3.0 Konsep

download 3.0 Konsep

of 2

description

CTU551

Transcript of 3.0 Konsep

CTU 551KONSEP TAMADUN,KEMUNCULAN, PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN

Konsep TamadunMengikut kajian, sehingga ke hari ini masih tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad dapat menjelaskan dengan lebih teliti berkenaan maksud dan konsep tamadun. Perbincangan mengenai tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun lebih banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan tamadun. Salah satu takrif mengenai konsep tamadun telah di buat oleh Gordon Childe ,iaitu seorang ahli arkeologi Australia yang mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurut beliau, tamadun adalah lambang suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dan alam persekitarannya. Pada tahap itulah manusia berkumpul di suatu pusat penempatan yang mana dapat memenuhi kehendak mereka untuk memperbaiki tahap kehidupan , justeru interaksi yang berlaku sesama mereka telah menghasilkan pertambahan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang seterusnya dapat melengkapkan diri mereka dengan cultural potential atau keupayaan berbudaya dalam membentuk kehidupan yang lebih sempurna. Permulaan tersebut membawa kepada kewujudan pengkhususan kerja kerana mereka telah bergerak dengan membentuk satu kumpulan lalu telah menghasilkan pengeluaran berlebihan , dan seterusnya dari situ berlakunya kegiatan pertanian yang membawa kepada perkembangan pertumbuhan seni , sains dan teknologi.Selain itu , terdapat juga ahli arkeologi yang menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan-pembinaan bangunan yang memenuhi fungsi dan keperluan untuk keagamaan, sosial , politik serta ekonomi. Manakala tulisan telah digunakan untuk merekodkan semua pengalaman yang berlaku pada sesuatu tamadun untuk kegunaan jangka masa panjang . Proses perbandaran membolehkan manusia menghadapi cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan segala kebolehan yang ada untuk menentukan takdir hidup mereka. Contoh yang boleh dilihat adalah pada ketamadunan masyarakat Mesir dan Sumeria yang mana mereka menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan terbentuk dengan munculnya golongan paderi dan pendeta yang dianggap sebagai pelindung masyarakat, manakala agama digunakan sebagai kuasa untuk mengawal semua kelompok golongan serta mengawal perkembangan corak ekonomi. Namun begitu secara amnya, konsep tamadun boleh dimaksudkan sebagai madain, mudun atau madana yang membawa erti tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar, ataupun melalui perkataan civilisation yang berasal dari Greek yang mana citivas itu bermaksud bandar. Menurut perspektif ahli arkeoligi Barat, tamadun adalah pembangunan lahiriah yang terbentuk dari aspek kebudayaan seperti dalam penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah telah menjadi penentu kepada kemajuan dalam sesebuah masyarakat, dan pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja. Antara ahli arkeologi barat yang mendefinasikan konsep tamadun melalui pandangan mereka sendiri adalah E.B.Taylor yang menyatakan bahawa tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat. Orwald Spengler pula mentakrifkan tamadun sebagai sesuatu yang lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu telah membawa kepada kemajuan. Manakala Arnold J.Tonybee menjelaskan bahawa tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia melibatkan empat elemen asas, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengeluaran serta seni.Dari sudut pandangan sarjana-sarjana Islam pula konsep tamadun meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah dan menurut Ibn Khaldun beliau melihat ketamadunan itu dari aspek kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana serta minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh meningkatkan kualitinya. Ini termasuk kepada keperluan terhadap bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya. Pada pandangan Muhammad Rasyid Redha, agama merupakan asas kepada ketamadunan. Beliau berpendapat bahawa peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kepada kebangkitan fizikal. Menurut beliau lagi umumnya, semua tamadun dunia telah diwujudkan berasaskan kepada kepercayaan agama. Bagi Said Hawa pula, tamadun secara umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliyah. Tamadun Islam adalah berasaskan kepada aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam yang mana hasilnya juga relevan dengan budaya Islam, manakala tamadun Jahiliyah pula berdasarkan kepada segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan tanpa mengambil kira aspek kerohanian dan moral hidup sesebuah masyarakat.1