21251053-Pendekatan-Induktif.pdf

download 21251053-Pendekatan-Induktif.pdf

of 6

Transcript of 21251053-Pendekatan-Induktif.pdf

  • Pendekatan Induktif

    Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

    Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa.

    Jenis pendekatan induktif

    Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.

    Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

    Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.

    Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

    Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

    Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

    Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

    Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.

    Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga

    digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan

    kesimpulan yang berkenaan. Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik

    kepada umum.

    1

  • Pendekatan

    Mengikut pendapat Ahmad Mohd salleh dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

    Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah. Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

    Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,

    contohnya :- a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks c) keseluruhan kepada bahagian d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh g) diketahui kepada belum diketahui

    Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

    2

  • Pendekatan Induktif Takrif

    Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu akna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori.

    Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan. Konsep Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum Ciri-ciri

    ? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan ? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan ? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu kemahiran ? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit ? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru ? Penglibatan murid secara aktif ditekankan ? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan ? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

    Pendekatan Deduktif Takrif

    Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta.

    Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.

    Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.

    3

  • Konsep

    ? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum ? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum ? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi ? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus Prinsip

    ? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki ? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid ? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat menarik minat murid ? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai ? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Ciri-ciri ? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid ? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu ? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks ? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan. Teknik Merujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai.. Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran (Ee Ah Meng, Pedagogi ii.)

    Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

    4

  • Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah :-

    a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka. b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan dengan pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada perbincangan dan pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti berikut :-

    i) Teknik bercerita ii) Teknik berbincang iii) Teknik penyelesaian masalah iv) Teknik sumbangsaran v) Teknik tunjuk cara vi) Teknik main peranan vii) Teknik bersoal jawab Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.

    Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran. Kaedah Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktur mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi.

    Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.

    5

  • Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.

    Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.

    Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut :

    1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan. 2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang diperlukan. 3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan. 4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan. 5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.

    6