4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas

5
1 PANDUAN PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS. 1.0 PENGENALAN 1.1 Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. 1.2 Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnyamenempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran. 2.0 TUJUAN Panduan ini dihasilkanuntuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan. 3.0 PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN 3.1 Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan, semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan dibawah: i. Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan IPMBDM dan ISD semasa temu janji dengan pegawai perubatan. ii. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan membawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai perubatan. iii. Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai perubatan. 3.2 Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikut oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

description

remedial

Transcript of 4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas

Page 1: 4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas

1

PANDUAN PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS.

1.0 PENGENALAN

1.1 Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah

dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai

bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010.

1.2 Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali

lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam

Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi

mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnyamenempatkan

murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

2.0 TUJUAN

Panduan ini dihasilkanuntuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru

besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai

perubatan.

3.0 PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI

PERUBATAN

3.1 Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai

Perubatan, semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang

digariskan dibawah:

i. Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan

IPMBDM dan ISD semasa temu janji dengan pegawai perubatan.

ii. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang BPKh01 dan

membawa bersama semasa temu janji dengan pengesahan pegawai

perubatan.

iii. Borang BPKh02 hendaklah diisi oleh pihak sekolah dan diserahkan

kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji

dengan pengesahan pegawai perubatan.

3.2 Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikut

oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

Page 2: 4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas

PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN DAN

PENEMPATAN MURID

1. Mula

2. Pihak sekolah menghantar nama murid yang

dikesan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas

dengan menggunakan IPMBDM ke PPD

3. PPD menyelaras senarai nama murid yang

diterima daripada sekolah bagi tujuan

penyelarasan temu janji dengan klinik kesihatan.

4. PPD menyerahkan senarai nama murid yang

mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas kepada

klinik kesihatan yang dikenal pasti.

5. Klinik kesihatan menyelaras tarikh temu janji

dengan pegawai perubatan dan menghantar

semula senarai temu janji kepada PPD.

6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut

kepada sekolah.

7. Pihak sekolah memaklumkan kepada ibu

bapa/penjaga tarikh temu janji dengan pegawai

perubatan di klinik yang ditetapkan.

8. Ibu bapa/penjaga membawa murid untuk

pemeriksaan pada tarikh dan klinik/hospital yang

tetapkan dan membawa bersama keputusan

IPMBDP dan ISD, surat BPKh01 dan BPKh02.

9. Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan

memaklumkan keputusan kepada ibu

bapa/penjaga.

10. Ibu bapa/penjaga memanjangkan keputusan

pengesahan pegawai perubatan kepada pihak

sekolah.

11. Sekolah memanjangkankeputusan

pengesahan kepada PPD untuk dibuat

penempatan murid.

12. Tamat

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Page 3: 4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas

3

4.0 PENUTUP

Panduan ini dapat membantu semua pihak untuk mengenal pasti murid-murid yang

mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas bagi tujuan pengesahan Pegawai Perubatan.

Melalui proses ini muriddapatditempatkan di progaram yang sesuai bagi

membolehkan mereka mengikuti pembelajaran mengikut keperluan dan tahap

kemampuan mereka.

Page 4: 4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas

4

BPKh 01

NamaIbubapa / Penjaga:

Alamat:

No. Telefon:

Tarikh:

Guru Besar,

SekolahKebangsaan................................................

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK

Dengansukacitanyasayamerujukperkara di atas.

2. Setelahberbincang dan mendapatnasihatsertapandangan dari pihaksekolah,

sayadenganrelahati dan secaraikhlasmembenarkananaksaya / anakdi bawahjagaan saya

........................................................... No. SijilKelahiran.............................tahun

................menjalanipemeriksaanperubatan.

3. Sayafaham dan bersetujubahawasayatidakakanmengambilapa-apatindakanundang-

undangterhadapmana-manapihakberkenaandenganperkara ini.

Sayafahambahawapemeriksaanperubatan ini pentingbagimasa depananak / anak di

bawahjagaansaya.

Sekian, terimakasih.

Yang benar,

.......................................

NamaIbubapa/penjaga:

No. KadPengenalan:

Tarikh:

Page 5: 4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas

5

BPKh 02

Guru Besar

SK / SJK / SAR …………………………………………

Rujukansekolah :

Tarikh:

PegawaiPerubatan,

Hospital / Klinik.........................................

Tuan,

PEMERIKSAAN PERUBATAN

Denganhormatnyaperkara di atasdirujuk.

2. Berhubungdenganperkara di atas,

pihakkamimemohonjasabaiktuanbagimendapatkankemudahanuntukmenjalanipemeriksaanperubatank

eataspembawa surat ini iaitu ............................................................... No.

SijilKelahiran...............................Tahun..........................

3. Sayamemohonjasabaiktuan agarsegalabutiran dan

hasilpemeriksaandapatdikembalikankepadapihakkamiuntuktindakanselanjutnya.

Sekian, terimakasih.

Sayayangmenurutperintah,

.............................................

Guru Besar

s.k. PPD.

Ibubapa/ penjaga