36207573 Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

download 36207573 Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

of 4

Transcript of 36207573 Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

  • 7/28/2019 36207573 Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

    1/4

    Refleksi

    Bagi pelajar Program PPG Pendidikan Jasmani semester 3, subjek major yang wajib

    dipelajari adalah permainan bola sepak dan bola jaring PJM 3109. Subjek bola sepak ini

    dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pembelajaran teori di dalam kuliah dan amali yang akan

    diuji di padang. Selain itu, para guru pelatih juga perlu menyediakan Kertas Kerja Pertandingan,

    mengelolakan kejohanan tersebut. Penyedian Kertas Kerja ini akan diambil penilaian oleh

    pensyarah pembimbing iaitu Puan Haidatullaila Binti Khalid. Beliau bertanggungjawab dalam

    memberi pengajaran secara teori dan amali kepada kami sekelas.

    Kami telah diberi tugasan oleh pensyarah untuk melaksanakan tugasan bola sepak dan

    masa yang di beri adalah selama 1 bulan. Kami diberi tugas untuk merancang kertas kerja dan

    melaksanakan satu pertandingan bola sepak atau bola jaring. Kami juga diminta merakamkan

    sesi pertandingan berikut dalam bentuk video. Setelah membahagikan kumpulan, kumpulan

    saya yang dianggotai oleh Mohd Afizam bin Hassan dan juga saya sendiri telah bersepakat dan

    bersetuju untuk melaksanakan pertandingan tersebut untuk sekolah-sekolah rendah di Daerah

    Rembau.

    Melalui tugasan ini, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam lagi bagaimana

    sebagai seorang guru ingin merancang dan mengelolakan sesuatu kejohanan bola sepak.

    Walaupun terdapat pelbagai tugasan lain yang perlu disiapkan, kami telah merancang masa

    dengan sebaiknya supaya tugasan permainan bola ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    Pada permulaannya kami telah berusaha mendapatkan segala maklumat yang berkaitan

    dengan jawatankuasa, sistem pertandingan dan cara mengelolakan kejohanan ini dengan

    menggunakan internet dan sumber rujukan dari perpustakaan. Ianya bukanlah semudah yang

    disangka kerana kami perlu mendapatkan maklumat yang lebih terperinci kerana kertas kerja

    yang kami laksanakan ini dibuat khas untuk pelajar bawah 12 tahun.

    Selain itu, saya juga turut merasakan terdapat sedikit perubahan pada diri saya berlaku

    beberapa perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya

    aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan dengan murid-murid. Perubahan

    yang dapat saya gambarkan setelah memahami dan menghayati kepentingan tugasan kali ini

    ialah sentiasa teliti melakukan tugasan, membuat perancangan rapi untuk melakukan aktiviti

    Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi sedikit

    perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi sekolah serta

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya dan ahli kumpulan juga ada membuat

  • 7/28/2019 36207573 Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

    2/4

    rujukan bersama pensyarah pembimbing dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan

    Jasmani bagi memastikan tugasan kumpulan kami sempurna dan dapat memperbetulkan

    kesilapan yang ada. Ini merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih berkesan ke atas pelajar.

    Seterusnya perkara yang saya perolehi hasil dari tugasan menganjurkan pertandingan

    ini adalah banyak sekali perkara-perkara yang kami alami terutamanya dari segi kesedaran

    kesedaran emosi. Melalui penganjuran ini ia banyak memberi kesedaran kepada saya supaya

    berubah ke arah pemikiran yang lebih positif. Baru kini saya sendiri sebagai seorang guru

    hendaklah sentiasa bersabar dan kuat dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau pun

    pertandingan. Di sini juga saya dapat memperbaikki serba sedikit kekurangan dan kelemahan

    yang terdapat dalam diri saya sebelum ini supaya dapat menjadi seorang guru pendidikan

    jasmani yang cemerlang. Sebelum kami dapat melaksanakan pertandingan bola sepak 7

    sebelah ini kami terpaksa mendapatkan kelulusan kertas kerja tersebut daripada Pegawai

    Pendidikan Daerah Rembau. Setelah mendapat kelulusan dan pembiayaan daripada PPD

    Rembau untuk melaksanakan kejohanan ini barulah kami mengadakan satu mesyuarat

    bersama dengan pengurus pasukan bola sepak sekolah-sekolah di Daerah Rembau.

    Kejohanan ini berlangsung pada 20 Mac 2013 jam lapan pagi. Alhamdulillah dengan

    adanya bantuan dan sokongan daripada guru-guru dan rakan-rakan kejohanan ini berlangsung

    dengan jayanya. Banyak perkara baru yang kami temui semasa mengelolakan pertandingan

    tersebut. Pertamanya dari segi kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh guru-guru dan

    pelajar yang terlibat. Kebanyakan pelajar ini telah pun mempunyai persediaan dalan permainan

    bola sepak dan ramai di kalangan guru-guru yang telah lama membentuk pasukan dan

    menunggu masa untuk bertanding. Tidak menjadi kesukaran kepada kami untuk melaksanakan

    pertandingan ini. Walaubagaimanapun masih lagi ada beberapa kelemahan yang berlaku

    semasa kami mengelolakan pertandingan tersebut. Contohnya tidak dapat mengawal emosi

    dengan baik semasa memberi arahan makadengan itu arahan yang diberikan sukar difahami

    dan dijalankan dengan lebih berkesan. Oleh itu, saya telah mempelajari serba sedikit teknik

    untuk mengawal emosi saya supaya lebih stabil dan segala arahan yang saya berikan dapat

    diterima oleh jawatankuasa dan pemain-pemain.

    Selain itu,di dalam penganjuran ini juga turut mengajar saya supaya lebih berkeyakinan

    dalam melakukan sesuatu tugasan. Pada mulanya saya berasa tidak yakin saya mampu

    melakukan tugasan ini dengan sempurna. Setelah diberi bimbingan dan kata-kata semangat

  • 7/28/2019 36207573 Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

    3/4

    oleh pensyarah pembimbing dan juga rakan sekumpulan, saya berasa lebih yakin untuk

    memastikan tugasan bola sepak ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Ia juga turut

    mempengaruhi keyakinan saya dalam mengendalikan tugasan mengikut masa, keterampilan,

    dan berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling terutamanya rakan-

    rakan guru dan pelajar-pelajar.

    Kepimpinan berinspirasikan pengelolaan pertandingan ini mengajar saya supaya

    menjadi seorang pemimpin yang cemerlang dan memimpin diri ke arah matlamat yang jelas.

    Komunikasi semasa melakukan tugasan ini mengajar saya supaya pandai berkomunikasi dan

    berhubung dengan orang ramai. Selain itu juga, saya dapat menghantar maklumat dengan jelas

    dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalam

    pergaulan. Ia juga mengajar saya supaya pandai mengambil hati orang lain, mempunyai tarikan

    pada mata manusia.

    Dalam pada itu juga, disebabkan cuti yang banyak menyebabkan kami susah untuk

    mengadakan sesi diskusi dan perbincangan dalam kumpulan untuk menyatakan masalah yang

    dihadapi oleh semua ahli dan cuba mencari jalan penyelesaian. Namun Alhamdulillah,

    semuanya dapat kami atasi .

    Hal ini perlu kerana saya memerlukan sokongan ramai dalam melangsungkan

    kehidupan harian. Pemangkin perubahan dalam melaksanakan pertandingan mengajar saya

    supaya memulakan hala tuju yang baru dan membawa arus perubahan dalam organisasi.

    Pengurusan konflik mengajar saya supaya menyelesaikan percanggahan pendapat dan

    berupaya mengesan masalah yang timbul dan mengambil langkah-langkah untuk meredakan

    mereka yang terlibat. Membina perhubungan sesama ahli kumpulan mengajar saya supaya

    mendorong dan memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan ahli

    dan berkongsi pemikiran untuk mencapai persefahaman. Kerja berpasukan semasa

    melaksanakan pertandingan ini mengajar saya supaya membina visi yang dikongsi dan bekerja

    dengan orang lain untuk mencapai matlamat bersama.

    Kesimpulannya, saya telah mendapat lebih kefahaman, pengetahuan dan mengaplikasi

    apa yang diajar oleh pensyarah dalam proses menyediakan tugasan ini. Tugasan ini dapat saya

    siapkan hasil dorongan keluarga, rakan, para pensyarah dan bantuan daripada rakan

    sekumpulan. Saya berharap apa yang saya sembahkan ini telah menjawab dan menepati

    kehendak soalan. Yang paling utama adalah diharapkan tugasan ini dapat memuaskan hati

    pensyarah pembimbing iaitu Puan Haidatullaila Binti Encik Razak Bin Sulong dan yang

  • 7/28/2019 36207573 Refleksi Permainan Bola Sepak Semester 3

    4/4

    mengajar subjek bola sepak untuk kelas kami. Di akhir refleksi ini juga, saya ingin memohon

    seribu kemaafan, sekiranya terdapat salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam

    melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pihak yang

    terlibat dalam penghasilan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian,

    wassalam.

    Sekian, terima kasih.

    Disediakan oleh,

    ..

    (HAMIZA BIN ZAINI)

    PPG PJ/PK SEMESTER 3 2010