179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

12
APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara spontan, automatis dan terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai pergerakan badan. Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa dalam kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan. Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley (1973) menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan perasaan-perasaan yang bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan pergerakan ini berterusan walaupun selepas kanak-kanak sudah mencapai kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan daripada pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi spontan dan membayangkan perasaan peribadi individu tersebut. Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan bahawa “Pergerakan merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menggunakannya untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama mereka sendiri, alam, keadaan dan objek” (m.s. 4). Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kank-kanak, muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka bergerak.

Transcript of 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Page 1: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

APRESIASI MUZIK DALAM PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara

simbolik melalui perlakuan atau aksi individu yang boleh berlaku secara spontan, automatis dan

terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagai

pergerakan badan.

Bentuk perhubungan kita yang pertama adalah melalui pergerakan (biarpun semasa dalam

kandungan). Setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik dan mempunyai cara mereka yang

tersendiri untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan.

Pergerakan adalah satu kaedah untuk melahirkan perasaan-perasaan. Yardley (1973)

menunjukkan bahawa pergerakan adalah cara utama untuk mengeluarkan perasaan-perasaan yang

bersemadi dalam jiwa kanak-kanak dan penggunaan pergerakan ini berterusan walaupun selepas

kanak-kanak sudah mencapai kemajuan dalam kemahiran bercakap. Beliau juga menegaskan

bahawa pergerakan fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan emosi dengan lebih berkesan

daripada pengucapan kata-kata. Kerap kali ekspresi perasaan seseorang individu melalui

pergerakan fizikal adalah tidak kreatif dan dilakukan bukan secara sedar tetapi spontan dan

membayangkan perasaan peribadi individu tersebut.

Fleming (1976) telah mengemukakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri

yang sama. Kedua-dua gejala ini tidak boleh dipisahkan. Ia menyatakan bahawa “Pergerakan

merupakan perantaraan sejagat bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menggunakannya

untuk melahirkan reaksi kepada kita, sesama mereka sendiri, alam, keadaan dan objek” (m.s. 4).

Respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran

di bilik darjah kerana dalam dunia kank-kanak, muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan. Ia

adalah sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka bergerak.

Page 2: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Definisi Pergerakan Kreatif

Kreativiti merupakan satu konsep penting dalam pendidikan kanak-kanak daripada

pelbagai kelompok umur. Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan imaginatif serta tidak

mudah untuk dihalang daripada melahirkan perasaan (dalam bentuk pergerakan). Ciri-ciri ini (ingin

tahu, imaginatif dan melahirkan perasaan) dijadikan sebagai asas untuk menyediakan pengalaman-

pengalaman pergerakan yang akan membantu mereka memperkembangkan sifat-sifat keindividuan

mereka yang unik.

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk pernyataan kendiri yang unik. Dengan lain

perkataan, setiap individu menggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran, idea

atau perasaannya. Tujuannya antara lain ialah untuk berhubung. Komponen pergerakan kreatif

terdiri daripada badan, ruang, masa dan daya (atau tenaga). Pergerakan kreatif adalah

interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui

pergerakan (Salmah Ayob, 1992). Pergerakan kreatif bukanlah satu siri “langkah” atau “rutin”

yang diajar dan dikenakan kepada pelajar oleh guru. Dunkin (1998) menyatakan bahawa,

Apabila memperkatakan tentang pergerakan kreatif, bagi setengah orang akan

membayangkan di fikiran mereka gambaran penari-penari yang menari mengikut rentak muzik

dengan menggunakan selendang atau sebagainya. Pada hakikatnya, pergerakan kreatif adalah

lebih dari itu kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang memerlukan pertimbangan dan

persediaan yang secukupnya seperti yang dilakukan terhadap kursus geraktari yang lain. (m.s.31)

Pergerakan kreatif mendedahkan hubungan-hubungan antara dalaman kendiri dan realiti

luaran. Ia mempertajamkan daya persepsi dan membuat manusia lebih peka terhadap apa yang

mereka dengar, rasa dan lihat. Peranan pergerakan kreatifadalah untuk mendedahkan kanak-

kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni. Pendidikan bentuk ini membolehkan

kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman,

mengintegrasikan motor dan kognitif, meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan

dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan muzik.

Pergerakan kreatif dapat memenuhi dan membantu mencapai matlamat-matlamat

perkembangan individu, membantu membina tubuh badan, meransang daya imaginasi dan

mencabar keupayaan intelek, membantu menyemai apresiasi terhadap keindahan dan memantap

serta memperhaluskan sifat-sifat emosi.

Page 3: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Pertimbangan Penting Dalam Pergerakan Kreatif

Dalam kebanyakkan budaya, aktiviti-aktiviti geraktari merupakan sebagai suatu bentuk

seni dan rekreasi. Ia terus memainkan peranan penting dalam masyarakat. Dalam kurikulum

pendidikan di sekolah, aktiviti-aktiviti pergerakan adalah penting dalam membina keupayaan

mengawal gerak-geri fizikal dan sebagai landasan untuk melahirkan perasaan dalaman serta daya

kreativiti. Kanak-kanak pada umumnya mempunyai minat semulajadi terhadap rentak irama dan

pergerakan mereka sering memperlihatkan unsur-unsur dan gaya berirama. Bagaimana kualiti-

kualiti tersebut dapat dimantapkan dengan lebih intensif lagi bergantunglah kepada sejauh mana

kesempatan diberikan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melahirkan citarasa

mereka melalui aktiviti pergerakan.

Beberapa pertimbangan penting perlu diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran

pergerakan kreatif. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah seperti berikut :

a) Tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea.

Penggunaan tubuh badan sebagai alat mencurahkan perasaan dan idea adalah konsep

penting dalam pergerakan kreatif.

b) Penggunaan bahan Rangsangan.

Bahan ransangan seperti muzik, suara, gambar, reka bentuk atau grafik, lukisan, riben dan apa

sahaja objek yang digunakan untuk memperkembangkan daya imaginasi murid. Jika bahan

rangsangan yang bersesuaian, menarik dan berkesan digunakan untuk sesuatu peringkat usia dan

jantina yang dipilih, maka adalah mudah bagi murid memberi tindak balas untuk sesuatu

pergerakan kreatif.

c) Daya Cipta Kreatif.

Kebebasan dalam mencurah atau melahirkan perasaan dan idea menggalakkan daya cipta

kreativiti. Tindak balas yang berbeza dalam setiapbentuk pergerakan terhadap rangsangan yang

diberikan menunjukkan daya cipta kreatif. Ini dapat dilihat dalam jenis-jenis pergerakan yang

ditunjukkan.

d) Kesedaran Ritma.

Page 4: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Kesedaran ritma dicapai melalui rangsangan bunyi atau suara. Tetapi ritma semulajadi dalam

pergerakan adalah satu daya kreatif.

e) Semangat Berkumpulan.

Aspek perkaitan atau perhubungan di antara satu sama lain adalah satu konsep penting dalam

pergerakan kreatif terutama perkaitan antara seorang individu dengan pasangan atau

kumpulannya. Selain daripada kedudukan dan bentuk fizikal, perkaitan ini dilihat dalam bentuk

pengucapan atau luahan perasaan dengan semangat berkumpulan semasa melakukan pergerakan.

f) Olahan Kreatif

Pergerakan kreatif yang terancang (koreagraf) yang dihasilkan bersama-sama oleh murid-murid

dalam satu kumpulan, bertindak sebagai komunikasi idea individual. Rangkaian pergerakan yang

dihasilkan merupakan olahan kreatif berasaskan sesuatu tema atau sub tema sangat diberi

tumpuan. Olahan kreatif ini dapat dipersembahkan secara individu atau berkumpulan.

g) Persembahan dan Penilaian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif, persembahan dan penilaian pergerakan

atau olahan kreatif digalakkan. Kedua-dua aktiviti merupakan tugasan yang diberi oleh guru.

Pemerhatian aktif untuk penilaian atau refleksi atau kritik sangat digalakkan di mana murid

dikehendaki memerhati atau menilai sesuatu untuk penambahbaikan.

Penerokaan Bunyi

Pergerakan kreatif pada umumnya adalah berkaitan dengan ekspresi idea, perasaan,

emosi dapat disalurkan kepada murid dalam aktiviti berbentuk permainan. Semasa bermain murid

berasa bebas untuk terlibat mengikut cara mereka tersendiri, menginterpretasi tugasan yang

diberi mengikut kefahaman mereka sendiri dan memberi peluang kepada mereka mencuba

langkah-langkah yang boleh mereka fikirkan tanpa batasan dan had yang ditetapkan oleh guru.

Pergerakan kreatif memberikan kebebasan menggunakan anggota badan dengan memanipulasikan

pengalaman sedia ada untuk meluahkan perasaan. Ia boleh dilakukan di mana sahaja. Seterusnya

ia dapat meningkatkan tahap kesediaan murid dengan mempertingkatkan tahap interpretasi ritma

dan kordinasi anggota badan.

Iringan Untuk Aktiviti Pergerakan Kreatif

Page 5: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Ada pelbagai jenis iringan yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti pergerakan

kreatif. Muzik merupakan jenis iringan yang pertama biaanya digunakan dalam aktiviti tersebut.

Muzik daripada bahan-bahan multimedia seperti audio cd/vcd/dvd, rakaman kaset adalah mudah

diperolehi. Anda seharusnya mendengar terlebih dahulu semua muzik dan membuat keputusan

sama ada muzik-muzik yang didengari itu sesuai atau tidak untuk digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran yang telah dirancang.

Muzik popular merupakan satu lagi sumber untuk iringan. Biasanya muzik instrumental

adalah lebih sesuai, walaubagaimanapun sesetengah lagu berserta lirik juga sesuai. Harp, gamelan,

loceng, alat-alat muzik yang menggunakan arus angin dan alat-alat lain, menawarkan latar

belakang muzik yang menarik untuk menciptapergerakan kreatif.

Muzik tradisional di Malaysia juga boleh dijadikan muzik itingan untuk aktiviti-aktiviti

pergerakan kreatif. Kebanyakkan daripada muzik tradisional itu mempunyai rentak yang

sederhana dan baik disamping memperkenalkan muzik Malaysia kepada murid-murid.

Iringan alat-alat muzik paluan termasuk gendang, alat-alat perkusi, tepukan atau

sebarang alat yang mengeluarkan bunyi apabila dipalu juga biasa digunakan dalam aktiviti

pergerakan kreatif. Alat-alat ini juga boleh dihasilkan sendiri oleh murid-murid dengan

menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kayu, tin-tin kosong, bekas-bekas plastik dan

sebagainya. Pemilihan iringan seharusnya menarik dan boleh mewujudkan suasana

menggembirakan di dalam kelas.

Props dan Penggunaan Rangsangan-rangsangan Lain Dalam Pergerakan Kreatif

Penggunaan props adalah satu cara yang baik untuk memperkenalkan pergerakan kreatif

kepada murid-murid. Props mencakupi objek-objek yang boleh diuruskan dan dimanipulasi oleh

seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Uncang-uncang kacang, skaf, reben, gelang rotan,

belon dan sebagainya adalah beberapa contoh props yang boleh digunakan untuk membentuk pola-

pola pergerakan yang menarik selari dengan penggunaan ruang. Dengan menggunakan props,

murid-murid akan mempelajari cara-ara memanipulasikan props dan menjalin hubungan dengannya

dan juga kepadanya.

Deria-deria penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran dapat memberi

rangsangan-rangsangan yang boleh dijadikan asas untuk aktiviti kreatif. Rangsangan ideasional

dan emosional juga menjadi saluran-saluran untuk pernyataan kreatif. Alam semulajadi dan

Page 6: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

persekitaran; mud dan emosi; hubungan manusia, peristiwa-peristiwa bersejarah, legenda atau

peristiwa-peristiwa semasa dan juga sastera boleh bertindak sebagai rangsangan untuk

pergerakan. Aktiviti pergerakan menyeluruh boleh dibentuk berdasarkan perasaan riang, sedih,

marah, takut atau emosi-emosi lain.

Carta, simbol dan gambarajah juga boleh digunakan untuk mengorganisasikan pergerakan

kreatif. Simbol-simbol bertulis dan juga corak-corak merupakan satu lagi rangsangan untuk

memperkembangkan lagi idea pergerakan kreatif. Bahasa, baik dalam bentuk bertulis mahupun

lisan, mengandungi ritma dan emosi yang boleh digunakan sebagai rangsangan untuk aktiviti

pergerakan kreatif. Rima kanak-kanak, puisi, lagu-lagu rakyat dan kata-kata boleh digabungkan ke

dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan kreatif. Semuanya berdasarkan kreativiti guru

untuk mengolahkannya menjadi satu pergerakan yang menarik.

MUZIK DENGAN PERGERAKAN

Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada murid menggunakan tubuh badan

sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan

semua anggota badan untuk melhirkan ekspresi diri melalui ransangan muzik yang didengar sambil

memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Pergerakan dapat diperindahkan dan

menjadi lebih menyeronokkan jika diiringi dengan alunan muzik. Proses pergerakan tersebut

dapat meningkatkan lagi kepekaan, daya imaginasi dan kreativiti murid untuk mencapai

pembelajaran yang optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Muzik merupakan satu cabang untuk perkembangan karier individu. Sebagaimana muzik

begitu juga dengan tarian. Di samping itu tarian etnik, tarian tradisioal, tarian istana mahupun

tarian kreatif menggunakan muzik bagi mengiringi jenis-jenis tarian tersebut. Oleh yang

demikian semestinya tujuan murni ini dipastikan pelaksanaannya di sekolah-sekolah di Malaysia

sebagai cabang kerjaya kelak.

Pergerakan-pergerakan Asas

Pergerakan merangkumi gerak laku lokomotor dan bukan lokomotor.

Pergerakanpergerakan bukan lokomotor dilakukan setempat dan tumpuan diberi kepada

keseluruhan tubuh badan, iaitu :

Membongkok - menggerakkan bahagian badan ke depan supaya menghadap ke lantai.

Meregang - pemgembangan penuh sebarang bahagian badan.

Page 7: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Memulas - sesuatu bahagian badan bergerak dengan memusing mengelilingi satu pusat

(berputar).

Berpusing - seluruh badan bergerak mengelilingi satu pusat (berkisar ke kiri, ke kanan, ke

depan dan ke belakang).

Menaik - menaikkan badan dari tempat (posisi) yang rendah ke tempat yang tinggi

(contohnya daripada posisi baring di atas lantai kepada dudk dan seterusnya berdiri).

Merebah - menurunkan badan dari tempat yang tinggi kepada tempat yang rendah.

Menghayun - menggerakkan satu bahagian tubuh badan dalam bentuk bulatan.

Satu daripada tujuan program muzik dengan pergerakan di pra sekolah ialah untuk membantu

kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada

mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu

tempat ke tempat yang lain. Pergerakanpergerakan lokomotor dilakukan dengan cara menggerak

dan membawa badan melalui ruang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Contoh-contoh

pergerakan lokomotor ialah :

Berjalan - pergerakan badan yang menunjukkan arah dengan memindahkan berat badan

dari satu kaki ke satu kaki yang lain. Langkahnya adalah lebih perlahan dari berlari.

Berlari - pergerakan badan yang menunjukkan arah, maju dengan langkah yang lebih cepat

dari berjalan.

Meloncat / Melonjak - lanjutan dari pergerakan berlari.

Melompat - melonjak dan mendarat dengan dua belah kaki.

Berskip - pergerakan badan yang menunjukkan arah atau haluan. Mula melangkah dan

meloncat dengan menggunakan kaki yang sama. (Melangkah dan melompat dengan kaki

kanan, selepas itu teruskan melangkah dan melompat dengan kaki kiri). Teruskan

pergerakan dengan menyelang-nyelikan kaki kiri dan kanan. Ini akan menghasilkan ritma

yang tidak sama.

Bergalop - kaki ke depan dengan pola kaki langkah bersama. Kaki yang sama mendahului

setiap pola pergerakan dan diikuti dengan kaki yang satu lagi. Ini menghasilkan satu ritma

yang tidak sama.

Kedua-dua jenis pergerakan asas di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan

pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan

tinggi-rendah bunyi dan kontur bunyi. Pergerakan bukan lokomotor dan lokomotor juga merupakan

asas kepada pergerakan kreatif di mana kanakkanak dapat memanfaatkan penggunaan otot kasar

Page 8: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

dan otot halus dalam melakukan sesuatu aktiviti-aktiviti pergerakan. Otot-otot kasar

dan otot halus perlu diperkembangkan dan dimatangkan terlebih dahulu untuk

meningkatkan tahap kesediaan kanak-kanak. Melalui pergerakan, kanak-kanak belajar

bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung. Mereka akan belajar pelbagai domain

iaitu psikomotor, kognitif dan efektif. Melalui akitviti ini juga mereka akan dapat mempelajari

tentang diri sendiri, iaitu:

Apa yang mampu dilakukannya ?

Bagaimana seseorang itu boleh mengawal diri ?

Bagaimana kita dapat mengawal sesuatu yang berada di sekeliling kita ?

Bagaimana kita dapat menyesuaikan dan menghubungkan diri kita dengan alam

sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan tidak bernyawa) ?; dan

Bagaimana kita dapat melahirkan perasaan dan idea?

TIP PERGERAKAN

SOALAN BERIKUT BOLEH MEMBANTU MERANCANG PERGERAKAN KREATIF

1. Apakah yang patut digerakkan ?

2. Ke mana badan atau bahagian badan dapat digerakkan ?

3. Dengan siapa melakukan aktiviti ini ?

4. Dengan apa anda menggerakkan anggota badan anda?

5. Bagaimana bahagian badan anda boleh bergerak ?

Jenis-jenis Pergerakan

Berjalan Berpusar Bergalop Buat bulatan Berguling

Berlari Berayun Membengkok Memantul Skip

Meluncur Menggelonsor Mengusap Merayap Ketingting

Menarik Tepuk tangan Petik jari Meregang Merangkak

Bergolek Mengetuk Menolak Melompat Menghayun

Berbuai-buai

Page 9: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Eurhythmics

“Eurhythmics” telah diperkenalkan oleh seorang pendidik muzik yang terkenal Emile

Jaques-Dalcroze. Beliau telah memperkenalkan satu pandangan yang unik dalam pendidikan muzik

pada zamannya iaitu muzik adalah berasaskan irama yang boleh didapati daripada irama

semulajadi tubuh badan manusia.

Asas pendekatan eurhythmics ialah untuk menghayati ritma melalui pergerakan badan.

Denyutan jantung dan pernafasan manusia merupakan ritma semulajadi manusia. Kanak-kanak

akan bertindak balas terhadap muzik melalui pergerakan badan iaitu menepuk dan menari.

Pergerakan ritma secara semulajadi merupakan satu kaedah asas dalam kelas permulaan

pembelajaran eurhythmics. Mengikut Dalcroze, guru-guru tidak boleh mempelajari kaedah

muzikal dari buku-buku dan skor muzik. Penglibatan diri dalam kelas-kelas latihan adalah satu

cara yang paling berkesan untuk mempelajari kaedah muzikal. Sambutan terhadap muzik dan

kebolehan untuk melahirkan perasaan dalam muzik tidak boleh dipelajari melalui buku. Pengalaman

muzik itu adalah sangat penting seperti mana seseorang kanak-kanak belajar merangkak dan

kemudiannya dapat berjalan.

Eurthythmics bermula dengan pergerakan spesifik dan biasa iaitu skip, berlari, berjalan,

menghayun dan sebagainya. Dalam aspek eurthythmics, kita boleh menggalakkan individu untuk

bertindak balas kepada kedua-dua ritma dan dinamik. Setiap konsep ini bergantung sepenuhnya

pada pergerakan dan kekuatan tubuh badan. Pertukaran dalam tempo dan dinamik boleh

dilahirkan melalui pergerakan tubuh badan. Tempo yang mudah ditunjukkan dengan pergerakan

badan iaitu cepat dan lambat dan variasi di antaranya. Tahap dinamik pula boleh dilahirkan melalui

badan. „Perlahan‟ boleh ditunjukkan dengan pergerakan yang kecil, manakala „kuat‟ boleh

ditunjukkan dengan pergerakan yang besar. Kedua-dua idea boleh digabungkan dengan

pergerakan murid untuk menunjukkan kedua-dua „cepat‟ (tempo) dan „perlahan‟ (dinamik).

Dalcroze bermula dengan konsep yang mudah dan menambahkan konsep-konsep lain ke atas

konsep ini. Kombinasi pelbagai elemen dalam muzik menggalakkan murid melahirkan konsep secara

semulajadi supaya mereka dapat pengalaman apakah sebenarnya muzik.

Mengikut kajian Dalcroze, tahap pembelajaran berkaitan dengan elemen atau konsep

muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk, tempo dan lain-lain dalam kalangan murid telah

meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti pergerakan dengan muzik. Ia boleh memantapkan

Page 10: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

persepsi pendengaran (aural) individu untuk diterjemahkan kepada gerakan yang sesuai dan

kreatif yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik dalam kalangan murid.

Eurthythmics memerlukan penglibatan individu secara total atau menyeluruh. Ia

melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara menyeluruh di mana individu

perlu :

mendengar

merasai

berimaginasi kuat (strong imagination)

menginterpretasi bunyi

bertindak / respon / bergerak

Untuk membayangkan maksudnya secara luaran. Badan dijadikan alat untuk mempamerkan

interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta gerakan badan yang bertindak

berpandukan ransangan/stimulus dalam bentuk bunyi, gerak isyarat (signal), lisan seperti

perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian. Antara

perkara penting yang boleh diinterpretasikan ialah :

lagu yang berasaskan lirik

unsur / konsep muzik contoh; irama, tekanan, detik, sinkopasi, perbezaan pic,

kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk, yang terkandung dalam muzik sedia ada

dan darinya jika interpretasinya itu disusunkan secara terurus boleh

menghasilkan satu bentuk koreografi yang kreatif.

Tujuan eurthythmics ialah supaya murid mendengar, menganalisis, menghayati dan

menjadikannya satu cabang muzik. Tubuh badan menjadi satu alat muzik semulajadi yang paling

utama.

Aplikasi Konsep Muzik Dalam Pergerakan

a) Irama

Menepuk patah perkataan atau sukukata dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang mudah

sambil menyanyi.

b) Meter dan tekanan

Page 11: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Gunakan meter lazim dua dan empatan dahulu kemudian meter tigaan. Skip, bergalop dan hayun

untuk meter tak lazim (6/8).

c) Melodi

Gunakan pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya bunyi pic

lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan sama. Kelak dapat ditunjukkan bunyi tertinggi

atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang lebih luas, juga dapat menunjukkan kontur

melodi menggunakan tangan atau kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.

d) Bentuk

Pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa. Kemudian murid boleh

skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa lagu.

e) Harmoni

Dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat diilustrasikan dalam

bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.

f) Ekspresi

Pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit bila muzik lembut (soft)

dan hentak kaki bila ia kuat. Bergerak cepat dan lambat untuk menunjukkan perubahan tempo dan

pergerakan badan atau mimik muka untuk menunjukkan mud.

g) Warna ton

Pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe.

h) Jalinan

Pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau fomasi. Terdapat lima

jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari mudah kepada

yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut :

Gerakan mengikut lirik lagu

Gerakan mengikut konsep muzik

Interpretasi muzik dengan gerakan

Page 12: 179796931 Nota Prm 3102 Apresiasi Muzik Prasekolah Docx

Gerakan bebas dengan muzik; dan

Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik

RUMUSAN MUZIK DENGAN GERAKAN !!!