2 ATASI - selangorkini.my · hak di peringkat antarabangsa. SPRM ada mengambil tindakan terhadap...

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 10 - 17 Mac 2017, 11 - 18 Jamadilakhir 1438 Agong dukacita Pejuang hak wanita BERITA PENUH MUKA � ATASI SASARAN Pembinaan Rumah Selangorku ini perlu diteruskan secara agresif sebagai tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri kepada masyarakat Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar Pembinaan Rumah Selangorku ini perlu diteruskan secara agresif sebagai tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri kepada masyarakat Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar l Sasar 15,000, lancar 22,494 l Sasar 15,000, lancar 22,494 ALAMAT , PENGUNDI SELANGOR MITS popular, permohonan meningkat 22 l Harga serendah RM42,000 2 7 BERITA PENUH MUKA �

Transcript of 2 ATASI - selangorkini.my · hak di peringkat antarabangsa. SPRM ada mengambil tindakan terhadap...

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 10 - 17 Mac 2017, 11 - 18 Jamadilakhir 1438

Agong dukacita

Pejuang hak wanita

BERITA PENUH

MUKA �

ATASI SASARANPembinaan RumahSelangorku ini perluditeruskan secara agresifsebagai tanggungjawabsosial Kerajaan Negerikepada masyarakat

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

Pembinaan RumahSelangorku ini perluditeruskan secara agresifsebagai tanggungjawabsosial Kerajaan Negerikepada masyarakat

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

l Sasar 15,000,lancar 22,494

l Sasar 15,000,lancar 22,494

ALAMAT ���,��� PENGUNDI SELANGOR

MITS popular,permohonanmeningkat

22

l Harga serendahRM42,000

2

7

BERITA PENUH MUKA �

Dewan Rakyat2 SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Agong dukacita rasuah berleluasa

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Isu penye-lewengan dan rasuah yang ber-leluasa ketika ini memberi imej buruk kepada negara ekoran dak-waan pentadbiran kerajaan di-pimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diurus se-cara bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Sham-sul Iskandar Md Akin berkata, te-guran dilakukan Yang di-Pertuan Agong tidak menghairankan ke-rana isu terbabit kini menarik per-hatian rakyat.

“Ia meletakkan negara pada kedudukan buruk dengan imej parah. Mengikut laporan Transpa-rensi Antarabangsa, kedudukan negara meningkat kepada lebih buruk.

“Isu ini pasti berkait dengan pentadbiran Najib dan kita semua maklum hampir semua negara yang mempunyai kaitan dengan kes 1Malaysia Development Ber-had (1MDB) memulakan siasatan,” katanya kepada SelangorKini.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata demikian ketika mengu-las titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ber-hubung perkara terbabit dalam Isitadat Pembukaan Penggal Ke-lima Dewan Rakyat ke-13, pada 6 Mac lalu.

Pada masa sama, Shamsul ber-kata, teguran baginda berkenaan pembabitan golongan wanita dalam kerajaan berjaya diperka-sakan Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali.

Penyelewengan terus berlaku

Cemar imej negara

KUALA LUMPUR - Suruhanja-ya Pencegahan Rasuah Malay-sia (SPRM) disaran lebih serius menangani isu rasuah di negara ini dengan mengambil tindakan tegas kepada pihak terbabit tan-pa pilih kasih.

Ahli Parlimen Se-remban, Anthony Loke Siew Fook ber-kata, tindakan di-ambil SPRM terhadap pi-hak dipercayai m e m p u n y a i kaitan dengan isu terbabit ma-sih belum men-cukupi kerana ia tidak dilakukan secara menyeluruh.

Katanya, titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mu-hammad V berhubung perkara itu jelas menggambarkan situasi negara ketika ini yang dibebani masalah berkenaan.

“SPRM ada mengambil tinda-

kan terhadap pegawai kerajaan di peringkat kementerian dan jabatan hingga ke negeri tetapi nampaknya ia kes membabitkan pegawai kerajaan sahaja.

“Kalau membabitkan pe-mimpin politik dan yang terting-

gi, adakah SPRM mem-punyai ketegasan juga

keberanian untuk bertindak?” kata-

nya kepada Se-langorKini.

Pada masa sama, Ahli Par-limen DAP itu

berkata, pelbagai persoalan timbul berkenaan SPRM

ekoran badan terbabit masih gagal mengambil tinda-kan susulan terhadap isu 1Malay-sia Development Berhad (1MDB)

“Baginda dukacita dengan penyelewengan, ketirisan dan rasuah yang berlaku secara ber-leluasa, maka saya kira ia patut diberi perhatian semua pihak.

SPRM perlu lebih serius

Katanya, ia termasuk isu pe-rumahan yang berjaya diatasi Ke-rajaan Selangor menerusi Rumah Selangorku yang mendapat sam-butan hangat daripada rakyat.

“Pentadbiran Kerajaan Sela-ngor merancang projek rumah mampu milik dan kita dapat lihat sambutan amat baik dengan me-nitikberatkan perkara asas bagi menyelesaikan isu yang gagal di-tangani di peringkat Persekutuan,” katanya.

Ia meletakkan negara pada kedudukan buruk dengan imej parah. Mengikut laporan Transparensi Antarabangsa, kedudukan negara meningkat kepada lebih buruk

SHAMSUL ISKANDARAhli Parlimen Bukit Katil

“Hal ini kerana, ia akan me-rosakkan negara jika tidak dita-ngani segera,” katanya.

Isu dana 1MDB dikaitkan de-ngan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hingga mendapat perhatian rakyat dan pelbagai pi-hak di peringkat antarabangsa.

SPRM ada mengambil tindakan terhadap pegawai kerajaan di peringkat kementerian dan jabatan hingga ke negeri tetapi nampaknya ia kes membabitkan pegawai kerajaan sahaja

ANTHONY LOKEAhli Parlimen Seremban

KUALA LUMPUR - Yang di-Per-tuan Agong, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita ter-hadap isu penyelewengan, ketiris- an, rasuah dan pembocoran mak-lumat membabitkan penjawat awam di negara ini.

Baginda bertitah, walaupun ke-giatan itu dilakukan segelintir pi-hak, namun ia menghakis keper-cayaan rakyat kepada kerajaan.

"Beta dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketiris- an dan rasuah serta pemborosan maklumat terperingkat kerajaan termasuk oleh penjawat dan man-tan penjawat awam.

“Justeru, beta mengalu-alukan

tindakan membawa mereka terli-bat ke muka pengadilan dan rak-yat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terbabit sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa ke-benaran,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian keti-ka berucap merasmikan Mesyua-rat Pertama Penggal Kelima De-wan Rakyat ke-13, di sini, pada 6 Mac lalu.

Dalam titah ucapannya, ba-ginda turut menghargai usaha meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutaan dan Negeri terutama dalam menangani caba-ran mendatang demi kesejahte-

raan rakyat juga negara.“Beta menyeru semua pihak

berganding bahu menghadapi cabaran dengan meningkatkan lagi produktiviti ke arah ekonomi lebih mampan.

“Peningkatan produktiviti berterusan berasaskan kreativi-ti dan inovasi akan menjadi pe-mangkin untuk merealisasikan pertumbuhan serta menjadikan negara kekal berdaya saing,” titah baginda.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April, sementara Dewan Negara bersidang selama sembi-lan hari dari 17 hingga 27 April.

Utama3SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Sedia 900 Rumah Selangorku

Akses rakyat miliki rumahOLEH ERMIZI MUHAMAD

RAWANG - Sebanyak 900 ke-diaman rumah mampu milik, Rumah Selangorku di Setia Eco Temple disediakan sebagai inisi-atif berterusan Kerajaan Negeri membantu rakyat memiliki ke-diaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu seiring pembentu-kan dasar pendemokrasian pemi-likan rumah yang diusahakan di negeri berkenaan.

“Untuk menjamin hak rakyat Selangor, bukan sahaja mempu-nyai akses bagi memiliki sebuah rumah mampu milik tetapi tum-puannya rumah yang dimiliki itu

juga adalah aset berkualiti.“Proses urbanisasi masyara-

kat yang semakin pesat menjadi hambatan utama kepada rak-yat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri.

“Kemampuan memiliki rumah ini menjadi cabaran utama kera-na perbelanjaan untuk memiliki kediaman sangat tinggi di Malay-sia,” katanya ketika Majlis Pelan-caran dan Pendaftaran Rumah Selangorku Setia Eco Templer, di sini, pada 4 Mac lalu.

Beliau merujuk laporan Insti-tut Penyelidikan Ekonomi Ma-laysia (MIR) yang mendedahkan purata penjualan rumah di Ma-laysia menunjukkan peningkatan

Bina lebih sasaran

maksima RM700,000 khususnya di kawasan Lembah Klang.

Mohamed Azmin berkata, tun-tutan itu mendorong hasrat Kera-jaan Negeri sebagai pentadbiran peduli rakyat untuk terus mengu-tamakan kebajikan dalam sege-nap aspek.

“Kerajaan Negeri tampil de-ngan pelbagai insiaitif pedu-li rakyat untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dengan menyediakan Rumah Selangorku di bawah kadar RM250,000.

“Usaha membangunkan pe-rumahan rakyat adalah tang-gungjawab Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Oleh itu, di Selangor kita meletakkan agenda mem-bangunkan Rumah Selangorku sebagai keutamaan pentadbiran ini,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Kewa-ngan Negeri, Dato’ Noordin Sulai-man; Exco Kerajaan Negeri iaitu

Dato’ Iskandar Abdul Samad dan Zaidy Abdul Talib serta Pengerusi S P Setia Berhad, Tan Sri Datuk Dr Wan Zahid.

Rumah jenis pangsapuri kos rendah itu berkeluasan 700 kaki persegi tampil dengan reka ben-tuk lebih moden dan selesa ber-cirikan kediaman hijau.

Ia mula dijual pada kadar se-rendah RM42,000 dengan tiga jenis reka bentuk iaitu Azalia (jenis A), Camelia (jenis C) dan Dahlia (jenis D) serta dinamakan sebagai Pangsapuri Cenderawa-sih.

Projek pembangunan itu adalah gerak kerja bersama Kum-pulan Perangsang dan Pengu-rusan Hartanah S P Setia Berhad.

Terdahulu, Kerajaan Negeri melaksanakan Dasar Perumahan Selangor untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Sempurna’.

RAWANG - Sasaran awal pem-binaan Rumah Selangorku bagi tempoh 2014 hingga 2017 hanya sekadar 15,000 unit.

Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali berkata, sebanyak 22,494 unit sudah dilancarkansetakat ini, sekali gus melebihi sasaran terda-hulu untuk tempoh berakhir 2016.

“Pembinaan Rumah Sela-ngorku perlu diteruskan secara agresif sebagai tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri kepada masyarakat.

“Walaupun sasaran awal cuma

15,000 dalam tempoh tiga tahun, kita berjaya melepasi sasaran itu hasil komitmen berterusan Kera-jaan Negeri dan pemaju.

“Untuk tempoh ini sahaja, se-banyak 5,941 ditawarkan kepada pembeli berkelayakan, semen-tara lebih 21,958 sudah dalam proses pembinaan dan akan di-siapkan dalam tempoh ditetap-kan,” katanya, di sini, pada 4 Mac lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut menzahirkan komit-men berterusan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan lebih ba-

nyak skim kebajikan mesra rakyat di negeri itu.

“Saya tidak mahu pemba- ngunan Rumah Selangorku seka-dar projek potong riben, iaitu selepas saya pulang projek tidak berjalan. Sebab itu, saya letakkan tanggungjawab supaya peman-tauan secara dekat dibuat setiap dua minggu bagi melihat kema-juan projek pembangunan ini.

“Malah, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak menyenarai hi-tamkan pemaju yang gagal me-nyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Jamin kualiti terbaikRAWANG - Kerajaan Negeri konsisten memberi jaminan pe-rumahan kos rendah di bawah skim Rumah Selangorku lebih berkualiti dan mesra rakyat ti-dak seperti pembangunan ‘ala kadar’ peringkat Persekutuan,

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berka-

ta, milikan Rumah Selangorku lebih tertumpu kepada aspek kualiti dan piawaian sebenar walaupun dijual pada kadar mampu milik.

“Bukan sahaja mahu membi-na rumah yang mampu dimiliki tetapi kita tegaskan Rumah Se-langorku dibangunkan mesti di-

jamin berkualiti dan mempunyai potensi keselesaan pengguna.

“Apa yang berlaku sebelum ini, banyak rumah mampu mi-lik khususnya kos rendah dise-diakan dengan jumlah besar tetapi tidak mempunyai kua-liti dan manfaat kepada pen-duduk,” katanya.

Utama4 SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Penjawat awam perlu patuhi SOP

Elak gejala rasuahOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Penjawat awam terutama di bahagian perolehan diingatkan mematuhi prose-dur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan gejala rasuah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, tangkapan penjawat awam yang didakwa melakukan rasuah oleh Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dilaporkan media perlu dijadikan iktibar supaya nama baik agensi serta jabatan dipeli-hara.

“Sejak kebelakangan ini, se-makin banyak berita tangkapan penjawat awam oleh SPRM. Wa-laupun kebanyakannya masih di peringkat siasatan dan proses pendakwaan mahkamah, namun sedikit sebanyak imej penjawat

awam tercalar ekoran persepsi negatif rakyat.

“Dinasihatkan, anda berhati-hati terutama berkaitan bidang perolehan di jabatan masing-ma-sing. Perlu mengikuti tatacara ke-wangan ditetapkan,” katanya ke-tika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di Hotel Sa-ma-Sama, pada 3 Mac lalu.

Mohd Amin berkata, agensi Kerajaan Negeri juga perlu me-ngambil teguran Ketua Audit Negara setiap tahun secara serius dengan memperbaiki kesilapan supaya tatacara kerja lebih ter-atur.

Katanya, semakan dilakukan Ketua Audit Negara bukan ber-tujuan mencari kesalahan, se-baliknya membantu bagi me-mastikan segala urusan jabatan

terutama daripada segi peroleh-an dan pelaksanaan program berjalan dengan betul.

“Setiap tahun, kita lihat ber-lakunya pelanggaran peraturan daripada segi perolehan di ja-batan yang diaudit Ketua Audit Negara,” katanya.

Pada majlis sama, Mohd Amin menyampaikan anugerah per-khidmatan cemerlang kepada 32 kakitangan MDKL yang mem-bawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Lima pegawai dan kakitangan MDKL yang sudah bersara turut diraikan dan mereka memba-wa pulang hadiah jam serta sijil penghargaan.

Selain itu, MDKL turut mem-berikan penghargaan kepada empat ahli majlis yang sudah berkhidmat lebih lapan tahun.

RM��� juta atasi masalah bekalan airKLANG - Kerajaan Negeri me-nyediakan peruntukan kira-ki-ra RM363 juta bagi membantu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjayakan 84 projek penggantian paip usang di seluruh Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pili-han Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), Ng Sze Han berkata, peruntukan besar itu disalurkan bagi memasti-kan masalah gangguan bekalan air mampu diatasi di negeri itu dalam tempoh terdekat.

“Projek penggantian paip usang ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun di 84 lokasi ‘hot spot’ di seluruh Se-langor.

“Jawatankuasa ini akan me-mantau projek dilaksanakan Air Selangor bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengi-kut jadual selain membantu jika menghadapi masalah seperti mendapatkan permit daripada agensi berkaitan,” katanya.

Dalam lawatan pada 2 Mac lalu, Sze Han mengetuai JPK-SAS bagi meninjau pelaksanaan projek penggantian paip usang di Taman Eng Ann, di sini, serta mendengar taklimat projek da-ripada Air Selangor.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menjalankan lawatan kerja ke lebih banyak tapak pro-jek selepas ini.

Katanya, 84 lokasi ‘hot spot’ itu adalah kawasan dikenal pas-ti sering mengalami masalah gangguan bekalan air ekoran paip pecah dan bocor.

“Projek dilaksanakan ini adalah usaha berterusan Kera-jaan Negeri bagi mengatasi ma-salah dihadapi rakyat,” katanya.

Ketua Jabatan Perancang Air Selangor berkata, penggan-tian paip baru daripada jenis Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE) mampu mengatasi ma-salah paip pecah kerana tahan lasak dan bertahan hingga 50 tahun akan datang.

JKR perlu luluskan permitKLANG - Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor disaran mem-beri kerjasama terhadap kelu-lusan permit bagi pelaksanaan projek penggantian paip di Ja-lan Meru, di sini.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), R Rajiv ber-kata, agensi terbabit perlu ber-tindak segera bagi memboleh-kan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) men-jalankan projek berkenaan.

Katanya, projek penggan-tian paip usang di laluan utama Jalan Meru sepanjang lapan ki-lometer adalah salah satu dari tiga projek yang akan dilak-sanakan Air Selangor.

“Lokasi Jalan Meru ini adalah

‘hot spot’ paling banyak kes dengan 21 paip pecah dan 370 paip bocor dalam setahun, maka banyak kerja penggan-tian perlu dijalankan, itu objek-tif kita.

“Kita harap JKR tidak menangguhkan lagi pembe-rian permit kepada Air Sela-ngor supaya projek ini dapat dijalankan segera,” katanya.

Beliau berkata, masalah paip pecah dan bocor di Jalan Meru membabitkan laluan utama dan sekiranya berlaku akan menimbulkan masalah bekalan air serta lalu lintas.

Difahamkan, Air Selangor sudah memohon kepada JKR negeri bagi kelulusan permit itu, sejak tiga bulan lalu.

Negeri pertama beri kad kesihatanGOMBAK - Kerajaan Selangor memperuntukkan RM125 juta, sekali gus muncul negeri per-tama memperkenalkan kad ke-sihatan melalui Skim Peduli Si-hat ketika Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan kesiha-tan untuk rakyat.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usa-

hawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri sebelum itu tu-rut memperkenalkan pelbagai program kebajikan menyeluruh yang tidak terlintas di fikiran pe-mimpin Barisan Nasional (BN).

“Kita juga ada program lain untuk mahasiswa, hadiah anak masuk universiti juga perniagaan. Kita belanjakan kira-kira RM100 juta untuk program peningkatan

masyarakat,” katanya.Amirudin berkata demiki-

an ketika merasmikan Majlis Malam Kebudayaan Masyara-kat India 2017 di perkara-ngan tempat letak kereta Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini, pada 4 Mac lalu.

Beliau berkata, rizab Kerajaan Negeri yang banyak dan status sebagai negeri maju tidak akan memberi makna jika kebajikan rakyat diabaikan.

Katanya, Kerajaan Negeri turut membuktikan keupaya-an membangunkan Selangor dalam pelbagai aspek khusus-nya pembangunan ekonomi se-lain membantu rakyat dengan pelbagai inisiatif.

"Ini dapat dilihat apabila eko-nomi negeri terus berkembang dan mendapat kepercayaan pelabur luar seperti syarikat ger-gasi antarabangsa UMW Toyota yang membuat pelaburan luar Jepun terbesar di Selangor," ka-tanya.

Utama5SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Daftar pemilih tidak bersih

Apa asas SPR lupus alamat pemilih?

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) didakwa bakal menyaksikan penipuan ter-besar jika Suruhanjaya Pilih-an Raya (SPR) gagal mengemukakan asas kukuh terhadap tindakan-nya melupuskan alamat 136,272 pemilih di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana jumlah terbabit sa-ngat besar yang menyebabkan lokaliti pemilih tidak dapat dike-nal pasti.

“Bagaimana 136,272 pemi-lih di Selangor dihilangkan ala-mat dan hujah barisan peguam adalah mereka tidak boleh buat eksais persempadanan semula tanpa alamat.

“Bagaimana mereka mahu me-letakkan pemilih di lokaliti tanpa alamat? Ini menyebabkan daftar pemilih itu tidak bersih, kotor dan menimbulkan suasana tidak adil.

“Jumlah ini besar bagi se-sebuah pilihan raya,” katanya selepas menghadiri perbicaraan permohonan semakan kehaki-man berhubung persempadan semula oleh SPR di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Kom-pleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pada 2 Mac lalu.

Beliau yang yakin hujah bari-san peguam mewakili Kerajaan Negeri berkata, pihaknya dalam perbicaraan itu turut memohon mahkamah memanggil Pengeru-si SPR bagi memberi penjelasan berhubung tindakan melupus-

Pengerusi SPR perlu beri keteranganKUALA LUMPUR - Kerajaan Se-langor memohon kepada mah-kamah supaya Pengerusi Su-ruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipanggil memberi keterangan berhubung keraguan dalam daf- tar pemilih khususnya membabit-kan butiran 136,272 pengundi yang hilang.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ke-terangan SPR diperlukan ekoran beberapa dokumen yang dike-mukakan sebelum ini sangat ti-dak jelas.

Katanya, SPR mengesahkan maklumat itu dilupuskan dan menyebabkan mereka tidak

dapat membekalkan maklumat kepada mahkamah dalam jawa-pan avidafit sebelum ini.

“Ini satu perkara serius, bagaimana sebahagian pemilih boleh dikekalkan nama penuh, alamat dan butiran lain tetapi 136,272 pengundi di Selangor dilupuskan alamat mereka di dalam daftar pemilih.

“Maka, untuk mendapatkan keterangan tepat adalah lebih adil jika permohonan ini dibenar-kan supaya Pengerusi SPR di-panggil memberi keterangan,” katanya selepas menghadiri per-bicaraan permohonan semakan kehakiman berhubung persem-

padan semula oleh SPR di Kom-pleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pada 2 Mac lalu.

Susulan itu, Mohamed Azmin berkata, Hakim Yang Arif Azizul Azmi Adnan menetapkan kepu-tusan permohonan memang-gil Pengerusi SPR dibuat, pada 9 Mac ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN yakin Kerajan Negeri mempunyai asas kukuh bagi memastikan pro-siding seterusnya dijalankan de-ngan dasar maklumat tepat.

“Sekarang, afidavit SPR tidak jelas dan memerlukan maklumat tambahan tepat,” katanya.

Perubahan demi Malaysia sejahtera SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menganggap pusi-ngan U bekas Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Moha- mad dibuat demi kesejahte-raan pembinaan Malaysia yang bebas korupsi.

Beliau berkata, masyarakat sewajarnya menilai kelemahan urus tadbir negara di peringkat

Persekutuan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tindakan Mahathir itu saya tidak anggap 'u-turn' untuk peribadi. Sebaliknya, demi me-macu pembangunan Malaysia.

“Keutamaannya kini adalah keluar daripada kotak pemiki-ran lama sama ada parti politik, badan bukan kerajaan atau in-

dividu tertentu.“Tetapi saya fikir tumpuan

ke arah pembangunan ne-gara kini menjadi keutamaan dan memerlukan pembabitan semua parti politik untuk me-nyelamatkan Malaysia,” kata-nya selepas merasmikan Malay-sia Women Marathon (MWM) di perkarangan Stadium Shah Alam, pada 5 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya ter-dahulu, Tun Dr Mahathir me-ngakui beliau kini membuat pusingan menyebelahi pa-katan pembangkang dengan menggunakan analogi peman-duan untuk mewajarkan tinda-kan itu.

“Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat

jalan raya diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui.

“Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dituduh mencuri berbi-lion wang ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada ne-gara. Oleh itu saya buat pusi-ngan U,” tulisnya dalam catatan blog.

kan alamat pemilih.Mohamed Azmin berkata,

Kerajaan Negeri mempunyai asas kukuh untuk memohon supaya Pengerusi SPR memberi keteran-gan bagi mengelakkan perbi-caraan pada 10 Mac ini dijalankan berasas keterangan dan doku-men tidak lengkap.

Hakim Mahkamah Tinggi Siv-il, Yang Arif Azizul Azmi Adnan menetapkan keputusan permo-honan memanggil Pengerusi SPR, pada 9 Mac ini.

Bagaimana 136,272 pemilih di Selangor dihilangkan alamat dan hujah barisan peguam adalah mereka tidak boleh buat eksais persempadanan semula tanpa alamatMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Utama6 SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Khairat kematian peserta

YAWAS salur RM���,���OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Yayasan Anak Warisan Selangor (YAWAS) sudah membelanjakan RM292,800 un-tuk membayar khairat kematian kepada waris peserta Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS) yang meninggal dunia sebelum usia 18 tahun.

Eksekutif Kanan Perhubu-ngan Awam dan Pengurusan Acara YAWAS, Atikah Akma Ram-ly berkata, pembayaran khairat kematian itu adalah salah satu manfaat yang diterima peserta TAWAS.

“Jumlah pembayaran khai-rat kematian TAWAS adalah RM292,800, sehingga 2 Mac lalu.

“Bagaimanapun, YAWAS sen-tiasa mendoakan setiap peser-ta TAWAS dipanjangkan usia dan mereka akan menerima

RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun,” katanya kepada Se-langorKini, di sini.

Sementara itu, statistik sta-tus pendaftaran TAWAS sehing-ga 4 Mac lalu mencatatkan 287 peserta TAWAS sudah mening-gal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun dari 263,618 keah- lian sejak dilancarkan, pada 2008.

Sebaik PAKATAN mengam-bil alih pentadbiran Kerajaan Ne-geri pada 2008, skim Merak-yatkan Ekonomi Selangor (MES) atau kini dikenali sebagai Inisia- tif Peduli Rakyat (IPR) dilancar-kan bagi menjaga kebajikan rakyat bermula sejak dilahirkan hingga meninggal dunia.

Skim TAWAS adalah satu skim khas untuk anak yang dilahir-kan di Selangor dan menerima RM1,500 apabila berusia 18 ta-hun serta pelbagai manfaat lain.

Kaunter TAWAS luar JPN dapat sambutanSHAH ALAM - Yayasan Tabung Anak Warisan Selangor (YAWAS) mengambil pelbagai langkah bagi memastikan anak kela- hiran Selangor tidak ketingga-lan menerima pelbagai manfaat dengan menyertai Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS).

Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara YA-WAS, Atikah Akma Ramly berka-ta, antaranya langkah membuka tujuh kaunter pendaftaran TA-WAS di luar Jabatan Pendaftaran

Negara (JPN).“Sehingga kini, YAWAS mem-

punyai tujuh kaunter di luar pe-jabat JPN dan mempunyai pe-rancangan untuk menambahnya, pada masa akan datang.

“ Pe m b u k a a n kaunter di luar pejabat JPN sa-ngat membantu meningkatkan jumlah pendaft-aran TAWAS kerana JPN tempat ibu bapa mendaftar kelahiran

baru anak mereka,” katanya kepa-da SelangorKini, di sini, baru-

baru ini.Atikah berkata, man-

faat tambah an seperti bantuan anak masuk seko-lah tahun satu dan khai-

rat kematian peserta menjadi daya penarik kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak ma-sing-masing.

Katanya, YAWAS turut giat menganjurkan program hari bertemu pelanggan di luar Shah Alam khususnya bagi menyerah-kan penyata dan kad TAWAS ke-pada ahli.

“YAWAS turut terbabit secara aktif dengan menyertai program atau karnival anjuran Kerajaan Negeri, pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri serta Jawatankuasa Ke-majuan dan Keselamatan Kam-pung di seluruh Selangor,” ka-

.

Info

Daftar anak anda di yawas.my/tabung-anak-warisan-selangor/

tanya.Beliau berkata, YAWAS juga

giat membuka kaunter di tempat tumpuan awam seperti di pasa-raya Tesco, Mydin dan Giant.

Anugerah Sastera Selangor kembaliGOMBAK - Anugerah Sastera Selangor yang pernah diadakan pada 2015 kembali lagi dengan penambahbaikan beberapa as-pek khususnya isu pengurusan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari berkata, perbinca-ngan awal anugerah itu sudah diadakan dan mendapat per-setujuan SelangorKini.

“Hadiah Sastera Selangor akan kembali dan kita sudah mendapat persetujuan Sela-ngorKini. Tahun lalu, memang kita rehatkan sebab sedang me-nilai semula.

“Menjelang akhir Mac ini, ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berlangsung, saya akan umum berkenaan anugerah itu. Ia adalah satu program yang sangat baik dan memberi banyak peluang kepa-

da anak muda khususnya untuk terbabit dalam sastera,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika Majlis Malam Kebuda-yaan Masyarakat India 2017 di perkarangan tempat letak kere-ta Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini, pada 4 Mac lalu.

Beliau yakin anugerah edi-si kedua itu akan mendapat sambutan seperti edisi per-tama.

Anugerah Sastera Selangor yang diwujudkan bagi meng-hargai golongan penulis kali pertama dianjurkan pada 2015 dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM27,000.

Selain sijil dan plak, pemenang setiap katego-ri menerima hadiah utama RM5,000, manakala RM1,000 bagi hadiah sagu hati.

Hadiah Sastera Selangor akan kembali dan kita sudah mendapat persetujuan SelangorKini. Tahun lalu, memang kita rehatkan sebab sedang menilai semulaAMIRUDIN SHARIExco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan

Utama7SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SEPANG - Permohonan kemasukan ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi 2017 meningkat 12.97 peratus ekoran kesedar-an golongan muda terhadap kepentingan pendidikan Islam.

Pengarah Jabatan Agama Is-lam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim (gambar) berkata, ber-dasarkan jumlah kemasukan MITS tahun ini, terdapat pe-ningkatan 970 pelajar secara keseluruhannya.

“Berbanding tahun lalu, jumlah kema-sukan pelajar seramai 860 orang.

“Ini menunjukkan bahawa golongan

muda hari ini mula memberi perhatian lebih kepada bidang agama dan keingin-an mereka untuk mendalaminya tanpa mengabaikan bidang akademik lain,”

katanya ketika Majlis Peras-mian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, pada 6 Mac lalu.

Katanya, setakat ini seba-nyak empat MITS didirikan di empat daerah iaitu Kuala La-ngat, Klang, Sabak Bernam dan Sepang.

Tahun lalu, MITS menerima 2,050 permohonan, namun hanya 800 pelajar ditemu duga dan 230 sahaja mendapat tawaran.

Maahad Integrasi Tahfiz kian popular

Permohonan masuk melonjak

SEPANG - Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM5 juta untuk Tabung Pendidik-an Tahfiz Al-Quran dan Qiraat bagi tahun ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, peningkatan itu adalah bagi memartabatkan golo-ngan huffaz di Selangor.

“Ia bagi meneruskan Program Penga-jian Tahfiz Al-Quran dan Qiraat peringkat diploma dan ijazah di Kolej Universiti Is-lam Selangor (KUIS) yang memberi man-faat kepada 430 pelajar.

“Program ini juga akan dikembang-kan untuk Program Dermasiswa Huf-faz membabitkan pelajar maahad tahfiz swasta dan Program Ithbat Hafazan Se-langor,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mem-peruntukkan RM6 juta untuk membaik pulih sekolah agama dan Maahad Inte-grasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS)

Sementara itu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, jumlah keseluruhan baik pulih sekolah agama adalah RM5 juta manakala baik pulih MITS sebanyak RM1 juta.

“Kerajaan Negeri juga memperun-tukkan RM4 juta kepada maahad tahfiz swasta.

“Saya ingin mengucapkan terima ka-sih tidak terhingga atas keprihatinan Ke-rajaan Negeri kerana terus menyalurkan peruntukan tinggi untuk pembangunan sekolah agama di Selangor,” katanya.

RM� juta martabat huffaz

SEPANG - Generasi muda Islam perlu menguasai ilmu yang akan memungkinkan mereka meng-gali khazanah turath Islam, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, pada masa, sama mereka juga perlu dileng-kap ilmu kontemporari, sains, teknologi dan inovasi supaya mereka memiliki ilmu dan ke-trampilan bagi menyegarkan kegemilangan tamadun Islam.

“Apabila penguasaan tu-rath bersama dengan sains dan teknologi, maka akan melahirkan generasi unggul yang memiliki fikrah serta jati diri bagi mende-pati cabaran masa depan,” ka-tanya ketika majlis Perasmian Ti-lawah dan Menghafaz Al-Quran di Masjid Raja Hjai Fi Sabilillah, pada 6 Mac lalu.

Mohamed Azmin berkata, maj- lis tilawah kali ini bertemakan ‘Umat Bersatu Selangor Maju’ se-jajar gagasan negeri mewujud-kan perpaduan dan membebas-kan umat daripada konflik dan perbenturan.

Katanya, berbekalkan perpa-duan yang utuh, Selangor akan

Gali khazanah turath Islam

memberi tumpuan kepada pem-bangunan untuk mencipta ke-makmuran dan kesejahteraan umat.

Majlis itu berlangung selama lima hari bermula 6 hingga 10 Mac ini dengan majlis penutupan bakal dirasmi DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Terdapat empat kategori yang bakal dipertandingkan iaitu Ti-lawah Al-Quran, Hafazan Juzuk 1 hingga 10, Hafazan Juzuk 1 hingga 20 dan Hafazan Juzuk 1 hingga 30.

Apabila penguasaan turath bersama dengan sains dan teknologi akan melahirkan generasi unggul yang memiliki fikrah serta jati diri bagi mendepati cabaran masa depan

MOHAMED AZMINDato’ Menteri besar

Nasional8 SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Semua Ahli Parlimen dige-sa menyokong usul mengheret Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ke Parlimen bagi menjelaskan keputusan-nya membebaskan perdana menteri ber-hubung kes derma RM2.6 bilion.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ber-kata, tiada sebab untuk Ahli Parlimen yang mengaku menjunjung tinggi nilai integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan menolak usul berkenaan.

Katanya, usul difailkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu juga tepat pada masanya.

“Malah, jika Apandi komited dengan prinsip pentadbiran baik dan kedaulatan undang-undang, beliau sebenarnya ti-dak memerlukan sebarang usul memaksa dirinya.

SHAH ALAM - Setiap wargane-gara Korea Utara berhasrat me-ngunjungi Malaysia diwajibkan memohon visa, berkuatkuasa 6 Mac lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Za-hid Hamidi.

Beliau berkata, kepu-tusan berkenaan sudah dimuktamadkan dan bakal dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya, Korea Utara dan negara lain perlu meng-hormati kedaulatan Malay-sia serta menghargai kerjasama yang diberikan selama ini.

“Ini kes berprofil tinggi dan Malaysia sekali lagi menjadi per-hatian dunia.

“Tetapi kita lihat diplomat dari luar khususnya Korea Utara lang-

sung tidak menghormati Malay-sia dan memporak-perandakan negara ini. Saya ingin bagi nasihat supaya mereka sedar tidak boleh lakukan sewenang-wenangnya,” katanya lapor Astro Awani.

Ahmad Zahid yang juga Men-teri Dalam Negeri turut mengesah-kan Pegawai Kanan Korea Utara, Ri Tong sudah bertemu wakil Wisma Putra, namun hasil pertemuan ma-sih belum diketahui.

Pada 28 Februari lalu, Ri Tong

yang juga bekas duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tiba di Malaysia bagi bertemu pegawai Kerajaan Persekutuan berhubung kes ke-matian Jong-Nam.

Pada 13 Februari lalu, Jong-Nam disahkan me-ninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pu-trajaya, selepas terkena ra-cun ajen saraf VX.

Sebelum ini, Kedutaan Korea Utara menuduh Ke-rajaan Persekutuan tidak memberi kerjasama dalam

usaha mereka menuntut mayat Jong-Nam.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan bertegas proses menuntut mayat hanya boleh di-lakukan keluarga dan dibuktikan menerusi profil DNA.

KUALA LUMPUR - Tiga tahun berlalu, namun tiada sebarang petunjuk kukuh membawa kepa-da keberadaan pesawat MH370.

Dengan tertangguhnya us-aha pencarian yang dijalankan bersama Malaysia, Australia dan China pada Januari lalu, ia meng-gerakkan ahli keluarga mangsa yang terlibat untuk melakukan sesuatu supaya usaha pencarian dapat diteruskan.

Pada 4 Mac lalu, mereka me-lancarkan inisiatif menjalankan usaha pencarian secara persen-dirian dengan sasaran mengum-pul RM67 juta (USD15 juta) bagi tujuan itu.

Grace Nanthan, anak kepada Anne Daisy iaitu salah seorang dari 239 penumpang dan anak kapal yang hilang bersama pe-sawat itu berkata, usaha mereka yang menamakan diri Voice 370 akan dibantu beberapa pihak yang mempunyai kemahiran ser-

ta prihatin terhadap usaha ter-babit.

“Kita sudah berhubung de-ngan mereka yang pakar dalam bidang ini (penerbangan dan lautan) seperti David Gallow iaitu individu yang menemukan Air France beberapa tahun lalu. Kita juga berhubung dengan Fugro iaitu syarikat yang ber-pengetahuan berkenaan geo-grafi laut.

“Mereka sangat positif dan me-maklumkan kepada kami jika kera-jaan tidak meneruskan pencarian, maka mereka sanggup memban-tu segala yang termampu untuk meneruskan pencarian MH370,” katanya lapor Astro Awani.

Ketika ini, mereka masih pada fasa perancangan dan hanya akan memulakan kempen pe- ngumpulan dana selepas kera-jaan menamatkan sepenuhnya usaha pencarian pesawat yang hilang, sejak 8 Mac 2014.

SHAH ALAM - Pelaksanaan tam-bah nilai minimum RM30 Touch ‘n Go di lorong tambah nilai Le-buhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang sepatutnya bermula 1 Mac lalu, ditarik semula.

Pengurus Besar Operasi dan Penyelenggaraan SKVE, Zainal Alam Kamaruzzaman mengesah-kan langkah itu tidak akan dilak-sanakan di tol terbabit walaupun pernah membuat pengumuman sebelum ini.

“Tidak, kita tarik semula dan tidak akan melaksanakannya,” ka-tanya lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, pengurusan SKVE memaklumkan lebuh raya berke-naan akan melaksanakan tam-bah nilai minimum RM30 untuk Touch  n Go, bermula 1 Mac lalu.

Namun, langkah pelaksanaan yang mula tular di laman sosial

mendapat bantahan orang ramai yang tidak bersetuju dengan tin-dakan terbabit.

Terdahulu, Zainal berka-ta, langkah itu diambil bagi mengelak kesesakan lalu lintas di lorong tambah nilai selain men-didik orang ramai menyediakan wang secukupnya.

Bebaskan PM isu derma RM2.6 bilion

Heret Peguam Negara ke Parlimen

“Beliau sendiri sepatutnya menawar-kan diri bagi menjawab semua persoalan berkenaan skandal 1MDB (1Malaysia De-velopment Berhad) di Parlimen,” katanya dalam kenyataan, di sini, bari-baru ini.

Pada masa sama, Kit Siang yang juga

Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kebisuan Raja Salman berhubung isu derma RM2.6 bilion sepanjang lawatan-nya ke negara ini adalah tamparan he-bat terhadap integriti Datuk Seri Najib Razak.

“Tindakan berdiam diri itu difahami memandangkan kredibiliti Arab Saudi terpaksa dipertaruhkan. Melainkan jika mereka boleh membuktikan dakwaan Ja-batan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung derma RM2.6 bilion itu tidak benar,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Khalid yang juga Ketua Penerangan Amanah mengumum-kan usul itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan Peguam Negara di Parlimen berhubung percanggahan kenyataan isu RM2.6 bilion.

Katanya, siasatan dan keputusan mah-kamah luar negara menunjukkan dana berkenaan sememangnya berasal daripa-da wang 1MDB yang diseleweng seperti diputuskan di Singapura.

Ia berbeza daripada kenyataan Apandi kononnya dana itu adalah derma keluarga diraja Arab Saudi.

Keluarga MH��� rancang kumpul RM�� juta

SKVE batal cadangan tambah nilai

Korea Utara wajib visa ke Malaysia

Tidak, kita tarik semula dan tidak akanmelaksanakannyaZAINAL ALAMPengurus Besar Operasi dan Penyelenggaraan SKVE

Nasional9SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tindakan Putrajaya menaik-kan harga gula pada kadar 11 sen bagi se-tiap sekilogram terus membebankan rak-yat khususnya berpendapatan rendah.

Hasil tinjauan SelangorKini di laman sosial mendapati kebanyakan masyara-kat menyatakan rasa tidak puas hati ber-hubung perkara itu, sejak 1 Mac lalu.

Antaranya, Khyle Zuhair yang menyin-dir tindakan terbabit dengan beranggapan seperti manisnya rasa gula semakin ‘hilang’.

“Gula naik 11 sen membuatkan rasa gula semakin pahit,” tulisnya.

Tidak terkecuali bagi Rizal Jaafar yang menyindir akan ada menteri Umno tampil mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal mengulas kadar kenaikan baru itu.

“Harga gula naik. Saya jamin akan ke-luar kenyataan seperti  baguslah, rakyat Malaysia perlu kurangkan penggunaan gula .

“Nampaknya, istilah untung itu sudah mula musnah,” katanya.

Sementara itu, pengguna media sosial, DH DM pula percaya, tidak mustahil men-teri akan membandingkan harga gula di negara ini dengan negara luar sebagai ala-

san tindakan kenaikan berkenaan.“Kenapa harus banding harga negara

sendiri dengan negara orang lain? Kalau negara lain makan benda kotor, negara kena ikut jugakah?” sindirnya.

Pada 1 Mac lalu, Kementerian Perdaga-ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepeng-gunaan (KPDNKK) menyatakan penetapan harga baharu itu dibuat di bawah Perin-tah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2017.

Harga gula sebelum ini ialah RM2.84 sekilogram.

SHAH ALAM - Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih be-lum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lalu, kata Pengerusi Suruhanja-ya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata, jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang ma-joritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Ekoran itu, katanya, SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama golongan sasar.

“Berdasarkan statistik ter-kini itu, kira-kira 45 peratus rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

“Jika tidak berdaftar sebagai pengun-di, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara). Jika apa yang dicakapkan itu tidak diter-jemah dalam bentuk undi,” katanya lapor BERNAMA.

Mohd Hashim berkata, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai

pengundi ekoran mereka tidak mema-hami kepentingan kuasa rakyat atau tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar un-

tuk berbuat demikian.Sehubungan itu, beliau berkata, kem-

pen selama tiga bulan akan digerak-kan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi

memberi kefahaman berhubung kepentingan menjadi pe-

ngundi.“SPR akan tumpukan di

kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar se-bagai pengundi seperti di luar bandar selain di pusat be-li-belah Bandar Utama. Usa- ha ini bagi memastikan lebih empat juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tang-

gungjawab mereka,” katanya.Pada masa sama, Mohd Hashim

meminta pengundi berdaftar lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi ketika pilihan raya diadakan.

Hal itu kerana, katanya, peratusan ke-luar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai 75 peratus dan tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 pera-tus.

“Sebagai contoh ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68 peratus sahaja yang keluar mengundi, mana lagi baki 22 peratus?.

“Disebabkan itu, kita kena serius dalam hal ini jika mahu menegakkan demokrasi di negara kita,” katanya.

SHAH ALAM - Malaysia dijamin bebas dar-ipada ancaman jerebu tahun ini berdasar-kan indikasi cuaca, corak angin dan tinda-kan dirangka dalam memadam kebakaran hutan, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tu-anku Jaafar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata, laporan Jabatan Meteorolo-gi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan fenomena El Nino dan La Nina yang mem-bawa hujan serta kepanasan melampau ti-dak akan berlaku tahun ini.

Katanya, ia dibantu keadaan neutral di Lautan Hindi yang dijangka berterusan se-hingga akhir tahun.

“MetMalaysia juga melaporkan tiada perkara (cuaca) abnormal akan berlaku seperti terjadi pada 2014 dan 2015 yang mendorong berlakunya jerebu.

“Jabatan Alam Sekitar juga akan men-gambil tindakan drastik menghalang ma-syarakat melakukan pembakaran terbuka bermula bulan hadapan kerana tindakan itu boleh menyebabkan situasi jerebu

berkelompok terjadi seperti di Baram, Sa-rawak sebelum ini,” katanya dipetik BER-NAMA.

Pada masa sama, beliau berkata, Ja-batan Mineral dan Geosains turut mem-bina telaga air tanah di 67 kawasan ker-ing berisiko terbakar, manakala Jabatan Pengairan dan Saliran membina sekatan (check dam) bagi menghalang kebakaran di tanah gambut.

Katanya, tindakan efisien pihak berkua-sa Indonesia menambah bilangan helikop-ter untuk operasi bom air turut menyum-bang kepada keyakinan Malaysia bebas jerebu, tahun ini.

“Indonesia juga sudah menubuhkan pasukan petugas khas yang bertindak mencari dan memadam segera kebakaran di kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan seperti di Kalimantan.

“Malaysia juga komited menawarkan pesawat Bombardier untuk digunakan dalam operasi memadam kebakaran,” ka-tanya.

Malaysia bebas jerebu tahun ini

�.� juta golongan muda belum daftar undi

Naik 11 sen

Tiada lagi ‘manis’ gula

10Nasional

SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Lupakan sentimen perbezaan pandangan

Tumpu reformasi ekonomi negaraOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Reformasi eko-nomi negara yang kekal posi-tif perlu didukung komponen pembangkang dalam memacu kesejahteraan Malaysia.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tumpuan itu wajar diberi perha-tian tanpa mengambil kira sen-timen perbezaan pandangan

komponen parti pembangkang.“Sebagai pemimpin, kita ha-

rus duduk dan berbincang demi kepentingan rakyat dan negara. Ia perlu menjadi keutamaan dan mengenepikan sentimen per-bezaan pandangan.

“Saya pasti, semua parti poli-tik bersetuju melawan korupsi dalam negara dan sebaiknya kita bekerja ke arah itu.

“Tumpu ke arah reformasi eko-

nomi yang lebih stabil dan ban-yak lagi isu lain yang boleh kita beri perhatian untuk bekerja ber-sama,” katanya ketika Program Larian Marathon Wanita di Sta-dium Shah Alam, pada 5 Mac lalu.

Timbalan Presiden KEADIL-AN itu diminta mengulas per-bezaan pandangan komponen pembangkang di peringkat Persekutuan ketika bahang Pi-lihan Raya Umum ke-14 (PRU-

14) semakin dirasai.Pada masa sama, Mohamed

Azmin turut mengulas analisis undi berat sebelah membabit-kan rak-yat di Selangor oleh me-dia tempatan milik pro-Umno, baru-baru ini.

Beliau berkata, sebarang bentuk analisis akan digunakan pentadbiran negeri untuk kekal melaksanakan dasar berkebajik-an di negeri itu.

“Ia sekadar analisis. Sejak dari awal lagi, kita tahu rakyat Selan-gor mahukan pentadbiran baik seperti tahun sebelumnya ketika PAKATAN mula menerajui negeri.

“Berlandaskan gerak kerja dalam isu kebajikan dan eko-nomi, saya percaya sokongan rakyat kekal kepada pentad-biran Kerajaan Negeri dan kita akan terus bekerja kuat demi ke-sejahteraan semua,” katanya.

Rundingan PAKATAN berjalan baikSHAH ALAM - Ketua Setiausa-ha Sekretariat Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Saifuddin Abdullah yakin pembahagian kerusi pilihan raya konsen-sus pembangkang dapat di- selesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Beliau berkata, pada masa ini rundingan kerusi PAKATAN ber-jalan baik dengan mengambil kira hubungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan hubungan yang terjalin an-tara KEADILAN serta PAS.

“Soal pembahagian kerusi biasanya mengambil sedikit masa dan membabitkan bebe-rapa pusingan pertemuan. Buat masa ini sudah ada rundingan

awal dalam tiga parti di dalam PAKATAN dan keduanya, kita menjalinkan hubungan dengan PPBM.

“Rundingan dibuat bukan sa-haja dalam kerangka PAKATAN tetapi juga mengambil kira ker-jasama yang mula terjalin an-tara kita dan PPBM. Pada masa sama, kita juga mesti mengam-bil kira masih ada perundingan dengan PAS,” katanya ketika di-hubungi SelangorKini, di sini, pada 4 Mac lalu.

Katanya, isu rundingan keru-si harus dilihat dalam gambaran lebih besar membabitkan rakan kongsi lain termasuk PAS yang mempunyai hubungan dengan KEADILAN.

Pastikan rakyat Malaysia selamat di Korea UtaraKUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia perlu memberi penjelasan berhubung tindakan proaktif bagi menjamin keselamatan rak-yat negara ini yang berada di Korea Utara.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berka-ta, hal itu bagi memastikan tidak timbul persoalan dan kebimbangan berhubung perkara terbabit.

“Saya mempersoalkan mengapa ketika kita menyaksikan ketegangan antara Ma-laysia dan Korea Utara, Kementerian Luar tidak menasihatkan warganegara di sana supaya meninggalkan negara itu untuk keselamatan diri.

“Kalau tiada langkah keselamatan di-lakukan, ia ber- maksud kerajaan cuai dalam men- jaga keselamatan warganegara kita,” katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, pada 7 Mac lalu.

Tian berkata, ketika kera-

jaan mula melancarkan perang mulut de- ngan halangan keras terhadap Korea Utara, rakyat di negara ini masih tertanya terhadap nasib warganegara Malaysia yang berada di sana.

“Kita tiada maklumat berkenaan tinda-kan diambil dan adakah kedutaan kita di sana melakukan sesuatu bagi memastikan keselamatan rakyat?” soalnya.

Dilaporkan, kesemua 11 rakyat Malay-sia di Korea Utara, pada ketika ini berada dalam keadaan selamat.

Ketika ini, Malaysia mengeluarkan arahan serta-merta melarang kakitangan dan pegawai Kedutaan Korea Utara daripa-da mening-galkan nega-ra ini.

11SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Ekonomi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan 80 peratus daripada projek pembangunan terpilihnya terjual dengan pelancaran dua skim ‘Smart Ownership PKNS’.

Pengurus Besarnya, Noraida Mohd Yusof berkata, skim yang julung kali di-lancar itu menawarkan pelbagai faedah milikan kepada pelanggan pertama kali.

“Bagi Skim Pemilikan Perta-ma (1st Ownership), ia terbuka kepada pembeli Bumiputera dan bukan Bumiputera. Pem-beli ditawarkan 10 peratus diskaun selain tidak perlu membayar wang pendahulu-an untuk projek pembangun-an terpilih.

“Malah, pembeli tidak perlu membayar kos penyediaan perjanjian jual beli (SPA) dan Memorandum of Transfer (MOT) ke-rana semuanya ditanggung PKNS melalui skim itu,” katanya selepas merasmikan Hari Mesra Pelanggan PKNS, baru-baru ini.

Beliau berkata, Skim Kesetiaan menawarkan 12 peratus diskaun untuk

pembelian kedua dan segala kos SPA ser-ta MOT turut dibiayai bagi pembeli yang memiliki sekurang-kurangnya satu pro-jek PKNS.

Tawaran skim berkenaan membabitkan pembelian lapan projek perumahan serta empat bangunan komersial yang dilan-carkan dan baharu antaranya di Alam Nu-santara, Shah Alam; Antara Gapi, Seren-dah; Kota Puteri, Bestari Jaya; dan Bernam

Jaya, Sabak Bernam.Noraida menyarankan orang

ramai supaya membuat pembe-lian segera kerana skim berke-naan hanya dibuka selama enam bulan, sehingga 31 Julai ini.

“Manakala, permohonan skim projek pembangunan baru yang bakal dilancarkan sepanjang tahun ini pula dibu-

ka, sehingga Disember ini,” katanya.Beliau juga tidak menolak akan

meneruskan inisiatif itu pada masa depan ekoran sambutan yang menggalakkan.

“Skim ini adalah antara usaha PKNS membantu rakyat memiliki hartanah sendiri memandangkan keadaan eko-nomi tidak menentu selain harga ditawar pemaju dilihat membebankan,” katanya.

PKNS lancar dua 'Smart Ownership'

Sasar ��% projek terjual

RAWANG - Bank disaran memban-tu menyelesaikan kemelut pinjaman pembiayaan perumahan membabit-kan pembeli kediaman kali pertama di negara ini, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau merujuk situasi 1997, ketika era perbankan negara berada pada landasan terburuk yang memaksa rakyat membantu meringankan situa-si itu melalui penubuhan Pengurusan Dana Harta Nasional Berhad.

Beliau berkata, usaha terbabit di-jalankan sebagai kaedah menampung kerugian susulan krisis kewangan Asia yang turut memberi kesan besar kepa-da pertumbuhan ekonomi negara se-rantau ketika itu.

“Kemelut kewangan Asia 1997 mende-sak Kerajaan Persekutuan menubuhkan Pengurusan Dana Harta Berhad bagi membantu membaik pulih kewangan bank tempatan. Ini bermakna ketika bank tempatan sedang mengalami krisis, raky-at diajak untuk bersama membantu me-ringankan beban bank tempatan.

“Justeru, saya menyarankan ketika rakyat kini berdepan bebanan kos, pendapatan menguncup dan harga rumah semakin mahal, maka menjadi

tanggungjawab bank untuk tampil membantu mereka mendapatkan pin-jaman dengan lebih mudah,” katanya, di sini, pada 4 Mac lalu.

Beliau berkata demikian se-bagai mengulas kegagalan pembeli mendapatkan pembiayaan pinjaman secara mudah daripada bank tempa-tan ketika ini.

Ia termasuk 50 peratus daripada pemohon Rumah Selangorku gagal menerima pembiayaan walaupun nama mereka sudah disenaraikan se-bagai pembeli kediaman di bawah skim Kerajaan Negeri itu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri memperke-nalkan Skim Smart Sewa untuk mem-bantu rakyat sederhana menyewa dan berupaya memiliki rumah di Selangor.

“Tempoh minima skim sewaan ini selama dua tahun dan maksima lima tahun iaitu penyewa mendapat 30 pe-ratus sewaan mereka dan boleh dijadi-kan wang pendahuluan dalam pembe-lian Rumah Selangorku.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga tu-rut membantu melalui tambahan pe-runtukan RM100 juta bagi memperlu-askan Skim Smart Sewa ini,” katanya.

Bantu beli rumah pertama

SHAH ALAM - Bank komersial di Malaysia memberi sokongan dalam menyediakan pinjaman perumahan kepada pembeli untuk semua lapisan masyarakat, menu-rut Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM).

ABM berkata, perniagaan utama bank ialah pinjaman dan akan terus menye-diakan pembiayaan perumahan kepada mereka yang layak.

Katanya, bank yang memberi tumpuan kepada sektor runcit sentiasa mengkaji semula strategi dan terlibat dengan pihak berkuasa untuk meningkatkan pemilikan rumah.

“Bank akan terus menjalankan pe-nilaian mengikut kesesuaian dan kemam-puan,” kata persatuan itu dalam kenyata-an.

ABM berkata, bank akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan

Kredit (AKPK) untuk meningkatkan ke-mampuan pemilik rumah kali pertama.

Persatuan itu berkata, bank mempu- nyai produk untuk ditawarkan bersesuaian dengan pembeli rumah tulen mengikut kemampuan dan pendapatan mereka.

"Pengguna digalakkan mendedahkan sepenuhnya maklumat penting dengan mengambil kira kedudukan kewangan mereka apabila memohon pinjaman pe-rumahan.

“Mereka perlu bekerjasama dengan pembiaya apabila membuat penilaian ke-sesuaian dan kemampuan bagi sebarang kemudahan yang dipohon untuk mem-beri laluan pengurusan kewangan baik di pihak pengguna,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan pinjaman perumahan, bo-leh hubungi ABM di talian 1-300-88-9980 atau e-mel di eABMConnect atau layari la-man sesawang, www.abm.org.my.

Bank komersial sokong pemilikan rumah

Album12 SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Album13SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari menyampaikan bantuan pembiayaan modal perniagaan kepada 100 peniaga kecil di Pusat Khidmat DUN beliau

ADN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turun

padang menyan-tuni masyarakat dan mengambil

maklum balas mereka dalam

pelbagai isu dan permasalahan

setempat

ADN Rawang, Gan Pei Nei melawat mangsa cedera akibat paip roboh di Pasar Moden Rawang

ADN Bukit Melawati, Jakiran Jacomah

menghadiri program Pengurusan

Perniagaan di Pejabat Pertanian

Kuala SelangorADN Selat Klang, Dr Halimah Ali turun padang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas di DUN beliau

ADN Bangi, Mohd Shafie Ngah turun padang menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Kejo-hanan Sepak Takraw Piala ADUN Bangi

ADN Teratai, Tiew Way Keng turun padang memeriahkan Ma-jlis Sambutan Hari Wanita di DUN beliau dan menyampaikan kad istimewa kepada golongan itu

ADN Subang Jaya, Hannah Yeoh bersama kanak-kanak dalam aktiviti transformasi taman rekreasi Millineum Park, SS13

ADN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Hafazan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali

14Rencana

SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Maju sektor perikanan Kebajikan tanpa sempadan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

Dasar berkebajikan meliputi aspek pembangunan bandar dan desa ke arah memastikan rakyat menikma-

ti hasil kekayaan negeri secara adil terus konsisten dilaksanakan pentadbiran Kera-jaan Selangor.

Membatasi agenda perbezaan pega-ngan politik, usaha itu dizahirkan secara konsisten membabitkan penyertaan ma-syarakat di seluruh negeri.

Menyedari hakikat rakyat Selangor te-rus dibebani pelbagai dasar kurang berke-bajikan di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri tampil melaksanakan inisiatif mem-bantu keperluan rakyat tanpa sempadan.

Usaha berkenaan tidak terkecuali membabitkan keperluan warga desa, khu-susnya penggiat industri perikanan ne- geri dan nelayan persisir pantai diusa-hakan pentadbiran Pakatan, sejak 2008.

Dasar menguntungkan rakyat

Mendepani cabaran sedia ada, pen-tadbiran negeri di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Az-min Ali agresif merancakkan lagi agenda pembangunan industri perikanan dengan memperkenalkan pelbagai dasar baru.

Komitmen itu pernah disuarakan Mo-hamed Azmin berhubung keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap peningkatan kos sara hidup yang mendorong inisiatif mesra rakyat diwujudkan membabitkan golongan terbabit.

"Untuk meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan rakyat majmuk dan berbilang kaum, pelbagai program ban-tuan dirangka serta diterjemahkan kepada rakyat.

"Kerajaan Negeri komited menyuntik dinamisme ekonomi, sosial dan infrastruk-tur serta merevolusikan pembangunan desa juga luar bandar.

"Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri mencadangkan RM5.65 juta diperuntuk-kan untuk program pembangunan eko-nomi nelayan, petani dan penternak," ka-tanya.

Mohamed Azmin berkata, inisiatif ter-babit dijalankan sebagai dorongan me-ningkatkan kemahiran golongan nelayan dengan memanfaatkan dan mengguna-kan teknologi berinovasi.

Jana ekonomi nelayan

Lanjutan daripada iltizam itu, pendeka-tan diambil termasuk meluluskan tapak cadangan pusat pengumpulan Ikan Bagan Sekinchan.

Dato' Menteri Besar berkata, proses ke-lulusan dibuat selepas merujuk kepada beberapa siri permohonan nelayan Sekin-chan bagi mendapatkan tapak baru.

"Keadaan dan fasiliti tapak pengumpul-an ikan lama sudah tidak boleh menam-pung kepadatan serta keadaannya yang cukup uzur.

"Justeru, atas kepentingan dan fokus ke-bajikan rakyat, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan permohonan ini untuk mem-bina pusat baru bagi menjana pendapatan nelayan serta kuasa ekonomi golongan nelayan di Selangor," katanya.

Proses kelulusan itu diambil kira selepas merujuk tuntutan menjalankan kajian mengikut kesesuaian pembangunan

Kerajaan Negeri komited menyuntik dinamisme ekonomi, sosial dan infrastruktur serta merevolusikan pembangunan desa juga luar bandar

tapak baru demi kepentingan masyarakat setempat.

Cadangan tapak baru terletak di baha-gian Petak 183 di Jalan Bagan Sekinchan dekat Jalan JPT Pekan Sekinchan yang menjadi penghubung sebagai sebahagian kawasan Rizab Melayu Tanjong Karang.

Sebelum ini, permohonan pewartaan tapak Pusat Pengumpulan Ikan terbabit diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) di bawah pen-yelenggaraan Majlis Daerah Sabak Ber-nam (MDSB).

Bagaimanapun, keputusan positif dibuat di peringkat negeri memberi man-faat jangka panjang, sekali gus disambut baik golongan nelayan setempat.

Tiada caj daftar jeti

Lebih bermanfaat, pendekatan berke-bajikan turut dilaksanakan menerusi ban-tuan insentif pengecualian caj pendaft-aran jeti sebanyak RM600.

Walaupun sebelumnya timbul dakwaan sesetengah pihak berhubung isu ter- babit, Kerajaan Negeri tegas menafikan-nya, malahan pendirian itu diteruskan sepanjang 2017.

Perkara itu turut diakui, Exco Infra-struktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib yang sebu-lat suara menolak cadangan LUAS men-

15SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Rencana

genakan kadar terbabit."Kerajaan Negeri sudah meminta LUAS

menyemak semula cadangan itu dan dika-ji supaya ia tidak membebankan penggiat industri khususnya nelayan pesisir pantai seluruh negeri.

"Akhirnya, Kerajaan Negeri bersama LUAS sependapat membuat keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya.

Walaupun keperluan mengenakan caj berkenaan bagi menyelenggara 1,350 jeti seluruh negeri pernah diusulkan, namun katanya, pendirian tegas diambil di pe- ringkat negeri menyaksikan golongan ne-layan seluruh negeri kini boleh menarik nafas lega.

Beliau berkata, hasil bancian dijalankan pentadbiran negeri mendapati keperluan untuk mengenakan kadar pendaftaran itu lebih menekan jurang ekonomi keperluan penggiat industri perikanan seluruh ne-geri.

Bangun infrastruktur nelayan

Tidak terhenti setakat itu, komitmen berkebajikan terus dilaksanakan meliputi pembangunan semula kemudahan infra-struktur dan jeti nelayan seluruh negeri.

Teras utama kepedulian itu turut dibuk-tikan menerusi perbelanjaan menjurus kepada pembangunan infrastruktur dan fasiliti melalui peruntukan RM2.3 juta.

Daripada jumlah itu, Kerajaan Negeri optimis dapat membantu 7,395 nelayan yang mendaftar sebagai Persatuan Ne-

Teras utama kepedulian itu turut dibuktikan menerusi perbelanjaan menjurus kepada pembangunan infrastruktur dan fasiliti melalui peruntukan RM2.3 juta

layan mengikut daerah masing-masing di seluruh negeri.

Agihan turut dilaksanakan menerusi penyediaan bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan kepada nelayan serta peralatan dan makanan ternakan ikan bagi usahawan akuakultur di Selangor, ta-hun ini.

Pada tahun ini juga dianggarkan sekurang-kurangnya 500 penerima bakal memperoleh manfaat daripada pelaksaan program terbabit.

Selebihnya, bantuan global position-ing system (GPS) atau sistem kedudukan sejagat bakal diagihkan kepada nelayan berkelayakan.

Zaidy berkata, pelaksanaannya membabitkan RM995,000 dengan tum-puan pembangunan kebajikan terus giat dilaksanakan.

"Kalau dulu, bantuan nelayan ini ber-bentuk bot dan enjin dengan jumlah san-gat besar hingga menyebabkan timbulnya rungutan serta ketidakpuasan hati jika ada

antara mereka yang tidak dapat. "Justeru, atas dasar peduli rakyat dia-

malkan Kerajaan Negeri, kita laksanakan bantuan secara adil kepada semua nela-yan menerusi bantuan GPS, pukat, jaring dan peralatan sampingan lain.

"Sehingga kini, Kerajaan Negeri meneri-ma respon positif nelayan selepas bantuan ini disalurkan kepada mereka," katanya.

Katanya, inisiatif itu sudah dipratikkan dengan perolehan hasil lebih tinggi, sekali gus mampu menjana lebihan pendapatan golongan terbabit.

"Pendekatan baru kita laksanakan ini banyak mendapat pujian daripada penerima kerana ramai di antara mereka mendapat manfaat.

"Sama seperti bantuan GPS bernilai an-tara RM1,000 ke RM2,000 yang diberikan ini ekoran ramai nelayan memerlukan dan ingin menggunakan tetapi tidak mampu, jadi mereka sangat berterima kasih,” ka-tanya.

Bantuan dihargai

Menerima maklum balas positif, ban-tuan itu disambut baik golongan nelayan yang menganggapnya sebagai durian run-tuh bagi menjana lebihan hasil tangkapan.

Antaranya, nelayan dari Tanjung Sepat, Chia Siew Hong, 60, berkata peralatan itu memudahkan kerja penangkapan ikan se-lain menjimatkan masa.

“Alat GPS ini memang berguna untuk nelayan kerana kita boleh mengesan lo-kasi tertentu menangkap ikan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu dalam usaha ini,” ka-tanya.

Nelayan dari Teluk Penglima Garang,

Justeru, atas kepentingan dan fokus kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan permohonan ini untuk membina pusat baru bagi menjana pendapatan nelayan serta kuasa ekonomi golongan nelayan di Selangor

Abu Zarin Abu Hashim, 69, berkata pe-nyerahan alat GPS berkenaan memang tepat pada masanya kerana nelayan me-merlukan kemudahan seperti itu.

“Kita perlu gunakan teknologi baru seperti ini bagi memudahkan kerja dan meningkatkan hasil tangkapan.

“Bantuan ini tentu memberi banyak ke-baikan kepada nelayan seperti kami yang ada antaranya kurang mampu untuk me-milikinya,” katanya.

Hasil kejayaan berterusan dan komit-men tinggi Kerajaan Negeri meliputi as-pek kepedulian rakyat jelas membuktikan pentadbiran negeri kini diyakini mampu menjadi model petadbiran jangka pan-jang.

Ia sewajarnya dicontohi di peringkat Persekutuan sebagai penggerak untuk mencorak kegemilangan pentadbiran dengan lebih cemerlang dalam segenap aspek.

16ADN

SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Lebih tiga tahun menghuni bersebelahan rumah tinggal, teratak Noraini Law Abdullah, 36, di Seksyen 24, di sini, turut menerima impak kero-sakan.

Siling rumahnya kini tidak mampu menampung air, mala-han bumbungnya boleh rebah pada bila-bila masa menimpa lantai lantaran sudah dihuni anai-anai.

Bekerja sebagai pembantu taska, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui terpaksa menanggung banyak kerugian akibat rumah tinggal berkenaan.

“Perabot dan sofa kami habis, sudah tidak mampu beli kerana apabila hujan, air jatuh meleleh ke dalam menimpa barangan kami.

“Bukan itu sahaja, sudah le-bih tiga kali dapur kami dije-ngah ular berbisa ekoran semak samun meninggi di sebelah

Hulur bantuan

Nasib pembantu taska diberi perhatian

rumah,” katanya bercerita ke-pada Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, baru-baru ini.

Selain Rodziah, Noraini seke-luarga turut menerima kunju-

ngan pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Ke-bajikan Masyarakat (JKM).

Mengulas perkara itu, Rod-ziah berkata, pihaknya akan me-lihat bantuan bersesuaian bagi

mengganti bumbung kediaman Noraini.

“Kita akan panggil kontraktor untuk melihat apa yang boleh dilakukan sama ada memper-baiki atau mengganti baru. Se-

SHAH ALAM - Proses penye-diaan tanah kubur seluas 24 ekar untuk masyarakat Islam di Lembah Jaya dan kawasan seki-tarnya dijangka selesai selepas semua pihak terlibat mengada-kan perbincangan bagi menye-lesaikan isu jalan masuk.

Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz berkata, mesyuarat pertama membabit-kan pihaknya bersama Pejabat Daerah, Tanah dan Galian Hulu Langat serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dia-dakan sebelum ini berjalan lan-car.

“Mesyuarat pertama sudah berlangsung dan minggu hada-pan mesyuarat kedua di MPAJ. Kita juga akan bincang dengan

pihak lebuh raya untuk menen-tukan jalan masuk yang sesuai.

“Kita akan bincangkan cada-ngan bagaimana mahu buat ja-lan susur dan satu terowong un-tuk kemungkinan jalan masuk ke tanah perkuburan itu melalui Bukit Belacan,” katanya.

Khasim berkata, tanah perku-buran sedia ada yang sebelum ini dijangka mampu menam-pung permintaan selama 10 ta-hun didapati hampir penuh.

“Sebenarnya ada arahan Ja-batan Agama Islam di Selangor, sebarang kematian orang Islam boleh dikuburkan di mana-ma-na perkuburan Islam di Sela-ngor tetapi Teratai sudah hampir penuh dan perlu digali menggu-nakan tenaga manusia,” katanya.

Tanah kubur dalam proses akhir

SPR tak adil, pilih kasih

bolehnya kita akan selesaikan secepat mungkin kerana tidak mahu perkara tidak diingini ber-laku,” katanya.

Pada masa sama, LZS turut menyampaikan surat kelulusan permohonan suami Noraini, Mo-hamad Nazril Othman sebagai asnaf fakir miskin.

“Dengan ini, mereka seke-luarga secara automatik mene-rima bantuan bulanan dan ban-tuan hari raya,” kata wakil LZS.

Terletak di Jalan Cili 1, rumah tinggal di lot tepi itu dikatakan sedang dalam proses ubah suai sebelum terus ditinggalkan.

Tinjauan SelangorKini men-dapati, ia tidak lagi berbum-bung dan berdinding selain di-penuhi pokok menjalar, semak samun dan barangan tidak ter-pakai.

Sehingga kini, Majlis Banda-raya Shah Alam gagal menjejaki pemilik kerana tiada alamat lain disertakan melainkan alamat rumah tinggal berkenaan.

KUALA KUBU BHARU - Suru-hanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa bersikap tidak adil kepada sebaha-gian penolong pendaftar di Sela-ngor apabila membekalkan bo-rang pendaftaran pengundi tidak mencukupi.

Sikap pilih kasih itu didakwa dialami kumpulan dalam kalan-gan Pengerusi Jawatankuasa Ke-majuan Kampung (JKKK) dengan pegawai SPR ‘lebih mengutama-kan’ Pengerusi Jawatankuasa Ke-majuan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong berkata, pi-haknya dimaklumkan berkenaan perkara itu dan menuntut penje-lasan daripada SPR terhadap in-siden yang berlaku.

“Pegawai SPR bertanya sama ada mereka daripada JKKK atau JKKKP, sekali gus menimbulkan persoalan apa bezanya penolong pendaftar dari dua kumpulan ini?

“Adakah borang pendaftaran akan tiba-tiba mencukupi jika me-reka daripada JKKKP?

“SPR harus bertindak adil ke-

pada semua penolong pendaftar tanpa mengira latar belakang poli-tik mereka,” katanya.

Difahamkan, perkara itu dihada-pi Pengerusi JKKK Kampung Pasir Kerling, Yusoff Stak dan Pengerusi JKKK Ampang Pecah, Rihajuddin Anwarkhan@Tajol yang mendak-wa hanya dibekalkan 100 borang pendaftaran pengundi berban-ding 1,000 yang diminta.

“Saya amat kesal SPR tidak menyediakan borang pendafta-ran mencukupi untuk penolong pendaftar menjalankan tugas.

“Perkara sedemikian tidak ha-rus berlaku memandangkan masih terdapat 4.4 juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas belum berdaftar sebagai pengundi,” kata Kee Hiong.

Lee Kee Hiong

17SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Perikanan

Tender ini adalah dipelawa kepada petender - petender yang berdaftar dengan UPEN Dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang perkhidmatan di bawah bidang atau sub bidang yang berkaitan sahaja dan masih berkuatkuasa dibenarkan menyertai tender berikut:-

2. Dokumen tawaran ini hanya akan dikeluarkan kepada penyebut harga / wakil yang sah sahaja. Dokumen tawaran boleh diperolehi di bahagian seperti yang tertera di bawah mulai 06 Mac 2017 (Isnin) hingga 13 Mac 2017 (Isnin):

Bahagian Khidmat PengurusanTingkat 4, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40576 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

3. Penyebut harga dikehendaki membawa bersama sijil asal dan salinan Akuan Pendaftaran Kontraktor dan Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera daripada Kementerian Kewangan Malaysia, surat pendaftaran UPEN dan Wang Pos/Kiriman Wang atas nama “BENDAHARI NEGERI SELANGOR” berjumlah RM50.00 semasa pembelian dokumen sebut harga

4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di alamat :-

Pejabat Tanah Dan Galian SelangorTingkat 4 , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40576 Shah AlamSelangor Darul Ehsan

Tarikh tutup : 13 Mac 2017 (Isnin) jam 12.00 tengahari.

5. Pejabat Tanah dan Galian Selangor tidak semestinya menerima tawaran yang terendah.

Bil

1

No Sebut Harga

SH/PTGS/02/2017

Butir-Butir Kenyataan Tawaran

Sebutharga

MENCETAK, MEMBEKAL DAN

MENGHANTAR DOKET/KUPON PENGELUARAN BAHAN BATUAN

NEGERI SELANGOR UNTUK PEJABAT

TANAH DAN GALIAN SELANGOR

Kelayakan Penyebutharga

Berdaftar dan membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia

di bawah kod bidang

221606

DAN

Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)

Harga

RM 50.00

KENYATAAN TAWARANPEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

OLEH LIZAWATI MADFA

KLANG - Seramai 166 nelayan di dae-rah Klang menerima bantuan peralatan menangkap ikan daripada Kerajaan Ne-geri, pada 3 Mac lalu.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, 50 daripadanya menerima ban-tuan jaring, manakala 116 lagi menerima bantuan GPS (Global Positioning System).

Katanya, mereka sebahagian dari 698 penerima di seluruh Selangor yang layak menerima bantuan dengan peruntukan RM995,000.

“Ini membuktikan Kerajaan Negeri ti-dak meminggirkan nelayan, malahan kita menyediakan program bantuan khas bagi memajukan golongan ini.

“Kita juga bersedia meneliti bentuk bantuan lain dari masa ke masa dalam usaha memantapkan lagi taraf ekonomi golongan nelayan supaya tidak terping-

gir,” katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Pe-

nyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakul-tur Peringkat Daerah Klang, di Kampung Delek Kanan, di sini.

Pada 2016, Kerajaan Negeri memper-untukkan RM1.6 juta bagi menyediakan bantuan berbentuk peralatan menang-kap ikan kepada nelayan serta makanan ternakan ikan untuk usahawan akuakul-tur Selangor.

Selain hampir RM1 juta untuk bantu-an peralatan, RM600,000 diperuntukkan bagi bantuan peralatan kolam ternakan membabitkan 168 penerima.

“Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri mem-peruntukkan sekurang-kurangnya RM1 juta bagi tujuan sama dan dijangka 500 penerima bakal memperoleh manfaat,” katanya.

Pada 2016, terdapat 1,324 nelayan berdaftar di Klang dari 7,395 jumlah ke-seluruhan nelayan di Selangor.

Bantuan peralatan tangkap ikan

Nelayan Klang dapat RM� juta

Tiada caj jeti RM��� KLANG - Kerajaan Negeri menafikan caj pendaftaran jeti RM600 bagi tempoh seta-hun sudah dikenakan di seluruh Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, ia cadangan asas dibawa Lemba-ga Urus Air Selangor (LUAS) dan tidak per-nah dimuktamadkan sebelum ini seperti digembar-gemburkan.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah menel-iti dan menolak cadangan berkenaan selepas mengambil kira pelbagai aspek.

“Diharap orang ramai semak terlebih dahulu sebarang maklumat dengan pimpi-nan negeri atau dapatkan daripada sumber sahih seperti akhbar rasmi, SelangorKini.

“Sebelum ini, Kerajaan Negeri sudah meminta LUAS menyemak semula cadan-gan itu dan dikaji. Akhirnya kita membuat keputusan untuk tidak melaksanakannya.

“Kita cuma jalankan bancian untuk mengenal pasti jenis jeti seperti mi-lik awam, swasta, tradisi dan dibezakan mengikut caj serta yang lain,” katanya di

hadapan lebih 100 nelayan di Majlis Pe-nyerahan Bantuan Nelayan di Kampung Delek Kanan, di sini, pada 3 Mac lalu.

Terdahulu, Kerajaan Negeri dilapor se-dang meneliti keperluan mengenakan caj pendaftaran jeti bagi menyelenggara 1,350 jeti di Selangor terutama yang su-dah uzur.

Zaidy berkata, Kerajaan Negeri sudah melakukan bancian di seluruh jeti bagi menyelesaikan isu tanah seterusnya mem-bolehkan jeti uzur dinaik taraf atau dibaiki.

“Kita memang mahu bantu tetapi ma-salah besar adalah tanah seperti isu Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dan pajakan yang menjadi halangan.

“Jadi kita sudah lakukan bancian dan bermula di Sekinchan dan akan berikan LPS terlebih dahulu sebelum pajakan di-berikan kepada pihak sewajarnya.

“Selepas isu tanah selesai, baru Kera-jaan Negeri dapat lihat apa yang boleh di-lakukan sama ada untuk naik taraf jeti atau yang lain mengikut keperluan,” katanya.

SHAH ALAM - Keluasan 100,000 (HA) ka-wasan pesisir pantai di bawah tiga batu nautika bermula dari perairan Sepang se-hingga sempadan perairan Perak mendo-rong Jabatan Perikanan Selangor tampil membangunkan cadangan Projek Kebun Kerang.

Perikanan Selangor berkata, cada-ngan itu membabitkan tiga daerah iaitu Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam melibatkan keluasan 21,000 (HA).

“Pembangunannya bertujuan mem-beri peluang kepada lebih ramai lagi ne-layan tradisi terlibat secara langsung de-ngan perusahaan ternakan kerang.

“Ia juga mampu memanfaatkan ka-wasan dataran berlumpur yang sangat luas untuk dijadikan kawasan ternakan secara bersusun dan sistematik,” kata ke-

nyataan itu.Menurut kenyataan itu lagi, peru-

sahaan terbabit mampu meningkat-kan pendapatan nelayan tradisi kepada RM3,000 sebulan, sekali gus mampu men-jana lebihan pendapatan golongan itu daripada belenggu kemiskinan.

Malah, ia juga mampu meningkatkan pengeluaran kerang dewasa di Selangor dari 9,300 (MT) kepada 20,000 (MT).

Terdahulu, Jabatan Perikanan Kuala Selangor memaklumkan, aktiviti penter-nakan kerang di Selangor sebelum ini di-monopoli pihak tertentu yang memiliki modal besar.

Bagaimanapun, komitmen pembangu-nan Kebun Kerang itu sekali gus mampu merapatkan jurang ekonomi golongan nelayan di seluruh negeri.

Kebun Kerang tingkat ekonomi negeri

18PBT

SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

SHAH ALAM - Majlis Perban-daran Selayang (MPS) akan memulakan projek menaik taraf pembangunan Kolam Air Panas Selayang, tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Dato’ Juhari Ahmad berkata, pro-jek itu akan dimulakan tahun ini dan mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.

“Mengikut perancangan, pro-jek kerja membabitkan lapangan dan proses kelulusan fizikal di- mulakan pada 6 Mac lalu, manakala kerja fizikal akan ber-mula, pada 19 Jun ini.

“Justeru, kerja penutupan akan dibuat secara berpering-kat bagi melancarkan projek, di samping mengambil kira aspek

keselamatan orang awam,” ka-tanya lapor Sinar Harian.

Juhari berkata, kolam air pa-nas itu antara lokasi yang men-jadi tumpuan tarikan pelancong di Selayang.

Kawasan terbabit berpotensi tinggi dan statistik juga menun-jukkan hampir 4,000 pengunjung datang ke situ, setiap bulan.

“Keputusan pembangunan ini dilihat tepat dengan strategi berkonsepkan pelancongan ke-sihatan yang bakal disediakan kemudahan serba lengkap dan persekitaran cantik.

“MPS berharap projek ini akan berjalan lancar, di samping me-ningkatkan jumlah pelancong, pada masa akan datang,” katanya.

18 bulan tempoh naik taraf

Kolam Air Panas Selayang bakal berwajah baru

Kaunter ez-pay sepanjang Mac

21 Mac ini.Lokasi seterusnya di SS6 ber-

hampiran Giant bermula 22 hingga 24 Mac dan di Petaling Jaya Utara 10, Damansara Da-mai, pada 25 hingga 31 Mac.

“Diharapkan dengan adanya hebahan ini akan melancarkan segala urusan dan perancangan.

“Semoga perkhidmatan kaunter ez-pay ini dapat mem-beri kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan,” katanya.

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyarankan pindaan undang-undang dilaku-kan untuk memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup pusat judi haram.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pindaan kepada undang-undang kecil diperlukan untuk memboleh- kan penguatkuasaan lebih ketat dilakukan.

“Menurut undang-undang sedia ada, kita hanya boleh me-ngenakan denda RM1,000, me-rampas mesin dan peralatan lain sahaja, namun tiada hukuman penjara kepada si pengusaha pusat judi.

“Batas tindakan PBT juga ha-nya boleh meletakkan pita kuning pada premis tetapi kita tak boleh menutupnya kerana tidak mem-punyai kuasa berbuat demikian.

“Sebab itu, mereka tetap bo-leh memulakan semula operasi, malahan boleh membeli mesin baru walaupun pelbagai serbuan dilakukan,” katanya selepas me-syuarat penuh MPSJ, baru-baru ini.

Hisham berkata, kebanyakan pengusaha memohon lesen pusat hiburan keluarga tetapi menjalankan aktiviti perjudian di sebaliknya.

Katanya, beberapa kawasan 'hotspot' judi haram adalah di Pu-chong, Kinrara, Batu Tiga, Pinggi-ran USJ dan Taman Perindustrian 10.

“Tahun lalu, MPSJ berjaya me-rampas 4,674 mesin judi dari-pada semua serbuan dan me-rampas 1,042 mesin, sehingga Februari lalu. Jumlah ini semakin meningkat dan membimbang-kan,” katanya.

Pinda peraturan tutup pusat judi

SHAH ALAM - Ganjaran RM350 menanti orang ramai yang memberi maklumat berke-naan pembuangan sampah haram di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Timbalan Yang Diper-tua MPS, Dato’ Juhari Ahmad berkata, pemberi maklumat hanya perlu hadir ke pejabat pihak

berkuasa tempatan itu untuk mengisi borang aduan serta bahan bukti bagi membantu

siasatan lanjut.“Usaha ini bagi meng-hapuskan kegiatan sam-pah haram yang sering mendapat aduan awam

di beberapa kawasan seliaan MPS.

“Ganjaran RM350 akan diberi kepada pengadu yang ber-

jaya mengesan kes terbabit,” ka-tanya.

Beliau berkata, MPS akan menjalankan siasatan dan kes akan diselesaikan dalam tem-poh tujuh hari berdasarkan maklumat lengkap, tepat dan sahih selepas aduan diterima.

“Ganjaran itu akan diberi sehingga kes di kawasan ter-babit selesai dan tertangkapnya pelaku serta kompaun dibayar,” katanya.

Beri maklumat sampah haram dapat RM���

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menye-diakan kaunter bergerak ez-pay sebagai inisiatif mengurangkan kesesakan di ibu pejabatnya pada waktu puncak, sepanjang Mac ini.

Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam kenyataan berkata, langkah itu turut dijalankan bagi menggalakkan orang awam membuat pembayaran secara efektif.

“Di samping itu, kaunter bergerak ez-pay juga diharap dapat menggalakkan dan mem-beri kemudahan kepada orang awam untuk hadir ke kaunter bergerak berhampiran dengan tempat tinggal mereka,” katanya.

Antara lokasi itu adalah di SS24 berhampiran Pasar Pagi Ta-man Megah yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 3 petang, bermula 4 hingga 10 Mac ini.

Turut dibuka, di SD 12/1 (11 hingga 17 Mac) dan Apartment Flora Damansara Petaling Jaya Utara (PJU8), bermula 18 hingga

.

PertanyaanSebarang pertanyaan hubungi Unit Komunikasi Korporat MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 203/208 atau faks kepada nombor 03-79582695

Menurut undang-undang sedia ada, kita hanya boleh mengenakan denda RM1,000, merampas mesin dan peralatan lain sahaja, namun tiada hukuman penjara kepada si pengusaha pusat judi

NOR HISHAM AHMAD DAHLANYang Dipertua MPSJ

19SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

PBT

OLEH LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) ber-jaya memperoleh skor 79.74 pe-ratus bagi Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam, pada tahun lalu.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, skor berkenaan dika-tegorikan pada tahap memer-lukan penambahbaikan dengan pemantauan.

Katanya, penilaian dibuat berdasarkan lima indikator iaitu Rekod Amalan Nilai, Indeks Nilai Ideal, Indeks Nilai Peribadi, In-deks Nilai Organisasi dan Indeks Maklum Balas Pelanggan.

“Berdasarkan indeks diper-olehi pada tahun terdahulu, skor Indeks Nilai Organisasi adalah 65.21 peratus iaitu kurang memuaskan kepada skor Indeks

Nilai MBPJ secara keseluruhan.“Indeks ini digunakan untuk

mengukur persepsi pegawai atau kakitangan ke atas tingkah laku yang mungkin berlaku dalam organisasi,” katanya ke-tika Mesyuarat MBPJ, di sini, ba-ru-baru ini.

Sehubungan itu, Mohd Azizi berharap ketua jabatan dapat menerap dan mening-katkan program yang mem-beri penekanan kepada usaha membudayakan amalan serta tingkah laku positif dalam or-ganisasi.

Katanya, tingkah laku nega-tif perlu dikurangkan untuk mempertingkatkan persepsi lebih positif dalam kalangan pegawai dan kakitangan MBPJ.

“Pelbagai usaha dan kebaji-kan disediakan seperti kemu-dahan klinik MBPJ, klinik panel, insurans, kuarters, rumah re-

Sistem Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam

MBPJ peroleh skor memuaskan

hat, pemberian ketika Rama-dan, sambutan hari raya dan Anugerah Khidmat Cemerlang.

“Besar harapan saya supaya MBPJ memperoleh peningka-tan skor di dalam Audit Nilai ini berbanding tahun lalu,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melak-sanakan Kempen Pengurangan Kompaun Siri 1/2017 sehing-ga 50 peratus untuk memberi peluang kepada Orang Kena Kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kempen itu akan dilaksanakan bermula 1 hingga 31 Mac ini bagi memban-tu dan menggalakkan OKK me-nyelesaikan tunggakan sebelum tindakan tegas dikenakan.

“Kempen ini juga termasuk pengurangan kompaun ke-salahan di bawah Perintah Pe-ngangkutan Jalan MBSA 2007 antaranya tidak mempamerkan kupon dan tidak meletakkan kenderaan di petak letak kereta disediakan.

“Untuk makluman, MBSA bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi me-nyenarai hitam pesalah yang gagal menyelesaikan kom-paun dengan memperkenalkan sistem ‘I-Blacklist’

“Justeru, orang ramai dinasi-hatkan menyegerakan bayaran kompaun tertunggak sebelum

tindakan lebih drastik diambil,” katanya dalam kenyataan.

Antara jenis kompaun yang layak mendapat pengurangan adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Un-dang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Establisyemen Makan-an (MBSA) 2007 dan Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (MBSA) 2007.

Selain itu, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Un-dang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Peringkat Pe-ngangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007.

Shahrin berkata, orang ra-mai boleh membuat bayaran di kaunter utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 Shah Alam, Pejabat Cawa-ngan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

MBSA turut menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) setiap Sabtu mengikut masa, tempat dan tarikh ditetapkan.

Mohd Azizi Mohd Zain

Diskaun kompaun ��%

KENYATAAN TENDERPKNS Real Estate Sdn Bhd bagi pihak anak syarikat kami iaitu Central Holdings Berhad mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai panggilan tender seperti berikut:

TAJUK SYARAT ASAS

TEMPAT DAN TARIKH AMBIL

DOKUMEN

TEMPAT DAN TARIKH LAWATAN

TAPAK

TARIKH TUTUP DAN TEMPAT HANTAR

DOKUMEN TENDER

Tender Perlantikan Syarikat Pengawal Keselamatan Di Bangunan Menara Worldwide Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur

No. Tender: PKNSRE/ HQ-CHB/ SEC/T/2017-02

Central Holdings BhdPengurusan Bangunan Menara Worldwide,Tingkat 13, Menara Worldwide, No 198 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala LumpurNo (P): 03-2181 3446

Tarikh : 13 - 14/02/ 2017 (Isnin dan Selasa)(Selepas taklimat tapak)

Harga Tender: RM200.00 (Termasuk GST)

Bilik Mesyuarat Karyawan,Tingkat 1, Menara Worldwide, No 198 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala LumpurNo (P): 03-2164 2918

Tarikh : 13/03/2017 (Isnin)Masa: 10.30 pagi(Kehadiran adalah WAJIB)

PKNS Real Estate Sdn Bhd

No. 3F-05, Tingkat 3 SACC Mall, 40000

Shah Alam,Selangor

No (P): 03-5520 4567

22/03/2017(Rabu)

12.00 Tgh Hari

1. Memiliki lesen yang sah untuk menjalankan urusan agensi persendirian (di bawah Seksyen 3, Akta Agensi persendirian No. 27/71) dikeluarkan oleh KDN, yang masih sah sekurang-kurangnya dua (2) bulan daripada tarikh tutup tender.

2. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah Kod Bidang 220801 – Kawalan Keselamatan.

Berikut adalah syarat-syarat tambahan tender:1. Firma berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).2. Firma mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun didalam bidang kawalan keselamatan.Nota:1. Pengambilan dokumen tender perlu disertakan dengan satu (1) salinan dokumen seperti berikut:- l Lesen Agensi Persendirian (di bawah seksyen 3, Akta Agensi Persendirian No. 27/71) yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) l Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (MOF) l Sijil Pendaftaran Firma SSM l Surat Pengesahan Pendaftaran GST (Jika berkaitan) l Surat perwakilan kuasa (Sekiranya pemilik syarikat tidak dapat hadir)2. Kehadiran lawatan tapak adalah wajib bagi setiap firma. 3. Pembayaran bagi pembelian dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk WANG POS atau DRAF

BANK di atas nama CENTRAL HOLDINGS BERHAD4. Tender hendaklah dihantar dalam sampul surat bermetri dan dituliskan tajuk projek disebelah kiri atas

sampul surat berkenaan serta dialamatkan seperti di bawah TIDAK LEWAT daripada JAM 12.00 TGH HARI pada tarikh tutup tender yang telah dinyatakan diatas.5. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan dan keputusan syarikat adalah muktamad.6. Hanya firma yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.7. Pihak Central Holdings Bhd. tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah ataupun lain-lain

tawaran yang dikemukakan tanpa sebarang sebab.

Central Holdings BerhadNo. 3F-05, Tingkat 3, SACC Mall,Jalan Perbadanan 14/9,40000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-55204567 Faks: 03-55181010

Satu lagi projek oleh :

Parkir sesuka hati, kenderaan berat disitaSHAH ALAM - Sekurang-kurangnya lapan bas dan dua lori disita dalam Operasi Ber-sepadu Menunda Kenderaan Berat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, operasi itu bertujuan mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat yang diletakkan di kawasan awam.

Katanya, operasi membabitkan Ja-batan Penguatkuasaan, Bahagian Pe-rundangan, Bahagian Korporat dan Per-hubungan Awam, MBSA serta agensi luar seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Sepanjang operasi diadakan, satu bas disita di Seksyen 23, dua lori dan dua bas di Seksyen 24 manakala lima bas di Seksyen 25, Shah Alam.

“Bagaimanapun, kebanyakan kende-raan berat berke-naan sudah dibayar dan dituntut pemi-liknya,” katanya.

Shahrin berkata, operasi diadakan se-cara berkala dalam usaha memantau masalah kenderaan berat yang memarkir kenderaan di ka-wasan awam sehing-ga mengganggu lalu lintas.

"Penyalahgunaan parkir kende-raan adalah kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (tempat le-tak kereta), Perintah 36(1)(b), Perintah 36A(1) iaitu kuasa mengapit, mengalih dan menahan kenderaan motor dan Un-dang-Undang Kecil (UUK) Taman (MBSA) 8 (1) meletak kenderaan sembarangan," katanya.

Bagi kenderaan berat didapati ber-salah, kompaun RM60 dikenakan di bawah UUK Taman (MBSA) 8 (1) dan RM300 di bawah Akta Pengangkutan Ja-lan (clamping dan kompaun).

Sekiranya kenderaan masih tidak dia-lihkan dalam tempoh empat jam, ken-deraan akan ditunda dan kompaun bakal meningkat kepada RM2,000, manakala caj simpanan di depoh adalah RM50 se-hari.

20Pendidikan

SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

KUALA SELANGOR - Projek Wakaf Gazebo UNISEL menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Bestari Jaya menjadi lokasi pertama projek amal berkenaan.

Pengarah Komunikasi Korporat Universiti Selangor (UNISEL), Hasril Abu Hassan ber-kata, projek berkonsepkan wakaf itu adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberi manfaat ke-pada pelajar sekolah.

Katanya, pelajar dapat menggunakan ga-zebo berkenaan sebagai tempat istirehat dan mengulangkaji pelajaran.

“Selain itu, ia juga dapat mengetengah-kan kemahiran pembinaan kepada pelajar

seterusnya meluaskan konsep wakaf.“Pada masa sama, kita dapat memberi

pendedahan kepada pelajar sekolah berke-naan UNISEL serta kursus ditawarkan,” ka-tanya dalam kenyataan, di sini, pada 2 Mac lalu.

Pemasangan wakaf gazebo di SMK Ran-tau Panjang disempurnakan kakitangan dan pelajar UNISEL, pada 1 Mac lalu.

Projek amal itu adalah gabungan tiga fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Peng-komputeran serta Bahagian Jaringan Komu-niti (COMNET) yang mensasarkan lebih ba-nyak sekolah di Selangor selepas ini.

SMK Rantau Panjang pertama dapat wakaf gazebo

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan ker-jasama syarikat pengeluar minu-man, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (F&N) menganjurkan Per-tandingan Kitar Semula Pering-kat Sekolah 2017 untuk kali ke-11 bagi membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar.

Pertandingan berjalan selama tujuh bulan membabitkan tiga kategori iaitu lima pra sekolah, 15 sekolah rendah juga 16 sekolah menengah dan pelajar perlu me-ngumpulkan sebanyak mungkin barangan kitar semula seperti ker-tas, plastik serta aluminum, ber-mula pada 1 Mac lalu.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad ber-kata, lebih menarik tahun ini akan berlangsung pertandingan reka cipta dengan hadiah ditaja F&N Beverage Marketing.

“Sekolah terbabit dikehendaki mengumpul barangan boleh diki-tar semula seperti kertas, alumin-ium dan plastik selain mereka se-suatu yang unik daripada bahan itu.

“Tujuan utama kempen ini

Didik pelajar cintai kitar semula

Bantuan pengajian IPT

�� anak pekerja ladang terima manfaat

KSSB_18x3col (TENDER NO. T02/2017)6.3.2017_star

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (“KSSB”) adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Negeri Selangor. KSSB bercadang untuk membuka tapak operasi baru dan menjemput pemohon-pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai lawatan tapak sebagai pra-syarat untuk menyertai tender berikut:-

TENDER NO. T02/2017PELAWAAN TENDER TERBUKA BAGI CUCIGALI SUNGAI DI SUNGAI KLANG, MUKIM PETALING,

DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN

Catatan: 1. Syarat-syarat kelayakan: - Mempunyai alamat berdaftar atau alamat perniagaan di Negeri Selangor.2. Harga Dokumen Tender : RM106.00.3. Fi Pemprosesan Tender : RM1,060.00.4. Deposit Tender : RM5,000.00.5. Lawatan tapak adalah wajib bagi melayakkan pemohon-pemohon menyertai tender berkenaan. Pemohon-pemohon yang tidak menyertai dan tidak mendaftarkan diri semasa lawatan tapak tidak layak untuk menyertai tender tersebut. Penyertaan lawatan tapak, pembelian dan penyerahan dokumen tender hendaklah dilakukan di atas nama syarikat yang sama. Adalah dicadangkan supaya pemohon-pemohon hadir ke lawatan tapak dengan menggunakan kenderaan yang bersesuaian seperti kenderaan pacuan empat roda. Keselamatan pemohon serta risiko dan kos yang terlibat semasa lawatan di tapak tersebut adalah tanggungjawab pemohon sepenuhnya. Pihak KSSB tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang liabiliti, kerugian, kerosakan, tuntutan dan kecederaan yang timbul daripada lawatan pemohon dan/atau ejen/wakil pemohon ke tapak tersebut.6. KSSB berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan atau membatalkan tender tanpa perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pemohon. Semua keputusan oleh KSSB adalah muktamad.7. KSSB tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan sebarang transaksi berkenaan tender ini bagi pihak KSSB dan KSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan sebarang kesimpulan, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang telah ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang ramai yang berpunca daripada mereka bergantung atau menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga. Pihak awam dinasihatkan agar menghubungi KSSB bagi sebarang pengesahan dan/atau maklumat lanjut.8. Maklumat lanjut tender boleh diperolehi di laman sesawang rasmi kami www.semesta.com.my

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (822993-H)Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5518 7735 Faks: 03-5518 7736www.semesta.com.my

13hb Mac 2017 (Isnin)Tarikh Lawatan Tapak

10.30 pagi

Jalan Rajawali 2, Bandar Puchong Jaya47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan(GPS: 3° 3'11.75"N, 101°37'14.88"E)

Waktu Berkumpul /PendaftaranTempat Berkumpul

14hb (Selasa) dan 15hb (Rabu) Mac 20179.00 pagi hingga 12.00 tengah hari2.30 petang hingga 4.00 petang

Masa dan TarikhPenjualan DokumenTender

23hb Mac 2017 (Khamis)9.00 pagi hingga 12.00 tengah hariPenyertaan lewat dan tidak lengkap akan ditolak

Masa dan TarikhPenyerahan DokumenTender

Ibu Pejabat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tempat Pembelian danPenyerahan DokumenTender

Pegawai Bertugas Untuk Lawatan Tapak:En. Mohd Hisham Mohd Ghaus 019-659 2166En. Jafrikhairi Mhd Idris 017-615 6140En. Abdul Hamid Hassan 019-332 2037

KSSB_18x3col (TENDER NO. T02/2017)6.3.2017_sinar

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (“KSSB”) adalah anak syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Negeri Selangor. KSSB bercadang untuk membuka tapak operasi baru dan menjemput pemohon-pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai lawatan tapak sebagai pra-syarat untuk menyertai tender berikut:-

TENDER NO. T02/2017PELAWAAN TENDER TERBUKA BAGI CUCIGALI SUNGAI DI SUNGAI KLANG, MUKIM PETALING,

DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN

Catatan: 1. Syarat-syarat kelayakan: - Mempunyai alamat berdaftar atau alamat perniagaan di Negeri Selangor.2. Harga Dokumen Tender : RM106.00.3. Fi Pemprosesan Tender : RM1,060.00.4. Deposit Tender : RM5,000.00.5. Lawatan tapak adalah wajib bagi melayakkan pemohon-pemohon menyertai tender berkenaan. Pemohon-pemohon yang tidak menyertai dan tidak mendaftarkan diri semasa lawatan tapak tidak layak untuk menyertai tender tersebut. Penyertaan lawatan tapak, pembelian dan penyerahan dokumen tender hendaklah dilakukan di atas nama syarikat yang sama. Adalah dicadangkan supaya pemohon-pemohon hadir ke lawatan tapak dengan menggunakan kenderaan yang bersesuaian seperti kenderaan pacuan empat roda. Keselamatan pemohon serta risiko dan kos yang terlibat semasa lawatan di tapak tersebut adalah tanggungjawab pemohon sepenuhnya. Pihak KSSB tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang liabiliti, kerugian, kerosakan, tuntutan dan kecederaan yang timbul daripada lawatan pemohon dan/atau ejen/wakil pemohon ke tapak tersebut.6. KSSB berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan atau membatalkan tender tanpa perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pemohon. Semua keputusan oleh KSSB adalah muktamad.7. KSSB tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan sebarang transaksi berkenaan tender ini bagi pihak KSSB dan KSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan sebarang kesimpulan, kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang telah ditanggung atau mungkin ditanggung oleh orang ramai yang berpunca daripada mereka bergantung atau menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga. Pihak awam dinasihatkan agar menghubungi KSSB bagi sebarang pengesahan dan/atau maklumat lanjut.8. Maklumat lanjut tender boleh diperolehi di laman sesawang rasmi kami www.semesta.com.my

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (822993-H)Tingkat 5, Bangunan Darul Ehsan,No. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5518 7735 Faks: 03-5518 7736www.semesta.com.my

13hb Mac 2017 (Isnin)Tarikh Lawatan Tapak

10.30 pagi

Jalan Rajawali 2, Bandar Puchong Jaya47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan(GPS: 3° 3'11.75"N, 101°37'14.88"E)

Waktu Berkumpul /PendaftaranTempat Berkumpul

14hb (Selasa) dan 15hb (Rabu) Mac 20179.00 pagi hingga 12.00 tengah hari2.30 petang hingga 4.00 petang

Masa dan TarikhPenjualan DokumenTender

23hb Mac 2017 (Khamis)9.00 pagi hingga 12.00 tengah hariPenyertaan lewat dan tidak lengkap akan ditolak

Masa dan TarikhPenyerahan DokumenTender

Ibu Pejabat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tempat Pembelian danPenyerahan DokumenTender

Pegawai Bertugas Untuk Lawatan Tapak:En. Mohd Hisham Mohd Ghaus 019-659 2166En. Jafrikhairi Mhd Idris 017-615 6140En. Abdul Hamid Hassan 019-332 2037

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Nasib masyarakat pekerja ladang di bawah Kerajaan Negeri tidak pernah dilupakan apabila 10 pelajar institusi penga-jian tinggi (IPT) yang juga anak ke-pada golongan itu diberikan ban-tuan pengajian RM42,940.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, fasa per-tama bagi tahun ini dibayar terus kepada IPT terbabit sebagai yuran pengajian masing-masing.

“Bantuan ini diberikan melalui geran RM1 juta yang disediakan Kerajaan Negeri dan setiap pe-lajar menerima bantuan antara

RM2,500 hingga RM5,000 bergan-tung kepada keperluan yuran pen-gajian masing-masing.

“Kita harap bantuan ini dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa mereka, sekali gus mem-bolehkan anak ini lebih fokus kepada pelajaran masing-masing,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyera-han Bantuan Pengajian IPT Anak Pe-kerja Ladang 2017 di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini, pada 2 Mac lalu.

Katanya, 10 penerima kali ini adalah anak pekerja ladang yang sedang mengikuti pengajian di Univesiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Selangor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Univer-

siti Malaysia Perlis, Management Science University, Koperasi Poli-teknik Seberang Prai, Tan Chong Education dan UCSI Education.

Katanya, beliau yakin akan menerima lebih banyak permoho-nan sepanjang tahun ini.

“Tahun lalu, kami meluluskan kira-kira 60 permohonan dan tahun 2015 pula lebih 30 permohonan bantuan pengajian tinggi ini,” katanya.

Katanya, antara syarat yang per-lu dipenuhi pemohon anak pekerja ladang itu adalah ibu bapa mereka perlu berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan, selain itu pihak beliau turut memberi keutamaan kepada mereka yang terdiri daripa-da golongan kelainan upaya (OKU).

diteruskan adalah untuk mendi-dik masyarakat khususnya pelajar dan golongan muda berkenaan kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian,” ka-tanya selepas majlis pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah 2017 di Dewan Banquet MBSA, di sini.

Difahamkan F&N Baverage Mar-keting menyumbang RM24,800 un-tuk menjayakan program terbabit.

Selain itu, MBSA turut mene-rima sumbangan daripada Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd iaitu wang tunai RM1,500 untuk Hadiah Anu-gerah Khas Tetra Pak Tertinggi.

Zaharin berkata, pertandingan itu berjaya mengumpul berat ku-tipan barangan kitar semula seba-nyak 121,321.2 kilogram tahun lalu, berbanding tahun sebelum-nya dan berharap kutipan akan terus meningkat tahun ini.

21SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Agama

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sejumlah RM673.7 juta bayaran zakat ber-jaya dikutip menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2016, umum Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Se-tia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau berkata, LZS turut meng-agihkan RM697.5 juta dalam tem-poh sama berbanding RM676 juta, pada 2015.

Katanya, ia meningkat 3.2 pe-ratus bersamaan RM21.4 juta, berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini didorong inisiatif LZS, pada 2016 yang

mengemas kini bantuan zakat mengikut keutamaan berdasar-kan Maqasid Syariah.

“Pendekatan agih-an zakat ini adalah menyenaraikan ban-tuan zakat mengi-kut keperluan Dharuriyat (Ban-tuan Utama), Hajiyyat (Bantuan Sekunder) dan Tah-siniyat (Bantuan Pili-han),” katanya pada si-dang media di ibu pejabat LZS, pada 6 Mac lalu.

Terdapat lapan kumpulan as-naf zakat iaitu asnaf fakir, miskin,

amil, muallaf, fisabilillah, ghari-min, ibnu sabil dan riqab.

Pada 2016, kumpulan as-naf miskin meneri-ma agihan tertinggi iaitu RM200.5 juta,

manakala asnaf fakir mene-rima RM98.2

juta.Sementara itu,

amil menerima RM84.2 juta, mual-

laf (RM60.9 juta), fisa-bilillah (RM150.2 juta), ghari-

min (RM72.9 juta), ibnu sabil (RM206,000) dan riqab (RM30.4 juta).

WAKTU SOLAT SELANGOR10 - 17 Mac 2017

11 - 18 Jamadilakhir1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

10 Jumaat 5:56 6:06 7:20 1:26 4:37 7:28 8:3611 Sabtu 5:56 6:06 7:20 1:26 4:37 7:27 8:3612 Ahad 5:55 6:05 7:20 1:26 4:36 7:27 8:3613 Isnin 5:55 6:05 7:19 1:26 4:35 7:27 8:3614 Selasa 5:55 6:05 7:19 1:25 4:34 7:27 8:3615 Rabu 5:54 6:04 7:19 1:25 4:34 7:27 8:3616 Khamis 5:54 6:04 7:18 1:25 4:33 7:27 8:3517 Jumaat 5:53 6:03 7:18 1:24 4:32 7:26 8:35

10 Jumaat 5:58 6:08 7:22 1:29 4:40 7:30 8:3911 Sabtu 5:58 6:08 7:22 1:28 4:39 7:30 8:3812 Ahad 5:58 6:08 7:21 1:28 4:38 7:29 8:3813 Isnin 5:57 6:07 7:21 1:28 4:37 7:29 8:3814 Selasa 5:57 6:07 7:20 1:27 4:37 7:29 8:3815 Rabu 5:56 6:06 7:20 1:27 4:36 7:29 8:3816 Khamis 5:56 6:06 7:20 1:27 4:35 7:29 8:3817 Jumaat 5:56 6:06 7:19 1:27 4:34 7:29 8:37

Zakat 2016

LZS agih RM6��.� juta

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Sela-ngor (LZS) mensasarkan kutipan zakat RM700 juta dan agihan RM670 juta, pada tahun ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Se-la-ngor (MAIS), Dato Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, peningkatan sasaran dibuat mengambil kira faktor kesedaran mengeluarkan zakat dalam kalangan masyarakat selain peningkat-an asnaf fakir dan miskin.

Katanya, LZS turut merangka bebera-pa inisiatif dalam usaha menyantuni as-naf dan pengeluar zakat sepanjang 2017.

“Antaranya kita akan melakukan pe-

nyusunan semula bantuan kepada as-naf berpandukan Maqasid Syariah dan keperluan sebenar asnaf.

“LZS juga sedang giat menjalin ker-jasama dengan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan berdaftar bagi memantapkan program pembangunan asnaf meliputi aspek pendidikan, latihan serta pembangun-an ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam si-dang media di ibu pejabat LZS di sini, hari ini, yang turut disertai Ketua Pega-wai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

Mohamad Adzib berkata, RM673.7

kutipan zakat diperoleh pada 2016 ber-banding RM627.2 juta pada 2015, de-ngan peningkatan RM46.5 juta.

“Daripada jumlah itu, RM651.5 juta diperoleh daripada zakat harta, manakala RM22.2 juta daripada zakat fitrah,” katanya.

Zakat harta diperoleh daripada 10 jenis zakat iaitu zakat pendapatan de-ngan kutipan RM414.6 juta, perniagaan (RM123.3 juta), simpanan (RM43.4 juta), harta (RM42 juta), saham (RM10.3 juta), KWSP (RM12.6 juta), emas (RM2.8 juta), tanaman (RM2.4 juta), ternakan (RM0.04 juta) dan perak (RM0.09 juta).

SHAH ALAM - Seramai 46,500 keluar-ga di Selangor dikategorikan sebagai asnaf fakir dan miskin pada 2016, me-ningkat 2,207 keluarga, berbanding ta-hun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Agama Islam Se-la-ngor (MAIS), Dato Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan, pada ta-hun lalu adalah seramai 13,522 keluar-ga, manakala asnaf miskin pula 32,978

keluarga.Katanya, jumlah asnaf fakir dan

miskin, pada 2015 adalah 44,293 ke-luarga.

“Pada 2016, terdapat pertamba-han penerima zakat ekoran berlaku-nya peningkatan kos sara hidup yang memberi kesan terutama terhadap go-lo-ngan B40.

“Faktor lain termasuk penghijrah-an warga negeri lain ke Selangor un-

tuk mencari rezeki selain ramai yang kehilangan pekerjaan akibat banyak syarikat tutup,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Adzib berkata, jumlah pengeluar zakat har-ta turut meningkat 4.5 peratus, pada 2016.

“LZS menyaksikan jumlah pengeluar zakat meningkat kepada 267,431, ber-banding 256,001, pada tahun sebelum-nya,” katanya.

Sasar kutip RM��� juta

Ekonomi gawat, asnaf bertambah

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempe-lawa pasangan yang ingin bernikah untuk menyertai program nikah beramai-ra-mai, pada 18 Mac ini.

Menerusi laman Facebook, JAIS mengumumkan majlis pernikahan beramai-ramai itu hanya terhad kepada 20 pa-sangan sahaja dan akan di-raikan Exco Hal Ehwal Agama

Jom Nikah �� MacIslam, Adat Melayu, Pembangu-nan Desa dan Kampung Tradisi, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi.

Bertempat di Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Klang, setiap pasangan dike-nakan bayaran RM1,000 untuk pakej istimewa berkenaan.

Setiap pasangan akan menerima hadiah perkah-winan, bunga tangan, majlis makan beradab, kek pengan-tin dan photo booth.

22Wanita

SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

DAMANSARA - Beberapa Pusat Khid-mat Masyarakat ADN dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) akan melancarkan kem-pen hak wanita bagi meningkatkan ke-sedaran golongan itu di Malaysia sem-pena Hari Wanita Sedunia, pada 8 Mac ini.

Kempen itu anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat ADN Damansara Utama, Subang Jaya, Kinrara, Pusat Ko-muniti Rakyat Serdang, PWB Daman-sara Utama, PWB Seri Kembangan, PWB Puchong, PWB Subang Jaya dan Ahli Majlis daripada Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya dan Majlis Perbandaran Kajang.

ADN Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, kempen itu akan berlangsung sepanjang bulan ini dengan slogan #ka-milayak #kamisokong bagi memberi kesedaran bahawa hak wanita di Malay-sia harus dipandang serius.

“Ramai yang merasakan lelaki dan wanita sudah sama rata memandang-kan wanita juga kini boleh mendapat pendidikan, bekerja dan mempunyai hak untuk memilih serta dipilih terma-suk dalam konteks pilihan raya.

“Namun, sebenarnya masih banyak ru-ang penambahbaikan perlu dibaiki bagi merapatkan renggang gender di Malaysia,” katanya ketika majlis pelancaran Kempen Hak Wanita di Pejabat Pusat Khidmat ADN

DAMANSARA - Orang ramai dijemput me-nyertai kempen hak wanita menerusi media sosial sempena Hari Wanita Sedunia dengan merakamkan video pendek menyatakan pendapat mereka berkenaan golongan itu di Malaysia.

Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, video itu bertujuan menyedarkan orang ramai terhadap ke-setaraan gender bagi merapatkan jurang serta renggang yang timbul.

Katanya, hal itu tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan kaum wanita dan lelaki.

“Kami memilih kempen yang mempu-nyai dua elemen iaitu #kamilayak untuk wanita menyedari hak mereka dan mem-pertahankannya, manakala #kamisokong bagi lelaki menyokong hak setara serta la-pangan sama rata.

“Oleh itu, saya menyeru rakyat Malaysia merakamkan video pendek antara 15 ke 60 saat dan berkongsi pendapat mereka berkenaan hak wanita di akaun media so-

sial masing-masing,” katanya ketika Majlis Pelancaran Kempen Hak Wanita di Pejabat Pusat Khidmat ADN Damansara Utama, di sini, pada 2 Mac lalu.

Bee Yin berkata, mereka yang ingin menyertai kempen itu juga disaran mencalonkan dua rakan lain untuk melakukan video sama bagi me-nyokong hak wanita di Malaysia.

“Video itu haruslah menyerta-kan kata #kamilayak bagi wanita dan #kamisokong bagi perakam lelaki.

“Selain kempen media sosial, kita juga akan menganjurkan fo-rum dan bengkel berkai-tan wanita seperti ‘Ladies Survival Skill Workshop , Forum Undang-Un-dang Keluarga, ‘Know-ing Your Right As Wom-en dan mammogram,” katanya.

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengiktiraf pe-ranan wanita dalam menyumbang pembangu-nan sosioekonomi dan modal insan di negeri itu.

Dato Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali berkata, penglibatan golongan itu tidak wajar dinafikan seiring peranan dan sumbang-an mereka dalam memacu pertubuhan ekono-mi negeri.

“Hak dan kesaksamaan wanita tidak wajar di-nafikan kerana mereka mempunyai potensi be-sar menjadi ejen perubahan dan bersama me-mainkan peranan membangunkan negeri.

“Di peringkat pentadbiran sendiri, Kerajaan Negeri sudah melakukan perubahan terma-suk menyambut baik penyertaan wanita untuk menerajui kepimpinan negeri.

“Kita sudah ada pegawai daerah, yang di-pertua dan beberapa ketua jabatan serta wakil syarikat Kerajaan Negeri terdiri daripada golong- an wanita,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, pentadbiran ne-geri juga komited mendukung penglibatan Ahli Dewan Negeri di Dewan Negeri dalam menyu-arakan dasar pembangunan dan kebajikan.

“Ini sekali lagi menunjukkan komitmen kita bahawa wanita memang ada peranan untuk membangunkan negeri dan mengemukakan dasar untuk kepentingan rakyat Selangor,” ka-tanya ketika ditemui pada Larian Malaysia Wo-men Marathon 2017 di Stadium Shah Alam, pada 5 Mac lalu.

Terdahulu, pembangunan wanita kekal inklu-sif dan holistik dalam mengharungi cabaran mendatang dengan memperkaya nilai kema-nusiaan serta mencipta persekitaran kehidupan berdaya saing.

Ia termasuk komitmen menjayakan inisiatif dan dasar baru dalam Belanjawan Selangor 2017 yang mengangkat martabat dan institusi wanita menerusi penubuhan Institut Wanita Berdaya dengan peruntukan RM1 juta.

Hari Wanita Sedunia

Kempen hak wanita baiki jurang jantinaDamansara Utama, di sini, pada 2 Mac lalu.

Bee Yin berkata, kesetaraan gender bu-kan hanya membabitkan hak wanita, malah- an membabitkan soal manfaat keseluruhan bagi sesebuah negara.

Katanya, World Economic Forum (WEF) melaporkan, indeks jurang gender sedunia tahun lalu meletakkan Malaysia di tangga 106 dari 144 negara iaitu menilai bagaima-na sesebuah negara menggunakan sum-ber wanita berasaskan indikator ekonomi, pendidikan, kesihatan dan politik.

“Walaupun dilihat tanpa halangan yang jelas, diskriminasi langsung dan corak halangan terlindung menghalang wanita mencapai potensi terbaik dalam lapangan ekonomi serta politik.

“Untuk itu, kita akan mengeluarkan ba-nyak kenyataan bagi membincangkan isu dan dasar berkaitan wanita dalam ekono-mi, politik serta masyarakat secara keselu-ruhan dalam tempoh sebulan ini,”katanya.

Wanita Selangor terus diberdaya

Video pendek nyatapandangan peribadi

Kami memilihkempen yang mem-punyai dua elemen iaitu #kamilayakuntuk wanita me- nyedari hak mereka dan mempertahan-kannya, manakala

#kamisokongbagi lelaki me-nyokong haksetara sertalapangan sama rata.

YEO BEE YINADN Damansara

Utama

23SelangorKini 10 - 17 Mac 2017

Sukan

SHAH ALAM - Keputusan seri 11 dicatat PKNS FC dalam pertemuan dengan Pulau Pinang di Stadium Shah Alam, nyata menghampakan harapan E Elavarasan bagi menca-pai kemenangan.

Walaupun terpaksa berpuas hati mengutip satu mata, namun pengendali PKNS FC itu jelas ke-cewa dengan keputusan pengadil, Zulkarnain Zakaria yang mem-batalkan jaringan Patrick Ronal-dinho Wleh pada minit ke-81 un-tuk gol kedua pasukan.

“Gol jaringan Wleh itu tidak pasti sama ada ‘offside’ atau tidak tetapi saya kira ia gol yang ber-sih, bagaimanapun bagi pengadil mungkin ‘offside’ cuma kita perlu melihat rakaman video.

“Kita terima keputusan itu wa-laupun ia agak kontroversi,” ka-tanya dalam sidang media selepas perlawan- an itu, pada 4 Mac lalu.

Dalam per-lawanan itu,

Wleh nyata b e r b i s a d e n g a n memberi-kan gol pendahu-

luan untuk

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Program pem-bangunan sukan permotoran negara terus dirancakkan dengan jalinan kerjasama antara pengan-jur Kejuaraan Cub Prix AAM Ma-layaia PETRONAS 2017 serta Ke-menterian Belia dan Sukan (KBS).

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, ker-jasama antara dua pihak itu me-nyaksikan perubahan terhadap perlumbaan kategori Wira yang kini dikenali sebagai Wira KBS, pada pusingan pembukaan di Temerloh, Pahang, pada 4 dan 5 Mac lalu.

“Kami mengalu-alukan ker-jasama dan pembabitan KBS ber-

sama Kejuaraan Cub Prix tahun ini serta berharap jalinan ker-jasama ini akan dapat membantu pembangunan pelumba motosi-kal di Malaysia secara berterusan.

“Kategori Wira selama ini men-jadi pemangkin merubah seluruh industri perlumbaan motosikal sejak diperkenalkan, pada 2002.

“Bakat di usia belasan ta-hun dapat dicungkil dan purata umur pelumba Cub Prix dapat dikurangkan dengan penyertaan pelumba seawal usia 13 tahun,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-baru ini.

Antara pelumba terkemuka yang pernah beraksi dalam ka-tegori Wira termasuk pemenang dua perlumbaan Moto3, Khairul

Kejuaraan Cub Prix AAM Malayaia PETRONAS 2017

Kerjasama bantu pembangunan sukan permotoran

Idham Pawi dan juara Super-Sports 600cc Asia yang juga mantan pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

Bagaimanapun, Ron berkata,

tiada peraturan khusus ditetap-kan dalam perjalanan dan pem-bangunan karier pelumba de-ngan kelas Wira selalunya adalah kategori pelumba belasan tahun

yang belum bersedia atau men-yerlahkan bakat mereka untuk ke peringkat lebih tinggi.

Namun, katanya, ia dianggap sebagai langkah pertama untuk menceburkan diri dalam perlum-baan terbuka.

“Pelumba seperti Khairul Id-ham, selepas beraksi dalam ka-tegori Wira terus menyertai per-lumbaan antarabangsa tanpa beraksi dalam kelas lebih tinggi di peringkat kebangsaan, manakala Hafizh Syahrin Abdullah pula te-rus melangkau ke kelas CP115.

“Namun, tidak diragui kelas Wira memainkan peranan pen-ting sebagai medan mencungkil bakat sukan permotoran negara,” katanya.

SHAH ALAM - Pemilik pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini gembira kera-na pengeluar aksesori motosikal antarabangsa Itali, GIVI kekal se-bagai penaja utama pasukan itu buat tahun kelima berturut-turut bermula pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 di Temerloh, Pa-hang, pada 4 dan 5 Mac lalu.

Bekas pelumba MotoGP ne-gara itu berkata, penajaan bukan sahaja untuk siri kejuaraan tem-patan sebaliknya turut menaja pasukannya untuk beraksi di Ke-juaraan Motosikal Asia (ARRC).

“Tahun 2017 ini adalah detik penting di dalam Cub Prix apabila jentera 150cc dijadikan sebagai tarikan utama yang mengganti-

kan kategori CP130. Justeru, aksi musim ini begitu dinantikan pemi-nat sukan permotoran.

“Penajaan GIVI untuk tahun ke-lima berturut-turut sangat b e r m a k n a kerana jen-ama antara-bangsa ini terus percaya untuk bersama kami di dalam ran-cangan penjenamaan mereka di Malaysia, malahan rantau Asia.

“Tahun ini juga kami akan me-makai Helmet GIVI Carbon Fibre HPS40.5 yang diadaptasi untuk kegunaan perlumbaan. Yang me- nariknya ialah corak grafik ini adalah rekaan yang digunakan saya ketika menjadi pelumba di ke-

GIVI kekal penaja utama Yuzy Racing

SELAYANG - Jaringan penghujung permainan Juliano Minero berjaya menyelamatkan maruah Selan-gor dengan mengikat Kedah, 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada 1 Mac lalu.

Pertembungan ulangan final Pi-ala Malaysia 2016 itu menyaksikan Kedah lebih menguasai permain-an dalam keadaan padang basah.

Selangor hampir membuka tirai menerusi jaringan Victor As-tafei pada minit ke-10 selepas menerima hantaran Mohd Raimi Md Nor tetapi dibatalkan kerana ‘offside ‘

Selang dua minit kemudian, Mohd Fitri Omar nyaris membu-ka tirai jaringan menerusi sepak-an percuma, namun sekadar me-lewati palang gol.

Peluang terbaik Selangor mun- cul pada minit ke-31 tetapi sepak-an percuma luar kotak penalti Ju-liano Minero berjaya ditumbuk keluar penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Liridon Krasniqi juga berpe-luang meletakkan Kedah di ha-dapan pada minit ke-34 tetapi berjaya dihalang pertahanan Selangor untuk keputusan 0-0 kekal menuju waktu rehat.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling ber-balas serangan tetapi gagal memecah kebuntuan.

Masuk minit ke-80, pemain gantian, Sandro Da Silva akhirnya memecah kebuntuan apabila ber-jaya menyepak masuk sepakan percuma menewaskan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Khalid.

Ketika kemenangan seolah-olah bakal memihak kepada Kedah, Selangor memperoleh sepakan penalti selepas perta-hanan Akram Mahinan menga-sari Muhammad Syahmi Safari.

Sepakan Astafei berjaya ditampan Mohd Ifwat tetapi Minero bertindak lebih pantas apablia menolak bola muntah untuk memastikan Kedah ber-putih mata.

Dengan keputus-an itu, Selangor kini berada di tangga ketiga dengan 12 mata, sementara Kedah kekal ke-dua di belakang pendahulu Pa-hang dengan 15 mata.

Red Giants ikat Helang Merah �-�

PKNS FC pada minit ke-27 tetapi Nigel Dabinyaba menyamakan kedudukan pada minit ke-52 un-tuk Pulau Pinang.

PKNS FC juga melepaskan pelu-ang mendapatkan gol awal pada minit ke-12 apabila Mathias Had-wa gagal menerusi tandangan penalti dan ia sekali lagi meng-hampakan Elavarasan.

Beliau berkata, PKNS FC me-lepaskan saat keemasan bagi me-ngatasi lawan dan sekadar bernasib baik dengan jaringan dicipta Wleh.

“Separuh masa pertama, perge-rakan kita lebih teratur dengan ge-rakan serangan tetapi babak kedua berubah lebih bertahan apabila Pulau Pinang mula menyerang dan bila mereka mendapatkan gol pe-nyamaan, kita terpaksa berusaha mendapatkan gol pula selepas itu.

“Apa pun, kita kena terima (keputusan) dengan meraih satu mata kerana ia juga penting ber-banding gagal (mengutip mata),” katanya.

Sementara itu, jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westword berkata, persembahan anak buahnya tidak menghampakan dengan menun-jukkan peningkatan serta beraksi dengan lebih keyakinan.

“Kita bermain untuk menang tetapi beraksi di gelanggang la-wan dengan meraih satu mata.

Saya rasa kita mendominasi perlawanan ini dan meng-

harapkan bila tiba masa-nya akan berjaya meraih mata penuh,” katanya berhubung pasukan-nya yang masih belum mencatat kemenangan selepas lapan perlawa-nan.

Akur keputusan pengadiljohanan GP dunia dari tahun 1996 hingga 2002,” katanya.

Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee berkata, beliau

sangat berbesar hati untuk kembali menaja Yuzy Racing Team, bahkan akan turut serta di tapak promosi Cub Prix untuk beberapa siri.

“Dengan penambahan jumlah barangan GIVI, kami akan terus mendekati pengguna, meningkat-kan pemasaran dan jualan teruta-ma di luar Lembah Klang.

“Di dalam perancangan kami ialah Helmet Edisi Khas Yuzy Racing bagi seluruh peminat sukan permo-toran khususnya dan penunggang motosikal umumnya,” katanya

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Maraton Wanita Malaysia (MWM) terus mendapat penyertaan menggalakkan daripa-da lebih 6,000 peserta memasuki tahun kelima penganjurannya.

Bertempat di perkarangan Stadium Shah Alam, istimewanya penyertaan kali ini turut disertai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin.

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli me-lepaskan larian peserta mengikut beberapa kategori pada acara larian yang dimulakan bermula jam 7.15 pagi, pada 5 Mac lalu.

MWM membabit-kan beberapa kategori utama yang terbuka ke-pada lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Tampil dengan ke-lainan berbanding tahun sebelumnya, kategori

SHAH ALAM - PKNS FC gagal meraih mata penuh apabila seka-dar seri 1 -1 dengan Pulau Pinang di Stadium Shah Alam, di sini, pada 4 Mac lalu.

Bermain di laman sendiri dalam perlawanan kelapan Liga Super, skuad kendalian E Ela-varasan bagaimana-pun mendahului lawan seawal minit ke-27 melalui pe-nyerang import, Patrick Ronald-inho Wleh.

T a n d u k a n gol itu berpunca daripada hantaran Mathias Hadwa di depan pintu gol Pulau Pinang yang gagal diselamat-kan Syed Adney Syed Hussein.

Gol terbabit melegakan PKNS FC yang terlepas peluang mem-perolehnya melalui sepakan penalti Hadwa (m12) yang gagal ke sasaran tepat.

Keadaan itu menyaksikan The Red Ants menggandakan asakan, namun Black Panther juga bertindak sama dengan

gerakan serangan diketuai Nigel Dibanyaba.

Kedua-dua pasukan gagal dalam beberapa peluang dia-tur hingga ke penghujung ba-bak pertama dengan keputusan sama.

Bersambung separuh masa kedua, skuad bim-

bingan Ashley West-word bertindak garang dengan se-rangan pantas ke kubu PKNS FC.

Nigel beberapa kali mengancam

pertahanan pasu-kan tuan rumah dan

hampir menjaringkan gol pada minit ke-50.

Dua minit selepas itu menghadirkan duka bagi The Red Ants dengan Nigel menan-duk tepat ke dalam jaring hasil bola hantaran Faizat Ghazali.

Elavarasan cuba menambah kekuatan dengan memasukkan S Sivanesan menggantikan Nazrin Syamsul Bahri (m58) selain P Gu-nalan mengambil alih peranan Nizam Abu Bakar (m74).

PKNS FC, Pulau Pinang sekadar seri �-�

Bagaimanapun segala sera-ngan dirancang Safee, Wleh dan Lucas Espindola sukar menemui sasaran gol.

Wleh hampir menambah ja-

ringan buat PKNS FC pada minit ke-81, namun gol dicipta tidak dikira kerana penyerang itu pada kedudukan ‘offside’.

Keputusan kekal seri 1-1

hingga wisel akhir permainan dan PKNS FC kekal di tangga kesembilan dengan lapan mata, manakala Pulau Pinang (dua) te-rus di tangga terbawah liga.

sampingan seperti ‘Barefoot Runners’, ‘Running Doctors’ dan ‘Celebrity Runners’ turut disediakan sebagai keunikan penganjurannya kali ini.

Keseluruhan la- rian membabitkan laluan trek sepanjang 42 kilometer mengikut pecahan enam ka-tegori utama di lokasi berlain-an sekitar Shah Alam.

Buat pertama kalinya, jarak larian MWM diukur berlandas-kan peraturan dan garis pan-duan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF).

Sementara itu, Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui turut menyambut baik penganjuran program itu.

“Program tahunan sempena

menyambut hari wanita ini membuktikan Kerajaan Negeri mendukung peranan golongan ini sebagai ejen perubahan.

“Ia juga selaras dengan matlamat ‘United Nation HeForShe’ kerana kita tidak mahu isu wanita dibicarakan oleh kaum itu sahaja tetapi membabitkan sokongan golongan lelaki juga,” katanya.

Maraton Wanita Malaysia ke-5

Tengku Permaisuri sertai larianKeseluruhan larian membabit-kan laluan trek sepanjang 42 kilometer mengikutpecahan enam kategori utama di lokasi ber-lainan sekitar Shah Alam.

Kerjasama bantu pembangunansukan permotoran