yang diperkatakan.

Intensiti

Seseorang pendengar yang aktif akan menumpukan perhatian sepenuhnya

terhadap apa yang disampaikan dan meringkaskan apa yang diperkatakan.

Empati

Pendengar meletakan dirinya pada pengirim dan cuba memahami apa yang

disampaikan.

2. Membina kemahiran mendengar secara efektif

Ciri-ciri pentng untuk member kesan kepeda cara medengar adalah sepeti

berikut:

i. Mengadakan interaksi secara berdepanan

Page 48: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

ii. Menhghindarkan daripada membuat halangan dari segi gerak badan

iii. Menunjukan tanda pemahaman atau persetujuan seperti angguk

kepala, raut wajah berubah dan sebagaintya.

iv. Menghindar daripada menyampuk kata penyampai

v. Mewujudkan aliran maklukmat yang lengkap agar segala yang

diperkatakan tidak terganggu

vi. Mengemukakan soalan secara ikhlas.

3. Cari masa dan lokasi yang sesuai

Masa dan lokasi menyampaian mesej adalah sangat penting agar mesej yang

disampaikan itu tepat dan betul daripada pengirim kepada penerima.

4. Membina kemahiran bertindak balas

Tindak balas yang dimaksudkan adalah tindak balas yang positif yang mana perlu

dilakukan dengan sempurna dengan teraturdan nbersungguh-sungguh. Terdapat 6

cadangan bagi membina kemahiran tindak balas positif iaitu:

i. Menumpukan gelagat atau kelakuan tertentu dan bukannya secara umum.

Misalnya, pelajar yang membuat kerja dengan baik diberikan pujian malah

pelajar yang melakukan kesilapan diberi teguran.

Page 49: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

ii. Tidak secara membabi buta mengkritik seseorang akibat sesuatu

kegagalandalam tugas kerana ianya akan memberikan kesan ke atas emosi

seseorang dan pada kerjanya.

Misalnya,……………………

iii. Menjadikan tindak balas berorientasi matlamat organisasi. Ini

bermatlamat bagi mengelakkan daripada tindakbalas yang berupa

kepentingan peribadi.

Misalnya, …………………

11.2 Petua komunikasi berkesan

1. Mengawal perilaku serta menunjukkan kesopanan

dan kehalusan budipekerti

2. Menggunakan perkataan yang tepat, ringkas serta

tekanan suara yang jelas

3. Mengawal pergerakan diri daripada

boleh memberi makna yang bertentangan

Page 50: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

dengan maksud

4. Menunjukkan kesediaan untuk berkhidmat dan memberi kerjasama

5. Cuba memahami masalah dan memberi pertolongan,

6. Mengelak daripada menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan

orang lain

7. Mendengar dengan baik

11.3 7k Petua Komunikasi Berkesan’’

1. KEPERCAYAAN

- Penyampai perlu memperolehi kepercayaan dari pendengar dan

pendengar perlu bersikap positif

- DAPAT TARIK PERHATIAN DAN TUMPUAN PENDENGAR

- DAPAT MEMBANTU KELANCARAN PENYAMPAIAN

MAKLUMAT

- PENYAMPAI AKAN LEBIH BERKEYAKINAN

2. KEBENARAN

- Mesej hendaklah mempunyai kebenaran/kesahihan

Page 51: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

- TERUTAMA DALAM KONTEKS YANG TERTENTU

3. KEFAHAMAN

- Kandungan mesej hendaklah difahami selaras dengan hasrat penyampai

- HENDAKLAH MEMPUNYAI MAKNA

MAKNA AKAN MEMPENGARUHI PENDENGAR UNTUK

BERTINDAK

4. KEJELASAN

- Pilihan kata-kata dan simbol yang tepat, mudah dan tidak

mengelirukan untuk mempastikan kejelasan mesej

- MESEJ SEHARUSNYA TIDAK MENGELIRUKAN

PEMILIHAN KATA-KATA ATAU SIMBOL-SIMBOL YANG

DIGUNAKAN KETIKA BERKOMUNIKASI HARUSLAH

JELAS

5. KEUPAYAAN MENDENGAR

- Penyampai perlu memahami keupayaan pendengar untuk memahami

mesej.

- TAHAP KEUPAYAAN PIHAK PENDENGAR AKAN MENENTUKAN

- KEKESANAN KOMUNIKASI

Page 52: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

JIKA TINGGI TAHAP PEMAHAMAN PENDENGAR, PENYAMPAI

HARUS GUNA AYAT

- YANG SESUAI DENGAN ILMU PENDENGAR

LEBIH SESUAI JIKA DIGUNAKAN AYAT-AYAT YANG MUDAH

DIFAHAMI

6.KAEDAH

- Pemilihan wacana (medium) komunikasi hendaklah sesuai dengan tujuan

mesej dan juga sasarannya

- KOMUNIKASI HARUS MELALUI BEBERAPA SALURAN YANG

DIPILIH

- KOMUNIKASI HENDAKLAH SESUAI DENGAN TUJUAN

PENYAMPAIAN MAKLUMAT

- PENYAMPAI HARUSLAH MEMPERTIMBANGKAN TENTANG

APAKAH KUMPULAN SASAR BERAPAKAH SAIZNYA

7. KESINAMBUNGAN

- Idea hendaklah ada kaitan dan urutan antara satu sama lain

- KOMUNIKASI ADALAH SATU PROSES YANG

BERTERUSAN

Page 53: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

- KOMUNIKASI PERLU BERULANGAN UNTUK MENARIK

PERHATIAN PENDENGAR

- SUSUNAN AYAT-AYAT MESTI ADA HUBUNGKAIT

UNTUK MELICIN PENERIMAAN

- PENDENGAR INI AKAN MENGUATKAN FAKTA-FAKTA

YANG TELAH DISEBUTKAN

11.4 13 Rukun Komunikasi Dari Sudut Islam

1. RANCANG IDEA SEBELUM BERKOMUNIKASI

‘Serulah ke jalan tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmah

kebijaksanaan dan pengajaran yang baik…’

(An.Nahl : Ayat 125)

2. ANALISIS PENDENGAR

- Siapa - Pangkat - Pekerjaan

- Akademik - Bilangan

‘Berbicara kepada manusia menurut kadar akal (kecerdasan) mereka

masing-masing’

(Riwayat Muslim)

Page 54: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

3. ISI BICARA HENDAKLAH BENAR

‘Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan

katakanlah perkataan yang benar.’

(Al Ahzab : Ayat 70)

4. GAYA BAHASA HENDAKLAH BERSESUAIAN

‘Dan katakanlah kepada hamba-hamba Ku, hendaklah mereka

mengucapkan perkataan yang baik.’

(Al Isra : Ayat 53)

5. NADA PERCAKAPAN PERLU DIKAWAL & SESUAI

‘..dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara

ialah suara himar (keldai).’

(Luqman : Ayat 19)

6. SUSUNAN MAKLUMAT PERLU JELAS

‘Dan wajibkan kepada Rasul, hanyalah menyampaikan dengan terang dan

nyata.’

(An Nur : Ayat 54)

7. BAHASA BADAN PERLU MENYOKONG LISAN

‘ Apabila Rasulullah s.a.w berkhutbah, kedua matanya merah, suaranya

lantang (nyaring) dan semangatnya bangkit bagai seorang Panglima

Page 55: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

perang yang memperingatkan tentang kedatangan musuh yang ingin

memerangi umat Islam di ketika pagi atau petangnya.’

(Riwayat Muslim & Ibnu Majah)

8. BERHUJAH DENGAN WARAS

‘Tinggalkan perbantahan kerana perbantahan tidak akan mendatangkan

hikmah dan tidak mengamankan daripada fitnah.’

(Riwayat At Tabrani)

9. AMBILKIRA PENDAPAT ORANG LAIN

‘ Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan

soal-soal keduniaan) itu…’

(Al Imran : Ayat 159)

10. PERLAKUKAN APA YANG DITUTURKAN

‘Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa

yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa

kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.’

(As Saff : Ayat 2-3)

11. MENINGGALKAN CELAAN DAN MENGUMPAT

‘Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.’

Page 56: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

(Al Humazah : Ayat 1)

12. MENJAUHI TANGGAPAN BURUK PADA ORANG LAIN

‘Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka buruk

sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan

janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu

mengumpat sebahagian yang lain.’

(Al Hujurat : Ayat 12)

13. MENDENGAR DENGAN BERKESAN

11.3 KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN DALAM KELAS

1. Maklumat yang disampaikan perlu jelas dan tepat

2. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terang maksudnya

3. Menggunakan alat bantu sekiranya perlu

4. Memastikan maklumat disampaikan sesuai pada keadaan dan waktu

5. Memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi dan menerima

maklumat

Page 57: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

11.4 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU

Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan

memberi perhatian penutup. Sebagai contoh, hasil kajian Wlodkowski, 1984

(classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik

yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya.

Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja

guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas

terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta

membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang

diperlihatkan. (Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994).

Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah

mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan

dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli

dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman

Abu Bakar, 1992).

Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan,

dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula

tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam

proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar,

1992).

Page 58: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek

ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan

kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang

dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan

penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman

Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997).

Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor

percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan

interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh

bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih

cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan

tata bahasa yang betul dan tersusun.

Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-

unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik

darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan

khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih

bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu',

'anda' dan sebagainya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992).

Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti

motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang

ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai

Page 59: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru

sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah :

Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara

individu. Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik

pengajaran

Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap

masa

Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui

pembacaan, peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan

pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya.

12.0 Model komunikasi

12.1 Model Shanon & Weaver

Page 60: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

The Shannon-Weaver Mathematical Model, 1949

Sumber maklumat, menghasilkan utusan yang perlu disampaikan kepada orang

lain.Utusan tersebut mungkin berbentuk lisan,tulisan,gambar atau nota

muzik.Utusan tersebut akan diubah oleh pemancar ke dalam bentuk isyarat yang

sesuai untuk disampaikan kepada penerima.Penerima akan mengubah semula

isyarat tersebut kepada bentuk yang disampaikan oleh sumber.Setelah utusan

diubah semula ia akan disampaikan kepada destinasi,iaitu individu atau sesiapa

sahaja yang mana utusan ditujukan.Model ini juga memperkenalkan gangguan

Page 61: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

yakni isyarat yang disampaiakan melalui saluran akan terjejas dengan adanya

gangguan ini akan menyebabkan isyarat yang dikirim dan yang diterima

berbeza.Untuk mengatasi masalah ini beliau mencadangkan supaya utusan yang

disampaikan itu diulang beberapa kali.

Back in 1949 Claude Shannon, an electrical engineer with Bell Telephone, and Warren

Weaver, of the Rockefeller Foundation, (Figure 1) published their book, The

Mathematical Theory of Communication 3.

12.2 Model Newcomb

Theodere Newcomb(1953) ialah seorang ahli psikologi sosial. Modelnya lebih

menekankan bagaimana utusan disampaikan daripada sumber kepada

penerima.Ianya bertujuan menerangkan bila dan bagaimana komunikasi antara

individu akan berlaku iaitu situasi yang akan mewujudkan komunikasi.

Page 62: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Model NewComb

Model ini ,menggunakan contoh dua individu iaitu A dan B yang proses

komunikasinya akan dipengaruhi oleh objek X. Komunikasi di antara A dan B

akan berlaku sekiranya terdapat pertelingkahan orientasi antara mereka terhadap

objek X.Semakin besar jurang pertelingkahan,maka semakin keraplah komunikasi

antara mereka.Tujuan mereka berkomunikasi adalah untuk mengurangkan jurang

pertelingkahan tersebut agar mereka mempunyai orientasi yang sama terhadap

X.Apabila terdapat persamaan orientasi,maka komunikasi sudah tidak perlu lagi.

B

XA

Page 63: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

12.3 Tingkap Johari (Johari Window)

Page 64: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Tingkap johari merupakan satu teori personaliti yang diperkenalkan oleh Joseph Luft

dan Harrington Ingham. Ia merupakan satu cara bagaimana melihat diri sendiri .

Tingkap Johari menunjukkan satu cara melihat diri sendiri. Keempat-empat bahagian

di dalam rajah Tingkap Johari menunjukkan sifat-sifat diri apabila berinteraksi

dengan orang lain. Jika satu daripada tingkap berubah ia akan melibatkan tingkap-

tingkap yang lain. Apa perkara-perkara yang anda sedari tentang diri anda dan ada

juga perkara-perkara yang anda tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain.

OPEN(kita tahu dan orang lain juga tahu)

Page 65: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Hubungan manusia dengan manusia lain pada pertama kali berjumpa sepertimana

ketulan air batu yang timbul dipermukaan air. Di mana 1/10 timbul manakala 9/10

lagi tenggelam. Demikianlah pada pertama kali berjumpa kita mengenelai rakan kita

hanyalah sifat-sifat yang umum sahaja iaitu 1/10 sahaja daripada sifatnya yang

sebenar. Apabila berlaku interaksi dan pendedahan diri. Bahagian timbul semakin

besar dan kita lebih mengenali rakan kita tadi.

• Tingkap 1 (bebas) mewakili diri anda yang anda perlihatkan kepada orang lain

seperti nama, keluarga, tempat tinggal dan lain-lain.

• Maklumat-maklumat yang anda kongsi dengan orang lain adalah selamat dan

tidak mengancam anda.

Contoh:

Seorang pengetua mengetahui semua nama guru yang mengajar di sekolahnya. Selain

daripada nama, pengetua itu juga tahu tentang apakah opysen guru-guru secara

spesifik, nombor telefon, subjek-subjek serta kelas mana yag diajarnya. Ini secara

tidak langsung menunjukkan kepada kita bahawa tidak wujud satu jurang perbezaan

di antar penegtua dengan guru-guru yang mengajar di sekolahnya. Selain daripada itu

juga, hubungan di kalangan guru-guru yang mengajar di seklah dengan pengetuanya

adalah baik. Kewujudan komunikasi yang baik di antara kedua-dua pihak apat

dibuktikan dengan pengumpulan data-data yag dinyatakan di atas secara spesifik.

Page 66: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Blind(kita tak tahu ttp orang lain tahu)

• Tingkap 2 (Tidak disedari) mewakili diri anda yang anda tidak tahu (nafas busuk)

dan tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain seperti tingkah laku anda, kesan

suara atau bahasa yang anda gunakan. Gaya berjalan dan lain-lain. Anda tidak

dapat menilai diri sendiri tetapi orang lain akan menilai anda daripada apa yang

mereka lihat dan alami semasa berinteraksi dengan anda.

Contoh:

Seorang pengetua dapat mngenalpasti kelemahan yang dimiliki oleh beberapa guru

yang mengajar di sekolahnya. Adakala pengetua itu terpaksa meluahkan perasaan

hatinya mengenai guru-guru tesebut did ala mesyuarat yang dijalankan secara terus.

Namun demikian, niat di sebalik teguran tersebut adalah baik demi kecemerlangan di

kalangan guru yang melengkapkan organisasi pendidikan. Berdasarkan teori ini kita

dapat lihat bahawa kelemahan yang dilihat oleh orang lain dapat diatasi jika

hubungan manusia di dalam organisasi tersebut baik dan buka bersifat dendam di

antara sesama insan.

Hidden (kita tahu ttp orang lain tak tahu)

• Tingkap 3 (Tersembunyi) mewakili diri anda yang andatidak mahu diketahui oleh

orang lain dan anda jaga dengan rapi. Anda tidak suka apabila orang cuba

mencungkil. Perasaan anda terhadap seseorang atau sesuatu. Rahsia yang

dipendam. Keinginan anda, angan-angan dan lain-lain. Anda berasa terancam

Page 67: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

apabila rahsia atau perasaan yang anda pendam cuba dicerobohi oleh orang lain.

Anda rela berkongsi maklumat sulit ini jika telah ada kepercayaan.

Contoh 1,

Ketika sukan tahunan di sekolah. Mungkin ada di antara guru-guru yang memang

tidak berminat dalam aktiviti sukan secara natural sejak kecil lagi. Sewaktu sukan

tahunan, semua guru akan diberi tanggungjawab untuk dilaksanakan. Dalam keadaan

demikian, guru yang tidak berminat itu terpaksa melibatkan diri dalam sukan tahunan.

Jika guru tersebut memberi alas an yang dia tidak suka atau berminat kemungkinan

pengetua atau guru yang bertugas sebagai setiauasaha sukan itu akan menegernya.

Demi mengelakkan situasi tesebut, guru ini akan mendiamkan diri kerana tidak mahu

dirinya ditegur atau disingkirkan daripada aktiviti sukan tahunan tersebut.

Contoh 2:

sebilangan daripada guru-guru di sekolah tidak suka menghadiri kursus di dalam

perkhidmata khususnya pada hujug minggu. Ini adalah membosankan, membazirkan

masa, tenaga, wang serta mengurangkan waktu berehat bersama keluarga. Namun

demikian, guru-guru yan terbabit terpaksa menghadirinya takut diterima oleh rakan

sekerja.

Contoh 3:

Di dalam sesuatu mesyuarat akan memberitahu maklumat-maklumat formal

berkenaan matlamat, strategi-strategi, arahan, prosedur, polisi dan maklumbalas

Page 68: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

prestasi berkenaan guru-guru di sekolah. Mesyuarat ini diadakan berdasarkan konsep

komunikasi ke bawah iaitu daripada pentadbir kepada stafnya. Setiap orang guru yang

menghadiri mesyuarat itu hanya akan mendengar setiap maklumatang diberikan tanpa

sebarang reflesi atau bantahan. Guru yang tidak bersetuju biasanya tidak akan

menunjukkan perasaan ketidakselesaan mereka takut pihak pentadbir tidak

menerimanya. Oleh yang demikian, guru berkenaan tidak akan

meluahkan perasaanya.

Unknown (kita dan orang lain tak tahu)

Tingkap 4 ( Tidak Diketahui Langsung ) mewakili diri yang anda tidak ketahui.

Begitu juga orang lain. Ia terletak di bawah sedar dan mungkin timbul melalui mimpi,

gerak hati dan hipnosis (hypaoses). Hanya Allah yang tahu.

Contoh:

Satu program yang disertaikan oleh beberapa guru. Tiba –tiba sesuatu masalah wujud dan

tiada sesiapapun tahu apa yang telah berlaku. Maka, dalam keadaan inilah memerhatian

amat diperhatikan.

12.4 Model Islam

Page 69: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

13.0 TEKNOLOGI KOMUNIKASI ELEKTRONIK

• Perkembangan teknologi telah menyediakan pelbagai kaedah untuk

menyampaikan mesej.

• Antara kaedah terkini adalah e-mail, mesin faksimili, teleconferencing

(telepersidangan), telefon selular dan videocoferencing (videopersidangan)

Page 70: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

• Perkembangan teknologi ini bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan kaedah

penyampaian mesej tetapi juga menyebabkan pemilihan saluran komunikasi

menjadi lebih sukar.

• Apakah sebenarnya kaedah terbaik bagi menyampaikan mesej ?

• Walaupun komunikasi secara bersemuka membolehkan lebih banyak maklumat

disampaikan kepada penerima (lisan, nada suara, gesture dan maklumbalas yang

segera), kaedah yang efektif dan efisien untuk menyampaikan mesej sebenarnya

bergantung kepada situasi.

• Seorang pengurus harus mengambil kira faktor masa dan kos, sensitiviti sesuatu

isu, keperluan untuk merekodkan komunikasi tersebut, keperluan mendapat

maklumbalas dan juga keupayaan penerima sebelum bertindak untuk memilih

kaedah yang sesuai.

• Virtual Teaming

• Ahli kumpulan yang secara geografinya tersebar luas

• Bekerjasama dengan berkomunikasi antara satu sama lain melalui komputer

menerusi internet (ISP – Internet Service Provider) dengan kaedah e-mail,

videoconferencing

• Telecommuting

• Sesuai untuk tugasan yang tidak memerlukan kehadiran seseorang secara fizikal

Komunikasi dalam era internet

Page 71: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

TEKNOLOGI maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya dapat membantu 

pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan

dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.   Pengurus

sekolah  tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat keputusan pada setiap hari

kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah. 

       

Hakikatnya  ICT sangat  membantu dan menolong  mereka  (pengurus sekolah) untuk

berfungsi dengan lebih cekap,  berkesan, mudah, cepat dan  membuat keputusan yang

baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar,  pelbagai

rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang

berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya.  Ini bersesuaian  dengan pendapat

Laudon dan Laudon  ( 1997 ) yang menyatakan  sistem maklumat dan komunikasi

adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan

maklumat  bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan

menganalisis.

        Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna

kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya  diproses, disimpan dan boleh

dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian

komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat

membantu pengurus sekolah  membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna

dalam perancangan, pemantauan dan kawalan.   

             Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, 

Page 72: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan

dianalisis  dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang

mudah membantu pentadbiran sekolah  mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada  dan

seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai

dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah

yang berbangkit.

 Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana

mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah.  Maklumat berkaitan pelajar

termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum,

disiplin,  sahsiah,  buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan

cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.  

      Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan

kerana sukar dicapai.  Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah  dapat

bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila

maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.

      Pengetua sebagai pengurus sekolah perlu membuat keputusan yang adil, bijak dan

menyenangkan staf dan guru-guru sekolah. Umpamanya dalam menentukan prestasi,

kecemerlangan,  dan peluang-peluang kenaikan pangkat,  suatu  rekod dan maklumat 

yang  lengkap   dan   kemaskini  amatlah diperlukan supaya keputusan penilaian itu tepat

dan tidak diragui.  Rekod-rekod sumbangan, penglibatan dan penghargaan yang diterima

dan tindakan proaktif yang positif boleh diperoleh dengan mudah melalui sistem

maklumat staf  yang ada yang membantu pengurusan sekolah membuat keputusan yang

Page 73: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

tidak membuta tuli.

      Selain itu  tugas pengurusan pejabat   yang berkaitan dengan pengurusan kewangan,

pengurusan stok, inventori, pembelian  dan pelupusan barang memerlukan satu sistem

yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting.  “Sistem

Sokongan Keputusan”  (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis  data

dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan. 

     Reigelath   (1987)  berpendapat  struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila

masyarakat  cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat.

Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan

peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan 

keseluruhan sistem  pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus

perkembangan ICT terkini.

       Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk

menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus

pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran 

memperolehi  maklumat  daripada   pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan

pengajaran ( P & P )  dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom,

cakera padat, video, komputer, komputer bimbit,  dan perisian-perisian aplikasi komputer

seperti    e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet,

perisian persembahan dan lain-lainnya.

     Menurut  Stair dan Reynolds  ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi

adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya  dengan

Page 74: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya

mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih

cekap.  Justeru  itu  pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan

kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan

memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi

perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.

      Kementerian Pendidikan  umpamanya  sebagai badan induk dunia pendidikan  telah

memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan

tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan KBSM. Di

samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat

dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi

suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan

segera kepada perubahan-perubahan ini.

     Dalam konteks sekolah kini,  kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan

peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk

kewangan sekolah,  sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan  (MIS) yang membolehkan capaian

mudah kepada data pelajar dan staf,  sistem  pengautomasian pejabat (OAS) untuk

meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan

menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini.   Selain itu satu aplikasi

komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan menggunakan

perisian  dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman buku.

      Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya  sama-sama bergerak

Page 75: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

seiring dengan arus  perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus,

pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan  dan berwibawa seperti mana pandangan 

Zarina Zakaria  ( 1998 ) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir  sekolah terhadap

sistem-sistem maklumat  dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan

impak yang besar kepada kejayaan sekolah.

     Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej.  Melalui

komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat

yang berguna untuk sebarang urusan.  Bentuk komunikasi  seperti surat-menyurat, memo,

fax, pesanan suara dan telefon  adalah menjadi kebiasaan di mana-mana.

     Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penguasaan kemahiran

komunikasi yang berasaskan teknologi terkini amat penting untuk dimanfaatkan

sepenuhnya oleh pengurusan sekolah  kerana ianya lebih memberi sumber maklumat

yang boleh diakseskan secara global  di samping ianya lebih cepat, lebih jelas dan

menarik.

     Proses-proses komunikasi boleh dikembangkan dan dipertingkatkan dengan bantuan

peralatan teknologi komunikasi tersebut.  Maklumat boleh diulang-ulang, boleh dihantar

dalam pelbagai keadaan dan bentuk seperti gambarajah dan carta serta diikuti dengan

kesan audio.   Sebagai contohnya, penggunaan e-mail berasaskan web memudahkan

pengurusan sekolah menerima mesej dan maklumat daripada pihak yang berkepentingan

dengan sekolah seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan sebagainya dengan

lebih lancar, jelas dan sempurna. 

      Di samping mendapat maklumat dengan cepat, maklumat-maklumat itu boleh

merangkumi bukan sahaja teks, malahan gambar, animasi, grafik dan audio juga boleh

Page 76: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

diperoleh.    Maklumat-maklumat boleh segera diperolehi melalui penggunaan internet

menerusi “File Transfer Protocol” , “World Wide Web” dan sebagainya  yang dapat

membantu organisasi sekolah mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan terkini.

        Hakikatnya  memang teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT) dapat

meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan

sekolah sebuah organisasi pembelajaran  dan mewujudkan persaingan yang sihat di

kalangan warga sekolah.  

Contoh,

Program E-SEKOLAH merupakan program pembangunan komuniti bagi sekolah-

sekolah di Malaysia. Program ini diperkenalkan oleh ENOV8 Infostructure Sdn. Bhd.

dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan kerajaan negeri yang bertujuan

untuk mendekatkan sekolah kepada komuniti (bringing schools closer to the community).

Pada keadaan di mana negara sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan,

keperluan untuk membangunkan sumber manusia menjadi semakin penting. ICT telah

terbukti menjadi bahan yang penting dan efektif di dalam proses pengurusan

pengetahuan, dari tahap rekaan kepada perkongsian, penyampaian dan perolehan

pengetahuan oleh generasi muda.

Salah satu objektif utama Program E-SEKOLAH ini adalah untuk menghasilkan satu

suasana pendidikan yang berguna untuk kitar hayat pengurusan pengetahuan yang

Page 77: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

lengkap (dari tahap rekaan kepada perkongsian, penyampaian dan perolehan

pengetahuan) melalui penggunaan pendekatan ICT yang praktikal, di mana ianya akan

menggabungkan sekolah, para guru dan pelajar serta ibu bapa ke dalam satu sistem

maklumat berpusat.

Dengan menawarkan satu sistem maklumat berintegrasi berasaskan web, melalui

Program E-SEKOLAH ini, sekolah dan guru-guru akan berupaya untuk merekod,

mengakses, melapor dan menguruskan maklumat para pelajar serta rekod pencapaian

mereka di mana sahaja dan bila-bila masa. Ini akan memberikan satu penyelesaian

pengurusan komprehensif yang berkesan, cekap, dan menguntungkan pihak sekolah.

Objektif teknologi diaplikasi di sekolah adalah untuk:

i) Menggalakkan Perkembangan Komuniti Berteraskan

Pengetahuan

Di dalam dunia komunikasi masa kini yang pesat berkembang, aktiviti capaian maklumat

dengan kerap merupakan proses yang penting di dalam keseluruhan sektor ekonomi.

Kini, masyarakat lebih berpengetahuan tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka

hanya dalam masa yang singkat. Pendidikan juga tidak terkecuali dalam menyesuaikan

diri dengan perubahan keadaan untuk memastikan perkembangannya bersesuaian dengan

perkembangan komuniti.

Ibu bapa pada masa kini mementingkan pendidikan anak-anak

mereka. Mereka menumpukan lebih perhatian kepada pendidikan

anak-anak mereka dan menginginkan kualiti yang terbaik daripada

Page 78: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

institusi pendidikan. Secara tidak sedar, keinginan ini

menyebabkan mereka mengharapkan sekolah untuk menawarkan

perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada komuniti. Oleh

kerana itu, ibu bapa menjadi lebih memilih di dalam hal

menentukan sekolah yang terbaik bagi anak-anak mereka dan

berdasarkan faktor inilah kini sekolah-sekolah perlu bertanding di

antara satu sama lain untuk menarik para pelajar ke sekolah

mereka.

ii) Menyediakan Satu Situasi Sistem Maklumat Berasaskan Web

Bagi Pengurusan Pengetahuan.

iii) Hhh

Keunikan Program E-SEKOLAH

Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam Program E-SEKOLAH akan mendapat akses ke

satu set aplikasi berasaskan web yang unik yang diintegrasikan ke dalam satu kumpulan

penyelesaian. Penyelesaian 8 dalam 1 yang pertama seadanya akan membekalkan para

guru dengan pendekatan terbaru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia akan

memberikan sumbangan kepada cara pengetahuan dihasilkan, disampaikan, dikuasai dan

dikongsi di antara para guru dan pelajar di dalam komuniti E-SEKOLAH.

Penghantaran maklumat melalui Internet atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Meningkatkan Produktiviti dan Kecekapan Guru

Page 79: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Alat komunikasi yang berkesan dan efisien- Penghantaran e-mel kepada ibu bapa,

pelajar, guru lain dan pentadbir sekolah .

Meningkatkan Produktiviti dan Tahap Kecekapan Sekolah

Memperbaiki pengurusan maklumat sekolah.

Pentadbir sekolah boleh mendapatkan akses kepada maklumat pengurusan, staf dan

pelajar dengan mudah.

Capaian secara terus kepada setiap maklumat terkini, membenarkan pentadbir

menganalisa sumber masalah dengan tepat seperti kecurian dan pembaziran sumber.

Mereka pelbagai jenis laporan dengan segera dengan capaian yang mudah.

Mendedahkan Pelajar Kepada Teknologi Pembelajaran Yang Terkini

Menyalurkan masa dengan melakukan aktiviti komputer yang berguna Contoh:

Berkongsi pendapat atau pandangan.

Page 80: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

 

Page 81: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

 

 Interaksi antara guru dengan guru

Interaksi antara pengetua dengan guru

Page 82: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Interaksi antara pengetua dengan kakitangan

Interaksi antara kakitangan sekolah dengan ibubapa dan masyuarakat

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH

Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang

menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu :

Faktor fizikal

Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan

Faktor bukan fizikal

Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau

faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor

masa.

6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI

Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi,

terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan

yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru.

Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi

mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah :

Page 83: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid

dalam satu kelas

Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan

Pendekatan individu

Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas,

kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranan-

saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan

secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru, seperti pengecilan

jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa

menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

 

14.0 KESIMPULAN

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang

sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu

mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini

kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh

berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media

massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial

Page 84: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan

keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

Istilah komunikasi kerap diperkatakan dan disebut apabila individu mengaitkan sesuatu

dengan perhubungan. Sama ada perhubungan tersebut berbentuk dua hala mahupun

sehala. Selain itu, ramai yang keliru apakah sebenarnya istilah komunikasi dalam

konteks perhubungan masyarakat. Ianya sering berkonflik dengan displin lain yang

seakan mempunyai maksud yang serupa tetapi lain pengertian. Justeru, sukar bagi

seseorang mengukur, menilai, menterjemah makna yang tepat bagi pengertian

komunikasi yang sebenar.

Umum mengetahui perhubungan sosial dalam masyarakat terbentuk dalam

komunikasi. Komunikasi juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan merangkumi

pelbagai aspek kehidupan. Dalam kehidupan juga terbentuk pelbagai macam dan tatacara

komunikasi bergantung pada budaya yang dianuti oleh individu. Individu juga tidak

terikat dengan pelbagai bentuk komunikasi yang boleh membelenggui kehidupannya.

Namun, dalam tingkat kehidupan ada hieraki tertentu memisahkan tahap-tahap

komunikasi antara budaya. Budaya juga mencorakkan bentuk komunikasi sesuatu kaum

sehingga mereka menjelmakan satu kaedah bagi memisahkan antara komunikasi

kemasyarakatan, keorganisasian dan lain-lain. Begitu juga terjadi bentuk komunikasi

Page 85: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

keagamaan yakni di antara hamba kepada penciptanya iaitu manusia berkomunikasi

kepada tuhannya iaitu Allah s.w.t. Garis penentu dan halangan komunikasi bergantung

kepada pemakaian dan cara mana diaplikasikan oleh individu tersebut sama ada ianya

berjaya mahupun sebaliknya.

 Dalam komunikasi mempunyai halangan yang mana tahap-tahapnya tidak serupa

tetapi tetap berlaku dan terjadi. Ini bergantung pada cara mana ianya disampaikan dan

cara mana pula ianya disalurkan kepada khalayak. Khalayak tidak mempunyai minda

yang serupa boleh menceduk setiap pengertian yang disampaikan melalui medium

komunikasi itu. Justeru, halangan inilah yang perlu diketahui dan dipelajari supaya

komunikasi yang dibentuk jelas, memberi manfaat dan menemui sasarannya. Mengikut

kamus Merriam Webster mengenai komunikasi sebagai:

 “a process by which information is exchanged between individuals through a common

system signs, or behavior, or exchange of information personal rapport or a technique for

expressing ideas effectively”

Ini jelas menunjukkan komunikasi adalah satu proses yang berterusan sebagai satu

pertukaran maklumat melalui pelbagai sistem lambang, tingkahlaku dan satu teknik

menyatakan pemikiran secara berkesan.

Page 86: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

Lampiran

Adakah anda pengucap yang efektif?

Tiada/Jarang Kadang-Kadang

Kebiasaan

Bertentang mata semasa berkommunikasi 1 2 3

Menunjukkan minat mendengar apa yang diperkatakan dengan manganggukkan kepala.

1 2 3

Tidak mangganggu semasa atau selepas rakan anda bercakap

1 2 3

Adakah anda menyoal soalan yang menarik menunjukkan anda berminat dengan apa diperkatakan?

1 2 3

Suara and ajelas, mudah didengari dan difahami oleh semua.

1 2 3

Adakah anda memberi perhatian kepada yang tidak bersuara?

1 2 3

Adakah anda pasti percakapan anda melibatakan dua hala atau hanya anda yang bercakap dan mendengar?

1 2 3

Adakah anda menghargai orang lain? 1 2 3

Anda cuba mengelak daripada menunjukkan tanda-tanda tidak menggemari percakapan seperti menguap walaupun percakapan tidak diminati.

1 2 3

Adakah anda mendapat kepastian terhadap sesuatu yang tidak pasti seperti yang deperkatakan?

1 2 3

Page 87: 14006405 Komunikasi Berkesan Edit

**************hasni, tey here. Pls put all d model as d appendix cz I lost d file tht u

forward 2 me.. thanks….Norhan said bibiografi very important, v hv 2 put it in as many

as possible…..