31245241 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 Full Edition

download 31245241 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 Full Edition

of 31

  • date post

    20-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    931
  • download

    8

Embed Size (px)

Transcript of 31245241 Kerja Khusus Migrasi Dalaman Penduduk 2010 Full Edition

MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI JALAN BUKIT BINTANG.Nama Calon Tingkatan Nombor K/P Nama Guru :Mohamed Fareed Bin Syed Mohamed. :2 Biru :960909-10-6033 :Puan Abidah Binti Ahmad.

1

2.Senarai3.0 4.0 5.0 6.0 Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian

andungan.4 5 6 7 9 10 11

Kawasan Kajian 6.1 Peta Negeri Kuala Lumpur 6.2 Peta Daerah Bukit Bintang 6.3Lakaran Peta Kawasan Kajian Jalan Bukit Bintang.

7.0 8.0

Kaedah Kajian Dapatan Kajian 8.1Konsep migrasi penduduk 8.2Pola migrasi penduduk 8.3Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 8.4 Kesan migrasi dalaman 8.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman

12 13 13 14 15 18 21

9.0

Rumusan

23

10.0 Lampiran 10.1 Lampiran 1: Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 10.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 10.3 Lampiran 3: Soal Selidik. 10.4 Lampiran 4 : Borang Temu Bual

24 25 26 27 30

11.0 Rujukan

33

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

3.0 PenghargaanSetelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik.Mazlan Bin Buniran Pengetua SMK Victoria, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.

Tidak lupa juga kepada Puan Abidah Binti Ahmad yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sekitar kawasan Bukit Bintang, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa saya iaitu Encik Syed Mohamed Bin Abdul Rashid & Ackrosiya Banu Binti Sheik Dawood banyak membantu saya dari segi kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

4.0 pendahuluanKajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kawasan kajian saya iaitu sekitar Bukit Bintang terdapat banyak migrasi dalaman kerana peluang pekerjaan.Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mei sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 2 bulan.Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

5.0 Objektif KajianBerikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)

Mendefinisikan konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2)

Menyatakan pola migrasi penduduk di Jalan Bukit Bintang.

3)

Menyatakan faktor yang mempengaruh imigrasi dalaman penduduk di Jalan Bukit

Bintang.

4)

Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di Jalan Bukit Bintang.

5)

Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di Jalan Bukit

Bintang.

6)

Penerapan nilai dan system patriotism terhadap penduduk di kawasan sekitar Bukit

Bintang mengenai kepentingan migrasi.

6.0 Kawasan KajianKajian ini telah dijalankan di Bukit Bintang,Kuala Lumpur.Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 7 kilometer dari KLCC. Bukit Bintang ialah nama bagi kawasan beli-belah dan hiburan yang masyhur dan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, dan jalan yang melaluinya, Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini menempatkan banyak sekali pusat beli-belah utama, kafe, kelab, kedai spesialti, dan sebagainya. Kawasan Bukit Bintang dilalui tiga jalan utama: Jalan Bukit Bintang bermula dari Jalan Pudu dan bersimpangan dengan Jalan Sultan Ismail. Terdapat sebilangan hotel dan restoran yang terletak di Jalan Raja Chulan dan Jalan Tengkat Tong Shin.

Tempat makan yang besar terdapat di Jalan Alor berdekatan Bukit Bintang, di mana para penjaja menawarkan makanan murah tetapi berkualiti tinggi dalam suasana yang senang beristirahat. Kawasan ini berhubung dengan Jalan Tengkat Tong Shin di mana struktur warisan berharga dari zaman silam Kuala Lumpur, dimodenkan menjadi kelab malam dan restoran di mana pelancong dan penduduk setempat bergaul membentuk suasana bandar yang berwarna-warni.

Untuk kemudahan pengunjung luar, hotel disediakan untuk menawarkan penginapan daripada yang bajet rendah kepada yang mewah. Antara hotel-hotel mewah dalam Bukit Bintang ialah The Grand Millenium, JW Marriott, Ritz-Carlton, Royale Bintang, Novotel dan Federal Hotel. Tidak dapat dinafikan bahawa Bukit Bintang adalah salah satu kawasan beli-belah utama di Kuala Lumpur, menawarkan pelbagai jenis barang-barangan untuk memenuhi segala citarasa dan kemampuan berbelanjaan. Pusat beli-belah utama di sini adalah seperti Lot 10 , Bukit Bintang Plaza,The Pavillion,Low Yat Plaza dan lain-lain lagi.

Laluan Bintang Walk terletak sepanjang barisan beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Kawasan ini dibentuk sepanjang 5 tahun dahulu, menjadikannya salah satu tumpuan pelancong dan penduduk setempat dan kawasan beli-belah tersibuk. Kafe, restoran, kelab, kedai, pusat belibelah dan lainlain lagi mengisi laluan ini. Pada hujung minggu, beribu-ribu orang melalui sini untuk mencapai pusat beli-belah yang lain dalam kawasan ini. Bintang Walk adalah tempat yang mendefinasikan budaya 'lepak' yang mudah merebak dalam masyarakat. Hampir kesemua acara maalm utama diadakan di sini seperti sambutan tahun baru dan Hari Kemerdekaan, serta pertunjukan fesyen, konsert dan parti jalanan.

Terdapat sebilangan kafe dan kelab malam di Bukit Bintang. Antara penubuhan yang terpenting termasuk Nouva, Espanda, The Beach Club, Atmosphere, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood, dan Zouk. Bukit Bintang boleh dicapai perkhidmatan teksi dan bas. Selain itu, perkhidmatan monorel juga menempatkan empat stesen di dalam lingkungan kawasan Bukit Bintang: Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang dan Raja Chulan.

6.1 Peta Negeri Kuala Lumpur

U

6.2

Peta

Daerah

Bukit

Bintang.

U

6.3 Peta Kawasan Jalan Bukit Bintang.

7.0 Kaedah KajianSebelum memulakan kajian saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini.Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian.

saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pola migrasi yang berlaku di kawasan Bukit Bintang.

2) TemuBual.

seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk setempat untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang pola migrasi di kawasan saya.Saya menemu bual dengan penduduk di sekitar Bukit Bintang yang telah lama menetap di situ kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kajian saya.

3) Soal Selidik

saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk sekitar yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.

4) Rujukan 5) selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di Malaysia.

8.0 Dapatan Kajian8.1 Konsep migrasi pendudukBerdasarkan Azizan Bin Hj.Abu Samah migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa.Selain itu,menurut laman web yang saya layari definasi migarsi adalah penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara ke satu negara yang lain untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Sebagai contohnya pada tahun ke-5 kerasulan, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah melakukan proses penghijrahan atau migrasi dari Mekah ke Madinah untuk mempertahankan akidah dan agama Islam.Definisi penghijrahan atau migrasi ini amat berbeza dengan pelarian yang membawa maksud sekumpulan manusia yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain yakni berpindah ke tempat yang lebih selamat untuk mereka terus hidup setelah mengalami kehidupan yang sengsara kebiasaannya akibat meletusnya peperangan. Perkataan "pelarian " itu sendiri pertama kali digunakan sejak 300 tahun dahulu, bagi menerangkan orang-orang beragama Protestan Hugenots yang melarikan diri dari negeri Peranchis.

Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajianPola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: Migrasi luar bandar ke bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Bukit Bintang yang berhijrah ke kawasan kajian saya dari bandar-bandar seperti Sabak Bernam, Bukit Belimbing, Kuala Besut dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta. Terdapat 7 daripada 20 responden telah ke sini untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja. Migrasi bandar ke bandar Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung

pelajaran di institus