3 SURAH AR RAHMAN - © 2017 Tafsir Melayutafsirmelayu.com/pdf/JUZ27/3 SURAH AR RAHMAN.pdf ·...
Transcript of 3 SURAH AR RAHMAN - © 2017 Tafsir Melayutafsirmelayu.com/pdf/JUZ27/3 SURAH AR RAHMAN.pdf ·...
1
SURAH AR RAHMAAN
2
3
4
TERJEMAHAN SURAH AR-‐RAHMAAN
Allah, Penganugerah Rahmat yang melimpah ruah.(1)
Dialah yang telah mengajar al Quraan itu.(2)
(hakikatnya) Dialah yang telah mencipta (semua) manusia.(3)
Dialah juga yang telah menganugerah kebolehan pada manusia untuk memberi dan menerima pernyataan.(4)
(Dialah yang mempastikan) Peredaran matahari dan bulan, mengikut satu sistem peraturan dan perhitungan yang unik.(5)
(sehingga semua ciptaan Nya termasuk ) bintang-‐bintang dan pokok tumbuhan bermatlamatkan pengabdian sujud pada peraturan Nya.(6)
5
(saksikan lah akan) Langit diciptakannya dan berada di atas, dan ianya tertakluk pada peraturaan neraca timbangan yang unik.(7)
Supaya kamu semua tidak akan melampau titik pertimbangan yang betul dalam melaksanakan keadilan.(8)
Laksanakan lah satu-‐satu timbangan itu dengan adil dan jangan sama sekali mengurangkan timbangan itu.(9)
Dan bumi telah dicipta supaya ‘merata’ demi untuk keselesaan semua makhluk di atasnya.(10)
Ditetapkan di atasnya pengeluaran berbagai buah-‐buahan dan (teristimewa) ialah pokok kurma yang mempunyai mayangnya.(11)
Dan juga terdapat pengeluaran jenis biji-‐bijian yang mempunyai jerami dan juga ada pokok bunga-‐bungaan yang mempunyai keharuman baunya.(12)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(13)
6
Dia telah mencipta manusia (Adam as) dari tanah liat kering seperti tembikar.(14)
Dan Dia juga telah mencipta Jin dari ‘lidah-‐api’ iaitu dari api yang menjulang .(15)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(16)
Dialah Allah, Pentadbir di dua Timur dan di dua Barat.(17)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(18)
Dialah yang mentakdir pertemuan dua lautan yang mengalirkan air masin dan air tawar.(19)
Pertemuan di antara kedua-‐duanya itu, disekat oleh satu sempadan yang harmoni (lengkap-‐melengkapi di antara satu sama lain).(20)
7
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(21)
Dari kedua-‐dua lautan yang bertembung itu, dijadikan dalamnya mutiara dan perhiasan Marjan.(22)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(23)
Dialah yang mentakdir pergerakan kapal-‐kapal di lautan, di mana layarnya yang tinggi itu menyerupai gunung-‐gunung di daratan.(24)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(25)
(satu hakikat yang perlu diambil perhatian ialah); setiap yang berada di muka bumi ini akan mengalami kebinasaan.(26)
8
Dan yang Kekal hanyalah Wajah zat Allah, Tuhan Yang Mentadbir kamu itu sahaja, Dia punyai Keagongan dan Kemuliaan.(27)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(28)
Semua yang berada di langit dan di bumi memerlukan Allah dalam semua hajat-‐hajat mereka; Jadi setiap detik harian Nya dia sibuk dengan urusan Nya. (29)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(30)
(Di akhirat nanti) Kami akan menguruskan semua perhitungan dan balasan amal kamu; Wahai Jin dan manusia!.(31)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(32)
9
(Aku mencabar kamu) Wahai Jin dan manusia semua! Jika kamu berdua berkeupayaan menembusi keluar dari kawasan langit dan bumi (untuk lari dari menerima balasan Kami) maka silakan lah! Tembusi lah kedua-‐duanya itu!. Sekali-‐kali Kamu semua tidak boleh menembusinya kecuali lah dengan adanya satu Kekuatan Agong (yang dapat menguasai kekuatan Kami itu).(33)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(34)
(Wahai Jin dan manusia Yang ingkar) Kamu berdua akan diseret ke dalam jurang api yang menjulang tinggi dan dihenyak dalam leburan cecair tembaga panas; dan pastinya tidak akan ada yang boleh menolong kamu berdua!.(35)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(36)
(Di hari Akhirat itu) apabila saat langit di atas itu pecah berderai dan bertukar rupanya menjadi kemerahan mawar dan berkilat seperti minyak.(37)
10
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(38)
Maka pada hari itu, tidak sesiapa pun dari kalangan jin dan manusia yang akan ditanya tentang dosa mereka (mereka dah tahu sendiri perbuatan-‐perbuatan mereka dulu).(39)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(40)
Orang-‐orang berdosa yang zalim itu akan dikenali dari tanda-‐tanda tertentu di muka mereka; mereka akan dicekak melalui ubun-‐ubun hingga ke kaki mereka (dan diseret ke neraka).(41)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan)nya?.(42)
(Rasalah!) Inilah dia Neraka Jahannam, yang selama ini kamu dan orang yang berdosa mendustakannya!.(43)
11
Mereka terus berputar-‐putar di antara azab kepanasan Api dari neraka Jahim dan air didihan yang menggelegak panas.(45)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(45)
Dan disediakan kepada mereka yang takut pada balasan mahkamah Allah Tuhan Nya, mereka disediakan dengan DUA jenis syurga.(46)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(47)
Kedua-‐dua syurga itu punyai tarikan tersendiri dengan buah-‐buahannya.(48)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(49)
Pada kedua-‐dua syurga itu terdapat mata air yang mengalir.(50)
12
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(51)
Dalam kedua-‐dua syurga itu terdapat dua jenis buah; tiap-‐tiap buah itu ada dua jenisnya yang biasa dan yang luarbiasa.(52)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(53)
Penghuninya akan berehat di atas hamparan yang di sulam rapi; manakala buah-‐buah yang berbeda itu terdapat berdekatan dan tunggu untuk di petik.(54)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(55)
Di dalam syurga-‐syurga itu dihuni oleh bidadari-‐bidadari yang sedia memberi khidmat, mereka adalah suci tidak pernah disentuh sebelumnya oleh jin atau manusia.(56)
13
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(57)
Kecantikan mereka itu bagaikan batu delima dan marjan.(58)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(59)
Hakikatnya, balasan yang baik itu datang dari amalan yang baik.(60)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(61)
Disamping dua syurga tersebut, terdapat dua syurga lain (diperuntukkan kepada golongan peringkat kedua).(62)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(63)
14
Kedua-‐duanya mempamirkan kesuburan pokok yang menghijau.(64)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(65)
Pastinya terdapat dua jenis mata air yang mengalir memancut dalam kedua-‐dua syurga tambahan itu.(66)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(67)
Jenis buah-‐buah yang terdapat dalam keduanya ialah dari kurma dan buah delima.(68)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(69)
15
Dibekalkan juga ke dalam dua syurga ini dengan teman-‐teman yang baik budi nya dan cantik parasnya.(70)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(71)
Mereka adalah bidaadari-‐bidadari yang tinggal tetap dalam perkhemahan masing-‐masing.(72)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(73)
(bidadari-‐bidadari ini) tidak pernah disentuh sebelum ini oleh manusia mau pun jin.(74)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(75)
16
Mereka (penduduk syurga ini) masing-‐masing merasa kerehatan dengan cara berteleku di atas tilam-‐tilam serta bantalnya yang rata-‐ratanya berwarna hijau, dan dilapik dengan permaidani yang indah.(76)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(77)
Penuh keberkatan dengan nama Mu ya Allah, Tuhan Yang Mentadbir kita yang penuh Keagongan dan Kemuliaan.(78)
17
Sinopsis Surah
Surah Ar Rahman diturunkan di Mekah mengikut pendapat yang masyhur, walaupun ada yang mempertikaikan yang ia diturunkan di Mekah. Mengandungi 78 ayat-‐ayat dan dari jumlah ini sebanyak 31 ayat ialah ulangan dari satu ayat yang sama.
Ar Rahman, bererti rahmat dari Allah, Rahmat dari Penganugerah nya iaitu Allah; dan dengan perkataan Ar Rahman itu, Allah mengiklankan Rahmat Nya agar ianya dirasai, dikecapi dan diterima seadanya dan disyukuri… Dan akhirnya membawa mereka kepada mengimani Allah sebagai Penganugerah Rahmat kepada semua di dunia ini dan juga kepada mereka di Akhirat nanti.
Surah ini menyebut perkataan Aa Laa ie Rabbika ( ااالء رربكك ) yang bererti semua jenis nikmat-‐nikmat kurniaan Allah yang diberi kepada semua makhluk Nya sebagai satu Rahmat dari Allah. Di antara nikmat-‐nikmat Allah yang disebut dalam surah ini ialah:
a) Semua Ciptaan Allah yang bersifat cantik, tersusun, penuh ketelitian, penuh kenikmatan, memaparkannya kepada orang ramai yang boleh menjadi tujahan kepada Allah; dan ianya dicadangkan kepada semua manusia dan Jin untuk berfikir, supaya mereka semua tidak punyai peluang dan ruang untuk menafikan semua nikmat-‐nikmat ini. Ianya adalah simbolik kepada menghayati adanya Akhirat.
b) Al Quraan merupakan nikmat yang terbesar yang diberi kepada manusia untuk membetulkan timbangan hidup mereka yang merangkumi dunia dan Akhirat. Al Quraan diajar oleh Allah sebagai nikmat pemberian yang tidak ada tolok bandingannya.
c) Manusia dicipta punyai kebolehan untuk menerima dan memberi pernyataan melalui penglihatan dan pendengaran. Dengan adanya kebolehan ini, maka manusia telah disediakan sifat insaniyah terbesar selaku manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini.
Di antara perkara-‐perkara yang dipaparkan bagi menjelaskan nikmat Allah ini ialah:-‐ matahari, bulan, bintang-‐bintang, pokok tumbuhan, langit, timbangan,
18
dan semuanya ini untuk langit di atas, manakala di bumi pula dipaparkan pokok buah-‐buahan seperti buah kurma, biji-‐bijian, bunga-‐bungaan yang harum semua untuk mencungkil keinsafan minda manusia dan jin untuk beriman dengan Allah.
Lantaran itu terdapat 31 kali ulangan ayat berikut:
(Wahai kumpulan manusia dan jin, yang mana satu di antara nikmat-‐nikmat Allah ini, yang mahu kamu berdua menafikan dan memdustakan nya?)
Dalam kata lain, Allah mancabar manusia dan jin dengan maksud; ‘Dari nikmat-‐nikmat Allah yang jelas pada kamu itu, yang kamu selalu menikmatinya, banyak yang tak boleh kamu mendustakannya atau menolak nya dan kamu akan berkata; Ya Allah dari semua nikmat-‐nikmat Mu itu, tidak satu pun yang boleh kami dustakannya’.
Surah ini menjelaskan kemusnahan mutlak pada dunia ini dan memaparkan kehancuran semua manusia dan wujudnya Akhirat. Yang tinggal hanya Allah dan urusan Nya sahaja. Manusia akan wujud dengan segala takdir dan ujian-‐ujian dari Allah. Jika manusia mahu melarikan dirinya dari semuanya ini adalah mustahil, walaupun mereka cuba mengerobek langit dan bumi untuk melepaskan diri dari semuanya ini. Itu baru di dunia, dan bagaimana pula di Akhirat, tidak seorang pun yang boleh memboloskan dirinya dari Allah dan dari balasan Nya. Semua pertimbangannya adalah dari amalan baik dan buruk yang telah di tinggal oleh manusia dan jin itu sahaja.
Hari Akhirat ialah hari pembalasan, yang kufur dijelaskan tempat pulangan mereka yang sesuai dengan kekufuran mereka. Yang baik dibalaskan mengikut kebaikan mereka. Disediakan jenis nikmat yang boleh diterima oleh minda manusia, walaupun ada yang diluar kemampuan kefahaman manusia.
Apa pun semuanya itu adalah Rahmat dari Rahman Nya Allah kepada manusia. Surah ini diakhiri dengan satu pernyataan khusus kepada mereka yang mahu beriman dengan Allah; iaitu “Keberkatan dari Allah kepada yang hidup ini dengan memuji dan memuja nama-‐nama Allah” yang kesemuanya penuh dengan Keagongan dan Kemuliaan Nya. ووهللا أأعلمم
19
TAFSIRAN AYAT-‐AYAT
Allah, Penganugerah Rahmat yang melimpah ruah.(1)
Tafsiran ayat 1:
Surah Ar Rahman ini diturunkan bagi menjawab soalan kaum Musyrikin Mekah yang bertanya; Siapa Ar Rahman itu? Yang kami tahu dia adalah manusia! Surah ini selengkapnya akan menjelaskan Ar rahman itu secara telus dan boleh difahami.
Ar Rahman bererti rahmat besar, dari Allah yang bersifat dengan sifat Mengasihani dan Penuh kasih sayang. Iaitu mengiklankan rahmat Allah supaya manusia dan jin dapat merasai nikmat-‐nikmat Allah itu dan menerima dengan seadanya. Segala nikmat-‐nikmat Allah itu disebut berada dalam perkataan Aa Laa ie Illah ( .(ااالء هللا
Di antara Ala ie Illah ( ( ااالء هللا dapat disenaraikan seperti berikut:
Semua Ciptaan Allah yang bersifat:-‐
cantik, tersusun, penuh ketelitian, dan penuh kenikmatan. memaparkannya kepada manusia dan jin yang boleh menjadi tujahan kepada Allah; dan ianya dicadangkan kepada semua manusia dan Jin untuk berfikir, supaya mereka semua tidak punyai peluang dan ruang untuk menafikan semua nikmat-‐nikmat ini. Ianya adalah simbolik kepada menghayati adanya Akhirat. (Syed Qutub ms. 2445, Jilid 6: Tafsir Fi Zilalil Quraan)
20
Dialah yang telah mengajar al Quraan itu.(2)
Tafsiran ayat 2:
Mengajar manusia melalui sebuah kitab yang tersempurna yang diturunkan oleh Allah, untuk menjadi ikutan dan bimbingan hidup manusia dan jin adalah sebesar-‐besar nikmat yang lahir dari Rahmat Allah.
Apakah yang ada dalam al Quraan yang dianggap sebagai nikmat terbesar itu? Di antara yang ada dalam al Quraan yang menjadi pengajaran pada kita ialah:
a) Kenyataan-‐kenyataan yang benar dari Allah untuk manusia mendapat panduan.
b) Kenyataan-‐kenyataan yang menjelaskan semua yang berada di langit dan bumi yang membawa manusia kepada mengenali Allah.
c) Menjelaskan satu akidah yang benar yang membentuk manusia menilai diri mereka, pertimbangan mereka, disiplin hidup dan ehwal hidup mereka
d) Al Quraan mengujudkan hubungan manusia dengan Allah sebagai Pencipta, Penyempurna, Penentu takdir dan Pemberi hidayah pada mereka.
e) Al Quraan membuka minda, perasaan dan keghairahan untuk beriman dengan Allah. Ini dibuat melalui penjelasan-‐penjelasan yang menyebabkan kita tercengang kehairanan tentang dunia ini, dan seolah-‐olah ianya satu perkara baru timbul. Contohnya, Allah pernah mengarah bumi dan langit menjalankan peranan masing-‐masing dan ianya diterima oleh bumi dan langit itu. Bumi diminta mengeluarkan makanan untuk manusia dan makhluk lain; langit diminta menurunkan hujan untuk menyuburkan tanah bagi tujuan pengeluaran. Bukit bukau diarah oleh Allah menjadi pasak bumi. Semua berlaku atas arahan Allah dan bukan ‘semula jadi’.
f) Al Quraan mengiktiraf manusia sebagai khalifah di atas mukabumi ini. Tujuannya ialah memakmurkan bumi ini mengikut peraturan dan
21
syariaat Allah. Inilah kemuliaan yang diberi oleh Allah kepada manusia. Faktor kemanusiaan menjadi asas utama dan asas ini dijadikan sebahagian dari syariaat Allah. Ianya dijelaskan dalam al Quraan secara terperinci dan lengkap.
g) Al Quraan mengajar manusia mengenali hari Akhirat, Hari Kiamat dan Hari ‘Bangkit Semula’ dan semua manusia dan jin di pertanggungjawabkan atas semua amal baik buruk mereka dan dibalas di hari Akhirat. Ini menyebabkan manusia lebih berhati-‐hati dalam hidup mereka dan tahu yang mereka tidak boleh melolos diri dari semua ketetapan Allah ini.
(hakikatnya) Dialah yang telah mencipta (semua) manusia.(3)
Dialah juga yang telah menganugerah kebolehan pada manusia untuk memberi dan menerima pernyataan.(4)
Tafsiran ayat 3-‐4:
Allah selaku Ar Rahman telah mancipta manusia dengan memulakan ciptaan manusia pertama iaitu Adam as. Apakah kaitan Ar Rahman itu dengan ciptaan manusia?
Pertama:-‐ ar Rahman itu telah menentukan pertembungan di antara mani lelaki dan perempuan dalam rahim wanita bagi menentukan satu persenyawaan telah berlaku. Dari air mani yang kerdil, terhina dan amat kecil sifatnya, mudah resap ke dalam, telah berjaya berkembang menjadi segumpal darah yang berada di dinding rahim, kemudian menjadi tulang temulang dan dilengkapi dengan daging sehingga lengkap menjadi seorang bayi manusia setelah berlalu 9 bulan lamanya. Inilah perkembangan ‘biologi’ bayi tersebut yang dicipta oleh ar Rahman.
Kedua:-‐ ciptaan di atas bukan lah semuanya, tetapi bayi tersebut apabila mencapai 3 bulan umurnya dalam rahim, Ar Rahman telah meniupkan Roh Nya ke dalam bayi itu. Dengan tiupan roh itu, maka Ar Rahman telah memastikan kekalnya satu asas untuk bayi itu boleh menerima perasaan dan
22
menguasai kepintaran, dengan adanya asas penerimaan pengetahuan melalui penglihatan dan pendengaran. Semua ini diproses dalam satu ruang gelap yang tidak ada cahaya pun, tetapi berjaya mengeluarkan seorang insan.
Ketiga:-‐ hasil dari ciptaan dalam ruang gelap itu dalam rahim ibu, anak yang dilahirkan itu telah mempunyai asas-‐asas kuat untuk menerima pengajaran, boleh berfikir dan merancang. Kadang-‐kadang manusia itu tidak terfikir yang mereka sebenarnya dijadikan dari satu mekanisma yang terbaik penuh dengan kelengkapan yang terkini.
Bukankah semua ini dari Rahmat Allah yang bersifat dengan Pengasihani dan Penuh Kasih Sayang?. Inilah pengertian dari perkataan علمهھ االبيیانن (Dialah Allah yang membolehkan manusia tadi memberi dan menerima ilmu melalui pembelajaran)
Allah dengan tegasnya menyatakan bahawa Dialah yang telah membolehkan manusia melalui pertuturan dan pendengaran untuk memahami, menguasai ilmu, mempunyai daya berfikir dalam hidupnya. Siapakah jika bukan dari Allah yang bersifat dengan Ar Rahman itu?
‘Pengajaran’ )diعلمم ( sini mugkin bererti:
a) Mengajar nama-‐nama semua benda yang ada di bumi ini, bahasa yang dicakap oleh masyarakat manusia, mengajar mereka menulis, memahami dan menambahkan ilmu dari semasa ke semasa.
b) Mengajar manusia membolehkan mereka berfikir mana yang baik dan mana yang buruk mengikut fikiran yang ada, dan dibantu oleh al Quraan dan pengutusan Rasul untuk mendapat kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
c) Mengajar manusia mengenal diri sendiri, dengan sifat mereka sebagai manusia untuk merekacipta sesuatu kemudahan pada mereka mengikut kemampuan, kebolehan dan teknologi bagi kegunaan hidup seharian mereka.
Ar Rahman lah yang mencipta semuanya itu, sama ada anda percaya atau tidak. Inilah dia Nikmat yang terbesar yang diberi kepada manusia yang harus mereka fikirkan asal-‐usulnya, bibit-‐bibit nya, liputannya dan hidayatnya. Cantuman semuanya inilah melahirkan pengertian dari ayat yang berbunyi:
23
“(hakikatnya) Dialah yang telah mencipta (semua) manusia.(3) Dialah juga yang telah menganugerah kebolehan pada manusia untuk memberi dan menerima pernyataan (4)”
Kemudian minda kita dibawa untuk melihat diluar kejadian manusia tetapi melibatkan persekitaran manusia iaitu ciptaan matahari dan bulan. Firman Allah:
(Dialah yang mempastikan) Peredaran matahari dan bulan, mengikut satu sistem peraturan dan perhitungan yang unik.(5)
Tafsiran ayat 5:
Di antara nikmat Allah yang tersohor dan terpenting ialah adanya matahari dan bulan yang dicipta Allah di mana kedua-‐duanya bergerak mengikut satu displin pergerakan mengikut peraturan perhitungan yang sangat unik. Ianya di bawah ketentuan takdir Allah.
Kedua-‐duanya beredar mengikut perkiraan yang sangat unik sehingga peredaran keduanya itu tidak pernah bertembung di antara satu sama lain dan tidak pula pernah tergendala peredaran mereka. Firman-‐firman Allah berikut menyokong kesempurnaan ciptaan matahari dan bulan ini:
(dengan ketentuan takdir Allah ini) matahari tidak pernah mendahului bulan dan malam pula tidak mendahului siang, kerana tiap satunya itu beredar terapong-‐apong di tempat edaran masing-‐masing) 40 Yasin
Firman Allah lagi dalam ayat 96 dari surah al Al-‐An’aam:
24
(Allah jualah yang menyingsingkan cahaya subuh, dan menjadi malam hari sebagai masa berehat, serta menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu. Yang demikian itu ialah Kuasa Penentuan Allah, dan Allah adalah Maha Bekuasa dan Maha Mengetahui) ayat 96 Al-‐An’aam
Kepentingan Matahari dan bulan sebagai nikmat terbesar Allah kepada manusia, kerana matahari merupakan bintang yang terpenting pada kehidupan manusia dan hidup ini. Kita hidup di bawah cahaya matahari, kepanasannya, dan kecernaan cahayanya itu untuk kehidupan tumbuh-‐tumbuhan.
Pergerakan kedua-‐dua cekerawala ini adalah mengikut perkiraan yang benar-‐benar unik dan tepat dan mengujudkan siang dan malam. Dari pergerakan inilah manusia mengira waktu mereka dan menentukan bila waktu mereka berakhir. Gambarkan lah jika tiada matahari dan bulan! Tiada siang dan tiada malam dan bererti mati dan tiada aktiviti dalam hidup ini. Hayati lah Nikmat Allah yang besar ini.
Apakah matlamat sebenarnya semua ini diciptakan Allah yang bersifat Ar Rahmaan itu? Ke manakah semua anika ciptaan Allah menghalakan tujahannya? SEMUA nya bermatlamatkan ‘IBADAT kepada Allah”. Firman Allah:
(sehingga semua ciptaan Nya termasuk ) bintang-‐bintang dan pokok tumbuhan bermatlamatkan ‘pengabdian sujud pada peraturan Nya’.(6)
Tafsiran ayat 6:
Sesungguhnya semua ciptaan Allah ini adalah terikat di antara satu sama lain di bawah satu ikatan ‘pengabdian sujud kepada Allah; kepada peraturan takdir Nya contoh: kepada Pencipta mereka’.
25
Sebagai contoh bintang-‐bintang yang berada di langit sana yang mewakili semua cekerawala di atas, dan pokok-‐pokok yang mewakili bumi dan semua yang berada dengannya, kecuali manusia dan jin, akan tunduk sujud mengabdikan diri pada Allah. Bagi manusia pula mereka diberi kebebasan untuk memilih samada mahu bersyukur atau menjadi kufur. Lihat saja pada ayat ini untuk penjelasan:
(Tidak kah mereka (manusia dan jin) meneliti, melihat dan berfikir, bahawa segala yang telah dicipta oleh Allah itu (termasuk semua pohon pokok-‐pokok) yang bergerak batang-‐batangnya ke kanan dan ke kiri di pagi dan di petang hari, sebagai sedang sujud pada Allah mengikut pertaturan tertentu dan atas kehendak Allah, dengan keadaan merendah diri) An-‐Nahl ayat 48)
Jadi manusia yang beriman akan terus sujud pada Allah dan memilih Allah dan bersyukur pada Nya.
Hakikat kewujudan maya ini ke arah satu kesatuan yang membawa kepada kesatuan roh yang hidup. Bukan hanya bintang dan pokok yang bergerak-‐gerak menggambarkan sujudnya mereka pada Allah, tetapi meliputi semua ciptaan Allah yang bergerak yang bererti sujud kepada penentuan takdir Allah. Semua ciptaan ini mempunyai satu matlamat yang satu iaitu ‘sujud kepada Pencipta Nya bertasbih memuji-‐muja Nya.
Ini dikuatkan oleh ayat-‐ayat berikut: (Al Isra’ ayaat 44):
(langit yang tujuh itu, dan bumi serta sekelian makhluk itu sentiasa bertasbih memuji-‐muja Allah, dan tiada ada sesuatu pun kecuali semuanya bertasbih kepada Allah, mungkin kamu (wahai manusia dan jin) tidak faham akan tasbih mereka) ayat 44 surah Al Isra’.
26
Dari ayat 41, surah An Nur:
(Tidak kah Engkau tahu bahawa sesungguhnya Allah itu sentiasa di tasbih kepada Nya oleh sekelian makhluk yang berada di langit dan di bumi, termasuk burung-‐burung yang terbang berbaris-‐baris di udara, masing-‐masing tersedia mengetahuinya, iaitu bagaimana cara mereka megerjakan ibadat pada Allah dan mentasbihkan Nya dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”(41,surah an Nur)
Jika kita meneliti hakikat-‐hakikat ini, iaitu tentang ibadat dan sujudnya pada Allah, maka kita akan sedar bahawa semua dikeliling kita ini yang dicipta oleh Allah beribadat pada Allah, sujud kepada Nya dan semua mempunyai satu matlamat iaitu Beribadat Kepada Allah:
Bagaimana pula dengan manusia dan jin? Adakah mereka semua menjadikan matlamat ini sebagai pegangan mereka?
Firman Allah:
(saksikanlah akan) Langit diciptakannya dan berada di atas, dan ianya tertakluk pada peraturan neraca timbangan yang unik.(7)
Supaya kamu semua tidak akan melampau titik pertimbangan yang betul dalam melaksanakan keadilan.(8)
Laksanakan lah satu-‐satu timbangan itu dengan adil dan jangan sama sekali mengurangkan timbangan itu.(9)
Tafsiran ayat-‐ayat 7-‐9:
27
Langit yang membawa mata kita ke atas dan ianya adalah kawasan kosong dan terdapat berjuta-‐juta bintang yang bertasbih kepada Allah. Semua bintang-‐bintang ini tidak penah mengalami keadaan kelam kabut dan berlanggaran di antara satu sama lain, malah semuanya bergerak mengikut penentuan takdir Allah yang telah ditetapkan atas mereka.
Apakah yang menjadikan semuanya itu bergerak dalam satu gerakan yang tersusun dan terancang dan pastinya tidak ada kecelaruan dan berlanggar di antara satu sama lain? Ianya kerana adanya MIZAAN; iaitu satu ketentuan timbangan tiap-‐tiap yang wujud mengikut satu ketetapan yang unik sehingga menyebabkan satu kestabilan pada diri itu, atau pada ciptaan itu sendiri.
Penentuan Mizaan ini adalah kerja Allah yang pada fikiran kita ianya sangat rumit dan halus misalnya ditentukan dekat-‐jauhnya jarak di antara satu-‐satu bintang; ditentukan gerak-‐cepat-‐lambatnya satu-‐satu gerakan itu sehingga tercapai satu kestabilan yang mutlak dan semuanya seolah-‐olah berkompromi mengikut jalan-‐jalan tertentu.
Kesan ciptaan yang benar-‐benar stabil mengikut mizaan nya ini telah dilaungkan oleh Allah kepada manusia dan Jin supaya selalu adil dalam penentuan mizan kita kerana ukuran yang tidak betul dan adil yang membuahkan kecelakaan. Pentingkan lah ukuran dan timbangan yang betul-‐betul adil dan saksama sehingga tidak merugikan sesiapa pun dalam satu-‐satu urusan.
Inilah ‘roh’ al Quraan yang meniupkan satu petunjuk untuk bekalan hidup kita. Inilah dia nikmat Allah yang menstabilkan semua yang berada di langit sana sehingga ke hari ini ianya masih setabil dan tidak bercelaru.
Kemudian Fokus al Quraan dibawa keapada bumi ini dan apa yang berada di atasnya untuk manusia. Firman Allah:
Dan bumi telah dicipta supaya ‘merata’ demi untuk keselesaan semua makhluk di atasnya.(10)
28
Ditetapkan di atasnya pengeluaran berbagai buah-‐buahan dan (teristimewa) ialah pokok kurma yang mempunyai mayang nya.(11)
Dan juga terdapat pengeluaran jenis biji-‐bijian yang mempunyai jerami dan juga ada pokok bunga-‐bungaan yang mempunyai keharuman bau nya.(12)
Tafsiran ayat 10-‐12:
Bumi yang kita duduki ini adalah anugerah dari Allah kepada manusia dan oleh itu ianya dijadikan rata sesuai untuk diduduki dan manfaatkan di atasnya. Inilah sebenarnya nikmat yang terus kita terima dari Allah, iaitu keselesaan di atas bumi ini dan meneruskan zuriat dan penghidupan kita. Bersyukurkah kita pada Allah atas kurniaan nikmat ini? Kita akan terasa hilangnya nikmat keselesaan ini apabila berlaku gegaran, runtuhan, kerosakan atas bumi ini.
Bumi juga dijadikan sebagai tempat pengeluaran sumber makanan kepada manusia. Hidup kita di bawah matahari, dan melalui pergerakan matahari dan bulan maka lahir lah pokok-‐pokok yang buahnya menjadi makanan pada kita. Contohnya ialah pokok Kurma, buahnya terjadi dan seludangnya yang menempatkan beratus-‐ratus putik buah yang dijaga oleh pelepahnya. Buah ini menjadi makanan yang enak kepada kita.
Allah juga menyatakan yang Dia membenarkan wujudnya pokok-‐pokok yang mengeluarkan biji-‐bjian seperti gandum dan beras untuk menjadi makanan asasi kita di bumi. Biji padi mempunyai kulit dan hampa nya, biji gandum juga mempunyai jeraminya adalah untuk kita di dunia ini.
Terdapat buah-‐buah yang mempunyai bau-‐bauan yang wangi untuk makanan kita, atau makanan binatang ternakan kita atau ianya jenis pokok bunga yang wangi yang menjadi hiasan hidup kita.
Adakah semuanya ini sebahgian dari nikmat-‐nikmat Allah ke atas kita, atau ianya tidak disedari kerana kita sudah sedia berada di bumi dan tidak memikirkan semua ini sebagai nikmat dari Allah?
Bagi yang mengingkari semua nikmat-‐nikmat ini sebagai ihsan dari Allah yang Rahmaan itu, akan kehampaan besar apabila semua nikmat-‐nikmat ini diancam oleh kemarau panjang, panas luar biasa, atau sejuk luar biasa, atau
29
kerosakan yang terjadi yang menghampakan pengeluaran buah-‐buahan ini. Di masa itu baru lah kita sedar semuanya ini adalah anugerah Allah pada kita.
Kesimpulannya, dari ayat 1 hingga ayat 12, kita telah dipaparkan dengan nikmat-‐nikmat Allah; iaitu nikmat al Quraan yang diajar kepada kita untuk mengetahui sedalam-‐dalamnya peranan Allah dan hubungan Nya dengan kita sebagai yang dicipta. Nikmat dari tangan ar Rahman yang mencipta kita dari campuran air mani dalam rahim wanita dan keluar mempunyai kebolehan mempelajari dan merancang dan memilih yang baik dari yang buruk, nikmat wujudnya matahari dan bulan melalui perkiraan yang unik yang menghairankan kita Bumi memerlukan matahari dan bulan untuk peredaran dan kehidupan dunia ini. Nikmat pengibadatan kita sebagai ciptaan Allah yang sujud menyembah Nya. Nikmat bumi yang diratakan untuk kita hidup di atas bumi dengan buah-‐buah dan bijian yang meneruskan kita berada di atasnya.
Bolehkah kita nafikan semuanya ini sebagai nikmat dari Allah kepada kita? Jadi yang tak mahu beriman dengan Allah dan Kitab nya, apa lagi dari nikmat-‐nikmat ini yang mereka hendak nafikan nya, atau yang sepatutnya mereka menerima nikmat-‐nikmat ini dan beriman dengan Allah. Sebab itulah dalam ayat 13 ini Allah mempersoalkan sikap orang yang tak beriman dari kalangan manusia dan jin tentang nikmat ini. Firman Allah:
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(13)
Tafsiran ayat 13:
Allah mencabar manusia dan jin yang terus menafikan Allah dan semua nikmat-‐nikmat Allah agar menunjukkan di antara nikmat-‐nikmat yang telah Allah kurniakan ini, yang mana satu yang boleh mereka berdua menafikan dan mendustakannya?.
Ibnu Abbas dicatitkan pernah berkata; “Wahai Tuhan ku, kami tidak pernah mendusta sesuatu pun dari nikmat-‐nikmat ini kepada mu sahajalah kami bersyukur”.
30
Al Bughawi; menyatakan bahawa Allah mengulang-‐ulangkan ayat ini sebanyak 31 kali dalam surah ini menjelaskan di antaranya:
a) Ada nikmat-‐nikmat ini secara mutlaknya. b) Mahu supaya nikmat-‐nikmat ini menjadi ingatan dan panduan dalam
hidup ini, kerana manusia dan jin sentiasa menikmati semua nikmat-‐nikmat ini.
c) Bentuk dan susuk ayat ini sesuai menimbulkan sesuatu untuk ingatan contohnya, jika kita katakan bahawa dulu engkau seorang yang susah, sekarang kamu telah dibebaskan dari kesusahan dan menjadi kaya dengan izin Allah! Mahukan engkau nafikan nikmat Allah itu?
d) Imam Bughawi membawa sebuah Hadith riwayat Muhammad bin Al Kandar, dari Jabir bin Abdullah yang berkata: Rasulullah pernah membaca seluruh surah Ar Rahman dihadapan kami, dan lepas selesai bacaan, baginda menegur kami dengan berkata; ’Mengapa kalian diam saja? Sesungguhnya bangsa jin lebih baik dari kalian kerana; apabila aku melewati ayat ما تكددباننء رربكفبأىى ااال mereka berkata “tidak ada sebutir nikmat pun dari nikmat-‐nikmat Mu, Ya Allah yang kami dustakan, dan kepada Engkau kami panjat kan kesyukuran kami”.
Kemudian Allah membawa minda kita kepada penciptaan manusia dan Jin sebagai nikmat terbesar pada golongan ini yang mesti tahu dari apakah mereka di ciptakan: Firman Allah:
Dia telah mencipta manusia (Adam as) dari tanah liat kering seperti tembikar.(14)
Dan Dia juga telah mencipta Jin dari ‘lidah-‐api’ dari api yang menjulang.(15)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(16)
31
Tafsiran ayat 14-‐16:
Tujahan ayat di atas ini kepada manusia dan jin agar mereka sedar asal usul kejadian mereka. Manusia pertama yang dicipta Allah; iaitu Adam as, dicipta dari tanah liat yang kering dan ianya jika diketuk-‐ketuk akan berbunyi, ianya seperti tembikar. Itu adalah kejadian Adam as, iaitu bapa kepada semua manusia. Dalam tubuh manusia terdapat semua eleman-‐elemen tanah yang dikandungi oleh tanah sebenar sehingga manusia dikatakan berasal dari tanah.
Bagi Jin, Allah menyatakan yang Bapa kepada segala Jin (iaitu Iblis) dicipta dari api; iaitu dari api yang sejati tanpa asapnya. Atau ianya ‘hujung api’ di mana kita dapat melihat warna ungu campur kuning yang kehijauan. Dari situ lah mereka diciptakan Allah. Kita hanya mendengarnya dari Allah melalui al Quraan kerana fakta kejadianya tidak dapat difikir oleh manusia.
Ciptaan dan hidup selepas dicipta adalah satu nikmat besar kepada kehidupan ini, termasuk lah manusia dan jin. Nikmat besar ini tidak boleh kita dustakan dan penganugerah nikmat ini ialah Allah. Ayat ini akan mengingatkan mereka kepada Pencipta mereka. Bolehkah mereka mendustakan yang nikmat ciptaan ini atas diri mereka setelah mereka dicipta oleh Allah?
“wahai Jin dan manusia; kamu semua dicipta oleh Allah dari tiada kepada ada! Setelah kamu dicipta, bolehkah kamu berdua mendustakan nikmat ciptaan ini?”
Seterusnya Allah mengingatkan kita, bahawa Dia lah Allah yang menguasai timur dan barat, menguasai matahari dan bulan yang sujud kepadanya. Firman Allah:
Dia lah Allah, Pentadbir di dua Timur dan di dua Barat.(17)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(18)
32
Tafsiran ayat 17-‐18:
Ayat ini sekali lagi membawa kita untuk meneliti kewujudan Allah di timur dan barat. Allah adalah Tuhan di timur dan di Barat; timur dan barat tempat keluarnya matahari dan turunnya matahari, dan Allah juga menguasai tempat keluarnya bulan dan tempat hilangnya bulan; bersesuaian dengan ayat 5, mafhumnya: ‘matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu’.
Jadi dengan mendongak ke langit sama ada di timur atau ke barat dan meneliti keluar dan hilangnya matahari dan keluar dan hilangnya bulan itu maka membawa kepada kewujudan Allah. Disana Allah, di sini Allah, Dia menguasai timur dan barat.
Nikmat ini di jelaskan juga dalam ayat 9 surah al Muzammil:
(Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan Dia. Maka jadikan lah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusan Nya.(9 Muzammil)
Urusan turun naik matahari dan bulan adalah urusan Allah dan adalah salah satu nikmat yang tidak boleh kita nafikan. Ketuhanan Allah itu sama ada di Timur atau di Barat adalah sebahagian dari nikmat Allah kepada hidupan kita ini. Jadi bolehkah manusia dan jin mendustakan nikmat Allah ini?
Tempat naiknya matahari dan bulan dan tempat jatuhnya kedua-‐dua cekerawala ini adalah di atas sana, kedua-‐duanya adalah dari petunjuk-‐petunjuk keagongan Allah sebagai Pencipta dan nikmat-‐nikmat yang nyata kepada manusia dan jin, iaitu ianya memastikan adanya kebaikan kepada penduduk dunia ini. Malah peranan munculnya kedua-‐dua cekerawala ini adalah sebagai alat penerusan hidup di dunia ini, kerana setiap yang naik memerlukan tempat turunnya, dan jika hal ini tidak berfungsi dengan baiknya, dari segi keluar dan terbenamnya matahari dan bulan, maka pasti dunia ini tidak boleh di duduki. Akui lah ianya nikmat-‐nikmat Allah dan kita TIDAK boleh menafikannya apa lagi mau mendustakannya.
33
Dari langit, Allah membawa kita kepada bumi, khususnya kawasan laut dan apa yang ada di dalam Nya. Ianya adalah sebahagaian dari nikmat-‐nikmat Allah kepada manusia dan jin. Firman Allah:
Dia lah yang mentakdir pertemuan dua lautan yang mengalirkan air masin dan air tawar.(19)
Pertemuan di antara kedua-‐duanya itu, disekat oleh satu sempadan yang harmoni (lengkap-‐melengkapi di antara satu sama lain).(20)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(21)
Dari kedua-‐dua lautan yang bertembung itu, dijadikan dalamnya mutiara dan perhiasan Marjan.(22)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(23)
Dia lah yang mentakdir pergerakan kapal-‐kapal di lautan, di mana layarnya yang tinggi itu menyerupai gunung-‐gunung di daratan.(24)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(25)
Tafsiran ayat 19-‐25:
Laut dan permukaannya di bumi ini merangkumi 2/3 keluasannya di atas bebola dunia ini. Ini bukan lah semula jadi ianya dicipta Allah melalui takdir Nya demi hikmah yang dapat kita nikmati. 2/3 kawasan lautan ini
34
membekalkan air yang diserap melalui terik matahari dan melalui angin ianya dibawa kepermukaan 1/3 bumi yang diduduki oleh manusia. Dalam bentuk udara yang nyaman dan hujan maka kawasan bumi itu akan mendapat kesegarannya, dan pokok-‐pokon tumbuhan akan tumbuh menghijau menjadi makanan kepada manusia, binatang-‐binatang dan semua yang memerlukan nya. Inilah nikmat-‐nikmat Allah yang telah dirancang Allah untuk manusia di bumi ini.
Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan mengenai lautan dan adanya sungai yang sentiasa beralir di dalam saluran masing-‐masing; sama ada air itu masin atau air tawar. Demi tiada sempadan di antara air laut dan air sungai, pernahkan semua air-‐di dunia ini menjadi masin semuanya?, atau semua menjadi air tawar?. Pertembungan di antara air masin dan tawar ini tidak menyebabkan berlakunya penguasaan satu atas yang lain walau pun kedua air bebas mengalir dalam saluran masing-‐masing.
Perkara yang sama dijelaskan dalam ayat 53 surah al Furqan:
(dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua lautan yang berdampingan, yang satu tawar bagi memuaskan dahaga, dan yag satu lagi masin lagi pahit; di antara kedua lautan itu ada sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua nya; Furqan 53)
Semuanya ini adalah nikmat Allah, menjadikan dua lautan yang bertembung dan kedua-‐duanya ada batasnya, Jika adanya penguasaan satu air ke atas air yang lain, terjadi lah semua air di dunia ini masin, maka tiada air untuk di minum Atau jika air tawar yang mendominasi air masin maka tiada awan yang akan terjadi dan tiada hujan, dan tiada pokok dan tumbuhan. Jadi adanya air masin dan adanya air tawar satu nikmat yang agong kepada manusia di dunia ini. Boleh kita menafikan nikmat ini kepada kita, atau kita mendustakannya dengan mengaggapnya adalah perkara semula jadi dan bukan kurniaan dan takdir Allah?
Kemudian, apa yang ada didasar laut yang terdiri dari air tawarnya dan air masinnya itu dihuraikan dalam ayat berikutnya:
35
(keluar dari kedua-‐dua laut itu, perhiasan dari mutiara dan Marjan)
Di antara nikmat Allah, dari kedudukan dua-‐lautan yang bertaut tetapi dibataskan dengan satu perantara, terdapat di dalamnya pengeluaran hiasan seperti Mutiara dan Marjan.
Mutiara ialah sejenis batu bulat yang keras dihasil oleh haiwan laut seperti tiram. Dihargai sebagai batu hiasan dan merupakan keluaran dari sepisis dari haiwan laut iaitu Tiram. Punyai nilai tambahan yang tinggi dan menjadi buruan manusia.
Marjan ialah sejenis batu karang dalam laut dikenali sebagai ‘corralium rubrum’; iaitu salah satu dari batu batuan karang laut, digunakan sebagai hiasan yang mahal, berwarna kemerah-‐merahan berbentuk batu, ianya terjadi melalui persenyawaan yang berterusan dari korbonet yang merah warnanya.
Inilah nikmat Allah yang mencipta hiasan utuk menghias diri manusia di dunia. Bolehkah kita menafikannya sebagai nikmat Allah dan mendustakannya?
Dari mutiara dan marjan, Allah membawa minda kita kepada penggunaan permukaan laut untuk kepentingan hidup manusia, Permukaan laut menjadi jalan bagi gerakan kapal-‐kapal pengangkut yang mengangkut barang dari satu negeri ke negeri yang lain. firman Allah:
(Dialah yang menguasai kapal-‐kapal yang belayar di laut; di mana layar-‐layar nya kembang tinggi seolah-‐olah gunung-‐ganang)
Kemajuan dunia hari ini adalah bergantung kepada adanya pergerakan kapal-‐kapal dagang yang membawa barang-‐barang dagangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan ini tersebarlah semua jenis pengeluaran dari satu-‐satu tempat yang lain dengan mudahnya.
36
Pergerakan kapal-‐kapal ini adalah di bawah jagaan Allah dan takdir Nya. Ianya bergerak dengan takdir Nya, permukaan laut yang membolehkan pergerakan kapal atasnya adalah anugerah Allah, walaupun terdapat badai ombak kuat dan hujan di lautan dan itu adalah perkara biasa. Namun hakikatnya, inilah dia nikmat Allah yang diberi kepada manusia. Hidup akan selesa, kerjasama perniagaan berlaku di seluruh dunia dan bolehkah nikmat ini kita nafikan dan didustakan?
Perkataan dan pengertian ‘maka yang mana satu di antara nikmat-‐nikmat Allah, Tuhan kamu itu yang nak kamu dustakan? akan menginsafkan kita bahawa kita tidak sama sekali boleh mendustakan nikmat-‐nikmat ini sedikit pun, dan kita perlu beriman dengan Allah Pencipta semua nikmat-‐nikmat ini untuk kita.
Dalam ayat-‐ayat sebelum ini, kita telah dipaparkan dengan semua jenis nikmat dari penciptaan kita, nikmat yang diperolehi dari adanya matahari dan bulan, dan apa yang ada di lautan sehingga membuang sama sekali kebolehan kita untuk menafikan nikmat-‐nikmat Allah yang RAHMAN ini. Kini kita dibawa kepada satu suasana murung, sedih yang terpaksa kita lalui iaitu MATI dan kehancuran bagi memenuhi hakikat hidup ini yang berakhir dengan kehancuran dan hakikat Allah yang akan terus kekal selama-‐lama nya. Firman Allah:
(satu hakikat yang perlu diambil perhatian ialah) setiap yang berada di mukabumi ini akan mengalami kebinasaan.(26)
Dan yang Kekal hanyalah Wajah zat Allah, Tuhan Yang Mentadbir kamu itu sahaja, Dia punyai Keagongan dan Kemuliaan.(27)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(28)
37
Tafsiran ayat 26-‐28:
Semua yang berada di dunia dari penduduk bumi ini dan di langit sana akan musnah, hancur dan mati semuanya kecuali yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah itu akan terus kekal dan tidak mati, malah Dia hidup dan Tidak mati. Sesuai dengan ayat ini:
(tiap-‐tiap sesuatu itu akan binasa kecuali Zat Allah)Al Qasas 88
Kemusnahan dan Kematian semua bererti melibat semua yang hidup, semua yang bergerak, melibatkan semua yang berada di atas sana dan di atas bumi.
Yang Kekal bererti zat Allah subnahuwataala; iaitu wajah Allah yang mentadbir semua alam ini yang memiliki kemuliaan, keagongan dan kebesaran Nya.
Kita yang menginsafi hakikat hidup begini boleh menggambarkan kemusnahan itu dengan kematian, kehancuran dan kehilangan sama sekali; yang mengakhirikan semua pergerakan-‐pergerakan termasuk manusia dan Jin, dan para malaikat. Terfikir kita di masa itu di mana kita berada? Apakah sebenarnya hakikat hidup yang yang berakhir dengan kemusnahan itu?
Pertanyaan begini akan membuka kesedaran pada kita untuk besama kekal dengan yang kekal itu, mengecap semua nikmat-‐nikmat yang telah dijanjikan kepada yang berbuat amal soleh di Akhirat nanti.
Mati dan kemusnahan itu tidak berakhir begitu sahaja, alam Akhirat menunggu, membalas baik kepada yang berbuat baik di dunia dan balas jahat kepada yang berbuat maksiat pada Allah. Allah yang kekal itu akan terus mentadbir dan mengurus manusia berdasarkan amal mereka. Jadi kekalnya Allah adalah sebesar-‐besar nikmat yang kita dapat bayangkan, dan inilah hakikat kekalnya Allah sebagai Tuhan Pendbir alam ini. Nikmat ini tidak dapat didustakan oleh manusia dan jin.
Seterusnya dalam ayat berikut Allah menjelaskan hakikat pentadbiran Nya yang sering sibuk mengendali urusan manusia dan jin serta memenuhi keperluan semua makhluk Nya pada tiap masa; Firman Allah:
38
Semua yang berada di langit dan di bumi memerlukan Allah dalam semua hajat-‐hajat mereka; Jadi setiap detik harian Nya; dia sibuk dengan urusan Nya. (29)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(30)
Tafsiran ayat 29-‐30:
Mengikut A’amasyh; pengertian ‘setiap detik harian Nya, Dia sibuk dengan ‘urusan Nya’
bererti “menerima doa hamba-‐hamba Nya, menganugerahkan sesuatu kepada yang meminta, melepaskan sebarang kekangan hamba Nya dan menyembuh mereka yang sakit” ( Ibnu Kathir ms.274, Jilid 6)
Ayat ini menyatakan bahawa Allah diperlukan oleh semua makluk Nya untuk memenuhi semua keperluan mereka, dan mereka sentiasa mendoakan sebagai pernyataan kehendak mereka pada Allah.
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Abdullah bin Muhammad bin Amru al Ghuzza, yang mengambil dari Ibrahim bin Muhammd Yusuf al Faryani, dari Amru ibni Bakr As Saksaki dari Al Harith bin Abdah dari Ribah al Ghasani, dari bapa beliau dari Munib bin Abdullah dari bapa nya yang berkata: Rasulullah telah membaca ayat ini, dan kami bertanya apakah pengertian nya? Jawab Rasulullah; ‘iaitu Allah mengampunkan dosa, memudahkan kesusahan, mengangkat satu dan menjatuhkan satu kaum yang lain”.
Komen Syed Qutub:-‐ katanya ‘hidup ini tidak ada batasannya, semuanya tertakluk pada kehendak dan iradah Allah, melibatkan semua scara keseluruhan (makro) dan secara individu (mikro), dan umum nya melibatkan
39
semua yang ada walaupun sebesar atom kecil. Ianya adalah dibawah
kawalan dan perancangan Allah selaku Pentadbir Agong ’.)رربب االعالميینن( Pentadbiran begini melibatkan apa yang tumbuh di atas bumi, apa yang terjatuh ke atas bumi, walau ianya bijian benih yang kecil, yang basah atau yang kering, di kawasan yang terang atau dalam kegelapan malam, dalam lautan atau di daratan, atau di udara yang terdiri dari burung yang berterbangan, binatang buas dalam hutan, semuanya terserlah pada kehendak dan iradah Allah sebagai Pentadbir Agong.
Semua urusan ini diselenggara dengan penuh rapi, dan kepada manusia dan jin, ianya adalah sebesar-‐besar nikmat Allah yang tidak boleh dinafikan atau didustakan oleh mereka.
Seterusnya minda kita dibawa kepada hakikat kekal Nya Allah dan musnahnya selain dari Allah, dan semuanya menuju kepada Allah di hari Akhirat untuk pemeriksaan semua amal baik dan jahat mereka. Manusia dan Jin dipersoalkan dan Allah melepaskan tangan Nya dan membiarkan semuanya berjalan mengikut catitan yang dilakukan dulu atas buku catitan amalan masing-‐masing. Dalam kata lain, manusia dan Jin diberi amaran tentang adanya hari Akhirat. Firman Allah:
(Di akhirat nanti) Kami akan menguruskan semua perhitungan dan balasan amal kamu; Wahai Jin dan manusia!.(31)
40
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?(32)
(Aku mencabar kamu) Wahai Jin dan manusia semua! Jika kamu berdua berkeupayaan menembusi keluar dari kawasan langit dan bumi (untuk lari dari menerima balasan Kami) maka silakan lah! Tembusi lah kedua-‐duanya itu!. Sekali-‐kali Kamu semua tidak boleh menembusinya kecuali lah dengan adanya satu Kekuatan Agong (yang dapat menguasai kekuatan Kami itu).(33)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(34)
(Wahai Jin dan manusia Yang ingkar) Kamu berdua akan diseret ke dalam jurang api yang menjulang tinggi dan dihenyak dalam leburan cecair tembaga panas dan pastinya tidak akan ada yang boleh menolong kamu berdua!.(35
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(36)
Tafsiran ayat-‐ayat 31-‐36:
Pernyataan Allah dalam ayat ini: ”Kami akan menguruskan semua perhitungan dan balasan amalan kamu; wahai jin dan manusia!’ adalah amaran dari Allah kepada Jin dan manusia yang Allah akan melaksanakan dan menunaikan semua balasan yang telah di tetapkan atas mereka di atas petunjuk amal baik dan buruk mereka. Dalam kata lain; ‘Aku akan laksanakan hisab ku atas kamu semua dan semuanya berjalan dengan baik tanpa gangguan” Inilah tafsiran pada ayat 31 di atas; iaitu firman Allah:
Ini menjelaskan adanya hari yang penuh dengan tekanan di luar imaginasi kita. Allah membiarkan semuanya berjalan dengan sendiri nya mengikut amal baik dan jahat mereka. Di antaranya ialah balasan kepada manusia dan jin yang mendustakan nikmat-‐nikmat Allah di dunia dahulu.
41
Bolehkah mereka meloloskan diri mereka dari azab dan tekanan ini? Atau Melarikan diri di dunia ini lagi dari kecelakaan yang akan mereka hadapi di Akhirat nanti?
Allah mencabar mereka dengan berkata; Wahai jin dan manusia! Kalau kamu punyai keupayaan untuk memloloskan diri dengan menembusi kawasan langit dan bumi, maka dipersilakan berbuat demikian! Mustahil dapat kamu berbuat demikian! Kecuali lah kamu mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Patutkah kamu terus menafi dan mendustakan nikmat-‐nikmat Allah itu?
Jika penerusan mendustakan nikmat Allah, maka dijanjikan ke atas mereka di Akhirat nanti dengan balasan yang sangat perit. Kamu berdua akan diseret ke dalam lubang api neraka yang menjulang. Kemudaian dileburkan kamu dalam cecair tembaga panas yang menggelegak. Jika waktu itu kamu melolong dengan kuatnya pun, tidak siapa yang dapat menolong kamu.
Inilah gambaran yang di luar fikiran kita untuk merealiasinya, iaitu azab yang bakal diterima oleh pendusta nikmat-‐nikmat Allah ini. Ayat ini di akhiri sekali lagi dengan “masih kah kamu mahu menafi dan mendusta nikmat-‐nikmat Allah itu?”
Ayat-‐ayat 37 hinga 45 berikut ialah penjelasan ehwal hari Akhirat dan balasan yang diterima oleh pendusta nikmat-‐nikmat Allah. Firman Allah:
42
(Di hari Akhirat itu) apabila saat langit di atas itu pecah berderai dan bertukar rupanya menjadi kemerahan mawar dan berkilat seperti minyak.(37)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(38)
Maka pada hari itu, tidak sesiapa pun dari kalangan jin dan manusia yang akan di tanya tentang dosa mereka (mereka dah tahu sendiri perbuatan-‐perbuatan mereka dulu).(39)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(40)
Orang-‐orang berdosa yang zalim itu akan dikenali dari tanda-‐tanda tertentu di muka mereka, mereka akan dicekak melalui ubun-‐ubun hingga ke kaki mereka (dan diseret ke neraka).(41)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(42)
(Rasalah!) Inilah dia Neraka Jahannam, yang selama ini kamu dan orang yang berdosa mendustakannya!.(43)
Mereka terus berputar-‐putar di antara azab kepanasan Api dari neraka Jahim dan air didihan yang menggelegak panas.(44)
43
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(45)
Tafsiran ayat 37-‐45:
Allah yang menganugerahkan Rahmat Nya kepada manusia dan jin, tetapi segala nikmat dan rahmat ini telah didustakan oleh mereka ini dan dalam ayat-‐ayat 36-‐45 ini Allah membawa minda kepada hari Akhirat di mana semua mereka itu akan di hisab.
Gambaran Hari Akhirat dengan berlakunya kehancuran di sebelah atas bumi ini, di mana semua cekerawala telah bertaburan pecah dan kesan dari tersungkur dan pecahnya semua yang berada di langit maka cahaya berwarna-‐warni khususnya kemerahan dan kehijauan telah membanjiri bumi. Semuanya berderai hancur dan langit menjadi seperti minyak yang mencair selepas terkena panas api. Itulah hari Kiamat, di mana dalam keadaan itu, terbuka langit dan terjadi beberapa pintu-‐pintu dan turunlah para malaikat untuk melaksanakan tugas-‐tugas mereka. Inilah dia sifat dunia pada hari itu, semuanya musnah, semuanya tidak lagi bergerak. Di antara ayat-‐ayat yang pernah Allah sebut mengenai hari ini ialah:
1. (dan terbelah lah langit dan didapati ianya mula mereput dan runtuh) Al Haqqah: ayat 16.
2. (Dan hari di mana semua langit akan pecah-‐terbelah, dan bersama dengan kumpulan awan yang berisi malaikat; dan pada hari itu diturunkan para malaikat itu dengan cara berpasukan) Al Furqan: ayat 25.
3. (apabila langit terbelah!) al Insyisiqaak: ayat 1
44
Semua ayat-‐ayat di atas menggambarkan ehwal huru hara hari Kiamat itu. Adakah manusia dan jin mahu mendustakan semua ini, setelah menafikan nikmat-‐nikmat Allah itu? Pada hari kejadian Kiamat itu, tidak lagi penafian dan tiada lagi pendustaan, semua akan hancur dan akan dibangkit untuk menghadapi balasan atas amalan mereka.
Di antara keadaan hari tersebut setelah ditiup sangkakala kali kedua dan hisab pun dimulakan, pendusta nikmat-‐nikmat Allah akan berada dalam keadaan tidak boleh bertanya, berbincang tentang dosa-‐dosa mereka kerana mereka sendiri tahu apa yang mereka telah lakukan. firman Allah dalam surah al Mursalat ayat 35-‐36 menjelaskan hal ini:
(inilah hari di mana mereka tidak dapat berkata-‐kata, (kerana masing-‐masing terpinga-‐pinga ketakutan.(35) dan tidak pula diizinkan mereka bercakap maka mereka tidak dapat memohon maaf.(36)
Selepas menjelaskan bahawa mereka yang di hisabkan itu tidak di beri peluang untuk memohon ampun, atau meminta maaf maka Allah mengulangi sekali lagi, apakah nikmat-‐nikmat Allah yang kamu, wahai manusia dan jin, mahu menafikannya atau mendustakannya? Sudah lah! Berhentilah mendusta Allah atas nikmat-‐nikmat Allah itu dan beriman lah dengan Dia, agar kamu berdua akan terlepas dari situasi yang digambarkan ini.
Bagi ayat 41, iaitu (mereka akan dikenali dari tanda-‐tanda tertentu dari muka mereka, dan mereka akan di cekak melalui ubun-‐ubun hingga ke kaki)
ialah satu pemandangan lain yang dipaparkan dalam ayat itu, iaitu para malaikat yang mengenali muka orang yang kafir pendusta ini akan terus membelenggu mereka dari ubun-‐ubun hingga ke kaki dan diseret ke dalam neraka.
Gambaran ini sangat menghiris dan terlalu tragis; dan kemudian Allah tanya mereka lagi, mana satu dari nikmat-‐nikmat Allah yang kamu telah mendustakannya?
45
Bagi penyedaran mereka tentang azab penghinaan ini, maka di hari Akhirat itu setelah mereka diseret ke neraka, dikatakan pada mereka perkataan berikut sebagai satu ejekan:
“Nah! Rasalah bakaran neraka Jahannam ini yang telah kamu dustakan dahulu’.
Pada masa itu kelihatan mereka berpusing-‐pusing di antara bakaran dan panas neraka dengan panasnya dalam gelegak air panas yang mendidih, Mereka tidak merasa sebarang kerehatan di dalam Neraka itu. Soalan yang sama terus ditanya oleh Allah; mana satu dari nikmat-‐nikmat Allah yang kamu nafi dan dustakannya?
Inilah gambaran yang disampaikan Allah pada kita untuk kita renung dan faham bertapa kemurkaan Allah kepada mereka yang menafikan nikmat-‐nikmat Allah, menjadi kufur dan menolak Allah dan Rasul-‐ Nya.
Sebaliknya, bagaimana pula gerangan balasan ke atas orang yang takut tunduk pada Allah dan beriman dengan Nya? Firman Allah:
46
Dan disediakan kepada mereka yang takut pada balasan mahkamah Allah, Tuhan nya, mereka disediakan dengan DUA jenis syurga.(46)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?(47)
Kedua-‐dua syurga itu punyai tarikan tersendiri dengan buah-‐buahan nya.(48)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(49)
Pada kedua-‐dua syurga itu terdapat mata air yang mengalir.(50)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(51)
Dalam kedua-‐dua syurga itu terdapat dua jenis buah; tiap-‐tiap buah itu ada dua jenisnya, yang biasa dan yang luarbiasa.(52)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(53)
Penghuninya akan berehat di atas hamparan yang di sulam rapi; manakala buah-‐buah yang berbeda itu terdapat berdekatan dan tunggu untuk dipetik. (54)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(55)
Di dalam syurga-‐syurga itu dihuni oleh bidadari-‐bidadari yang sedia memberi khidmat, mereka adalah suci tidak pernah disentuh sebelumnya oleh jin atau manusia.(56)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(57)
Kecantikan mereka itu bagaikan batu delima dan marjan.(58)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(59)
47
Hakikatnya, balasan yang baik itu datang dari amalan yang baik.(60)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya?.(61)
Tafsiran ayat 46-‐61:
Di antara nikmat-‐nikmat Allah yang telah ditentukan kepada orang yang beriman dapat dirumuskan seperti dalam ayat-‐ayat 46-‐61; dan ‘sepatutnya’, tidak ada manusia dan jin yang mahu menafi atau mendustakan nikmat-‐nikmat ini. Di antaranya:
a) Disediakan dua jenis syurga diberikan untuk kumpulan Muqarrabun dan satu untuk kumpulan al Yamin; kedua-‐dua syurga ini mempunyai tarikan-‐tarikan yang tersendiri dengan ranting-‐ranting kecil buah-‐buahan nya. Keduanya mempunyai aliran air yang mengalir dan sejuk nyaman
b) Buah-‐buahan nya yang berbagai-‐bagai, lebat, banyak dan lazat dimakan
c) Penghuninya berteleku di atas katil di mana kain lapik katil itu diperbuat dari sutera yang ditenun cantik
d) Mudah dipetik buah-‐buahan nya dan sangat dekat e) Ditemani dengan bidadari yang cantik yang tidak pernah diusik oleh
manusia dan jin; Kecantikan bidadari yang memberi khidmat mereka itu seperti permata dan batu permata karang (marjan).
Inilah balasan yang telah diberi kepada mereka yang beriman dengan Allah, yang menerima kitab Nya, Rasul Nya dan tidak pernah menafikan segala nikmat-‐nikmat yang telah mereka kecapi dan bersyukur di dunia dulu.
Selain dari dua syurga di atas terdapat dua buah syurga lain yang disifatkan seperti dalam ayat-‐ayat berikut. Firman Allah:
48
Disamping dua syurga tersebut, terdapat dua syurga lain (diperuntukkan kepada golongan peringkat kedua).(62)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(63)
Kedua-‐duanya mempamerkan kesuburan pokok yang menghijau.(64)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(65)
Pastinya terdapat dua jenis mata air yang mengalir memancut dalam kedua-‐dua syurga tambahan itu.(66)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(67)
Jenis buah-‐buah yang terdapat dalam keduanya ialah dari kurma dan buah delima.(68)
49
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(69)
Dibekalkan juga kedalam dua syurga ini dengan teman-‐teman yang baik budi nya dan cantik parasnya.(70)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan(dustakan) nya.(71)
Mereka adalah bidadari-‐bidadari yang tinggal tetap dalam perkhemahan masing-‐masing.(72)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(73)
(bidadari-‐bidadari ini) tidak pernah disentuh sebelum ini oleh manusia mau pun jin.(74)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(75)
Mereka (penduduk syurga ini) masing-‐masing merasa kerehatan dengan cara berteleku di atas tilam-‐tilam serta bantalnya yang rata-‐ratanya berwarna hijau, dan dilapik dengan permaidani yang indah.(76)
Wahai manusia dan Jin, mana satu dari nikmat-‐nikmat Tuhan kamu berdua, yang hendak kamu nafikan (dustakan) nya.(77)
Penuh keberkatan dengan nama Mu ya Allah, Tuhan Yang Mentadbir kita yang penuh Keagongan dan Kemuliaan.(78)
Tafsiran ayat 62-‐78:
Terdapat dua syurga yang lain selain dari dua syurga yang pertama; dan perbedaannya dengan dua syurga yang pertama tidak jauh beda di antara nikmat yang disediakan untuk kedua-‐dua syurga yang kedua ini ialah:
a) Keduanya menghijau-‐subur pokok dan halamannya b) Kedua-‐duanya tedapat mata aair yang terus menerus memancutkan
airnya c) Terdapat buah-‐buahan yang banyak, termasuk buah kurma dan
delima
50
d) Terdapat teman-‐teman bidadari, baik akhlaknya, dan cantik paras rupanya; mereka tinggal tetap di tempat tinggal masing-‐masing
e) Mereka adalah perawan tulin yang tidak pernah disentuh oleh manusia atau jin
f) Mereka bersenang-‐senang di atas katil dan tempat rehat, berteleku dengan bantal dan cadar berwarna hijau dan permaidani yang indah.
Oleh kerana perkara-‐perkara yang dicatitkan dalam ayat-‐ayat ini adalah perkara yang kita hanya dengar dari Allah (iaitu perkara As Sami’iyyat), maka kita sebenarnya tidak mengetahui mengapa ada dua jannah dan terdapat pula dua jannah yang lain. Ada yang mentafsirkannya dengan menyatakan bahawa dua jannah yang pertama dikhususkan kepada Kumpulan ‘al Muqarrabun’; dan di dua jannah yang kedua ini dikhususkan kepada ‘Ashabul Yamin’.
Apa pun, pada kita semuanya ini menggambarkan Allah yang bersifat dengan Mengasihani dan Menyayangi pada makhluk Nya telah mengemukakan nikmat-‐nikmat yang tidak boleh dinafikan atau didustakan oleh sesiapa sahaja. Kemewahan nikmat ini dipelbagaikan agar menimbulkan satu ‘moivasi’ untuk kita terus dan meneruskan kesyukuran kita atas nikmat-‐nikmat ini.
Setelah membentangkan semua nikmat-‐nikmat Allah dalam bebola dunia ini, nikmat-‐nikmat-‐Nya dalam penciptaan Nya, dan nikmat-‐nikmat di akhirat, maka pada akhir sekali Allah membawa minda kita supaya bertasbih mengagongkan kebesaran dan kekuasaan Allah dengan mewiridkan nama-‐nama Allah yang termulia, iaitu nama Allah yang menjelaskan bahawa semua sesuatu itu akan hancur binasa dan yang kekal ialah Wajah zat Allah yang Maha Mulia itu.
Sayugialah kita mentasbih dan mentaqdiskan Allah dengan menyebut nama-‐nama Allah yang mulia dan agong itu. Yang pastinya, jangan sekali-‐kali kita lalai mensyukuri setiap nikmat-‐nikmat Allah yang dikurniakan oleh Nya yang Rahman itu. ووهللا أأعلمم
Selesai ditulis pada Hari Khamis 8hb Oktober 2016 bersamaan 24 Zulhijjah 1436.