20150317100301Penulisan Ilmiah - Secondary Data

13
CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA- ANJAKAN SET MINDA Prof. Madya Dr. Che Mohd Zulkifli Che Omar Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Malaysia ABSTRAK Industri Kecil Sederhana (IKS) Malaysia merupakan antara pemangkin utama terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) Negara. Pelbagi usaha dan galakkan diberikan menerusi bajet 2012 bagi membolehkan IKS membantu meningkatkan pendapatan Negara, mengurangkan jurang kemiskinan dan seterusnya meningkatkan pendapatan perkapita penduduk, mewujudkan agihan pendapatan yang sekata, mengurangkan kadar inflasi, mewujudkan imbangan pembayaran yang seimbang serta bertindak sebagai pelengkap kepada industri yang lebih besar. Namun, tidak boleh diambil ringan juga sesebuah perniagaan yang dijalankan termasuklah IKS bukanlah sesuatu yang mudah. Malah ia tidak lari dengan masalah serta cabaran yang perlu dihadapi dan atasi. Maka dengan itu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh IKS dibincangkan seperti factor pasaran tempatan yang terhad, globalisasi, persaingan antara pengusaha IKS dan set minda pengusaha IKS. Dengan itu, para pengusaha IKS khasnya perlu membuat perubahan anjakan set minda mereka untuk mengatasi cabaran-cabaran ini. Kata kunci: Industri Kecil Sederhana; cabaran; anjakan set minda ABSTRACT Malaysian Small Medium Industry (SMI) is between major catalyst on Gross Domestic Product growths and Gross National Product Country. A various of effort and encouragement given through 2010 budget to enable SMI helps increase country revenues, reduce poverty gap and further improving citizens per capita income, create regular income distribution, reduce inflation rate, creates balancing in balance of payment and acts as complement bigger industry. However, cannot be taken lightly also includes a business carried on SMEs is not easy. In fact, it does not run away with the problems and challenges to be faced and overcome. Thus, the challenges faced by SMIs are discussed as factors that such as limited local market, 1

description

PENULISAN ILMIAH

Transcript of 20150317100301Penulisan Ilmiah - Secondary Data

CABARAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA- ANJAKAN SET MINDA

Prof. Madya Dr. Che Mohd Zulkifli Che OmarPengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan

Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjong Malim, Malaysia

ABSTRAK

Industri Kecil Sederhana (IKS) Malaysia merupakan antara pemangkin utama terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) Negara. Pelbagi usaha dan galakkan diberikan menerusi bajet 2012 bagi membolehkan IKS membantu meningkatkan pendapatan Negara, mengurangkan jurang kemiskinan dan seterusnya meningkatkan pendapatan perkapita penduduk, mewujudkan agihan pendapatan yang sekata, mengurangkan kadar inflasi, mewujudkan imbangan pembayaran yang seimbang serta bertindak sebagai pelengkap kepada industri yang lebih besar. Namun, tidak boleh diambil ringan juga sesebuah perniagaan yang dijalankan termasuklah IKS bukanlah sesuatu yang mudah. Malah ia tidak lari dengan masalah serta cabaran yang perlu dihadapi dan atasi. Maka dengan itu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh IKS dibincangkan seperti factor pasaran tempatan yang terhad, globalisasi, persaingan antara pengusaha IKS dan set minda pengusaha IKS. Dengan itu, para pengusaha IKS khasnya perlu membuat perubahan anjakan set minda mereka untuk mengatasi cabaran-cabaran ini.

Kata kunci: Industri Kecil Sederhana; cabaran; anjakan set minda

ABSTRACT

Malaysian Small Medium Industry (SMI) is between major catalyst on Gross Domestic Product growths and Gross National Product Country. A various of effort and encouragement given through 2010 budget to enable SMI helps increase country revenues, reduce poverty gap and further improving citizens per capita income, create regular income distribution, reduce inflation rate, creates balancing in balance of payment and acts as complement bigger industry. However, cannot be taken lightly also includes a business carried on SMEs is not easy. In fact, it does not run away with the problems and challenges to be faced and overcome. Thus, the challenges faced by SMIs are discussed as factors that such as limited local market, globalization, competition between SMIs and SMI’s mindset. Thus, the SMIs in particular need to make changes to shift their mindset to overcome these challenges.

Keywords: Small medium industry; challenges; shift mindset

PENGENALAN

1

Perniagaan merupakan suatu bidang kerjaya yang menjamin satu pulangan yang lumayan. Bidang ini juga mulia di sisi Islam sekiranya setiap aspek urusan jual beli yang dilakukan berlandaskan hukum dan syariat yang telah ditetapkan. Di samping itu, bidang perniagaan dapat membantu menambah serta meningkatkan pendapatan isi rumah dan memperkembangkan tahap ekonomi sesebuah negara. Kebelakangan ini, perniagaan kecil seringkali mendapat perhatian meluas dari banyak pihak. Media massa seringkali melaporkan perkembangan, isu dan permasalahan serta cabaran perniagaan kecil dari semasa ke semasa. Perhatian yang cukup tinggi ini adalah selaras dengan kesedaran umum mengenai peranan dan sumbangan perniagaan kecil kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Sebelum Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC) ditubuhkan pada jun 2004, tidak ada definisi standard IKS yang digunakan di Malaysia. Agensi yang berbeza mentakrifkan IKS berdasarkan kriteria mereka sendiri, biasanya tanda aras terhadap perolehan jualan tahuan dan jumlah pekerja sepenuh masa atau dana pemegang saham. Tambahan pula, definisi sedia ada lebih tertumpu kepada IKS di sektor perkilangan. Sebagai contoh, SMIDEC (Small Industries Development Corporation) mentakrifkan IKS sebagai perusahaan dengan perolehan jualan tidak melebihi RM25 juta dan dengan pekerja-pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang pekerja.

Bank Negara Malaysia pula mentakrifkan IKS sebagai perusahaan dengan dana pemegang saham kurang daripada RM10 juta (NSDC, 2005). Langkah memperkenalkan dan menerima pakai definisi standard bagi IKS akan memudahkan lagi usaha mengenal pasti kewujudan IKS di semua sektor, sekali gus memudahkan kerajaan mengubal dasar, pelaksanaan program pembangunan dan penyediaan bantuan teknikal dan kewangan untuk IKS dilaksanakan dengan lebih berkesan. Langkah ini turut memudahkan lagi pemantauan prestasi sektor IKS dan sumbangannya kepada ekonomi negara.

Majlis pembangunan IKS Kebangsaan telah meluluskan definisi umum bagi IKS di semua sektor ekonomi untuk diguna pakai oleh setiap kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pembangunan IKS serta institusi kewangan. Kriteria ini menggunakan takrifan IKS berdasarkan perolehan jualan tahuanan dan jumlah pekerja-pekerja IKS itu. Satu definisi IKS umum diperuntukan bersama-sama takrif khusus mikro, perniagaan kecil dan sederhana. Industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu mikro, kecil atau sederhana. Kumpulan ini akan ditentukan bergantung kepada jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa. Jumlah jualan tahunan adalah berbeza mengikut saiz dan jenis IKS. Ini dapat dilihat dengan jelas seperti yang ditunjukkan jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1: Jumlah jualan tahunan

Saiz Kilang Pertanian Sektor PerkhidmatanMikro Kurang daripada

RM250,000Kurang daripadaRM200,000

Kurang daripadaRM200,000

Kecil Antara RM250,000 dankurang daripada RM10 juta

Antara RM200,000 dankurang daripada RM1juta

Antara RM200,000 dankurang daripada RM1juta

2

Sederhana Antara RM10 juta hinggaRM25 juta

Antara RM1 jutahingga RM5 juta

Antara RM1 juta hinggaRM5juta

* termasuk kilang berasaskan pertanian dan yang berkaitan dengan pekhidmatan** termasuk ICT

Sumber: Laporan tahunan SME 2007

Oleh hal yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta badan yang khusus ditubuhkan berusaha keras untuk membangunkan sektor ini dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan sektor ini terus menjanakan ekonomi negara. Antaranya kemudahan yang disediakan termasuklah menyediakan pembiayaan, khidmat nasihat dari segi pemasaran dan produk, di samping menyediakan premis perniagaan. SME Corporation dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah antara peneraju penting yang diamanahkan untuk membangunkan sektor ini.

CABARAN- CABARAN IKS

PASARAN TEMPATAN YANG TERHAD

Bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah dan IKS tidak terkecuali dalam mendepani cabaran yang banyak yang perlu dihadapi bagi menjamin kelangsungan sesebuah identiti perniagaan. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah mendepani pasaran tempatan yang terhad.

Jumlah penduduk sebanyak 28 juta orang bagi pasaran di negara ini dilihat agak terhad untuk menjamin kelangsungan IKS. Hal ini ditambah lagi dengan bilangan IKS yang banyak yang menyebabkan persaingan antaranya amat sengit Menurut Pilihan yang ada bagi pemain dalam sektor IKS adalah dengan meneroka pasaran global dan bersaing di persada antarabangsa yang memerlukan kualiti produk yang setanding, kecekapan dalam pemasaran dan pembiayaan yang besar.

Dalam menangani hal ini, pengalaman IKS di Sweden dapat dijadikan contoh. Dengan jumlah penduduk Sweden hanya sembilan juta orang, IKS di sana tidak mempunyai pilihan selain meneroka pasaran Eropah dan global. Pada masa yagn sama, kerajaan Sweden memainkan peranan yang utama dengan penubuhan Swedish Trade Council yang menyokong dan membantu IKS di negara itu meneroka pasaran global.

GLOBALISASI

Sementara itu, selain cabaran pasaran yang terhad, faktor globalisasi merupakan satu lagi cabaran yang nyata yang tidak dapat diketepikan oleh pengusaha IKS tempatan. Globalisasi yang sedang melanda ekonomi di segenap pelosok dunia termasuk Malaysia ini telah menghalang pembangunan IKS. Fozian Ismail (2001) mengaitkan fenomena globalisasi sebagai aspek pengugat utama perkembangan IKS di Malaysia. Menurut beliau, fenomena ini secara tidak langsung mampu melemahkan semangat para pengusaha IKS tempatan dalam persaingan global akibat keterbukaan ekonomi dipersada dunia yang turut sama membabitkan negara China sebagai anggota baru Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Hasil kajian

3

Fouzian Ismail (2001) lagi telah mendapati bahawa persaingan dipasaran global diibarat melalui keupayaan produk memenuhi pesanan dan jangkamasa pendek pada harga yang rendah tetapi pada tingkat kualiti yang terjamin. Biasanya, syarikat gergasi multinasional akan menggunakan syarikat tempatan bagi membekalkan produk sokongan mereka dan menuntut kualiti yang tinggi serta keupayaan bekalan yang berterusan. Ini merupakan cabaran bagi IKS di dalam negara untuk memenuhi keperluan tersebut. Hal ini disokong kuat oleh Kavrakoglu (1993) yang turut mendapati kualiti yang rendah merupakan masalah utama yang dihadapi oleh IKS.

Di samping itu, isu persekitaran juga mempengaruhi syarikat multinasional ini dalam memilih pembekal mereka. Menurut Fierro, Carrasco dan Centeno (2009), mengatakan bahawa IKS mesti mengambilkira pasaran yang dinamik dan global sebagai peluang perniagaan yang penting daripada ancaman. Oleh hal yang demikian, produk yang mesra alam dan berteraskan “teknologi hijau” tidak boleh dipandang ringan oleh IKS tempatan bagi membolehkan mereka terus bersaing. Antara keperluan yang amat ditekankan oleh syarikat multinasional ini ialah amalan perniagaan yang beretika.

Dalam hal ini, IKS tempatan dituntut untuk mengamalkan tanggungjawab korporat yang baik yang merangkumi usaha meminimumkan impak negatif terhadap operasi perniagaan, seperti pencemaran, keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan produk dan rasuah. Sebagai contoh, syarikat Mattel, pengilang mainan kanak-kanak, mempelajari pengajaran yang berguna apabila produknya gagal melepasi piawaian minimum ujian kesihatan dan keselamatan produk Amerika Syarikat akibat daripada kecuaian pembekalnya.

PERSAINGAN ANTARA PENGUSAHA IKS

Sehubungan dengan hal itu, aspek cabaran untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan pengusaha IKS tidak boleh dipandang ringan juga. Ini diperkukuhkan oleh rasa kebimbangan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ketika merasmikan Forum Pemiagaan dan Pameran IKS ASEAN di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 7hb Ogos 1997 . Beliau berpendapat bahawa survival IKS Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain banyak ditentukan oleh keupayaan masing-masing untuk melaksanakan perancangan strategik dan bersaing daiam pasaran dunia yang lebih terbuka tanpa sempadan. Untuk bersaing di pasaran global, peningkatan dalam daya saing amat diperlukan. Hal ini berkaitan dengan kualiti produk dan pengurangan dalam kos pembuatan. Ozdamar (1993) pula mendapati selain kualiti, kos-kos pengeluaran yang lebih tinggi juga merupakan masalah kepada usahawan. Pengeluaran dan masalah kos melemahkan kedudukan firma untuk bersaing di dalam pasaran negara ataupun antarabangsa (Budak, 1993). Untuk menjadi kompetitif dalam persekitaran antarabangsa, pengusaha-pengusaha IKS mestilah menghadapi cabaran seperti kitaran hayat produk yang pendek, kepelbagaian produk, inventori yang minimum, pemprosesan serentak untuk produk yang berbeza dan mempunyai masa penghantaran yang singkat (Jovan, 2002; Jiang, Zhou, & Lia, 2002). Hal ini sebenarnya memerlukan pengusaha IKS mempunyai tahap kecekapan dalam pembuatan mereka supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Berkaitan dengan hal ini juga, penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dalam proses pembuatan dan pengurusan harus diberikan penekanan.IKS tempatan perlu meningkatkan penggunaan teknologi maklumat bagi membolehkan mereka meneroka dan bersaing secara sama tara di pasaran global. Tambahan pula dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi baru seperti internet telah mempercepatkan trend ini supaya hari ini, kebanyakan organisasi besar menggunakan pasukan maya untuk ke beberapa tahap (Hertel, Geister dan

4

Konradt, 2005). Walaupun kos penggunaan teknologi maklumat tidaklah murah, tambahan pula untuk mendapat kakitangan yang terlatih di bidang ini agak sukar, sektor IKS perlu menyedari bahawa hal ni merupakan pelaburan yang tidak boleh dielakkan.

SET MINDA PENGUSAHA IKS

Statistik menunjukkan hanya 25.6 peratus produk perkilangan IKS Malaysia yang dieksport. Selain faktor luaran, kadar yang rendah ini adalah berkaitan dengan set minda syarikat IKS itu sendiri. Apabila ditanya punca mereka tidak mengeksport produk, antara jawapan lazim yang sering diberikan termasuklah faktor perniagaan yang kecil, maka kurang untuk menembusi pasaran antarabangsa; tidak dapat meneroka pasaran global; atau ingin berjaya di Malaysia dahulu sebelum memasuki pasaran antarabangsa. Selain itu, antara faktor lain yang sering diperkatakan oleh pengusaha IKS untuk memasuki pasaran antarabangsa ialah masalah perbezaan komunikasi antara budaya (Fierro, Carrasco dan Centeno, 2009).

Walaupun kerajaan dan badan yang berkaitan berusaha gigih menggalakkan IKS tempatan meneroka pasaran global, bilangan IKS yang berbuat demikian amat kecil. Oleh hal yang demikian, mereka perlu melakukan anjakan set minda, melakukan inovasi, leverej pembangunan teknologi dan adaptasi model perniagaan yang baharu. Selain itu, inovasi dan mendapat kompetitif kesempatan di pasaran, PKS perlu mengeksploitasi lain-lain faktor pemudah dalaman seperti modal insan (Wang, Wang dan Horng, 2010). Hanya dengan mengambil langkah tersebut mereka akan dapat meningkatkan daya saing dan berpeluang meraih faedah daripada arus globalisasi.

PERUBAHAN ANJAKAN SET MINDA

KESEDIAAN MEMPELAJARI PERKARA BAHARU

Sehubungan dengan hal ini, apakah set minda yang perlu diubah? Antara yang penting termasuklah bersedia untuk mempelajari perkara baharu. Daya saing bermula dengan keupayaan untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Menurut Koulopoulos dan Frappaolo (1999), menyatakan nilai pengurusan pengetahuan adalah membuang pengetahuan lama dan belajar pengetahuan baru. Pembelajaran dapat mempengaruhi cara seseorang untuk berfikir dan mengubah sikap mereka dalam menangani sesuatu perkara. Pengurusan pengetahuan menggunakan pengetahuan sebagai sumber yang paling penting dan digunakan sebagai modal syarikat. Maklumat dan pengetahuan dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui supaya intelektual bersama dapat diperkembangkan dengan optimumnya (Wang, 1999). Pengurusan pengetahuan menggunakan intelektual bersama untuk meningkatkan keupayaan menghadapi perubahan dan menjana idea secara kreatif (Wang, Yang dan Chai, 2000). Selain itu, terdapat usul dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) yang menekankan pembangunan negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan meliputi semua sektor dan segenap lapisan masyarakat. Oleh sebab itu, semua pihak seharusnya dapat dan sewajarnya boleh menggunakan pengetahuan secara meluas dan mendalam dalam apa jua aspek kerja yang akan atau hendak dijalankan.

Penggerak IKS ialah pengasas atau pemiliknya yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan daya saing sesebuah perniagaan. Mereka bukan sahaja perlu mempamerkan kepimpinan melalui teladan dan sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu dari pakar industri, bahkan mereka perlu juga menghargai bahawa aspek latihan

5

kakitangan ialah keputusan strategik dan bukan hanya keputusan ad hoc. Kakitangan atau modal insan yang berpengetahuan adalah satu aset kepada sesebuah organisasi perniagaan. Ini disokong dengan pendapat oleh Casey (2005), Modal insan adalah agensi utama untuk pembelajaran organisasi yang telah diakui sebagai sumber utama pembentukan nilai dan inovasi infrastruktur kritikal.

Oleh itu, pemimpin dan kakitangan seharusnya menganggap bahawa aspek pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat untuk meningkatkan daya saing yang terhasil daripada arus globalisasi. Pembelajaran yang berterusan akan mendedahkan kakitangan kepada konsep dan pendekatan baharu yang akan mengukuhkan teras kecekapan perniagaan. Pembelajaran bukan sahaja harus juga dilihat berkaitan dengan pendidikan, tetapi juga dilihat sebagai peluang untuk membina jaringan perniagaan yang merupakan unsur penting yang menjamin kejayaan sesuatu perniagaan.

PEMASARAN PRODUK YANG TERHAD

Selain itu, aspek memberikan perhatian terhadap pemasaran yang tidak hanya tertumpu pada produk semata-mata, harus juga dilihat secara lebih mendalam. Lazimnya, setiap IKS mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Malangnya, kebanyakan pemain dalam industri lemah dari segi pemasaran, walaupun mempunyai produk yang bermutu.

Oleh hal yang demikian, apa-apa yang perlu ditekankan juga ialah produk yang berkualiti tersebut dapat diedarkan secara inovatif kepada pengguna yang disasarkan melalui saluran yang berkesan pada harga yang berpatutan. Pembungkusan dan pelabelan perlu juga mempunyai kualiti yang tinggi untuk menembusi pasaran global. Hal ini memerlukan kerjasama setiap pekerja dari segi delegasi atau kerja berpasukan bagi memastikan kejayaan syarikat.

LOKASI PERNIAGAAN

Pada masa yang sama, banyak IKS di negara ini yang beroperasi di premis yang tidak sesuai yang diperuntukkan bagi premis perniagaan semata-mata untuk kemudahan mereka dan mengelakkan kerumitan untuk mendapatkan premis yang sesuai. Perkara ini dilihat berlanjutan hampir 20 tahun. Hal ini bukan sahaja menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan skim bantuan daripada kerajaan, bahkan menjadi kekangan untuk mengembangkan perniagaan mereka sendiri. Sudah pasti keadaan ini perlu diubah demi manfaat sektor IKS. Para pengusaha IKS perlu menitikberatkan tentang lokasi perniagaan mereka. Ini kerana menurut Kotler dan Amstrong , (2000) lokasi ditekankan sebanyak tiga kali iaitu lokasi, lokasi dan lokasi di dalam aspek penubuhan sesebuah perniagaan. Ini menunjukkan bertapa pentingnya sesuatu lokasi yang baik untuk memulakan sesebuah perniagaan. Oleh hal yang demikian, IKS yang melakukan kesilapan sedemikian perlu mengubah lokasi ke premis yang telah ditetapkan, di samping berusaha mendapatkan lesen yang sah, membeli aset yang berupaya menambah keupayaan mereka dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.

HAK MILIK INTELEK

6

Sementara itu, banyak daripada kalangan syarikat yang didakwa kerana kesalahan melanggar hak milik intelek seperti menggunakan perisian cetak rompak. Walaupun terdapat pemain IKS yang menyedari kepentingan menggunakan teknologi maklumat dalam operasi syarikat, masih menggunakan perisian cetak rompak.

Berkaitan dengan itu ini, set minda memainkan peranannya. IKS tidak sepatutnya mencabar sistem perundangan dan perlu menghormati hak milik intelek. Dalam hal ini, kerajaan memainkan peranan penting bagi mendapatkan diskaun khas bagi perisian yang biasa digunakan dalam kebanyakan operasi syarikat dalam sektor IKS di Malaysia. Dengan jumlah IKS yang banyak, kerajaan dapat merundingkan harga yang berpatutan dan mampu dibayar oleh kebanyakan IKS.

IKS perlu memahami kelebihan sumber luar dalam penggunaan teknologi maklumat mereka. Dengan anggapan bahawa membina perisian sendiri menjimatkan wang dan menyebabkan mereka lebih cenderung ke arah itu, hakikatnya hanya akan menggugat perlaksanaan operasi syarikat, di samping memberikan risiko peningkatan kos. Hal ini merupakan set minda yang perlu diubah.

Dalam usaha mendapatkan kelancaran perniagaan dan meningkatkan daya saing, mereka perlu melihat sumber luar sebagai aktiviti yang mempunyai nilai tambah. Sumber luar membolehkan mereka mengekalkan fokus yang strategik dan menyelia sistem teknologi maklumat dengan berkesan. Selain itu, hal ini dapat mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan.

TAHAP KEBERGANTUNGAN TERHADAP KERAJAAN

Melihat kepada kepentingan IKS dalam membantu meningkatkan ekonomi negara, pada 23 Oktober, 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib telah mengumumkan peruntukan 538 juta ringgit bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan IKS dalam pembentangan bajet 2010. Peruntukan 538 juta yang diumumkan adalah termasuk peruntukan sebanyak 281 juta ringgit kepada Perbadanan Negeri dan peruntukan 200 juta ringgit kepada Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) termasuklah 20 juta ringgit disediakan kepada usahawan kaum india yang merupakan tambahan kepada peruntukan sedia ada 15 juta ringgit. Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan TEKUN, proses pembiayaan dan bayaran balik pinjaman akan di struktur semula supaya lebih berkesan dan hasilnya boleh dinikmati oleh ramai usahawan kecil. Selain itu juga, sebanyak 57 juta ringgit untuk pembelian ruang niaga, penyediaan infrastruktur luar kawasan perindustrian dan skim kilang bimbingan menerusi SME Bank telah diperuntukan oleh kerajaan. Ini dapat dilihat dengan jelas peruntukan kepada IKS dalam bajet 2010 seperti yang ditunjukkan melalui jadual 2.2 di bawah:Jadual 2.2: Peruntukan kepada Industri Kecil dan Sederhan (IKS) dalam bajet 2010.Peruntukan Jumlah (RM juta)Perbadanan Negeri 281Tekun 200Pembelian ruang niaga 57Jumlah keseluruhan 538

Sumber: Bajet 2010

7

Walaupun pihak kerajaan telah memperuntukkan dana yang banyak untuk membantu memperkembangkan IKS ini, faktor terlalu bergantung pada kerajaan juga merupakan aspek yang memerlukan anjakan set minda bagi membolehkan IKS bersaing di pasaran global. Walaupun kerajaan banyak menyediakan kemudahan dari segi pembiayaan dan khidmat nasihat, setelah IKS berjaya dan mampu berdiri sendiri, mereka perlu membebaskan diri daripada terlalu bergantung pada kerajaan.

KESIMPULAN

Kejayaaan dalam perniagaan, apatah lagi di persada antarabangsa, menuntut usaha gigih dan kecekalan. Hanya mereka yang mempunyai sifat tersebut akan berjaya. Ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal, William James, pernah menyarankan, “Jika kita dapat mengubah set minda, kita akan berhasil mengubah kehidupan kita.” Saranan tersebut juga releven untuk dunia perniagaan, terutama bagi pengusaha di dalam sektor IKS.

8

RUJUKAN

Budak, G. (1993). Izmir’ de KOBI’ ler nerede? Sorunlari nasil cozulur?. Izmir ticaret Odasi

Yayini, Izmir.

Casey, A. (2005), “Enhancing individual and organizational learning”, Management Learning, Vol. 36 No. 2, pp. 131-47.

Fierro, J.C., Carrasco, R.V., & Centeno, E. (2009). “The challenges of internationalising national culture-based hand-crafted products”. Marketing Intelligence & Planning, Vol. 27 No. 7, pp. 900-908.

Fozian Ismail (2001). Peluang dan Cabaran Masa Depan Industri Pembuatan Dalam Era

Globalisasi. Kertas Kerja yang dibentangkan di Konvensyen IKS: Persediaan Ke Arah

Perdagangan Global Menjelang AFTA 2003, Kota Bharu, Kelantan, 25-26 Mei 2001.

Hertel GT, Geister S, Konradt U (2005). Managing virtual teams: A review of current empirical research. Hum. Resour. Manage. Rev, 15, 69-95.

Jiang, P., Zhou, G., Lia, Y. (2002). “ASP-driven e-service platform for web-based online

manufacturing”. Intergated Manufacturing Systems, Vol. 13, No.5, pp. 306-18.

Jovan, V. (2002). “The specifics of production scheduling in process industries”. Proceedings

of IEEEICIT’02. Bangkok, Thailand, pp. 1049-54.

Kavrakoglu, I. (1993). “Kucuk sanayide rekabet gucu ve kalite”. Kucuk Sanayinin Sorunlari

Semineri, ITO, Istanbul, No.1993-5.

Kotler, P., Amstrong, G., (2000), Prinsip Pemasaran; Penterjemah Norjaya Mohd Yasin, Ahmad Azmi Mohd Arifin; Penyunting Ghazali Jaafar, Prentice-Hall, Malaysia

Laporan Bajet 2008.

Laporan Bajet 2010.

Laporan SME (2007).

Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan Malaysia.

9

Malaysia Focus volume 3 2011.

National SME Development Council (2005).

Wang, Da Hai, Yang, Du and Chai, Jing Kui (2000)."Xing Shi Ji De Ying Jia." 1st.ed.Beijing: Xue Yuan Publisher.

Wang, Fang Hua (1999). "Knowledge Management." 1st.ed. China: Economy Shan XiPublisher.

Wang, Yu Lin, Wang, Yau-De, Horng, Ruey-Yun. (2010), “Learning and innovation in small

and medium enterprises”, Industrial Management & Data Systems, Vol. 110 No. 2,

pp. 175-192.

http://www.smecorp.gov.my/v4/node/53

http://www.bizbeginners.biz/sweden.html

http://www.swedishtrade.se/om-exportradet/in-english/

10