2965593 Poinpoin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahasa Melayu Spm

download 2965593 Poinpoin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahasa Melayu Spm

of 14

description

dgffggf

Transcript of 2965593 Poinpoin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahasa Melayu Spm

  • Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B1

    POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B

    Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah.

    Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah )

    Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri.

    KEPENTINGAN NILAI MURNI

    Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplindapat memberisumbanganyang

    lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan

    kemajuan yang pesat

    Individudan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budipekerti

    yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.

    Pelbagaigejala sosial yang kurang baik dapatdibanteras danmasyarakathidup

    dalam keadaan aman dan harmonis.

    Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh

  • pelancong asing/ masyarakat dunia.

    Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah

    USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN

    Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan.

    Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan. Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.

    Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatansebagaitanaman

    keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.

    Memperkenalkan skimgalakan dan memberi khidmat nasihatkepadapengusaha

    yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .

    3.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL

    Kebaikan

    Mengekalkan tradisibergotong-royong yang diwarisi sejakturun-temurun(menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).

    Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi proses penanaman dan tuaian secara manual. Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.

    Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.

    Menghasilkan

  • pelbagai hasil pertanian sepertipisang,ubi kayu,ubi keledek , dll

    mengikut keperluan pengusahanya.

    Keburukan

    Memberikesan negatif kepada kualiti alamsekitar(terutamapertanian pindah)kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak yang berharga.

    Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.

    Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana menggunakan peralatan lama/tradisional.

  • Tidak mendatangkanpendapatan yang lumayan keranapengeluaranhasil yang

    terhad.

    Mewujudkan golonganpetani yang kurang kreatif dansukar untukmenerima

    perubahan.

    shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006

    Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B

    2

    KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL

    Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.

    Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.

    Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.

    Pembalakan menyebabkanmasalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakandi Hulu Kelangmenyebabkan tanah runtuh tragedi Highland Towers).Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak terhad)

    Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin

    panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.

    Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjunterjejas.

  • PERANAN LEBUH RAYA

    Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh lampu isyarat)

    Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol

    Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna jalan sehala, tempat rehat dan solat serta lain-lain.

    Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi susur keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).Lebuh raya memperkembang ekonomi menyingkatkan masa pengangkutan untuk pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan Lepas ke Kuala Lumpur.

    Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas

    Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan adanya kemudahan perhubungan.

    TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA

    Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang

    perancangan.

    Hampir60% membeli-belah di sebuah pasarraya sahaja,30%lebih

    daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang

    kekerapan untuk ke kedai.

    Hampir40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu,

  • 20%duakali

    seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu merekamembeli-belah.

    Hampir95% pengguna Malaysia terlibat dalam belianmendesak.Kurangdaripada

    20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.

    Terdapatperkembangan pengguna suka mengunjungi gedung

    membeli-belah

    daripada kedai runcit.

    Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.

    Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi membeli-belah.

  • Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanjatiga kali gandalebih

    banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.

    Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudahatauansuran daripada

    tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti

    ini.

    Tidak ramai pengguna yang membaca label baranganyanghendakdibeliterlebih dahulu sebelum membelinya

    shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006

    Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B3

    POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

    Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.

    Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.

    Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi, jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan

    Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong. Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri

    Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukaidanmengadakan

    persidangan antarabangsa

  • Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN

    Tahun Melawat Malaysia 2007

    Kedudukan yang strategikdilaluan perdagangan timur-barat

    Modal mencukupi untukmembinahotel, chalet oleh pelabur tempatandanpelabur

    asing

    Kebudayaan tempatan yang kayadenganseni dan pelbagaiperayaantermasuk

    Citrawarna.

  • Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.

    CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA

    Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan

    Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri.

    Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan Keterampilan pemimpin pelajar

    Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun

    Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas Keceriaan sekolah diberi keutamaan Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar

    KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN

    Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani

  • Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar.

    Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan

    bekalan makanan

    Meningkatkan eksport barangan makanan

    Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara

    Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik

    Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik Meningkatkan aplikasi teknologi moden

    Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)

    shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006

    Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B4

    PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

    Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda

    Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

    Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja

    Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga

    Tidak mengikut mana-mana model dari luar

    Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakalaDewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003

    Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama. Pelaksanaan sejak tahun 2004. Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.

    Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesanLatihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), dayakepimpinan,

  • disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulanModul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaancintaserta pengorbanan para peserta program terhadap negara

    Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga,komuniti

    dan negara.

    11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM

  • Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup. (pengekalan ekosistem)

    Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan

    Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swastaPelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA

    (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri mulai 1 April 2001.

    Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir

    Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai

    Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid

    Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.

    Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.

    Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahanloji rawatan bahan cemarudara, air sisa industri dan sisa toksik mengikutperuntukan undang-undang. shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006

    Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B5

    KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA

    Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

    Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja

    Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga

    Tidak mengikut mana-mana model dari luar

    Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakalaDewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003

    Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama. Pelaksanaan sejak tahun 2004. Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.

  • Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesanLatihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), dayakepimpinan,

    disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan

  • Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B6