3.REFLEKSI 3 Konsep (Autosaved)

12
REFLEKSI PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN INKLUSIF Tugasan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan memberikan suatu pengalaman yang bermakna bagi saya. Proses pelaksanaan tugasan ini mengambil masa yang agak singkat namun dapat memberikan input yang cukup banyak kepada saya sebagai guru pelatih. Pada kali pertama pensyarah pembimbing menerangkan berkenaan tugasan ini, saya agak keliru kehendak sebenar tugasan ini. Namun setelah sesi pembentangan bermula, di mana setiap guru pelatih membentangkan satu tajuk, saya mulai memahami sedikit demi sedikit apakah yang terkandung dalam Ilmu Pendidikan. Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif adalah tajuk yang saya bentangkan. Pada masa saya mendapat tajuk berkenaan, saya telah dapat menggambarkan secara kasar mengenai “pemulihan” dan “pengayaan”. Berdasarkan pengetahuan sedia ada, saya membuat tanggapan awal bahawa pemulihan adalah untuk pelajar lemah, sebaliknya pengayaan adaah bagi pelajar yang bijak dan cepat belajar. Namun, apa pula yang dimaksudkan dengan ‘pendidikan Inklusif”. Untuk memahami konsep-konsep berkenaan, saya membuat pembacaan buku dan mencari maklumat tambahan lain daripada pelbagai sumber. Selepas membuat rujukan terperinci tajuk yang diberi dan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan semasa sesi pembentangan tajuk ini, saya merumuskan secara ringkas bahawa pemulihan adalah pengajaran yang membetulkan masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam pencapaian akademik 1 |muka surat

description

Konsep

Transcript of 3.REFLEKSI 3 Konsep (Autosaved)

REFLEKSI

PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Tugasan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan memberikan suatu pengalaman yang bermakna bagi saya. Proses pelaksanaan tugasan ini mengambil masa yang agak singkat namun dapat memberikan input yang cukup banyak kepada saya sebagai guru pelatih. Pada kali pertama pensyarah pembimbing menerangkan berkenaan tugasan ini, saya agak keliru kehendak sebenar tugasan ini. Namun setelah sesi pembentangan bermula, di mana setiap guru pelatih membentangkan satu tajuk, saya mulai memahami sedikit demi sedikit apakah yang terkandung dalam Ilmu Pendidikan.

Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif adalah tajuk yang saya bentangkan. Pada masa saya mendapat tajuk berkenaan, saya telah dapat menggambarkan secara kasar mengenai pemulihan dan pengayaan. Berdasarkan pengetahuan sedia ada, saya membuat tanggapan awal bahawa pemulihan adalah untuk pelajar lemah, sebaliknya pengayaan adaah bagi pelajar yang bijak dan cepat belajar. Namun, apa pula yang dimaksudkan dengan pendidikan Inklusif. Untuk memahami konsep-konsep berkenaan, saya membuat pembacaan buku dan mencari maklumat tambahan lain daripada pelbagai sumber.

Selepas membuat rujukan terperinci tajuk yang diberi dan mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan semasa sesi pembentangan tajuk ini, saya merumuskan secara ringkas bahawa pemulihan adalah pengajaran yang membetulkan masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam pencapaian akademik khasnya dalam aspek bacaan, penulisan dan pengiraan atau juga disebut 3M yang merangkumi membaca, menulis dan mengira. Pengayaan pula adalah aktiviti tambahan yang mempunyai tahap kesusahan yang tinggi disediakan oleh guru-guru untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lebih pandai dalam bidang akademik serta untuk murid-murid yang sedang mencapai prestasi yang lebih tinggi daripada tahap purata kelas dalam kurikulum biasa. Pendidikan Inklusif pula diertikan sebagai pendidikan umum iaitu setiap orang individu sama ada normal, pintar, cerdas atau cacat adalah berhak diberi peluang umum. Kanak-kanak cacat khasnya yang mempunyai potensi belajar adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru terlatih khas yang bekerjasa dengan guru biasa.Pembentangan topik pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif memberi peluang kepada saya untuk mendalami topik ini. Persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan semasa sesi pembentangan juga secara tidak langsung menguji kefahaman saya terhadap topik yang dibentangkan. Selain itu, ada juga respon atau pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan untuk dikongsi bersama.

Pada 22 Mac 2010 hingga 2 April 2010, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Pengalaman selama dua minggu tersebut mendedahkan kepada saya situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran opsyen major iaitu bahasa Inggeris dan pengurusan bilik darjah di sekolah. Selain itu, peluang menimba pengalaman berada di sekolah atau dalam situasi yang sebenar saya gunakan untuk meninjau aktiviti pemulihan dan pengayaan di sekolah tersebut.

Saya memilih sebuah sekolah kecil di daerah Sandakan untuk menjalankan pengalaman berasaskan sekolah. Walaupun sekolah berkenaan berada dalam serba kekurangan dari segi kemudahan namun banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi di sana. Melalui maklumat yang saya perolehi, pihak sekolah tidak mempunyai guru yang terlatih khas dalam bidang pemulihan. Ini mungkin disebabkan faktor sekolah yang kecil. Namun atas keprihatinan pihak sekolah terhadap masalah pembelajaran dan penguasaan yang lemah terhadap kemahiran membaca, menulis dan mengira di kalangan pelajar, seorang guru biasa telah dilantik menjalankan tugas sebagai guru pemulihan. Pemilihan guru berkenaan adalah berdasarkan komitmen yang ditunjukkan dan prestasi cemerlang yang dicapai.

Melalui pemerhatian, saya turut mendapati bahawa beliau memang seorang yang layak diberi tangungjawab sebagai guru pemulihan. Beliau sangat komited membimbing kelas-kelas pemulihan, memiliki personaliti yang baik, sabar melayan murid-murid yang lemah, tekun serta kreatif dalam merancang aktiviti-aktiviti pemulihan. Atas faktor tiada guru terlatih dalam bidang pemulihan, pihak sekolah berusaha dan sentiasa mencari peluang supaya guru tadi dihantar menghadiri kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan kelas pemulihan.

Sebelum saya membuat tugasan ini, saya tidak dapat membayangkan bagaimana sebenarnya aktiviti-aktiviti pemulihan dikelolakan. Saya beranggapan bahawa kelas-kelas pemulihan dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Namun persoalan saya terjawab setelah melihat sendiri aktiviti pemulihan yang dijalankan sewaktu sesi persekolahan seperti biasa melalui pengalaman berasaskan sekolah. Sebelum saya membuat tugasan ini, saya juga beranggapan bahawa guru yang tidak mempunyai kelayakan khas tidak boleh mengajar atau mengelolakan kelas-kelas pemulihan.

Namun semasa melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa guru biasa turut berperanan dalam kelas-kelas pemulihan. Salah satu tugas guru biasa ialah untuk menganalisa kerja murid-murid lembab dengan kaedah pemerhatian, temubual, dan ujian diagnostik. Apabila murid-murid lembab telah dikenalpasti, mereka akan mengikut aktiviti-aktiviti pemulihan yang dijalankan dalam kelas pemulihan. Kelas pemulihan dikendalikan oleh guru biasa untuk satu jangka masa 6 minggu hingga 3 bulan selama satu atau dua kali seminggu di sekolah. Tujuan utama kelas pemulihan ialah supaya murid-murid dapat menyertai kumpulan murid-murid dalam bilik darjah sekali lagi selepas masa pemulihan ini. Peranan guru biasa ialah untuk menyediakan aktiviti pembelajaran yang membantu murid-murid memadani kesusahan yang dialami dalam pembelajaran murid.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan dikendalikan oleh guru-guru biasa untuk murid-murid sekolah rendah yang telah diidentifikasikan sebagai menghadapi masalah dalam pembacaan, penulisan dan pengiraan. Sama ada guru-guru kelas biasa berjaya mengendalikan sebuah kelas pemulihan bergantung kepada faktor-faktor berikut :

Kebolehan atau kemahiran guru-guru biasa dalam menjalankan kelas pemulihan Kerjasama daripada kakitangan sekolah & guru besar dalam menjalankan aktiviti-aktiviyi pemulihan yang baru Sokongan daripada pihak sekolah atasan untuk mengendalikan bengkel mengenai teknik pengajaran pemulihan yang terkini untuk mengatasi pelbagai jenis masalah pembelajaran Sumber seperti aktiviti pemulihan yang dibekalkan oleh sekolah untuk guru biasa mengendalikan program pemulihan dalam sekolah Kemahiran guru-guru biasa dalam mengendalikan strategi pengajaran dan pembelajaran secara individu atau kumpulan dalam program pemulihan.

Guru biasa juga memerlukan pelbagai jenis kemahiran untuk mengendalikanaktiviti pemulihan dalam bilik darjah. Mereka harus berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid boleh dibantu. Guru-guru mesti berempati kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dan juga menunjukkan akauntabiliti dan dedikasi dalam menjalani aktiviti-aktiviti pemulihan. Guru-guru kelas biasa juga memerlukan kemahiran untuk memodifikasi kurikulum supaya boleh disampaikan kepada murid-murid mengikut kebolehan pembelajaran mereka. Jika murid-murid menunjukkan pencapaian rendah, amalan pengajaran yang biasa digunakan perlu dilambatkan. Mereka mungkin perlu menggunakan buku pemulihan yang mudah dan juga nota-nota yang mempunyai urutan isi dalam format yang senang kepada susah.

Semasa menjalankan pemerhatian terhadap amalan aktiviti pemulihan yang dijalankan di sekolah tempat menjalankan pengalaman berasaskan sekolah, saya mendapati bahawa guru pemulihan di sekolah tersebut mempunyai inisiatif yang tinggi dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam pembacaan, penulisan dan pengiraan. Walaupun beliau tidak mendapat latihan khusus berkenaan pendidikan pemulihan namun beliau kreatif dari segi penyediaan alat bantu mengajar yang disesuaikan dengan kebolehan murid-murid yang mendapat pendidikan pemulihan. Beliau juga menyusun atur bilik pendidikan pemulihan dengan teratur dan selesa untuk murid-murid belajar walaupun tidaklah sebaik bilik-bilik darjah di sekolah-sekolah bandar. Saya juga turut kagum dengan kesabaran dan kesungguhan guru berkenaan melayan murid-murid di bawah pendidikan pemulihan. Kebijaksaan guru tersebut dapat menarik minat murid-murid berkenaan dan saya dapat melihat bahawa mereka cukup selesa berada bersama dengan guru pemulihan.Dalam pendidikan pemulihan, guru bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Pendekatan bimbingan adalah berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mempunyai keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Bimbingan mendorong seseorang untuk menjadi individu integrasi dan mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dipandu dengan baik, setiap individu boleh mencapai potensi optimumnya. Melalui pendekatan bimbingan berdasarkan konsep pemulihan, guru pembimbing merancang aktiviti-aktiviti kelab, menstruktur rancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan memberi tumpuan kepada pengajaran pemulihan. Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam bimbingan ini dan ia merupakan satu jenis pengajaran yang berbeza daripada pengajaran biasa dari perspektif-perspektif berikut:

Ia termasuk tugasan-tugasan kendiri, penggunaan masa individu dan sesi-sesi bimbingan dan kaunseling Sebelum seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik yang rendah, dia mesti diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pengajaran pemulihan.

Pengajaran pemulihan sama ada dalam masa sistem persekolahan ataupun di luar masa persekolahan. Aspek-aspek penting lain yang diliputi dalam proses bimbingan pemulihan ialah :

Membekalkan kemahiran belajar Menyiasat & menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah Meningkatkan ilmu kendiri Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja

Sebaliknya dalam aktiviti pengayaan, pengelolaan dan pengurusan aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal dan ia tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah. Peranan guru hanya sebagai pendorong dan penggalak di mana murid-murid digalakkan untuk membuat aktivi-aktiviti pengayaan yang disediakan. Bimbingan daripada guru adalah pada tahap minima kerana corak aktiviti ialah arah kendiri dan pembelajaran bercorak self-paced. Semua aktiviti pengayaan perlu dibincang dengan guru atau rakan sebaya. Guru pula perlu memberikan ganjaran untuk semua aktiviti pengayaan yang dijalankan oleh murid-murid supaya supaya mereka merasai bahawa semua aktviti mereka dihargai. Ini dapat saya lihat apabila guru memberikan pujian sebagai penghargaan kepada murid yang dapat memberikan jawapan yang betul.

Pendidikan Inklusif pula berbeza dengan pemulihan dan pengayaan. Sebelum ini saya beranggapan bahawa pendidikan inklusif adalah disediakan khusus untuk murid-murid istimewa. Namun setelah membuat bacaan terperinci saya mendapati bahawa pendidikan inklusif berbeza dengan pendidikan khas yang disediakan untuk kanak-kanak istimewa. Dalam sekolah yang tidak ada program pendidikan khas, guru mesti mengajar kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak biasa yang lain di dalam suatu bilik darjah yang sama. Guru resos (terlatih) mesti saling berkolaborasi dalam mengendalikan kelas inklusif. Guru terpaksa mengelolakan aktiviti pemulihan untuk kanak-kanak istimewa dan aktiviti pengayaan untuk murid-murid yang dapat menunjukkan pencapaian akademik yang baik.

Sebelum mengikuti KPLI, saya mempunyai pengalaman mengajar selama enam bulan. Saya pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan selama dua bulan dan mengajar subjek Sejarah bagi empat kelas tingkatan tiga. Saya juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Gentisan, Kota Kinabalu selama empat bulan sebaik sahaja menamatkan persekolahan menengah pada tahun 2004. Pada masa tersebut, saya tidak mempunyai sebarang pengalaman mengajar. Tujuan saya bekerja hanyalah untuk menambah wang simpanan sementara menunggu keputusan kemasukan institut pengajian tinggi selain mendapat tawaran daripada guru besar untuk mengisi kekosongan sementara tersebut. Selama menggantikan guru tersebut, saya mengambil semua tugas-tugas dan jawatan yang dipegang oleh guru tersebut. Saya diamanahkan mengajar :

Kelas Subjek diajar

1BBahasa Inggeris

2ABahasa Malaysia, Muzik

2BBahasa Malaysia

2CPendidikan Jasmani & Kesihatan

3BMuzik

Selain itu, saya juga mengambil alih tugas sebagai setiausaha kelab guru. Pada masa itu, saya bukanlah guru terlatih dan langsung tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang pendidikan. Malah saya tidak tahu wujudnya pedagogi dalam ilmu pendidikan yang boleh menjadi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana menyedari kekurangan tersebut, saya sentiasa bertanya dan meminta pendapat daripada guru-guru yang lain. Di antara kelima-lima kelas yang saya ajar, kelas tahun 2A adalah kelas yang paling kerap saya masuk untuk mengajar. Di dalam kelas tahun 2A tidak semua pelajar boleh dikategorikan sebagai murid yang bijak, masih terdapat beberapa orang yang kurang mahir membaca. Saya dapat mengesan masalah pembelajaran di kalangan murid-murid yang lemah ini pada bulan pertama saya mengajar. Tanggapan awal saya pada kelas tahun 2A ialah mereka adalah terdiri daripada murid-murid yang dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan cekap adalah tidak benar. Hal yang demikian kerana ada beberapa murid yang baru dipindahkan ke kelas 2A setelah melihat peningkatan prestasi dan potensi mereka serta untuk mengimbangi keseragaman bilangan di setiap kelas. Tindakan yang saya lakukan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembacaan ini ialah dengan menggalakkan bimbingan rakan sebaya. Melalui persetujuan guru kelas,saya menetapkan susun atur kelas secara berkumpulan atau bergabung. Setiap kumpulan terdiri daripada lima hingga enam orang dan mempunyai tahap keupayaan yang berbeza supaya yang lebih pandai dapat membimbing rakan yang kurang pandai. Duduk secara berkumpulan atau bergabung menggalakkan murid-murid belajar bekerja secara bersama dan menyemai perpaduan di kalangan mereka. Saya juga sentiasa menggalakkan perkongsian ilmu sesama mereka dengan melantik pembimbing bagi setiap kumpulan di mana pembimbing yang dilantik dapat membantu rakan-rakan sepasukan. Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan memperuntukkan sepuluh hingga lima belas minit untuk sesi bacaan. Bagi yang lemah juga saya berikan kerja rumah berbentuk bacaan dan meminta mereka membaca dalam kelas. Saya juga mewujudkan sudut bacaan yang dipenuhi dengan lukisan warna-warni untuk menarik perhatian murid untuk membaca.Hasilnya, saya dapat melihat perubahan positif di kalangan murid-murid yang mempunyai masalah pembacaan. Murid-murid yang malu-malu dan agak pasif juga sudah dapat bergaul dengan baik. Setelah cukup kontrak sebagai guru ganti selama empat bulan dan saya menerima panggilan untuk melanjutkan pelajaran, saya meninggalkan sekolah dengan perasaan puas hati dan terharu. Pada hari terakhir saya datang ke sekolah untuk mengambil barang-barang peribadi, murid-murid saya berlari ke arah saya dan bertanya cikgu, kenapa tidak ajar kami lagi? Kami mahu cikgu. Hampir menitis air mata saya. Guru asal yang mengajar mereka turut mengucapkan terima kasih.

Kesimpulannya, seorang guru harus sentiasa berpegang pada konsep bahawa setiap orang murid berhak untuk menerima ilmu. Sebagai seorang guru juga harus percaya bahawa setiap orang murid adalah berbeza di antara satu sama lain dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,

Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)

8 |muka surat