1m1sass

9
Soalan 1 (a) Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Perlaksanaan dasar ini memerlukan setiap murid untuk menyertai sekurang – kurangnya satu sukan. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Sukan untuk semua juga betujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan muhibah dikalangan murid – murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat serta memupuk semangat persaingan secara sihat di kalangan murid – murid. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

description

SUKAN

Transcript of 1m1sass

Page 1: 1m1sass

Soalan 1 (a)

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu

aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong perlaksanaan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi,rohani dan intelek. Perlaksanaan dasar ini memerlukan setiap murid untuk menyertai

sekurang – kurangnya satu sukan. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk

membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat

sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina

kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Sukan untuk semua juga betujuan untuk

memupuk semangat perpaduan dan muhibah dikalangan murid – murid. Bagi Sukan untuk

Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di

bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain

yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Ianya bertujuan untuk mencungkil bakat serta

memupuk semangat persaingan secara sihat di kalangan murid – murid. Oleh hal yang

demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan

mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini

selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1

Malaysia.

Sekolah pula adalah satu institusi yang bertangungjawab untuk melahirkan individu

seperti yang dikehendaki oleh falsafah kebangsaan. Sekolah yang cemerlang adalah sekolah

yang mempunyai pengurusan yang cemerlang di mana pengurusan yang cemerlang pula perlu

meliputi beberapa aspek yang diantaranya ialah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Namun begitu terdapat banyak salah anggap terhadap fungsi sekolah antaranya adalah

dengan menganggap bahawa sekolah hanyalah satu institusi untuk perkembangan kognitif

semata-mata di mana masyarakat lebih menitik beratkan aspek kurikulum berbanding

kokurikulum. Justeru kerajaan telah menetapkan dalam dasar 1 Murid 1Sukan memerlukan

setiap individu dikalangan warga sekolah yang terdiri daripada guru dan murid untuk melihat

bahawa sukan adalah satu elemen yang penting untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan

cergas. Pihak sekolah kini telah menghantar guru-guru untuk menghadiri kursus-kursus

berkaitan dengan program ini yang mana guru-guru yang menjadi wakil sekolah akan pulang

ke sekolah setelah tamat kursus untuk membuat kursus dalaman pula kepada guru-guru di

sekolah masing-masing. Ini adalah bertujuan supaya matlamat kerajaan untuk melaksanakan

Page 2: 1m1sass

program 1Murid 1Sukan ini dapat dicapai dan seterusnya dihayati. Dengan cara ini juga,

masalah guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sukan dapat dikurangkan. Ini

adalah kerana guru merupakan penggerak utama dalam melaksanakan semua dasar-dasar

pendidikan kerajaan.

Berdasarkan temubual didapati bahawa pihak sekolah telah menjalankan sebanyak

tiga puluh lima aktiviti termasuk perjumpaan kokurikulum dan program dalaman.

Perjumpaan kokurikulum khas untuk sukan yang dijalankan setiap hari Khamis bermula dari

pukul 7.40 hingga 8.40 pagi ( 1 jam ) telah dilaksanakan sepanjang tahun persekolahan. Di

antara sukan permainan yang dijalankan di sekolah saya ialah permainan bola sepak , bola

jaring , bola baling , bola tampar , badminton dan sepak takraw. Manakala, sukan dalaman

yang dijalankan pula ialah bowling dan catur. Murid-murid dibahagikan mengikut minat dan

kuota yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran yang dikawal selia oleh Penolong Kanan

Kokurikulum dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Murid- murid di sekolah saya yang

diwajibkan untuk menyertai sukan permainan kokurikulum terdiri daripada murid-murid dari

tahun 3 hingga tahun 6. Bilangan murid yang ada di dalam setiap sukan permainan diagihkan

sama banyak. Ini adalalah sesuai dengan strategi pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan yang

disarankan oleh pihak kementerian yang mahu pihak sekolah mengadakan tinjauan untuk

mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Selaian itu , tinjauan untuk mengenal

pasti minat dan kemahiran guru juga telah di laksanakan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Pihak pengrurusan pentadbiran sekolah saya juga telah bermesyuarat bagi melantik

guru yang bakal dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar ini. Pihak yang

bertanggungjawab untuk merancang program di sekolah ialah Penolong Kanan Kokurikulum

dan Penyelaras Sukan dan Permainan. Satu jawatankuasa khas juga ditubuhkan bagi

membantu pihak pengurusan sekolah. Jawatankuasa tersebut ialah Setiausaha Kokurikulum,

Guru Penasihat Rumah Sukan, serta Guru Penasihat Kelab dan Permainan. Ini adalah sesuai

dengan surat siaran yang telah diedarkan keseklah-sekolah mengenai perancangan dan

pelaksanaan program sukan sekolah.

Program 1 Murid 1 Sukan telah dimulakan pada tahun 2011. Justeru, pihak sekolah

telah memulakan program Larian 1 Malaysia sebagai acara perasmian Program 1 Murid 1

Sukan. Larian 1 Malaysia ini melibatkan semua murid dan guru-guru. Larian telah dimulakan

di tapak perhimpunan dan berakhir di padang sekolah. Semua yang terlibat telah

melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Objektif larian tersebut telah tercapai

mengikut objektif yang telah ditetapkan. Manakala , pada tahun 2012 pihak sekolah telah

Page 3: 1m1sass

mengadakan program Senamrobik 1 Malaysia. Seperti Program Larian 1 Malaysia ia juga

melibatkan semua warga sekolah. Program ini juga didapati mencapai objektif yang

disasarkan. Selain itu, program ini dapat memupuk dan membudayakan bersukan unutk

kesihatan di kalangan warga sekolah. Ini selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan yang

berhasrat untuk meningkatkan kecergasan jasamani , memupuk perpaduan di antara kaum

dan membentuk budaya sukan di kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.

Selain program perdana tersebut , pihak sekolah telah meneruskan program yang

sering diadakan pada setiap tahun iaitu Pertandingan Merentas Desa dan Kejohanan Balapan

dan Padang Peringkat Sekolah. Pertandingan Merentas Desa telah diadakan pada bulan Mac

setiap tahun. Larian merangkumi laluan sejauh 2.6 kilometer. Larian diadakan bermula dari

dalam kawasan sekolah serta melalui beberapa taman perumahan yang berdekatan dengannya

dan berakhir di kawasan sekolah semula. Ketika Pertandingan Merentas Desa ini diadakan

terdapat ramai pihak dilibatkan bersama melalui kerjasama diantara JKKK kawasan terlibat ,

PDRM dan JPAM. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah menjayakan program

ini. Faktor keselamatan amat dititibertakan terutamanya apabila murid perlu melalui kawasan

berisiko kemalangan.Oleh itu, penglibatan pihak luar amat diperlukan. Selaras dengan prinsip

Dasar 1 Murid 1 Sukan yang menggalakkan ibu bapa dan agensi luar menyumbang kepada

pembangunan sukan sekolah. Disamping itu , ia amat dekat dengan prinsip pelaksanaan

1Murid 1 Sukan yang memerlukan pihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan murid

semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah di mana segala prosedur

dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil dan dipatuhi bagi mengelakkan sebarang

kecelakaan.

Selain Larian Merentas Desa, Kejohanan Balapan dan Padang juga telah melibatkan

semua murid bermula dari tahun 3 hingga tahun 6. Murid-murid telah dibahagikan mengikut

rumah sukan masing-masing. Rumah- rumah sukan terlibat ialah Rumah Merah , Rumah Biru

, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Setiap murid dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu.

Kelas 1 ( murid tahun 6 ) , Kelas 2 ( murid tahun 5 ) dan Kelas 3 ( murid tahun 3 dan 4 ). Di

antara acara padang yang dijalankan ialah lompat jauh , lompat tinggi dan lontar peluru.

Manakala acara balapan yang diadakan ialah 100 meter , 200 meter , 4 x 100 meter dan 4 x

200 meter. Sebelum kejohanan balapan dan padang diadakan latihan rumah sukan diadakan

pada setiap hari Khamis waktu kokurikulum yang pada kebiasaanya diadakan sebanyak

empat kali. Latihan ini melibatkan semua rumah sukan. Latihan diadakan dengan

mengadakan giliran acara latihan. Contohnya, pada satu-satu masa rumah merah menjalankan

Page 4: 1m1sass

acara padang-lontar peluru , rumah biru – lompat jauh , rumah hijau – lompat tinggi dan

rumah kaning- acara balapan secara serentak. Ia bertujuan mengelakkan kesesakan sewaktu

mengadakan latihan rumah sukan. Acara-acara yang terlibat dalam latiahan rumah sukan juga

adalah merupakan acara yang diambil untuk Sukantara Sekolah. Setiap murid akan

memberikan mata kepada rumah yang diwakili dengan hanya mengambil bahagian dalam

satu-satu acara. Murid yang melepasi tahap dalam sesuatu acara (yang ditetapkan ) akan

menyumbangkan mata yang lebih kepada rumah sukan masing-masing. Dengan cara ini

adalah diharap agar murid lebih bersemangat untuk menyertai acara sukan serta lbih

bersemangat dalam membantu rumah yang mereka wakili memenangi pertandingan. Ia juga

dapat menyemai semangat persaingan secara sihat di kalangan murid-murid dan guru-guru.

Ini sesuai dengan objektif Dasar 1 Murid 1 Sukan ingin membentuk sahsiah , jati diri ,

disiplin dan nilai murni.

Penglibatan murid di sekolah ini adalah di tahap yang membanggakan . Bakat-bakat

sukan juga dapat dicungkil semasa kejohanan ini di adakan. Hasilnya , sekolah telah dapat

menghantar peserta yang berbakat ke Kejohanan Olahraga MSSPP. Buktinya terdapat murid

yang berjaya memperolehi pingat bagi acara padang dan balapan. Ini selaras dengan

matlamat Dasar 1 Murid 1 Sukan dimana setiap murid yang berbakat dan berpotensi untuk

digilap ketahap yang lebih tinggi.

Pihak sekolah juga telah merancang beberapa program seperti Karnival Futsal untuk

murid lelaki dan Karnival Bola Jaring untuk murid perempuan. Karnival ini telah melibatkan

semua murid tahun 3 hingga tahun 6. Ia dijalankan dengan melibatkan pertandingan di antara

rumah sukan. Program ini memberikan peluang dan pengalaman sebenar kepada murid untuk

bermain permainan khususnya futsal dan bola jaring. Selain dari teori dan latihan praktikal

yang diadakan pada setiap hari Khamis waktu kokurikulum ini memberikan peluang kepada

murid untuk mengaplikasikan teori dan latihan praktikal yang telah dipelajari. Di samping

itu, ia memberikan peluang kepada guru untuk mencungkil bakat murid bagi permainan

tersebut. Ini akan memudahkan guru sukan dan permainan untuk membentuk pasukan

sekolah bagi permainan tersebut. Ini adalah sesuai dengan prinsip Dasar 1 Murid 1 Sukan

yang mengutamakan penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memerlukan perkembangan yang seimbang dari segi

intelek , rohani , jasmani dan emosi.

Page 5: 1m1sass

Pihak sekolah telah mengadakan satu bentuk tindakan yang rasmi bagi memastikan

penglibatan semua murid. Oleh itu, pihak sekolah telah mengadakan borang kehadiran bagi

mengelakkan masalah ponteng. Jika terdapat murid yang tidak melibatkan diri dengan aktiviti

yang telah dirancang , murid tersebut akan dipanggil untuk di soal siasat. Murid tersebut juga

akan diminta memberikan surat rasmi sebagai bukti ketidakhadiran mereka. Manakala jika

terdapat murid yang mempunyai masalah kesihatan , murid tersebut juga diminta

mengemukakan dokumen kesihatan. Pihak sekolah juga sentiasa menjelaskan faedah yang

akan murid perolehi jika mereka terlibat dengan aktiviti kokurikulum dengan aktif.

Contohnya, prospek untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Hadiah dan sijil penghargaan

juga diberikan kepada murid yang terlibat.Dengan ini murid akan lebih bersemangat untuk

menyertai program yang dijalankan. Ini sesuai dengan sistem penilaian yang berasaskan

kehadiran , jawatan serta sumbangan , penglibatan dan pencapaian.

Kesimpulannya , aktiviti-aktiviti yang di rancangn dan dijalankan di saya untuk

program 1 Murid 1 Sukan telah memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara

lebih aktif dalam sukan dan permainan. Sekolah ini juga telah memberikan kerjasama dan

komitmen yang tinggi bagi menjayakan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Buktinya banyak program-

program yang dijalankan bagi memenuhi dasar tersebut. Selain itu , aktiviti-aktiviti ini telah

mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada guru dan ibu bapa. Oleh itu , ia telah

memupuk kerjasama diantara warga sekolah dan pihak ibu bapa. Selain itu , Dasar 1 Murid 1

Sukan telah dapat memotivasikan murid dan meningkatkan kesihatan murid kerana ianya

dilaksanakan sepanjang tahun. Tambahan lagi , Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah

memberikan peluang yang maksima kepada murid yang berbakat dan berpotensi untuk

berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.Secara keseluruhannya , semua aktiviti yang dirancang

telah mencapai objektif-objektif Dasar 1 Murid 1 sukan iaitu meningkatkan kecergasan

jasmani , membentuk sahsiah , jati diri , disiplin dan nilai murni dan mempupuk perpaduan

antara kaum. Selain itu , ia juga dapat membentuk budaya sukan di kalangan murid ,

memenuhi naluri semulajadi agar aktif dari segi fizikal , memberi keseimbangan antara

keperluan fizikal dan seterusnya mewujudkan landasan kearah kecemerlangan sukan.