35. kata yang tepat 1 seri setia

40
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT - 1 Pilih jawapan yang paling tepat untuk mengisi tempat kosong. 1. “___________ hendaklah bekerjasama menjayakan projek ini,” kata ketua kampung kepada anak-anak buahnya. A Kita B Anda C Kami D Kalian 2. Ibu : Di mana adik kamu,Damien? Damien : ________ bermain di luar rumah. A Saya B Beliau C Dia D Kamu 3. Perdana Menteri membatalkan lawatannya ke Afrika Selatan kerana ________ tidak sihat. A dia B kami C beliau D kita 732

Transcript of 35. kata yang tepat 1 seri setia

Page 1: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

PENGGUNAAN KATA YANG TEPAT - 1

Pilih jawapan yang paling tepat untuk mengisi tempat kosong.

1. “___________ hendaklah bekerjasama menjayakan projek ini,” kata ketua kampung kepada

anak-anak buahnya.

A Kita

B Anda

C Kami

D Kalian

2. Ibu : Di mana adik kamu,Damien?

Damien : ________ bermain di luar rumah.

A Saya

B Beliau

C Dia

D Kamu

3. Perdana Menteri membatalkan lawatannya ke Afrika Selatan kerana ________ tidak sihat.

A dia

B kami

C beliau

D kita

4. “_________ harap tuanku tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman,”kata Bendahara

kepada Raja Suran.

A Patik

B Kita

C. Saya

D Hamba

732

Page 2: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

5. Datuk Anwar sempat ________ wasiat sebelum meninggal dunia.

A memberi

B membahagikan

C meninggalkan

D menjatuhkan

6. Suzana pandai memasak ______ tidak pandai menjahit.

A walaupun

B tetapi

C malah

D sambil

7. Salleh menyiapkan kerja sekolahnya ___________ keluar bermain bola.

A selepas

B ketika

C sebelum

D apabila

8. Sebahagian besar _______ penjenayah yang tertangkap itu terdiri _________ pendatang

asing.

A dari…….daripada

B daripada……daripada

C dari…..dari

D daripada……dari

9. Mak Timah terpaksa menggadaikan semua barang kemasnya ________ membiayai

persekolahan anak-anaknya.

A untuk

B kepada

C dari

D dengan

733

Page 3: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

10. Sulaiman membeli sebuah komputer __________ wangnya sendiri.

A untuk

B kepada

C dari

D dengan

11. Jurulatih bola sepak itu berasa ________ kerana pemain harapannnya tercedera dalam

kemalangan jalan raya.

A bangga

B kecewa

C pedih

D derita

12. Kerajaan akan memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar ________ untuk

melanjutkan pelajaran.

A malang

B kaya

C sukar

D miskin

13. Nurkamalasari disayangi oleh guru-guru kerana dia pelajar yang _________.

A lemah

B malas

C bijak

D cermat

14. Basikal yang _______ kepunyaan awak?

A siapakah

B manakah

C bagaimanakah

D apakah

734

Page 4: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

15. Pada pukul ________ perbincangan itu akan diadakan?

A apakah

B siapakah

C bagaimanakah

D berapakah

16. Pak Samad berasa kecewa apabila kebunnya dimusnahkan oleh ________ gajah.

A segerombolan

B sekawan

C seekor

D sekelompok

17. Haji Tahir mewakafkan ________ tanahnya untuk mendirikan masjid.

A sekeping

B sebidang

C sekangkang

D sebuah

18. Berapakah harga se________ anggur ini?

A gugus

B buah

C biji

D ikat

19. Abang mengirimkan se_______ poskad kepada kami sekeluarga.

A buah

B keping

C helai

D lembar

735

Page 5: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

20. Rumah Pak Samad menjadi ___________ setiap kali anak cucunya pulang ke kampung.

A gelap-gelita

B riuh-rendah

C kelam-kabut

D hiruk-pikuk

21. Lembu peliharaan Pak Mat _________ belaka.

A subur-subur

B masak-masak

C gemuk-gemuk

D gebu-gebu

22. Adik Faizal sedang mengejar _________ di padang.

A rerama

B kekuda

C jejentik

D kekisi

23. Rumah kami menjadi ___________ pada malam tadi kerana berlakunya bekalan elektrik

terputus.

A samar-samar

B terang-benderang

C hingar-bingar

D gelap-gelita

24. Mak Munah meminta saya membacakan isi kandungan surat yang dihantar oleh anaknya

kerana dia __________.

A buta hati

B buta mata

C buta huruf

D celik huruf

736

Page 6: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

25. Halim takut hendak menceritakan rahsianya kepada Hanim kerana Hanim __________.

A mulut murai

B mulut tempayan

C telinga nipis

D telinga lintah

26. Petani itu ber________ mengerjakan sawahnya dari pagi hingga petang.

A mandi peluh

B mandi kerbau

C mandi embun

D mandi hujan

27. Ibu ________ nama kami di taman itu berulang kali supaya segera pulang ke rumah.

A laungan

B dilaungkan

C berlaung

D melaungkan

28. Impian Faizal untuk menjadi seorang doktor telah ________ setelah dia lulus dengan

cemerlang sebagai doktor pelatih.

A mencapai

B tercapai

C dicapai

D bercapai

29. Ibu memarahi kakak kerana tidak mengemas buku-buku dan majalahnya yang _________

di atas lantai.

A menabur

B ditabur

C bertaburan

D tabuaran

737

Page 7: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

30. Walaupun Dolly dan Sally bekerja di syarikat yang sama tetapi _________ mereka

berbeza.

A pendapatan

B berpendapat

C mendapat

D didapati

Soalan 31 berdasarkan gambar 1

31. Hamdan berasa janggal sewaktu _______ topeng yang telah disediakan untuknya.

A melekat

B memakai

C memasang

D menyarung

Soalan 32 berdasarkan gambar 2

738

Page 8: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

32. Para model pada malam itu turut ________ pelbagai kostum pakaian tradisional.

A mempamerkan

B memperagakan

C mempertandingkan

D menunjukkan

Soalan 33 berdasarkan gambar 3

33. Selepas acara _______ kek,terdapat pelbagai program menarik telah dirancang oleh

Aiman.

A menyiang

B memisau

C membelah

D memotong

34. Pihak sekolah turut _________ seorang pakar motivasi terkemuka untuk menyampaikan

ceramah pada hari tersebut.

A mengajak

B mempelawa

C mengundang

D menghantar

739

Page 9: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

35. Kaum ibu juga turut _________ agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh

banyak pakaian.

A diajarkan

B diperkatakan

C dibincangkan

D dinasihatkan

36. Setelah sepuluh tahun berkahwin,akhirnya pasangan itu ________ seorang anak.

A diberikan

B dikurniakan

C dihadiahkan

D diuntukkan

37. Azmi rajin membantu bapanya _______ ikan di laut ,mengangkat barang-barang di jeti dan

sebagainya.

A menyiang

B menternak

C menangkap

D membungkus

38. Penduduk di Kampung Parit Tengah suka pergi ke kedai Wak Jamil untuk _______ barang-

barang keperluan.

A melihat

B menjual

C membeli

D memberi

39. Sekolah saya telah _______ sebagai Sekolah Bestari kerana guru-guru di sekolah saya

740

Page 10: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

menggunakan pelbagai teknologi sepenuhnya untuk memperoleh ilmu.

A dikatakan

B dinobatkan

C dilaungkan

D dilantik

Soalan 40 berdasarkan gambar 4

40. Ayah telah pergi _________ di sebuah hutan yang terletak di hujung Kampung Parit

Bingan.

A berburu

B berkelah

C bersukan

D berkhemah

41. Arif terpaksa pulang awal ke rumah untuk _______ ayahnya yang sakit.

A menjenguk

B merenung

C memerhati

D memandang

42. Kegiatan ________ hutan balak sesuka hati adalah perbuatan yang tidak bermoral.

741

Page 11: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

A menakik

B mengerat

C menghiris

D menebang

43. Untuk mendapatkan barang berkualiti,pengguna perlu _________ barang-barang yang

hendak dibeli dengan berhati-hati.

A mengambil

B membeli

C memilih

D mencari

44. Selepas makan tengah hari,peserta ________ dengan ceramah “Kepentingan Menjaga

Alam Sekitar”.

A dilihat

B didedahkan

C dinampak

D dibincangkan

45. Kejadian banjir yang berlaku di Batu Pahat baru-baru ini telah mengakibatkan beratus-ratus

_________ keluarga mengalami kerugian harta benda.

A buah

B orang

C kumpulan

D unit

Soalan 46 berdasarkan gambar 5

742

Page 12: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Gambar 5

46. Benang _______ untuk menghasilkan tenunan yang berkualiti.

A dijahit

B disulam

C ditenun

D dianyam

Soalan 47 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

47. “Ketika dalam perjalanan pulang ________ ternampak Lina sedang menangis di tepi

jalan,”kata Zurina,manakala Jamilah mengangguk-anggukkan kepalanya.

A dia

B kita

C kami

D mereka

743

Page 13: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

48. Walaupun kedudukan sekolah itu agak _________, namun murid-muridnya pandai

menggunakan internet.

A terhulu

B terpencil

C terdalam

D terpinggir

49. Untuk memudahkan kerja,Ah Chong _______ sistem siraman sayuran secara automatik di

kebunnya.

A guna

B mengguna

C memperguna

D menggunakan

Soalan 50 berdasarkan gambar 7

Gambar 7

50. Telur ayam yang sudah _______ akan menetas setelah dieram.

A masak

B empuk

C ranum

D matang

51. Bahan-bahan masakan seperti ________ yang dijual di kedai itu kebanyakannya diimport

dari luar negara seperti India.

744

Page 14: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

A tepung penaik

B ulam-ulam

C sayur-mayur

D rempah-ratus

Soalan 52 berdasarkan gambar 8

Gambar 8

52. Antara aktiviti yang turut dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut ialah _______ air.

A melalui

B melintas

C meranduk

D menempuh

Soalan 53 berdasarkan gambar 9

Gambar 9

53. Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional Melayu yang dimainkan dengan cara

________ menggunakan tangan.

745

Page 15: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

A dipalu

B dikesat

C dipegang

D diusap

Soalan 54 berdasarkan Gambar 10

Gambar 10

54. Ibu __________ air mata kerana terlalu gembira dengan kejayaanku.

A melahirkan

B menitiskan

C mengalirkan

D menerbitkan

Soalan 55 berdasarkan Gambar 11

Gambar 11

55. Aiman ke sekolah hanya berjalan kaki kerana rumahnya terletak di ________ sekolah.

746

Page 16: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

A tepi

B pinggir

C belakang

D tengah

56. Pada pukul 3.00 petang,peserta ekspedisi mula bertolak dari __________ sekolah.

A pekarangan

B karangan

C perkarangan

D terkarangan

Soalan 57 berdasarkan Gambar 12

Gambar 12

57. Pelukis itu meluahkan perasaannya melalui _______ yang digunakan dalam lukisannya.

A huruf-huruf

B berus-berus

C warna-warna

D tulisan-tulisan

Soalan 58 berdasarkan Gambar 13

747

Page 17: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Gambar 13

58. Ramai pengunjung yang datang ke _______ untuk membeli barangan secara terus

daripada petani atau nelayan.

A pasar ria

B pasar tani

C pasar raya

D pasar kampung

Soalan 59 berdasarkan gambar 14

Gambar 14

59. Kami kagum dengan kepandaian Pak Anjang membuat perangkap menggunakan

beberapa ___________ buluh runcing.

A batang

B bilah

C rumpun

D pucuk

748

Page 18: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Soalan 60 berdasarkan gambar 15

Gambar 15

60. Abang telah _______ biliknya sebelum pergi ke sekolah.

A memulih

B membuat

C mengemas

D mengatur

61. Emak sedang _______baju kurung yang ditempah oleh Kak Eton.

A menjahit

B menenun

C menyusun

D menampal

Soalan 62 berdasarkan gambar 16

749

Page 19: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Gambar 16

62. Mawi ________ lagu ‘Aduh Saliha’ dengan penuh perasaan.

A melagukan

B menunjukkan

C menyembahkan

D mendendangkan

63. Guru besar akan _______ kempen ‘Mari Membaca’ peringkat sekolah pada hari

Sabtu ini.

A mengibarkan

B merasmikan

C melancarkan

D mengumumkan

Soalan 64 berdasarkan gambar 17

Gambar 17

750

Page 20: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

64. Rina sedang _______ pokok-pokok bunga yang baru beli dibelinya.

A menyiram

B mencurah

C menjirus

D menitis

Soalan 65 berdasarkan gambar 18

Gambar 18

65. Nenek sering ________ kami agar sentiasa menghormati orang tua.

A memarahi

B menasihati

C mengajari

D meningati

Soalan 66 berdasarkan gambar 19

Gambar 19

751

Page 21: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

66. Mangsa kemalangan itu ________ dari keretanya yang telah remuk.

A berlari

B mengesot

C menyusur

D merangkak

Soalan 67 berdasarkan gambar 20

Gambar 20

67. Pak Ali ________ buah kelapa sawit menggunakan kereta sorong untuk dibawa ke tepi

jalan.

A menaikkan

B mengangkat

C mengangkut

D mengambil

68. Sebahagian barangan kanak-kanak yang _______ di Butik Anak diimport dari luar negara.

A dibuat

B dipamerkan

C ditunjukkan

D ditayangkan

Soalan 69 berdasarkan gambar 21

752

Page 22: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Gambar 21

69. Para petugas sedang bertungkus-lumus _________ salah seorang mangsa kebakaran.

A melihat

B merawat

C menyoal

D mengusung

Soalan 70 berdasarkan gambar 22

Gambar 22

70. Kedua-dua pasukan telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi

sepanjang perlawanan dan _______ selepas permainan berakhir.

A berbual

B bersalaman

C berpelukan

D berkenalan

753

Page 23: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Soalan 71 berdasarkan gambar 23

Gambar 23

71. Peniaga itu sedang _______ lauk untuk pelanggannya.

A mencedok

B menyudu

C mengaut

D mengais

72. Beberapa orang anggota tentera sedang __________ taklimat daripada pegawai mereka

sebelum operasi dijalankan.

A menonton

B mendengar

C menghadiri

D menyampaikan

73. Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak mereka ketika ________ internet.

A melayari

B menutup

C membuka

D mendaftar

74. Mazlan baru sahaja selesai mengarahkan teater ‘Aku’ yang ________ di Panggung

754

Page 24: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Bandar baru-baru ini.

A disaksikan

B dihiburkan

C ditunjukkan

D dipentaskan

75. Pengalaman ________ dengan pihak komunis merupakan satu peristiwa yang sukar

dilupakan oleh Sarjan Mustapa Rahmat.

A berdebat

B bergaduh

C bertempur

D berperang

Soalan 76 berdasarkan gambar 24

Gambar 24

76. Artis popular itu ________ trofi yang dimenanginya kepada para wartawan sejurus tiba di

KLIA petang kelmarin.

A menunjukkan

B mempamerkan

C memperkenalkan

D mempersembahkan

755

Page 25: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Soalan 77 berdasarkan gambar 25

Gambar 25

77. Banjir kilat yang belaku semalam telah ________ jalan dari pantai timur ke ibu kota.

A menutupkan

B menimbuskan

C mengkaramkan

D menenggelamkan

Soalan 78 berdasarkan gambar 26

Gambar 26

78. Murid-murid sentiasa diingatkan agar ______ketika membeli makanan di kantin sekolah.

A beratur

B bersusun

C berkawal

D bergilir

756

Page 26: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

79. Penduduk Afghanistan terpaksa ________ cuaca sejuk untuk membeli makanan di pekan

yang berdekatan.

A melanda

B merempuh

C menempuh

D melanggar

80. Penduduk kampung itu berganding bahu _______ daging lembu untuk dimasak sempena

majlis perkahwinan anak Pak Jamil esok.

A meratah

B melapah

C memenggal

D menyembelih

81. Pokok-pokok bunga itu ________ di halaman rumahnya.

A dicucuk

B disemai

C ditanam

D dipindah

82. Cikgu Seman _______ bahawa kelas tambahan terpaksa ditangguhnya.

A memaklumkan

B menjelaskan

C menegaskan

D menyatakan

Soalan 83 dan 84 berdasarkan gambar 27

757

Page 27: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Gambar 27

83. Pegawai Pelajaran Daerah telah ________ Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan

Bukit Changgang.

A membuka

B merasmikan

C mengucapkan

D melaksanakan

758

Page 28: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

84. Beliau ________ dengan penuh semangat di hadapan ibu bapa dan murid-murid.

A berkata

B berucap

C bersuara

D bercakap

85. Kereta lama itu ______ oleh Pak Mohsin di tepi jalan kerana mengalami kerosakan enjin.

A diketepikan

B ditinggalkan

C disingkirkan

D dipinggirkan

86. Kereta itu akan ________ oleh mekanik pada hari esok.

A dibaiki

B dipulih

C diperbaiki

D dibetulkan

87. Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti,mereka akan ______ terlebih dahulu.

A berbual

B bersama

C bercerita

D berbincang

88. Hati ayah ______ apabila mendengar kisah sedih daripada remaja malang itu.

A terdiam

B terguris

C terhibur

D tersentuh

759

Page 29: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

89. Apabila memikirkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya,akhirnya Adli

________ untuk belajar di universiti tempatan sahaja.

A mengatur

B merancang

C memutuskan

D menyimpukan

90. Ramai remaja yang ________ dalam kegiatan yang tidak sihat kerana terpengaruh dengan

rakan mereka.

A terjebak

B tergolong

C termasuk

D tercampur

91. Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk ________ keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

A memiliki

B mendapati

C mempunyai

D meraih

92. Selepas Tuan Pengetua __________,kini tibalah pula giliran Ketua Pengawas

A berdebat

B berkata

C berucap

D berbual

760

Page 30: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

93. Kata orang tua-tua, ular _________ akar tidak akan hilang bisanya.

A melalui

B meniti

C menyusur

D menggelongsor

94. Kami sekeluarga _________ di Hotel Mahkota selama dua hari sahaja.

A menginap

B singgah

C hinggap

D bertiduran

95. Baju-baju yang kotor itu saya ______ di dalam baldi.

A basuh

B pungut

C rendam

D siram

96. Mutu permainan bola sepak di negara kita perlu _______ lagi.

A ditingkatkan

B ditinggikan

C diagungkan

D dinaikkan

761

Page 31: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Soalan 97 berdasarkan gambar 28.

Gambar 28

97. Bintang yang ________ di angkasa pada waktu malam sungguh indah apabila dipandang.

A bersinaran

B berkerlipan

C berkerdipan

D berpancaran

98. Baju yang terpengap di dalam almari itu berbau _________ kerana belum dibasuh.

A hapak

B hamis

C tengik

D masam

99. Ayah _________ kejadian kecurian di rumah kami kepada kawan-kawannya.

A merungut

B mengadu

C meleter

D meracau

100. Pendekar Mustar _________ sebilah keris pada pinggangnya.

A membubuh

B menyisip

C melekatkan

D menyangkut

762

Page 32: 35. kata yang tepat 1   seri setia

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

763