20121030171035 Tg Fu

20
QGU 3013 PENGENALAN Pengenalan Pendekatan TGFU sebenarnya telah mula diperkatakan lebih dari dua dekad yang lalu dan bermula ia di United Kingdom pada awal 1980an. Thorpe,Bunker dan Almond merupakan antara perintis yang menerajui model pendekatan TGFU ini. Konsep pendekatannya yang mesra kanak-kanak dan sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang gemar bermain menjadikannya istimewa serta mudah diadaptasi oleh kanak-kanak. Idea untuk memperkenalkan TGFU tercetus apabila didapati ramai pelajar menunjukkan sikap kurang berminat terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan kepada prestasi penguasaan kemahiran, pengetahuan serta teknik sesuatu permainan dan pergantungan terhadap jurulatih atau guru untuk membuat keputusan dalam sesuatu permainan. Sehubungan dengan itu, kepelbagaian jenis permainan yang sedia ada menjadi asas kepada pendekatan ini. Dalam konteks ini, pelajar bukan sahaja harus mengetahui apa yang perlu untuk kejayaan sesuatu permainan, malah yang lebih penting lagi bila dan mengapa untuk membuat keputusan yang dinamik dalam sesebuah permainan. Model TGFU bukan sahaja melahirkan pemain yang lebih baik dan berpengetahuan, malahan ia Tajuk: TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Transcript of 20121030171035 Tg Fu

Page 1: 20121030171035 Tg Fu

QGU 3013

PENGENALAN

Pengenalan

Pendekatan  TGFU sebenarnya telah mula diperkatakan lebih dari  dua dekad yang  lalu dan bermula  ia di 

United Kingdom pada awal 1980an. Thorpe,Bunker dan Almond merupakan antara perintis yang menerajui 

model   pendekatan  TGFU   ini.   Konsep  pendekatannya   yang  mesra   kanak-kanak  dan   sesuai   dengan  fitrah 

kanak-kanak yang gemar bermain menjadikannya istimewa serta mudah diadaptasi oleh kanak-kanak.

            Idea untuk memperkenalkan TGFU tercetus apabila didapati ramai pelajar menunjukkan sikap kurang 

berminat terhadap pelajaran Pendidikan Jasmani yang menekankan kepada prestasi penguasaan kemahiran, 

pengetahuan   serta     teknik   sesuatu   permainan   dan   pergantungan   terhadap   jurulatih   atau   guru   untuk 

membuat keputusan dalam sesuatu permainan.

            Sehubungan   dengan   itu,   kepelbagaian   jenis   permainan   yang  sedia   ada   menjadi   asas   kepada 

pendekatan ini. Dalam konteks ini, pelajar bukan sahaja harus mengetahui apa yang perlu untuk kejayaan 

sesuatu   permainan,  malah   yang   lebih   penting   lagi   bila   dan   mengapa   untuk   membuat   keputusan   yang 

dinamik  dalam sesebuah permainan.  Model  TGFU bukan sahaja  melahirkan pemain  yang  lebih  baik  dan 

berpengetahuan, malahan ia turut membantu memotivasikan peserta semasa mengambil bahagian dalam 

pelbagai permainan.

            Melalui  pendekatan  ‘Saya Boleh’  pelajar  boleh mengambil  bahagian dalam permainan yang sesuai 

dengan   tahap   perkembangan   kemahiran   mereka   pada   ketika   itu.   Lebih-lebih   lagi,   mereka   dapat 

meningkatkan pemahaman yang dinamik terhadap asas-asas permainan yang akhirnya menjadikan mereka 

lebih   bersedia   dan   termotivasi   untuk   melabur   masa   dan   tenaga   yang   diperlukan   dalam   meningkatkan 

kemahiran teknikal mereka seterusnya merealisasikannya dalam permainan sebenar.

Tajuk: TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Page 2: 20121030171035 Tg Fu

KONSEP & DIFINISI TGFU

KONSEP DAN DEFINISI TGFU

TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:

– Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan 

– Meningkatkan tahap aktiviti fizikal 

– Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi 

serta bersuka ria 

– Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini 

Dalam   melahirkan   ahli   sukan   dan   pemain   yang   berkualiti,   pendedahan   terhadap   disiplin   sukan 

perlulah didedahkan pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat pra sekolah atau sekolah rendah. 

Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam memperkenalkan  sesuatu sukan permainan, contohnya 

pelajar kita yang berumur  5 – 9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak 

menggunakan ukuran padang yang piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain. 

Infrastruktur   serta   alatan   yang   sedia   ada   juga   merupakan   kekangan   utama.   Undang-undang 

permainan   yang   sukar   difahami   dan   dikuasai   juga     turut   menjadi   masalah.   Dalam   situasi   ini, 

pendekatan TGFU amat sesuai diaplikasikan.

Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan  diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi 

diubahsuai   berdasarkan   keupayaan   pemain   dari   aspek   fizikal,   sosial   serta   intelek   mereka   dan 

infrastuktur yang bersesuaian. Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan dan gelanggang 

permainan turut diubahsuai mengikut kesesuaian.

Page 3: 20121030171035 Tg Fu

Seterusnya,  penekanan diberikan kepada apresiasi  permainan seperti aspek peraturan permainan 

atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Pelajar juga 

diberi  peluang dan ruang untuk mencuba di  pelbagai  posisi  yang berlainan.  Dalam erti kata  lain, 

permainan  TGFU mempunyai  undang-undang  permainan  yang  mengandungi  peraturan-peraturan 

yang minimum dan senang difahami serta ditafsir.

Kesedaran   taktikal  akan  dikuasai   semasa  proses  permainan  dalam usaha  untuk  mengatasi  pihak 

lawan.  Bimbingan  yang berterusan daripada  jurulatih atau guru akan memantapkan pemahaman 

pelajar terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip pergerakan, ruang dan masa, situasi lanjut dan 

cara mengesan kelemahan pihak lawan. Sesi  perbincangan  amat digalakkan sebagai proses untuk 

membolehkan pelajar mendalami  idea dan memahami penyelesaian masalah taktikal.

Selain   itu,   secara   tidak   langsung   para   pemain   akan   berhadapan   dengan   situasi   yang   bakal 

membimbing   mereka   ke   arah   kemahiran   membuat   keputusan   seperti,   menilai   situasi   untuk 

menentukan   apa   yang   perlu   dilakukan,   mengenalpasti   dan   menjangkakan   kemungkinan   serta 

membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Permainan   dalam   bentuk   ini   melibatkan   satu   atau   lebih   kemahiran   asas,  malah  pendekatan   ini 

berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. 

Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam 

situasi permainan.

Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai mengikut kriteria berasaskan kebolehan individu. 

Kriteria   ini   memberi   fokus   kepada   keupayaan   pemain   bertindak   balas   terhadap   teknik-teknik 

tertentu. Permainan TGFU ini sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan 

seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih 

tinggi.

Page 4: 20121030171035 Tg Fu

Pendekatan  TGFU   ini  menyarankan  agar   teknik  diperkemaskan  apabila  pelajar   sudah  menguasai 

taktik   dan   strategi   yang   secara   teknikalnya   diperolehi   semasa   permainan   TGFU   dilaksanakan. 

Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu 

sendiri.

Dalam konteks ini, konsep TGFU dalam perspektif Pendidikan Jasmani di Malaysia hampir menyamai 

perlaksanaan  sukan   mini.   Ringkasnya,   pendekatan   ini   membolehkan   serta   memudahkan   proses 

pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah 

melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan.

Gambar menunjukkan kemahiran permainan tradisional sebelum permainan berbentuk alternatif

diperkenalkan

Page 5: 20121030171035 Tg Fu

FAKTOR & MATLAMAT PERLAKSANAANNYA

FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAANNYA

Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong 

Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:

– Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan 

– Kekurangan pengetahuan tentang permainan 

– Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan 

– Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan 

– Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan 

MATLAMAT PELAKSANAANNYA

– Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar 

dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan 

– Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk 

menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat 

keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan 

– Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan 

Page 6: 20121030171035 Tg Fu

KEPENTINGAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU

– Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan 

diperkembang dari semasa ke semasa 

– Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam 

permainan bola

– Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat 

kategori utama:

o Target

o Striking / Fielding

o Net / Wall

o  Invasion 

KATEGORI PERMAINAN

Target

– Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata 

– Contoh: bowling, archery, golf

Striking / Fielding 

– Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding

– Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau 

pusingan yang ditetapkan 

Page 7: 20121030171035 Tg Fu

– Contoh: baseball , softball, cricket

Net / Wall

– Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding 

– Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek 

tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang 

– Contoh: badminton, squash, table tennis

Invasion / Serangan 

– Permainan berpasukan 

– Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul 

mata 

– Contoh: soccer, basketball, handball

Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau 

seiras 

TGfU bertujuan untuk menggalakkan palajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan 

Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh 

pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut 

Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama 

Contoh:

Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling 

Page 8: 20121030171035 Tg Fu

Contoh permainan yang mengaplikasikan pengajaran yang menggunakan kaedah TGFU

   

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN BOLA 

SEPAK

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN BOLA 

SEPAK

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN TENIS

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN TENIS

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN BOLA 

JARING

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN BOLA 

JARING

Page 9: 20121030171035 Tg Fu

Gambarajah menunjukkan arahtuju penggunaan TGFU dalam pengajaran masa kini

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN BOLA 

TAMPAR

KEMAHIRAN DALAM 

PERMAINAN BOLA 

TAMPAR

Page 10: 20121030171035 Tg Fu

PERBANDINGAN ANTARA PENGAJARAN TRADISIONAL DENGAN KAEDAH TGFU

Pendekatan yang dicadangkan bagi kedua-duanya ialah pembelajaran adalah melalui aktiviti. Murid 

perlu   diberi   peluang   mempelajari   pengetahuan,   kemahiran   dan   nilai   berkaitan   mata   pelajaran 

dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin.

Penyertaan  aktif   setiap  murid  dalam kelas  pendidikan   jasmani  dan  kesihatan  adalah  diwajibkan. 

Murid   perlu   diberi   peluang   untuk   meluahkan   emosi,   memperkembangkan   proses   mental, 

membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina 

dan selamat.

Page 11: 20121030171035 Tg Fu

Peranan guru ialah merancang strategi pengajaran yang menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran 

secara  kendiri,  akses  kendiri  dan  terarah kendiri  bagi   tumpuan peningkatan pelbagai  kecerdasan 

murid. 

Murid juga perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis,kreatif dan inovatif. Strategi ini memberi 

peluang kepada murid mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan kemahiran 

praktikal. Guru juga perlu pastikan murid dapat berinteraksi secara kreatif dengan bahan, alat dan 

rakan.

Dalam setiap kegiatan pembelajaran pendidikan jasmani, pemupukan nilai serta pemahaman unsur 

pergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani. 

Nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dan diamalkan ialah:

semangat kesukanan

, permainan bersih,

toleransi, 

semangat berpasukan,

 disiplin, berdaya saing,

 kepemimpinan dan penyertaan.

Bagi setiap kegiatan pembelajaran pendidikan kesihatan, pemupukan nilai serta pemahaman unsur 

kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas kesihatan. Nilai murni yang perlu diterapkan dan 

diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

Di   samping   merancang   strategi   pengajaran   dan   pembelajaran,   guru   perlu   melaksanakan   proses 

penilaian terhadap perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Penilaian   mata   pelajaran   ini   dirancang   dan   dikendalikan   oleh   guru   di   peringkat   sekolah   secara 

berterusan. 

Page 12: 20121030171035 Tg Fu

Instrumen penilaian juga dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, 

penulisan dan lisan. Hasil penilaian direkod dan disimpan sebagai bukti bahawa pembelajaran telah 

berlaku.

Laporan penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi  meningkatkan pembelajaran murid dan 

memperbaiki   pengajaran   guru.   Pelaporan   juga   perlu   dibuat   di   peringkat   sekolah   bagi   memberi 

maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

Page 13: 20121030171035 Tg Fu

RUMUSAN

RUMUSAN

Konsep Teaching Game for Understanding (TGFU) mula diguna pakai dalam salah satu pendekatan 

pengajaran Pendidikan Jasmani  KSSR dan tidak mustahil  suatu hari  nanti  ia akan berkembang ke 

dalam sistem pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sekolah menengah yang kini mula 

dilaksanakan di sekolah rendah. 

TGFU juga adalah program Pendidikan Jasmani yang diberi nafas baru di mana sebelum ini beberapa 

isu perlaksanaan Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan alatan.

Pendekatan   TGFU   yang  diperkenalkan   oleh  Bunker  dan   Thorpe   (1982),   menfokuskan   perbezaan 

terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada teknikal (know-

Page 14: 20121030171035 Tg Fu

how)  kepada  pendekatan  pengajaran   secara   taktikal   yang  bercirikan  kepada  persoalan  APA  dan 

KENAPA.

Model  Bunker  dan Thorpe (1982)   ini  boleh diaplikasikan kepada empat  kategori  permainan  iaitu 

sasaran,   jaring   dan   dinding,   memadang   dan   menyerang.   Semua   permainan   dalam   kategori   ini 

mempunyai   konsep   dan   berkongsi   masalah   taktikal   yang   perlu   diselesaikan   dan   menggalakkan 

pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan.

Tujuan   TGFU   ialah   meningkatkan   kefahaman   murid   dalam   Pendidikan   Jasmani   supaya   dapat 

melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan 

kemahiran dan taktikal tertentu.

Beberapa pendekatan pengajaran yang bersifat kontemporari boleh dicadangkan dalam kurikulum 

Pendidikan Jasmani dengan berlandaskan model kurikulum yang bersesuaian. Menurut Kirchner dan 

Fishburne   (1995),  model   kurikulum dalam pendidikan   jasmani  menyediakan  peluang  untuk  guru 

menentukan   jenis   aktiviti   dan   strategi   pengajaran   bagi   mencapai   objektif   pengajaran   dan 

pembelajaran yang diharapkan

Page 15: 20121030171035 Tg Fu
Page 16: 20121030171035 Tg Fu

RUJUKAN

RUJUKAN

Bunker, D., & Thorpe, R. (1982). A model for the teaching of games in the secondary school.

Bulletin of Physical Education,

http://pjkb.wordpress.com/2009/07/16/karnival-sukan-bola-tampar-1st-day/

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia.

www.agc.gov.my/index.php?...   gambar   ...   bola   -  jarin   .. .

www.educ.uvic.ca/faculty/thopper/web/articles/.../tgfumotorlearn.pdf

www.ausport.gov.au › Sports Coach › Coaching processes