3.0 undang undang antarabangsa

28
UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA (SJH 3013) NORSHAZLYN ADRINA BINTI ZAMRI NURUL SYAZWANI BINTI MOHD NASOBER

Transcript of 3.0 undang undang antarabangsa

Page 1: 3.0 undang undang antarabangsa

UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

(SJH 3013)

NORSHAZLYN ADRINA BINTI ZAMRINURUL SYAZWANI BINTI MOHD NASOBER

Page 2: 3.0 undang undang antarabangsa

UNDANG-UNDANG Undang-undang ialah semua peraturan yang

berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat sesuatu kaum –

WEBSTER DICTIONARY

  Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yg

digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti

dipatuhi oleh masyarakat yg berkenaan –

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

 Undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkahlaku

manusia –YAQIN(1996)

Suatu set peraturan atau prinsip yang

mentadbir hal ehwal sesuatu komuniti yang dikuatkuasakan oleh

sesuatu autorit politik –FREE ONLINE DICTIONARY

Page 3: 3.0 undang undang antarabangsa

MAKSUD UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Merujuk kepada undang-undang yang mengawal kegiatan- kegiatan yang mempunyai keperibadian antarabangsa.

Bermaksud kelakuan dan hubungan dua hala antara negara-negara dunia

International law is the set of rules generally regarded and accepted as binding in relations between states and between nations.

International Law defines the legal responsibilities of States in their conduct with each other, and their treatment of individuals within State boundaries

Page 4: 3.0 undang undang antarabangsa

Undang-undang antarabangsa adalah sistem normatif yang digubal

berdasarkan prinsip-prinsip yang sama, prinsip yang diikuti semua, tidak kira sama ada kita kaya atau miskin, berkulit putih atau hitam, beragama atau tidak, atau datang

dari negara yang maju atau sedang membangun.

(Rosalyn Higgins)

Page 5: 3.0 undang undang antarabangsa

ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

refugeestreatment

of prisoners

world trade

global communications

human rights

the conduct of war

international

waters outer space

Page 6: 3.0 undang undang antarabangsa

KONSEP UNDANG-UNDANG

ANTARABANGSA

UNILATERAL MULTILATERAL

Page 7: 3.0 undang undang antarabangsa

Konsep Unilateral

• sesuatu tindakan yang dilakukan secara sepihak oleh sesuatu pihak ke atas pihak yang lain tanpa mendapatkan persetujuan daripada pihak yang lainnya.

• “Unilateral Acts of The States”- menjamin undang-undang keselamatan

Konsep Multilateral

• satu kesepatan secara bersama beberapa pihak dalam menyelesaikan sesuatu isu

• undang2 yang dibuat secara bersama dan dipersetujui oleh negara-negara ahli PBB yang menandatanganinya.

Page 8: 3.0 undang undang antarabangsa

TritiUdang-Undang Adat AntarabangsaPrinsip-Prinsip Am Perundangan

SUMBER-SUMBER UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Page 9: 3.0 undang undang antarabangsa

TRITIPerjanjian antara

negara untuk menguatkuasakan

undang-undang tertentu di peringkat

antarabangsa

Berbentuk konvensyen yang disertai oleh negara tertentu

Contohnya, Konvensyen Geneva

Page 10: 3.0 undang undang antarabangsa

PUNDANG-UNDANG ADAT

ANTARABANGSAkesinambungan oleh dua

elemen utama

Objektiviti daripada state practice

Subjektif daripada penerimaan undang2 atau juga dinamakan sebagai opinio juri

Penubuhan Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa

Page 11: 3.0 undang undang antarabangsa

Prinsip-Prinsip Am

Perundangan

Prinsip-prinsip yang wujud dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia

Diaplikasi apabila diperlukan

Page 12: 3.0 undang undang antarabangsa

PRINSIP-PRINSIP UMUM UNDANG-UNDANG ANTARABANGA

MALAYSIA & UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Page 13: 3.0 undang undang antarabangsa

PRINSIP UMUM UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

PRINSIP UNDANG-UNDANG AWAM ANTARABANGSA

PRINSIP UNDANG-UNDANG

SUPRANASIONAL

PRINSIP UNDANG-UNDANG KHUSUS ANTARABANGSA

Page 14: 3.0 undang undang antarabangsa

PRINSIP UNDANG-UNDANG AWAM ANTARABANGSA

Undang-undang yang mengawal hubungan antara wilayah dan entiti antarabangsa.

Antaranya termasuklah undang-undang dalam

perjanjian, undang-undang laut, undang-

undang jenayah, undang-undang perang, undang-undang kemanusiaan dan undang-undang hak asasi

manusia sejagat

Page 15: 3.0 undang undang antarabangsa

Undang-undang yang dikenali sebagai Private International Law atau Conflict of Law adalah berkaitan bidang kuasa khas terhadap:

1. Bidang kuasa antarabangsa dalam mengendalikan kes

2. Undang-undang yg terpakai dalam kes-kes yang diperdengarkan

PRINSIP UNDANG-UNDANG KHUSUS ANTARABANGSA

Page 16: 3.0 undang undang antarabangsa

Apabila terdapat sesuatu perjanjian dua pihak antara sesebuah negara dengan entiti antarabangsa yang lainnya, sekiranya undang-undang di negara tersebut bercanggah dengan undang-undang di antarabangsa, undang-undang di negara tersebut adalah tidak terpakai dalam mengendalikan sebarang kes-kes berbangkit dalam perjanjian tersebut.

PRINSIP UNDANG-UNDANG SUPRANASIONAL

Page 17: 3.0 undang undang antarabangsa

PRINSIP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DI

MALAYSIA

Page 18: 3.0 undang undang antarabangsa

Menurut Abdul Ghafur Hamid (2006), Perlembagaan Malaysia tidak seperti negara-negara tertentu yang lain, tidak mengandungi sebarang peruntukan yang menjadikan undang-undang antarabangsa perlu dianggap sebagai undang-undang negara atau diambil sebagai undang-undang negara. Walaubagaimanapun, sesetengah undang-undang yang diguna pakai di Malaysia adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa.

Secara prinsipnya, undang-undang antarabangsa di Malaysia dikawal oleh Persekutuan di bawah peruntukan Artikel 74 (1) yang menyebut, “ Parlimen boleh membuat

undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan dan Senarai

Bersama dalam Jadual 9.

Page 19: 3.0 undang undang antarabangsa

Berdasarkan “Senarai Persekutuan”, Parlimen berkuasa untuk menggubal undang-undang yang berkait dengan hal ehwal luar termasuklah triti, perjanjian dan konvensyen dengan

negara lain.

Oleh itu, kuasa eksekutif Persekutuan meliputi membuat triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain.

Kesimpulannya,kuasa membuat perjanjian dan termasuk untuk menggunapakai undang-undang antarabangsa di Malaysia secara prinsipnya terletak pada pihak berkuasa

eksekutif Persekutuan atau Kerajaan Persekutuan. 

Point utama di sini ialah Parlimen berkuasa penuh dalam menerima, menyesuai, ataupun menolak mana-mana undang-undang

antarabangsa yang dimeterai oleh Malaysia atas prinsip kedaulatan undang-undang dan negara.

Page 20: 3.0 undang undang antarabangsa

Disebabkan perlembagaan Malaysia tidak menyebut bahawa undang-

undang antarabangsa tergunapakai di Malaysia secara automatik, maka undang-undang a/b diterimapakai

melalui statut atau Akta di Parlimen samada digubal atau meminda akta

sedia ada.

Hal ini kerana, menurut Abdul Ghafur (2006), walaupun kerajaan bagi pihak

negara telah menandatangani persetujuan di peringkat antarabangsa,

undang-undang a/b tidak boleh mengatasi undang-undang tempatan

(jika bercanggah) kecualilah diluluskan di Parlimen.

Page 21: 3.0 undang undang antarabangsa

Perjanjian Antarabangsa yang Menyebabkan Undang-undang

Antarabangsa Diterima Pakai di Malaysia

Page 22: 3.0 undang undang antarabangsa

Akta Konvensyen Geneva (1962), sebagaimana yang disemak pada tahun 1993, untuk memberi kesan undang-undang kepada Empat Konvensyen Geneva untuk Perlindungan Mangsa Perang tahun 1949;

Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna 1966), seperti yang dipinda pada tahun 1999, untuk memberi kesan undang-undang kepada Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961

Pengangkutan melalui Udara 1974, untuk memberi kesan undang-undang kepada Konvensyen Warsaw 1929, sebagaimana yang dipinda oleh Protokol Hague 1955 dan Guadalajara Konvensyen tahun 1961;

Page 23: 3.0 undang undang antarabangsa

Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984, untuk memberi kesan undang-undang kepada peruntukan-peruntukan tertentu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.

Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992, untuk memberi kesan undang-undang kepada Konvensyen pada Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946

Akta Hubungan Konsular (Keistimewaan dan Kekebalan) 1999, untuk memberi kesan undang-undang kepada Konvensyen Vienna mengenai Perhubungan Konsular 1963

Page 24: 3.0 undang undang antarabangsa

PRINSIP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA MALAYSIA

Page 25: 3.0 undang undang antarabangsa

Penguatkuasaan undang-undang antarabangsa adalah di bawah kuasa Parlimen walaupun kerajaan berhak untuk mengadakan persetujuan dengan mana-mana

konvensyen antarabangsa yang menyebabkan kerajaan terikat dengan mana-mana undang-undang antarabangsa.

Malaysia mengiktiraf sebahagian Undang-undang Antarabangsa yang selaras dengan undang-undang negara dan tidak bercanggah termasuklah dalam

konvensyen Geneva, Warsaw, Vienna dll.

Malaysia mendukung undang-undang a/b untuk keamanan dan kestabilan dunia.

Page 26: 3.0 undang undang antarabangsa

Persetujuan untuk menggunakan khidmat Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menyelesaikan beberapa pertikaian seperti dalam isu Pulau Batu Puteh dan

Pulau Sipadan selepas perbincangan secara diplomasi gagal. Walau bagaimanapun, Malaysia berusaha untuk mengelakkan ICJ terlebih dahulu dalam kes-kes dengan negara jiran termasuklah dalam kes Blok L dan M dengan Brunei

dan Perjanjian Joint Venture Malaysia-Thailand di Laut China Selatan untuk pendaratan petroleum dan gas di Songkhla.

Walaupun Malaysia berhak menerima dan menolak beberapa undang-undang a/b, Malaysia tidak terlepas dari tribunal-tribunal khas sekiranya melanggar undang-

undang a/b terutamanya dalam soal keamanan dan konflik antara negara.

Dalam soal hak asasi manusia, walaupun Malaysia menerima Pengisyhtiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) oleh PBB yang mengiktiraf hak untuk bebas

daripada kemahuan, bebas bersuara dan bebas berkepercayaan, di sana unsur-unsur tempatan dan agama masih dikekalkan dalam perundangan termasuklah ketegasan terhadap ajaran-ajaran sesat manakala agama minoriti adalah untuk

anutan dan tidak boleh disebarkan.

Page 27: 3.0 undang undang antarabangsa

Malaysia menerima undang-undang a/b berkaitan dengan persempadanan antarabangsa seperti undang-undang laut (UNCLOS) dan undang-undang udara yang memberikan panduan kepada pelbagai pertikaian di peringkat antarabangsa mengenai perairan a/b sebelumnya.

Walaupun Undang-undang antarabangsa di bawah Chapter V turut mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara, Malaysia menolak pengiktirafan tersebut dan tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. (dahulunya Malaysia juga enggan mengiktiraf rejim apharteid di Afrika Selatan)

Page 28: 3.0 undang undang antarabangsa

RUJUKAN

http://www.un.org/en/globalissues/internationallaw/

http://www.slideshare.net/ctfironika/undang2-atrabgsa

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0413&sec=Rencana&pg=re_02.htm